Monday, September 14, 2015

5 Tips Menghadapi Jerebu

Assalamualaikum wbt dearest readers! :)

Alhamdulillah, hari pagi-pagi dah bukak kedai blog.. Bukan apa, sekali dah menaip nih jadi gian tau.. Hehe.. I just love blogging sebab macam-macam boleh cerita..

So apa khabar semua? Ada yang sudah mula rasa tak sihat, demam, batuk atau selsema? By the way, nana Alhamdulillah setakat ini masih sihat sejahtera.. Semalam ada jugak rasa badan macam mula nak demam.. Rasa lemah dan tiba-tiba rasa letih sangat.. Agak sukar nak bernafas dan rasa nak tidur je..

But then tak boleh lah tidur kan.. Sebab semalam dah ada appointment dengan group one of my leader untuk brief mereka mengenai TRIP PERCUMA KE BANGKOK yang semua nanti-nantikan itu.. Nak cancel kelas memang sebolehnya nana takkan buat sebab nana rasa bersalah kalau tak dapat menyampaikan ilmu pada anak-anak didik..

So yang mampu nana buat adalah, double up my Vitamin C intake, double up my Garlic Complex intake, sediakan satu bekas Performance Drink dan minum dengan kerap.. Dan Alhamdulillah, pagi ni semua rasa yang tak best tu dah hilang dan badan nana kembali sihat dan segar :)

Panjang lebar pulak bercerita pasal diri kan.. Hehe.. Tapi nana pasti, semua itu juga berpunca daripada masalah JEREBU yang melanda negara kita ni.. Sebab sepanjang weekend haritu nana memang banyak ada di luar rumah.. So agak terdedah dengan cuaca luar..

I just can't imagine macam mana orang yang memang bekerja di kawasan terbuka.. Allah, mesti lagi mencabar nak menghadapi situasi macam ni kan :(

So di sini hari ni nana nak kongsikan antara cara-cara yang boleh anda amalkan bagi melindungi diri daripada kesan tak baik akibat dari jerebu.. Sebab kita memang tak dapat nak elak macam mana pun.. So mahu atau tidak, yang kita perlu buat adalah LINDUNGI DIRI dan KELUARGA daripada kesan tidak baik akibat jerebu..

1) Kurangkan Aktiviti Luar

Terutamanya buat kanak-kanak dan bayi, orang tua serta wanita hamil. Kalau boleh kurangkan lah aktiviti di luar ya.. Sebab golongan ini merupakan golongan yang agak rendah imun sistem dalam badan berbanding orang dewasa biasa.. So better pada waktu ini cuba kurangkan bawa anak-anak kecil keluar rumah.. Begitu juga wanita hamil dan orang tua..



2) Pakai Air Purifier Dalam Rumah

Nana sendiri memang sentiasa pasang Air Purifier ni dalam rumah. Actually Air Purifier ni nana beli masa tahun 2013.. Waktu tu pun jerebu teruk sangat-sangat melanda negara dan nana dah mula rasa sesak nafas even hanya duduk dalam rumah.. So kami decide untuk beli Air Purifier ni dan Alhamdulillah ianya agak membantu membersihkan udara dalam rumah..

Fungsi Air Purifier ini adalah untuk menapis udara, menyedut dan memerangkap habuk dan menukarkannya kepada udara yang lebih bersih dan segar..

Nana punya jenama Sharp. So far masih bertahan dan berfungsi dengan sangat baik.


3) Minum Air Secukupnya

Terutamanya kepada mereka yang terdedah dengan jerebu, sebaiknya minum air masak dengan lebih berbanding biasa kerana kebiasaannya tekak akan mula rasa perit dan kering.. Air masak membantu untuk elakkan badan kehilangan banyak air dan membantu meningkatkan sistem pertahanan badan..

Walau bagaimanapun, nana lebih suka gantikan air masak kepada air Performance Drink semasa jerebu ini.. Sebab Performance Drink adalah minuman isotonik yang mengandungi mineral dan elektrolit yang membantu elakkan badan hilang banyak air which is lagi bagus berbanding air masak biasa..



4) Pakai Mask Semasa Aktiviti Luar

Yang ini sangat penting ya semua. Sila make sure anda pakai MASK semasa beraktiviti luar ya. Dan sila pastikan pakai mask N95 yang boleh tapis habuk dan small particles ye. Jangan guna mask yang doktor guna dalam dewan bedah tu tauuu..hehe

Nana dulu pun actually guna surgical mask jugak.. Tapi sekarang ni dah tahu kena lah pergi cari mask N95 pulak..


5) Ambil Supplement Untuk Tingkatkan Imun Sistem

Haaaa.. Yang ni tips yang semua orang wajib follow.. Bukan apa, kita memang tak mampu nak elak dari menghadapi masalah jerebu ni.. Tapi kita boleh lindungi badan kita daripada kesan buruk akibat jerebu.. Dan perlindungan paling utama adalah pelindungan dari dalam tubuh badan itu sendiri terlebih dahulu..

Sebab walaupun topeng apa pun yang kita guna untuk elak jerebu, tapi kalau imun sistem tubuh lemah, kita tetap berisiko untuk terkena penyakit.. So adalah sangat PENTING untuk kita lindungi diri kita dengan sistem pertahanan badan itu sendiri..

Antara supplement yang nana WAJIBKAN anda ambil adalah,


Vitamin C membantu meningkatkan imun sistem dalam badan sekaligus menghalang tubuh badan tubuh badan dari mudah terkena penyakit




Vitamin C Chewable yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan dan menghalang tubuh badan dari mudah terkena penyakit.


Performance Drink untuk membantu mengelakkan kehilangan banyak air dan meningkatkan sistem imun badan.



Nutriferon yang mana merupakan immune booster yang mana sangat-sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan bagi menghalang mudah terkena penyakit. Juga boleh diambil ketika demam bagi menggantikan paracetamol.


*************

So, nasihat nana, make sure jaga kesihatan anda sebaiknya pada waktu macam ni yaaa.. Elakkan berada di luar rumah.. Dan jom lah kita sama-sama doakan semoga masalah jerebu ini segera berlalu.. Jom kita doakan kesejahteraan semua rakyat malaysia.. MOga terselamat daripada bala bencana dan dugaan yang tak mampu kita tanggung..

Sekian dulu tips daripada nana untuk hari ini yaaa..

Untuk anda yang nak dapatkan supplement-supplement seperti di atas, boleh lah hubungi nana

=============
Pakar Nutrisi Anda,
Nana Macarona
013-3039242
=============






Perjuangan 20 Tahun di dalam Shaklee!

Assalamualaikum wbt :)

Haii readers! Entry kedua untuk harini hehe.. Gara-gara terlalu bersemangat dan excited lepas hadiri Majlis Master Celebration Master Hj Hussain dan Master Hajah Salwa semalam..



Siapa mereka ni?

Mereka lah Super Upline nana di dalam bisnes Shaklee ini.. :) Mereka sudah berpengalaman selama 20 tahun di dalam Shaklee kalau anda hendak tahu.. 20 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat tauuu.. Kalau anak baru lahir tu, maknanya sampai boleh dapat menantu dah.. Bayangkan berapa lama tempoh mereka berShaklee..

Nak tahu berapa usia mereka sekarang? 65 tahun! yaaa.. 65 tahun tapi masih gigih dan gagah berniaga mencari rezeki.. 20 tahun mereka bersabar dan kini mereka menuai hasilnya..

Sedikit kisah mengenai permulaan perjalanan mereka di dalam bisnes Shaklee ini, based on apa yang diceritakan di dalam Master Celebration semalam..

Mereka berdua mendaftar Shaklee selepas Master Hj Hussain pencen daripada Tentera Laut Malaysia pada usia 45 tahun.. Kemudian mereka mula berkenalan dengan upline mereka iaitu Master Hj Roslan, yang mana merupakan upline nana juga.. Master Roslan tak jemu2 cuba untuk mengajak mereka join bisnes Shaklee, tapi pada awalnya ditolak mentah2 oleh Master Hjh Salwa..

Puncanya adalah kerana Master Hjh Salwa pernah alami pengalaman buruk dengan MLM so beliau jadi sangat anti dengan MLM.. Dan akhirnya, mereka mendaftar juga Shaklee dek kerana tidak tahan 'diganggu' oleh Master Hj Roslan hehe

Tapi Alhamdulillah, berkat sentuhan Master Hj Roslan, maka di sini lah mereka pada hari ini.. Dan saya percaya, mereka sangat berterima kasih kepada upline mereka, Master Hj Roslan kerana tidak jemu2 cuba membantu mereka satu ketika dahulu..

Perjalanan mereka juga tidak lah semudah dan secepat orang lain di dalam bisnes ini.. Mereka join ahli pada tahun 1995, dan hanya naik rank Master pada tahun 2013.. Bermaksud mereka sangat sabar dan konsisten selama 18 tahun sebelum benar-benar mengecap kejayaan di dalam bisnes ini, Subhanallah..

So inspiring kan? :')

Nana tak dapat bayangkan, bagaimana kalau sebelum 18 tahun itu mereka pernah give up dan berhenti buat Shaklee.. Adakah sekarang mereka boleh menikmati income 6 angka, sambil menikmati usia emas mereka bersama anak cucu.. Di samping menjalankan peniagaan dari rumah yang kelihatan santai, tetapi memberi income pasif yang sangat lumayan..

Allahuakbar.. Nana sangat-sangat berdoa semoga diberi kesabaran seperti mereka di dalam bisnes ini..

Apa yang buat nana kagum ialah, di saat orang lain memilih untuk berehat sesudah pencen, tetapi mereka memilih untuk memulakan bisnes selepas pencen.. Mereka tak jadikan usia EMAS sebagai penghalang kepada kejayaan..

Dan lihatlah pada hari ini.. Pada usia emas, mereka mengecapi kejayaan yang sangat manis Alhamdulillah..

Kalau mereka yang sudah dikira lanjut usia boleh bertahan, bersabar dan berusaha.. Nana sebagai orang muda sangat malu kalau nana tak buat sungguh2 dan give up buat Shaklee..

Sering kali nana cakap pada diri.. Bertuahnya aku.. Jumpa Shaklee masa usia muda.. Pulak tu naik Master dalam tempoh setahun lebih je buat Shaklee.. Lepas 3 tahun bershaklee, income sebulan dah stabil di 5 angka..

Kalau diuji sedikit pun aku nak down dan give up, betapa tak bersyukurnya aku..

Sedangkan orang lain yang sangat-sangat lamaaaa menanti kejayaan hadir pun mampu bersabar dan konsisten..

Allah, nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan :')

Nana bersyukur sangat dibukakan hati hendak ke majlis ini semalam.. Banyak pengajaran yang nana perolehi yang buat nana sangat bersyukur dengan apa yang nana ada dan dengan jalan yang Allah pilih buat nana ini..

Dan nana sangat yakin dan percaya.. Kalau Master Hj Roslan mampu bertahan hampir 30 tahun dalam Shaklee.. Kalau Master Hjh Salwa dan Master Hj Hussain mampu bertahan 20 tahun di dalam Shaklee.. Sudah pasti ada sesuatu yang sangat istimewa di dalam bisnes ini kan? :)

Nana impikan, 20 tahun daripada sekarang, InshaAllah empayar Spectacular sudah berkembang dengan sangat-sangat maju.. Nana sudah mencapai income 6-7 angka sebulan.. Anak pun masa tu InshaAllah dah besar.. Nana nak hantar at least salah seorang daripada anak untuk belajar tahfiz.. Kalau dapat hantar semua lagi bagus Alhamdulillah..

Nana harap juga untuk membiayaai sepenuhnya pelajaran anak-anak tanpa perlu buat pinjaman atau biasiswa.. Biarlah biasiswa diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan..

Dan nana berharap InshaAllah pada masa itu nana sudah mencapai impian menjadi Jutawan Muslimah.. Yang empayar bisnes sudah stabil dan mantap.. Dan punya lebih masa untuk beribadat, travel around the world semestinya bersama keluarga..

Dan nana juga membayangkan pada saat itu, sudah terbina satu pusat tahfiz atau rumah anak-anak yatim yang dibiayaai sepenuhnya oleh kami..

Allahuakbar, tingginya angan-angan dan cita-cita nana.. Dan nana percaya, cita-cita dan impian yang tinggi tidak akan menjadi kenyataan kalau nana hanya tahu berangan tanpa usaha..

InshaAllah nana akan cuba sedaya upaya untuk mencapai setiap yang diimpikan..

Moga Allah setuju dan redha akan impian dan jalan yang nana pilih ini..

InshaAllah, Shaklee will be my forever lifetime career..

Anda nak bersama nana berjuang di dalam Shaklee dan Spectacular? Nak rasa sendiri indahnya bisnes ini? Jom hubungi nana, mentor pilihan anda :)

========================
Your Truster Business Mentor
Master Siti Farhana
Founder of Spectacular Empire
013-3039242
=======================

Peluang Menikmati Percutian Percuma 4H3M ke BANGKOK

Assalamualaikum wbt :)

Apa khabar readers? Alhamdulillah sepanjang bulan ini banyakkk sangat-sangat khabar gembira dari company buat kami semua. Antaranya ialah peluang untuk menikmati PERCUTIAN PERCUMA selama 4 hari 3 malam ke BANGKOK, Thailand!

Well, ini bukan percutian biasa tau. Ini percutian 5 bintang yang sangat lah eksklusif dan semuanya ditangguh FREE oleh company :)



Sebelum itu, jom kita layankan video yang super best ini yang Shaklee prepare untuk ANDA, bakal penerima trip percuma 4 hari 3 malam ke BANGKOK ini


BEST KANNNNNNN ^_________^


Actually, nana nak kongsi berita baik ini dengan anda semua walaupun anda BELUM pun bergelar Shaklee Independent Distributor sebab even anda baru je join Shaklee bulan ni pun, kalau anda meet requirements yang Shaklee offer, anda tetap layak untuk dapat trip percuma ni tau..

And requirements dia pun sangat lah mudah sampai iolls pon jeles :")

Imagine lah, sekarang ni dah lah ekonomi tengah tak berapa mantap.. Nak bercuti ke luar negara pakai duit sendiri alahaiiii tak bestnya kan? T____T

Tapi kalau anda join Shaklee dan anda sungguh-sungguh buat bisnes, anda berpeluang dapat ikut trip 5 bintang ini, siap boleh kumpul duit shopping sendiri tanpa usik duit simpanan yang sedia ada!! Wowww best kan? 


Anda hanya perlu join Shaklee, buat bisnes betul2 ikut cakap mentor dan naik Supervisor serta maintain efektif dalam tempoh 4 bulan bermula daripada bulan September 2015 sehingga April 2016..

Dan, anda bakal layak untuk dapat TRIP PERCUMA ini :)

Nak naik Supervisor susah ke?

Bagi nana sangat lah mudah dan ada tekniknya yang nana yakin kalau anda follow betul2 apa yang bakal nana ajar nanti, mudah sangat-sangat setakat nak naik Supervisor tu..

Lagi best sebab apa tau? Sebab kalau anda join Shaklee dan aim untuk ke TRIP PERCUMA ini, secara tak langsung anda bakal berjaya kumpul duit poket sendiri tanpa anda perlu usik simpanan sedia ada pun..

Bonus untuk seorang Supervisor ialah RM2000++..

Bayangkan andai anda join Shaklee pada bulan ini, dan anda terus naik Supervisor.. Nak layak dapat trip ini hanya perlu skor 4 bulan sahaja efektif.. Bermaksud RM2000 x 4 = RM8000!

Dalam anda buat bisnes ni sebab nak follow trip percuma 5 bintang ke BANGKOK, tup2 anda berjaya kumpul RM8000 duit poket untuk buat shopping dekat sana nanti.. Best kan? heheh

Itu baru Supervisor tau.. Buatnya dalam tempoh 8 bulan ini anda berjaya naik ke rank yang lebih tinggi, for sure lah bonus semakin BESAR! Aummm bestnyaaaaa

So, tawaran ini sangat lah sesuai buat mereka yang SUKA MELANCONG dan nak cari SIDE INCOME :)

Nak 1 anda dapat 2. Nak pergi melancong, tapi anda dapat simpan RM8000.. Nak cari side income, tiba2 dapat melancong free. hehe Bestnyaaaaa <3 p="">
So faham tak sekarang kenapa nana jeles sangat dengan korang semua? hehe.. Sebab nana zaman dulu2 naik Supervisor tak delah dapat tawaran best2 macam ni.. Tapi takpe, nana sudi nak bantu kalau ada yang benar2 berminat nak grab tawaran istimewa ni..

Jom hubungi nana untuk berbincang dan planning yang terbaik.. Nana akan tunjuk ajar yang terbaik buat sesiapa yang nak berjaya dalam bisnes, sekaligus grab peluang istimewa untuk dapat TRIP PERCUMA 4 hari 3 malam ke BANGKOK ini ^___^

======================
Your Trusted Business Mentor,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242
======================

Sunday, August 30, 2015

WAHM ~ Masa Berharga Bersama Keluarga

Assalamualaikum wbt readers :)

Lately saya banyak mendengar cerita dari kawan-kawan dan juga downline bisnes saya betapa mereka terlalu ingin bekerja sendiri di rumah sambil menjaga keluarga.. Sesungguhnya saya sangat memahami perasaan itu kerana walaupun belum ada anak lagi sekarang, maksud saya anak belum keluar lagi, tapi perasaan keibuan saya sangat kuat untuk saya rasa ingin dekat selalu dengan anak saya..

Tak sanggup rasanya nak tinggalkan anak dari pagi sampai ke petang, tambah-tambah lagi dengan orang lain..

Pertama, saya tak tahu sama ada orang lain bakal jaga zuriat yang saya kandung selama 9 bulan ini sebaik saya atau tidak..

Kedua, saya tak sanggup orang lain tahu dahulu perkembangan anak-anak terlebih dahulu dari saya.. Saya tak sanggup orang lain yang update kepada saya mengenai perkembangan anak saya.. Saya ingin melihat dan menyaksikan sendiri setiap perkembangan anak saya.. Saya nak jadi tangan yang mengajar anak saya membaca, mengaji dan bermain.. I just wanna be everything to them..

Ketiga, saya tak sanggup balik ke rumah setiap hari dengan perasaan bersalah kerana membuat anak-anak berasa jauh dari saya.. Bayangkan kalau saya masih bekerja dengan kerjaya lama.. Pergi kerja pagi jam 7.. Balik malam jam 7.. Anak-anak mungkin jam 10 dah tidur.. Saya hanya ada masa selama 3 jam sahaja bersama anak-anak dan suami.. Allahuakbar, saya tak sanggup :(

Disebabkan itu, walaupun saya sendiri bukan lah terus dikurniakan anak selepas berkahwin, saya tetap tak sanggup bekerja makan gaji sebab saya taknak berjauhan dengan suami..

Waktu itu suami masih lagi bekerja makan gaji.. Pada saya,biarlah suami sahaja yang bekerja.. At least suami balik ke rumah saya dah sedia ada di rumah.. Sedia masakkan makanan untuk suami.. Saya yang menunggu suami pulang ke rumah, bukan suami yang menunggu saya..

Pada awal dahulu, pilihan saya untuk bekerja di rumah dapat banyak sangat tentangan dari pelbagai pihak terutama keluarga.. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan suami yang memahami.. Yang sangat faham betapa saya tak suka bekerja dengan orang.. Betapa saya suka kerja di rumah.. TQ husband!

Dan saya sangat-sangat bersyukur, keputusan untuk berhenti makan gaji telah saya buat 3 tahun yang lalu.. Sebelum zuriat saya lahir ke dunia.. Bermakna once anak dalam kandungan ini lahir, saya sememangnya sudah tersedia bergelar WORK AT HOME MOM.. Bukannya waktu itu baru saya hendak buat keputusan untuk tinggalkan kerjaya saya..

Saya sangat-sangat bersyukur dengan keputusan saya satu masa dahulu.. Dan perkara yang sama saya seringkali pesan kepada anak-anak didik saya yang masih belum berumahtangga dan belum punya zuriat..

Pesan saya, manfaatkan masa single dan masa sebelum ada anak ini untuk struggle sungguh-sungguh buat bisnes.. Supaya nanti masa dah ada anak, bisnes dah stabil.. Masa tu bila2 masa boleh tinggalkan kerjaya makan gaji tanpa perasaan bersalah atau risaukan ekonomi keluarga selepas kita berhenti kerja nanti..

Kena sentiasa pandang ke hadapan.. Sekarang mungkin rasa selesa sebab tiada komitmen dan tanggungjawab pada anak.. Jangan tunggu nanti dah ada anak, waktu tu baru nak struggle dan buat keputusan..

Manakala buat anak-anak didik yang punya anak, tetapi berhasrat untuk WORK AT HOME, sesungguhnya ini perjuangan saya untuk membantu mereka.. Betapa saya ingin setiap daripada mereka menikmati kehidupan sebagai seorang ibu yang mampu menjaga sendiri zuriat mereka dengan tangan mereka sendiri.. Namun, harus lah buat bisnes sungguh2 kalau nak capai impian tersebut..

Kalau tidak, sampai bila impian hanya tinggal impian..

Manakan tidak, nak berhenti kerja di saat pendapatan dalam bisnes tidak seberapa adalah satu keputusan yang besar.. Maka nasihat saya, struggle lah untuk segerakan stabil dalam bisnes.. Supaya lebih cepat anda stabil dan berjaya dalam bisnes, semakin cepat anda boleh capai impian untuk bergelar WORK AT HOME MOM..

Saya doakan semua ibu-ibu serta bakal ibu di luar sana diberikan peluang oleh Allah untuk bergelar WORK AT HOME MOM satu hari nanti..

Sayang macam mana pun anda dengan kerjaya, percayalah keluarga itu lebih utama.. Jangan sampai hilang momen-momen penting bersama keluarga dek kerana kita terlalu pentingkan kerjaya..

Tapi jangan risau, dengan bisnes Shaklee, yang mana merupakan THE BEST HOME BASED BUSINESS, InshaAllah anda masih mampu mencapai impian anda dalam kerjaya, mampu medapat pendapatan lumayan, mampu membantu menjana ekonomi keluarga, tanpa anda perlu mengabaikan keluarga :)

I love my family and I love my career too! And I am so glad that I can have both in my life.. Alhamdulillah :)

Untuk anda yang berhajat bergelar Work At Home Mom bersama bisnes Shaklee, saya sangat mengalu alukan penyertaan anda ke dalam Organisasi kami iaitu Spectacular Empire. InshaAllah anda akan di guide sehingga segala impian anda tercapai. Tapi satu anda harus ingat, andai anak-anak anda jadikan sebagai SEBAB kenapa anda kena berjaya dan bergelar WAHM, jangan pula nanti anak-anak juga yang dijadikan alasan untuk tidak mencapainya..

Mesti kuatkan azam dan semangat untuk cepat-cepat berjaya serta bergelar WAHM!

Hubungi saya, mentor bisnes anda

Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242

Till then, Assalamualaikum wbt.

Tuesday, August 25, 2015

Atasi Kulit Bermasalah Semasa Hamil dengan ESP

Assalamualaikum wbt

Hai readers! Apa khabar semua? :) Lately semangat rasa nak menulis selalu dekat blog ni sebab ada banyakkkk yang nana nak kongsikan dengan semua.. Hopefully jangan jemu membaca ya! hehe

Harini nana nak kongsikan antara dilema ibu-ibu hamil di luar sana (termasuk diri nana sendiri).. Ramai yang mengadu alami beberapa masalah kulit semasa hamil.. Nana sendiri tak terkecuali.. even agak terkejut jugak actually masa awal-awal tu.. Sebab kulit nana jenis yang memang tak bermasalah dan susah naik jerawat..

Kulit nana mula bermasalah sebenarnya sejak sebelum nana dapat tahu nana pregnant lagi.. And sebenarnya, nana mula perasan kulit nana area dagu macam ditumbuhi ruam-ruam kecik start bulan March.. Bulan nana conceived..

Mulanya ingat sebab salah pakai foundation ke bedak ke.. Then nana stop semua produk yang nana guna di muka.. But then, kulit still tak okey.. Tapi masa tu tak berapa teruk sangat..

Once dapat tahu yang nana pregnant 4 weeks, masa tu kulit pun masih di tahap okey.. Ruam di sekitar dagu sahaja.. Masa tu dah tahu lah kenapa kulit jadi macam tu kannn.. Of course sebab hormon :")

Tapi, start je 7-8 minggu ke atas, MashaAllah, kulit nana jadi makin dashattt.. Jerawat mula tumbuh tanpa henti di area pipi, dahi, hidung.. Pendek kata memang nana masa tu tak sanggup nak tengok cermin T___T

Apa pun, nana redha masa tu sebab nana tahu ianya normal.. Hormon mengandung kan.. Biasa lah :) Janji baby sihat pun dah syukur Alhamdulillah..

Nak dijadikan cerita, dalam tempoh itu jugak nana ada alami morning sickness yang tahap sederhana.. Ada masa muntah memang muntah.. Ada masa okey.. And nana dapat rasakan sebenarnya tahap morning sickness nana agak teruk jugak masa tu.. Tapi sememangnya SET KEHAMILAN SHAKLEE sangatttttt lah banyak membantu..

Kerana walaupun alami muntah teruk, tapi nana masih rasa badan masih kuat.. Dan Alhamdulillah dari awal kehamilan sampai la sekarang, nana belum pernah demam lagi.. TQ to Set Kehamilan Shaklee <3 p="">
Berbalik kepada masalah jerawat ni tadi, sepanjang tempoh nana morning sickness beserta dilanda masalah jerawat, nana hanya ambil Set Kehamilan yang basic sahaja seperti Vitamin C + Vitalea + B Complex + Ostematrix.. ESP memang nana tak mampu nak telan masa tu sebab setiap kali telan je mesti keluar balik :')

Bermula dari lepas raya tempoh hari, Alhamdulillah morning sickness totally hilang.. Mabuk muntah semua langsung dah takde yay! And nana mula start amek ESP semula.. Everyday tanpa gagal..

Asalnya nana ambil kerana ianya memang sangat bagus untuk perkembangan baby dalam kandungan, kerana ianya kaya dengan protein yang membantu pembinaal sel baby..

Tapi apa yang nana alami ialah, kulit semakin okay!

Jerawat yang dulu tumbuh melata silih berganti, now dah takde yang tumbuh lagi dah..

Parut-parut jerawat lama pun dah makin pudar..

Alhamdulillahhh! I am sooo happy! :)

My Very own testimonial. Gambar before dengan jerawat dan parut merata-rata T___T Gambar after pula jerawat dah takde, parut semakin pudar. Yay!


Semestinya ESP memang sangat bagus untuk kulit wajah kerana protein itu ibarat binaan bata.. Kulit wajah ibarat rumah.. Bila rumah dibina dengan bata yang bagus dan cukup, semestinya rumah akan jadi kukuh dan cantik kan? :)

Now Alhamdulillah, nana mampu tersenyum depan cermin hihi

Kalau before ni nana rasa stress takmau tengok cermin, sekarang Alhamdulillah, hati berbunga-bunga je rasa..

ESP pujaan hatiku


Even kulit belum 100% okey sama macam dulu, tapi nana tetap sangat bersyukur sebab sekarang kulit dah makin improve sangat-sangat! Tq ESP <3 p="">
So buat anda di luar sana yang alami apa yang nana alami iaitu KULIT BERMASALAH SEMASA HAMIL, nana sangat2 cadangan pengambilan ESP secara konsisten dengan sukatan yang betul.. InshaAllah kulit akan semakin sihat, berseri dan cantik..

Bila kulit cantik, hati pun gembira kan :) Ditambah dengan gembira bakal jadi Ibu, wah berganda-ganda lah kegembiraan ituuu..

Untuk anda yang nak dapatkan ESP atau mana-mana produk Shaklee sama ada untuk KECANTIKAN dan juga KESIHATAN, boleh hubungi nana

***********************************
Your Certified Health & Beauty Consultant,
Nana Macarona
FB : Nana Macarona
Whatsapp/sms : 013-3039242
***********************************

Monday, August 24, 2015

Italy, Kami Datang!

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, semalam nana dapat SMS daripada Shaklee untuk inform bahawa kami bakal menaiki pesawat Emirate Airline pada bulan November nanti untuk ke Italy.. Selama ni dok berangan je boleh naik Emirates huhu Tapi Alhamdulillah finally Allah kabulkan :')

Walaupun ada banyak lagi pesawat murah lain, tapi macam biasa Shaklee akan selalu beri yang terbaik sebagai ganjaran buat kami, SID yang sudah bertungkus lumus untuk buat yang terbaik dalam bisnes.. TQ Shaklee!


Untuk trip kali ni jugak, nana bakal bawa bersama kedua ibu bapa mertua sekali nanti InshaAllah.. :)

Actually waktu trip tu nanti, nana bakal berada dalam 34 weeks of pregnancy.. Tapi nana sangat yakin InshaAllah, Allah pasti akan permudahkan segalanya untuk nana dan baby.. Selalu doa pada Allah semoga diberi kesempatan untuk join trip ke Italy tu nanti dengan sihat dan sempurna.. Baby sihat mommy pun sihat..

And selalu cakap dengan baby, sila beri kerjasama dekat mommy yaa.. Mommy nak bawak baby tangkap gambar depan Colosseum dengan Pisa Tower ni walaupun baby dalam perot je lagi masa tu hihi

Apa pun, hanya pada Allah tempat nana panjatkan kesyukuran ini.. Satu ketika dahulu, tak pernah terlintas di fikiran nana untuk mampu pergi melancong ke luar negara setahun sekali macam ni.. Tanpa perlu keluarkan duit sendiri.. Hotel ditanggung.. Penerbangan ditanggung.. Nak masuk tempat2 best macam Disneyland semua tu pon Shaklee bayarkan..

Kita tinggal bawak diri, baju dan duit shopping je.. Siap duit poket pun Shaklee bagi tahuuu..

Ingat lagi masa trip US tahun lepas.. Masing-masing dapat duit poket sebanyak RM1200 setiap sorang.. Lepas tu, masa di sana pernah sekali kami terlepas waktu makan sebab flight delay daripada LA ke San Francisco.. Tapi dalam bas still kami dapat je makanan.. Dan kami still makan Ketam besar kat tempat kawan-kawan lain makan.. Cuma terskip waktu makan dengan orang lain je..

Guess what? Sampai je Malaysia, Shaklee ganti RM300 pada kami sebab kami skip lunch masa di San Francisco haritu.. Terharu sangat rasa :')


Kenangan makan ketam besar di San Francisco. Makan kaki die je dah kenyang wehhh :")


Betapa Shaklee nak beri yang terbaik sebagai penghargaan kepada kami, para distributor company..

Nana rasa, kalau lah masih bekerja makan gaji, mungkin company lama tidak akan beri layanan terbaik macam ni sekali dekat kami..

Beza dengan buat bisnes Shaklee.. Sudahlah dikira bisnes sendiri sebab income semuanya dapat pada kami.. Kami tentukan sendiri income kami.. Dan income yang boleh diperolehi di dalam bisnes ini ialah INFINITY.. Kemudian company beri pula penghargaan seperti ini kepada kami..

Allahu.. Nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan :')

Dan tahun hadapan pula, InshaAllah kami bakal ke Orlando, US.. Yang paling tak sabar sebab kat sana ada Disneyworld terbesar di dunia yeayyyy!!

Haritu masa dekat LA, pergi Disneyland die pun dah rasa syok gilaaa.. Ini pulak Disneyworld.. Memang my childhood dreams cometrue tauuuu :")

Sekarang masa untuk bekerja keras untuk tahun hadapan pulak!

Kalau tahun ni dah bawa mak abah mertua.. InshaAllah tahun depan nak bawa mak abah nana pulak ke US InshaAllah..  So far sekarang 2 tiket ke US dah confirm lepas.. tiket ke 3 dah separuh jalan.. Tinggal lagi 2 tiket je nak skor.. Sebab nana target at least 5 tiket ke International Trip tahun depan :)

Semoga dipermudahkan jalan kami..
Semoga dipermudahkan jalan anak-anak didik kami..
Smeoga dikurniakan rezeki melimpah ruah dan tubuh badan yang sihat..

Actually seronok sangat sebab tahun ni bukan kami je wakil dari Spectacular yg bakal ke Italy.. Anak-anak didik pun join sama Alhamdulillah..

Ini lah yang paling buat kami rasa bersyukur.. Sebab kami nak anak-anak didik kami rasa apa yang kami dah rasa selama ini :)

Moga tahun depan lebih ramaiiiii lagi warga Spectacular akan join trip ke US InshaAllah!

Doakan kami yaaaa <3 p="">

Till then and Assalamualaikum wbt



Monday, August 10, 2015

First Baby Kicking

Assalamualaikum wbt!

Tiba-tiba rasa nak menulis harini hehe
Actually, sejak awal pregnancy nana plan nak tulis setiap perkembangan baby dalam kandungan ni.. Untuk kenangan and boleh refer nanti in the future kan..
Ye lah, nak harap memori sendiri yang tak berapa nak kuat ni memang harapan lah.. Kena telan Omega Guard banyak-banyak lagi nampak gayanya :D

Now nana dah almost memasuki 5 months of pregnancy actually.. And ada something yang buat hati sangat tersentuh lately..

Dah mula rasa baby kicking dengan sangat kuat Subhanallah :') That feeling.. Hanya Allah sahaja yang tahu..

Actually masa 3 months haritu dah start rasa baby movement inside my tummy.. Tapi masa tu maybe baby kecik lagi agaknya.. So kadang-kadang confuse, betul ke ni baby yang gerak atau angin? Hehe

Makin lama rasa macam movement and kicks makin kuat.. But still bila letak tangan dekat atas perot still belum dapat rasa lagi.. And bila husband letak tangan lagi lah, baby diam terus hahah

But semalam, Allah je tahu perasaan kami suami isteri.. First time nana letak tangan dekat perut, then rasa kick yang sangat kuat dari dalam.. Subhanallah.. :')

Lepas tu amek pulak tangan suami letak atas perut, and finally suami pun dapat rasa.. :')

Dua-dua rasa nak menangis tapi control macho beb! hahah

Sebelum ni jujurnya nana belum rasa excited sangat sebab sometimes macam lupa yang my baby is growing inside my womb.. Kadang-kadang busy dengan life etc, plus baby belum move dengan kuat, so belum betul-betul rasa 'dia' ada..

But now rasa some feeling yang tak boleh describe.. Sangat tersentuh.. Sangat bersyukur.. Rasa nak sentiasa letak tangan atas perut untuk rasa every movement.. Rasa dekat sangat di hati..

Macam tak percaya yang satu hari nanti nana juga akan diberi peluang merasa semua ni.. Rasa macam mimpi..

And now, sejak 'dia' mula memunculkan diri.. Bagi tanda yang dia ada dekat dalam tu, hanya ada satu je yang nana nak buat..

I really want to improve myself.. Sebab nana nak jadi Ibu yang terbaik untuk baby ni.. Taknak cakap bukan-bukan.. Nak jaga percakapan, perbuatan etc.. Banyakkan zikir dan mengaji.. Sebab nana tahu dia dah boleh dengar setiap apa nana cakap.. Taknak malas-malas.. Nak jadi kuat supaya baby nanti kuat macam mummy.. I just wanna be the best for u baby :') Eh sorry! ter over emotional pulak petang ni hehe

Doakan baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan sempurna ya semua! Menjadi anak yang baik.. Penyejuk mata dan hati papa dengan mummy.. Menjadi saham akhirat papa dengan mummy.. Dan doakan semoga kami mampu menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat zuriat kami..

I just can't wait to meet u sayang! Mummy and papa love u so much :')



Thursday, July 9, 2015

My Pregnancy Journey - Second Trimester

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sedar tak sedar sekarang ni kandungan sudah pun mencecah 15 weeks.. :) Seriously memang tak sedar pun.. Agaknya sebab busy dengan kehidupan.. Apa pun, syukur Alhamdulillah for everything..

Memasuki second trimester ni nana rasa okey lah.. Part morning sickness tu rasa macam sama je dengan first trimester dulu.. Tak teruk sangat Alhamdulillah.. Or sebenarnya kategori teruk tapi diri sendiri yang rasa tak teruk, tak tahu lah kan hehe

Sebabnya dalam family nana, adik beradik memang jenis takde morning sickness.. Nana sendiri pun tak sure morning sickness tu macam mana sebenarnya.. Yang nana tahu, kadang-kadang lepas subuh nana akan muntah sebab rasa nak muntah.. Then kadang-kadang muntah malam sebelum tidur.. Kadang-kadang muntah masa lewat petang.. Tapi so far sepanjang hari rasa sihat je.. Tak lembik.. Tak sakit kepala dan tak lemau Alhamdulillah..

Dan nana tanya pendapat ramai orang, ramai yang cakap mungkin nana memang ada morning sickness jugak, cumanya pengambilan supplement yang buat badan rasa kuat dan tak terasa pun morning sickness tu melainkan muntah.. hehe

Ontahhh.. Layan jelah kan.. Sebab first time, so memang blur lah sikit..

Apa pun, syukur lah nana masih mampu buat kerja harian seperti biasa.. Masih mampu layan customer.. Masih mampu coaching anak-anak didik Spectacular.. Dan masih mampu memasak untuk suami kadang-kadang kalau mood rajin datang :D

Part pregnancy yang pelikpelik tu nana rasa takde sangat.. Kan ada orang cerita, ada orang yang jenis bila pregnant tak suka pakai sabun masa mandi, tak suka bau suami, tak suka itu ini..

Nana so far Alhamdulillah tak pernah lagi tak suka bau suami.. Makin menempel ada lah hahha.. Bermanja before baby keluar katanya :D

Cuma yang pelik sikit hanyalah, nana sekarang kurang selera makan.. Sampai orang tegur nampak kurus betul sekarang :( Mujur lah ada supplement Shaklee so i know that my baby dapat nutrition cukup InshaAllah.. Nana memang tak berapa gemar daging-daging sekarang ni..Ayam paling takleh masuk tekak.. Daging pun sama.. Ikan certain2 je yang boleh lepas tekak..

Andddd ha! Ada satu perangai pelik sepanjang pregnant ni.. TAK SUKA PASANG LAMPU.. hahah seriously tak suka duduk dalam tempat terang-terang.. Tak kisah la lampu ke cahaya matahari ke.. Rasa macam rimassss dan panassss sangat..

Kalau boleh nak duduk dalam gelap sentiasa.. hehe

Waktu bulan puasa ni pulak, memang rasa badan macam tak cukup makan sebab dah lah puasa, then selera pulak tak berapa ada kan.. Tapi Alhamdulillah, nana dapat rasa badan sangat sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan waktu berpuasa ni.. Syukur Alhamdulillah :)

Antara supplement yang nana amek sepanjang pregnancy ni ialah Set Lengkap Kehamilan


Alhamdulillah memang badan rasa kuat dan segar even kalau ikutkan nana kurang makan sekarang ni.. Antara yang ada dalam set ni ialah

ESP
Membantu membekalkan protein untuk pembinaan tisu bayi. Selain daripada menguatkan rahim untuk menampung bayi yang semakin membesar. ESP juga membantu membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari..

Memang rasa kenyang dan bertenaga je if amek ESP ni tau.. Especially sekarang ni bulan puasa kan.. Tahan puasa sampai petang..

Vitalea
Membantu membekalkan Iron dan multivitamin yang lengkap untuk kesihatan badan dan bayi.
Iron penting untuk membantu mengelakkan gejala HB LOW dan PITAM.. Vitalea juga membantu memberi tenaga tambahan pada nana untuk bantu nana sihat dan bertenaga sepanjang hari..

B-Complex
B Complex mmebantu bekalkan Vitamin B yg lengkap kepada bayi termasuklah Asid Folik. Honestly sepanjang mengandung nana tak amek asid folik yang hospital bagi.. Nana betul2 amek B Complex Shaklee sahaja sebab nana lebih yakin amek supplement Shaklee yg nana yakin sangat natural dan selamat..

Vitamin C
Vitamin C sgt membantu tingkatkan imun system. sebab bila hamil, imun system akan automatically jadi rendah, mudah kena demam dan penyakit.. Alhamdulillah nana belum pernah kena demam sepanjang hamil :)

Ostematrix
Fav product nana ever! Bekalkan kalsium secukupnya untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran baby.. Alhamdulillah jugak, bila amalkan amek ostematrix sepanjang hamil, nana belum pernah lagi terjaga malam dek kerana 'simpul biawak' dan sakit2 badan pun kurang Alhamdulillah.. Pembuangan pun lancar setiap pagi.. Ni yg paling syok! hehe

Omega Guard
Sangat penting untuk perkembangan otak bayi sebab mengandungi DHA & EPA.. Tapi nana baru2 je start makan sejak enter 2nd trimester ni.. Sebb 1st trimester tak digalakkan amek Omega Guard tau.. And lagi satu, sejak amek Omega Guard ni, batuk nana dah mula kurang sesangat.. Sebab nana alami batuk agak lama sebenarnya sepanjang pregnant ni.. Bukan sebab sakit tekak ke apa.. Tapi kata doktor sebab gas yg meruap dari ulu hati.. Sindrom normal para ibu mengandung sebenarnya.. And amek Omega Guard ni memang kurang sesangat dah batuk Alhamdulillah

Selain daripada supplement basic dekat atas ni, nana pun ada amek beberapa supplement lain macam Performance Drink + Garlic Complex + Peppermint Ginger jugak..


Performance Drink
Apa nana suka pasal minuman ni ialah, sangat lah membantu nana untuk tidak dehydrated sepanjang puasa ni.. ALhamdulillah rasa bertenaga dan segar je puasa bila sahur dan berbuka dengan PD ni.. And actually sejak mengandung, memang minuman ni jadi pengganti air masak dah bagi nana.. Sepanjang masa minum PD.. Memang bestttttttt sangat! Sedap dan segar. Dahaga pun kurang.. Dan nana perasan, kalau minum PD sebelum tidur, malam nana akan kurang bangun untuk buang air.. Kalau minum air masak biasa, kejap2 selang 5 minit bangun buang air.. Sabo jela hehe


Peppermint Ginger
Ni kalau amek masa perut tengah berangin memang sedap. Angin keluar pun berpusu2 je hehe.. Nana selalu amek bila nana rasa badan banyak angin. And memang sangat membantu lah. Ringan je badan bila angin-angin tak diperlukan tu keluar hehe


Garlic Complex
Punnn fav nana sepamjang hamil ni even tak pernah tinggal sekali pun.. Best jugak untuk keluarkan angin.. Plus sangat bagus if ada problem jerawat ke ape dekat muka.. Part jerawat ni nanti nana cerita dekat entry lain yee 

****

So ini lah cerita pregnancy nana.. Nana tak cakap takde cabaran langsung, tapi nana percaya ini lah yang perlu nana hadapi dan wanita-wanita lain hadapi jugak :)
Nak jadi ibu bukan mudah.. Allah nak ajar kita jadi Ibu yang hebat melalui dugaan-dugaan semasa hamil InshaAllah..

Buat yang alami morning sickness, nana cadangkan amek lah set kehamilan Shaklee ni.. InshaAllah membantu sangat :)

So sampai sini dulu nana membebel harini.. Tak lama lagi nak raya dah.. Nanti lah tunggu nak dekat2 raya baru kita buat entry mintak maap ye heheh

Till then, Assalamualaikum wbt





Tuesday, May 19, 2015

My TTC Journey Part 1 : Berakhir Sebuah Penantian

Assalamualaikum wbt readers!

Alhamdulillah.. Dah lama nana berhajat nak publish entry ni.. Entry yang nana selalu simpan dalam draft.. Yang ditulis dengan penuh emosi, tapi tak cukup berani untuk publish.. Bimbang hati sendiri yang bakal tercedera.. :') AMARAN : Entry ini sangat panjang.

Menjadi seorang yang bernama Siti Farhana bukan lah semuanya yang indah-indah sahaja seperti di pandangan mata manusia.. Nana punya dugaan tersendiri.. Kisah tersendiri.. Salah satunya, bergelar seorang TTC-ians..

Apa itu TTC? TTC stands for Try To Conceive.. Cuba untuk hamil.. Senang cerita, wanita yang sudah berkahwin yang belum dikurniakan zuriat dan sedang berusaha untuk hamil..

Hampir 3 tahun menjadi seorang TTC-ain bukanlah pengalaman yang indah untuk dikenang.. Tetapi ternyata hikmah terbesar di sebalik aturan Allah ini ialah, Allah ingin mendidik hati nana menjadi kuat dan menghargai apa yang nana ada.. Ditakdirkan nana tidak selalu dapat apa yang nana inginkan dengan mudah pasti ada hikmahnya.. Pasti ada sesuatu yang lebih besar hikmahnya yang sedang Allah aturkan untuk kehidupan nana.. Maka dengan itu, nana akan lebih menghargai apa yang bakal nana ada nanti.. Mungkin? :)

27 September 2012, tarikh keramat nana bergelar seorang isteri.. Masih nana ingat perasaan lepas bergelar isteri yang sangat berbeza dari sebelumnya.. Lepas menjadi isteri, automatically perasaan bersedia bergelar seorang ibu mula hadir..

Ingat lagi before kawen, pernah bincang dengan BF, (now dah jadi suami hehe), kita nanti kawen nak terus dapat anak ke? Dan kami sama-sama decide untuk enjpy2 dulu.. Hahaha padan muka. Awal2 lagi dah niat macam tu, memang mendapat la kan..

Sebab tu, buat yang belum kawen, walaupun perasaan keibubapaan belum ada, jangan sesekali cakap yang bukan-bukan.. Sebab apa yang kita cakap tu semuanya DOA..

Dan rupanya, selepas kawen, perasaan nak jadi IBU tu datang sendiri dengan sangat kuat.. Sampai kan waktu period bulan pertama lepas kawen, nana boleh menangis sebab sedih.. Padahal baru first month kot :') hehe ini lah dia perasaan yang Allah kurniakan kepada semua insan yang sudah berkahwin.. Perasaan nak jadi seorang ibu.. Perasaan nak hadiahkan zuriat buat suami sendiri.. Perasaan nak hadiahkan seorang cucu buat parents dan parents in law..

Hari demi hari berlalu, bulan demi bulan berlalu, nana masih belum tunjuk tanda-tanda nak jadi ibu..

Nana akui, tahun pertama perkahwinan nana lalui dengan agak stress.. Pergi ke mana-mana orang mula bertanya.. "Dah ada isi ke belum?" Salah satu sebabnya ialah, badan nana memang agak berisi lepas kawen haritu.. Bahagia khataaaaanyaaaa kan! Sampai orng selalu salah faham nana tengah pregnant sebab badan berisi.. Sentap lah jugak hati mak kan.. Tapi mujur ada VIVIX SHAKLEE hahaha sempat iklan.. :D

Nana masih ingat, pernah nana menangis dengan sangat teruk sambil tengok luar tingkap, eh ini serious tau bukan drama.. Haha memang menangis sambil tengok luar tingkap..

Puncanya sebab ada seorang kawan ni, yang tak lah rapat mana.. Tapi entah kenapa, dalam ramai2 sahabat kami, beliau pilih nana untuk dikongsikan berita kehamilan beliau..

Nana tak dengki, nana tak iri hati.. Ermm, tapi jeles sikit mungkin.. Sebab dia baru kawen dah terus lekat.. Nana pulak masa tu dah kawen almost setahun, tapi belum jugak lekat-lekat..

Memang nana menangis sungguh-sungguh.. Tapi tak tahu kenapa.. sebab apa.. Just rasa nak menangis sangat-sangat sampai penat.. Sampai tertidur..

Setahun yang pertama kami lalui dengan sangat stress sebenarnya walaupun orang luar tak tahu..

Nana sangat sensitif bila dapat berita kawan-kawan hamil dan sebagainya.. Bukan tak suka dan tumpang gembira, tapi tertanya-tanya.. Apa kurangnya aku? Kat mana silapnya? Kenapa aku?

Persoalan-persoalan yang selalu nana tanya pada diri..

Situasi bertambah teruk bila nana period.. Allahuakbar.. Ingat lagi nana pernah nangis sungguh-sungguh dekat suami bila period datang lepas seminggu delay.. Nana betul-betul ingat nana dah mengandung masa tu.. Dah berangan siap..

Nana ingat lagi malam tu.. Dah beli UPT tester dah.. Clear blue lagi.. Plannya nak test esok pagi lepas bangun tidur.. Malam tu memang nana tak boleh tidur.. Tak sabar sangat nak test subuhnya tu.. And memang tidur ayam je malam tu..

Esok paginya bangun subuh, benda first nana buat ialah check UPT.. Lepas buat test tu, nana pejam mata rapat2 sambil zikir dalam hati.. Allah Allah Allah..

Perlahan-lahan nana buka mata.. Dan hancurnya hati nana bila tengok yang tertulis di situ ialah "not pregnant"

Slow-slow nana keluar toilet, tunjuk dekat suami.. Menangis sambil peluk suami.. Menangis yang entah ke berapa kali nana pun tak pasti..

Akhirnya, genap setahun kami kawen, nana dah start rasa tak selesa.. Nana ajak suami pergi buat check up dan kami pilih untuk buat rawatan di KPJ Ampang Puteri.. Gynae kami masa tu ialah Dr Zalina..

Mula-mula doktor scan nana, tengok rahim ovari semua.. So far memang bebas dari fibroid ataupun cyst.. Alhamdulillah, waktu ni rasa lega sangat-sangat sebab nana sebenarnya risau jugak kot-kot tanpa nana sedari ada problem2 tu dalam badan kan.. Tapi Alhamdulillah doktor sahkan memang nana bebas dari masalah2 tu..

Kemudian nana test darah untuk check hormon.. Pun semuanya normal takde masalah.. Cuma tinggal nak buat HSG je iaitu nak scan tiup fallopion untuk kesan kalau-kalau ada any blockage..
Tapi sebab nana belum berani lagi nak buat, nana tangguh dulu even sampai lah sekarang hahah..

Then test pulak suami nana.. Check sperm count.. Alhamdulillah suami pun takde masalah..

Dah setel part ni kami sebenarnya sedikit lega.. Doktor pun dah kata, memang takde masalah kesuburan.. Yang ada sekarang hanya rezeki yang belum sampai.. Lagipun kata doktor, nana masih muda sangat-sangat.. So banyak peluang nak hamil lagi..

Dengar kata doktor tu memang lah kami rasa lega.. Syukur sangat bila memang takde masalah kesihatan.. Cuma mungkin benar lah kata doktor, belum sampai rezeki lagi..
Kami redha dan terus bersabar di samping berusaha.. Takpe, kami yakin InshaAllah pasti sampai rezeki kami satu hari nanti..

Menuju ke tahun kedua perkahwinan, waktu ni kami dah sedikit tenang.. Tidak lagi terlampau stress..

Nana mula berfikiran positif dan berbaik sangka dengan Allah.. Nana selalu tanam dalam minda yang pasti ada hikmah di sebalik setiap percaturan Allah ni..

Nana mula fokus hanya kepada bisnes nana.. Yang selalu nana tanam dalam minda ialah "Mungkin Allah nak aku berjaya dalam hidup dulu, Allah nak aku naik master dulu, Allah nak aku punya kewangan kukuh dulu"

Dan untuk mempercepatkan kesediaan nana sendiri, nana struggle untuk berjaya di dalam bisnes.. Supaya nana sendiri cepat bersedia untuk menjadi seorang ibu..

Nana ambil ini sebagai satu BIG WHY kenapa nana perlu berjaya di dalam bisnes.. Supaya lebih cepat nana berjaya, lebih cepat bisnes stabil, mungkin lebih cepat diri nana sendiri bersedia untuk menjadi ibu..

Menuju ke tahun kedua perkahwinan kami lalui dengan sedikit tenang dan gembira.. Kami mula banyak spend time pergi bercuti dan sebagainya.. Banyak habiskan masa berdua.. Kerana kami selalu fikir, "Takpe, Allah nak bagi kita enjoy dulu puas-puas hidup berdua.. Mana tahu nanti terus dapat kembar?" Hahaha itu jelah ayat penyedap hati yang selalu orang cakap pada kami..

Dan nana sangat bersyukur sebenarnya.. Sebab dikurniakan keluarga dan keluarga mertua serta kawan-kawan yang sangat menyokong.. Tak pernah bertanya pun pasal anak.. Dan kalau ada kami berbincang pasal anak, tidak pernah mereka mengguris hati nana..

Nana bersyukur kerana tiada tekanan daripada mereka yang hampir dengan nana.. Tekanan cuma daripada mereka yang tidak rapat je.. Tapi Alhamdulillah, kami semakin kuat dan redha waktu ini InshaAllah..

Tapi kami tetap berusaha.. Usaha dan terus usaha.. Cuma tiada lagi tekanan Alhamdulillah..

Dan Alhamdulillah juga, bisnes semakin stabil.. Kami semakin berjaya di dalam bisnes dengan izin Allah.. Menggenggam gelaran Master Coordinator di dalam Shaklee yang menjadi impian setiap SID..

Dan selepas beberapa lama naik Master, nana masih belum hamil :')

Tapi takpe, waktu ni nana memang dah banyak positif dan redha.. Kesyukuran yang tertinggi buat nana kerana nana berada di dalam bisnes yang mendidik nana untuk sentiasa berfikiran positif.. Nana sentiasa memandang yang positif daripada setiap yang Allah aturkan pada nana..

Walaupun kelihatan seperti nak pujuk diri sendiri, tapi takpe.. Sebab hanya dengan berbaik sangka dengan Allah yang bantu nana jadi kuat daripada sebelumnya..

Nana selalu yakin dan percaya, satu hari nanti pasti Allah akan izinkan nana bergelar seorang Ibu akhirnya.. InshaAllah..

Walaupun kadang-kadang perasaan ada jugak goyah, tapi cepat-cepat nana ingatkan diri untuk sentiasa baik sangka dengan Allah.. Banyakkan zikir dan mengadu pada Allah.. Hanya dengan cara itu hati nana rasa tenang.. Alhamdulillah..

Melepasi tahun kedua perkahwinan.. Ketika ini perasaan lebih kepada redha..

Pernah nana cakap dekat suami, "Abang, kalau ditakdirkan kita memang takde anak, abang nak kawen lain tak?" hahah benda tu je terlintas dalam kepala otak.. Sebab nana kesian jugak dekat suami.. Nana tahu dia suka budak-budak.. Sebab kalau ada perjumpaan dengan kawan-kawan atau adik beradik, memang dia yang suka volunteer nak jagakan anak kawan-kawan nana.. Budak2 pun selalunya suka pada dia..

Tapi sudahnya jawapan beliau mesti macam ni "Isy merepek je ayang ni. Tak semestinya kawen untuk dapat anak je. Takpela, kita boleh spend time jalan-jalan satu dunia"

Memang ku takkan bagi pun kalau dia cakap nak kawen lain pun.. Hahhaa never T___T

Selalunya suami memang rileks sikit.. Dia sebolehnya nak tunjuk yang dia tak kisah.. Ada anak okey, takde anak pun okey.. Tapi deep inside, nana tahu dia pun berharap jugak dapat zuriat sendiri.. Tapi maybe dia taknak tunjuk sebab taknak nana stress..

Masuk tahun kedua perkahwinan, lepas anniversary kami yang kedua.. Nana lebih kepada redha, tetapi nana tingkatkan lagi usaha..

Terima kasih kepada beberapa orang kawan yang keep bagi semangat untuk nana sentiasa usaha dan terus usaha, tetapi tanpa pressure..

Kalau tahun pertama nana banyak stress tapi usaha kurang..
Tahun kedua kurang stress tapi usaha pun kurang..
Menjelang tahun ketiga, nana mula tingkatkan usaha dan kali ini dengan perasaan yang lebih tenang dan redha..

Nana amek supplement Shaklee sungguh-sungguh..
Nana usaha dan ikhtiar pelbagai cara..
Nana buat appointment dengan beberapa orang doktor pakar, just nak pendapat dari beberapa doktor berlainan..

Nana ingat lagi, waktu tu bulan September 2014.. Nana call klinik pakar medina untuk buat appoinment.. Bayangkan, call bulan September, sekali dapat appoinmt bulan Februari tahun 2015..

Same goes dengan Klinik Dr Hamid Arshat.. Call appoinment bulan September 2014, tapi appoinment dapat bulan March 2015..

Tapi takpe, nana sanggup tunggu..

Kenapa dah tak pergi KPJ? Sebab nana nak cuba dengar pendapat doktor lain pulak.. Sebab kakak nana sendiri pernah ada rawatan dengan Dr Hamid Arshat dan Alhamdulillah hamil beberapa bulan lepas tu.. Dan banyak dengar cerita ramai berjaya hamil lepas dapatkan rawatan dengan Dr Marshita di klinik pakar medina tu..

Tapi biasalah, maybe sebab dua-dua ni doktor yang dikenali dan sangat terkenal so appoinment dia memang kemain lama lah kena tunggu hehe

Namun, ditakdirkan oleh Allah, kedua-dua appointment nana tak dapat pun pergi akhirnya..

First appointment dengan Dr Marshita nana terlepas sebab ada program masa tu.. Then set next appointment..
Appointment dengan Dr Hamid Arshat pun terlepas tarikh.. Ingatkan diorang akan call ingatkan, rupanya memang takde.. Kena pandai-pandai ingat sendiri rupanya..

Sampai lah penghujung bulan March, nana ada appointment dengan Klinik Pakar Medina.. Waktu tu family in law ajak pergi lepak hotel dekat Kuantan tapi kami tak dapat ikot sebab ada appointment dengan doktor..

Pagi-pagi lagi kami dah tercongok dekat Klinik Pakar Medina sebab nak ambil giliran.. And then pembantu klinik tu cakap suruh balik dulu.. Nanti diorang call bila dah sampai giliran..

Kami pun balik lah.. Naseb baik laaa rumah dekat je hah.. But then, sampai ke malam tak call2 pun.. T__T

Appointment yang kami tunggu2 selama ni terlepas macam tu je.. Kecewa, memang kecewa.. Tapi kami langsung tak give up..
Kami akan terus ikhtiar dan ikhtiar..

27 April 2015

Tarikh sepatutnya nana datang period untuk bulan April..

Entah lah kenapa.. Terasa macam nak test UPT malam tu.. Saje-saje je.. Sebab nana rasa badan agak lain macam sikit kali ni.. Macam nak period tapi entahlah.. Sakit pinggang semua cukup..

Then nana pun buat test upt tanpa ada perasaan apa2.. Berbeza sangat dengan sebelum-sebelum ni.. Sebelum ni kalau nak buat test upt tu sure berdebar macam nak pecah dada.. Tapi this time berbeza.. Entah kenapa.. Rasa tenang je..

Selesai celup UP tester dalam urin, nana biar kejap..

Then tengok balik satu line je naik.. Hurmmmmmm.. Okey takpe, dah biasa kan :)

Tapi this time nana tak terus buang.. Nana tunggu je lagi.. Selalunya lepas test kalau naik 1 line je memang nana terus buang but not this time.. Kali ni nana biar lama sikit..

Dan lama kelamaan, macam ada naik lagi satu line yang saaaaangattttt pudar sebelah line merah tadi tu.. Dada dah start berdebar.. Terus panggil suami tunjuk kat dia.. And jawapan suami..

"Betul ke? Abang tak nampak pun.. Bukan kot"

Hahhaha hampeh. Maybe husband taknak nana berharap..

Then nana snap gambar tu, hantar dekat kawan baik nana, mizah.. Tanya dia, dia nampak tak double line..

Mula-mula dia tak nampak.. Tapi finally dia cakap dia pun nampak ada satu line yang sangat pudar tepi line merah tu..


Feeling masa tu? Erm tak tahu nak kata apa sebab sebenarnya still tak percaya.. huhu

Yelahhhh.. Nak dekat 3 tahun kawen tak pernah dapat double line macam ni.. So memang rasa macam tak percaya pun ada.. Takut berharap pun ada..

Then esoknya mizah pesan suruh test guna urin yang pertama sekali bangun tidur.. So nana pun buat dan kali ni double line naik lebih cerah dari semalam :')


Tapi this time pun still macam tak percaya.. So nana test pulak pakai tester mahal sikit.. Mula-mula beli jenama watson je.. Then nana guna clearblue..



Actually, waktu ni pun still dok tak percaya.. Asyik tanya mizah and husband..

"Betul ke ni?"

Bukan tak happy, tapi memang seriously nana rasa macam tak percaya.. Maybe sebab lama sangat menanti.. Plus selama ni tak pernah dapat double line macam ni kan :')

Then sudahnya kami terus pergi klinik untuk pastikan betul-betul..

Alhamdulillah finally doktor kata, "Awak pregnant 4 minggu"

Allahuakbar.. Rasa nak gugur air mata waktu ni.. 

Lama kami menanti Ya Allah.. 
Berapa banyak dah air mata ini gugur Ya Allah..

Lepas solat zuhur, pulangnya dari klinik hari tu, lama nana sujud.. 

Takde kata yang nak digambarkan kesyukuran waktu tu.. Syukur yang teramat sangat..
Allah sahaja yang tahu.. Menangis nana di dalam sujud waktu tu.. 

Perasaan yang susah nak digambarkan.. Terharu, happy, macam tak percaya, macam mimpi..

Syukur Alhamdulillah.. Finally, berakhir sudah penantian kami selama 2 tahun 8 bulan :')

Terima kasih Allah atas kurniaan ini..
Allah beri di saat kami mulai redha.. Tapi tetap kami usaha dan terus usaha..

Dan saat ini, Alhamdulillah sudah 7 minggu anak ini ada dalam rahim mummy dia.. :') Tolong doakan nana dan baby sihat dan selamat sepanjang kehamilan ini..


Semalam masa scan, doktor cakap "Besar dah anak awak ni.. Nampak tak heartbeat dia kelip2 kat situ?"

Mengalir air mata nana.. Ya Allah.. Ni yang aku tunggu selama ni.. Terima kasih Ya Allah.. Kau beri juga aku peluang ini akhirnya..

Nana doakan semua sahabat yang sedang ber TTC akan turut merasai nikmat ini satu hari nanti..

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Allah tak kejam.. Allah tak tidur.. Allah nampak setiap usaha kita..

Next entry nana akan kongsikan antara ikhtiar nana selama hari ini.. Mungkin boleh jadi panduan buat semua sahabat yang sedang ber TTC..

Sebab dari dulu nana pernah janji pada diri, Andai Allah takdirkan satu hari nanti nana berjaya hamil, nana nak bantu orang ramai pulak utk hamil.. Sebab nana sendiri pernah rasa bagaimana rasanya menanti dan menunggu kehadiran zuriat sendiri.. Nana faham sangat perasaan itu..

Mungkin masih terlalu awal untuk berkongsi.. Tapi InshaAllah, Allah tahu niat nana.. 

Sampai sini dulu ya.. jumpa lagi di next entry.. :)

Mohon doa daripada semua untuk nana dan baby ya.. Moga Allah lindungi kami dan jauhi daripada segala bahaya.. Aminn

Till then. Assalamualaikum wbt..



Tuesday, April 21, 2015

The Secret Life of Working at Home Wife

Assalamualaikum wbt..

Cewah tajuk, macam good-good je kan? hahaha

Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun 7 bulan nana bergelar seorang isteri, dan juga 2 tahun 7 bulan bergelar Work at Home Wife.. :) Something yang nana sendiri tak pernah jangkakan satu masa dahulu.. Sebab sejak dari kecik nana selalu berangan-angan nanti dah dewasa nak kerja ofis..

Pergi ofis pakai cantik-cantik.. Bawak briefcase.. Pakai kasut tumit tinggi.. And ada masa-masa pergi lawat site.. Pakai safety helmet sambil bukak pelan..

Kahkahkah..

Ternyata realiti tak seindah mimpi :D

Masuk je alam pekerjaan, segala impian masa kecil nana seakan musnah.. Nana tak pasti silapnya di mana, tetapi nana tidak enjoy kerja ofis.. Nana baru sedar bahawa nana mungkin salah seorang daripada ribuan manusia yang mengimpikan FREEDOM.. Nana tidak happy diarah itu dan ini, terutamanya yang bukan kerja nana.. Nana tak happy bila terpaksa pulang kerja lewat malam baru sampai rumah sedangkan keluar rumah sejak awal pagi..

Ibarat kata langsung tak jumpa matahari.. Keluar masa matahari tak muncul lagi, balik masa matahari dah tenggelam.. Bukan hendak komplen ataupun tidak bersyukur.. But yeah, semua orang ada perakara yang mereka suka dan tidak suka kan? :) Begitu juga nana.. Dan bila nana ada something yang nana tidak suka, which is KERJA OFIS aka KERJA MAKAN GAJI, nana perlu buat sesuatu untuk atasi perasaan ini..

Sangat lah tak best kalau kita buat apa yang kita tak suka.. Sangat tak enjoy kalau kita paksa diri untuk buat rutin yang sama setiap hari walaupun kita tak happy dengan rutin tersebut..

Dan Alhamdulillah, nana bersyukur dengan jalan hidup yang telah Allah tulis buat nana..

Bakat meniaga yang Allah beri disertai pengalaman hidup yang agak sukar di waktu belajar dahulu sangat beri nana pengalaman dan pengajaran untuk menjadi seorang ENTREPRENEUR :) Iaitu usahawan..

Bermula dengan sekadar berkongsi khasiat supplement Shaklee, nana mula berjaya mengembangkan empayar nana di dalam bisnes ini melalui perkongsian-perkongsian dari hati.. Dan ramai yang tertarik untuk menjadi anak didik nana kerana ingin belajar kualiti sebenar seorang USAHAWAN..

Berniaga semua orang boleh berniaga.. Tetapi usahawan is something different.. Dan Alhamdulillah atas kepercayaan anak-anak didik Spectacular nana, nana kongsikan segala ilmu, tips dan segala pengalaman nana sepanjang bergelar usahawan.. Lebih buat nana bertambah bersemangat ialah, kejayaan menyentuh kehidupan manusia :)

Eh, melalut pulak.. Kata nak cerita pasal work at home wife kan.. Termasuk pulak pasal bisnes shaklee heheh.. Apa nak buat, bisnes shaklee ni memang sebahagian daripada kehidupan nana pun :) Dan nana bekerja di rumah juga dengan menjalankan sepenuhnya perniagaan shaklee nana..

Yang lagi best ialah bila suami nana turut sama berbisnes dari rumah bersama-sama dengan nana Alhamdulillah..

Pernah ada yang mempersoalkan mengapa kami memilih untuk bekerja sendiri yang tinggi risikonya.. Tapi cuma satu je yang nana nak tanyakan, apakah kerja makan gaji itu langsung tiada risikonya? :)

Kerja makan gaji pun tetap ada risikonya, risiko dibuang kerja dan sebagainya..

Well, hidup ini memang penuh dengan risiko dan tanda tanya pun.. Yang mana selagi kita tak cuba kita tidak akan tahu..
Cuma bagi nana bila bekerja sendiri nana seakan mencabar keupayaan diri nana..

Semakin kita terasa terancam, semakin kita akan buat sungguh-sungguh dan terbaik di dalam hidup kita kerana kita sendiri yang memilih untuk keluar dari ZON SELESA :)

Cuma satu pesan nana, andai anda memilih untuk WORK AT HOME, pastikan DISIPLIN menjadi asas utama.. Sebab ramai di sekeliling nana yang nana lihat memilih untuk bekerja di rumah sambil menjaga keluarga dan anak-anak sendiri, end up tidak berjaya pun di dalam bisnes kerana TIDAK BERDISIPLIN dan terleka dengan kehidupan sebagai suri rumah tangga..

Satu yang perlu anda ingat ialah, walaupun anda bekerja sendiri di rumah, bukan bermaksud anda duduk rumah tak buat apa-apa untuk bisnes dan duit akan keep masuk tanpa perlu anda berbuat apa-apa.. Ini adalah SANGAT SALAH..

Walaupun bekerja sendiri, disiplin kerja harus sama seperti kerja ofis.. Perlu masuk ofis di awal pagi, perlu siapkan sendiri timetable anda dan wajib follow!

Dan sebenarnya bekerja sendiri di rumah adalah lebih besar cabarannya dan lebih busy kerana anda perlu melakukan 2 kerja dalam satu masa.. Tapi bagi nana, ianya tidak akan menjadi masalah seandainya anda buat JADUAL HARIAN dan stick to that dengan sangat DISIPLIN!

Harus pandai bahagikan masa..

Dan andai benar anda hendak bergelar SURI RUMAH DENGAN INCOME 5-6 ANGKA, please, jangan buang masa anda dengan perkara2 tidak berfaedah selain kerja/bisnes ataupun kerja rumah anda..

BIG NO to tengok tv!
BIG NO to gosip2!
BIG NO to tidur siang!

Ingat, anda bukan surirumah biasa.. Anda ialah WORK AT HOME WIFE / WORK AT HOME MOM..

Sebab ramai nana lihat tidak berjaya selepas decide untuk bekerja sendiri dari rumah bila tiada disiplin dan banyak membazirkan masa..

So di sini nana nak kongsikan sedikit jadual harian nana yang nana akui bukanlah perfect sebagai seorang surirumah, tetapi mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang berhajat ingin menjadi work at home mom/wife dengan income 5-6 angka seperti nana..

PAGI

-Setelkan kerja rumah sedikit dan terus masuk home office untuk buat kerja bisnes. Home office ni tak semestinya kena proper pun, asalkan ada meja dan kerusi yang selesa cukup lah. JANGAN buat kerja atas katil, karang ke lain jadinya..

TENGAH HARI

-Selalunya akan keluar bersama suami sama ada ke post office/shaklee.. Kalau suami sahaja yang keluar, nana akan duduk rumah siapkan kerja lain..

PETANG

-Selalunya waktu petang nana rehatkan diri sebentar dengan mengaji/baca buku motivasi.. Petang2 tak sesuai nak buat kerja bagi nana. So rest sekejap

LEWAT PETANG

-Masak untuk suami. Nana selalunya masak sehari sekali je, iaitu untuk dinner. Kadang-kadang ada jugak masa tengah hari especially waktu cuti.. Part ni terpulang lah nak ikot ke tak ye hehe.. Nana tahu ramai suka memasak, cuma kalau boleh siang tu masak simple2 jelah supaya tak habis banyak masa dekat situ.. Mujurlah ada suami yang tak cerewet Alhamdulillah

MALAM

-Masuk ofis balik untuk setelkan order customer/daftar ahli baru dan kalau ada kelas coaching dengan anak-anak didik

Dan ada satu lagi tips yang nana nak kongsi untuk mereka yang nak berjaya bekerja dari rumah.. TIDO AWAL melainkan ada kerja nak buat atau nak qiamulail atau tahajjud.. Bila tidur awal, kita mudah nak bangun tahajjud dan bangun awal..

Perkara ni pun nana masih sedang cuba nak disiplinkan diri sebab sebenarnya memang dah terbiasa tidur lewat setiap hari.. Hehe.. So jim kita sama-sama disiplinkan diri ya!

Tapi buat yang masih awal buat bisnes tu, normal sebenarnya kalau tak cukup tidur.. Nana dulu pun memang selalu tak cukup tidur.. Kalau terlebih tidur, ha itu bahaya!
Especially kepada yang ada anak kecik tu, mungkin malam lah masa yang anda kena ambil untuk uruskan bisnes kan?

So, jadikan push factor supaya cepat2 berjaya supaya cepat2 boleh dapat tidur yang berkualiti hehe

Sekian bebelan nana di pagi hari ni.. Sekadar berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan nana bergelar WORK AT HOME WIFE dan tak sabar nak merasa pengalaman bergelar WORK AT HOME MOM pula.. Aminnn :) Sudah pasti lebih besar cabarannya.. Tapi InshaAllah, nana nak cabar diri sebab nana percaya nana mampu buat!

Till then people!

Assalamualaikum wbt..

Monday, March 2, 2015

Tutorial Shawl Labuh by Nana Macarona

Assalamualaikum wbt

Ramai yang selalu tanya nana macam mana cara nana pakai shawl nana sehingga labuh menutup dada.. So harini nana kongsikan terus tutorial macam mana cara nana pakai shawl :)




Apa yang nana sendiri suka mengenai style shawl ini ialah, ianya memang menutup aurat dengan hampir sempurna InshaAllah..
Dan shawl yang nana selalu guna ialah daripada jenis kain chiffon.. Tapi harus diingat ya, kain chiffon selalunya nipis..
So make sure pakai inner di dalam.. Supaya tidak jarang dan menampakkan leher dan rambut :)

Semoga tutorial ini bermanfaat kepada semua..

Nana TIDAk menjual shawl ya.. Jangan tanya nana macam mana nak beli hehe.. Nana sendiri main beli je kat mana2 yang kebetulan nana jumpa :)
And ada juga shawl nana dihadiahkan oleh anak-anak bisnes nana, family dan suami.. Thanks kepada semua!

Semoga dengan tutorial ini, ramai yang akan lebih tertarik untuk tutup aurat dengan sempurna.. Jom tutup aurat dengan sempurna ya semua! Demi Allah, demi Rasul, demi Suami dan kedua ibu bapa..

Andai kita sayang pada suami dan ibu bapa kita, tutuplah aurat kita.. Kalau tak kesian suami dan ayah kena tanggung dosa kita.. Hmm

So mempersembahkan tutorial simple daripada nana.. tadaaa! hehe


*Sila klik HD untuk video yang lebih JELAS ya*


Jangan lupa LIKE dan SUSCRIBE chanel youtube nana tau! Hehe

Dan sekiranya anda rasa tutorial ini bermanfaat kepada semua dalam usaha kita menyebarkan dakwah kita, feel free to LIKE & SHARE entry ini :)

Tq for watching!

Till then people,

Assalamualaikum wbt..


Kisah Hidup Nana #2 Ulser Usus Yang Kronik

Assalamualaikum wbt..

Wah, ada sambungan pulak ye.. Dah macam novel heheh..
Actually lepas je nana kongsikan kisah hidup nana pada Kisah Hidup Nana Part 1, ramai sebenarnya yang cadangkan nana buat Novel.. Hehe Alahaiiii takde lah sampai boleh buat novel sebenarnyaa.. Tak lah menarik mana kisah hidup nana ni.. Nana cuma kongsikan sekadar untuk beri pengajaran kepada semua sahaja.. Dan sebagai ingatan buat diri nana sendiri untuk sentiasa yakin dan percaya dengan kehebatan kuasa Allah taala :)

Acewah cewah cewah hihi


Ingat lagi kisah penderitaan nana selepas kena dismiss haritu? Well, macam nana cerita haritu lah.. Kehidupan nana memang huru hara waktu tu..

Di awal semester nana join degree Qs pun sebenarnya kehidupan nana masih belum betul-betul back to normal.. Banyak cabaran nana waktu tu especially kewangan.. Dan semestinya pengalaman ngeri yang umpama mimpi buruk bagi nana tu masih menghantui hidup nana..

Walau apa pun, nana tetap jalani kehidupan seperti biasa.. Pergi kelas balik kelas.. Macam biasa.. Nana masih nana yang sama, cuma nana kini dah belajar dari kesilapan.. So dah masuk course baru ni takde dah la nak berjimba mana sangat.. Belajar pun lebih serious even though struggle jugak la sebab nana masuk pun lambat daripada orang lain kan..

Sampai lah tengah semester.. Nana diduga sekali lagi..

Ingat lagi, waktu tu kelas untuk hari tu sampai tengah hari je.. Sebelum balik rumah sewa macam biasa lah nana akan makan dekat kafe fakulti dulu.. Nak masak tak berapa rajin pulak hari tu.. So makan siap-siap jelah..Balik rumah kang boleh terus tido hahahha okey sifat yang ni still tak berubah :P

Nana ambil lauk keli goreng bercili waktu tu.. Masa makan tu sebenarnya takdelah rasa pedas mana pun lauk tu.. Nana pulak memang jenis makan pedas.. Tapi entah kenapa, rasa sakit perut sesangat lepas tu.. Dah 'buang' ape semua tapi tetap tak okey..

Then slow-slow jalan kaki balik rumah sewa.. Rumah sewa nana waktu tu betul-betul luar UiTM.. Dan kebetulan fakulti betul-betul dekat dengan pagar UiTM hehe so memang jalan kaki jela pergi balik kelas..

Sampai rumah, perut masih tak okey.. Bahkan makin sakit lagi..

Mujur lah masa tu hari Jumaat.. Boleh la jugak rest kat rumah kan..

And then menjelang petang sakit makin serious.. Memang rasa semacam waktu tu.. Dok ingat kena gastrik dah.. Siap pesan dekat housemate tolong belikan Gaviscon lagi tapi entah kenapa still tak okey2..

Dalam petang Sabtu macam tu, dah start tak boleh tahan dah.. Nana pun ajak housemate nana temankan pergi klinik yang dekat dengan rumah sewa nana masa tu.. And nana inform doktor yang nana sakit perut dah nak masuk 2 hari tak baik-baik.. Doktor pun kasi ubat gastrik and doktor ada buat satu surat untuk nana refer ke hospital..

Waktu tu macam pelik jugak, kenapa kena refer hospital pulak kan.. Tapi layan jelah.. Balik klinik tu nana makan ubat macam biasa.. Tapi ntahla, still tak elok and tak berkurang sedikit pun..

Seksanya rasa masa tu sebab makan pun rasa tak kena.. Nak tido pun rasa tak kena.. Pernah tak rasa Gastrik macam mana? Ini gastrik yang tahap paling teruk punya.. Tahap pedih perut gila-gila at the same time rasa macam perut penuh dengan angin..

Allah je tahu seksanya masa tu.. Kadang-kadang rasa macam terbakar je perot nih..

And satu yang nana perasan, nana tak boleh makan pedas langsung masa tu.. Asal termakan sikit je, memang siap lah muntah balik lepas tu..So sepanjang sakit tu nana memang makan nasik kosong dengan ikan goreng atau bubur nasi kosong dengan ikan goreng.. Tu je yang mampu masuk perot nana..

Sampai lah dalam malam Ahad ke malam Isnin ntah.. Nana dah tak boleh tahan dah.. Sakit perut dah terlalu kuat sampai tahap berguling pun boleh dah ni..

Memang terlalu sakit yang teramat sangat..

Last sekali housemate nana merangkap my bestfriend, Yana mintak tolong kawan dia bawakkan kitorang pergi Hospital malam tu jugak.. Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah dekat Klang..

Nana masuk pergi dekat emergency sebab masa tu memang dah terlampau sakit.. Doktor check sekejap then doktor mintak nana masuk ward..

That time, memang rasa macam nak mintak doktor pengsankan nana pun ada sebab sakit yang terlalu sangat dekat perut nana..

Kemudian selesai urusan semua, nana pun dimasukkan ke ward malam tu.. Mula-mula Yana yang temankan nana dekat ward.. Sampai lah kakak nana sampai malam tu then temankan nana dekat ward.. Malam tu satu malam nana tak boleh tidur sebab sakit sangat.. Even doktor dah cucuk masuk air and masuk ubat pun, tetap tak berkurang sakit tu..

And actually, nana dimasukkan ke ward untuk pesakit yang bakal jalani pembedahan tau.. So sekitar nana memang ramailah pesakit yang tengah tunggu turn nak dibedah.. Ohmyyy, takut gila lah masa tu..

Doktor suspek nana kena apendiks tapi bila dibuat ujian ke atas diri nana tak macam apendiks.. Keesokan harinya pun tetap sama.. Dah makan ubat dah masuk air pun sakit nana tetap tak surut-surut.. Even makin sakit lagi..

Waktu tu doktor dah cakap pada nana, diorang tak pasti nana sakit apa sebab simptom apendiks takde.. Apa yang diorang nak buat ialah, operate je nana.. Then baru tengok apa problem nana..

T_____________________T

Suka hati nyaaaa.. Main operate then baru nak tengok sakit apa..

Ketaq lutut dah masa tu sebab takut sangat.. Masa tu mak abah tengah on the way nak datang dekat nana sebenarnya.. And bila doktor beritahu nak operate je nana tu, nana call mak abah beritahu.. And of course abah tak benarkan senang-senang je nak operate nana macam tu je kan..

Elok je abah sampai dekat Hospital Klang, mak abah nana buat permohonan nak bawak nana balik Taiping sebab nak masukkan dekat Hospital Taiping je.. Dekat sikit mak abah nak pergi tengok nanti kan..

Then haritu jugak nana dibawa balik ke Taiping.. Ikutkan pihak hospital cadangkan bawak nana ke hospital Taiping pakai ambulans tapi abah taknak.. Kalau tak merasa lah balik Taiping laju daripada biasa sebab naik ambulans kan heheh Sempat lagi berangan bukan-bukan masa tu :D

Sampai dekat Hospital Taiping, Nana pergi emergency ward dekat sana.. Disebabkan dah memang ada surat refer daripada Klang, so nana just terus masuk ward jelah..

Few days dalam ward, nana mintak nak balik rumah.. Dah boring sangat-sangat duduk dekat ward..

Waktu tu sedih sebab kena ponteng kelas dalam seminggu jugak lah.. :(

Actually, that time doktor pun tak berapa sure sakit nana ni apa sebenarnya tau.. Sebab makan ubat gastrik semua tak berkesan pun.. Langsung tak kurang.. Even dah balik Shah Alam pun, sakit nana tetap tak berkurang.. Still sama.. Macam-macam telan dah selain dari ubat doktor, telan pati gamat lah.. Spirulina lah.. Tetap tak kurang pun sakit sampai dah buntu dah rasa masa tu..

Sepanjang semester tu memang boleh kata sebulan beberapa kali jugak nana masuk ward.. Sampaikan final exam nana pun nana ambil atas katil ward tau.. Kesian lecturer ku terpaksa datang bawak exam paper jauh-jauh ke Hospital Klang huhu..

Finally doktor arrange nana untuk minor operation.. Just nak 'teropong' apa sebenarnya jadi dekat perut nana ni hah..

And rupanya, lepas nana jalani minor operation tu, baru lah dapat tahu yang usus nana dah luka teruk sangat dah dekat dalam tu.. Ada ulser yang dah teruk.. And tak tahu lah doktor tu nak takutkan nana ke apa, dia cakap kalau teruk sangat nanti mungkin usus boleh bocor and nana terpaksa jalani operation untuk potong bahagian usus yang dah rosak tu T_______T

Menakutkan betul lah masa tu.. Waktu tu dah la memang sedia kurus dah (dulu memang kurus, jangan tengok sekarang haha) Kalau usus makin pendek tak ke makin kurus?

Then cuti semester tu nana balik ke Taiping.. Nak ikhtiar berubat dulu sebab kalau boleh taknak operate.. Doktor pun ada bekalkan ubat untuk nana tapi memang tak jalan.. Plus nana tak berapa berani makan banyak sangat ubat since usus pun dah teruk kan.. Sebab pernah teringat kisah seorang kawan nana yang Makcik beliau ni ada sakit jantung.. Disebabkan makan ubat terlalu banyak sampai usus jadi rosak and meninggal bukan sebab sakit jantung tapi sebab kanser usus.. So waktu tu memang nana dan family nak cuba berubat tradisional sama..

Merata jugak lah berubat masa tu tapi masih tak elok-elok jugak..

Sampailah mak nana satu hari ada bawak balik satu supplement ni.. Tak pasti jenama apa.. Tapi dia warna hijau.. Bancuh buat air.. And kandungan dia ada ALFALFA, nana ingat lagi :)

Bila minum supplement tu lah yang baru nana start rasa improvement.. Perot makin lama makin kurang sakit dah..

And guess what? Finally, setelah beberapa bulan nana menderita sakit perut yang tidak berkesudahan, finally sakit tu totally HILANG lepas seminggu lebih nana amalkan supplement tu.. Subhanallah! :'( Magiknya rasa sebab nana sakit dah berbulan-bulan tau.. Boleh imagine tak selama 3-4 bulan nana SENTIASA sakit perut.. Tak pernah sekali pun dalam tempoh tu nana tak rasa sakit perot.. Sama ada mild atau teruk je.. Bila mild tu boleh lah lagi pergi kelas ke ape kan.. Tapi bila dah terlalu teruk tu sampaikan nana dah tak tahan terus masuk ward..

Tapi Alhamdulillah, amek supplement terus hilang.. And bila nana pergi check dekat hospital, doktor pun cakap yang usus nana memang dah sembuh sepenuhnya Alhamdulillah :)

Phewww.. Tragis kan kisah nana ni? hahha.. Bertimpa-timpa dugaan yang datang.. Tapi syukur Alhamdulillah, nana berjaya lepasi semuanya dengan baik Alhamdulillah..

Waktu tu baru lah timbul penyesalan dalam diri sebab selama ni nana memang tak berapa jaga makan.. Makan pedas tu melampau-lampau.. Ingat lagi masa dekat Matriks, setiap kali beli makanan dekat kafe mesti mintak cili api potong.. Dapat pulak bestfriend yang sekepala sejiwa seselera hahaha Si yana tu lah.. Bestfriend dari matriks sampai lah ke UiTM masih bersama.. And fav kami berdua ialah MAKANAN PEDAS! Bila ada geng ni lagi lah, makan pedas tak henggat punya..

And mungkin jugak kesan daripada 3 bulan tempoh nana 'merana' haritu lepas kena dismiss tu.. Waktu tu makan pun tak menentu.. Kadang-kadang makan kadang-kadang tak makan.. Emosi tak stabil.. And siap pernah telan panadol lagi hah.. Astaghfirullahalazim.. Zaman tak berapa fikir panjang.. Zaman budak-budak lah katakan..

Mungkin efek daripada perkara-perkara tu lah kot sampai usus nana jadi teruk macam ni..

And tambah pulak, dari kecik lagi nana memang ada masalah dengan usus.. Waktu kecik sampai lah nana form 5, nana memang ada masalah sembelit yang teruk.. And nana even nak membuang pun kena amek ubat.. Haihh.. Kalau tak memang tak dapat buang even makan pisang setandan..

Mungkin lah, kesan-kesan daripada amek ubat tu lah kot yang buat usus nana jadi semakin teruk..

Lepas daripada tu, nana still ada jugak kena gastrik, cuma tak lah seteruk dulu.. Cumanya nana jenis tak boleh tak makan.. Lewat makan sikit je confirm sakit perut.. Masuk angin sikit je confirm nana kena gastrik..

And sekadar untuk berkongsi dengan anda semua, sejak nana konsisten ambil supplement Shaklee since bulan Ogos 2012, sampai sekarang nana BELUM PERNAH lagi kena gastrik even lambat makan sekalipun.. Memang miracle lah rasa sebab bayangkan lah nana dari kecik ada masalah sembelit yang serious sampai lah pernah kena buasir (yang ni nanti story dekat another entry ya).. Pernah ada ulser pada usus.. And lepas tu even ulser dah takde, tapi still jugak kena gastrik kadang-kadang..

Miraclenya lepas nana ambil Shaklee memang dah takde langsung dah masalah dengan usus dan perut.. Sembelit nana dah takde langsung.. Setiap hari wajib membuang.. Gastrik pun dah takde..

Alhamdulillah.. Rasa usus nana semakin sihat sekarang.. Syukur Alhamdulillah :')

Untuk awak semua yang tengah baca entry ni, tolong lah jaga usus sebaiknya ya?

Antara penjagaan usus yang baik untuk diamalkan ialah


  • Make sure minum air masak dengan cukup untuk elakkan sembelit
  • Amalkan makan sayur dan buah sebagai serat yang bagus untuk elak sembelit
  • Jangan amalkan makan pedas atau makanan masam sangat
  • Kalau boleh elakkan terlalu kerap ambil ubat seperti panadol
  • Amalkan supplement yang baik untuk usus anda

Tolong lah jaga dan sayangi usus anda.. Sebab bila dah bermasalah, memang susah nak elok semula.. Kalau sekadar sembelit ,gastrik atau ulser takpe lagi masih boleh nak diubati lagi.. Tapi bila sampai dah jadi barah tu, nauzubillahiminzalik.. Mintak lah dijauhkan ye..

So, sekian dulu kisah nana dan usus..

Masih adakah Kisah Hidup Nana part 3? Jeng-jeng-jeng.. Nantikan yeeeee... hehehe

Thank you for reading!

Till then, Assalamualaikum wbt :)





PRODUCT REVIEW (SET KESIHATAN USUS)

Okey, dah baca kan kisah nana dan usus di atas? Boleh imagine tak macam mana seksa dan tak selesanya bila perut sakit dan tak selesa.. 

Pernah tak rasa macam mana seksanya tak dapat membuang (sembelit)
Pernah rasa tak macam mana pedihnya perut bila gastrik menyerang
Boleh imagine tak macam mana seksanya bila usus ada ulser?

Bayangkan bila ada ulser dekat lidah pun kita rasa pedih sesangat kan? Especially bila makan pedas.. Ini pulak dekat usus..

So kepada semua yang masih sihat dan bebas daripada masalah usus, sila lah jaga kesihatan usus anda sebaiknya..
Dan kepada yang sudah mengalami masalah usus, jangan risau, InshaAllah masih belum terlambat untuk ikhtiar..

So di sini nana nak cadangkan Set Kesihatan Usus yang nana sendiri ambil dan memang works wonder on me..

Bayangkan nana yang sejak dari kecil bermasalah dengan usus, dan kini Alhamdulillah bebas sepenuhnya..

1) ESP


ESP ni seperti semua tahu tinggi dengan kandungan PROTEIN.. Protein sangat penting untuk kesihatan usus sebab protein membantu pembentukan tisu anggota tubuh badan kita termasuk lah usus.. Protein juga bagus kerana membantu mengelakkan usus luka atau ulser sebab ianya mengandungi mekanisma untuk mempercepatkan penyembuhan luka..

Gastrik ni selalunya jadi bila kita lambat makan.. So sometimes usus boleh jadi pedih.. Dan bila keadaan berlarutan, lama-lama boleh jadi luka dan ulser.. So make sure kepada anda yang memang SUDAH mengalami gastrik, atau nak jaga kesihatan usus anda, ESP ni WAJIB ya!

P/s :Bulan ni kebetulan ada PROMOSI ESP.. Harga memang super terbaik InshaAllah khas untuk pembaca blog nana.. So kepada yang nak dapatkan ESP dengan HARGA TERBAIK, sila lah hubungi nana ya..

Antara khasiat lain ESP ialah

  • Membantu menCERAHkan kulit
  • Membantu mereka yang ingin SLIM
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah PARUT JERAWAT BERLUBANG
  • Membantu mencantikkan kulit wajah
  • Membantu meLICINKAN kulit dan mengGEBUkan kulit
  • Bertindak sebagai MILKBOOSTER terbaik untuk membantu ibu-ibu menyusu


2) ALFALFA


Masih ingat tak nana kongsikan di atas tadi yang ulser nana semakin sembuh selepas mengambil air ALFALFA.. Sememangnya Alfalfa sangat bagus untuk usus kerana ia membantu mengelakkan sembelit..

Alfalfa mengandungi kandungan ALKALI yang tinggi.. So ianya sangat membantu untuk meneutralkan asid dalam perut kita.. Sebab tu lah pentingnya pengambilan Alfalfa untuk mereka yang kerap kena gastrik kerana bila gastrik, kandungan ASID dalam perut dan usus tinggi.. Sebab tu boleh jadi ulser atau luka..

Alfalfa juga bagus bertindak untuk DETOKS usus kita.. Usus merupakan tempat untuk penyerapan nutrisi.. Tapi kalau usus kita kotor dan berkerak, nutrisi pun tak dapat diserap dengan sempurna daripada makanan dan supplement..

Lalu benda-benda lain pulak yang terjadi misalnya darah kotor, jerawat dan masalah alergik yang berpunca daripada usus yang kotor..

Antara manfaat lain Alfalfa ialah sebagai

  • Legakan sakit sendi
  • membantu rawat KEPUTIHAN
  • Bertindak sebagai kacip patimah kepada isteri
  • memulihkan urat selepas bersalin
  • milkbooster
  • membantu penghadaman dan pencernaan
  • menghilangkan kelesuan
  • membantu membuang ANGIN dalam badan
  • membantu membersihkan usus
  • membantu atasi athma
  • membantu atasi senggugut
  • membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor


3) HERBLAX


Herblax ni one of my fav supplement sebenarnya.. Especially kepada u all yang ada masalah sembelit sebab Herblax ni bertindak sebagai JULAP RINGAN.. Yup, memang terrrbaik lah dia punya kasi cuci tu.. Memang keluar habis segala kerak-keraj dekat usus tu :)

So manfaat utama Herblax ialah untuk membersihkan usus kita.. Ianya membantu melembutkan najis supaya kita mudah untuk membuang..

Contoh macam musim-musim kenduri atau raya, makan pun kemain banyak.. Macam-macam jenis pulak tu.. Bayangkan bila kita membuang, tak semua najis keluar.. Yang tinggal akan jadi kerak najis..

Haa. Itulah fungsi Herblax.. Untuk kasi cuci bersih licin berkilat itu usus..

Bila usus dah bersih dari kerak, perut pun boleh kempis tau..

Ini takdelah, perut nampak macam orang mengandung padahal tak mengandung pun hihihi nana pernah alami benda ni.. Sampai orang ingat kita pregnant sebab perut buncit hahah

So sampai sini dulu perkongsian nana mengenai SET KESIHATAN USUS.. Jom lah kita semua jaga kesihatan usus kita sebaiknya ya.. Jangan sampai dah kronik baru nak jaga..

Andai ada yang nak order especially PROMO PRODUK BULAN NI------> ESP

Sila hubungi :

nana macarona
013-3039242


Ig : @beauty_bynana
@nanamacarona

Till then people

Assalamualaikum wbt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...