Sunday, March 31, 2013

Work at Home is Ohsem!

Assalamualaikum semua..

Hi readers! Apa khabar? :)

Esok dah isnin. Mesti semua dah resah gelisah kan. Esok mula la start penuh kat newsfeed facebook. Monday blues lah apela. Hehe. Biase lah tu. Nana pon pernah alami. Apa-apa pun, terimalah semuanya dengan positif. Bersyukurlah dengan rezeki kurniaan Allah. Tiap kali rasa malasss sangat nak pergi kerja, cuba bayangkan nasib orang yang jobless. So, bersyukur okey!

For me, alhamdulillah nana sangat bersyukur dengan kehidupan sekarang. Even ade mulut-mulut nakal yang cakap 'kau ni buat penat je belajar tinggi-tinggi sampai ada degree, last-last duduk rumah jadi surirumahtangga je engkau nana oi. Ade pulak tu yang cakap 'kau ni, duduk rumah perabis duit suami je'

Bla bla bla

And macam biasa, nana malas nak layan sangat. Sukehati la nak cakap ape, janji suami n parents tau perkara sebenar ^________^

Actually, Surirumahtangga dan bekerja di rumah adalah 2 different things. Mungkin ramai yang akan anggap orang yang tak kerja ni nothing. Walhal, tak ramai yang sedar, orang yg berbisnes ni mungkin income diorang lebih banyak dari mereka yang kerja makan gaji. So, tak perlu  under estimate orang ye.

Antara bisnes yang nana jalankan sekarang, of course bisnes mekap pujaan hatiku ini. Hehe. Oh ya, if ade sesiapa yang rasa nana jarang update gambar mekap kat blog macam dulu-dulu, jangan salah paham ingat nana dah bersara ke ape ye. Nana ni kadang-kadang malasnye tu lebih sikit dari rajin, so selalunya upload kat facebook page je. hehe. Facebook page nana Beauty Touch of Nana Macarona

Selain tu, nana pon ade jugak buat tudung untuk pengantin. Takdela teror sangat, sedang belajar jugak actually hehe. Jom la like Hijaabina <3 p="">
Yang obvious sudah tentu lah bisnes Shaklee kecintaan nana ini. hehe Hari-hari tak pernah jemu nana update pasal produk Shaklee. Bukan lah demi untung semata-mata, tapi nana jugak nak share produk yang terbaik agar semua orang dapat manfaat :)

Kalau ada yang tanya nana, best ke buat bisnes? banyak ke untung? Jawapan nana ialah, banyak kita usaha, banyak lah yang kita dapat. Duit tak kan turun dari langit :) Yang penting, selain berusaha, banyakkan berdoa mintak dipermudahkan Allah. Insyallah apa yang kita hajatkan menjadi kenyataan.

Antara kelebihan bekerja di rumah @ bisnes sendiri

* Kita yang manage masa sendiri. Tak perlu mengadap dateline, tapi kena disiplin lah. Yang penting ada masa untuk family. Boleh bahagiakan masa antara bisnes dengan keluarga
* Tak perlu hadap jem. YEAHHH!
* Tak perlu hadap bos @ colleague yg annoying hahhaha
* Income yang lebih $$$$
* Kita yang tentukan income. Nak income lebih usaha lah lebih kan

Untuk mereka yang ingin start berbisnes, jangan takut! Mulakan dari sekarang :)



Buat mereka yang ingin mencuba berbisnes Shaklee boleh refer SINI

Sesiapa yang inginkan bimbingan nana dalam perniagaan, sila jangan segan silu untuk hubungi nana. Nana mungkin bukanlah di kalangan orang yang layak memberi tunjuk ajar, tapi Insyallah nana akan share segala ilmu yang nana ada. Insyallah :)

Till then people, Goodnight! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...