Lately banyak sangat dengar cerita pasal Qu Puteh Dr Vida yang menaja Anugerah Juara Lagu baru-baru ni sampaikan orang yang tak tengok AJL pun sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tahu apa keheynyaaa dok qu puteh qu puteh ni haaa..
Nana pun tak terkecuali jugak sebenarnya.. Sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tengok kat mana yang orang dok mengata sangat tu.. And laki bini dok tergelak tak habis-habis sebab dok mengajuk iklan tu hahhaha..
Tapi personally bagi nana, sebenarnya banyak yang kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini especially kepada peniaga dan usahawan seperti nana dan anda semua.. Yes, banyak pengajaran yang kita boleh dapat sebenarnya :)
1) KATAK PEKAK
kemain kau. Jangan ingat orang kawen je pakai crown tahuuuu |
Perasan tak betapa dia tak heran langsung orang dok mengata kat dia? even daripada dulu lagi nana perasan orang memang banyak kali kutuk penampilan beliau.. Sebab jenis pakai barang kemas merelit merelap.. Perasan? Tapi nana tak nampak pulak beliau ubah penampilan dek kerana kutukan orang.. Dia buat diri dia jadi trademark lagi ada.. Sampai ada yang cakap
"Kau ni pakai barang kemas liplap ni kalah DR VIDA"
hahahha
Benda ini lah sepatutnya ada dalam diri setiap usahawan.. Sila jadi KATAK PEKAK.. Dan tidak perlu down serta ubah diri dek kutukan.. Kadang tu ada sesetengah orang yang bila dikutuk sikit terus down.. Terus taknak buat bisnes Shaklee dah.. Rugi lah kalau kalah dengan kutukan orang yang nak lihat kita jatuh.. Kenapa biarkan mereka menang?
Walaubagaimanapun, kutukan berbeza dengan teguran.. Kena lihat siapa yang beri kutukan atau teguran itu.. Kalau teguran datang daripada orang yang nak lihat kita berjaya antaranya mentor kita, pasangan kita, wajar lah kita ambil perhatian..
Sebaliknya kalau kutukan datang daripada mereka yang tidak senang melihat kita berjaya, AHHHHH ABAIKAN AJERRR..
2) Tak MELENTING bila dikutuk
Nana ada terbaca kutukan Chef Wan kepada Dato Vida pasal kes ini di mana Chef Wan siap tutup tv sebab tak larat dah nak tengok iklan Qu Puteh ni lagi dah..
Tapi tengok balik jawapan Dr Vida.. Dia tak mengata pun Chef Wan balik kan? Rileks je jawapan beliau.. Beliau tidak menjawab sindiran Chef Wan dengan sindiran atau kutukan, sebaliknya positif je jawab apa yang beliau lakukan..
Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Selepas anugerah itu berlansung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutamanya di laman sosial termasuk Chef Wan menutup televisyen kerana iklan saya..
Apa yang disampaikan oleh dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya 15 minit saja.. Orang yang tidak berjaya, mereka bendi, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu
Sama juga seperti kita usahawan online ni.. Bidang online sangat membuka ruang dan peluang ke[ada kita untuk menghadap mereka yang negatif dan sebagainya.. Keyboard Warrior merata-rata.. So bila kita dikutuk, tak perlu lah membalas kutukan dengan kutukan.. Tak perlu sama tarafkan diri kita dengan mereka..
Senyumlah kerana di saat mereka membuang masa mengutip DOSA, kita pula sibuk memanfaatkan masa untuk mengumpul harta DUNIA dan AKHIRAT :)
3) Marketing berkesan!
Kalau diikutkan, memang lah kita meluat dengan iklan yang kejap-kejap muncul.. Kejap-kejap muncul.. Dengan tagline yang kekampungan, berbulu je bijik mata kan? Yes, kami pun rasa macam tu hahahha.. TAPI, sedarkah anda, bila semua meluat, semua kongsi di laman sosial, itulah MARKETING SEBENAR Qu Puteh..
Bila satu malaya memperkatakan pasal iklan Qu Puteh, orang daripada tak pernah dengar pun pasal Qu Puteh, mula google apa itu Qu Puteh.. Nahh, femes lah produk itu.. Makanya, marketing Dr Vida tu BERKESAN lah..
Ada Dr Vida kesah orang mengata dia? lagi dia suka ada lah sebab makin ramai akan kenal dia hahaha
Bad publicity is still publicity :)
Dalam bisnes, pesaing akan sentiasa cuba menjatuhkan kita.. Same goes dalam bisnes Shaklee.. Kadang-kadang tu ada sahaja isu merepek yang ditimbulkan..
Again, Bad Publicity is still publicity
Orang yang BIJAK akan ambil ini sebagai peluang, manakala orang yang tidak berapa bijak akan down dek kerana fitnah ini :)
4) Marketing tak guna Anzalna
Ini pun satu strategi yang nana perasan.. Dr Vida tidak menggunakan pelakon Anzalna untuk mempromosikan Qu Puteh pada AJL tempoh hari.. Atas sebab apa nana tak pasti tapi bagi sudut pandangan nana, itu strategi yang bijak..
Kebanyakkan usahawan-usahawan yang berjaya ni, mereka akan gunakan artis sebagai batu loncatan untuk orang kenal produk mereka.. Tapi selepas itu, mereka akan gunakan DIRI SENDIRI sebagai duta kepada produk which is nana rasa sangat berkesan untuk KUATKAN identiti satu produk itu sendiri..
Bayangkan Anzalna tu dah memang artis.. And orang dah memang kenal dia walaupun dia bukan duta Qu Puteh.. Dia pun belum tentu ambil Qu Puteh.. Tapi kalau Dato Vida yang gunakan diri sendiri, orang ingat Dato Vida orang tak ingat benda lain dah.. Orang ingat Dato Vida, orang mesti ingat Qu Puteh.. Betul tak? Sebab Dr Vida lah pengasas Qu Puteh.. Buat apa nak femeskan orang lain sedangkan kalau femeskan diri sendiri lagi orang kenal produk kita.. Brilliant :)
Lagipon, kalau guna Anzalna sure tak jadi kecoh macam ni sebab orang takkan meluat kat iklan tu.. Dah jadi biasa-biasa jela takdelah kontroversi nanti hehe
Sama juga dengan bisnes Shaklee.. Tahu kenapa Shaklee tak ambil sebarang duta untuk produk Shaklee? Ini kerana Shaklee mahu nama company kuat dengan adanya KITA.. Shaklee Independent Distributor.. Mereka yang sememangnya pengguna Shaklee.. Yang berkongsi khasiat produk Shaklee dengan ikhlas.. Dan orang akan kenal KITA sebagai duta Shaklee.. Identiti kita dengan Shaklee yang kuat yang menjadikan kita MAGNET dalam bisnes ni..
Tak perlu ambil duta.. KITA lah yang jadi duta kepada produk kita sendiri..
Sama macam orang ingat Qu Puteh ingat Dr Vida..
Orang ingat Shaklee surely akan ingat Nana Macarona.. Kan Kan? hehe
5) Kuat Semangat!
Sebenarnya melihat kepada keceriaan dan semangat Dr Vida ni, siapa sangka yang beliau pernah kehilangan dua orang putera beliau dalam satu kebakaran pada tahun 2013.. Nana tahu mengenai kisah ini dan sebenarnya hampir terlupa dek kerana tengok Dr Vida ni rileks je.. Tak patah semangat pun walau diuji sampai terduduk..
Nana kagum dengan semangat beliau yang bangkit dari kesedihan demi untuk kejayaan beliau dan keluarga.. Kalau beliau terus meratap kesedihan kerana kehilangan anak, sudah tentu beliau tidak berada di tahap sekarang..
Bayangkan kehilangan anak yang kita bela selama ini.. Bukan seorang tapi 2 orang..
Semangat dan kekuatan ini lah yang setiap usahawan perlukan.. Bila diuji, kita harus ingat bukan kita sahaja yang menghadapi ujian.. Lebih ramai lagi manusia yang diuji tapi mereka bangkit demi kejayaan diri dan keluarga..
Malu lah andai diuji sedikit kita terus jatuh.. Walhal ujian itu kalau dinilai dari sudut positif, peluang untuk Allah beri kita banyakkkk pahala.. Apabila kita jadikan ujian sebagai satu cara untuk kita kembali kepada Allah.. Kembali mendekati Allah.. Sebagai cara untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri..
6) Bijak Ambil Peluang
Dan akhir sekali, apa yang nana nampak pada diri Dr Vida ialah, beliau bijak ambil peluang.. Walaupun terpaksa invest RM3 Juta, beliau tetap ambil peluang itu untuk menaikkan produk beliau..
Invest RM3 Juta tu takdehal kalau dibandingkan dengan dapat pulangan Rm30 juta.. Btul tak?
And beliau bijak ambil peluang bila beliau menjadi PENAJA KESELURUHAN AJL.. Tak bagi chance orang lain overshadow beliau.. Biar semua perhatian tertumpu kepada produk beliau sahaja..
And sudah pasti, saat ditawar peluang itu oleh TV3, Dr Vida cepat-cepat grab sebelum peluang itu diberi kepada orang lain pula.. And bila dah labur RM3Juta, takkan nak duduk saja?
Of course lah dia akan menjadikan setiap pelaburan beliau berbaloi.. Bagaimana? Haa macam apa nana cakap di atas tadi lah.. Dah invest RM3 juta kata kooo.. Takkan lah nak duduk saja kottt :D
Again, Bad publicity is still publicity.. :)
Nana tak rasa Dato Vida TIDAK SENGAJA nak buat orang meluat dekat dia.. As a businesswoman beliau pasti dah jangka yang beliau akan menerima kritikan dan kutukan seperti ini.. But well, mungkin ini memang strategi beliau :)
Sama lah seperti kita, usahawan dan bakal jutawan.. Setiap peluang yang datang wajar dan wajib lah kita grabbbb sepenuhnya.. Contohnya dalam bisnes Shaklee sendiri, kita diberi peluang untuk mendapat pelbagai manfaat.. 10 jenis bonus.. dengan Car Bonus. dengan percutian percuma dan sebagainya.. RUGI lah andai peluang ini dibiarkan berlalu begitu sahaja..
Dan jangan lah kedekut untuk invest demi kejayaan.. Tak kisahlah investment dari segi masa, duit dan sebagainya..
Rebutlah peluang untuk anda tambah nilai diri sendiri supaya anda dapat pulangan lebihhh daripada yang anda laburkan..
Sebagai contohnya, anda invest masa 2 jam untuk kelas bersama mentor anda, dan anda dapat ilmu yang berharga yang andai kata anda apply, anda boleh dapat KEBEBASAN MASA bila mana selepas ini anda boleh bekerja dari rumah sambil menjada anak sendiri..
Dan contohnya anda invest beberapa ringgit untuk hadiri kelas, di mana ilmunya anda anda apply akan membantu anda mendapat pulangan 100x ganda lebih banyak dari modal yang anda invest, haaa untung ke tidok?
***
So sebenarnya banyak pengajaran positif yang kita boleh dapat daripada seorang wanita bernama Dato Dr Vida ni.. Bukan lah kata semuanya bagus.. Tak dinafikan mesti lah ada yang tak berapa sedap mata memandang.. Tapi harus diingat kita juga bukan lah sempurna mana :)
So ajar diri untuk sentiasa memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif.. Terlalu banyak pengajaran yang Allah hantar kepada kita tanpa kita sedari.. Setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita atau di persekitaran kita, pasti ada hikmahnya.. Cuma terpulang kepada kita untuk melihat daripada sudut yang positif lalu memanfaatkan setiap pengajaran dan pelajaran atau kita lebih selesa memandang dari sudut negatif, yang lansung tidak memberi manfaat sebaliknya hanya menambah dosa kita..
Nana tidak bertujuan untuk membela Dato Vida.. Cuma satu kita kena ingat, kita kutuk kritik hina beliau, beliau dah tentu-tentu JUTAWAN.. Sedangkan di mana kita? Sudahlah di dunia kita tidak kaya, kita tambah lagi dosa yang bakal menjadikan kita miskin akhirat..
Nauzubillahiminzalik..
Jom lah semua..Ubah diri.. Daripada kita kutuk orang yang berjaya, lebih baik kita pun jadi salah seorang orang yang BERJAYA..
Kita mampu mengubahnya.. InshaAllah :)
****
Pesanan penaja, siapa yang benar-benar nak supplement yang bantu anda benar-benar PUTEH, sila lah ambil Set Kecantikan shaklee :)
InshaAllah kalau ikut consultasi yang nana beri, pasti boleh dapat kulit yang anda idamkan..
Daku yang dahulunya ibarat bulan purnama, Alhamdulillah dah beransur jadi bulan mengambang :")
Ini antara supplement yang nana sendiri ambil untuk dapatkan kulit yang lebih CERAH berbanding sebelum ini..
Ini ialah skincare yang banyak bantu transformasi pada kulit nana untuk lebih cerah dan berseri berbanding sebelum ini Alhamdulillah..
Andai ada yang nak cuba, jangan segan silu hubungi nana yaaa
Till then people
Ikhlas,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242
Good job master!
ReplyDeleteHanya segelintir akan berfikiran seperti ini..
Pandangan saya pon sama.. it is marketing..
Investment dia bkn calang2 .. she knows that.
Dulu x kenal pon siapa dia .. Now da pemes dgn tagline dia.
Hope dapat semangat seperti dia..