Monday, March 28, 2011

Tips menghilangkan burn di wajah

Memandangkan aku ni remaja yang cergas dan lasak maka kulit wajah aku selalu sangat kena sunburn. Setakat aktiviti2 lasak ni memang makanan aku la bak kata orang tua2. 
*baca boleh, percaya jangan. eh jangan tak percaya langsung. 10% kesah benar tuu*

Haha. takder maknenye aku rajin nak buat aktiviti lasak2 ni. balik kem kat tanjung malim aritu pon dah kecewa  hari 3 malam bile tengok muke sendiri kat cermin yang dah macam dayang senandung. Sobss

Even aku ni jenis yg jaga muka. *erm..takde la sangat sebenarnye. jaga yang basic-basic je kot
Tapi aku pon tak terlepas dari terkena gejala 'sunburn di wajah' ni.
memang kecewa ah beb. jaga muka bagai nak gile then tibe2 disebabkan satu kejadian je muka dah macam bontot kuali. dah la bukan senang nak hilangkan pulak tu. kalau semudah A B C aku pon tak kesah kalau hari2 kena jemur tepi laut.

Maybe ade yang tahu yang aku ni kadang2 suke berfotoshoot. even bakat modelling macam ade takder je, tapi alhamdulillah la tak putus2 lagi orang ajak aku photoshoot. tq tq! :)
tapi disebabkan aku banyakkkk komitmen lain, so terpaksa ler aku tak mentamakkan diri amek semua kan :(
kadang-kadang photoshoot selalunye confirm aku akan burn lepas tu. especially kalau photoshoot tu buat tangah hari rembang. memang tak hitam tak sah la der.

So kat sini aku ade beberapa tips la yang aku nak share dengan korang sume yang mungkin ade mengalami masalah macam aku. ade banyak cara sebenarnye. just ikot keselesaan masing-masing jela ye :)


Yummy. Terliur siot! aku ni seorang penggemar yogurt. kalau dapat kat aku, memang jangan harap la orang lain nak jeling-jeling mintak rase sikit. tak kan dapat punye! gile kedek. haha. takde ah
Selain sedap dimakan, yogurt ni elok untuk hilangkan surnburn. caranya ialah, korang bukak penutup die, makan sampai korang rase puas, then bila dah tinggal ala2 3 sudu lagi tu baru korang sapukan dekat muka korang. biar sampai kering then bile dah agak2 macam nak kering, gosokkan kulit muka korang macam korang scrub muka. hasilnya memang la terbaik. so, cubalah!




Tips yang kedua ialah dengan menggunakan kentang. Amek sebijik kentang. boleh dibeli di kedai runcit mahu pon dirembat dari dapur ibu anda. basuh sampai bersih. then rebus. xyah rajen sangat nak kupas kulit ye. then bile dah empuk, korang lenyekkan sampai jadi kentang lenyek kat kfc tuh. pas dah siap tu try tahan nafsu makan anda. then letak kat muka. biar dalam 20minit-setengah jam. lepas tu korang try tengok cermin kot2 muka korang dah berubah jadi lisa surihani.


Apart from that, ade lagi satu cara yang bagi aku terpantas and termudah and termurah. iaitu dengan menggunakan putih telor. senang je beb. korang asingkan je putih telor and kuning telor then sapu putih telor kat muka. kuning telor yang belen-belen tu jangan buang pulak. membazir amalan syaiton. korang boleh la goreng buat telor dadar mahupon campur dengan megi kari+cili api. pergh meletopp! then sapu putih telor tersebut ke muka secara rata. biar 10-25 minit and sampai korang rase dah kering pastu bleh la start peeling ur face dr bawah. i mean the putih telor on ur face. start dari bawah tau! mesti! pastu boleh la cuci muka. 

ok lah. tu je nak share. sebenarnye banyak lagi. tapi aku dah ngantok. nak tido kejap/
haha

sharing is caring. caring is loving. loving is missing. missing is i miss u.

p/s:im thinking of doing tutorial on how to do make up.
tapi nanti ah. tunggu free2 sket 
hee

tata! 






6 comments:

  1. errr... tips ni untuk laki jugak kan? bukan pe, tiba2 aku rasa berdosa pulak baca benda2 kosmetik ni.

    ReplyDelete
  2. untuk semua gender. dont worry. hahahha

    ReplyDelete
  3. jadi ke? saya sejak darjah 6 lagi ni,

    ReplyDelete
  4. yg kentang tu klau nak kupas jugak.. berkesan tak?

    ReplyDelete
  5. klau dari kecik sentiase kne sunburn,, berkesan ke?? pori2 nmpk x??

    ReplyDelete
  6. Muka burn terok bila kerja pam minyak , harap² berhasil.. Thank you utk tip berguna ni... ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...