Sunday, August 12, 2018

INSPIRASI SPECTACULAR - TARGET RM500, DAPAT 4-5 KALI GANDA LAGI BANYAK WITH SPECTACULAR!

Hi & Assalamualaikum wbt korang..

Di hari yang berbahagia ni, nana nak kongsi dengan korang kisah inspirasi salah seorang anak didik Spectacular nana yang sangat hebat iaitu Rohaidah Jamal aka Kekda ❤️







Beliau merupakan first level nana sendiri.. Dan Alhamdulillah sekarang berada di rank SR SUPERVISOR dengan sangat cemerlang..

Waktu NC haritu. Kekda dan kakpid (kakak merangkap downline kekda) adalah antara 18 penerima award NC daripada berjuta SID satu malaysia Alhamdulillah..

Semoga kisah kekda memberi inspirasi kepada semua untuk terus bersemangat untuk berjaya dalam apa juga yang anda lakukan..

Jom doakan semoga dipermudahkan Kekda untuk rank up COORDINATOR pulak bulan ni aminnnnn ya rabbal alamin ❤️

———————————

Kekda kenal Shaklee dah lama dah.Since 2013 dah start makan Shaklee and dah amalkan Shaklee secara konsisten start pregnantkan anak pertama pada tahun 2014.

Start bisnes Shaklee pulak waktu pregnantkan Althaff tahun 2017.Waktu tu Kekda memang tengah cari new business untuk dicuba.

Kekda memang peniaga online tegar since 2011. Dah macam macam jenis business Kekda cuba. Syokkkk dapat extra income ni. Duit sentiasa masuk dan Alhamdulillah jarang ada masalah kewangan walaupun waktu zaman belajar.

Tapi lama kelamaan rasa bosan sebab duit yang masuk tu kadang kadang Kekda terover guna sampai tak de modal nak beli stok barang. Niat nak cari extra income tapi kadang kadang kena guna duit gaji pulak untuk beli stok. Kadang kadang kena pinjam duit suami jugak. So hilang nikmat cari duit tu.

Dan waktu tu jugak Kekda mula follow Master Nana Macarona rapat rapat. Dia selalu cerita kejayaan dia dengan Shaklee dan palinggggg best waktu tu bila dia kata BUSINESS SHAKLEE TAK PERLU MODAL! TAK PERLU BELI STOK! Wauuuu, inilah yang Kekda cari!

Alang alang tengah pregnant tu, Kekda pon terus jadi ahli untuk dapatkan harga murah beli supplement SET KEHAMILAN. Niatnya sambil consume sendiri, nak dapatkan duit tepi dalam RM 500 sebulan pon jadilah.

Bila dah join Shaklee, tetiba Kekda ubah fikiran. Kekda tak nak la dapat RM 500 sebulan, sebab rupanya dalam SHAKLEE ni nak dapat RM 50,000 sebulan!! Orang lain boleh dapat RM 50,000 kenapa aku nak aim RM 500 je!!

Jadi Kekda tekad, Kekda kena berjaya! Kena cepat cepat rank up! Kena komited dengan Shaklee. Kena bina impian besar! Kekda jadikan anak anak sebagai push factor terbesar dalam hidup Kekda.

Kekda tak nak anak anak Kekda rasa tak selesa membesar di zaman yang semakin maju ni. Kekda nak sediakan pendidikan terbaik, sediakan perlindungan terbaik dan Kekda nak anak anak terima yang terbaik dari Kekda. I will work harder for their future.

Dan Alhamdulillah, selepas 1 tahun 3 bulan buat bisnes Shaklee semejak Mei 2017 Kekda dah berjaya capai

πŸ’œBonus RM 22,800 sepanjang dengan Shaklee
πŸ’œBonus 4 angka setiap bulan
πŸ’œLahirkan lebih 10 orang pemegang bonus 3&4angka
πŸ’œSet up interior rumah baru dengan bonus Shaklee
πŸ’œMenerima Star Achiever Award pada Shaklee National Convention 2018 kerana kekal effective sebagai leader.



Alhamdulillah sangat bersyukur dan Kekda takkan berhenti berlari dalam business ni.

Segala kejayaan ni takkan berhasil tanpa bantuan my beloved mentor Master Nana Macarona, founder Spectacular Empire yang sangat supportive dan guide me in every step. Jugak untuk suami yang tak henti beri sokongan, keluarga, my team Milyunir yang sangat hebat. Tanpa Milyunir dan Spectacular tak mungkin Kekda berada di level ni.

Dalam Spectacular Kekda rasa sangat bertuah. Dinaungi oleh seorang Jutawan Muda yang sangat sangat bersemangat untuk bantu lebih ramai anak muda berjaya dan kaya. Sentiasa ingatkan Kekda tentang kelebihan menjadi muslimah yang baik dan berjaya.

Dan bukan sekadar cakap je, dalam Spectacular jugak, Kekda dapat ilmu ilmu marketing luar biasa, belajar teknik kuasa minda yang sumpah Kekda tak pernah tahu selama ni. Allahuakbar, sangat beruntung menjadi salah seorang dari ahli Spectacular. Ilmu dunia, akhirat sama ditekan. Kejayaan dunia akhirat sama dikejar :')

Terlalu banyak lagi yang perlu Kekda usahakan di dunia ni untuk keluarga, masyarakat dan agama. Doakan Kekda terus kuat dan berjaya dalam Shaklee. Master Coordinator In Sha Allah akan menjadi tittle Kekda suatu hari nanti.

——————————


To kekda, mami always bangga dengan pencapaian kekda. Mami yakin kekda sangat mampu pergi dengan sangat jauh dalam biz ni inshaAllah..

Teruskan melangkah dan perjuangan habis habisan πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Terima kasih sebab sudi pilih mami sebagai mentor. Dan setia berjuang di sisi mami demi memajukan Spectacular yang kita sayang ini ❤️

All the best kekda & Milyunir!

Untuk korang yang berminat nak bina kejayaan bersama2 dengan kekda, dan automatically berada di dalam team Spectacular, boleh hubungi beliau ya..

Facebook : https://www.facebook.com/rohaidah.jamal
Whatsapp kekda : πŸ“² 013-6561690
Atau korang klik je link ni : www.wasap.my/60136561690

Tuesday, August 7, 2018

LIFE UPDATES - SEMINAR KRPR, BUKU KRPR DAN ISU LAZADA, SHOPEE

Hi Assalamualaikum wbt

Sekarang jam 3.36am, mata tak boleh nak lelap.. Pusing sana, pusing sini, tetap tak boleh nak lelap.. So jangan buang masa lah kan, tarik laptop bawah katil then moh la kita update blog hehehe

Anyway, azam baru nana sebenanya nak konsisten update blog.. Tapi MashaAllah busynya lately, (alasan, jangan ikut) Sampai lah semalam nana pesan dekat PA nana, Fatin, suruh remind nana untuk update blog everyday..

So kita mulakan daripada harini okey? Korang tolong doakan semoga nana diberi kelapangan masa untuk update kat blog kesayangan ni naaa..

Korang suka tak kalau lepas ni nana konsisten update life updates nana kat sini? Alaa more to santai-santai jee.. Blog ni actually more to my diary.. Even nana banyak jugak dapat customer Shaklee daripada blog ni, tapi sebenarnya gaya penulisan nana kat blog ni more to santai-santai je hehehe

Sepatutnya ada satu lagi blog yang khas untuk bisnes.. Takpe, lepas ni kita update dua2 balik!!

Kalau korang nak nana update konsisten balik lepas ni kat my diary ni, meh komen kat bawah ni.. Ewah buat gaya ala-ala facebook pulak πŸ˜‚

So, nana nak update lah kat korang beberapa benda yang jadi dekat diri nana sepanjang tahun 2018 sampai ke bulan ogos ni.. Disebabkan sebelum ni tak berupdate, maka kita update secara pukal terus lah ye haha

So benda first yang nana nak cerita dekat korang ialah berkenaan dengan SEMINAR KRPR (KUNCI RAHSIA PENJEMPUT REZEKI) yang nana buat pada bulan lepas..

Actually, hajat asal nana adalah nak buat seminar ni untuk Spectacular sahaja.. But then, nana rasa terpanggil nak open kepada semua seminar ni.. Pada nana, ilmu yang nana ada especially berkaitan dengan Kuasa Minda ni sangat precious.. Tak ada sebab untuk nana taknak ajar pada orang lain sama sebab ilmu ni sebenarnya ilmu yang mengajar kita lebih mengenali diri kita sendiri dan semestinya membuktikan betapa hebatnya kuasa Allah, dan buktinya ada pada penciptaan kita sendiri :')

Jujurnya, nana sebenarnya tak pernah plan nak jadi trainer untuk ilmu Law of Attraction ataupun ilmu kuasa minda ni.. Tapi dari masa ke semasa, nana dapati nana sangat minat akan ilmu ini especially bila nana belajar satu-satu teknik tu, nana apply dan nana dapat hasilnya..

Ilmu kuasa minda ni sebenarnya bukan macam ilmu marketing.. Tapi sebenarnya, lebih penting daripada ilmu marketing semata-mata..

Dalam ilmu ni, kita belajar betapa Allah cipta tubuh badan manusia ni sangat hebat dan sempurna.. Allah cipta minda manusia ni sangat lah powerful sampai mampu menjadi magnet untuk apa sahaja yang kita masukkan dan kita activate..

Ilmu ni sebenarnya Nabi dah ajar kita dah..

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :" Sesungguhnya Allah berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku mengingatnya dalam kelompak yang lebih baik. Jika ia datang kepadaKu sejengkal, maka Aku datang kepadanya sehasta.Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku pergi kepadanya dengan berlari." (Hadis oleh Ibnu Majah)

Dekat sini, Allah dah beritahu kita melalui Nabi Muhammad saw bahawasanya ALLAH BERSAMA DENGAN SANGKAAN KITA..

Dan daripada sini lah mungkin saintis-saintis barat dan yahudi membuat kajian demi kajian sehingga menemukan beberapa keajaiban pada tubuh badan manusia sesuai dengan kepercayaan bahawa SANGKAAN @ MINDSET itu sangat lah powerful dan mampu menarik apa sahaja yang kita mahu utk datang kepada kita..

Orang barat percaya bahawa alam lah yang mengabulkan segala apa yang mereka masukkan ke dalam mindset mereka.. Mereka percaya dengan hukum tarikan "LAW OF ATTRACTION".. Mereka percaya, setiap apa yang kita fikir, lihat, dengar atau apa2 sahaja perbuatan kita, akan menarik apa yang kita buat itu dekat dengan kita..

Tetapi kita sebagai umat islam wajiblah percaya bahawa setiap apa yang kita fikir, lihat, dengar atau apa2 sahaja perbuatan kita, tak lain tidak bukan adalah DOA kita kepada Allah taala..

Dan satu benda yang perlu kita ambil berat dan ambil perhatian,

Allah Maha Baik dan Maha Memakbulkan.. Allah makbulkan setiap apa yang kita DOA sama ada yang baik mahupun yang buruk..

Ini lah dia erti sebenar Law of Attraction dari sudut islam yang kita kena belajar dan dalami sebaik baiknya..

Supaya kita dapat sentiasa SUBMIT doa yang baik-baik sahaja pada Allah, InshaAllah..

Sangat lah rugi andai kata kita sebagai umat islam tidak pelajari ilmu ini dengan sebaik baiknya, sebab cuba korang bayangkan.. Orang bukan islam yang apply teknik ni semua pun Allah sudi makbulkan, apatah lagi orang islam :')

Oleh kerana itu, nana rasa terpanggil nak ajarkan ilmu ni semua.. Sebab nana tahu ini bukan ilmu biasa-biasa.. Tetapi ilmu mengenal Allah.. Ilmu nak connect dengan Allah dengan cara terbaik..

Bagi nana ini adalah sedekah jariah nana pada semua, iaitu dalam bentuk ilmu.. Nana tak pernah kisah kalau ada yang belajar, satu masa nanti anda jadi lebih hebat daripada nana asbab ilmu-ilmu ini..

Nana lagi suka, malah bersyukur sebab at least nana contribute something dalam hidup orang lain..

Dan andai kata dengan ilmu yang anda belajar daripada nana, anda berjaya dan kaya.. Anda banyakkan sedekah, anda hantar mak ayah dan orang susah ke tanah suci, MashaAllah itu semua dah cukup buat nana..

Moga-moga ianya menjadi pemberat timbangan neraca nana nanti depan Allah.. Mudah mudahan..

Eh, entry ni dah jadi entry nak cerita pasal seminar KRPR pulak ek.. Hahaha.. Padahal tadi nak cerita life updates je πŸ˜† Takpelah, tu bermakna kena ada banyak banyak entry lain lagi lah lepas ni kannnn... Hahah

Okey, kalau dah macam tu, alang2 nana cerita jelah semua sekali..

Korang please baca sampai habis okey πŸ’•

Okey, back to Seminar KRPR tempoh hari.. Jujurnya nana tak expect seminar yang pertama kali nana buat secara fizikal ataupun online tu akan turn out so well MashaAllah..

Sepanjang hari perjalanan smooth sahaja.. Kecuali ada beberapa perkara yang nana tak puas hati mengenai tempat seminar haritu, but Alhamdulillah tak mengganggu pun perjalanan kelas..

Kelas berjalan lancar, nana dapat habiskan semua topik on time.. Tu yang paling nana bersyukur sangat2 sebab nana takut overrun.. Takut tak sempat habis ajar semua..

But Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..

Paling bahagia, bila dapat feedback daripada peserta-peserta lepas kelas.. Allah, nak menitis air mata nana..

Ada yang selama ni tak pernah skor sales besar, tiba2 dapat sales vivix..
Ada yang bermasalah dengan suami isteri, lepas seminar tu suami jadi lebih romantik..
Ada yang ada anak lambat bercakap, balik dr seminar tu bila apply teknik yang belajar anak tiba2 mula lancar bercakap..
Ada yang sales berganda berbanding bulan2 sebelum ni..
Ada yang berjaya beli rumah idaman..

Allah, banyak lagi lah.. Tak tercerita nana..

Boleh kata everyday mesti dapat surat cinta daripada peserta-peserta seminar KRPR ni.. Kadang tu nana tak sempat nak reply, tapi nana tetap baca.. dalam diam bergenang jugak air mata :') Tak sangka ilmu yang nana kongsi, beri impak sebegitu besar dalam hidup mereka.. Allahuakbar!

Yang paling nana bahagia, sebenarnya bukan diorang je dapat kesan positif daripada seminar tempoh hari, tapi nana sendiri pun sama.. :')

Sales Spectacular bulan lepas berganda lebih daripada RM350,000 berbanding bulan sebelumnya..

Nana efektif Master Coordinator dengan sangat lancar dan mudah.. Tenang je closing tempoh hari..

Allah bagi idea dan bantuan melimpah ruah utk nana bantu dan kongsi dengan Spectacular.. Sampaikan memang ketara peningkatan sales pada setiap leaders..

Mungkin asbab diri sendiri yang apply segala teknik yang diajar.. Dan mungkin juga asbab keberkatan berkongsi ilmu..

Nana pegang satu ayat ni, "Takkan miskin orang yang memberi, takkan bodoh orang yang berkongsi ilmu dengan orang lain"

Alhamdulillah, so happy dapat kongsi ilmu dengan semua sampai rasa sebak dan terharu tengok feedback2 yang semua orang dapat!

Then lepas seminar tempoh hari, honestly almost setiap hari nana dapat mesej daripada those yang tak sempat nak attend haritu.. Ada yang bermasalah nak travel dari tempat masing2.. Ada yang last minute ada terjadi something yang tak dapat dielakkan..

Jujurnya, ikut hati memang nana ada rasa nak buat lagi..

But to be truth, nana sangat lah punya masa yang sangat limited 😒

Nana pegang tanggungjawab yang sangat besar untuk bantu Spectacular berjaya.. Nana komited dengan tugas nana sebagai mentor bisnes buat Spectacular..

Nana tak ada cuti.. Dari isnin sampai jumaat, boleh kata everyday ada kelas online.. Weekend pulak full dengan offline coaching..

Tak sempat lansung nak selit buat seminar offline.. Sebab kalau nak tahu, nak buat seminar offline is not easy guys..

Nana tempoh hari mujur lah dah ada PA.. Kalau tak ada si fatin tu, rasanya nana takkan buat seminar offline.. Sebab jujurnya tak mampu nak uruskan, tak sempat dan tak ada masa nak uruskan..

Bila buat seminar offline, part tak sempat nak urus satu hal, then kepenatan tu satu hal..

Satu benda yang korang kena tahu, mengajar dan belajar ilmu kuasa minda ni sangat LETIH..

Yang belajar pun letih, apatah lagi yang mengajar..

So nana memang pendek kata, tak mampu nak buat seminar offline lagi buat masa ni..

Dalam masa yang sama, nana dalam dilema jugak sebab nakkkk sangat berkongsi ilmu..

Even dengan Spectacular pun tak tahu nak selit masa bila nak betul2 fokus ajar ilmu-ilmu ni semua.. Jadinya, nana buat keputusan untuk buat seminar ONLINE sahaja untuk semua :)



Kali ni, nana akan kongsi segala ilmu yang nana ada dalam satu group FB khas.. Dan dalam tu, nana akan keep kongsi ilmu dan kongsi ilmu, not only hari seminar tu sahaja..

Nana memang sangat suka bila ada medium untuk betul2 kongsi dan fokus share ilmu berkenaan ini sahaja.. Sebab nana banyakkkkkk sangat ilmu yang nak dishare..

So, nana nak alu alukan korang untuk join lah seminar ONLINE KRPR ni ya..

Sebab kemungkinan, selepas ini nana tak open dah seminar baru ke apa dalam tahun ni, dan tak sure sampai bila..

Nana just nak kumpul semua yang serious nak belajar, dan nana akan ajar semuanya dalam group ini sahaja.. Tak kira lah siapa anda, Spectacular ataupun bukan Spectacular..

Untuk Spectacular pun nana pesan kat depa,

"Mami tak sempat nak ajar ilmu ni dalam kelas biasa, sebab ilmu ni sangat lah banyakkkkk dan panjang.. Maka join lah seminar kali ni supaya korang boleh jadi ALUMNI KRPR, dapat masuk group khas dan belajar sungguh2 semua kt situ"

Nana paling tak suka kalau kejap kena ajar dalam group ni, kejap dalam group tu.. Sebab nana sejenis benciii kalau ada tertinggal anything nak ajar orang..

Contohnya nana ajar A dan B secara berasingan.. Nana ajar A, lepas tu ajar B..Rupanya masa ajar B, nana teringat ilmu tambahan.. So jadinya B dapat ilmu lebih..

Ohhhh, nana memang paling stress benda2 tu.. Sebab nana tak suka kalau orang tak dapat yang terbaik dr nana..

Nana akan pergi kt A balik selalunya utk ajar balik. Tapi tu kalau ilmu pendek takpela.. Kalau ilmu yang panjanggggg macam ni cemano??

Jadinya nana buat keputusan untuk kumpulkan semua anak murid yang sungguh2 nak belajar ilmu2 ni dari nana, tak kira anda Spectacular atau bukan..

Dan nana hanya akan guna group ni sahaja utk ajarkan mengenai ilmu kuasa minda..

Nana mungkin takkan ajar lagi dah kt group lain, sebab tak koser jadi macam situasi A dengan B kat atas..

Makanya, nana seruuuu korang, sila lah join seminar Online KRPR 18hb august ni..

Siapa yang join, Fatin akan masukkan korang dalam satu group FB.. Nana akan LIVE pada 18hb dari jam 2.30pm sampai 5.30pm..

Dan lepas pada tu, group tu akan kekal sebab nana akan keep kongsi ilmu berkaitan kuasa minda kat dalam tu saja..

And pengambilan untuk anak murid KRPR ni mungkin sekali ini sahaja.. Tak akan bukak dah lepas pada ni..

Better korang grab this opportunity untuk join naaa..

Sebab apa nana paksaaaa sangat korang join.. Sebab nana taknak dengar dan dapat mesej dah lepas ni sesiapa tanya nana pasal ilmu2 ni atau bila nak buat seminar..

Stress tahu tak? Sebab nana jenis suka berkongsi ilmu.. Bila tak dapat share tu nana jadi gerammmmm!

Nana dah la ada masa yang limited sangat2.. Macam mana korang boleh expect nana ajar ilmu panjang berjela ni kat sejuta orang yang berlainan.. sobssssss sampai hati korang tau.. Kan lebih baik korang memudahkan kerja nana utk kongsi ilmu.. Duduk ramai2 dalam group tu so that semua dapat ilmu yang sama dalam masa yang sama..

So kalau korang tak join Seminar ONLINE KRPR ni, tak jadi ALUMNI KRPR, jangan berangan2 nak datang tanya nana dah pasal ilmu2 kuasa minda ni ek.. Sebab ku tak mampu nak ajar kt banyak2 tempat dah πŸ˜‚ Hahaha tetibe emo.. Taklah bukan emo, just nak clarify sebab tak sanggup nak hadap dah request2 macam tu..

So berapa fees nak join seminar ONLINE ni?

RM50 sahaja. Keahlian untuk seumur hidup, Means sampai bila2 korang boleh duduk dalam group FB ALUMNI KRPR tu. Dan korang boleh tengok video ulang2 kali. Dan kalau lepas2 tu nana ada share ilmu lagi, or share video teknik2 tu semua korang boleh lah tengok dan tengok berulang kali sampai lah faham..

Di samping tu, nana akan revise ilmu2 dan teknik beberapa minggu sekali so korang tak lah terlupa nak apply.. Buat rugi je belajar tp tak apply tau..

Sebab tu kena ada dalam group tu sebab korang bukan je dapat ilmu sekali, tapi berkali-kali dari nana InshaAllah..

Seminar ni untuk siapa?

UNTUK SEMUA. Korang buat bisnes ke, makan gaji ke.. Surirumah ke, bekerja ke.. lelaki ke perempuan ke.. Nak kaya ke, nak bahagia ke.. Semua boleh join..

Ilmu ni bukan semata-mata untuk rezeki, tetapi mengajar kita bina connection dengan Allah dengan lebih baik, agar segala impian kita Allah sudi makbulkan..

But kelas ni bukan kelas agama tau.. Jangan salah faham.. Tak layak aih nak ajar pasal agama..

Nana cuma kongsi sedikit sebanyak ilmu yang nana tahu, dari sudut sains dan agama..

Yang penting, korang akan alami satu perjalanan dan perubahan dalam hidup korang lepas korang join seminar ni, sama macam kawan2 korang yang join Seminar KRPR tempoh hari rasa πŸ’–

So ini adalah sedikit info pasal seminar ni :

Tempat : ONLINE SAHAJA. GROUP FB (LIVE) 
Tarikh : 18HB OGOS 2018 (SABTU)
Masa : 2.30PM - 5.30PM
Bayaran : RM50/pax

Hubungi PA nana, Fatin : 018-3572337
Atau klik link ni, www.wasap.my/60183572337

_________________________________

Okey setel update pertama mengenai benda penting yang jadi dalam hidup nana lately hahah

Yang kedua ialah, macam yang ramai tahu, nana sedang dalam usaha menyiapkan buku KRPR (KUNCI RAHSIA PENJEMPUT REZEKI) jugak..

Buku Kunci Rahsia Penjemput Rezeki


But again, nana tak mampu nak beritahu bila buku ni akan siap sebab nana hanya menulis waktu nana free sahaja.. Memang macam kura-kura lah jadinya..

Setiap kali free, nana akan make sure nana setelkan sebanyak mungkin yang nana mampu..Tulis sebanyak mungkin..

Tapi itu lah, nak dapat masa free tu mungkin 2 kali sebulan sahaja πŸ˜‚ Jadinya, nana mintak sangat korang doakan semoga buku ini mampu nana siapkan secepat mungkin dengan sempurna isinya InshaAllah..

Nana taknak lah rushing kan, sebab nana nak kongsi ilmu yang penting.. Tak boleh cincai2.. Kena tulis yang terbaik.. Dengan bahasa yang paling berkesan dan mudah difaham..

Ingat senang ke nak tulis buku weh? susah kottt.. Tak sama dengan tulis blog atau status FB hahah

But nana take it as challenge.. Nana nak cabar diri nana untuk buat semua yang nana suka..

Cuma semestinya, nana pilih untuk fokus terlebih dahulu pada bisnes.. Then ada masa terluang sikit, nana akan menulis 😊

Kalau ikutkan, nana sebenarnya dah cukup sibuk dah.. Tapi dah kenapa lah nak susahkan diri menulis buku nana oiii??

First, sebab passion..

Passion nana dalam hidup ni ialah MENULIS DAN MENGAJAR/KONGSI ILMU..

Sama konsep macam buat seminar jugak.. Nana sukaaaa nak kongsi ilmu ni pada orang ramai sebab sebenarnya secara tidak lansung ini lah DAKWAH nana..

Second, sebab nana taknak bazirkan setiap saat dalam hidup nana..

Nana tak tahu bila masa ajal akan tiba.. Andai kata nana tak sempat kongsi semua ilmu ni, maka andai kata umur tak panjang ilmu2 ni bakal terkubur bersama dengan nana.. 
Dan nana tak jamin lepas2 ni nana still ada masa terluang lagi atau tidak.. Sekarang ni takdelah banyak sangat masa pun, tp at least masih ada masa..

Imagine kalau anak dah ramai, kot lah dah tak sempat nak menulis lagi sebab menulis ni sangat perlukan effort dan fokus..

Sekarang ni okey lagi lah sebab husband nana ada.. Plus yaya sekarang dah masuk fasa mudah dijaga.. Takde terjaga malam dah.. Tak menyusu dah..

Maka sekarang lah waktu terbaik untuk nana buat apa yang nana sukaaaa nak buat iaitu MENULIS BUKU.. Lepas2 ni tak jamin dah boleh ada banyak masa lg ke tak especially lepas bertambah anak nanti hehe

Nana pulak plan InshaAllah dalam tahun ni jugak pregnant, tahun depan bersalin.. Makanya mungkin time ni je yang betul2 boleh menulis, selain daripada kena tunggu anak kedua pulak membesar dan masuk fasa macam yaya sekarang..

Tu pun kalau muncul yang ketiga?

Hmmmm, bye bye jelah kot nak menulis ni.. Kena tunggu anak-anak semua dah besar pulak lah.. Tapi masa tu mungkin usia dah lanjut dan dah tak larat..

Maka sebab tu lah nana betul2 push diri nana untuk menulis sekarang ni..

Sometimes sengaja pergi staycation sebab nak ambil mood menulis sambil recharge energy untuk bisnes of course.. 

Ahhh panjangnya bebel. Dah lah.. Yang penting, tolongggggg doakan nana diberi kelapangan masa yang berkat untuk menulis naaaa πŸ˜‚

_____________________

Okey life update yang ketiga ialah, 

Just nak inform korang yang bulan ni adalah bulan promosi produk yang palingggggg nana suka iaitu VIVIX dan jugak YOUTH SKINCARE! hahaha

Mintak maaf lah kena menyelit pasal Shaklee dekat sini.. Eh hello, ni bisnes nana kot, kena lah cerita pasal bisnes sama hehe

Okey, first sekali nak cerita pasal promosi Vivix..

promosi vivix


Kalau korang nak tahu, promosi vivix ni lah antara yang palingggg nana tunggu-tunggu sebab nana sendiri nak beli Vivix dengan harga murah hehe

If korang berasan kan, dah lama shaklee tak buat promo-promo buy 6 free 1 ni kan? Haah memang sebelum ni shaklee stop kejap daripada buat promo macam ni..

Sebabnya nak elakkan malaun-malaun yang jual murah bawah daripada harga ahli untuk jual dekat shopee dan lazada..

Ha meh nana nak bebel sikit pasal benda ni.. Maaf lah ye, nana memang menyampah sangat dengan makhluk perosak yang tak peduli halal haram ni.. Sanggup jual murah gila dekat lazada and shopee sebab nak UV punya pasal..

Korang ni sebenarnya tak takut dosa ke? Korang sedar tak bila korang buat macam tu korang dah aniaya berjuta SID dekat Malaysia ni?

Korang tak fikir ke yang dosa dengan Allah kita boleh mintak ampun pada Allah, dosa sesama manusia hanya terampun kalau manusia tu maafkan je.. Bayangkan macam mana korang nak mintak ampun kat berjuta SID satu malaysia ni?

Please lah korang, stop the nonsense.. Korang cari duit nak bagi makan keluarga, tapi kalau dapat dengan cara tak halal nak buat apa?

Fikir keberkatan sama.. Stop buat dosa pada orang lain yang korang sendiri tahu korang takkan mampu nak mintak ampun pun.. Stop ok semua?

Kalau pernah buat sebelum ni, dah jangan buat dah. Delete your lazada or shopee account.. Buat solat taubat..

Nana harap sangat dalam Spectacular tak ada malaun makhluk perosak macam ni.. Kalau ada, nana doa moga Allah jauhkan korang daripada nana.. Moga Allah tunjuk siapa yang buat, dan korang kena suspend ID.. Nana taknak support benda2 macam ni..

Tak mengaku downline kalau ada yang buat salah dan buat malu muka nana macam ni.. Aku tak ajar korang buat benda jahat macam ni ek 😑😑

Alamak, teraura negatif pulak dah hahaha

Okey-okey, DELETE!!

Now back to promo balik hahaha

So again, promo bulan ni memang special sangat sebab kalau korang beli 6 botol Vivix, korang bakal dapat FREE sebotol!!

Bukan setakat tu saja, korang juga bakal dapat FREE MEMBERSHIP, boleh join keahlian bawah Spectacular dengan percuma yay!

Korang dapat CASHBACK! eh hello, habaq mai kat mana korang kalau shopping dapat duit balik? Kat tempat lain takde tauuuu.. Kat shaklee je ada hahah

Kalau korang taknak beli 6 botol, nak beli 2 botol pun still dapat diskaun 5%!

Taknak 2, nak sebotol je?

Pun bolehhhhh lahhhhh! hahahah

Next, promosi yang kedua ialah promosi YOUTH SKINCARE..



Kalau korang nak tahu, promosi kali ni best gila sebab setiap belian fullset Youth Skincare korang bakal dapat device pink ni secara PERCUMA!

korang nak tahu tak berapa RM benda alah ni kalau beli kat Sephora? RM900 beb! 

Tapi kalau beli Youth Skincare bulan ni, dapat freeeee saja! Untung tak untung 😎

Haritu masa master forum, nana sendiri dah cuba device ni dan memang ternyata sangat lahhhh best dan membersihkan uollls..

So sila lah grab yerrrr!

And sebenarnya, bulan ni ada promosi yang ketiga.. Iaitu ALFALFA COMPLEX!

Korang jangan ingat Alfalfa Complex ni tak famous tau.. Ni pun antara hot selling produk jugak bagi nana..

Jangan tak tahu, gara-gara entry ni KISAH ULSER USUS NANA, boleh kata everyday nana dapat order Alfalfa Complex..

Sebab Alfalfa lah antara yang banyak membantu nana untuk atasi masalah ulser usus satu masa dahulu..

So kalau korang nak dapatkan VIVIX, YOUTH SKINCARE dan ALFALFA promo pada bulan ni, jangan segan silu contact nana ek..

Toksah risau takut nana busy ke apa.. Nana memang prepare diri untuk busy layan korang lah ni heheh.. Prioriti nana adalah customer dan downlines selain daripada family of course.. So nana memang bahagia kalau dapat membusykan diri dengan korang heheh

Boleh contact nana kat sini naa :

Nana Macarona
Whatsapp : 0133039242
Atau klik je link ni untuk direct ke whatsapp nana : http://nanamacarona.wasap.my/

___________________

Okey lah korang.. Sekarang dah 5.19am.. Subuh pun dah nak masuk kejap lagi..

Nana nak pergi solat sunat and mengaji sikit.. Then tunggu subuh lepas tu sleep!

Tak suka sebenarnya tidur lepas subuh.. Tapi apa boleh buat, malam ni tak leh tidur pulak mata.. Sesungguhnya nana bila tengah excited or semangat, memang payah nak tido malam.. Sabau jela hehe

Tolong doakan semoga Spectacular berjaya capai target sales ek bulan ni..

Thank you sangat siapa yang sudi baca sampai habis..

Siapa yang dah baca, meh la komen sekali.. Nana suka baca komen kt blog sebenarnya.. Rasa macam dapat surat cinta hahhaa.. Boleh nana follow korang pulak 😍

Okey lah korang.. Till then..

InshaAllah esok tak ada aral nana update blog lagi..

Korang nak request nana cerita pasal pape request kt ruangan komen ek.. Nak nana cerita pasal trip2 nana yang nana tak sempat update blog pn boleh hahaha.. Kot lah kalau ada orang request jadi rajin sikit ke hehe

Bye, Assalamualaikum wbt




Wednesday, February 28, 2018

YOUTH SKINCARE SHAKLEE

Assalamualaikum wbt

Hi korang! :)

Maaf ye untuk yang ternanti-nanti update daripada nana.. Dah lama actually nak update entry ni, tapi..... Ah takde tapi-tapi.. Stop bagi alasan nana hahah

Okey, back to our topic..

So, macam yang semua orang tahu, Shaklee baruuuu lancarkan skincare terbaru di pasaran iaitu YOUTH SKINCARE.. Kiranya, youth ni ganti semua skincare yang ada dalam Shaklee iaitu Nutriwhite dan juga Enfuselle..



So far nana sendiri dah guna almost 23 hari, and apa yang nana boleh cakap ialah, this skincare is MAGIC!

Like seriously korang.. Imagine lah, hanya dalam tempoh 23 hari je nana dah dapat perubahan yang ketara gila gila dekat muka nana..

Bukan setakat nana je, ramai gilaaaa lagi yang update skin berubah gila-gilaaa punya lepas pakai youth..

Memang boleh kata, hampir 100% mereka yang dah cuba youth ni, update kesan dia SANGAT CEPAT walaupun Youth ni organic skincare..

Yelah kan, mostly skincare yang bagi kesan cepat ni selalunya skincare yang ada chemical.. Natural skincare selalunya kesan dia lambatttttt..

Untuk orang yang kurang penyabar macam nana ni, kadang-kadang memang boleh rasa boring sikit lah nak menanti kesan lepas guna skincare organic ni kan.. But demi keselamatan diri dan kesihatan, ku tahan jugak jebat! haha

But this one, is MAGIC.. Tak mampu nak ungkap dengan kata-kata dia punya tahap magic tu sampai nana rasa macam nak menangis kegembiraan hahaha Over sangat kan..

Nana memang macam ni.. Kalau happy sangat mesti rasa nak menangis haha

Yang pasti, i am so happy.. Beyond happy bila shaklee keluarkan skincare Youth ni sebab korang pun tahu betapa nana sukaaaa sangat dengan kecantikan kan :)

Suka sangat skincare yang best-best.. Sukakan mekap etc etc

So bila masuk skincare youth ni, memang Allah je tahu happy dia macam mana..

Tambah lagi bila tengok kesan dekat diri sendiri dan orang di sekeliling nana.. LAAAAGI lah happy di buatnya :)

So tanpa melengahkan masa lagi, nana nak share dengan korang rangkaian produk skincare YOUTH yang kecoh diperkatakan seantero dunia tuu



Apa yang specialnya skincare ni, sebab kandungan-kandungan dia yang sangat lah hebat.. Korang imagine, dalam setiap satu tu adanya ACTIVE INGREDIENTS.. Bermaksud setiap satu tu dah power gila, no wonder kesan dia cepat..

Yang bestnya jugak, sebab skincare ni sangat membantu untuk kelihatan LEBIH MUDA daripada usia.. Sebab tu laa nama dia YOUTH :)

And kalau nak tahu, Shaklee ambil masa selama 8 tahun untuk hasilkan Youth ni.. Korang imagine berapa lamaaa Shaklee ambil nak hasilkan skincare yang terbaik sekali..

Dan Youth juga telah diuji secara klinikal tanpa kompromi..

Produk-produk youth adalah :

  • 100% vegan, iaitu berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • Hipoalergenik, bermaksud tindak balas terhadap alergi adalah paling minimum lepas pakai skincare ni
  • Non-Comedogenic, tidak menyumbatkan liang roma
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji oleh ahli oftalmologi, bermaksud selamat untuk mata
  • Bebas daripada 1500 bahan kimia merbahaya seperti merkuri, hydroquinone dan sebagainya

RANGKAIAN YOUTH

Rangkaian skincare Youth ni merangkumi Luminous Gel Oil Cleanser, Perfecting Skin Toner, Youth Activating Serum, Age Defense Moisturizer spf50, Advanced Renewal Night Cream, Radiance C+E


Luminous Gel Oil Cleanser

Cleanser 3 dalam 1, tidak mengandungi sabun, pH seimbang.
Pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyusi dan menyediakan kulit anda untuk ke langkah seterusnya.

Bahan-bahan utama : Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau

Review nana lepas 23 hari penggunaan : 

Satu benda yang nana paaaaling suka is, ianya TAK PEDIHKAN MATA! Nana selalu ada masalah dengan cleanser yang pedihkan mata. Yang best jugak sebab cleanser ni bertindak jugak sebagai MAKEUP REMOVER! Best sebab tak payah remove mekap dulu sebelum cuci muka hehe (but kalau pakai maskara yang waterproof kena remove dulu la). Kulit tak kering lansung lepas pakai, and lembutttt sangat rasa.. Love it so much! 


Perfecting Toner


Mengandungi campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri. Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit anda

Bahan-bahan utama : Vital Repair, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau

Review nana lepas 23 hari penggunaan:

Toner ni antara favvvv nana jugak, sebab nana rasa perubahan yang agak ketara setiap kali nana pakai toner lepas cuci muka. Kulit rasa fresh sangat-sangat.. Bila gosok dengan kapas, boleh nampak sisa-sisa kotoran dekat kapas tu even kita dah cuci bersih dah. Dia bantu bersihkan kulit sampai ke liang roma. Blackheads pun tanggal tau masa gosok dengan kapas tu. Memang amazingggg sangat-sangat! Pores pun nampak makin rapat and kulit makin licin


Youth Activating Serum

Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol, dan Youth Complex untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit menjadi lebih muda remaja!

Bahan-bahan utama : Youth Complex dengan Apple cell, Lotus Japonicus, Vitamin A berkapsul

Review nana selepas 23 hari penggunaan :

Serum ni best, sebab dia pekat so pakai sikittttt je dah cukup untuk sapu ke seluruh muka, memang menjimatkan. Then kesan dia nana rasa pada ketegangan kulit nana. Rasa kulit betul-betul semakin tegang and cerah lepas nana gunakan serum ni. Suka sangat-sangat and memang tak pernah miss pakai dalam tempoh 23 hari ni tau :)


Age Defense Moisturizer - SPF 50


Membantu melembapkan kulit dan menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh dengan vitamin dan nutrien botani, serta membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50.

Bahan-bahan utama : SPF 50, Vital Repair Complex, Muscadine Grape Extract

Review nana lepas seminggu penggunaan:

Nana guna moisturizer ni sedikit lewat daripada yang lain sebab Shaklee shipped lepas raya cina haritu. And korang nak tahu tak? Nana SUPER LOVE this moisturizer!! Super loveee! Rasa nak menangis sebab suka sangat hahaha.. Untuk korang yang suka MEKAP, nana really reccomend sangat-sangat pakai moisturizer ni as base. Sebab dia bukan setakat melembapkan dan ada spf 50, tapi dia macam ada glowing effect, yang mana bila kita pakai tu kulit akan jadi glowing gilaaaa and mekap akan nampak cantik sangat-sangat!


Advanced Renewal Night Cream

Krim malam yang membantu menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa anda sedang tidur. Mengandungi campuran botanikal khas yang membantu meransang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah

Bahan - bahan utama : Vital Repair, Schisandra Chinensis, Lotus japonicus

Review nana lepas 23 hari penggunaan : 

This night cream works wonder on my skin!! Especially bila nana mix dengan Radiance C+E, memang nampak perubahan yang sangat-sangat ketara pada kulit nana seriously! Bila bangun pagi, kulit nampak glowing and fresh sangat-sangat.. Memang rasa betul perbezaan lepas pakai sepanjang 23 hari ni tau


Radiance C+E


Mengandungi kandungan VITAMIN C TULEN sebanyak 20% yang berpaten dan vitamin e serta ekstrak sel raspberi untuk membantu menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan. Ia turut membantu mengurangkan kehadiran jeragat, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan

Bahan-bahan utama : 20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi

Review nana selepas 23 hari penggunaan:

Apa yang nana boleh cakap ialah, this is the KING! Kalau tadi nana cakap nana SUKA moisturizer, tapi radiance ni nana CINTA! Seriously, nana dapat rasa radiance c+e ni betul2 make a huge difference on my face. Sebelum ni nana pakai selang seli tau setiap malam, means not every night nana pakai. And malam yang nana pakai tu, esoknya nana tengok kulit jadi glowing gilaaaa! And tona kulit nana pun jadi makin sekata dah sejak pakai Radiance C+E ni. love love love! I super LOVEEEEE THIS ONEEEEE!!!


So, now korang nak tengok tak perubahan dekat kulit nana lepas 23 hari nana guna skincare nih? hehehe



Tadaaaaa!

Kalau boleh perasan, antara perubahan pada kulit nana ialah;

Semakin cerah
Tona kulit semakin sekata
Tekstur kulit nampak semakin lembut dan halus licin

Alhamdulillah :)

Untuk korang yang berminat nak dapatkan skincare Youth daripada nana, beserta consultation yang terbaik nana boleh jamin, feel free untuk contact nana yaa.. Boleh whatsapp

Nana Macarona
013-3039242

Till then everyone!

Thank you for reading.. Assalamualaikum wbt :)







Monday, January 29, 2018

KENANGAN 34 WEEKS PREGNANT DI ITALY

Hi Assalamualaikum wbt koranggg..

Apa khabar?

Alhamdulillah harini diberi kelapangan masa oleh Allah untuk update blog lagi..

Update blog ni dah jadi macam sejenis ketagihan kalau korang nak tahu.. Dah update sekali, rasa nak update lagi dan lagi heheh

Oh rindunya zaman hari-hari update blog duluuuu..

InshaAllah nak ulang balik kegigihan zaman dulu.. Korang jangan lupa doakan and support baca okey!

For now nana terpaksa stop kejap Vlogging sebab tengah recovering dari batuk.. Dah betul-betul elok kang nana sambung Vlog lagi..

Tatap lah korang muka aku yang tak semenggah ni hahah

(Kemain panjang intro, mentang-mentang tulis kat blog bukan fb haha)

Actually pagi ni nana saja-saja lag throwback gambar masa dekat Italy tahun 2015..

Masa tu nana tengah pregnant 34 minggu..

Korang bayangkan lah, dah 8 bulan lah kiranya perut tu.. Still gigih pergi sampai ke Italy hahaha

Mujur laa tak beranak dekat sana!


Masa kat sana memang ramai betul yang risau pasal nana sebab kat Italy memang kena banyak berjalan..

Dekat dalam kota tu memang tak boleh masuk bus.. Boleh masuk kereta biasa je..

Tu pun orang-orang italy semua jenis oakai kereta kecik-kecik hat muat sorang penumpang tu saja.. Memang macam tu lah dekat sana sebab jalan memang tak besar..

Plus diorang nak jaga jalan raya diorang sebab bukan diperbuat daripada tar macam jalan kat negara kita..

Jalan yang jenis berbatu macam zaman dulu-dulu tu..

Cantikkk.. Memang cantik sangat lah..

Tapi untuk ibu mengandung 34 minggu, kena jalan almost 10km setiap hari tu memang hazab jugak la wehhh hahaha

Ingat lagi masa first day nana kat Italy..

Masa tu baru sampai Milan kalau x silap..

Punya lah banyak berjalan hari pertama tu, sampaikan nana sakit lutut..

Bahagian belakang lutut..

Yelah, nak bawak perut berat lagi ingat senang ka?

Balik bilik tu, nana consume Ostematrix macam biasa..

Esoknya bangun nana rasa macam kurang sikit la sakit lutut..

But stilllll sakit jugak sebenarnya!

Malam kedua nana balik bilik, malam sebelum tidur tu nana consume Ostematrix + Omega Guard

SURPRISINGLY,

Esoknya nana LANSUNG TAK SAKIT KAKI DAH!

Langsung tak rasa sakit dah kat kaki, wallahi nana tak tipu

Asal nana kena naik kerusi roda dekat sana, sampai dah boleh berjalan jauh sendiri dah untuk hari-hari lepas tu hehe

Actually, Omega Guard memang the best pun untuk IBU HAMIL..

Khasiat dia untuk ibu hamil ni sebenarnya sangat banyak!


See, bukan main banyak lagi manfaat Omega 3 untuk IBU dan ANAK kan?




Maternity shoot di Italy hehehe


Rindunyaaa kenangan dekat Italy..

Italy memang antara negara yang sangat cantik yang nana pernah lawat..

Dia maybe tak banyak nature cantik-cantik macam kat NZ atau Swiss..

Tapi dia banyak tinggalan sejarah yang sangat lah amazingggg!

And kalau korang nak tahu, nama si yaya pun kitorang dapat masa dekat Italy haha

Kisahnya, at first kitorang dah decide nak letak nama yaya, ADRA ELENA..

Tapi bila pergi Italy, kitorang jumpa nama tempat 'AURELIA'

Bila google, okey fine ada maksud yang baik..

Terus dan-dan tukar fikiran, jadi 'ADRA AURELIA'

Yang membawa maksud 'A BRAVE GOLDEN LADY'

Okey lah, sampai sini dulu lah ye..

Nak pergi siap-siap untuk kelas whatsapp sekejap lagi..

Nana nak kongsi dengan Spectacular tips untuk pecut closing kaw kawww punya bulan ni..

Biar depa dapat bonus banyak-banyak bulan depan InshaAllah :)

I love my job so much Alhamdulillah!

Korang yang nak dapatkan OMEGA GUARD PROMO yang bakal tamat pada ESOK hari, sila contact nana ye..

NAk join bisnes with Spectacular pun boleh je contact nana

Nana Macarona 
013-3039242

Till the people!

Assalamualaikum wbt


Sunday, January 28, 2018

6 TIPS BANGKIT DARI KEGAGALAN

Assalamualaikum wbt & hi everyone! :)

Sekarang jam 3.16 am..

And nana masih menaip, untuk cuba kongsi ilmu, memberi manfaat dan inspirasi buat semua InshaAllah..

Antara soalan yang selalu dan kerap sangat-sangat ditanya kepada nana, baik oleh downlines mahupun kawan-kawan bisnes ialah,

"BAGAIMANA NAK BANGKIT DARI KEGAGALAN?"

First sekali, pada nana kegagalan dan kejayaan itu adalah subjektif..

Pada sesetengah orang, kejayaan itu ialah bila dia dapat capai salah satu impian hidup dia..

Pada sesetengah orang yang lain pula, kejayaan itu hanya bila dia berjaya capai seluruh impian dalam hidupnya..

Ada orang yang rasa, kegagalan itu adalah apabila bisnes tak sentiasa menaik macam biasa..

Ada pula orang yang rasa, kegagalan itu apabila jatuh terduduk dan tak mampu berdiri kembali..

Dan untuk diri nana pulak, tiada istilah GAGAL dalam hidup nana..

Yang ada hanyalah, sama ada BELUM BERJAYA, ataupun ALLAH SEDANG UJI JALAN KEJAYAAN KITA.. :)

Cuma ada satu sahaja KEGAGALAN YANG NYATA bagi diri nana, iaitu apabila kita BERHENTI BERUSAHA..

..................

So, semalam nana ada tanya dekat facebook nana, ada tak yang nak tahu TIPS BANGKIT DARI KEGAGALAN?

And rupanya ramai gilaaaaa yang nak tahu..

Since nana rasa yang nana bakal menaip dengan panjang, maka nana decide untuk tulis dekat blog sahaja.. Kalau tulis kat facebook panjang-panjang ni hampa pun malas nak baca betul tak? hahah

So, Apa sebenarnya TIPS BANGKIT DARI KEGAGALAN yang nana nak share nih?

................

Pertama sekali, nana nak kongsi lah jugak dengan korang.. In case ada yang tertanya-tanya, nana ni pernah ke gagal dalam bisnes?

Again, nana nak cakap..

YA, NANA PERNAH DIUJI.. Nana tak panggil ia sebagai kegagalan, kerana nana berjaya bangkit kembali selepas ujian tu..

Nana panggil ia sebagai UJIAN BUKANNYA KEGAGALAN..

Sekitar hujung tahun 2015, sehingga awal tahun 2016, nana akui nana sedikit diuji dalam bisnes..

Ujian datang bukan kerana tak bagusnya bisnes ni, bukan kerana ekonomi negara yang tak stabil, tetapi kerana fitnah yang melanda Shaklee saat itu..

Tapi jujurnya, nana anggap semuanya tak lain tak bukan sebagai teguran daripada Allah semata-mata..

Waktu itu nana akui, nana kehilangan ramai leaders.. Ada yang dah putus asa buat bisnes kerana tak tahan diuji, ada yang pilih untuk percayakan fitnah, ada yang memilih jalan selamat untuk tak nak fikir berat-berat..

Tapi nana? Tetap memilih untuk melangkah dengan gagah walau apa pun yang melanda..

Sebab nana percaya, tak ada sesuatu pun yang KEKAL di atas muka bumi ini termasuklah UJIAN :')

DAN,

Alhamdulillah, berkat nana bersabar dan berkat nana tak putus asa, bermula tahun 2016 sehingga kini, bisnes semakin hebat dan terus hebat..

Jualan Spectacular keseluruhannya berjaya capai sampai RM2 juta sebulan..

Spectacular berjaya lahirkan 4 orang Masters baru..

Semakin ramai leaders yang lahir..

Dan antara cara mengukur sesebuah kejayaan, of course melalui income nana kan?

And just nak kongsi untuk inspirasi korang,

Pada bulan JANUARI 2016, saat nana paling dashat diuji, bonus waktu tu berkurang almost RM30,000 daripada bonus tertinggi yang pernah nana capai waktu tu..

Dan pada JANUARI 2017, bonus nana berjaya capai hampir RM50,000 lebih daripada bonus tertinggi sebelum itu.. Alhamdulillah :')

And now, nana nak kongsi apa antara yang nana buat waktu tu, yang InshaAllah jadi asbab untuk bisnes naik dan melonjak dengan berjuta kali lebih hebat daripada sebelumnya

1) MUHASABAH DIRI

Pada waktu bisnes nana diuji tu, jujurnya nana nampak lebih banyak hikmah daripada keburukan..

Nana ambil masa untuk bertenang dan muhasabah diri..

Nana mengaku kepada Allah bahawa setiap ujian yang nana hadap waktu tu tak lain tak bukan berpunca daripada kesilapan nana sendiri..
Dan nana yakin, Allah datangkan ujian ini sebagai TEGURAN buat diri nana supaya nana bangkit dari kealpaan..

Banyak yang nana nampak waktu itu, terutama sekali hubungan nana dengan beberapa orang di sekitar nana..

Nana mula perbetulkan satu persatu kesilapan nana..
Nana mulakan dengan mohon ampun kepada Allah..

Seterusnya kepada mereka-mereka yang nana rasa nana ada buat silap pada mereka..

Alhamdulillah, hati tenang bila kita sudi mengakui kesilapan kita dan sudi perbetulkan..

Bila kita tidak dihantui lagi dengan rasa bersalah dan dosa, InshaAllah kita tak akan pernah rasa sesuatu ujian itu terlalu berat sehingga kita tak mampu nak pikul..

Kita akan sentiasa rasa yang kita ini BOLEH harung semua badai yang sedang melanda..

Kekuatan itu datang satu satunya daripada YANG MAHA KUAT..

Allah taala :')

Bila kita buat apa yang Allah suka, InshaAllah Allah akan sentiasa selimut kita dengan rahmatNya.. Sampai kita jauh dari rasa gusar dan risau yang melampau..

Kita mampu rasa tenang..

Dan bila kita tenang, InshaAllah kita akan tarik perkara2 baik dekat dengan kita

2) IMPROVE & UPGRADE DIRI

Lepas nana muhasabah diri, nana mula nampak lompong-lompong yang nana kena penuhkan kembali..

Sama ada dari segi hubungan dengan Allah..
Hubungan dengan manusia..
Hubungan dengan keluarga..

Nana jugak perbaiki diri nana sebagai seorang leader..

Nana mula upgrade diri dengan ilmu baru..

Satu benda yang nana mula sedar, waktu nana tengah naik dulu betapa nana sangat suka membaca..

Bila dah berjaya, nana mula tinggalkan aktiviti tu sebab kononnya busy sangat..

Waktu tengah nak mendaki semula kejayaan dan bangkit dari ujian ni, nana banyakkan membaca semula.. Nana banyakkan cari ilmu

Bila dapat ilmu baru, nana akan kongsi dengan Spectacular biar sama-sama tahu

Dan Alhamdulillah, memang betul orang cakap..

Kalau nak hasil yang LUAR BIASA, tindakan pun tak boleh lah yang macam biasa-biasa..

Bila dah mula upgrade diri dengan something yang LUAR BIASA, kejayaan yang datang pun luar biasa rupanya SubhanAllah!

3) LEPASKAN BEBAN aka MOVE ON

Salah satu benda yang akan buat kita stuck ialah, bila kita memikul beban..

Apa contoh beban tu?

Contohnya, bila selama ini kita terlalu berharapkan untuk bantu seseorang ini berjaya..

Macam-macam kita buat untuk bantu dia berjaya..

Tapi orang yang kita nak bantu tu tak bagi respon yang sepatutnya.. Kita je yang beriya nak bantu dia..

Dia tak hargai pun apa yang kita ajar, tak hargai pun segala pengorbanan yang kita dah beri untuk bantu dia.. Tak bersungguh pun nak kejar kajayaan, entahkan kenapa..

Maka, yang terbaik untuk kita ialah, LEPASKAN BEBAN ITU..

Nana still ingat peristiwa waktu nana bercuti dengan S2U masters dekat Kundasang tahun 2015..

Waktu tu kitorang dalam kereta nak naik bukit..

Muatan penuh sampai kereta tak boleh panjat bukit..

Bila ada antara penumpang dalam tu turun, baruuu lah kereta boleh memecut laju naik bukit hahah

See, nampak tak?

Beban hanya akan memberatkan perjalanan kita dan buat kita tak nampak peluang depan mata..

MOVE ON.. Ramai lagi manusia di luar sana yang perlukan bantuan dan bimbingan kita..

Yang penting, kita keep on searching.. Jangan lah tak buat apa-apa pulak!

4) JANGAN PUTUS ASA UNTUK TERUSKAN MEMBERI

Antara yang nana rasa mungkin jadi asbab kepada kejayaan pada hari ini ialah, betapa daripada dulu nana tak pernah stop memberi..

Nana tak pernah tinggalkan Spectacular tak kira lah betapa nana diuji masa tu..

Even nana pernah kecewa dan terluka sekalipun dengan segelintir anak-anak didik..

Tapi nana tak give up.. Tak pernah tak buat kelas.. Tak pernah biarkan mereka terkontang kanting..

I keep on giving and giving sampai dah tak tinggal apa dah kat diri nana masa tu..

Dan nana selalu percaya, pemberian terbesar yang seseorang mampu beri kepada orang lain bukan lah DUIT..

Tapi ILMU DAN DOA..

Kalau kita beri duit, duit boleh habis..
Kalau kita beri hadiah, hadiah boleh rosak..

Tapi kalau kita beri ilmu, ilmu tu andai dimanfaatkan bukan hanya boleh menjana duit.. malahan pahala jugak..

Dan kalau kita hadiahkan DOA, ternyata itu lebih hebat daripada segalanya..

Benda ni yang nana pegang selama 6 tahun nana jadi mentor kepada Spectacular..

I keep on giving and giving, without even bother what will I receive in return..

Dan Alhamdulillah janji Allah itu pasti..

Nana beri mereka ilmu, perhatian, masa,

Allah balas dengan tunaikan satu persatu impian hidup nana.. Alhamdulillah :')

5) KELUAR DARI ZON SELESA & BINA IMPIAN BARU

Sebenarnya kan, bukan hanya kejayaan atau kesenangan sahaja yang mampu terbitkan zon selesa..

Bahkan kegagalan juga mampu terbitkan zon selesa

Bila mana kita sudah selesa dengan kegagalan.. Selesa tak berjaya capai target pun tak apa lah.. Nak buat macam mana?

Tak efektif pun tak apa lah, nak buat macam mana kan dah usaha?

Tanpa kita sedar, lama kelamaan kita mula menerima KEGAGALAN ITU SEBAGAI TAKDIR..

Kita mula percaya bahawa, "Ya lah, aku mana boleh berjaya macam orang lain.. Aku kan dah jatuh ni, mana boleh bangkit balik?"

ANDA TIPU!

Sebab nana boleh buktikan kita MAMPU BANGKIT KEMBALI DARI KEJATUHAN KALAU KITA NAK!

Jangan pernah merasakan bahawa kegagalan itu adalah TAKDIR sedangkan kita sendiri pun tak pernah tengok buku takdir di Luh Mahfuz..

Bangkitlah wahai roh yang lemah dan lesu!!

Bangkitlah dengan semangat untuk kembali keluar daripada zon selesa!!

Usah percaya bahawa kejayaan itu adalah mustahil..

Wallahi lansung tak mustahil kalau kita betul-betul BERKEHENDAKKAN IA..

Letak satu rasa TEKAD dalam diri, AKU DITAKDIRKAN UNTUK BERJAYA!!

Dan kalau selama ini, mungkin kita rasa selesa dek kerana impian-impian yang dah tertunai..

Maka, CIPTA IMPIAN BARU!

Jangan takut untuk bermimipi dan tanam impian..

Orang yang tak ada impian ni ibarat mati sebelum mati.. Tak ada arah tujuan hidup

So, pergi cari apa yang korang PALING NAKKKKKK dalam hidup and fokus kejar impian korang!

6) JAGA MINDSET

Tips terakhir yang nana nak kongsi, sila JAGA MINDSET..

Jangan sesekali fikir yang bukan-bukan dan tak baik pasal diri sendiri..
Jangan sesekali underestimate diri sendiri..

"saya tak hebat"
"saya tak mampu berjaya"

Hati-hati dengan apa yang kita fikir sebab semua tu tak lain tak bukan adalah DOA..

Masukkan perkataan2 yang baik untuk diri sendiri dalam minda kita..

Macam mana nak buat?

Tulis atas kertas, tampal kat cermin dan baca hari-hari

"AKU MAMPU BANGKIT DENGAN LEBIH BERGAYA

AKU DITAKDIRKAN UNTUK CAPAI SEGALA IMPIAN AKU

AKU DITAKDIRKAN UNTUK KAYA BERSAMA BISNES INI

AKU ADALAH ORANG YANG BERTUAH DAN ALLAH MERAHMATI AKU DENGAN KEJAYAAN DAN KEKAYAAN DENGAN BERKAT DAN BAHAGIA"

InshaAllah apa yang kita sebut akan jadi kenyataan..

Law of attraction itu wujud kawan-kawan..

Apa yang kita fikir, sebut, rasa, InshaAllah kita akan tarik dalam kehidupan kita..

Kita tarik jadi realiti..

Dibuktikan dengan janji Allah dalam Al Quran

"AKU BERSAMA DENGAN SANGKAAN HAMBAKU"

SO AWAS YA, JAGA MINDSET BETUL-BETUL!!

Bila ada pernah fikir negatif dan tak baik, atau ragu-ragu akan kebolehan diri

Cepat-cepat ucapkan NAUZUBILLAHIMINZALIK..


.................

So ni antara tips yang nana nak kongsi setakat ni..

Semoga bermanfaat kepada korang semua yang mungkin sedang memerlukan..

Yang baik daripada Allah, yang buruk dari khilaf nana sendiri..

Sesungguhnya apa yang nana tulis ikhlas daripada hati nana untuk semua InshaAllah :)

..............

So, sampai sini dulu untuk kali ni..

Kalau korang rasa post nana ni bermanfaat dan ibarat JAWAPAN kepada persoalan yang bermain di minda korang selama ni, jangan lupa klik button SHARE ya :)

Till then, Assalamualaikum wbt

Jangan lupa PROMOSI OMEGA GUARD yang bakal tamat 2 hari sahaja lagi ni yaaa!

Dapatkan OMEGA GUARD dengan promosi,
BUY 3 GET 5% DISCOUNT


Antara kebaikan Omega Guard ialah:

  • Menyokong Kesihatan Jantung
  • Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat
  • Menyokong Fleksibilit Sendi
  • Nutrisi penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu
  • Menyokong Kesihatan Kulit
  • Meningkatkan kesihatan imun
  • Meningkatkan Kesihatan Sperma
  • Bagus untuk kecantikan kulit
  • Membantu pembakaran lemak





Monday, January 15, 2018

Adra Aurelia Turns 2

Assalamualaikum wbt and hi everyone!

First of all, nana nak mintak maaf sebab dah lamaaa nauuu tak update anything kat blog yang tersayang ni.. Padahal banyak gila benda jadi lately, cuma tak berkesempatan nak menulis je..

So today, 16th of January 2018, 2.50am, nana decided nak blogging instead of going to sleep! :)

InshaAllah starting from today onwards, nana nak aktif semula blogging.. Di samping keep vlogging as one of my new year's resolution haha!

Ramai yang tanya nana, why nak vlogging pulak sekarang ni?

Actually benda ni nana dah lamaaa nak buat..

Not really pasal personal branding or apa.. Just nana nak buat apa yang nana nak buat.. That's all :)

It just, tertangguh sekian lama sebab nana busyy sangat2 dengan bisnes dan life as a mother..

And now nana rasa maybe dah sampai masa nana push diri buat apa yang nana nak buat..

And you know what?

Vlogging is not easy gaisss hahahha

But InshaAllah I will not give up!

So untuk korang yang belum tahu my Youtube channel Nana Macarona, sila lah tonton video-video nana ya.. Jangan lupa subscribe and give my a thumb-up too! :)

Balik semula ke topik utama, haha..

Nana just nak share birthday party for yaya yang kami buat on 7th Jan haritu..


Yaya tak habis-habis pandang kek je taknak pandang kamera, sabo jelaaa.. haha




tengok kamera plssss yaya!




okey good girl! Tapi mulut tu awat jadi mulut itik pulakk haha



pejam mata pulakkk





okey dia dah tak sabar nak makan kek!


Untuk yang confuse, yes birthday yaya sepatutnya on 8th.. But since 8th is monday, then we decided to celebrate a day earlier..

Takkan nak celebrate on monday pulak kan.. Kang sape pulak nak datang haha

Nana sebenarnya dah plan agak lama for yaya 2nd birthday ni.. Kitorang plan nak celebrate meriah sikit since tahun lepas masa her 1st birthday kitorang tak celebrate sangat..

Just celebrated dengan family je sebab on her birthday last year nana dengan suami went on our Umrah ziarah Jordan trip sponsored by Shaklee..

So since 1st birthday tak celebrate sangat, 2nd birthday ni celebrate lah meriah sikit kan :')

Ada yang komen pada nana,

"Buat apa lah nak celeberate birthday anak masa kecik. Bukan depa faham pun.. "

For me, bukan soal anak dah faham ke belum..

Same goes with bawak anak travel masa kecik..

Yes, memang depa tak faham lagi masa kecik tu.. Tapi pada nana, yang penting adalah MEMORY..

Sebab nana takkan pernah tahu berapa lama masa kami bersama yang Allah sudi pinjamkan..

Dan nana pilih nak jadikan setiap moment with family is the best moment yang kami ada, InshaAllah :')

(Tapi nana selalu doa semoga Allah panjangkan usia kami, dan kami sekeluarga dapat bersatu sentiasa di dunia dan akhirat InshaAllah)

So, sedikit info mengenai event haritu,

Venue







Kitorang buat birthday party yaya haritu dekat Disenar Space Sri Rampai..

And package yang kami ambil memang include almost everything..

Katering
Photo
Dessert table setting and everything

The price was quite reasonable.. And overall nana sangat-sangat puas hati..

Paaaaaling sukaaaaa sangat dia punya dessert table, birthday cake (moana) and also the chalk art belakang tu.. Sukanyaaa Ya Allah!

Moana cake! 





This cake is sooooo goooooodddddd!

mami tak dan merasa hat ni haha


So beautiful arrangement :')










Thank you to Ayu from Disenar for setting up such a beautiful birthday party to our lovely daughter :)

Mami and yaya dress

Actually ramai gilaaaa yang tanya nana kat mana tempah baju nana dengan yaya..






sorry yaya,mami lupa belikan kasut baru T___T







And sebenarnya nana tempah dekat the same designer yang nana always tempah baju since kawen lah apa2 event jelah selama ni..

Tak lain tak bukan, Adam Muzaini Scheneider

Adam ni sebenarnya adik kepada kawan nana, Chacha.. Chacha ni kawan masa belajar kat UiTM Shah Alam haritu..

Adam is also an OKU designer, tapi berbakat sungguh MashAllah..

Thank you so much Adam and Chacha for the dress..

Mami and yaya love it sooo much! :')

And thank you everyone yang sudi datang birthday party yaya haritu..

Thank you for all the presents..

Thank you for all the Dua's..

Thank you for everything :)

Doakan anak kesayangan kami ni membesar dengan sihat dan sempurna..

Baik rupa paras dan perbuatan..

Menjadi hamba Allah yang soleh dan anak yang solehah..

Jadi saham akhirat buat mami dengan papa dia..

InshaAllah..

We love you so much yaya!

Mami sayang yaya dunia akhirat <3 p="">
So kt bawah ni nana nak kongsi antara gambar2 sepanjang event, also Vlog nana pasal birthday yaya haritu :)


With badlishah and family, kenal bad ni sebab dulu diapernah shoot nana for photoshoot :)

wani geng kelab penyayang kat UiTM dulu :)

My SIL. Still bujang and available haha

My BIL, pun still bujang and available. Haha


My downlines, Ayu & Farah 

Yaya with bodyguards

geng tepeng, ecah and lydia :)





with yani, kawan husband masa study kat US dulu



with caca and wani.. both kawan kat uitm dulu. And caca lah kakak kepada designer baju nanaaa tehee

pretty sisters! mf BFF since degree

papa, boleh tuju lagu? haha


mami amek kesempatan nyanyi. gian pegang mic haha

awww, the smile that melts my heart





last-last mami yang blow the candle haha





lapa pulak teringat kesedapan kek ni nyummss





with lan my BIL and atie my biras :)



awwwww



memang sengaja pejam mata ke apa tu fiza oi? haha

irine nadia marcello in the hauz gaisss!

kak anisah :)


my siblings, kakni and adik

my downlines yang datang jugak :)


my in laws :)

geng notty kat MRSM BP dulu ni haha. TQ for coming el!


with tiera, one of my sideline :)

Spectacular future master :)

with lyana hisham and family, one of my Spectacular Master :)

my in laws 


pretty sisthorrr



my family :)




Spectacular masters, tq for coming :)




Vlog mami


Thank you for reading everyone!

Till then, Assalamualaikum wbt <3 p="">
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...