Thursday, November 22, 2012

Bulan dan Madu

Assalamualaikum wbt...

Lagi 6 hari, genaplah 2 bulan nana menjadi isteri kepada suami tercinta, Ahmad Firdaus. Alhamdulillah kami selamat disatukan dalam ikatan yang halal :')

Actually, after setel wedding haritu, nana memang berniat nak buat review pasal wedding nana termasuklah baju, wedding decor, wedding planner, mua n photogs. Tapi disebabkan kebusyan yang melampau-lampau, maka agenda tu pon tergendala lahh..

Before nana buat wedding review, nana nak story sikit pasal our honeymoon harituh. Sorry terpaksa skip plot, tak mengikut kronologi *sastera* atas permintaan kawan baik nana yang bakal kahwin bulan depan yang jugak nak honeymoon kat krabi. Malas nak taip panjang2 kat whatsapp maka nahhhhh hambek kau mimi! haha. Disebabkan kejadian ni dah lama, plus ingatan nana yang tak berapa baik, banyak makan semut barangkali, so maybe ade beberapa fakta yang nana x berapa sure and nana main agak2 je. Hope membantu lah kepada korang2 yang berniat nak honeymoon kat sana nanti =)

*Amaran: Ini ialah sebuah entry bergambar yang panjanggggg..

Day 1

Alkisahnya, kami terbang ke Krabi dengan menaiki Air Asia beberapa hari selepas selesai wedding belah husband nana kat Melawati. Flight kitorang pukul 2 p.m (kalau x silap hehe)

Amboiii..mementang dah halal :D

Perjalanan flight ke Krabi mengambil masa lebih kurang dalam sejam lebih macam tu. Sesampai je kitorang kat Airport Krabi, dah siap ada driver dah tunggu nak bawak kitorang balik hotel. Masa on the way tu, kitorang cube lah sembang-sembang sikit dengan driver tu. Tapi susah sikit la sebab diorang ni tak fluent sangat la english. Nak borak sikit-sikit tanya nama boleh la. Driver ni baik and friendly sangat tau. Siap berenti kat tepi jalan lagik nak belikan kitorang goreng pisang yang sumpah sedap gileerrr. Perjalanan dari airport ke hotel amek masa lebih kurang dalam setengah jam-45 minit macam tu.

Sesampainya kitorang kat hotel, terus check in. Kitorang stay dekat Arawan Krabi Beach Resort. Setel je check-in angkut barang bagai, i was sooooo excited when i step into the room. Bilik besar and ade private pool. Terus rasa nak lompat masuk pool la la tu jugak. haha


pool tak besar sangat. Tapi cukup la nak berenang kuak lentang 3 pusingan. pui! 



depan hotel ade laut =)


Lepas rehat sekejap, mandi, kemas barang sikit-sikit and solat, kitorang bersiap-siap nak ke pantai Aonang. Actually resort yang kitorang duduk ni jauh sikit dari pekan Aonang. Dalam 15-20 minit perjalanan camtu. Tapi takpe sebab hotel ada sediakan transportation service ke Pantai Aonang 3 kali sehari. 


kitorang naik benda alah ni la



makan kat stall tepi jalan jek sebab ada tanda halal. kat restoran2 tak yakin sebab takde tanda halal 






Aktiviti kitorang kat Aonang just jenjalan, shopping dan makan. Kat tepi pantai Aonang ni ada banyak2 kedai yang jual souvenir, farmasi, restoran dan travel agent. Kalau korang nak buat aktiviti2 kat sini, kena tempah dulu dengan agent die tau. Kalau nak amek under hotel pon boleh tapi maybe harga mahal sikit kot and tak boleh nak bargain. Kitorang takde beli ape2 pon aktiviti untuk esok sebab follow je hotel kitorang punya pakej, 4 Island. And it was for FREE ^__^



Tepat pukul 9, driver hotel datang amek then balik hotel tidooooo....


Day 2

Hari kedua kitorang decide nak follow hotel punya aktiviti, 4 Island/ Island Hopping. Aktiviti ni kalau korang beli kat agent dalam 1800 baht (rm180) macam tu. Tapi disebabkan dah include dalam pakej hotel makanya kami takyah bayar pape. Yay!

After having some breakfast (also included in package), kitorang pon get ready kat tepi pantai tunggu bot sampai. Nana pakai baju mandi siap2 sebab tau dah akan banyak aktiviti air. Luckily mak mertua bagi pinjam baju renang die. Tq Mak! hewhew




Cafe besides the main swimming pool

before

after
kurang hasam candid gambar kite!

hambek balas balik! sorry hubby :D



tepi pantai sementara tunggu bot


dalam bot kecik menuju bot besar

Hotel yang kitorang stay ni ade sediakan bot sendiri. Nana prefer bot macam ni sebab lagi selesa. Bot besar and orang tak berapa ramai. Hanya pelanggan hotel je yang boleh join trip ni. Selain kitorang, ade satu lagi family from China yang join. Diorang sangat friendly and funny. hehe. Even takdela communicate sangat dengan diorang sebab ade sorang je yang boleh cakap english tu pon macam tak fluent sangat, tapi kitorang sangat mesra. Tetibe jadik bff gituu..Over!


hoiii..apesal nampak macam makcik?? sobs


our new friends from China! ^__^




Dalam trip ni, kami akan singgah di 4 buah pulau. Excited!

Pulau pertama yang kitorang jejaki ialah Tup Island!. Sampai2 je sumpah nak menangis rasa sebab takjub tengok keindahan alam ciptaan Allah swt. Rasa kerdil je diri. Subhanallah :')










depan tu chicken island :)



 Subhanallah..jernihnya air :')

Gambar kat atas Chicken Island. Kenapa nama die chicken island maybe sebab bentuk die kot? Tapi nana tengok x macam ayam pon. Macam kura-kura adelah. Patutnye diorang bagi nama Tortoise Island la kot. Skati je iollss!

Nak ke Chicken Island ni kita perlu seberang air laut kat tengah-tengah antara Tup Island and Chicken Island. Mula-mula tu nana cuak jugak, Buatnya dalam air kat tengah tu. Takpon tiba-tiba ade Ombak besar ke hape kan. Nauzubillah. Tapi bila tengok orang lain okey jek seberang. Selamber je sambil lari-lari pon ade.*okey ini tipu. 



air jernih sampai nampak ikan lalu lalang. hemo hemo ikan ni. tak respek langsong kat iollss tau


amboiiii......


husband yang comel! 




xnak bagi beg n towel kena air punye pasal. Hey suami, ingat i ni tiang penyangkut beg ke?




 -___-




siap goggle lagi uols. gaya perenang negara :D

Lepas berenang dengan riang dan gembira sampai muka jadik hitam legam, kitorang dipanggil balik ke bot semual sebab nak pegi pulau lain pulak.

Dalam perjalanan dengan bot tu, tiba-tiba bot tu stop dekat satu kawasan ni. Rupanya kitorang boleh snorkeling kat sini ^__^

This is my first time ever snorkeling. Sumpah ketaq wey. before masuk air tu dah terbayang cemana la kalau ade shark ke kat bawah tu. Pastu kot-kot la safety jacket tu tibe-tibe tak berfungsi lalu tenggelamlah daku. T___T. Tapi rupanya okey jek. ^__^






ewahhh..macam orang bulan la kite yang. hehhe

Sepanjang aktiviti ni, nana rasa macam so-so la..Sebab ikan tak berapa nak banyak. So agak boring. Plus tempat yang diorang bawak tu mcm dalam sangat la. Takde coral ape sangat pon. Plus nana penat berenang(pui). berenang sampai penat tapi tak bergerak ape pon. Boleh? haha. last2 husband yang berenang sambil tolak nana. Kesian suami saya.

Selesai je aktiviti ni, kami bergerak menuju ke pulau terakhir iaitu Poda Island.Eh tadi cakap 4 island, ni baru 3 je? Emangnya gue juga enggak tau sih. Mungkin sebab free so they all skip satu pulau. Keji -__-


disebabkan kelaparan yang amat, kami akhirnya beli pancake kat sini. Lupe nak bagitau, kt Krabi ni mana-mana pegi mesti jumpa pancake. Curlass. maybe sebab banyak tourist mat salleh agaknya










wewwwiiiiiittttttttttt

Personally, nana rasa antara ketiga-tiga island yang kitorang pegi ni, Poda Island lah yang paling cantik pantainya. Air Jernih gila! Warna biru siap. kat pantai pon banyak je ikan lawa-lawa. tak takut orang pon. bagus betol.

Naik je bot, kitorang pon gerak menuju ke hotel semula. Maka tamatlah aktiviti untuk hari ni. Sampai hotel, sambung berendam dalam pool depan bilik pulak. heaven heaven

Petang tu kitorang pegi jenjalan pulak kat pantai Aonang. Pantai Aonang ni bagi nana biasa-biasa je. Lebih kurang PD. Memang tak setanding la pantai kat Poda island and Tub Island. Sombongggg!

muka letih tapi bahagiaaaaaaaaaaaaaa ^___^


Lepas makan, shopping sikit, kitorang pon balik hotel dan tidorrrrrr

Tamatlah hari kedua di Krabi. Nana bagi 5 stars untuk aktiviti harini! <3 p="p">


Rasa macam letih pulak menaip. Sambung next time boleh? haha. Nana akan continue anktiviti hari ke 3,4 dan 5. Antara aktiviti2nya ialah Phi-Phi Island Tour, Elephant Trekking, Emerald Pool and Hot Spring. Stay tunedddd
 Sorry ye terpaksa stop sampai sini. Nak pegi pos barang customer pulak ^__^

Sesiapa yang nak order Shaklee product boleh lah berbuat demikian ye. Boleh lawati blogshop nana Nana BeautyMyth.
Sebarang order sepanjang weekend ni akan menerima harga diskaun dari nana ^__^
Kepada sesiapa yang nak tempah tudung pulak boleh la jenguk-jenguk page nana Hijaabina <3 p="p">

Untuk sebarang tempahan boleh whatsapp/sms 013-3039242. ataupun pm kt facebook/nana macarona.

Till then,
Salam

3 comments:

  1. awak..mane beli baju ni eh? i mean baju yg awk pakai utk g snorkerling ni..skrg jmpe semua ketat.. T_T

    ReplyDelete
  2. Hai nak tanya, nak book hotel Arawan Krabi Beach Resort tu macam mana??kena walk in atau website?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...