Tuesday, May 19, 2015

My TTC Journey Part 1 : Berakhir Sebuah Penantian

Assalamualaikum wbt readers!

Alhamdulillah.. Dah lama nana berhajat nak publish entry ni.. Entry yang nana selalu simpan dalam draft.. Yang ditulis dengan penuh emosi, tapi tak cukup berani untuk publish.. Bimbang hati sendiri yang bakal tercedera.. :') AMARAN : Entry ini sangat panjang.

Menjadi seorang yang bernama Siti Farhana bukan lah semuanya yang indah-indah sahaja seperti di pandangan mata manusia.. Nana punya dugaan tersendiri.. Kisah tersendiri.. Salah satunya, bergelar seorang TTC-ians..

Apa itu TTC? TTC stands for Try To Conceive.. Cuba untuk hamil.. Senang cerita, wanita yang sudah berkahwin yang belum dikurniakan zuriat dan sedang berusaha untuk hamil..

Hampir 3 tahun menjadi seorang TTC-ain bukanlah pengalaman yang indah untuk dikenang.. Tetapi ternyata hikmah terbesar di sebalik aturan Allah ini ialah, Allah ingin mendidik hati nana menjadi kuat dan menghargai apa yang nana ada.. Ditakdirkan nana tidak selalu dapat apa yang nana inginkan dengan mudah pasti ada hikmahnya.. Pasti ada sesuatu yang lebih besar hikmahnya yang sedang Allah aturkan untuk kehidupan nana.. Maka dengan itu, nana akan lebih menghargai apa yang bakal nana ada nanti.. Mungkin? :)

27 September 2012, tarikh keramat nana bergelar seorang isteri.. Masih nana ingat perasaan lepas bergelar isteri yang sangat berbeza dari sebelumnya.. Lepas menjadi isteri, automatically perasaan bersedia bergelar seorang ibu mula hadir..

Ingat lagi before kawen, pernah bincang dengan BF, (now dah jadi suami hehe), kita nanti kawen nak terus dapat anak ke? Dan kami sama-sama decide untuk enjpy2 dulu.. Hahaha padan muka. Awal2 lagi dah niat macam tu, memang mendapat la kan..

Sebab tu, buat yang belum kawen, walaupun perasaan keibubapaan belum ada, jangan sesekali cakap yang bukan-bukan.. Sebab apa yang kita cakap tu semuanya DOA..

Dan rupanya, selepas kawen, perasaan nak jadi IBU tu datang sendiri dengan sangat kuat.. Sampai kan waktu period bulan pertama lepas kawen, nana boleh menangis sebab sedih.. Padahal baru first month kot :') hehe ini lah dia perasaan yang Allah kurniakan kepada semua insan yang sudah berkahwin.. Perasaan nak jadi seorang ibu.. Perasaan nak hadiahkan zuriat buat suami sendiri.. Perasaan nak hadiahkan seorang cucu buat parents dan parents in law..

Hari demi hari berlalu, bulan demi bulan berlalu, nana masih belum tunjuk tanda-tanda nak jadi ibu..

Nana akui, tahun pertama perkahwinan nana lalui dengan agak stress.. Pergi ke mana-mana orang mula bertanya.. "Dah ada isi ke belum?" Salah satu sebabnya ialah, badan nana memang agak berisi lepas kawen haritu.. Bahagia khataaaaanyaaaa kan! Sampai orng selalu salah faham nana tengah pregnant sebab badan berisi.. Sentap lah jugak hati mak kan.. Tapi mujur ada VIVIX SHAKLEE hahaha sempat iklan.. :D

Nana masih ingat, pernah nana menangis dengan sangat teruk sambil tengok luar tingkap, eh ini serious tau bukan drama.. Haha memang menangis sambil tengok luar tingkap..

Puncanya sebab ada seorang kawan ni, yang tak lah rapat mana.. Tapi entah kenapa, dalam ramai2 sahabat kami, beliau pilih nana untuk dikongsikan berita kehamilan beliau..

Nana tak dengki, nana tak iri hati.. Ermm, tapi jeles sikit mungkin.. Sebab dia baru kawen dah terus lekat.. Nana pulak masa tu dah kawen almost setahun, tapi belum jugak lekat-lekat..

Memang nana menangis sungguh-sungguh.. Tapi tak tahu kenapa.. sebab apa.. Just rasa nak menangis sangat-sangat sampai penat.. Sampai tertidur..

Setahun yang pertama kami lalui dengan sangat stress sebenarnya walaupun orang luar tak tahu..

Nana sangat sensitif bila dapat berita kawan-kawan hamil dan sebagainya.. Bukan tak suka dan tumpang gembira, tapi tertanya-tanya.. Apa kurangnya aku? Kat mana silapnya? Kenapa aku?

Persoalan-persoalan yang selalu nana tanya pada diri..

Situasi bertambah teruk bila nana period.. Allahuakbar.. Ingat lagi nana pernah nangis sungguh-sungguh dekat suami bila period datang lepas seminggu delay.. Nana betul-betul ingat nana dah mengandung masa tu.. Dah berangan siap..

Nana ingat lagi malam tu.. Dah beli UPT tester dah.. Clear blue lagi.. Plannya nak test esok pagi lepas bangun tidur.. Malam tu memang nana tak boleh tidur.. Tak sabar sangat nak test subuhnya tu.. And memang tidur ayam je malam tu..

Esok paginya bangun subuh, benda first nana buat ialah check UPT.. Lepas buat test tu, nana pejam mata rapat2 sambil zikir dalam hati.. Allah Allah Allah..

Perlahan-lahan nana buka mata.. Dan hancurnya hati nana bila tengok yang tertulis di situ ialah "not pregnant"

Slow-slow nana keluar toilet, tunjuk dekat suami.. Menangis sambil peluk suami.. Menangis yang entah ke berapa kali nana pun tak pasti..

Akhirnya, genap setahun kami kawen, nana dah start rasa tak selesa.. Nana ajak suami pergi buat check up dan kami pilih untuk buat rawatan di KPJ Ampang Puteri.. Gynae kami masa tu ialah Dr Zalina..

Mula-mula doktor scan nana, tengok rahim ovari semua.. So far memang bebas dari fibroid ataupun cyst.. Alhamdulillah, waktu ni rasa lega sangat-sangat sebab nana sebenarnya risau jugak kot-kot tanpa nana sedari ada problem2 tu dalam badan kan.. Tapi Alhamdulillah doktor sahkan memang nana bebas dari masalah2 tu..

Kemudian nana test darah untuk check hormon.. Pun semuanya normal takde masalah.. Cuma tinggal nak buat HSG je iaitu nak scan tiup fallopion untuk kesan kalau-kalau ada any blockage..
Tapi sebab nana belum berani lagi nak buat, nana tangguh dulu even sampai lah sekarang hahah..

Then test pulak suami nana.. Check sperm count.. Alhamdulillah suami pun takde masalah..

Dah setel part ni kami sebenarnya sedikit lega.. Doktor pun dah kata, memang takde masalah kesuburan.. Yang ada sekarang hanya rezeki yang belum sampai.. Lagipun kata doktor, nana masih muda sangat-sangat.. So banyak peluang nak hamil lagi..

Dengar kata doktor tu memang lah kami rasa lega.. Syukur sangat bila memang takde masalah kesihatan.. Cuma mungkin benar lah kata doktor, belum sampai rezeki lagi..
Kami redha dan terus bersabar di samping berusaha.. Takpe, kami yakin InshaAllah pasti sampai rezeki kami satu hari nanti..

Menuju ke tahun kedua perkahwinan, waktu ni kami dah sedikit tenang.. Tidak lagi terlampau stress..

Nana mula berfikiran positif dan berbaik sangka dengan Allah.. Nana selalu tanam dalam minda yang pasti ada hikmah di sebalik setiap percaturan Allah ni..

Nana mula fokus hanya kepada bisnes nana.. Yang selalu nana tanam dalam minda ialah "Mungkin Allah nak aku berjaya dalam hidup dulu, Allah nak aku naik master dulu, Allah nak aku punya kewangan kukuh dulu"

Dan untuk mempercepatkan kesediaan nana sendiri, nana struggle untuk berjaya di dalam bisnes.. Supaya nana sendiri cepat bersedia untuk menjadi seorang ibu..

Nana ambil ini sebagai satu BIG WHY kenapa nana perlu berjaya di dalam bisnes.. Supaya lebih cepat nana berjaya, lebih cepat bisnes stabil, mungkin lebih cepat diri nana sendiri bersedia untuk menjadi ibu..

Menuju ke tahun kedua perkahwinan kami lalui dengan sedikit tenang dan gembira.. Kami mula banyak spend time pergi bercuti dan sebagainya.. Banyak habiskan masa berdua.. Kerana kami selalu fikir, "Takpe, Allah nak bagi kita enjoy dulu puas-puas hidup berdua.. Mana tahu nanti terus dapat kembar?" Hahaha itu jelah ayat penyedap hati yang selalu orang cakap pada kami..

Dan nana sangat bersyukur sebenarnya.. Sebab dikurniakan keluarga dan keluarga mertua serta kawan-kawan yang sangat menyokong.. Tak pernah bertanya pun pasal anak.. Dan kalau ada kami berbincang pasal anak, tidak pernah mereka mengguris hati nana..

Nana bersyukur kerana tiada tekanan daripada mereka yang hampir dengan nana.. Tekanan cuma daripada mereka yang tidak rapat je.. Tapi Alhamdulillah, kami semakin kuat dan redha waktu ini InshaAllah..

Tapi kami tetap berusaha.. Usaha dan terus usaha.. Cuma tiada lagi tekanan Alhamdulillah..

Dan Alhamdulillah juga, bisnes semakin stabil.. Kami semakin berjaya di dalam bisnes dengan izin Allah.. Menggenggam gelaran Master Coordinator di dalam Shaklee yang menjadi impian setiap SID..

Dan selepas beberapa lama naik Master, nana masih belum hamil :')

Tapi takpe, waktu ni nana memang dah banyak positif dan redha.. Kesyukuran yang tertinggi buat nana kerana nana berada di dalam bisnes yang mendidik nana untuk sentiasa berfikiran positif.. Nana sentiasa memandang yang positif daripada setiap yang Allah aturkan pada nana..

Walaupun kelihatan seperti nak pujuk diri sendiri, tapi takpe.. Sebab hanya dengan berbaik sangka dengan Allah yang bantu nana jadi kuat daripada sebelumnya..

Nana selalu yakin dan percaya, satu hari nanti pasti Allah akan izinkan nana bergelar seorang Ibu akhirnya.. InshaAllah..

Walaupun kadang-kadang perasaan ada jugak goyah, tapi cepat-cepat nana ingatkan diri untuk sentiasa baik sangka dengan Allah.. Banyakkan zikir dan mengadu pada Allah.. Hanya dengan cara itu hati nana rasa tenang.. Alhamdulillah..

Melepasi tahun kedua perkahwinan.. Ketika ini perasaan lebih kepada redha..

Pernah nana cakap dekat suami, "Abang, kalau ditakdirkan kita memang takde anak, abang nak kawen lain tak?" hahah benda tu je terlintas dalam kepala otak.. Sebab nana kesian jugak dekat suami.. Nana tahu dia suka budak-budak.. Sebab kalau ada perjumpaan dengan kawan-kawan atau adik beradik, memang dia yang suka volunteer nak jagakan anak kawan-kawan nana.. Budak2 pun selalunya suka pada dia..

Tapi sudahnya jawapan beliau mesti macam ni "Isy merepek je ayang ni. Tak semestinya kawen untuk dapat anak je. Takpela, kita boleh spend time jalan-jalan satu dunia"

Memang ku takkan bagi pun kalau dia cakap nak kawen lain pun.. Hahhaa never T___T

Selalunya suami memang rileks sikit.. Dia sebolehnya nak tunjuk yang dia tak kisah.. Ada anak okey, takde anak pun okey.. Tapi deep inside, nana tahu dia pun berharap jugak dapat zuriat sendiri.. Tapi maybe dia taknak tunjuk sebab taknak nana stress..

Masuk tahun kedua perkahwinan, lepas anniversary kami yang kedua.. Nana lebih kepada redha, tetapi nana tingkatkan lagi usaha..

Terima kasih kepada beberapa orang kawan yang keep bagi semangat untuk nana sentiasa usaha dan terus usaha, tetapi tanpa pressure..

Kalau tahun pertama nana banyak stress tapi usaha kurang..
Tahun kedua kurang stress tapi usaha pun kurang..
Menjelang tahun ketiga, nana mula tingkatkan usaha dan kali ini dengan perasaan yang lebih tenang dan redha..

Nana amek supplement Shaklee sungguh-sungguh..
Nana usaha dan ikhtiar pelbagai cara..
Nana buat appointment dengan beberapa orang doktor pakar, just nak pendapat dari beberapa doktor berlainan..

Nana ingat lagi, waktu tu bulan September 2014.. Nana call klinik pakar medina untuk buat appoinment.. Bayangkan, call bulan September, sekali dapat appoinmt bulan Februari tahun 2015..

Same goes dengan Klinik Dr Hamid Arshat.. Call appoinment bulan September 2014, tapi appoinment dapat bulan March 2015..

Tapi takpe, nana sanggup tunggu..

Kenapa dah tak pergi KPJ? Sebab nana nak cuba dengar pendapat doktor lain pulak.. Sebab kakak nana sendiri pernah ada rawatan dengan Dr Hamid Arshat dan Alhamdulillah hamil beberapa bulan lepas tu.. Dan banyak dengar cerita ramai berjaya hamil lepas dapatkan rawatan dengan Dr Marshita di klinik pakar medina tu..

Tapi biasalah, maybe sebab dua-dua ni doktor yang dikenali dan sangat terkenal so appoinment dia memang kemain lama lah kena tunggu hehe

Namun, ditakdirkan oleh Allah, kedua-dua appointment nana tak dapat pun pergi akhirnya..

First appointment dengan Dr Marshita nana terlepas sebab ada program masa tu.. Then set next appointment..
Appointment dengan Dr Hamid Arshat pun terlepas tarikh.. Ingatkan diorang akan call ingatkan, rupanya memang takde.. Kena pandai-pandai ingat sendiri rupanya..

Sampai lah penghujung bulan March, nana ada appointment dengan Klinik Pakar Medina.. Waktu tu family in law ajak pergi lepak hotel dekat Kuantan tapi kami tak dapat ikot sebab ada appointment dengan doktor..

Pagi-pagi lagi kami dah tercongok dekat Klinik Pakar Medina sebab nak ambil giliran.. And then pembantu klinik tu cakap suruh balik dulu.. Nanti diorang call bila dah sampai giliran..

Kami pun balik lah.. Naseb baik laaa rumah dekat je hah.. But then, sampai ke malam tak call2 pun.. T__T

Appointment yang kami tunggu2 selama ni terlepas macam tu je.. Kecewa, memang kecewa.. Tapi kami langsung tak give up..
Kami akan terus ikhtiar dan ikhtiar..

27 April 2015

Tarikh sepatutnya nana datang period untuk bulan April..

Entah lah kenapa.. Terasa macam nak test UPT malam tu.. Saje-saje je.. Sebab nana rasa badan agak lain macam sikit kali ni.. Macam nak period tapi entahlah.. Sakit pinggang semua cukup..

Then nana pun buat test upt tanpa ada perasaan apa2.. Berbeza sangat dengan sebelum-sebelum ni.. Sebelum ni kalau nak buat test upt tu sure berdebar macam nak pecah dada.. Tapi this time berbeza.. Entah kenapa.. Rasa tenang je..

Selesai celup UP tester dalam urin, nana biar kejap..

Then tengok balik satu line je naik.. Hurmmmmmm.. Okey takpe, dah biasa kan :)

Tapi this time nana tak terus buang.. Nana tunggu je lagi.. Selalunya lepas test kalau naik 1 line je memang nana terus buang but not this time.. Kali ni nana biar lama sikit..

Dan lama kelamaan, macam ada naik lagi satu line yang saaaaangattttt pudar sebelah line merah tadi tu.. Dada dah start berdebar.. Terus panggil suami tunjuk kat dia.. And jawapan suami..

"Betul ke? Abang tak nampak pun.. Bukan kot"

Hahhaha hampeh. Maybe husband taknak nana berharap..

Then nana snap gambar tu, hantar dekat kawan baik nana, mizah.. Tanya dia, dia nampak tak double line..

Mula-mula dia tak nampak.. Tapi finally dia cakap dia pun nampak ada satu line yang sangat pudar tepi line merah tu..


Feeling masa tu? Erm tak tahu nak kata apa sebab sebenarnya still tak percaya.. huhu

Yelahhhh.. Nak dekat 3 tahun kawen tak pernah dapat double line macam ni.. So memang rasa macam tak percaya pun ada.. Takut berharap pun ada..

Then esoknya mizah pesan suruh test guna urin yang pertama sekali bangun tidur.. So nana pun buat dan kali ni double line naik lebih cerah dari semalam :')


Tapi this time pun still macam tak percaya.. So nana test pulak pakai tester mahal sikit.. Mula-mula beli jenama watson je.. Then nana guna clearblue..



Actually, waktu ni pun still dok tak percaya.. Asyik tanya mizah and husband..

"Betul ke ni?"

Bukan tak happy, tapi memang seriously nana rasa macam tak percaya.. Maybe sebab lama sangat menanti.. Plus selama ni tak pernah dapat double line macam ni kan :')

Then sudahnya kami terus pergi klinik untuk pastikan betul-betul..

Alhamdulillah finally doktor kata, "Awak pregnant 4 minggu"

Allahuakbar.. Rasa nak gugur air mata waktu ni.. 

Lama kami menanti Ya Allah.. 
Berapa banyak dah air mata ini gugur Ya Allah..

Lepas solat zuhur, pulangnya dari klinik hari tu, lama nana sujud.. 

Takde kata yang nak digambarkan kesyukuran waktu tu.. Syukur yang teramat sangat..
Allah sahaja yang tahu.. Menangis nana di dalam sujud waktu tu.. 

Perasaan yang susah nak digambarkan.. Terharu, happy, macam tak percaya, macam mimpi..

Syukur Alhamdulillah.. Finally, berakhir sudah penantian kami selama 2 tahun 8 bulan :')

Terima kasih Allah atas kurniaan ini..
Allah beri di saat kami mulai redha.. Tapi tetap kami usaha dan terus usaha..

Dan saat ini, Alhamdulillah sudah 7 minggu anak ini ada dalam rahim mummy dia.. :') Tolong doakan nana dan baby sihat dan selamat sepanjang kehamilan ini..


Semalam masa scan, doktor cakap "Besar dah anak awak ni.. Nampak tak heartbeat dia kelip2 kat situ?"

Mengalir air mata nana.. Ya Allah.. Ni yang aku tunggu selama ni.. Terima kasih Ya Allah.. Kau beri juga aku peluang ini akhirnya..

Nana doakan semua sahabat yang sedang ber TTC akan turut merasai nikmat ini satu hari nanti..

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Allah tak kejam.. Allah tak tidur.. Allah nampak setiap usaha kita..

Next entry nana akan kongsikan antara ikhtiar nana selama hari ini.. Mungkin boleh jadi panduan buat semua sahabat yang sedang ber TTC..

Sebab dari dulu nana pernah janji pada diri, Andai Allah takdirkan satu hari nanti nana berjaya hamil, nana nak bantu orang ramai pulak utk hamil.. Sebab nana sendiri pernah rasa bagaimana rasanya menanti dan menunggu kehadiran zuriat sendiri.. Nana faham sangat perasaan itu..

Mungkin masih terlalu awal untuk berkongsi.. Tapi InshaAllah, Allah tahu niat nana.. 

Sampai sini dulu ya.. jumpa lagi di next entry.. :)

Mohon doa daripada semua untuk nana dan baby ya.. Moga Allah lindungi kami dan jauhi daripada segala bahaya.. Aminn

Till then. Assalamualaikum wbt..



Tuesday, April 21, 2015

The Secret Life of Working at Home Wife

Assalamualaikum wbt..

Cewah tajuk, macam good-good je kan? hahaha

Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun 7 bulan nana bergelar seorang isteri, dan juga 2 tahun 7 bulan bergelar Work at Home Wife.. :) Something yang nana sendiri tak pernah jangkakan satu masa dahulu.. Sebab sejak dari kecik nana selalu berangan-angan nanti dah dewasa nak kerja ofis..

Pergi ofis pakai cantik-cantik.. Bawak briefcase.. Pakai kasut tumit tinggi.. And ada masa-masa pergi lawat site.. Pakai safety helmet sambil bukak pelan..

Kahkahkah..

Ternyata realiti tak seindah mimpi :D

Masuk je alam pekerjaan, segala impian masa kecil nana seakan musnah.. Nana tak pasti silapnya di mana, tetapi nana tidak enjoy kerja ofis.. Nana baru sedar bahawa nana mungkin salah seorang daripada ribuan manusia yang mengimpikan FREEDOM.. Nana tidak happy diarah itu dan ini, terutamanya yang bukan kerja nana.. Nana tak happy bila terpaksa pulang kerja lewat malam baru sampai rumah sedangkan keluar rumah sejak awal pagi..

Ibarat kata langsung tak jumpa matahari.. Keluar masa matahari tak muncul lagi, balik masa matahari dah tenggelam.. Bukan hendak komplen ataupun tidak bersyukur.. But yeah, semua orang ada perakara yang mereka suka dan tidak suka kan? :) Begitu juga nana.. Dan bila nana ada something yang nana tidak suka, which is KERJA OFIS aka KERJA MAKAN GAJI, nana perlu buat sesuatu untuk atasi perasaan ini..

Sangat lah tak best kalau kita buat apa yang kita tak suka.. Sangat tak enjoy kalau kita paksa diri untuk buat rutin yang sama setiap hari walaupun kita tak happy dengan rutin tersebut..

Dan Alhamdulillah, nana bersyukur dengan jalan hidup yang telah Allah tulis buat nana..

Bakat meniaga yang Allah beri disertai pengalaman hidup yang agak sukar di waktu belajar dahulu sangat beri nana pengalaman dan pengajaran untuk menjadi seorang ENTREPRENEUR :) Iaitu usahawan..

Bermula dengan sekadar berkongsi khasiat supplement Shaklee, nana mula berjaya mengembangkan empayar nana di dalam bisnes ini melalui perkongsian-perkongsian dari hati.. Dan ramai yang tertarik untuk menjadi anak didik nana kerana ingin belajar kualiti sebenar seorang USAHAWAN..

Berniaga semua orang boleh berniaga.. Tetapi usahawan is something different.. Dan Alhamdulillah atas kepercayaan anak-anak didik Spectacular nana, nana kongsikan segala ilmu, tips dan segala pengalaman nana sepanjang bergelar usahawan.. Lebih buat nana bertambah bersemangat ialah, kejayaan menyentuh kehidupan manusia :)

Eh, melalut pulak.. Kata nak cerita pasal work at home wife kan.. Termasuk pulak pasal bisnes shaklee heheh.. Apa nak buat, bisnes shaklee ni memang sebahagian daripada kehidupan nana pun :) Dan nana bekerja di rumah juga dengan menjalankan sepenuhnya perniagaan shaklee nana..

Yang lagi best ialah bila suami nana turut sama berbisnes dari rumah bersama-sama dengan nana Alhamdulillah..

Pernah ada yang mempersoalkan mengapa kami memilih untuk bekerja sendiri yang tinggi risikonya.. Tapi cuma satu je yang nana nak tanyakan, apakah kerja makan gaji itu langsung tiada risikonya? :)

Kerja makan gaji pun tetap ada risikonya, risiko dibuang kerja dan sebagainya..

Well, hidup ini memang penuh dengan risiko dan tanda tanya pun.. Yang mana selagi kita tak cuba kita tidak akan tahu..
Cuma bagi nana bila bekerja sendiri nana seakan mencabar keupayaan diri nana..

Semakin kita terasa terancam, semakin kita akan buat sungguh-sungguh dan terbaik di dalam hidup kita kerana kita sendiri yang memilih untuk keluar dari ZON SELESA :)

Cuma satu pesan nana, andai anda memilih untuk WORK AT HOME, pastikan DISIPLIN menjadi asas utama.. Sebab ramai di sekeliling nana yang nana lihat memilih untuk bekerja di rumah sambil menjaga keluarga dan anak-anak sendiri, end up tidak berjaya pun di dalam bisnes kerana TIDAK BERDISIPLIN dan terleka dengan kehidupan sebagai suri rumah tangga..

Satu yang perlu anda ingat ialah, walaupun anda bekerja sendiri di rumah, bukan bermaksud anda duduk rumah tak buat apa-apa untuk bisnes dan duit akan keep masuk tanpa perlu anda berbuat apa-apa.. Ini adalah SANGAT SALAH..

Walaupun bekerja sendiri, disiplin kerja harus sama seperti kerja ofis.. Perlu masuk ofis di awal pagi, perlu siapkan sendiri timetable anda dan wajib follow!

Dan sebenarnya bekerja sendiri di rumah adalah lebih besar cabarannya dan lebih busy kerana anda perlu melakukan 2 kerja dalam satu masa.. Tapi bagi nana, ianya tidak akan menjadi masalah seandainya anda buat JADUAL HARIAN dan stick to that dengan sangat DISIPLIN!

Harus pandai bahagikan masa..

Dan andai benar anda hendak bergelar SURI RUMAH DENGAN INCOME 5-6 ANGKA, please, jangan buang masa anda dengan perkara2 tidak berfaedah selain kerja/bisnes ataupun kerja rumah anda..

BIG NO to tengok tv!
BIG NO to gosip2!
BIG NO to tidur siang!

Ingat, anda bukan surirumah biasa.. Anda ialah WORK AT HOME WIFE / WORK AT HOME MOM..

Sebab ramai nana lihat tidak berjaya selepas decide untuk bekerja sendiri dari rumah bila tiada disiplin dan banyak membazirkan masa..

So di sini nana nak kongsikan sedikit jadual harian nana yang nana akui bukanlah perfect sebagai seorang surirumah, tetapi mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang berhajat ingin menjadi work at home mom/wife dengan income 5-6 angka seperti nana..

PAGI

-Setelkan kerja rumah sedikit dan terus masuk home office untuk buat kerja bisnes. Home office ni tak semestinya kena proper pun, asalkan ada meja dan kerusi yang selesa cukup lah. JANGAN buat kerja atas katil, karang ke lain jadinya..

TENGAH HARI

-Selalunya akan keluar bersama suami sama ada ke post office/shaklee.. Kalau suami sahaja yang keluar, nana akan duduk rumah siapkan kerja lain..

PETANG

-Selalunya waktu petang nana rehatkan diri sebentar dengan mengaji/baca buku motivasi.. Petang2 tak sesuai nak buat kerja bagi nana. So rest sekejap

LEWAT PETANG

-Masak untuk suami. Nana selalunya masak sehari sekali je, iaitu untuk dinner. Kadang-kadang ada jugak masa tengah hari especially waktu cuti.. Part ni terpulang lah nak ikot ke tak ye hehe.. Nana tahu ramai suka memasak, cuma kalau boleh siang tu masak simple2 jelah supaya tak habis banyak masa dekat situ.. Mujurlah ada suami yang tak cerewet Alhamdulillah

MALAM

-Masuk ofis balik untuk setelkan order customer/daftar ahli baru dan kalau ada kelas coaching dengan anak-anak didik

Dan ada satu lagi tips yang nana nak kongsi untuk mereka yang nak berjaya bekerja dari rumah.. TIDO AWAL melainkan ada kerja nak buat atau nak qiamulail atau tahajjud.. Bila tidur awal, kita mudah nak bangun tahajjud dan bangun awal..

Perkara ni pun nana masih sedang cuba nak disiplinkan diri sebab sebenarnya memang dah terbiasa tidur lewat setiap hari.. Hehe.. So jim kita sama-sama disiplinkan diri ya!

Tapi buat yang masih awal buat bisnes tu, normal sebenarnya kalau tak cukup tidur.. Nana dulu pun memang selalu tak cukup tidur.. Kalau terlebih tidur, ha itu bahaya!
Especially kepada yang ada anak kecik tu, mungkin malam lah masa yang anda kena ambil untuk uruskan bisnes kan?

So, jadikan push factor supaya cepat2 berjaya supaya cepat2 boleh dapat tidur yang berkualiti hehe

Sekian bebelan nana di pagi hari ni.. Sekadar berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan nana bergelar WORK AT HOME WIFE dan tak sabar nak merasa pengalaman bergelar WORK AT HOME MOM pula.. Aminnn :) Sudah pasti lebih besar cabarannya.. Tapi InshaAllah, nana nak cabar diri sebab nana percaya nana mampu buat!

Till then people!

Assalamualaikum wbt..

Monday, March 2, 2015

Tutorial Shawl Labuh by Nana Macarona

Assalamualaikum wbt

Ramai yang selalu tanya nana macam mana cara nana pakai shawl nana sehingga labuh menutup dada.. So harini nana kongsikan terus tutorial macam mana cara nana pakai shawl :)




Apa yang nana sendiri suka mengenai style shawl ini ialah, ianya memang menutup aurat dengan hampir sempurna InshaAllah..
Dan shawl yang nana selalu guna ialah daripada jenis kain chiffon.. Tapi harus diingat ya, kain chiffon selalunya nipis..
So make sure pakai inner di dalam.. Supaya tidak jarang dan menampakkan leher dan rambut :)

Semoga tutorial ini bermanfaat kepada semua..

Nana TIDAk menjual shawl ya.. Jangan tanya nana macam mana nak beli hehe.. Nana sendiri main beli je kat mana2 yang kebetulan nana jumpa :)
And ada juga shawl nana dihadiahkan oleh anak-anak bisnes nana, family dan suami.. Thanks kepada semua!

Semoga dengan tutorial ini, ramai yang akan lebih tertarik untuk tutup aurat dengan sempurna.. Jom tutup aurat dengan sempurna ya semua! Demi Allah, demi Rasul, demi Suami dan kedua ibu bapa..

Andai kita sayang pada suami dan ibu bapa kita, tutuplah aurat kita.. Kalau tak kesian suami dan ayah kena tanggung dosa kita.. Hmm

So mempersembahkan tutorial simple daripada nana.. tadaaa! hehe


*Sila klik HD untuk video yang lebih JELAS ya*


Jangan lupa LIKE dan SUSCRIBE chanel youtube nana tau! Hehe

Dan sekiranya anda rasa tutorial ini bermanfaat kepada semua dalam usaha kita menyebarkan dakwah kita, feel free to LIKE & SHARE entry ini :)

Tq for watching!

Till then people,

Assalamualaikum wbt..


Kisah Hidup Nana #2 Ulser Usus Yang Kronik

Assalamualaikum wbt..

Wah, ada sambungan pulak ye.. Dah macam novel heheh..
Actually lepas je nana kongsikan kisah hidup nana pada Kisah Hidup Nana Part 1, ramai sebenarnya yang cadangkan nana buat Novel.. Hehe Alahaiiii takde lah sampai boleh buat novel sebenarnyaa.. Tak lah menarik mana kisah hidup nana ni.. Nana cuma kongsikan sekadar untuk beri pengajaran kepada semua sahaja.. Dan sebagai ingatan buat diri nana sendiri untuk sentiasa yakin dan percaya dengan kehebatan kuasa Allah taala :)

Acewah cewah cewah hihi


Ingat lagi kisah penderitaan nana selepas kena dismiss haritu? Well, macam nana cerita haritu lah.. Kehidupan nana memang huru hara waktu tu..

Di awal semester nana join degree Qs pun sebenarnya kehidupan nana masih belum betul-betul back to normal.. Banyak cabaran nana waktu tu especially kewangan.. Dan semestinya pengalaman ngeri yang umpama mimpi buruk bagi nana tu masih menghantui hidup nana..

Walau apa pun, nana tetap jalani kehidupan seperti biasa.. Pergi kelas balik kelas.. Macam biasa.. Nana masih nana yang sama, cuma nana kini dah belajar dari kesilapan.. So dah masuk course baru ni takde dah la nak berjimba mana sangat.. Belajar pun lebih serious even though struggle jugak la sebab nana masuk pun lambat daripada orang lain kan..

Sampai lah tengah semester.. Nana diduga sekali lagi..

Ingat lagi, waktu tu kelas untuk hari tu sampai tengah hari je.. Sebelum balik rumah sewa macam biasa lah nana akan makan dekat kafe fakulti dulu.. Nak masak tak berapa rajin pulak hari tu.. So makan siap-siap jelah..Balik rumah kang boleh terus tido hahahha okey sifat yang ni still tak berubah :P

Nana ambil lauk keli goreng bercili waktu tu.. Masa makan tu sebenarnya takdelah rasa pedas mana pun lauk tu.. Nana pulak memang jenis makan pedas.. Tapi entah kenapa, rasa sakit perut sesangat lepas tu.. Dah 'buang' ape semua tapi tetap tak okey..

Then slow-slow jalan kaki balik rumah sewa.. Rumah sewa nana waktu tu betul-betul luar UiTM.. Dan kebetulan fakulti betul-betul dekat dengan pagar UiTM hehe so memang jalan kaki jela pergi balik kelas..

Sampai rumah, perut masih tak okey.. Bahkan makin sakit lagi..

Mujur lah masa tu hari Jumaat.. Boleh la jugak rest kat rumah kan..

And then menjelang petang sakit makin serious.. Memang rasa semacam waktu tu.. Dok ingat kena gastrik dah.. Siap pesan dekat housemate tolong belikan Gaviscon lagi tapi entah kenapa still tak okey2..

Dalam petang Sabtu macam tu, dah start tak boleh tahan dah.. Nana pun ajak housemate nana temankan pergi klinik yang dekat dengan rumah sewa nana masa tu.. And nana inform doktor yang nana sakit perut dah nak masuk 2 hari tak baik-baik.. Doktor pun kasi ubat gastrik and doktor ada buat satu surat untuk nana refer ke hospital..

Waktu tu macam pelik jugak, kenapa kena refer hospital pulak kan.. Tapi layan jelah.. Balik klinik tu nana makan ubat macam biasa.. Tapi ntahla, still tak elok and tak berkurang sedikit pun..

Seksanya rasa masa tu sebab makan pun rasa tak kena.. Nak tido pun rasa tak kena.. Pernah tak rasa Gastrik macam mana? Ini gastrik yang tahap paling teruk punya.. Tahap pedih perut gila-gila at the same time rasa macam perut penuh dengan angin..

Allah je tahu seksanya masa tu.. Kadang-kadang rasa macam terbakar je perot nih..

And satu yang nana perasan, nana tak boleh makan pedas langsung masa tu.. Asal termakan sikit je, memang siap lah muntah balik lepas tu..So sepanjang sakit tu nana memang makan nasik kosong dengan ikan goreng atau bubur nasi kosong dengan ikan goreng.. Tu je yang mampu masuk perot nana..

Sampai lah dalam malam Ahad ke malam Isnin ntah.. Nana dah tak boleh tahan dah.. Sakit perut dah terlalu kuat sampai tahap berguling pun boleh dah ni..

Memang terlalu sakit yang teramat sangat..

Last sekali housemate nana merangkap my bestfriend, Yana mintak tolong kawan dia bawakkan kitorang pergi Hospital malam tu jugak.. Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah dekat Klang..

Nana masuk pergi dekat emergency sebab masa tu memang dah terlampau sakit.. Doktor check sekejap then doktor mintak nana masuk ward..

That time, memang rasa macam nak mintak doktor pengsankan nana pun ada sebab sakit yang terlalu sangat dekat perut nana..

Kemudian selesai urusan semua, nana pun dimasukkan ke ward malam tu.. Mula-mula Yana yang temankan nana dekat ward.. Sampai lah kakak nana sampai malam tu then temankan nana dekat ward.. Malam tu satu malam nana tak boleh tidur sebab sakit sangat.. Even doktor dah cucuk masuk air and masuk ubat pun, tetap tak berkurang sakit tu..

And actually, nana dimasukkan ke ward untuk pesakit yang bakal jalani pembedahan tau.. So sekitar nana memang ramailah pesakit yang tengah tunggu turn nak dibedah.. Ohmyyy, takut gila lah masa tu..

Doktor suspek nana kena apendiks tapi bila dibuat ujian ke atas diri nana tak macam apendiks.. Keesokan harinya pun tetap sama.. Dah makan ubat dah masuk air pun sakit nana tetap tak surut-surut.. Even makin sakit lagi..

Waktu tu doktor dah cakap pada nana, diorang tak pasti nana sakit apa sebab simptom apendiks takde.. Apa yang diorang nak buat ialah, operate je nana.. Then baru tengok apa problem nana..

T_____________________T

Suka hati nyaaaa.. Main operate then baru nak tengok sakit apa..

Ketaq lutut dah masa tu sebab takut sangat.. Masa tu mak abah tengah on the way nak datang dekat nana sebenarnya.. And bila doktor beritahu nak operate je nana tu, nana call mak abah beritahu.. And of course abah tak benarkan senang-senang je nak operate nana macam tu je kan..

Elok je abah sampai dekat Hospital Klang, mak abah nana buat permohonan nak bawak nana balik Taiping sebab nak masukkan dekat Hospital Taiping je.. Dekat sikit mak abah nak pergi tengok nanti kan..

Then haritu jugak nana dibawa balik ke Taiping.. Ikutkan pihak hospital cadangkan bawak nana ke hospital Taiping pakai ambulans tapi abah taknak.. Kalau tak merasa lah balik Taiping laju daripada biasa sebab naik ambulans kan heheh Sempat lagi berangan bukan-bukan masa tu :D

Sampai dekat Hospital Taiping, Nana pergi emergency ward dekat sana.. Disebabkan dah memang ada surat refer daripada Klang, so nana just terus masuk ward jelah..

Few days dalam ward, nana mintak nak balik rumah.. Dah boring sangat-sangat duduk dekat ward..

Waktu tu sedih sebab kena ponteng kelas dalam seminggu jugak lah.. :(

Actually, that time doktor pun tak berapa sure sakit nana ni apa sebenarnya tau.. Sebab makan ubat gastrik semua tak berkesan pun.. Langsung tak kurang.. Even dah balik Shah Alam pun, sakit nana tetap tak berkurang.. Still sama.. Macam-macam telan dah selain dari ubat doktor, telan pati gamat lah.. Spirulina lah.. Tetap tak kurang pun sakit sampai dah buntu dah rasa masa tu..

Sepanjang semester tu memang boleh kata sebulan beberapa kali jugak nana masuk ward.. Sampaikan final exam nana pun nana ambil atas katil ward tau.. Kesian lecturer ku terpaksa datang bawak exam paper jauh-jauh ke Hospital Klang huhu..

Finally doktor arrange nana untuk minor operation.. Just nak 'teropong' apa sebenarnya jadi dekat perut nana ni hah..

And rupanya, lepas nana jalani minor operation tu, baru lah dapat tahu yang usus nana dah luka teruk sangat dah dekat dalam tu.. Ada ulser yang dah teruk.. And tak tahu lah doktor tu nak takutkan nana ke apa, dia cakap kalau teruk sangat nanti mungkin usus boleh bocor and nana terpaksa jalani operation untuk potong bahagian usus yang dah rosak tu T_______T

Menakutkan betul lah masa tu.. Waktu tu dah la memang sedia kurus dah (dulu memang kurus, jangan tengok sekarang haha) Kalau usus makin pendek tak ke makin kurus?

Then cuti semester tu nana balik ke Taiping.. Nak ikhtiar berubat dulu sebab kalau boleh taknak operate.. Doktor pun ada bekalkan ubat untuk nana tapi memang tak jalan.. Plus nana tak berapa berani makan banyak sangat ubat since usus pun dah teruk kan.. Sebab pernah teringat kisah seorang kawan nana yang Makcik beliau ni ada sakit jantung.. Disebabkan makan ubat terlalu banyak sampai usus jadi rosak and meninggal bukan sebab sakit jantung tapi sebab kanser usus.. So waktu tu memang nana dan family nak cuba berubat tradisional sama..

Merata jugak lah berubat masa tu tapi masih tak elok-elok jugak..

Sampailah mak nana satu hari ada bawak balik satu supplement ni.. Tak pasti jenama apa.. Tapi dia warna hijau.. Bancuh buat air.. And kandungan dia ada ALFALFA, nana ingat lagi :)

Bila minum supplement tu lah yang baru nana start rasa improvement.. Perot makin lama makin kurang sakit dah..

And guess what? Finally, setelah beberapa bulan nana menderita sakit perut yang tidak berkesudahan, finally sakit tu totally HILANG lepas seminggu lebih nana amalkan supplement tu.. Subhanallah! :'( Magiknya rasa sebab nana sakit dah berbulan-bulan tau.. Boleh imagine tak selama 3-4 bulan nana SENTIASA sakit perut.. Tak pernah sekali pun dalam tempoh tu nana tak rasa sakit perot.. Sama ada mild atau teruk je.. Bila mild tu boleh lah lagi pergi kelas ke ape kan.. Tapi bila dah terlalu teruk tu sampaikan nana dah tak tahan terus masuk ward..

Tapi Alhamdulillah, amek supplement terus hilang.. And bila nana pergi check dekat hospital, doktor pun cakap yang usus nana memang dah sembuh sepenuhnya Alhamdulillah :)

Phewww.. Tragis kan kisah nana ni? hahha.. Bertimpa-timpa dugaan yang datang.. Tapi syukur Alhamdulillah, nana berjaya lepasi semuanya dengan baik Alhamdulillah..

Waktu tu baru lah timbul penyesalan dalam diri sebab selama ni nana memang tak berapa jaga makan.. Makan pedas tu melampau-lampau.. Ingat lagi masa dekat Matriks, setiap kali beli makanan dekat kafe mesti mintak cili api potong.. Dapat pulak bestfriend yang sekepala sejiwa seselera hahaha Si yana tu lah.. Bestfriend dari matriks sampai lah ke UiTM masih bersama.. And fav kami berdua ialah MAKANAN PEDAS! Bila ada geng ni lagi lah, makan pedas tak henggat punya..

And mungkin jugak kesan daripada 3 bulan tempoh nana 'merana' haritu lepas kena dismiss tu.. Waktu tu makan pun tak menentu.. Kadang-kadang makan kadang-kadang tak makan.. Emosi tak stabil.. And siap pernah telan panadol lagi hah.. Astaghfirullahalazim.. Zaman tak berapa fikir panjang.. Zaman budak-budak lah katakan..

Mungkin efek daripada perkara-perkara tu lah kot sampai usus nana jadi teruk macam ni..

And tambah pulak, dari kecik lagi nana memang ada masalah dengan usus.. Waktu kecik sampai lah nana form 5, nana memang ada masalah sembelit yang teruk.. And nana even nak membuang pun kena amek ubat.. Haihh.. Kalau tak memang tak dapat buang even makan pisang setandan..

Mungkin lah, kesan-kesan daripada amek ubat tu lah kot yang buat usus nana jadi semakin teruk..

Lepas daripada tu, nana still ada jugak kena gastrik, cuma tak lah seteruk dulu.. Cumanya nana jenis tak boleh tak makan.. Lewat makan sikit je confirm sakit perut.. Masuk angin sikit je confirm nana kena gastrik..

And sekadar untuk berkongsi dengan anda semua, sejak nana konsisten ambil supplement Shaklee since bulan Ogos 2012, sampai sekarang nana BELUM PERNAH lagi kena gastrik even lambat makan sekalipun.. Memang miracle lah rasa sebab bayangkan lah nana dari kecik ada masalah sembelit yang serious sampai lah pernah kena buasir (yang ni nanti story dekat another entry ya).. Pernah ada ulser pada usus.. And lepas tu even ulser dah takde, tapi still jugak kena gastrik kadang-kadang..

Miraclenya lepas nana ambil Shaklee memang dah takde langsung dah masalah dengan usus dan perut.. Sembelit nana dah takde langsung.. Setiap hari wajib membuang.. Gastrik pun dah takde..

Alhamdulillah.. Rasa usus nana semakin sihat sekarang.. Syukur Alhamdulillah :')

Untuk awak semua yang tengah baca entry ni, tolong lah jaga usus sebaiknya ya?

Antara penjagaan usus yang baik untuk diamalkan ialah


  • Make sure minum air masak dengan cukup untuk elakkan sembelit
  • Amalkan makan sayur dan buah sebagai serat yang bagus untuk elak sembelit
  • Jangan amalkan makan pedas atau makanan masam sangat
  • Kalau boleh elakkan terlalu kerap ambil ubat seperti panadol
  • Amalkan supplement yang baik untuk usus anda

Tolong lah jaga dan sayangi usus anda.. Sebab bila dah bermasalah, memang susah nak elok semula.. Kalau sekadar sembelit ,gastrik atau ulser takpe lagi masih boleh nak diubati lagi.. Tapi bila sampai dah jadi barah tu, nauzubillahiminzalik.. Mintak lah dijauhkan ye..

So, sekian dulu kisah nana dan usus..

Masih adakah Kisah Hidup Nana part 3? Jeng-jeng-jeng.. Nantikan yeeeee... hehehe

Thank you for reading!

Till then, Assalamualaikum wbt :)





PRODUCT REVIEW (SET KESIHATAN USUS)

Okey, dah baca kan kisah nana dan usus di atas? Boleh imagine tak macam mana seksa dan tak selesanya bila perut sakit dan tak selesa.. 

Pernah tak rasa macam mana seksanya tak dapat membuang (sembelit)
Pernah rasa tak macam mana pedihnya perut bila gastrik menyerang
Boleh imagine tak macam mana seksanya bila usus ada ulser?

Bayangkan bila ada ulser dekat lidah pun kita rasa pedih sesangat kan? Especially bila makan pedas.. Ini pulak dekat usus..

So kepada semua yang masih sihat dan bebas daripada masalah usus, sila lah jaga kesihatan usus anda sebaiknya..
Dan kepada yang sudah mengalami masalah usus, jangan risau, InshaAllah masih belum terlambat untuk ikhtiar..

So di sini nana nak cadangkan Set Kesihatan Usus yang nana sendiri ambil dan memang works wonder on me..

Bayangkan nana yang sejak dari kecil bermasalah dengan usus, dan kini Alhamdulillah bebas sepenuhnya..

1) ESP


ESP ni seperti semua tahu tinggi dengan kandungan PROTEIN.. Protein sangat penting untuk kesihatan usus sebab protein membantu pembentukan tisu anggota tubuh badan kita termasuk lah usus.. Protein juga bagus kerana membantu mengelakkan usus luka atau ulser sebab ianya mengandungi mekanisma untuk mempercepatkan penyembuhan luka..

Gastrik ni selalunya jadi bila kita lambat makan.. So sometimes usus boleh jadi pedih.. Dan bila keadaan berlarutan, lama-lama boleh jadi luka dan ulser.. So make sure kepada anda yang memang SUDAH mengalami gastrik, atau nak jaga kesihatan usus anda, ESP ni WAJIB ya!

P/s :Bulan ni kebetulan ada PROMOSI ESP.. Harga memang super terbaik InshaAllah khas untuk pembaca blog nana.. So kepada yang nak dapatkan ESP dengan HARGA TERBAIK, sila lah hubungi nana ya..

Antara khasiat lain ESP ialah

  • Membantu menCERAHkan kulit
  • Membantu mereka yang ingin SLIM
  • Membantu mereka yang mempunyai masalah PARUT JERAWAT BERLUBANG
  • Membantu mencantikkan kulit wajah
  • Membantu meLICINKAN kulit dan mengGEBUkan kulit
  • Bertindak sebagai MILKBOOSTER terbaik untuk membantu ibu-ibu menyusu


2) ALFALFA


Masih ingat tak nana kongsikan di atas tadi yang ulser nana semakin sembuh selepas mengambil air ALFALFA.. Sememangnya Alfalfa sangat bagus untuk usus kerana ia membantu mengelakkan sembelit..

Alfalfa mengandungi kandungan ALKALI yang tinggi.. So ianya sangat membantu untuk meneutralkan asid dalam perut kita.. Sebab tu lah pentingnya pengambilan Alfalfa untuk mereka yang kerap kena gastrik kerana bila gastrik, kandungan ASID dalam perut dan usus tinggi.. Sebab tu boleh jadi ulser atau luka..

Alfalfa juga bagus bertindak untuk DETOKS usus kita.. Usus merupakan tempat untuk penyerapan nutrisi.. Tapi kalau usus kita kotor dan berkerak, nutrisi pun tak dapat diserap dengan sempurna daripada makanan dan supplement..

Lalu benda-benda lain pulak yang terjadi misalnya darah kotor, jerawat dan masalah alergik yang berpunca daripada usus yang kotor..

Antara manfaat lain Alfalfa ialah sebagai

  • Legakan sakit sendi
  • membantu rawat KEPUTIHAN
  • Bertindak sebagai kacip patimah kepada isteri
  • memulihkan urat selepas bersalin
  • milkbooster
  • membantu penghadaman dan pencernaan
  • menghilangkan kelesuan
  • membantu membuang ANGIN dalam badan
  • membantu membersihkan usus
  • membantu atasi athma
  • membantu atasi senggugut
  • membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor


3) HERBLAX


Herblax ni one of my fav supplement sebenarnya.. Especially kepada u all yang ada masalah sembelit sebab Herblax ni bertindak sebagai JULAP RINGAN.. Yup, memang terrrbaik lah dia punya kasi cuci tu.. Memang keluar habis segala kerak-keraj dekat usus tu :)

So manfaat utama Herblax ialah untuk membersihkan usus kita.. Ianya membantu melembutkan najis supaya kita mudah untuk membuang..

Contoh macam musim-musim kenduri atau raya, makan pun kemain banyak.. Macam-macam jenis pulak tu.. Bayangkan bila kita membuang, tak semua najis keluar.. Yang tinggal akan jadi kerak najis..

Haa. Itulah fungsi Herblax.. Untuk kasi cuci bersih licin berkilat itu usus..

Bila usus dah bersih dari kerak, perut pun boleh kempis tau..

Ini takdelah, perut nampak macam orang mengandung padahal tak mengandung pun hihihi nana pernah alami benda ni.. Sampai orang ingat kita pregnant sebab perut buncit hahah

So sampai sini dulu perkongsian nana mengenai SET KESIHATAN USUS.. Jom lah kita semua jaga kesihatan usus kita sebaiknya ya.. Jangan sampai dah kronik baru nak jaga..

Andai ada yang nak order especially PROMO PRODUK BULAN NI------> ESP

Sila hubungi :

nana macarona
013-3039242


Ig : @beauty_bynana
@nanamacarona

Till then people

Assalamualaikum wbt

Wednesday, February 25, 2015

Kisah Hidup Nana~ Magic Happens When You Believe

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya daripada semalam lagi topik ni ada dalam kepala nana.. Sampaikan tak boleh tidur semalam gara-gara teringatkan kisah ini.. Sebab kebiasannya nana memang selalu dapat ilham waktu nak tidur.. Entah kenapa otak ni lebih lajuuuu berfikir waktu malam hehe.. Papepon syukur Alhamdulillah..:)

Actually sekarang ni nana sedang mengimbau kembali kenangan-kenangan nana sewaktu awal pembabitan dengan Shaklee kepada anak-anak didik nana.. Banyak tips dan rahsia yang nana kongsikan kepada mereka..

Tapi ada satu kisah ini yang nana kira boleh dijadikan tauladan bukan hanya kepada anak-anak didik Spectacular nana, tapi kepada keseluruhan manusia.. Yang mungkin boleh dijadikan panduan bukan hanya kepada peniaga, tetapi juga kepada pelajar.. Dan sebagainya..

Bercerita mengenai ini ibarat membuka pekung di dada nana.. Tapi takpelah, benda dah berlalu dah pun kan.. Lagipun nana memang berhajat nak jadikan kisah hidup nana ini sebagai panduan kepada semua.. Kepada adik-adik yang sedang belajar.. Dan kepada sesiapa sahaja..

Moga dengan perkongsian ini, ada yang tersedar dari lamunan.. ada yang tersedar salah dan silap dan bangkit membetulkan kesilapan.. Inshaallah..

Amaran : Entry ini ialah entry yang sangat panjang ya.. Bersedia untuk membaca :')

Bismillah..

Nana dahulu merupakan seorang pelajar yang cemerlang waktu sekolahnya.. Nana sentiasa akan pastikan nana berada di top 10, bukan hanya dalam kelas tetapi satu tingkatan.. Sejak dari sekolah rendah nana memang sentiasa skor antara yang tertinggi di dalam sekolah..

Memang boleh kata selalu dapat best student lah dulu..

And tidak dinafikan, nana merupakan anak harapan mak ayah nana.. Mak ayah nana letak harapan yang tinggi untuk nana berjaya dalam pelajaran dan seterusnya pekerjaan.. Teringat nana waktu nana dapat result PMR dulu, waktu cikgu umumkan nana dapat 8A, terus lari peluk abah.. Sama-sama kami menangis anak beranak.. Balik rumah sambung menangis dengan mak pulak..

Nana memang terlalu nakkkk sangat-sangat jadi anak kebanggan mak dan abah..

Seterusnya nana sambung tingkatan 4 di MRSM Balik Pulau.. Keputusan SPM yang tidak lah terlalu cemerlang, tetapi masih boleh dibanggakan.. Seterusnya nana sambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perak..

Selepas habis matrikulasi, nana sambung pula ke UiTM Shah Alam dalam kos Information System Engineering.. Nana sangkakan kecemerlangan nana dalam pelajaran akan berterusan sehinggalah ke alam pekerjaan.. Rupanya nana tersangkut di sini :(

Nana tersilap pilih kos.. Nana pilih kos ini kerana ingin mengikut kawan.. Nana tak kaji sungguh-sungguh kos apa yang nana ambil ini.. Ya, kos nana, Information System Engineering ialah nama lain bagi Software Engineering.. Ya, lebih kurang dengan komputer engineering..

Macam mana nana boleh ambil kos berkaitan dengan komputer sedangkan nana buta IT? Nana even takde laptop sendiri pun masa tu.. Allahuakbar, nana rasa susahnya nak bawak kos ni.. C++.. Java.. Apa jadahnya semua ni T____T Nana tak minat langsung apa-apa berkaitan dengan komputer..

Waktu tu kos nana banyak berkaitan dengan subjek Math dan Komputer.. Subjek math Alhamdulillah nana memang takde masalah.. Tapi part komputer nana memang out.. Masuk kelas tak faham apa, tak masuk otak, tak dapat tangkap..

Dan mungkin kesilapan daripada nana sendiri yang terlalu banyak main.. Nana tak struggle langsung untuk belajar sebab nana memang tak minat.. Nana tak fikir risiko yang boleh nana hadapi.. Nana fikir asal dah masuk U nana dah selesa dan selamat dah..

Sehingga lah selesai peperiksaan akhir semester 1.. Nana mula bercuti semester..

Ingat lagi waktu tu tengah sibuk-sibuk untuk kenduri kawen abang nana.. Satu family bergembira sebab nak sambut orang baru dalam keluarga.. And finally, result peperiksaan semester 1 pun keluar..

Bagai nak gugur jantung nana bila tengok keputusan sendiri yang tertulis pada slip result peperiksaan semester pertama..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

CGPA 1.75
GAGAL

Astaghfirullahalazim.. Dugaan apakah ini.. Ya Allah, disaat satu keluarga sedang bergembira nana terima berita ini hanya 2 hari sebelum majlis perkahwinan abang nana.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang nana rasa waktu tu.. Pernah nana sampai rasa taknak hidup lagi dah. Astaghfirullahalazim

Tak terbayang oleh nana macam mana kecewanya mak ayah nana kalau dapat tahu pasal ni.. Betapa hancur luluhnya hati mereka yang meletakkan harapan setinggi gunung untuk lihat nana berjaya.. Hancur berkecailah segala impian mereka untuk nana, satu-satunya anak harapan mereka waktu itu..

Beratnya dugaan ini Ya Allah.. Beratnya untuk nana tanggung waktu tu..

Dan perkara ini nana terpaksa rahsiakan daripada keluarga nana.. Sebab nana taknak rosakkan mood semua orang.. Tapi last sekali nana tak mampu nak tahan lagi.. Nana kongsikan pada kakak nana yang paling rapat dengan nana iaitu kakni..

Dan tak lama lepas tu, adik beradik nana semua tahu kecuali mak ayah nana.. Kami terpaksa rahsiakan sebab mak nana ada penyakit jantung.. Lagi pulak tengah sibuk dengan kenduri kawen abang..

Ya Allah beratnya dugaan waktu tu.. Dan macam biasa lah manusia yang mudah lupa macam nana.. Waktu ini lah baru nak mencari Dia.. Selama ini leka dengan dunia universiti yang jauh dari mak bapak.. Leka dengan kejutan budaya.. Leka dengan segala-galanya.. Sampai kadang-kadang solat apa pun entah ke mana.. Bila dah diuji macam ni baru reti nak cari Allah.. Betapa hinanya nana rasa diri ini waktu tu.. Rasa kerdil sangat.. Rasa tak mampu even nak bernafas.. Rasa ketat sangat dekat dada.. Rasa lemah tulang temulang untuk bangkit berjalan..

Nana anak harapan keluarga..
Dan nana jugalah yang menghancurkan hati semua orang..

Nana kecewakan mak abah..
Kecewakan adik beradik..
Yang selama ini bangga dengan nana..
Yang selama ini menaruh harapan tinggi pada nana..

Waktu tu memang makan pun tak lalu langsung.. Nana langsung tak boleh tersenyum.. Senyuman pun dalam keterpaksaan.. Mujur lah mak abah busy waktu tu, tak perasan perubahan nana.. Tapi kakak-kakak keep bagi semangat.. Kata mereka, "Takpe kita cuba dulu buat rayuan.. Kalau tak boleh, kita fikir cara lain"

Bersyukur sangat punya adik beradik yang sangat menyokong nana waktu tu.. Walaupun nana tahu, jauh di sudut hati kecil mereka pun sangat kecewa dengan nana.. Adik yang menjadi kebanggaan selama ini akhirnya jatuh terduduk tersembam sampai macam ni..

Pernah satu masa, mak cakap pada nana "Mak duk busy dengan kenduri angah, tak sempat nak belek anak mak ni.. Kenapa makin kurus je mak tengok adik ni"

Waktu tu Allah sahaja yang tahu betapa ketatnya dada nana menahan sebak.. Allahuakbar, bersalahnya aku sebab kecewakan hati mak abah..

Sebab nana tahu bila kena dismiss dari Universiti bukan senang nak dapat balik..
Nak taknak kena sambung belajar dekat kolej swasta..
Kolej swasta bukannya murah.. Family nana bukan orang kaya..
Macam mana nana nak hadapi semua ni?
Macam mana nana nak kejar cita-cita nana untuk jadi seorang yang KAYA dan BERJAYA..
Macam mana nak kejar cita-cita nana nak jadi wanita bekerjaya..

Nana sememangnya dari kecik memang berimpian besar..
Nak jadi kaya dan berjaya..
Nak jadi wanita bekerjaya..
Sebab tu nana belajar sungguh-sungguh..
Tak sangka usaha nana selama nana hidup dari sekolah sampai matrikulasi..
Tapi masa depan nana berakhir di Universiti..
Allahuakbar :'(

Selesai je kenduri kawen angah, abang nana, nana pulang ke Shah Alam seperti biasa.. Mujurlah memang dah plan dengan kawan-kawan nak duduk menyewa di luar je masa semester kedua.. Kalau lah waktu ni nana harapkan masih tinggal di asrama, entah mana lah nana nak duduk..

Waktu ni nana terpaksa pulang ke Shah Alam semula macam biasa sebab nana nak usaha buat rayuan.. Dan lagi satu nana belum bersedia nak beritahu mak abah.. Fikiran nana waktu tu nana nak usaha jugak buat rayuan macam mana pun, lepas semua dah setel baru nana nak bagitahu mak abah..

Dalam waktu tu, sebulan jugak lah nana duduk je kat rumah sewa..
Dengan duit takde.. Duit sewa rumah duit makan semua kawan-kawan rumah yang tanggung..
Sebab tu sampai sekarang nana berterima kasih sangat2 pada kawan2 serumah nana dulu..
Kaklin.. Dija..Echa.. Yana..
Kalau diorang takde entah kat mana lah nana nak merempat..
Kakak-kakak pun ada bantu jugak bagi duit belanja sikit-sikit..

Waktu tu nana memang boleh kata hari-hari nana pergi ulang alik ke UITM untuk buat rayuan..
Nana jumpa sesiapa sahaja..
Dekan dan sebagainya..
Menangis.. Merayu.. Mintak diterima semula..
Tapi itu bukan bidang kuasa mereka..

Last sekali dekan mintak nana buat rayuan, dan beliau sendiri hantar melalui fakulti..
Mereka akan bawak masuk meeting..
Dan bincang sama ada boleh terima nana lagi atau tidak..

Sepanjang tempoh itu, nana akui memang nana tak contact langsung mak abah..
Ada lah dekat sebulan jugak..
Mak call nana tak angkat.. Nana takut.. Takut mak tahu pasal ni..
Tiap-tiap malam nana menangis sungguh-sungguh..
Macam mana kalau rayuan ditolak.. Macam mana kalau memang takde harapan..

Tapi nana taknak mengalah lagi masa tu.. Nana tetap solat hajat.. Zikir.. Baca doa dipermudahkan segala urusan..
Nana mintak sungguh dengan Allah..
Nana percaya dan yakin Allah pasti bantu nana.. Nana yakin sangat rayuan nana diterima.. Nana takkan mengalah dan putus asa..

Sampai lah waktunya untuk nana dapat result..
Nana call dekan fakulti..
Dan hancur luluh sekali lagi hati nana.. Bila dapat jawapan "Keputusannya tetap sama.. Takpe, awak rehat satu sem.. Kemudian nanti awak cuba memohon semula UPU.. Ini bukan penghabisannya"

Waktu tu seriously tak dengar dah apa yang dekan cakap.. Harapan nana hancur berkecai.. Nana rasa lemah dan longlai.. Hancur.. Luluh.. Pecah berderai hati nana..

Waktu tu memang dah rasa takde harapan dah.. Nak giveup sangat-sangat dah.. Dah ready nak packing balik Taiping dah..

Tapi nana dapat satu lagi harapan baru, bila housemate nana cakap

"Nana, why not ko cuba buat rayuan terus dekat canseleri.. Buat rayuan direct dengan Naib Canselor"

Walaupun waktu tu harapan dah tinggal 50/50, nana gagahi jugak.. Buat lagi satu surat rayuan.. Buat appoinment dengan Naib Canselor.. Waktu tu masih zaman Dato' Ibrahim Abu Shah..
Nana buat appoinment nak jumpa dia nak merayu.. Tapi of course lah tak dapat jumpa kan.. Siapa lah aku ni haaaa nak jumpa naib canselor jahhahha.. Dah la buat malu nama UiTM.. ada hati nak jumpa naib canselor :'(

Nana hanya dapat jumpa dengan PA beliau je.. Dan nana ceritakan semua masalah nana.. Merayu dan terus merayu.. Menangis semua cukup..

Dan jawapan PA beliau, "Mintak maaf lah farhana, memang tak boleh ni.. Awak kena tunggu satu sem jugak, kemudian baru awak memohon balik"

Bermakna nana perlu berehat 6 bulan daripada belajar, kemudian memohon semula UPU, dan kalau dapat nana akan masuk lepas 6 bulan..

Bermakna hampir setahun setengah jugak la nana kena berehat sebelum boleh sambung belajar lagi..

Allahuakbar, nak buat apa setahuns setengah tu? Nak buat apa? Takkan nak kerja? Takkan nak duduk Taiping? Malu la mak abah dengan jiran-jiran kalau tengok aku dok ada kat Taiping..Lagi malu mak abah kalau orang tahu aku kena dismiss..

Sampai satu tahap, nana dah tak boleh tahan.. Moga Allah ampunkan dosa nana.. :(

Nana telan satu papan panadol waktu tu.. Nana dah tak mampu nak fikir and terima dah.. Dalam kepala nana asyik terbayangkan mak abah.. Nana tak mampu nak berhadapan dengan mak abah dah.. Nana tak mampu.. Nana tak sanggup.. Mak abah dah la bukan orang kaya.. Mak abah harapkan nana.. Tapi nana hancurkan harapan semua orang.. Nana malukan mak abah..

Ya Allah, moga Allah ampunkan dosa nana waktu tu..

Syukur Alhamdulillah umur nana masih panjang.. Dan malam tu jugak kakak nana sorang lagi datang cari nana dekat rumah.. Sebab kata beliau mak dah terlalu risau dengan nana.. Mak mintak kakak nana datang jenguk nana dan ambil nana balik rumah dia.. Sebab dekat 2 bulan nana tak jawab telefon.. Mak risau apa-apa jadi pada nana..

Nana dah hilang harapan untuk hidup dah waktu tu.. Nana tak mampu buat apa-apa kecuali menangis dan terus menangis.. Sampai dah kering air mata..

Nana baru 19 tahun waktu tu.. Tapi dah diduga hebat macam ni.. Nana tercari-cari hikmah apakah yang Allah nak kirim ni.. tapi tetap tak jumpa.. Nana selalu harap bila nana tido nana takkan bangkit semula.. Tak sanggup nak hadapi realiti hidup..

Dua hari jugak lah nana dekat rumah kakak nana.. Tak makan tak apa.. Asyik menangis dan terus menangis..

Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati nana masih mengharapkan keajaiban..

Akhirnya, nana ingat lagi.. Hari jumaat pagi.. Nana dapat satu panggilan telefon..

"Farhana, awak datang UiTM sekarang.. Harini jugak.. Rayuan awak diterima.. awak boleh sambung belajar semula"

Serious ke ni??

Betul ke nana tak bermimpi??

Ya Allah ya tuhanku.. Terima kasih Ya Allah.. Kau kabulkan permintaan aku Ya Allah..

Sesuatu yang TAK MUNGKIN terjadi.. Yang kalau difikirkan logik akal memang tak mungkin terjadi, tapi dengan izin Allah, kun fayakun, maka jadilah iya..

Subahanallah, Maha Suci Allah..

Dan waktu nana pergi semula ke UiTM (nasib baik rumah kakak dekat Rawang je..Boleh la jugak usahakan datang balik Shah Alam) PA kepada naib canselor UiTM cakap pada nana

"Awak ni bertuah.. Kes ni tak pernah jadi.. Ada berpuluh rayuan daripada mereka yang kena dismiss.. Tapi Dato' terima rayuan awak sorang je.. Memang rezeki awak la ni"

Subhanallah.. magiknya kuasa Allah..

Kalau Allah kata YA, maka YA lah.. tiada siapa pun dapat menghalangnya..

Dan nana diberi pilihan untuk pilih kos apa yang nana suka.. Ewah-ewah dah lah kena dismiss, boleh pulak pilih kos apa yang suka ek.. hahahha.. Waktu tu nak pilih engineering.. Tapi kata PA Naib canselor tu, nana dah tak ingat nama beliau, kalau nak ambil engineering kena tunggu sem depan.. Sebab takde pengambilan untuk student engineering pada sem tu.. Sebab nana kan kena masuk part 1 balik..

So dalam banyak-banyak tu nana nampak kos QS.. Waktu tu ada banyak jenis kos yang encik tu offer kat nana.. Business ada.. macam-macam lah ada.. Tapi nana tertarik pada Quantity Surveying.. Waktu tu seriously tak tahu langsung menatang apakah kos QS tu.. Nana mesej sekejap kakak nana dan budak2 rumah nana.. Dan diorang cakap amek je QS.. Sebab at least QS kos yang professional lah jugak sebab alang-alang nana dah belajar sampai matriks kan..

Waktu tu seriously, kalau bagi nana kos ape pun nana terima je sebenarnya.. Asalkan nana dapat sambung belajar.. Agaknya kalau diberi kos perhotelan pun nana terima je.. Walaupun lari jauh dari bidang nana..

Then finally, nana pilih kos QS.. Dan nana kena mendaftar pada minggu hadapannya terus..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Lailahaillalah.. Allahuakbar..

Magiknya kerana nana tak perlu pun menunggu beberapa tempoh sebelum diserap semula.. Walhal orang lain yang berada di tempat nana terpaksa tunggu setahun setengah untuk dapat belajar semula.. Kalau tak sanggup tunggu boleh terus kerja.. Tapi memang terpaksa guna sijil SPM jela..

Ataupun sambung belajar di kolej swasta..

Tapi nana, dapat sambung terus ke degree QS.. Subhanallah..

Dan kerana itulah nana tak dapat PTPTN waktu belajar dulu.. Bukan nana taknak.. Tapi sebab nana tukar kos kan.. So nana kena bayar dulu bagi habis yang nana pinjam masa sem pertama dulu, kemudian pinjam semula untuk kos baru ni..

Tapi waktu tu mana lah pulak nak cari duit nak membayarnya kann.. So sebab tu waktu kerja dulu nana terpaksa cari duit.. Bukan taknak amek PTPTN sebab dah banyak duit, tapi sebab memang tak boleh amek..

Nak taknak nana kena struggle bekerja masa belajar dulu untuk nana tampung perbelanjaan.. Selain kakak2 ada bantu sikit2 untuk bayar duit sewa rumah dan sebagainya..

Mak Ayah nana finally dapat tahu perkara sebenar.. Mereka memang sangat marah.. Hampir 6 bulan nana tak balik Taiping.. Mak abah langsung tak ambil tahu pasal nana walaupun nana dah dapat balik UiTM.. Nana faham mereka kecewa yang teramat sangat..
Dan nana faham kekecewaan yang mereka tanggung..
Tapi lepas tu semuanya back to normal Alhamdulillah..

Nana anggap semua ni pengajaran dalam hidup nana..
Nana tak pernah terfikir akan melalui satu tempoh masa macam ni.. Ibarat menunggu hukumah gantung dah rasanya..
Tak pernah terfikir di dalam usia yang cukup muda nana akan diduga macam tu..

Sepanjang 3 bulan tempoh nana menanggung derita tu, berat nana turun daripada 45kg ke 36kg.. Kurus tinggal tulang dah masa tu.. Mana taknya, asyik makan air mata je.. Hehe..

Tapi satu pengajran hebat dalam hidup nana waktu tu,

JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP..

MAGIC HAPPENS WHEN YOU BELIEVE..

USAHA SEHABIS DAYA KERANA KADANG-KADANG BENDA YANG KITA NAMPAK MACAM MUSTAHIL, TAPI KALAU ALLAH NAK BAGI ALLAH BAGI JUGAK..

Dan itulah apa yang terjadi pada hidup nana sendiri..

Kalau ikutkan memang tak logik langsung nana boleh dapat balik Uitm.. Tapi entah magik mana ntah, Dato' Naib Canselor boleh luluskan permohonan rayuan nana sorang je waktu tu..

Siapa yang gerakkan hati beliau? Ya, Allahu Ahad.. Allah Yang Satu :")

Dan nana akui waktu tu memang bibir langsung tak lekang dengan zikir.. Solat hajat dan sebagainya minta bantuan dari Allah.. Kerana nana tahu, waktu tu tiada apa pun yang boleh bantu nana kecuali Allah..

Dan walaupun harapan yang tinggal senipis kulit bawang, jauh di sudut hati nana sebenarnya masih percaya dan mengharapkan MAGIK terjadi..

Dan, benar.. MAGIC HAPPENS :")

Sebab tu, jangan pernah rasa putus asa dengan takdir.. Kita tak pernah tahu keajaiban yang menunggu kalau kita SABAR, TERUS BERUSAHA, BERDOA DAN YAKIN PADA ALLAH..

InshaAllah kalau kita apply dalam kehidupan kita, kita akan rasa keajaiban dalam hidup kita sendiri..

Kejayaan dalam bisnes
kejayaan dalam hidup berkeluarga..
Kejayaan di dunia
dan kejayaan di akhirat

Dan ternyata daripada kesilapan, dugaan dan ujian, kita belajar erti kekuatan..

Nana percaya, kalau tidak kerana nana pernah diuji seperti ini, nana mungkin tidak sekuat sekarang..
Tapi dek kerana pernah diuji dengan sangat dasyat, maka nana belajar untuk kuat.. Nana hadapi setiap apa yang datang dengan kekuatan kerana nana sendiri pernah diduga lebih dasyat daripada ini..

Kerana, kita tidak akan pernah sedar akan kekuatan kita sehinggalah menjadi KUAT itu lah pilihan terakhir yang kita ada..

Alhamdulillah, setelah diuji kanan dan kiri, akhirnya nana berjaya juga menggenggam segulung ijazah.. Hadiah buat mak abah nana.. ON TIME ye.. No repeat2 hehe Alhamdulillah :)





Nana pernah kecewakan parents nana dengan sangat dasyat.. Sebab itu sekarang nana berusaha sehabis baik untuk buat mereka bangga dengan nana.. Walaupun nana tidak bekerja dengan menggunakan Ijazah yang nana perolehi dengan susah payah, tapi nana percaya, pelajaran dalam hidup nana bukan semata-semata menggunakan Ijazah ini sahaja.. Tapi pelajaran TERBESAR dalam hidup nana ialah betapa struggle hidup nana dahulu semata-mata hendak mendapatkan segulung ijazah ini..

Dan Alhamdulillah, atas pengajaran inilah, membantuk siapa nana yang anda kenal sekarang..

Nana tidak hidup dalam fairytale.. Nana pernah diuji dengan sangat dasyat.. Tapi nana bangkit untuk melawan.. Dan akhirnya nana berjaya Alhamdulillah..

Kisah ini sebenarnya tak ramai yang tahu.. Hanya keluarga dan kawan yang benar-benar rapat sahaja tahu.. Nana memang tak sanggup nak cerita pada orang pun.. Memalukan diri nana sendiri je.. Tapi nana percaya, di sebalik kisah hitam hidup nana ini, ada pengajaran besar yang nana dapat.. Dan mungkin anda semua dapat..

Moga kisah ini bermanfaat untuk semua!

To all SID seluruh Malaysia, walau di mana anda berada sekarang, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah..
MAGIC HAPPENS WHEN YOUR BELIEVE!

All the best untuk semua!
Jom kejar kejayaan di dunia yang bakal jadi jambatan kita di akhirat nanti InshaAllah

And to all Spectacular, moga kisah ini menjadi tauladan kepada semua.. Jangan sesekali give up walaupun keadaan nampak mustahil..

Kerana TIADA YANG MUSTAHIL DI DUNIA INI..

Allah sebut KUN FAYAKUN, maka jadilah ia :)

Till then people!

Assalamualaikum wbt


Thursday, February 19, 2015

Marriage Life

Alhamdulillah.. Pejam celik rupanya sudah 2 tahun 5 bulan bergelar seorang isteri kepada seorang suami terbaik yang Allah pinjamkan kepada nana.. Bila ditanya apa perasaan being a wife? Jawapan nana hanya satu, its soooo wonderful Alhamdulillah :")

Tak terasa langsung rupanya dah kawen nak masuk 3 tahun dah.. Tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas.. Pernah nana dengar orang kata, kalau kita tak sedar masa yang berlalu dengan pantas itu, tandanya bahagia.. Alhamdulillah again! :")

Mengenali husband nana, kami bersifat sangat kontra kalau nak tahu.. Dia penyabar, nana tak! Dia pengemas, nana tak! Dia cermat, nana tak! Hahaha apesal ciri-ciri yang baik semua ada dekat dia, not me -____-

Kalau nak kata tak pernah gaduh tu memang tipu lah kan.. Gaduh tu adat lah rumah tangga.. Kalau gaduh kadang-kadang lagi dasyat dari perang dunia kedua.. Tapi selalunya tak pernah lama.. Sebab nana tak boleh gaduh lama-lama.. Rasa tak tenang.. Coz i am the manja one.. Kalau gaduh satg nak melepek dekat siapa pulak kan.. Hahha coz yeah, we both only have each other je.. Nak gaduh pun dengan dia.. Nak happy pun dengan dia..

Kehidupan kami sempurnan dalam ketidaksempurnaan.. Kami bahagia dengan apa adanya.. Walaupun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata, tapi kami jarang bersedih keterlaluan untuk itu.. Kami sangat positif menerima takdir Allah setakat ini Alhamdulillah.. Kami memandang dugaan yang Allah kirim ini pasti ada hikmahnya.. Mungkin Allah ingin kami memantapkan lagi kewangan keluarga.. Mungkin Allah ingin kami matang sebagai ibu bapa sebelum diberi kami amanah terbesar ini.. Who knows kan?

Yang pasti, InshaAllah kami tidak akan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Apa sahaja kurniaan Allah akan kami syukuri dengan sepenuh hati..

Untuk semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong, terima kasih yang tidak terhingga tulus dari hati nana..

Walaupun nana rasa nana tidak layak untuk memberikan apa-apa tips perkahwinan sebab nana sendiri masih belajar untuk menjadi isteri yang baik tapi rasa nak kongsi sikit lah tips kot-kot beri panduan dan manfaat pada korang kan :) Sedikit tips untuk anda yang masih belum berumahtangga, atau bakal berumahtangga dan bakal menjadi seorang isteri..

1) Once dah berkahwin, suami ialah yang no 1 perlu diutamakan. Sentiasa mengutamakan suami dalam apa jua situasi. InshaAllah redha Allah bersama dengan redha suami..

2) Sentiasa amalkan untuk meminta maaf setiap malam sebelum tidur. Kita tidak tahu adakah kita masih berpeluang bangun pada esok hari.. Syurga kita di bawah tapak kaki suami.. Mohon lah keampunan setiap malam sebelum tidur pada suami.. InshaAllah kita akan lebih menghargai each other dan bergaduh pun selalunya tak lama

3) Solat berjemaah. Alhamdulillah masih amalkan sejak awal kawen sehingga sekarang. Suami sentiasa nak solat berjemaah sebab nak keberkatan dalam rumahtangga kami.. Dan nana perasaan, bila amalkan solat berjemaah sentiasa, hubungan semakin erat dan jarang bergaduh lama-lama..

4) Jangan berpisah tempat tidur dengan sengaja. Jangan biarkan suami/isteri biasa tidur tanpa kita.. Bimbang kebiasaan itu menjadikan mereka tidak hairan lagi tanpa kita

Tu je kot tips! hahaha sebab nana sendiri perlu banyakkkk sangat belajar.. Banyak kesilapan yang perlu nana sendiri betulkan.. Nana nak jadi isteri solehah.. Nak jadi ketua bidadari di syurga nanti untuk suami..

Nana doakan semua pembaca blog nana, kita sama-sama jadi isteri solehah.. Yang menjadi penyejuk mata suami.. Penawar hati suami di saat beliau sedang kesedihan.. Dan pembantu kepada suami di saat beliau kesusahan..

Sesungguhnya ganjaran wanita solehah amat besar.. Andai seseorang wanita itu menjalankan perintah Allah, menjaga maruah diri dan suami, serta mentaati suami, maka masuklah wanita itu ke syurga melalui pintu mana yang beliau sukai..

:)



Dear husband, thank you for everything you have done to me and to our family. Mohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran diri ini. I am not perfect. But please, guide me to become a better muslim and a good wife.. Guide me to Jannah.. Placed me in your heart forever till Jannah.. 

Love,
Your Wife


PRODUCT REVIEW


Set Intim Suami Isteri (Bacaan yang SUDAH BERKAHWIN SAHAJA)

Well, tak dinafikan hubungan intim di antara suami isteri di antara asas kebahagiaan rumah tangga.. Sebagai seorang isteri, tidak dinafikan menjaga bahagian itu merupakan salah satu tanggungjawan kita kerana ianya salah satu sumber kebahagiaan suami..

So di sini nana nak cadangkan antara set yang sangat penting demi kebahagiaan rumahtangga iaitu SET INTIM SUAMI ISTERI..

Antara yang berada di dalam set ini ialah


Vitamin E




Untuk lelaki, Vitamin E sangat penting. Jom kita tengok kenapa Vitamin E penting buat lelaki

  • Membangkitkan perasaan cinta dan keinginan bersama
  • Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita yang mengambil sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
  • Membantu dalam ereksi(untuk lelaki)
  • Membantu pengeluaran air mani (untuk lelaki)
  • Meningkatkan kesuburan
  • Memekatkan air mani


Alfalfa Complex




Antara kebaikan Alfalfa Complex dalam perhubungan suami isteri 
  • Menghilangkan kelesuan dan meningkatkan tenaga
  • Merawat masalah keputihan di kalangan wanita(untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara(untuk wanita)
  • Bertindak sebagai kacip patimah kepada wanita =)
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Meningkatkan stamina suami

So tadaaa.. 2 basic produk untuk menjamin keintiman suami isteri :) Actually ada banyak lagi produk dalam Set Intim ini, tapi nana kongsikan 2 produk yang utama ini terlebih dahulu.. InshaAllah akan menyusul lagi entry-entry mengenai set ini selepas ini..

Make sure anda follow blog ini ya untuk mendapat updates serta review produk yang hebat daripada nana :)

Untuk yang mempunyai masalah hubungan antara suami isteri dan mengalami masalah seperti

  • Miss V longgar
  • Keputihan
  • Kurang bernafsu
Jangan segan silu untuk hubungi nana ya.. Tapi untuk PEREMPUAN sahaja.. Jangan ada lelaki yang hubungi nana nak luahkan masalah ini, nana tak layan ya.. Silap-silap suami yang akan reply mesej awak nanti.. Lagi dasyat kalau no awak sampai kepada pihak berkuasa :) So, again, untuk PARA ISTERI sahaja yang mengalami masalah dalam hubungan intim, boleh hubungi nana.. 

Your Health & Beauty Consultant
Nana Macarona
013-3039242


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...