Monday, October 14, 2019

PROMOSI OKTOBER - OSTEMATRIX, BUKAN SEKADAR KALSIUM!

Hai Assalamualaikum wbt semua

Bertemu lagi kita ye dalam blog kesayangan nana ni :)

Baiklah, harini nana nak kongsi pada semua mengenai produk PROMO bulan oktober 2019 ini iaitu :- OSTEMATRIX!

Kalau nak tahu, Ostematrix ni antara supplement shaklee yang nana paling tak boleh tinggal setiap hari, wajib consume jugak sebelum tidur especially bila mana hari nana sibuk dan tak cukup rest..

Antara kesan terbesar Ostematrix pada badan nana ialah,

SEMBELIT TIADA LAGI

Dahulu nana ada satu masalah yang agak teruk jugak lah, iaitu SEMBELIT! Sembelit nana bukan tahap biasa-biasa tau.. Sampaikan kalau nana tak pakai ubat atau makan ubat, nana memang tak boleh buang air besar.. kalau seminggu tak makan ubat, maka seminggu lah nana tak dapat nak buang air besar.. Seksa sangat masa tu..


Nana still ingat lagi masa zaman sekolah dulu, masa sekolah dekat MRSM BP.. Asal weekend je nana akan kirim dekat cikgu warden untuk belikan ubat sembelit untuk nana.. Paling senang nana pakai masa tu ialah ENEMA!


Ni lah ubat yang nana terpaksa guna setiap kali dah lama tak membuang huhuh! Pedihhhhh wehhh

Keadaan berlarutan sampai lah nana dah besar pun, memang nana sejenis tak dapat membuang dengan sendiri tak kira lah nana dah makan berapa biji limau ke pisang ke sekalipun..

Sampai lah nana join Shaklee, nana consume Ostematrix dan Alhamdulillah akhirnya berakhir sudah mimpi ngeri nana selama ni.. NO MORE SEMBELIT ALHAMDULILLAH :')

Kalau dulu nak pergi toilet pun rasa serammmm sangat, sebab tahu terpaksa menanggung seksa hanya untuk keluarkan najis.. Sekarang tak payah paksa-paksa, smooth je keluar sampai kempis perut heheh

Yang paling nana rasa lega ialah waktu BERPANTANG. Igauan ngeri bagi ibu berpantang ialah bila mana sembelitttt lah.. Imagine kita dah lah berjahit dekat bawah tu, kalau najis keras nak teran tu adoiiii seksaaaaanya Ya Allah..

Mujur sangat nana tak pernah sekali pun kena sembelit selama nana berpantang 44 hari, Alhamdulillah :)

SAKIT BADAN DAN SIMPUL BIAWAK WAKTU HAMIL LANSUNG TAK ADA

Nana banyak sangat dapat feedback daripada ramaiii customer dan kenalan yang pregnant kena SIMPUL BIAWAK.. Alhamdulillah waktu nana pregnant Adra Aurelia 4 tahun lepas, nana memang lansung tak pernah alami simpul biawak atau orang utara panggil TARIK MENGKARUNG 

Sakit-sakit pinggang pun memang Alhamdulillah lansung tak ada..

Siap tak sedar pun yang sebenarnya tengah pregnant kecuali perut yang makin membesar haha

Alhamdulillah sangat, nana dah lalui tempoh kehamilan yang lancar sangat dengan izin Allah 


APAKAH ITU OSTEMATRIX?

So, apa dia sebenarnya Ostematrix ni korang? 

Baiklah, ostematrix ni sebenarnya adalah supplement yang kaya dengan sumber mineral seperti KALSIUM, MAGNESIUM, ZINC, COPPER, MANGAN DAN BORON



APA MANFAAT OSTEMATRIX PADA TUBUH BADAN KITA?

Sebenarnya penting sangat-sangat Ostematrix ni untuk badan kita, sebab yang utama ialah Ostematrix membekalkan sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan badan.. Tambah-tambah untuk orang yang memang tak minum susu dan tak berapa makan kekacang macam nana..

Selain tu, yang paling penting sekali sebab, OSTEMATRIX NI BUKAN SEKADAR KALSIUM.. Banyak sangat minerals lain dalam Ostematrix yang sangat bagus untuk tubuh badan kita.. Contohnya Magnesium yang bukan hanya bagus untuk tulang, tapi membantu melembutkan najis dan meredakan otot badan manusia, thats why bila consume Ostematrix ni selalunya kita akan mudah dapat tidur yang lena di malam hari.


Antara manfaat Ostematrix ialah:

  • Sangat terbaik untuk bekalkan kalsium yang mencukupi kepada IBU HAMIL
  • Sangat membantu mengurangkan atau mengatasi masalah SEMBELIT
  • Membantu membekalkan kalsium yang mencukupi buat IBU MENYUSU. Bila menyusu, kalsium dari badan si ibu akan pergi ke anak melalui susu ibu, jadi ibu berisiko kekurangan kalsium dalam badan yang boleh mengakibatkan banyak lagi masalah lain
  • Meringankan gejala SENGGUGUT
  • Membantu menguatkan tulang dan mencegah masalah OSTEOPOROSIS
  • Membantu atasi masalah sukar tidur malam iaitu INSOMNIA


So, kepada anda yang berminat nak dapatkan ostematrix promosi, nana sangat mengalu-alukan anda untuk direct contact nana untuk dapatkan harga promosi yang MURAH GILAAA!!

Imagine, tak promo pun harga sebotol tu dah sangat murah dan berpatutan.. Apatah lagi bila promosi kan :)

Hubungi nana,

Whatsapp/sms : 0133039242

Atau anda boleh klik link di bawah,


Till then!!

Assalamualaikum wbt 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...