Sunday, December 21, 2014

My Travel Diary : Percutian ke US Part 2

Assalamualaikum wbt pembaca blog ku sayang.. Rasa macam lama gilaaa dah tak menulis kat blog ni.. Sebab sekarang nana banyak berinstagram.. Teknologi makin canggih.. Dari zaman friendster ke myspace.. Facebook ke blog.. Dan latest instagram pulak.. Macam tak terkejau nak update semua hahah

Untuk anda yang belum follow instagram nana lagi, meh la follow sekarang hee

Instagram personal nana, @nanamacarona @nanamacarona @nanamacarona

Instagram bisnes pulak, @beauty_bynana @beauty_bynana @beauty_bynana

Apa pun, terima kasih pada semua yang sudi baca blog nana.. Bila bukak pageview je, tiap-tiap hari mesti ada jugak yang datang jenguk blog ni Alhamdulillah thankyouuuu semua :")

InshaAllah, update blog hari-hari ialah azam nana di tahun 2015 nanti.. Hmmm Hmmm.. we'll see ye.. Harap-harap tak hangat hangat tahik ayam sudah la hahah

BTW, harini rasa macam nak sambung je entry pasal percutian dekat US haritu.. Boleh tak? Tak tahu la entry basi tahap ape dah ni.. Kalau makanan mau dah berulat hahah Tapi sayang kalau tak share.. Mana tahu boleh bagi info pada korang yang suka bercuti kan? :)

InshaAllah lepas ni nak sambung entry pasal trip haritu sampai habis.. Harap-harap takdelah sampai tertukar tarikh and tragedinya.. Kalau ada yang silap tu mohon ampunkan lah ye.. Kesah 4 bulan yang lalu baru nak update sekarang, bertuah sangat kalau dapat ingat semua hee

Hari ketiga kitorang dekat LA, selepas berconference masa hari kedua yang nana cerita dekat last entry tu, Trip US Part 1 Shaklee dah aturkan untuk kami semua melawat DISNEYLAND yang terletak di LA..

Kalau nak tahu, nana sejak kecik lagi teringinnnnnnnnn sangat-sangat nak pergi disneyland.. Teringin yang sampai pernah termimpi.. Sebab nana memang peminat princess-princess Disney nih.. Dari kecik lagi hobi nana suka kumpul sticker snow white lah.. Cinderella lah.. And suka nauu tengok kartun princess2 nih.. Biase lah budak2 kan.. hehe

So bila dapat tahu je yang salah satu tempat bakal kami lawat di LA nanti ialah Disneyland, rasa nak menangis terharu wuwuwu.. Tak sangka Allah tunaikan hajat yang terpendam lama dari kecik ni.. Rasa macam mimpi sebab nana memang tak pernah sangka satu hari nanti akan ke Disneyland.. Boleh tengok bunga api.. Boleh bergambar dekat castle tu.. Syukur Ya Allah :")




Kak jan kesayangan ku.. Kembar master naik bulan yang sama hehe



Muka tak excited pon tauu.. Tahu lah dia pernah pergi kannn




Comel tak? hahaha sampai sekarang menyesal sebab tak beli pun cekak minnie nih T___T



Tengah berjalan berdua dengan suami, tiba-tiba terserempak dengan kumpulan Master Lyana Mansor & Master Beeha Yunos.. Apa lagi kami pun join la diorang.. Masuk tempat macam ni jalan berdua je mana best ye dok? hehe.. Ramai-ramai baru meriah :)



Gembiranya kami dapat jumpa Anna dan Elsa ngee





Anna yang friendly.. Sebijik macam watak dalam cerita tu..


Aku kelihatan lebih friendly daripada Anna :D


Elsa ni kojaq tau.. Sebenarnya dia yang mula-mula pose macam tu.. Bila aku angkat tangan sebab nak bagi sama pose dengan dia, dia pi jatuh pulak tangan.. Dah nampak macam aku yang syok sendiri hahahha



Ni rumah ape ntah.. Tak tengok katun ni hehe



Master Beeha dan suaminya yang fefeling pengantin baru bila datang berdua je trip kali ni hewhew


Lepas penat kami main macam-macam ride, tiba lah saat yang kami nanti nantikan.. Perarakan watak-watak katun disney 

Sila layan gambar-gambar watak katun kegemaran anda ye.. ^^














My fav! Disnes princesses 


Simba







Peter Pan




Ni katun apa taktau


Pinochio

Sebenarnya kan.. Ada kejadian sadis sikit sebelum perarakan nih.. Sobs.. Kejadian seorang gadis yang jelita terjatuh gara-gara excited berlari larian nak tengok perarakan nih.. (aku la tu) hahahah
Sakitnya Allah je yang tahu.. Tapi sakit-sakit lutut ku, malu sebab jatuh tu lagi banyak kot.. hahaha

And menjelang malam, lepas sudah solat maghrib, kami pon siap-siap cari tempat sebab nak tengok pertunjukan bunga api yang macam selalu dalam tv tu..

Ni lah sebenarnya yang palingggggg nana tunggu dari tadi.. Teringin sangat nak tengok bunga api ni.. Finally dapat juga Alhamdulillah :)









Alhamdulillah.. Sampai sekarang pun still tak sangka yang impian nana dari zaman kecik finally dah dimakbulkan Allah rupanya.. hehe.. Walaupun kedengaran sangat kebudak budakan, tapi kalau dilihat pengajarannya, ternyata tidak ada benda yang mustahil dalam dunia ni kan?

Andai kita NAKKAN sesuatu, kita YAKIN kita mampu capai dan kita PERCAYA kita mampu capai, InshaAllah segalanya tidak mustahil..

Jangan takut untuk bermimpi :)


Sekian dulu, bertemu lagi dalam next entry ya..

Till then, Assalamualaikum :)

Tuesday, November 4, 2014

Saya Sayang Mak Saya

Assalamualaikum..

Hari ni nana nak bercerita mengenai Mak nana.. Mak bernama Maznah Bt Arshad.. Berusia 56 tahun.. Mak bagi nana adalah seorang wanita dan ibu yang sangat kuat.. Mak lahirkan dan besarkan 7 orang anak dengan sangat sempurna..

Teringat masa zaman kecik-kecik waktu kami semua kecik-kecik.. Mak sanggup buat apa je untuk pastikan kami adik beradik cukup keperluan.. Abah pun sama.. Tapi untuk Abah tunggu entry lain ya :)

Bagi Nana, Mak sangat hebat.. Mak hebat uruskan urusan rumahtangga.. Mak sangat hebat sebagai seorang isteri dalam menjaga suaminya.. Sampai kadang kala nana rasa 'macam mana mak boleh buat semua ni?' Nana sendiri tak sure mampu atau tidak menjadi ibu dan isteri sebaik Mak..

Tapi semakin Mak berusia, Mak mula ada beberapa penyakit.. Bermula dengan Darah Tinggi.. Mak kerap pening kepala.. Mak kerap rasa nak pitam.. Kesian sangat dekat Mak.. Mak bergantung pada ubat hospital untuk elokkan tekanan darah tinggi yang Mak hadapi..

Sampai lah sewaktu nana berusia 18-19 tahun.. Ketika tu nana di Kolej Matrikulasi Perak.. Nana ingat lagi masa tu tengah tidur petang lepas balik kelas.. Memang fav tuh kalau dapat tido petang lepas balik kelas hehe.. Then tengah sedap nana tido, nana dapat call.. Tengok no di skrin, panggilan dari 'Kakni' iaitu kakak nana no 4..

'Na, Mak masuk hospital tau.. Mak kena tahan wad sebab doktor cakap Mak ada sakit jantung'

Allah.. Allah.. Allah

Nak gugur jantung nana ketika tu :( Rase nak terbang balik ke Taiping waktu tu jugak..

Waktu tu nana hampir nak dekat dengan exam pertengahan semester rasanya.. Nana pun dah tak ingat.. Tapi waktu tu memang dah dekat nak exam la.. Disebabkan waktu tu weekdays, so nana tak boleh balik sebarangan.. Nana perlu mintak kebenaran daripada Ketua Pengarah Kolej..

Nana pun bertemankan kawan, Ira, pergila ke bilik Ketua Pengarah nak mohon pelepasan cuti balik tengok mak.. Tapi sedihnya, pengarah tak bagi nana balik sebab exam nak dekat sangat.. Nana menangis-nangis depan beliau pun, beliau tetap dengan keputusannya "NO"

Masa tu rasa, Ya Allah kenapa kejam sangat pengarah ni.. Dia takde Mak ke, takkan tak boleh faham.. Macam mana nak jawab exam kalau hati tak tenang teringat Mak :(

Tiba-tiba telefon nana berbunyi, tengok kat skrin, "Abah".. Ya Allah nervousnya nak angkat..

"Na, Mak kena bawak pergi IJN tau malam ni"

Terus meraung nana kat situ jugak sambil cakap "Ya Allah puan, Mak saya dah nak kena bawak pergi IJN dah ni. Takkan puan nak tahan saya lagi? tolong la kesian kt saya puan, saya merayu"

Meraung-raung dah nana masa tu dalam bilik pengarah :'(

Finally, "Baiklah, saya benarkan.. Tapi 3 hari je tau.. Lepas tu kena balik kolej balik.. Exam nak dekat"

Maka petang tu jugak nana pun balik ke Taiping naik bas and terus pergi hospital tengok Mak..

Mujurlah keadaan Mak akhirnya semakin stabil.. Tak boleh ingat kenangan waktu tu.. Rasa takut yang teramat sangat.. Tak mampu nak bayangkan kalau ada perkara buruk terjadi pada Mak.. Buat nana rasa insaf dan taknak dah melawan cakap Mak..

Sehingga kini, Mak masih ambil ubat doktor untuk masalah Darah Tinggi and Jantung beliau.. Mak terpaksa berjaga-jaga bimbang serangan terjadi kembali..

Tapi kini, Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas nana beri mak makan Omega Guard + Vivix, Mak mengaku yang kesihatan Mak semakin baik..

1) Jantung Mak tidak lagi berdenyut dengan kuat sehingga Mak rasa sesak dada
2) Mak jarang pening kepada akibat Darah Tinggi
3) Mak semakin bertenaga dan tidak mudah penat walaupun Mak pernah ada Athma

Alhamdulillah.. Syukur yang teramat sangat :')

Semoga Mak kekal sihat dan bertenaga sampai bila-bila.. Moga Allah panjangkan umur Mak dan beri kesihatan yang baik dan berpanjangan InshaAllah..

Di bawah ini nana kongsikan video Mak yang comel! hehe.. Saje interview Mak apa perubahan ke atas diri beliau selepas ambil Omega Guard..

Jom layankan :)

Sesiapa yang mempunyai Ibu atau Ayah yang alami masalah sama macam Mak nana, jangan tunggu lagi.. Jom dapatkan supplement yang terbaik daripada Shaklee buat mereka..

Ingat, duit boleh dicari.. Tapi ibu dan ayah ada satu sahaja di dunia ini tiada ganti..

Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah InshaAllah :)

Facebook : Nana Macarona
Instagram : @nanamacarona
No Telefon : 013-3039242


Friday, October 24, 2014

Mengapa Saya Benci Bisnes MLM?

Assalamualaikum wbt..

Sebentar tadi sempat nana berjalan-jalan dekat wall fb.. Terjumpa post daripada seorang sahabat yang berkongsi mengenai satu blog yang nak cerita pasal orang dok bertanya kepada beliau di mana nak dapatkan supplier untuk bisnes beliau.. Actually nana tak ambil tahu lah sangat isu-isu yang dibangkitkan serta dibincangkan sebab nana rasa mungkin beliau hanya hendak meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada mereka yang asyik harapkan jalan mudah untuk berniaga..

Cumanya, yang kurang sedap di penglihatan nana ialah ayat beliau yang berbunyi begini..

"Belajar pasal penat lelah usaha orang lain.. Kalau setakat bisnes barang MLM memang la ampa kena selalu sharing dengan orang pasal skim cepat kaya ampa tu.. Lulz"

"Kalau nak berniaga, tak ada benda senang.. xda benda datang bergolek kena kaki.. Semua kena usaha.. Lain la hg bisnes MLM, memang ada siap dah kepala atas untuk share cara nak cepat kaya"

Tersenyum nana baca statement demi statement beliau.. :)

Namun nana tak salahkan beliau 100% kerana sememangnya ramai orang yang mempunyai pandangan skeptikal mengenai MLM.. Ramai yang anggap MLM ni jenis hat kena cari orang je.. Yang wajib cari orang, kalau nak kaya.. Hidup memanjanggg cari orang..

Dan sebenarnya, nana dulu pun berfikir perkara yang sama.. Teringat nana sewaktu di matrikulasi, nana bersama roomate nana pernah ditahan oleh 3 orang kawan.. Hurmm.. Tak lah berapa kawan sangat actually.. Yang memaksa kami untuk join MLM beliau.. Bayaran untuk masuk adalah RM2k.. Nak terkeluar bijik mata kami.. Hoiiii.. Elaun matriks pun RM1K je satu sem, celah mana kami nak cari RM2k??

Kemudian diorang ajar pulak kami macam mana nak dapatkan RM2k.. Iaitu diorang suruh pinjam RM10 dari semua orang yang ada dalam phone book kami.. MashaAllah, kegilaan apakah ini??
Yang lagi buat kami stress, bila kami nak balik bilik pun diorang tak bagi.. And FYI, ketiga-tiga mereka ialah lelaki.. Kami 2 orang perempuan, berhadapan dengan 3 lelaki.. Of course lah takut kan.. Diorang mintak kami untuk buat keputusan masa tu jugak.. And akhirnya, kami berjaya juga lepaskan diri dari mereka..

Tapi memang sungguh nana cakap, memang rasa trauma sangat-sangat.. Kami 2 orang berlari balik bilik and masih menggigil..
Start daripada itu memang nana akui, NANA BENCIKAN MLM.. Nana sangat bencikan MLM.. Toksah la berani-berani ajak nana join mana-mana MLM memang ku pangkah siap2..
Bila masuk UiTM pun masih ada lagi benda-benda macam ni..And seboleh mungkin memang nana nak elak..

Begitulah pengalaman ngeri nana bersama dengan MLM.. Tu baru nana sorang, belum orang lain lagi.. Yang nana dengar dah beribu-ribu kerugian selepas join bisnes MLM..

Itu lah sebab MENGAPA SAYA BENCI MLM.. 

Tetapi, sekarang tidak lagi.. Kerana nana sendiri sudah tahu apakah makna MLM yang sebenar..  :)

Bisnes MLM ialah Multi-leven Marketing yang mana ianya konsep perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat..

Manakala SISTEM PIRAMID pula ialah berteraskan yuran peserta di atas peserta lain.. atau dengan konspe mudahnya, kita masuk bisnes dengan bayaran sekian-sekian.. Dan kemudian kita akan cari orang baru, bila orang tu bayar yuran baru kita dapat hasil..

Nampak tak perbezaan dia?

Bisnes MLM yang sebenar ialah bisnes jualan produk yang BERKUALITI serta PELAN PERNIAGAAN yang adil dan tidak menindas.. Manakala SISTEM PIRAMID orang paling atas itu untung sebab kerja sekali je.. Lepas tu kaki-kaki yang kena bekerja untuk cari orang..

Beza okeyy!

Dan itu lah yang terjadi di dalam bisnes Shaklee.. Kami sendiri tidak pernah diajar untuk asyik mencari orang.. Tetapi kami diajar untuk mempertingkatkan nilai diri.. Mempertingkatkan ilmu mengenai produk.. Ilmu mengenai pemasaran.. Dan atas nilai-nilai inilah kami kemudiannya akan membantu pula mereka yang ingin dibantu sehingga berjaya..

Inilah bisnes MLM yang sebenar.. Bukan bermaksud orang atas dapat untung orang bawah goyang kaki.. Buktinya, dalam bisnes ni siapa yang masuk kemudian pun boleh naik lagi cepat dari upline.. Kalau upline goyang kaki memang upline tu tak dapat apa pun.. Sangat adil bagi nana..

Bisnes MLM yang sebenar juga sama seperti bisnes lain.. Ibarat dalam satu company, ada CEO.. ada pekerja.. dan sebagainya.. Bezanya di dalam MLM, tiada istilah BOS, sebaliknya LEADER yang berperanan untuk memimpin ahli kumpulan untuk sama-sama berjaya seperti beliau..

Andai kata dalam company biasa, anda bekerja untuk bos anda, sebaliknya gaji anda tetap sama.. Di dalam bisnes MLM, anda bukan mengkayakan leader anda.. Sebaliknya anda mengkayakan diri anda.. Dan andai kata leader anda membantu anda sampai berjaya, COMPANY iaitu Shaklee Malaysia yang akan bayar kepada leader anda sebagai upah kerana membantu anda sampai berjaya.. Bonus anda sikit pun tidak terusik :)

So, nana tegaskan lagi sekali di sini, bukan semua MLM mengamalkan SISTEM PIRAMID.. Bisnes MLM serupa seperti bisnes biasa.. Menjual barang dan sebagainya.. Cuma bezanya ialah, sistem MLM itu yang menjadikan seseorang itu boleh KAYA dengan lebih mudah andai kata dilaksanakan dengan betul InshaAllah..

Dan mengulas pendapat saudari di atas, kalau benar kata beliau bisnes MLM ini CEPAT KAYA, rasanya semua SID kat malaysia ni dah jadi Master dan dah jadi kaya :)

Tiada yang mudah dalam hidup.. Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya.. Semuanya harus bermula dari bawah.. Dan ianya memerlukan USAHA, KOMITMEN, TANGGUNGJAWAB, PENGORBANAN, SEMANGAT dan DOA untuk berjaya sehingga mencapai tahap yang tertinggi di dalam bisnes..

Dan kalau anda tanya nana, sudah semestinya BISNES SHAKLEE lah yang terbaik InshaAllah :)

Buat anda yang inginkan bisnes yang membantu anda berjaya dan kaya, tetapi anda bukanlah jenis manusia yang ingin cepat kaya, atau tidak sanggup berusaha dan bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian, maka bisnes SHAKLEE lah yang terbaik untuk anda..

Mengapa nana kata yang terbaik?

1) Produk yang bagus.. Shaklee ada barisan saintis yang hebat untuk memastikan setiap produk yang keluar SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

2) Pelan perniagaan yang sangat menguntungkan para distributor.. Shaklee membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk para distributor yang berjaya.. Andai anda mencapai rank tertinggi dalam bisnes ni iaitu Master Coordinator, anda bakal mendapat income tahunan tidak kurang daripada RM600,000..

3) Apa yang anda boleh dapat dalam bisnes Shaklee amnya, dan empayar Spectacular khususnya, UKHUWAH yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. Saling menyokong dan menasihati.. Saling mengingatkan dan mendoakan.. InshaAllah ukhuwah sampai syurga :')

Apa yang lebih indah ialah, tiada istilah PAKSAAN dalam bisnes kami.. Tugas kami hanya berkongsi produk yang hebat serta peluang bisnes yang menguntungkan.. Khas buat mereka yang ingin ubah nasib diri dan keluarga.. Tiada istilah paksaan.. Tak perlu pun memaksa sebab bisnes shaklee dan produk-produk Shaklee memang terbukti BAGUS pun :)

Sekian dari nana.. Harapan nana, tiada lagi pandangan-pandangan skeptikal anda kepada MLM sama seperti nana yang sudah berubah pandangan terhadap MLM selepas menyertai Shaklee

Nana doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat InshaAllah :)

Love,
Master Nana Macarona
Founder of SSpectacular Empire
Building Success Together
013-3039242

Hijrah

Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali, nana nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436H.. Hari ini ialah 1 Muharram.. Tahun pertama dalam Islam.. Ramai yang selalu pandang enteng akan tarikh ini.. Walhal tarikh ini ialah titik permulaan era kemasyuran Islam.. Teringat nana masa tunaikan Umrah bulan Mei tempoh hari.. Perjalanan dari Kota Mekah ke Madinah subhanallah sangat lah jauh.. Bayangkan dengan bas pun ambil masa 5-6 jam.. Bayangkan Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW dulu berhijrah daro Mekah ke Madinah dengan hanya berjalan kaki dan menaiki unta.. Timbul rasa insaf dalam hati nana.. Timbul rasa kasih dan sayang yang teramat sangat.. Terima kasih Ya Rasulullah.. Betapa tinggi pengorbanan nabi semata-mata untuk menegakkan syiar islam :')

Di kesempatan ini jugak nana nak minta ampun dan maaf kepada semua andai ada pernah nana mengguris hati anda melalui sikap, perbuatan atau kata-kata.. Sesungguhnya nana insan hina yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. Dan nana ikhlas hati memaafkan semua..

Actually, tujuan nana menulis harini adalah untuk bercerita.. Cerita yang nana sendiri tak pasti sama ada patut diceritakan ataupun tidak.. Yang mana nana sangat risau dan takut ianya bakal menimbulkan rasa riak dan ujub di dalam hati :( Moga Allah lindungi nana dan kita semua dari perasaan dan perbuatan riak dan ujub.. Anggap sahaja nana berkongsi untuk berkongsi semata-mata ya.. Agar mungkin, bisa menyentuh hati-hati mereka di luar sana.. Moga Allah redha..

Bismillahirahmanirrahim..

Mungkin ada yang sedar.. Ada yang tidak sedar.. Akan penghijrahan kecil nana.. Penghijrahan yang nana anggap sangat kecil kerana bagi nana masih terlalu banyak yang perlu nana ubah.. Sangat banyak.. Nana adalah pendosa.. Yang penuh dengan dosa silam.. Yang hina dan penuh noda.. Namun, nana juga tetap seorang yang mengharapkan menjadi insan kesayangan Allah.. Berharap untuk menjadi isteri yang solehah.. Berhajat untuk menjadi anak yang soleh.. Kawan yang baik.. Leader yang baik dan seterunya hamba Allah serta umat Rasulullah yang baik.. Dan yang utama, nana ingin nak masuk syurga Allah! :')

Nana hanya seorang insan biasa.. Bukan asal daripada sekolah agama.. Bukan daripada keluarga alim ulama.. Nana hanya seorang wanita biasa.. Menutup aurat bagi nana hanyalah menutup kepala.. Sehinggalah nana berkahwin..

Pernah banyak kali suami bagi hint untuk tutup aurat dengan lebih sempurna.. Tapi ketika tu tak ada apa-apa rasa dalam hati.. Nana masih teruskan kehidupan macam biasa.. Kehidupan dengan bisnes.. Kehidupan sebagai isteri.. Anak.. Nana tetap nana..

Sampai lah ada satu masa, nana terjumpa di internet mengenai satu artikel mengenai keindahan menutup aurat dengan sempurna.. Seperti ada satu perasaan kecil menyelinap dalam hati.. Nana lihat gambar seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna.. Yang kelihatan hanyalah wajah beliau.. Subhanallah indahnya.. Nana bandingkan dengan diri nana, sangat jauh berbeza. Nana bertudung, gadis itu juga bertudung.. Tapi tak sama.. Nana pandang beliau dengan pandangan mata yang sejukkk mata memandang... Manakala nana pandang diri sendiri, nana rasa macam tak ada apa-apa :(

Rasa rendah diri.. Insaf..

Nana baca dalam artikel itu, untuk berjaya dunia.. Untuk berjaya akhirat, haruslah menjadi insan kesayangan Allah terlebih dahulu.. Tapi macam mana nana nak jadi insan kesayangan Allah kalau suruhan Allah yang utama itu pun tak mampu nana penuhi..

Dan nana masih ingat tarikh itu.. 14 April 2013.. Pertama kalinya dalam hidup nana keluar dengan mengenakan jubah.. Nana nak pakai stokin dan stokin tangan tapi nana tak ada.. Baju labuh pun berapa helai je.. Nana menangis.. Terasa betapa jahilnya diri ini..


14 April 2013.. Detik permulaan 


Pulang sahaja daripada Shaklee Wangsa Maju, nana ke Giant Permata.. Nana cari di kedai-kedai barang-barang persediaan haji dan umrah.. Nana beli beberapa helai stokin dan handsocks.. Nana beli tudung yang agak labuh.. Cepat-cepat nana pulang ke rumah sebab dah tak sabar nak cuba..

Sesampai ke rumah, nana pakai stokin.. Stokin tangan dan jubah serta pashmina labuh.. Nana menangis melihat diri di dalam cermin.. Aku kah itu? :') Nana bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat ini.. Nana bersyukur yang teramat sangat

Teringat satu ayat, "Hidayah itu ibarat cahaya.. Dan cahaya tidak akan masuk ke rumah yang tidak dibuka jendelanya"

Lalu nana nekad.. ketenangan yang nana dapat ketika itu sesungguhnya lebih bernilai daripada segala kecantikan yang ada di dunia.. Biarlah nana tidak cantik pada pandangan manusia, asalkan nana cantik di mata Yang Maha Mencipta..

Ketika tu nana langsung tak cakap apa-apa pada suami, tapi bila suami balik kerja dan malam tu kami keluar, nana sudah mula kenakan jubah, stokin dan handsock.. Reaksi suami biasa sahaja.. Tak tegur pun mengenai perubahan nana.. Tapi nana yakin, dalam hati suami pasti terselit rasa bahagia.. Kerana nana tahu, ini lah yang beliau harapkan daripada nana selama ini.. Walaupun nana lakukan bukanlah kerana suami semata-mata, tetapi nana juga percaya, semua ini berkat doa daripada suami dan keluarga nana juga..

Semenjak daripada itu, tiada lagi jeans.. Tiada lagi tshirt yang biasa nana pakai.. Dan alhamdulillah sehingga sekarang, nana masih cuba menjaga aurat nana sebaiknya.. Sehabis baik yang nana mampu..



Dan sebenarnya, tidak dinafikan.. Perkenalan nana dengan SHAKLEE turut menjadi salah satu titik punca penghijrahan ini.. Kehidupan nana setelah bersama Shaklee dengan sebelum bersama Shaklee sangat berbeza.. Kalau dahulu hanya amalan wajib yang nana buat.. Tapi bersama Shaklee khasnya berada di bawah JUTAWAN, nana diberikan tips demi tips.. Nana diajar untuk berjaya di dunia, akhirat terlebih dahulu harus dikejar..

Nana terlalu bersyukur kerana diberikan peluang untuk kenal Shaklee dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Jutawan.. Kehidupan nana berubah hampir 360 darjah dari segi kewangan, sikap, kekuatan dan sebagainya.. Terlalu besar perubahan dalam hidup nana selepas kenal dengan Shaklee terutamanya hubungan dengan Allah.. Sungguh, ni antara nikmat terbesar di dalam kehidupan nana.. Terima kasih Jutawan Families.. Terima kasih S2U Families.. Terima kasih Spectacular Families dan terutama sekali, terima kasih Allah :')

Tiada kata yang mampu nana ucapkan untuk menggambarkan perasaan selepas penghijrahan kecil nana.. Hati nana semakin tenang.. Nana rasa selamat dan terlindung.. Terasa semakin dipermudahkan jalan nana dalam hidup mahupun bisnes.. Terasa dekat dengan Sang Pencipta.. Dan yang paling utama, nana cuba sedaya upaya menjaga hak Allah dan hak suami nana.. Nana kesal kerana selama nana sebelum berkahwin Abah yang kena tanggung segala dosa nana akibat tidak menjaga aurat dengan sempurna.. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan lalu nana.. Moga Abah tak perlu tanggung segala dosa dan kesalahan nana :(

Apa pun, nana harap entry ini tidak disalah erti.. Sesungguhnya nana masih terlalu jauh dari kesempurnaan.. Nana masih mencuba untuk sentiasa memperbaiki diri.. Masih ada terlalu banyak yang perlu diubah.. Masih ada terlalu banyak yang perlu nana perbaiki.. Sama ada dari segi aurat, perasaan, sikap dan sebagainya..

Nana doakan kita semua, bukan hanya bersahabat di dunia, tetapi juga di akhirat kelak.. Sama-sama membina jambatan ke Syurga InshaAllah :')

Akhir sekali, selamat menyambut tahun baru dalam Islam. Selamat menyambut Maal Hijrah.. Semoga tahun baru dalam Islam ini membawa Kejayaan, 1001 kebaikan, perubahan dan mendekatkan kita lagi dengan yang Maha Kuasa InshaAllah..

Di sini nana kongsikan doa Akhir Tahun dan doa Awal Tahun untuk kita sama-sama baca..



Sesungguhnya, kejarlah AKHIRAT, nescaya DUNIA akan berlari mengejarmu..

Semoga entry ini bermanfaat kepada semua.. Semua cerita hanyalah berkenaan diri nana sahaja, tiada niat untuk menyinggung sesiapa.. Semoga Allah rahmati dan redha InshaAllah..

Till then, Assalamualaikum wbt..


Friday, October 17, 2014

Tips : Tempah Baju di Pasar Baru, Bandung

Assalamualaikum wbt

Semasa Master Celebration nana tempoh hari, ramai yang cakap baju nana cantik macam princess *blushing* hehe.. Sebenarnya, memang itu lah niat dan tema yang nana harapkan semasa Majlis Persandingan Kedua nana bersama lelaki yang sama itu.. Hehe.. Fefeling nak kawen lagi sekali katanyaaa.. Tambah-tambah pulak di Anniversary perkahwinan yang kedua, so nana plan nak buat ala-ala wedding dress gituuuu :D



See... Siap boleh kibar kibar lagi uolls.. Fefeling princesssss sangatttt!



Suka sangat baju ni... T___T tapi entah bila la boleh pakai lagi huu


Okey, dah cukup lah tu nana 


Miss World Muslimah.. Boleh tak gitu? hehe



Cantik kan Flower Crown ni? Nanti kite review pasal FC ni pulak ye :)




 Cantik tak baju kite? Tak cantik pun, cakap cantik jugak pls.. Hahah Gila kuasa

But seriously nana sangat berpuas hati! Rasa berbaloi terbang jauhhhh ke seberang laut semata-mata nak tempah baju nih :)

And buat yang tertanya-tanya kat mana nana tempah baju ni, jawapannya di Pasar Baru, Bandung :)

So, buat u all yang nak tempah baju untuk sebarang event, sila lah ke sana ya.. Harga kain dia sangat lah murah berbanding dengan Jakel.. And upah tailor pulak, kalau u dapat tailor yang kire kawan-kawan, memang murah la dapat.. Nana pulak dapat tailor yang tak berapa nak kawan, so agak mahal sikit lah upahnya.. Tapi still murah tau kalau compare dengan tempah kat Malaysia..

So kisahnya begini..

Mukadimah je dah panjang berjela.. hehe

Few days before Master Celebration nana bulan September haritu, nana dengan suami telah terbang ke Bandung selama 3 hari.. Niatnya memang semata-mata sebab nak tempah baju + buat video montaj sempena Master Celebration kami nanti.. Sambil-sambil tu, jalan-jalan carik makan lah sekali kannn.. Yang tu nanti kita cerita dekat next entry naaa..

So, sesampai sahaja ke pekan Bandung, lepas je check in hotel, rehat kejap and solat, nana dan suami terus bergegas ke Pasar Baru yang terletak tak berapa jauh dari hotel kami.. Actually memang sengaja pilih hotel dekat dengan Pasar Baru sebab senang nak mengangkut hehe :)

Sampai je dekat Pasar Baru, terus tak pandang lantai lain dah.. Telekung ke seluar palazo ke, harap maap naaa.. Cuba lagi lain kali.. Sebab tujuan kami hanya satu, nak TEMPAH BAJU MASCEL.. hehe.. Gile ko.. Dah lah 3 hari je masa yang kitorang ada dekat Bandung.. Esoknya dah kena pergi Tangkuban Parahu shooting *ewah*, lusa dah balik.. So hari tu je masa yang kitorang ada untuk tempah baju.. Maka wajib lah lajulaju.. Sebab tahu dahhhh.. Nak tempah baju confirm amek masa lama gilaaaa.. Mana nak pilih kain lagi.. Nak tawar menawar lagi.. Blablabla

So, destinasi pertama dan takde destinasi kedua dah, kami direct ke kedai kain Chand Moda.. Ini pun atas saranan my anak bisnes iaitu Yana yang dok jadi perunding imej nana sejak dari mula-mula plan nak tempah baju macam mana, sampai lah ke pemilihan kain, pemilihan design dan sebagainya.. Memang besar jasa anakku ni dekat baju Mascel Nana.. Hehe.. Tq yana darling! Nanti Mascel Yana mami tolong pulak naaaa.. :)

So finally, setelah berejam-rejam, akhirnya nana pilih kain serta decide untuk tempah dengan tailor kedai ni jugak.. Namanya Pak Dodi..

Sengaja nana pilih warna pastel sebab baru lah boleh fefeling princessss hewhew


Sampai tertidur-tidur dah nana.. Seriously, aktiviti paling dibenci dari kecik dulu ialah masuk kedai kain.. Paling tak suka bila mak ajak pergi pilih baju raya.. Hahha Sebab tu nana prefer beli baju siap je.. Sebab peningggg kalau masuk kedai kain..



Baju suami jugak nana tempah di Bandung.. Cuma tailor je berlainan.. Kami amek tailor yang pernah buat baju kami masa kami datang Bandung tahun lepas.. Sebab murah lah sikit.. Dekat Chand Moda tu mahaiiiii pfft


Dan, tibalah saat yang dinanti-nanti oleh semua kan?

Iaitu KOS kedua-dua baju ini.. hehe

Actually bagi nana kalau buat dekat Bandung kalau kena dengan Tailornya, memang sangat murah compared dengan dekat Malaysia.. Tapi maybe this time kami tak berapa bernasib baik, so tailor mahal sikit upah dia..

Kos kedua-dua baju ini termasuk kain ialah hampir 6 juta rupiah..

6 juta? Kalau kat Malaysia baju harga 6 juta tu dah bertatahlkan berlian Swarovski dah agaknya hehe

6 Juta Rupiah, bersamaan dengan RM2k..

Mahal kan? Takpe.. Makan baju tu naaa nana.. Rebus pastu minum air dia tiap-tiap hari T____T

Haha!


So, untuk anda yang mintak tips untuk tempah baju di Bandung, cadangan nana, pls spend masa 2 hari at least untuk u buat baju sahaja..
1 hari untuk u survey kain, dan 1 hari untuk u survey Tailor.. 
Kat Pasar Baru ni banyak je kedai kain yang lagi murah-murah beserta Tailor yang bagus-bagus.. Kitorang haritu kebetulan memang sangat rushing sebab tak cukup masa.. So redha jela dengan apa yang ada..

Highly recommended untuk bakal-bakal pengantin yang nak tempah baju.. Sebab kat sini baju siap CEPAT! Ni yang paling nana suka.. Kalau tempah dengan tailor dekat Malaysia satg kita yang stress sebab jenuh menunggu baju siap.. So malas nak fikir panjang, plus masa pun tak cukup.. Pegi jela tempah dekat Bandung.. Jimat masa uolls.. Sehari je dah siap :)

So, sekian dulu entry nana untuk malam ni.. Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan tempah baju dekat bandung, jangan lah segan-segan nak bertanya.. Tapi kalau rasa tak nak segan, sila lah beli produk Shaklee sekali.. Satu soalan bersamaan dengan satu vitamin.. LOL! Just kidding hahahha

Anything boleh je whatsapp nana- 013-3039242 ya :)

Till the people, Goodnight & Assalamualaikum wbt


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...