Wednesday, August 27, 2014

My Travel Diary : Percutian ke US Part 1

Assalamualaikum wbt

Di saat ni Jetlag masih bersisa.. Siang rasa mengantuk dan malam pula berjaga hehe.. InshaAllah tak lama lagi akan back to normal :)

Well, as semua orang tahu, nana baru jejakkan kaki semula ke Malaysia pada hari Sabtu tempoh hari setelah hampir 12 hari berada di luar negara untuk sertai trip percutian tajaan Shaklee.. Even baru 12 hari tapi rasa macam lamaaaaa sangat kami kat sana.. Seronok dan rasa bertuah sampai tak terkata Alhamdulillah :')

Kuala Lumpur-Singapore-Narita, Japan-LA.. After hampir 24jam dalam flight, finally kami sampai jugak ke International Airport Los Angeles! Excited dan tak sabar nak explore LA, California :)

Los Angeles International Airport

Ketika transit di Narita Airport, Japan

muka busuk satu hari suntuk dalam flight hehe

Sesampainya di hotel, lepas rehat sebenatar dan tukar baju, petang tu aktiviti kami ialah free and easy.. Sementara menanti lagi 2 kumpulan, iaitu China Airlines and Cathay Pasific Airlines untuk sampai.. Oh ya, lupa nak bagitahu, kami dari group Singapore Airlines :)


Paling sukaaaaa sangat gambar nih..


Infront of our hotel.. Hilton hotel Long Beach




Honeymoon katanya heeee



With Master Herny and Master Imah.. Kat Malaysia kami fokus kerja, kat sini baru berpeluang bersosial hehe


Master Daus and Master Hafis. Tulang belakang paling hensem buat isteri-isteri mereka wiwi



Sukaaaaa pelok anak Master Imah hehe.. Rindu!



Jalan punya jalan, lapar pulak rasa.. Husband nana pun cari mana-mana restoran halal area Long Beach and kitorang amek teksi ke sana.. So dinner kami malam tu ialah di KABOOB CURRY RESTAURANT.. Kat hotel dapat dah makan, tapi biasa lah perot melayu.. Mesti nak cari nasik jugak hehe



Muka gembira dapat nasik ka sebab dapat WIFI? :D


Kantoi makan banyak hahah! Dalam pinggan dah penuh nasik pun sempat lagi cedok pinggan orang :-P


Love this pic! TQ hubby! Tu untungnya ada suami photographer.. Gambar dijamin yang thorbaikkkkk


Pasangan pengantin baru hehehe :D

Lepas setel makan, kami berjalan kaki je balik hotel sebab nak nikmati pemandangan malam di Long Beach.. And cuaca malam tu dingin nyaman.. Bestttttt 

Sampai hotel, lepak dulu dekat lobby borak-borak gosip gosip sambil menunggu kawan-kawan kami daripada China Airlines and Cathay Pasific Airlines untuk sampai.. Sambil berborak rupanya ada paparazzi yang curi-curi ambil gambar.. Feeling artist okey haha





tadaaaaa.. Geng Cathay Pasific Airlines dah sampai! :) 




Dari kiri, Master Herny, Master Nana, Master Lyana Mansor, Master Imah, Master Ruziah dan Master Ani

Di Malaysia kami peneraju kepada empayar masing-masing.. Kami all out dan fokus demi memastikan kejayaan organisasi kami.. Tak sempat pun nak jumpa dan berkumpul macam ni.. Tapi kat sini kami REWARD DIRI kami dengan bercuti bersungguh-sungguh.. Kami ambil peluang ni untuk lebih mengenali.. Dan sesungguhnya 10 hari percutian di LA menjadikan ukhuwah antara kami bertambah erat Alhamdulillah :)



Keesokan harinya, kami dikehendaki untuk menghadiri Shaklee Global Conference yang dijalankan tidak jauh dari hotel tempat kami menginap.. Tapi still kena ambil bas untuk ke sana.. Terngiang-ngiang suara Tourist Guide kami, Darren memanggil kami untuk segera naik ke atas bas haha


Master Lydzar yang manis berseri :)


Aunty Nora! Selalu berkepit dengan aunty nora dekat sana.. Rasa macam mak sendiri :) Aunty Nora ni Ibu kepada Master Amir Marzuki.. Master Nad tak ikut, so Master Amir datang dengan Ibunya je.. 



Jejaka2 idaman malaya.. Yeke? :D



With Master Izati dan Ibu kepada Master Hafsah


Kami bangga mengibar jalur gemilang di arena antarabangsa!



geng-geng Shaklee2U under PM Iffah Anuar :)




3 orang nih dah macam kembar kat sana.. Berkepit memanjang.. Hat 2 lagi tu takpela isteri memasing jauh.. Hat sorang lagi tuu.. Amboiiiii.. Bajet single ka? Cubit baru tau! haha


Aunty Nora and Master amir


Jutawan-jutawan Muslimah.. Aminnn


My kakak
My Mentor
Tq PMIA for everything! Love u lillah


Master Cik Jan yang kusayang! sama-sama naik Master dengan nana pada bulan yang sama :)



Master Puteri.. Selalu impressed dengan english edukesyen beliau hehe


kejeloba kejelobu tuai padi tigo tangkai!

Jangan memainnnn.. Bendera NOGORI ke AMERIKA uolls!

Master Rabihah dan suami



Roger Barnett.. CEO Shaklee Corporation 
Yang kaya dan baik hati
Tapi ramai yang dengki serta iri hati
Islam tak ajar kita berburuk sangka tanpa bukti kan? :)



Bangga dan terharu melihat jutawan-jutawan daripada Malaysia mengibar bendera Malaysia di pentas dunia! Allahuakbar!

Hari pertama ni kami hadir sebagai penontot sahaja.. Tiada awards yang diterima pada hari ini.. Tapi semangat dan getaran di dada sudah cukup kuat serta penuh dengan rasa bangga.. Melihat bendera Malaysia dikibar di atas pentas Antarabangsa.. Dan sewaktu Roger Barnett menyebut tentang Malaysia, satu auditorium bangun menundukkan kepala serta tanda kagum dan hormat dengan pencapaian kita..

And suka nana nak berkongsi, Shaklee Malaysia adalah antara yang TERBAIK sekali berbanding dengan negara lain.. :)

InShaAllah nana akan sambung lagi di entry yang seterusnya apa soalan-soalan serta pengalaman nana bertemu dengan masyarakat tempatan di sana.. Serta reaksi mereka terhadap kejayaan kita sebagai negara ISLAM yang sebelum ini tidak dikenali, namun kini menjadi sebutan oleh masyarakat antarabangsa :)

Stay tuneedddddd!

have a good day!

Till then, Assalamualaikum wbt..



Monday, July 21, 2014

Spectacular Road to Success #2 Kota Bharu

Assalamualaikum wbt..

Awal bulan haritu nana dan suami telah ke Kota Bharu Kelantan untuk siri kedua jelajah kami ke seluruh Malaysia untuk bertemu anak-anak didik Spectacular.. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. =)

Tips : Kulit Cerah, Gebu & Licin dengan MASKER VIVIX

Assalamualaikum wbt..


Seperti semua tahu, banyak supplement Shaklee yang sangat bagus untuk dijadikan masker selain untuk consume.. Tapi hari ni nana nak cerita pasal Masker Vivix!

VIVIX ni sangat lah bagus untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.. Dan untuk nana, of course nana sukaaaa part khasiat untuk kecantikan tuuu =)
Macam nana sendiri, nana jadikan Masker Vivix ni sebagai rutin mingguan nana.. Kadang-kadang nana buat seminggu sekali.. Kadang-kadang 2 kali seminggu.. And apa yang nana boleh cakap, walaupun buat seminggu sekali tapi kesan die memang TERBAIK!

Masa pakai tu memang horor sikit.. Kalau suami balik rumah pun boleh pengsan tengok muka si bini ni ha.. haha.. Tapi lepas cuci, hasil dia macam buat plastoc surgery! ewahhhh overclaim sangat hahahha.. Tapi memang syokkkk weh! Kulit rasa sangat lembutttt.. glowingggg dan licinnnn..

Masker Vivix plus kolagen

Wednesday, June 25, 2014

T2SMega Melaka

Assalamualaikum wbt..

Pada hari sabtu yang lepas, nana berpeluang menyertai satu program khas di bawah Shaklee2U iaitu group di bawah naungan Master Iffah iaitu my mentor a.k.a upline in Shaklee :)
Alhamdulillah kerana sekali lagi nana diberikan peluang untuk menyampaikan ilmu kepada seluruh warga Shaklee2U..
Yang buat lagi bersemangat bila ada jugak anak-anak didik Spectacular yang join.. Alhamdulillah.. Tahniah kepada anda kerana sudi menjemput keberkatan dengan menghadiri majlis ilmu :)

Monday, June 9, 2014

Spectacular Road to Success #1 - Puchong

Assalamualaikum wbt..

Actually ini entry yang tertangguh.. Sebab minggu lepas agak busy preparing for NC.. Woah! Dengar NC pun dah berkobar-kobar rasa.. Masih terasa getaran dan kehangatan sepanjang 3 hari 2 malam Shaklee National Conferen yang berlansung di SPCC weekend yang lalu.. Takpe, yang ni kita simpan untuk next entry =)

Pada 1 jun yang lalu, nana bersama Spectacular ada mengadakan satu kelas khas untuk anak-anak didik kami.. Actually aktiviti2 seperti ini memang best sebab selama ni kami hanya berhubung melalui online.. Whatsapp, facebook dan sebagainya.. Tetapi bila sekali sekala berjumpa dan menyampaikan ilmu secara face to face, AURA dia memang semacam!

Friday, May 30, 2014

Cuti-cuti Malaysia~Langkawi

Assalamualaikum wbt..

Actually kejadian ni dah lama.. Tapi baru sekarang nak update.. Hehe.. Biaselah entry kena peram sebulan dua dulu baru kita bawak keluar.. Baru sodappp! :D

Okey, masa pergi bercuti ke langkawi ni nana and husband join family mertua punya trip.. Actually masa ni tinggal seminggu je before nak pergi Umrah tempoh hari.. Sempat lagi pergi bercuti bagai kannn.. hihi.. Bukannya apa, kami berdua ni memang busy bebenauuu.. Bukan lah busy sebab shaklee semata.. Busy pasal pindah rumah lagi.. Kadang-kadang rumah mertua yang dekat tu pon seminggu sekali je balik.. Kadang-kadang ada weekend yang terlalu busy memang tak sempat nak balik.. Tapi Alhamdulillah berkesempatan jugak join trip kali ni :)

So, kami sekeluarga terbang ke Langkawi dengan menaiki pesawat MALINDO AIR.. :)

Apa yang nana boleh katakan ialah, wayyyy better than AirAsia..opps hihi.. Seat yang lagi selesa dan tak terlalu sempit, ada skrin kat depan dan siap dapat air + biskut lagi.. And harga pun not bad jugak.. So nana sangat suggest u all yang nak bercuti tu untuk naik Malindo Air :) Papepon AirAsia tetap di hati sebab selalu buat promosi kahkah

Thursday, May 22, 2014

Nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan? :')

Assalamualaikum wbt..

Dah lama sangat-sangat rasanya tak jenguk blog ni.. Dah bersawang penuh dah agaknya nih *tiuptiup sawang* Rinduuuu sangat nak blogging.. Even banyak entry dalam draft.. hihi.. InshaAllah ada masa nanti akan sambung balik semua post yang tergantung tu :)

Alhamdulillah malam ni selesai satu lagi kelas dengan anak-anak didik Spectacular.. Dalam sepanjang minggu ni, boleh kata setiap malam full dengan kelas bersama anak-anak didik.. Cuma semalam je takde kelas, tapi nana pulak yang pergi kelas mencari ilmu akhirat hehe :) Thanks to my friend, Aie sebab kenalkan dan bawakkan kita join kelas usrah tu.. Terasan lama sangat jiwa kosong dari terisi ilmu-ilmu agama.. Terasa sangat-sangat terjentik dengan apa yang kami belajar malam tadi :')

Sunday, February 2, 2014

Sweet January

Assalamualaikum wbt..

Last entry nana di blog ini ialah bulan JULAI yang lalu.. Mujur tak berhabuk bersawang blog kesayangan nana ni.. Hee.. Sorry all readers sebab lama tak update blog.. InshaaAllah selepas ni akan semakin rajin mengupdate entry demi entry untuk tatapan uolls ^____^

Alhamdulillah Januari berlalu dengan sangat MANIS.. Akhirnya setelah 1 tahun 3 bulan di dalam Shaklee, finally title MASTER COORDINATOR menjadi milik nana.. Rank ini merupakan rank tertinggi di dalam Shaklee.. Tapi yang ternyata, di sebalik rank ini, di sebalik income yang diperolehi, tergalas satu tanggungjawab yang berat di bahu nana untuk membawa lebih ramai lagi anak didik SSpectacular untuk berjaya..

Perjalanan nana di dalam Shaklee tidak semudah yang disangka.. Orang lihat nana sentiasa gembira, tapi tiada siapa yang tahu dugaan demi dugaan yang nana lalui demi untuk berada di sini pada hari ini.. Kalau bukan dengan hati yang CEKAL, nana percaya nana sudah lama mengalah..

Tapi Alhamdulillah.. ternyata dugaan demi dugaan itulah yang menjadikan diri nana kuat.. Yang menjadikan nana mampu sampai ke sini.. Yang menjadikan nana seorang yang KEBAL.. Kebal di sini maksudnya InshaaAllah nana akan cuba untuk tidak mudah down sekiranya diduga lagi suatu hari nanti.. InshaaAllah..

Setinggi tinggi ucapan terima kasih nana nak ucapkan kepada suami tercinta.. Kerana tanpa sokongan daripada beliau, ternyata nana tidak akan mampu sampai ke sini.. Beliau merupakan tulang belakang paling utama dalam hidup nana.. Hadiah terindah yang Allah beri dalam hidup nana :')
Walaupun kami masih belum dikurniakan anak setelah setahun lebih berkahwin, ternyata perancangan Allah itu Maha Hebat.. Allah beri kami peluang untuk menggapai cita-cita kami terlebih dahulu.. Dan nana percaya dan yakin akan kasih sayang Allah pada kami suami isteri.. 'Hadiah' terindah itu pasti akan kami perolehi bila tiba saatnya kelak :') I Love U Suami.. Lillahi Taala 

Seterusnya, terima kasih nana ucapkan kepada kedua ibu bapa dan keluarga kerana menyokong keputusan nana untuk aktif berbisnes dengan shaklee, instead of meneruskan kerjaya nana sebagai seorang Quantity Surveyor.. Tanpa restu mereka, mungkin nana tiada di sini pada hari ini.. Walaupun bukan mudah untuk meyakinkan mereka, ternyata Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. 
Thanks to my family and family in law for being so understanding :')

Dan terutamanya kepada keluarga Shaklee saya.. Kepada upline, Mimi Farhana n Kak Hasanah.. Thanks sebab kenalkan nana dengan Shaklee.. Membawa nana masuk bersama di dalam Shaklee..:') kepada Master Iffah Annuar dan PMCery, thanks kerana sudi menjadi mentor dan sentiasa memberi semangat kepada nana untuk terus melangkah..
Kepada anak-anak didik SSpecttacular terutamanya.. Thanks kerana sudi menjadikan nana sebagai mentor anda.. Tanpa anda, tiadalah SSpectacular.. nana mendoakan kejayaan anak-anak didik nana.. Tak kira anak, cucu,cicit,piut miut..
Semoga segala ilmu dan tips yang nana beri akan digunakan sebaiknya..
Jangan pernah putus asa kerana kejayaan itu ternyata terlalu hampir dengan kita tanpa kita sedari..
Teruskan berjalan tanpa menoleh ke belakang..
Ikhlaskan hati untuk terus MEMBERI tanpa mengharapkan balasan
memberi tanpa SYARAT
Nana akan tetap berada di sini untuk memimpin dan membawa kalian ke puncak kejayaan InshaaAllah..

:)

Seterusnya nana nak kongsikan beberapa gambar semasa Magik Aura Kuantan tempoh hari.. Jom kite layannnn

Monday, July 15, 2013

Bagaimana Mahu Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah selesai sudah 5 hari di bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk diri ini dan keluarga menjalani ibadah puasa pada tahun ini..Oh ya, sebelum terlupa, nana nak wish Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia.. Jom sama-sama kita tingkatkan amalan di bulan mulia ini ye :)

follow my Instagram : nanamacarona

Banyak soalan yang nana terima mengenai supplement yang terbaik di bulan Ramadhan ini..

"Nana, ada tak supplement yang bagus untuk beri tenaga bagi tak letih bekerja masa bulan puasa"
"Nana, ada tak supplement yang buat kita rasa kenyang dan tak dahaga sepanjang hari"

-___________-

Supplement untuk beri tenaga semasa berpuasa memang lah ada. Tapi kalau supplement yang bagi kenyang dan tak dahaga sepanjang hari tu susah sikit nana nak jawab. Bukan apa, dah konsep puasa itu sendiri untuk menahan diri dari lapar dan dahaga.. Dah kalau kenyanggg je sentiasa macam dah lari je dari konsep puasa yang sebenar..betol tak? hehe

Tapi tak salah pun kalau kita nak jalani puasa dengan cara yang sihat dan bertenaga ^___^

Di sini nana ingin kongsikan antara supplement yang nana ambil semasa bulan ramadhan untuk kekal bertenaga sepanjang hari

Sahur

Dahulu sebelum kawen nana bukan lah seorang yang rajin bangun sahur ni (hihi) Tapi dah bersuami ni nak tak nak kena lah bangun jugak kan. Kesian lah dekat suami kalau tak sahur sebab dia kena kerja sepanjang hari,. Iolls takpela jugak sebab kerja dekat rumah je hehe

So, semasa sahur tu, nana biasanya akan ambil sedikit nasik sebab nana memang jenis suka makan nasik. Then nana akan amek Set Mighty 3 Gems. Super kenyang!


Yang bestnya amek set ni, badan akan rasa BERTENAGA sepanjang hari, kurang rasa lapar dan dahaga.. Specialnya sebab ada Performance Drink, ianya merupakan minuman isotonik yang berfungsi menyeimbangkan kandungan bendalir dalam badan. So kurang lah dahaga :)

Satu lagi yang nana suka mengenai Performance Drink ialah, bila ambil tu kulit dan bibir tak rasa kering macam puasa tahun-tahun sudah yeayy! kalau tak...alahaii..kejap kejap bibir berdarah..then kulit gatal gatal sebab kering..Tahun ni tidak lagi..Syukur Alhamdulillah :)

ESP dan Mealshake seperti semua sedia maklum merupakan sumber PROTEIN yang memang sangat bagus untuk memberikan TENAGA dan sangat bagus untuk kulit..So walaupun puasa, kurang makan, kita still dapat zat penting yang diperlukan oleh badan dan kulit :)

Selepas Berbuka


Selepas berbuka selalunya nana akan ambil Alfalfa Complex terlebih dahulu untuk mudahkan proses detoksifikasi.


Alfalfa Complex ni sangat bagus kerana ia bantu 
  • Buang angin dalam badan
  • Bantu detoks kembali badan selepas makan. So tiada lemak yang akan terkumpul. Bagus untuk slimming
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Meneutralkan asid dalam badan
So kepada mereka yang mempunyai masalah gastrik yang teruk tu sila lah ambil alfalfa untuk bantu sepanjang bulan Ramadhan Insyallah :)


Selain Alfalfa, nana akan ambil juga Vitamin C Chewable yang sedap ni. Mengapa nana suka Vitamin C Chewable shaklee ni?
  • Rasanya yang superrr sedap!
  • Kulit tidak kering dan sihat..Kesan sama seperti pengambilan Vitamin C Sustained Released yg famous amos tu
  • Bantu beri tenaga untuk Terawih
  • Bantu tingkatkan sistem imun tubuh

Nana juga WAJIB akan ambil Vitalea iaitu Multivitamin dalam Shaklee


Yang nana suka mengenai Vitalea, dari pengalaman nana sendiri
  • Sangat sangat beri tenaga untuk Terawih. Kurang rasa mengantuk even perut kenyang macam tahun-tahun lepas
  • Sejak nana amalkan Vitalea, nana tak pernah diserang Migrain lagi! Begitu juga suami

Sangat-sangat bersyukur tahun ini nana dan keluarga berpeluang berpuasa dengan Shaklee. Sesuangguhnya Shaklee dah banyak merubah kehidupan nana Alhamdulillah :')




Untuk mereka yang berminat untuk mencuba Set Mighty 3 Gems ini, boleh lah hubungi nana di talian, 013-3039242 / email- nanafarhanapakeh@gmail.com / facebook : Nana Macarona

Alright, sampai sini dulu..Insyallah lepas ni nana akan lebih kerap berkongsi tentang kebaikan produk-produk Shaklee di blog comel ini..ihiks

Till then, Assalamualaikum wbt



Sunday, May 5, 2013

Mekap Nikah & Sanding Husna, Taiping

Assalamualaikum wbt..

Semalam dah diumumkan keputusan PRU13, tapi rasanya demam pilihanraya masih terasa. Penuh newsfeed fb dengan segala ulasan..hehe..Takpe, bila lagi nak rasa suasana macam ni kan..lagi 5 tahun la pulak :)

Macam orang lain, nana pon balik kampung mengundi jugak okeyyy..and kebetulan, memang ada job mekap sekali time pru ni, pucuk dicita ulam mendatang lah jawabnya.
Kali ni mekap kawan masa sama-sama buat degre kat UiTM Shah Alam dulu, my dear Husna :)

Kalau perasan masa tunang haritu dah mekapkan husna jugak, this time kawen pon mekapkan lagi..Alhamdulillah :)

Mekap Nikah

Before 


After






Mekap Sanding

After 









Siapa tegur nana nampak gemuk, nana unfriend! tetibe..hahah

Apa-apa pun, congrats to my dearest Husna on your wedding..Thank you for believing in me to be your MUA on your big day..<3 p="">

Till then, Assalamualaikum wbt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...