Tak terasa langsung rupanya dah kawen nak masuk 3 tahun dah.. Tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas.. Pernah nana dengar orang kata, kalau kita tak sedar masa yang berlalu dengan pantas itu, tandanya bahagia.. Alhamdulillah again! :")
Mengenali husband nana, kami bersifat sangat kontra kalau nak tahu.. Dia penyabar, nana tak! Dia pengemas, nana tak! Dia cermat, nana tak! Hahaha apesal ciri-ciri yang baik semua ada dekat dia, not me -____-
Kalau nak kata tak pernah gaduh tu memang tipu lah kan.. Gaduh tu adat lah rumah tangga.. Kalau gaduh kadang-kadang lagi dasyat dari perang dunia kedua.. Tapi selalunya tak pernah lama.. Sebab nana tak boleh gaduh lama-lama.. Rasa tak tenang.. Coz i am the manja one.. Kalau gaduh satg nak melepek dekat siapa pulak kan.. Hahha coz yeah, we both only have each other je.. Nak gaduh pun dengan dia.. Nak happy pun dengan dia..
Kehidupan kami sempurnan dalam ketidaksempurnaan.. Kami bahagia dengan apa adanya.. Walaupun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata, tapi kami jarang bersedih keterlaluan untuk itu.. Kami sangat positif menerima takdir Allah setakat ini Alhamdulillah.. Kami memandang dugaan yang Allah kirim ini pasti ada hikmahnya.. Mungkin Allah ingin kami memantapkan lagi kewangan keluarga.. Mungkin Allah ingin kami matang sebagai ibu bapa sebelum diberi kami amanah terbesar ini.. Who knows kan?
Yang pasti, InshaAllah kami tidak akan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Apa sahaja kurniaan Allah akan kami syukuri dengan sepenuh hati..
Untuk semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong, terima kasih yang tidak terhingga tulus dari hati nana..
Walaupun nana rasa nana tidak layak untuk memberikan apa-apa tips perkahwinan sebab nana sendiri masih belajar untuk menjadi isteri yang baik tapi rasa nak kongsi sikit lah tips kot-kot beri panduan dan manfaat pada korang kan :) Sedikit tips untuk anda yang masih belum berumahtangga, atau bakal berumahtangga dan bakal menjadi seorang isteri..
1) Once dah berkahwin, suami ialah yang no 1 perlu diutamakan. Sentiasa mengutamakan suami dalam apa jua situasi. InshaAllah redha Allah bersama dengan redha suami..
2) Sentiasa amalkan untuk meminta maaf setiap malam sebelum tidur. Kita tidak tahu adakah kita masih berpeluang bangun pada esok hari.. Syurga kita di bawah tapak kaki suami.. Mohon lah keampunan setiap malam sebelum tidur pada suami.. InshaAllah kita akan lebih menghargai each other dan bergaduh pun selalunya tak lama
3) Solat berjemaah. Alhamdulillah masih amalkan sejak awal kawen sehingga sekarang. Suami sentiasa nak solat berjemaah sebab nak keberkatan dalam rumahtangga kami.. Dan nana perasaan, bila amalkan solat berjemaah sentiasa, hubungan semakin erat dan jarang bergaduh lama-lama..
4) Jangan berpisah tempat tidur dengan sengaja. Jangan biarkan suami/isteri biasa tidur tanpa kita.. Bimbang kebiasaan itu menjadikan mereka tidak hairan lagi tanpa kita
Tu je kot tips! hahaha sebab nana sendiri perlu banyakkkk sangat belajar.. Banyak kesilapan yang perlu nana sendiri betulkan.. Nana nak jadi isteri solehah.. Nak jadi ketua bidadari di syurga nanti untuk suami..
Nana doakan semua pembaca blog nana, kita sama-sama jadi isteri solehah.. Yang menjadi penyejuk mata suami.. Penawar hati suami di saat beliau sedang kesedihan.. Dan pembantu kepada suami di saat beliau kesusahan..
Sesungguhnya ganjaran wanita solehah amat besar.. Andai seseorang wanita itu menjalankan perintah Allah, menjaga maruah diri dan suami, serta mentaati suami, maka masuklah wanita itu ke syurga melalui pintu mana yang beliau sukai..
:)
Dear husband, thank you for everything you have done to me and to our family. Mohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran diri ini. I am not perfect. But please, guide me to become a better muslim and a good wife.. Guide me to Jannah.. Placed me in your heart forever till Jannah..
Love,
Your Wife
PRODUCT REVIEW
Set Intim Suami Isteri (Bacaan yang SUDAH BERKAHWIN SAHAJA)
Well, tak dinafikan hubungan intim di antara suami isteri di antara asas kebahagiaan rumah tangga.. Sebagai seorang isteri, tidak dinafikan menjaga bahagian itu merupakan salah satu tanggungjawan kita kerana ianya salah satu sumber kebahagiaan suami..
So di sini nana nak cadangkan antara set yang sangat penting demi kebahagiaan rumahtangga iaitu SET INTIM SUAMI ISTERI..
Antara yang berada di dalam set ini ialah
Vitamin E
Untuk lelaki, Vitamin E sangat penting. Jom kita tengok kenapa Vitamin E penting buat lelaki
- Membangkitkan perasaan cinta dan keinginan bersama
- Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita yang mengambil sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
- Membantu dalam ereksi(untuk lelaki)
- Membantu pengeluaran air mani (untuk lelaki)
- Meningkatkan kesuburan
- Memekatkan air mani
Alfalfa Complex
Antara kebaikan Alfalfa Complex dalam perhubungan suami isteri
- Menghilangkan kelesuan dan meningkatkan tenaga
- Merawat masalah keputihan di kalangan wanita(untuk wanita)
- Membesar dan menegangkan payudara(untuk wanita)
- Bertindak sebagai kacip patimah kepada wanita =)
- Memulihkan urat selepas bersalin
- Meningkatkan stamina suami
So tadaaa.. 2 basic produk untuk menjamin keintiman suami isteri :) Actually ada banyak lagi produk dalam Set Intim ini, tapi nana kongsikan 2 produk yang utama ini terlebih dahulu.. InshaAllah akan menyusul lagi entry-entry mengenai set ini selepas ini..
Make sure anda follow blog ini ya untuk mendapat updates serta review produk yang hebat daripada nana :)
Untuk yang mempunyai masalah hubungan antara suami isteri dan mengalami masalah seperti
- Miss V longgar
- Keputihan
- Kurang bernafsu
Jangan segan silu untuk hubungi nana ya.. Tapi untuk PEREMPUAN sahaja.. Jangan ada lelaki yang hubungi nana nak luahkan masalah ini, nana tak layan ya.. Silap-silap suami yang akan reply mesej awak nanti.. Lagi dasyat kalau no awak sampai kepada pihak berkuasa :) So, again, untuk PARA ISTERI sahaja yang mengalami masalah dalam hubungan intim, boleh hubungi nana..
Your Health & Beauty Consultant
Nana Macarona
013-3039242
No comments:
Post a Comment