Thursday, May 22, 2014

Nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan? :')

Assalamualaikum wbt..

Dah lama sangat-sangat rasanya tak jenguk blog ni.. Dah bersawang penuh dah agaknya nih *tiuptiup sawang* Rinduuuu sangat nak blogging.. Even banyak entry dalam draft.. hihi.. InshaAllah ada masa nanti akan sambung balik semua post yang tergantung tu :)

Alhamdulillah malam ni selesai satu lagi kelas dengan anak-anak didik Spectacular.. Dalam sepanjang minggu ni, boleh kata setiap malam full dengan kelas bersama anak-anak didik.. Cuma semalam je takde kelas, tapi nana pulak yang pergi kelas mencari ilmu akhirat hehe :) Thanks to my friend, Aie sebab kenalkan dan bawakkan kita join kelas usrah tu.. Terasan lama sangat jiwa kosong dari terisi ilmu-ilmu agama.. Terasa sangat-sangat terjentik dengan apa yang kami belajar malam tadi :')

Kehidupan nana mungkin tak seindah orang lain.. Tapi nana tetap bersyukur menjadi diri nana.. Nana tetap bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan dalam hidup kami suami isteri..
Kadang-kadang rasa kerdil sebab rasa betapa diri tak layak terima semua tu.. Rasa tinggi sungguh kasih sayang Allah pada kami..
Walaupun mungkin ada kemahuan kami serta doa kami yang belum dimakbulkan, nana tetap percaya yang Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Asalkan kita sentiasa berusaha untuk memajukan dan membahagiakan diri kita sendiri..

Antara nikmat terbesar Allah kepada kami suami isteri ialah, peluang untuk kerjakan Umrah baru-baru ni.. Yang bagi nana adalah satu pengalaman yang TERBAIK yang pernah nana lalui sepanjang hidup nana..

Tiada tempat yang seindah Baitullah dan setenang Raudhah.. Allah, rindunya rasa :'(


Di hadapan Masjidilharam


Bersama suami dunia akhirat di Jabal Rahmah.. Semoga Allah panjangkan jodoh kita sampai ke syurga :')


Benda terindah yang pernah terjadi dalam hidup nana.. Melihat air mata terharu parents kerana berjaya melihat kaabah di depan mata.. Allahu, perasaan yang nana sendiri sukar nak tafsirkan.. Terima kasih Allah atas nikmat ini 



Kat Mekah terpaksa jadi minah arab kejap sebab banyak habuk.. Area keliling Masjid banyak construction..


Menara jam yang sangattttt tinggi.. Eh terpejam mata pulak :D


Love u abang! <3 p="">

Allah, dengan melihat pun hati dah menjadi terlalu tenang.. Rindunyaaa :'(

Pertama kali melihat Kaabah memang rasa macam tak percaya.. Sebak sangat perasaan tu sukar nak diungkapkan..
Even dari dalam kapal terbang pun air mata dah mula keluar.. Rasa terharu yang teramat sangat.. Terutama sekali bila bacaan Talbiah dibaca sepanjang perjalanan..
Rasa sangat-sangat terharu dan bersyukur kerana mendapat peluang ini..

Rasa kerdil sangat diri nak menjadi tetamu Allah di Baitullah.. Tempat paling suci di dunia ini..


Labbaika Allahomma Labbaik. 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu

Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu.Hamba datang menyahut panggilan-Mu

Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".




Selesai tawaf.. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga sepanjang di Mekah..


Syukur yang teramat sangat sebab dapat tunaikan hajat mak yang dah sekian lama.. :')



Jabal Tsur.. Tempat Nabi s.a.w bersembunyi ketika dalam peristiwa Hijrah..



Wewitttt


Pintu masuk ke Raudhah.. Tempat paling tenang di dunia..


Masjid Nabawi yang tenang.. Tak pernah rasa setenang berada di sini :')


Di bawah kubah hijau itu lah bersemadinya jasad yang paling suci.. Jasad kekasih Allah.. Jasad kekasih kita..

Teringat nana sewaktu pertama kali ingin masuk ke Raudhah.. Pertama kali masuk ke Masjid Nabawi.. Di hadapan makam nabi, nana mula menyampaikan selawat panjang ke atas nabi..
Hati terasa terlalu hiba sehinggakan air mata keluar macam empangan yang pecah..

Ya Allah.. Aku berada terlalu hampir dengan jasad kekasih Allah..  Nikmat terbesar yang Allah beri pada diri nana.. :'( 
Terharu terbayangkan perjuangan Nabi untuk agama kita.. Betapa jauhnya perjalanan dari Mekah ke Madinah.. Sehinggakan naik bas pun ambil masa 5 jam, tapi nabi dulu naik unta je.. Allah, sedihnya rasa..
Betapa tinggi pengorbanan nabi untuk kita semua..
Air mata murah sangat sepanjang kat sana.. Rasa dekat sangat nabi dengan kita.. Rasa cinta sangat-sangat walaupun tak pernah bersua muka..
Dan yang lebih indah lagi, bila ustaz beritahu, setiap salam kita pada nabi sepanjang di Masjid Nabawi akan dijawab sendiri oleh nabi.. Allah.. :')

Dan yang paling mengharukan, ayat ustaz Mutawwif semasa kami baru sampai ke bumi Madinah..
"Selamat datang tuan tuan dan puan puan.. Selamat datang tetamu Allah dan penziarah Rasulullah.. Nabi dah lama tunggu dan nantikan kedatangan tuan tuan semua.. "

:')

Semoga Umrah ini bukan yang terakhir kalinya..
Semoga kami akan dijemput lagi menjadi tetamu Allah dan penziarah Rasulullah s.a.w
Semoga Umrah ini mengubah diri kami menjadi insan yang lebih cintakan agama dan akhirat lebih dari segalanya..
Yang menjadikan Allah dan Rasul sebagai yang utama antara semuanya..
Dan nana doakan semoga semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat nana turut sama diberi peluang terindah ini untuk menjejakkan kaki ke sana.
sesungguhnya, percayalah, Mekah dan Madinah adalah tempat paling indah lebih indah dari mana-mana tempat lain di seluruh dunia ini..

Nana terlalu bersyukur kerana ditemukan dengan Shaklee yang dah banyak mengubah kehidupan nana.. Allah beri nana rezeki melalui Shaklee.. Yang banyak mengubah pandangan nana mengenai kehidupan.. Yang buat nana tak takut untuk menjadi KAYA sebab InshaAllah kekayaan kalau kita guna ke jalan yang betul, mampu membantu kita mengumpul saham-saham akhirat.. InshaAllah..

Semoga anak-anak didik Spectacular juga merasakan nikmat ini.. Semoga Allah permudahkan urusan nana untuk menambah nilai dalam kehidupan setiap anak-anak didik nana.. Supaya mereka turut merasakan kenikmatan ini :')

Semoga Allah permudahkan urusan kami dunia akhirat.. Semoga Allah beri kejayaan kepada kami dunia dan akhirat.. 

Amin..

Till then! Assalamualaikum wbt :)

4 comments:

  1. Terima kasih master nana.. In Shaa Allah, kami sekeluarga akan menjadi tetamu Allah & penziarah Rasulullah s.a.w juga tidak lama lagi.. Ameen..

    ReplyDelete
  2. Tkasih Nana...sepanjang baca ni pun Tokda dok nanges....mnangis rindu yg amat sangat. Subhanallah

    ReplyDelete
  3. terima kasih master nana, sangat2 touching bila saya baca entry ni..rasanya x sabar nk menjejakkan kaki ke tanah suci....doakan saya berjaya..dalam shaklee...

    ReplyDelete
  4. Belum pergi dah terharu dengan master Nana nyer cerita...Alhamdulillah master dah sampai sana..Doakan saya pula menjadi tetamu Allah disana..InsyaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...