Sunday, January 28, 2018

6 TIPS BANGKIT DARI KEGAGALAN

Assalamualaikum wbt & hi everyone! :)

Sekarang jam 3.16 am..

And nana masih menaip, untuk cuba kongsi ilmu, memberi manfaat dan inspirasi buat semua InshaAllah..

Antara soalan yang selalu dan kerap sangat-sangat ditanya kepada nana, baik oleh downlines mahupun kawan-kawan bisnes ialah,

"BAGAIMANA NAK BANGKIT DARI KEGAGALAN?"

First sekali, pada nana kegagalan dan kejayaan itu adalah subjektif..

Pada sesetengah orang, kejayaan itu ialah bila dia dapat capai salah satu impian hidup dia..

Pada sesetengah orang yang lain pula, kejayaan itu hanya bila dia berjaya capai seluruh impian dalam hidupnya..

Ada orang yang rasa, kegagalan itu adalah apabila bisnes tak sentiasa menaik macam biasa..

Ada pula orang yang rasa, kegagalan itu apabila jatuh terduduk dan tak mampu berdiri kembali..

Dan untuk diri nana pulak, tiada istilah GAGAL dalam hidup nana..

Yang ada hanyalah, sama ada BELUM BERJAYA, ataupun ALLAH SEDANG UJI JALAN KEJAYAAN KITA.. :)

Cuma ada satu sahaja KEGAGALAN YANG NYATA bagi diri nana, iaitu apabila kita BERHENTI BERUSAHA..

..................

So, semalam nana ada tanya dekat facebook nana, ada tak yang nak tahu TIPS BANGKIT DARI KEGAGALAN?

And rupanya ramai gilaaaaa yang nak tahu..

Since nana rasa yang nana bakal menaip dengan panjang, maka nana decide untuk tulis dekat blog sahaja.. Kalau tulis kat facebook panjang-panjang ni hampa pun malas nak baca betul tak? hahah

So, Apa sebenarnya TIPS BANGKIT DARI KEGAGALAN yang nana nak share nih?

................

Pertama sekali, nana nak kongsi lah jugak dengan korang.. In case ada yang tertanya-tanya, nana ni pernah ke gagal dalam bisnes?

Again, nana nak cakap..

YA, NANA PERNAH DIUJI.. Nana tak panggil ia sebagai kegagalan, kerana nana berjaya bangkit kembali selepas ujian tu..

Nana panggil ia sebagai UJIAN BUKANNYA KEGAGALAN..

Sekitar hujung tahun 2015, sehingga awal tahun 2016, nana akui nana sedikit diuji dalam bisnes..

Ujian datang bukan kerana tak bagusnya bisnes ni, bukan kerana ekonomi negara yang tak stabil, tetapi kerana fitnah yang melanda Shaklee saat itu..

Tapi jujurnya, nana anggap semuanya tak lain tak bukan sebagai teguran daripada Allah semata-mata..

Waktu itu nana akui, nana kehilangan ramai leaders.. Ada yang dah putus asa buat bisnes kerana tak tahan diuji, ada yang pilih untuk percayakan fitnah, ada yang memilih jalan selamat untuk tak nak fikir berat-berat..

Tapi nana? Tetap memilih untuk melangkah dengan gagah walau apa pun yang melanda..

Sebab nana percaya, tak ada sesuatu pun yang KEKAL di atas muka bumi ini termasuklah UJIAN :')

DAN,

Alhamdulillah, berkat nana bersabar dan berkat nana tak putus asa, bermula tahun 2016 sehingga kini, bisnes semakin hebat dan terus hebat..

Jualan Spectacular keseluruhannya berjaya capai sampai RM2 juta sebulan..

Spectacular berjaya lahirkan 4 orang Masters baru..

Semakin ramai leaders yang lahir..

Dan antara cara mengukur sesebuah kejayaan, of course melalui income nana kan?

And just nak kongsi untuk inspirasi korang,

Pada bulan JANUARI 2016, saat nana paling dashat diuji, bonus waktu tu berkurang almost RM30,000 daripada bonus tertinggi yang pernah nana capai waktu tu..

Dan pada JANUARI 2017, bonus nana berjaya capai hampir RM50,000 lebih daripada bonus tertinggi sebelum itu.. Alhamdulillah :')

And now, nana nak kongsi apa antara yang nana buat waktu tu, yang InshaAllah jadi asbab untuk bisnes naik dan melonjak dengan berjuta kali lebih hebat daripada sebelumnya

1) MUHASABAH DIRI

Pada waktu bisnes nana diuji tu, jujurnya nana nampak lebih banyak hikmah daripada keburukan..

Nana ambil masa untuk bertenang dan muhasabah diri..

Nana mengaku kepada Allah bahawa setiap ujian yang nana hadap waktu tu tak lain tak bukan berpunca daripada kesilapan nana sendiri..
Dan nana yakin, Allah datangkan ujian ini sebagai TEGURAN buat diri nana supaya nana bangkit dari kealpaan..

Banyak yang nana nampak waktu itu, terutama sekali hubungan nana dengan beberapa orang di sekitar nana..

Nana mula perbetulkan satu persatu kesilapan nana..
Nana mulakan dengan mohon ampun kepada Allah..

Seterusnya kepada mereka-mereka yang nana rasa nana ada buat silap pada mereka..

Alhamdulillah, hati tenang bila kita sudi mengakui kesilapan kita dan sudi perbetulkan..

Bila kita tidak dihantui lagi dengan rasa bersalah dan dosa, InshaAllah kita tak akan pernah rasa sesuatu ujian itu terlalu berat sehingga kita tak mampu nak pikul..

Kita akan sentiasa rasa yang kita ini BOLEH harung semua badai yang sedang melanda..

Kekuatan itu datang satu satunya daripada YANG MAHA KUAT..

Allah taala :')

Bila kita buat apa yang Allah suka, InshaAllah Allah akan sentiasa selimut kita dengan rahmatNya.. Sampai kita jauh dari rasa gusar dan risau yang melampau..

Kita mampu rasa tenang..

Dan bila kita tenang, InshaAllah kita akan tarik perkara2 baik dekat dengan kita

2) IMPROVE & UPGRADE DIRI

Lepas nana muhasabah diri, nana mula nampak lompong-lompong yang nana kena penuhkan kembali..

Sama ada dari segi hubungan dengan Allah..
Hubungan dengan manusia..
Hubungan dengan keluarga..

Nana jugak perbaiki diri nana sebagai seorang leader..

Nana mula upgrade diri dengan ilmu baru..

Satu benda yang nana mula sedar, waktu nana tengah naik dulu betapa nana sangat suka membaca..

Bila dah berjaya, nana mula tinggalkan aktiviti tu sebab kononnya busy sangat..

Waktu tengah nak mendaki semula kejayaan dan bangkit dari ujian ni, nana banyakkan membaca semula.. Nana banyakkan cari ilmu

Bila dapat ilmu baru, nana akan kongsi dengan Spectacular biar sama-sama tahu

Dan Alhamdulillah, memang betul orang cakap..

Kalau nak hasil yang LUAR BIASA, tindakan pun tak boleh lah yang macam biasa-biasa..

Bila dah mula upgrade diri dengan something yang LUAR BIASA, kejayaan yang datang pun luar biasa rupanya SubhanAllah!

3) LEPASKAN BEBAN aka MOVE ON

Salah satu benda yang akan buat kita stuck ialah, bila kita memikul beban..

Apa contoh beban tu?

Contohnya, bila selama ini kita terlalu berharapkan untuk bantu seseorang ini berjaya..

Macam-macam kita buat untuk bantu dia berjaya..

Tapi orang yang kita nak bantu tu tak bagi respon yang sepatutnya.. Kita je yang beriya nak bantu dia..

Dia tak hargai pun apa yang kita ajar, tak hargai pun segala pengorbanan yang kita dah beri untuk bantu dia.. Tak bersungguh pun nak kejar kajayaan, entahkan kenapa..

Maka, yang terbaik untuk kita ialah, LEPASKAN BEBAN ITU..

Nana still ingat peristiwa waktu nana bercuti dengan S2U masters dekat Kundasang tahun 2015..

Waktu tu kitorang dalam kereta nak naik bukit..

Muatan penuh sampai kereta tak boleh panjat bukit..

Bila ada antara penumpang dalam tu turun, baruuu lah kereta boleh memecut laju naik bukit hahah

See, nampak tak?

Beban hanya akan memberatkan perjalanan kita dan buat kita tak nampak peluang depan mata..

MOVE ON.. Ramai lagi manusia di luar sana yang perlukan bantuan dan bimbingan kita..

Yang penting, kita keep on searching.. Jangan lah tak buat apa-apa pulak!

4) JANGAN PUTUS ASA UNTUK TERUSKAN MEMBERI

Antara yang nana rasa mungkin jadi asbab kepada kejayaan pada hari ini ialah, betapa daripada dulu nana tak pernah stop memberi..

Nana tak pernah tinggalkan Spectacular tak kira lah betapa nana diuji masa tu..

Even nana pernah kecewa dan terluka sekalipun dengan segelintir anak-anak didik..

Tapi nana tak give up.. Tak pernah tak buat kelas.. Tak pernah biarkan mereka terkontang kanting..

I keep on giving and giving sampai dah tak tinggal apa dah kat diri nana masa tu..

Dan nana selalu percaya, pemberian terbesar yang seseorang mampu beri kepada orang lain bukan lah DUIT..

Tapi ILMU DAN DOA..

Kalau kita beri duit, duit boleh habis..
Kalau kita beri hadiah, hadiah boleh rosak..

Tapi kalau kita beri ilmu, ilmu tu andai dimanfaatkan bukan hanya boleh menjana duit.. malahan pahala jugak..

Dan kalau kita hadiahkan DOA, ternyata itu lebih hebat daripada segalanya..

Benda ni yang nana pegang selama 6 tahun nana jadi mentor kepada Spectacular..

I keep on giving and giving, without even bother what will I receive in return..

Dan Alhamdulillah janji Allah itu pasti..

Nana beri mereka ilmu, perhatian, masa,

Allah balas dengan tunaikan satu persatu impian hidup nana.. Alhamdulillah :')

5) KELUAR DARI ZON SELESA & BINA IMPIAN BARU

Sebenarnya kan, bukan hanya kejayaan atau kesenangan sahaja yang mampu terbitkan zon selesa..

Bahkan kegagalan juga mampu terbitkan zon selesa

Bila mana kita sudah selesa dengan kegagalan.. Selesa tak berjaya capai target pun tak apa lah.. Nak buat macam mana?

Tak efektif pun tak apa lah, nak buat macam mana kan dah usaha?

Tanpa kita sedar, lama kelamaan kita mula menerima KEGAGALAN ITU SEBAGAI TAKDIR..

Kita mula percaya bahawa, "Ya lah, aku mana boleh berjaya macam orang lain.. Aku kan dah jatuh ni, mana boleh bangkit balik?"

ANDA TIPU!

Sebab nana boleh buktikan kita MAMPU BANGKIT KEMBALI DARI KEJATUHAN KALAU KITA NAK!

Jangan pernah merasakan bahawa kegagalan itu adalah TAKDIR sedangkan kita sendiri pun tak pernah tengok buku takdir di Luh Mahfuz..

Bangkitlah wahai roh yang lemah dan lesu!!

Bangkitlah dengan semangat untuk kembali keluar daripada zon selesa!!

Usah percaya bahawa kejayaan itu adalah mustahil..

Wallahi lansung tak mustahil kalau kita betul-betul BERKEHENDAKKAN IA..

Letak satu rasa TEKAD dalam diri, AKU DITAKDIRKAN UNTUK BERJAYA!!

Dan kalau selama ini, mungkin kita rasa selesa dek kerana impian-impian yang dah tertunai..

Maka, CIPTA IMPIAN BARU!

Jangan takut untuk bermimipi dan tanam impian..

Orang yang tak ada impian ni ibarat mati sebelum mati.. Tak ada arah tujuan hidup

So, pergi cari apa yang korang PALING NAKKKKKK dalam hidup and fokus kejar impian korang!

6) JAGA MINDSET

Tips terakhir yang nana nak kongsi, sila JAGA MINDSET..

Jangan sesekali fikir yang bukan-bukan dan tak baik pasal diri sendiri..
Jangan sesekali underestimate diri sendiri..

"saya tak hebat"
"saya tak mampu berjaya"

Hati-hati dengan apa yang kita fikir sebab semua tu tak lain tak bukan adalah DOA..

Masukkan perkataan2 yang baik untuk diri sendiri dalam minda kita..

Macam mana nak buat?

Tulis atas kertas, tampal kat cermin dan baca hari-hari

"AKU MAMPU BANGKIT DENGAN LEBIH BERGAYA

AKU DITAKDIRKAN UNTUK CAPAI SEGALA IMPIAN AKU

AKU DITAKDIRKAN UNTUK KAYA BERSAMA BISNES INI

AKU ADALAH ORANG YANG BERTUAH DAN ALLAH MERAHMATI AKU DENGAN KEJAYAAN DAN KEKAYAAN DENGAN BERKAT DAN BAHAGIA"

InshaAllah apa yang kita sebut akan jadi kenyataan..

Law of attraction itu wujud kawan-kawan..

Apa yang kita fikir, sebut, rasa, InshaAllah kita akan tarik dalam kehidupan kita..

Kita tarik jadi realiti..

Dibuktikan dengan janji Allah dalam Al Quran

"AKU BERSAMA DENGAN SANGKAAN HAMBAKU"

SO AWAS YA, JAGA MINDSET BETUL-BETUL!!

Bila ada pernah fikir negatif dan tak baik, atau ragu-ragu akan kebolehan diri

Cepat-cepat ucapkan NAUZUBILLAHIMINZALIK..


.................

So ni antara tips yang nana nak kongsi setakat ni..

Semoga bermanfaat kepada korang semua yang mungkin sedang memerlukan..

Yang baik daripada Allah, yang buruk dari khilaf nana sendiri..

Sesungguhnya apa yang nana tulis ikhlas daripada hati nana untuk semua InshaAllah :)

..............

So, sampai sini dulu untuk kali ni..

Kalau korang rasa post nana ni bermanfaat dan ibarat JAWAPAN kepada persoalan yang bermain di minda korang selama ni, jangan lupa klik button SHARE ya :)

Till then, Assalamualaikum wbt

Jangan lupa PROMOSI OMEGA GUARD yang bakal tamat 2 hari sahaja lagi ni yaaa!

Dapatkan OMEGA GUARD dengan promosi,
BUY 3 GET 5% DISCOUNT


Antara kebaikan Omega Guard ialah:

  • Menyokong Kesihatan Jantung
  • Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat
  • Menyokong Fleksibilit Sendi
  • Nutrisi penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu
  • Menyokong Kesihatan Kulit
  • Meningkatkan kesihatan imun
  • Meningkatkan Kesihatan Sperma
  • Bagus untuk kecantikan kulit
  • Membantu pembakaran lemak





1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...