Wednesday, February 25, 2015

Kisah Hidup Nana~ Magic Happens When You Believe

Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya daripada semalam lagi topik ni ada dalam kepala nana.. Sampaikan tak boleh tidur semalam gara-gara teringatkan kisah ini.. Sebab kebiasannya nana memang selalu dapat ilham waktu nak tidur.. Entah kenapa otak ni lebih lajuuuu berfikir waktu malam hehe.. Papepon syukur Alhamdulillah..:)

Actually sekarang ni nana sedang mengimbau kembali kenangan-kenangan nana sewaktu awal pembabitan dengan Shaklee kepada anak-anak didik nana.. Banyak tips dan rahsia yang nana kongsikan kepada mereka..

Tapi ada satu kisah ini yang nana kira boleh dijadikan tauladan bukan hanya kepada anak-anak didik Spectacular nana, tapi kepada keseluruhan manusia.. Yang mungkin boleh dijadikan panduan bukan hanya kepada peniaga, tetapi juga kepada pelajar.. Dan sebagainya..

Bercerita mengenai ini ibarat membuka pekung di dada nana.. Tapi takpelah, benda dah berlalu dah pun kan.. Lagipun nana memang berhajat nak jadikan kisah hidup nana ini sebagai panduan kepada semua.. Kepada adik-adik yang sedang belajar.. Dan kepada sesiapa sahaja..

Moga dengan perkongsian ini, ada yang tersedar dari lamunan.. ada yang tersedar salah dan silap dan bangkit membetulkan kesilapan.. Inshaallah..

Amaran : Entry ini ialah entry yang sangat panjang ya.. Bersedia untuk membaca :')

Bismillah..

Nana dahulu merupakan seorang pelajar yang cemerlang waktu sekolahnya.. Nana sentiasa akan pastikan nana berada di top 10, bukan hanya dalam kelas tetapi satu tingkatan.. Sejak dari sekolah rendah nana memang sentiasa skor antara yang tertinggi di dalam sekolah..

Memang boleh kata selalu dapat best student lah dulu..

And tidak dinafikan, nana merupakan anak harapan mak ayah nana.. Mak ayah nana letak harapan yang tinggi untuk nana berjaya dalam pelajaran dan seterusnya pekerjaan.. Teringat nana waktu nana dapat result PMR dulu, waktu cikgu umumkan nana dapat 8A, terus lari peluk abah.. Sama-sama kami menangis anak beranak.. Balik rumah sambung menangis dengan mak pulak..

Nana memang terlalu nakkkk sangat-sangat jadi anak kebanggan mak dan abah..

Seterusnya nana sambung tingkatan 4 di MRSM Balik Pulau.. Keputusan SPM yang tidak lah terlalu cemerlang, tetapi masih boleh dibanggakan.. Seterusnya nana sambung pengajian di Kolej Matrikulasi Perak..

Selepas habis matrikulasi, nana sambung pula ke UiTM Shah Alam dalam kos Information System Engineering.. Nana sangkakan kecemerlangan nana dalam pelajaran akan berterusan sehinggalah ke alam pekerjaan.. Rupanya nana tersangkut di sini :(

Nana tersilap pilih kos.. Nana pilih kos ini kerana ingin mengikut kawan.. Nana tak kaji sungguh-sungguh kos apa yang nana ambil ini.. Ya, kos nana, Information System Engineering ialah nama lain bagi Software Engineering.. Ya, lebih kurang dengan komputer engineering..

Macam mana nana boleh ambil kos berkaitan dengan komputer sedangkan nana buta IT? Nana even takde laptop sendiri pun masa tu.. Allahuakbar, nana rasa susahnya nak bawak kos ni.. C++.. Java.. Apa jadahnya semua ni T____T Nana tak minat langsung apa-apa berkaitan dengan komputer..

Waktu tu kos nana banyak berkaitan dengan subjek Math dan Komputer.. Subjek math Alhamdulillah nana memang takde masalah.. Tapi part komputer nana memang out.. Masuk kelas tak faham apa, tak masuk otak, tak dapat tangkap..

Dan mungkin kesilapan daripada nana sendiri yang terlalu banyak main.. Nana tak struggle langsung untuk belajar sebab nana memang tak minat.. Nana tak fikir risiko yang boleh nana hadapi.. Nana fikir asal dah masuk U nana dah selesa dan selamat dah..

Sehingga lah selesai peperiksaan akhir semester 1.. Nana mula bercuti semester..

Ingat lagi waktu tu tengah sibuk-sibuk untuk kenduri kawen abang nana.. Satu family bergembira sebab nak sambut orang baru dalam keluarga.. And finally, result peperiksaan semester 1 pun keluar..

Bagai nak gugur jantung nana bila tengok keputusan sendiri yang tertulis pada slip result peperiksaan semester pertama..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

CGPA 1.75
GAGAL

Astaghfirullahalazim.. Dugaan apakah ini.. Ya Allah, disaat satu keluarga sedang bergembira nana terima berita ini hanya 2 hari sebelum majlis perkahwinan abang nana.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang nana rasa waktu tu.. Pernah nana sampai rasa taknak hidup lagi dah. Astaghfirullahalazim

Tak terbayang oleh nana macam mana kecewanya mak ayah nana kalau dapat tahu pasal ni.. Betapa hancur luluhnya hati mereka yang meletakkan harapan setinggi gunung untuk lihat nana berjaya.. Hancur berkecailah segala impian mereka untuk nana, satu-satunya anak harapan mereka waktu itu..

Beratnya dugaan ini Ya Allah.. Beratnya untuk nana tanggung waktu tu..

Dan perkara ini nana terpaksa rahsiakan daripada keluarga nana.. Sebab nana taknak rosakkan mood semua orang.. Tapi last sekali nana tak mampu nak tahan lagi.. Nana kongsikan pada kakak nana yang paling rapat dengan nana iaitu kakni..

Dan tak lama lepas tu, adik beradik nana semua tahu kecuali mak ayah nana.. Kami terpaksa rahsiakan sebab mak nana ada penyakit jantung.. Lagi pulak tengah sibuk dengan kenduri kawen abang..

Ya Allah beratnya dugaan waktu tu.. Dan macam biasa lah manusia yang mudah lupa macam nana.. Waktu ini lah baru nak mencari Dia.. Selama ini leka dengan dunia universiti yang jauh dari mak bapak.. Leka dengan kejutan budaya.. Leka dengan segala-galanya.. Sampai kadang-kadang solat apa pun entah ke mana.. Bila dah diuji macam ni baru reti nak cari Allah.. Betapa hinanya nana rasa diri ini waktu tu.. Rasa kerdil sangat.. Rasa tak mampu even nak bernafas.. Rasa ketat sangat dekat dada.. Rasa lemah tulang temulang untuk bangkit berjalan..

Nana anak harapan keluarga..
Dan nana jugalah yang menghancurkan hati semua orang..

Nana kecewakan mak abah..
Kecewakan adik beradik..
Yang selama ini bangga dengan nana..
Yang selama ini menaruh harapan tinggi pada nana..

Waktu tu memang makan pun tak lalu langsung.. Nana langsung tak boleh tersenyum.. Senyuman pun dalam keterpaksaan.. Mujur lah mak abah busy waktu tu, tak perasan perubahan nana.. Tapi kakak-kakak keep bagi semangat.. Kata mereka, "Takpe kita cuba dulu buat rayuan.. Kalau tak boleh, kita fikir cara lain"

Bersyukur sangat punya adik beradik yang sangat menyokong nana waktu tu.. Walaupun nana tahu, jauh di sudut hati kecil mereka pun sangat kecewa dengan nana.. Adik yang menjadi kebanggaan selama ini akhirnya jatuh terduduk tersembam sampai macam ni..

Pernah satu masa, mak cakap pada nana "Mak duk busy dengan kenduri angah, tak sempat nak belek anak mak ni.. Kenapa makin kurus je mak tengok adik ni"

Waktu tu Allah sahaja yang tahu betapa ketatnya dada nana menahan sebak.. Allahuakbar, bersalahnya aku sebab kecewakan hati mak abah..

Sebab nana tahu bila kena dismiss dari Universiti bukan senang nak dapat balik..
Nak taknak kena sambung belajar dekat kolej swasta..
Kolej swasta bukannya murah.. Family nana bukan orang kaya..
Macam mana nana nak hadapi semua ni?
Macam mana nana nak kejar cita-cita nana untuk jadi seorang yang KAYA dan BERJAYA..
Macam mana nak kejar cita-cita nana nak jadi wanita bekerjaya..

Nana sememangnya dari kecik memang berimpian besar..
Nak jadi kaya dan berjaya..
Nak jadi wanita bekerjaya..
Sebab tu nana belajar sungguh-sungguh..
Tak sangka usaha nana selama nana hidup dari sekolah sampai matrikulasi..
Tapi masa depan nana berakhir di Universiti..
Allahuakbar :'(

Selesai je kenduri kawen angah, abang nana, nana pulang ke Shah Alam seperti biasa.. Mujurlah memang dah plan dengan kawan-kawan nak duduk menyewa di luar je masa semester kedua.. Kalau lah waktu ni nana harapkan masih tinggal di asrama, entah mana lah nana nak duduk..

Waktu ni nana terpaksa pulang ke Shah Alam semula macam biasa sebab nana nak usaha buat rayuan.. Dan lagi satu nana belum bersedia nak beritahu mak abah.. Fikiran nana waktu tu nana nak usaha jugak buat rayuan macam mana pun, lepas semua dah setel baru nana nak bagitahu mak abah..

Dalam waktu tu, sebulan jugak lah nana duduk je kat rumah sewa..
Dengan duit takde.. Duit sewa rumah duit makan semua kawan-kawan rumah yang tanggung..
Sebab tu sampai sekarang nana berterima kasih sangat2 pada kawan2 serumah nana dulu..
Kaklin.. Dija..Echa.. Yana..
Kalau diorang takde entah kat mana lah nana nak merempat..
Kakak-kakak pun ada bantu jugak bagi duit belanja sikit-sikit..

Waktu tu nana memang boleh kata hari-hari nana pergi ulang alik ke UITM untuk buat rayuan..
Nana jumpa sesiapa sahaja..
Dekan dan sebagainya..
Menangis.. Merayu.. Mintak diterima semula..
Tapi itu bukan bidang kuasa mereka..

Last sekali dekan mintak nana buat rayuan, dan beliau sendiri hantar melalui fakulti..
Mereka akan bawak masuk meeting..
Dan bincang sama ada boleh terima nana lagi atau tidak..

Sepanjang tempoh itu, nana akui memang nana tak contact langsung mak abah..
Ada lah dekat sebulan jugak..
Mak call nana tak angkat.. Nana takut.. Takut mak tahu pasal ni..
Tiap-tiap malam nana menangis sungguh-sungguh..
Macam mana kalau rayuan ditolak.. Macam mana kalau memang takde harapan..

Tapi nana taknak mengalah lagi masa tu.. Nana tetap solat hajat.. Zikir.. Baca doa dipermudahkan segala urusan..
Nana mintak sungguh dengan Allah..
Nana percaya dan yakin Allah pasti bantu nana.. Nana yakin sangat rayuan nana diterima.. Nana takkan mengalah dan putus asa..

Sampai lah waktunya untuk nana dapat result..
Nana call dekan fakulti..
Dan hancur luluh sekali lagi hati nana.. Bila dapat jawapan "Keputusannya tetap sama.. Takpe, awak rehat satu sem.. Kemudian nanti awak cuba memohon semula UPU.. Ini bukan penghabisannya"

Waktu tu seriously tak dengar dah apa yang dekan cakap.. Harapan nana hancur berkecai.. Nana rasa lemah dan longlai.. Hancur.. Luluh.. Pecah berderai hati nana..

Waktu tu memang dah rasa takde harapan dah.. Nak giveup sangat-sangat dah.. Dah ready nak packing balik Taiping dah..

Tapi nana dapat satu lagi harapan baru, bila housemate nana cakap

"Nana, why not ko cuba buat rayuan terus dekat canseleri.. Buat rayuan direct dengan Naib Canselor"

Walaupun waktu tu harapan dah tinggal 50/50, nana gagahi jugak.. Buat lagi satu surat rayuan.. Buat appoinment dengan Naib Canselor.. Waktu tu masih zaman Dato' Ibrahim Abu Shah..
Nana buat appoinment nak jumpa dia nak merayu.. Tapi of course lah tak dapat jumpa kan.. Siapa lah aku ni haaaa nak jumpa naib canselor jahhahha.. Dah la buat malu nama UiTM.. ada hati nak jumpa naib canselor :'(

Nana hanya dapat jumpa dengan PA beliau je.. Dan nana ceritakan semua masalah nana.. Merayu dan terus merayu.. Menangis semua cukup..

Dan jawapan PA beliau, "Mintak maaf lah farhana, memang tak boleh ni.. Awak kena tunggu satu sem jugak, kemudian baru awak memohon balik"

Bermakna nana perlu berehat 6 bulan daripada belajar, kemudian memohon semula UPU, dan kalau dapat nana akan masuk lepas 6 bulan..

Bermakna hampir setahun setengah jugak la nana kena berehat sebelum boleh sambung belajar lagi..

Allahuakbar, nak buat apa setahuns setengah tu? Nak buat apa? Takkan nak kerja? Takkan nak duduk Taiping? Malu la mak abah dengan jiran-jiran kalau tengok aku dok ada kat Taiping..Lagi malu mak abah kalau orang tahu aku kena dismiss..

Sampai satu tahap, nana dah tak boleh tahan.. Moga Allah ampunkan dosa nana.. :(

Nana telan satu papan panadol waktu tu.. Nana dah tak mampu nak fikir and terima dah.. Dalam kepala nana asyik terbayangkan mak abah.. Nana tak mampu nak berhadapan dengan mak abah dah.. Nana tak mampu.. Nana tak sanggup.. Mak abah dah la bukan orang kaya.. Mak abah harapkan nana.. Tapi nana hancurkan harapan semua orang.. Nana malukan mak abah..

Ya Allah, moga Allah ampunkan dosa nana waktu tu..

Syukur Alhamdulillah umur nana masih panjang.. Dan malam tu jugak kakak nana sorang lagi datang cari nana dekat rumah.. Sebab kata beliau mak dah terlalu risau dengan nana.. Mak mintak kakak nana datang jenguk nana dan ambil nana balik rumah dia.. Sebab dekat 2 bulan nana tak jawab telefon.. Mak risau apa-apa jadi pada nana..

Nana dah hilang harapan untuk hidup dah waktu tu.. Nana tak mampu buat apa-apa kecuali menangis dan terus menangis.. Sampai dah kering air mata..

Nana baru 19 tahun waktu tu.. Tapi dah diduga hebat macam ni.. Nana tercari-cari hikmah apakah yang Allah nak kirim ni.. tapi tetap tak jumpa.. Nana selalu harap bila nana tido nana takkan bangkit semula.. Tak sanggup nak hadapi realiti hidup..

Dua hari jugak lah nana dekat rumah kakak nana.. Tak makan tak apa.. Asyik menangis dan terus menangis..

Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati nana masih mengharapkan keajaiban..

Akhirnya, nana ingat lagi.. Hari jumaat pagi.. Nana dapat satu panggilan telefon..

"Farhana, awak datang UiTM sekarang.. Harini jugak.. Rayuan awak diterima.. awak boleh sambung belajar semula"

Serious ke ni??

Betul ke nana tak bermimpi??

Ya Allah ya tuhanku.. Terima kasih Ya Allah.. Kau kabulkan permintaan aku Ya Allah..

Sesuatu yang TAK MUNGKIN terjadi.. Yang kalau difikirkan logik akal memang tak mungkin terjadi, tapi dengan izin Allah, kun fayakun, maka jadilah iya..

Subahanallah, Maha Suci Allah..

Dan waktu nana pergi semula ke UiTM (nasib baik rumah kakak dekat Rawang je..Boleh la jugak usahakan datang balik Shah Alam) PA kepada naib canselor UiTM cakap pada nana

"Awak ni bertuah.. Kes ni tak pernah jadi.. Ada berpuluh rayuan daripada mereka yang kena dismiss.. Tapi Dato' terima rayuan awak sorang je.. Memang rezeki awak la ni"

Subhanallah.. magiknya kuasa Allah..

Kalau Allah kata YA, maka YA lah.. tiada siapa pun dapat menghalangnya..

Dan nana diberi pilihan untuk pilih kos apa yang nana suka.. Ewah-ewah dah lah kena dismiss, boleh pulak pilih kos apa yang suka ek.. hahahha.. Waktu tu nak pilih engineering.. Tapi kata PA Naib canselor tu, nana dah tak ingat nama beliau, kalau nak ambil engineering kena tunggu sem depan.. Sebab takde pengambilan untuk student engineering pada sem tu.. Sebab nana kan kena masuk part 1 balik..

So dalam banyak-banyak tu nana nampak kos QS.. Waktu tu ada banyak jenis kos yang encik tu offer kat nana.. Business ada.. macam-macam lah ada.. Tapi nana tertarik pada Quantity Surveying.. Waktu tu seriously tak tahu langsung menatang apakah kos QS tu.. Nana mesej sekejap kakak nana dan budak2 rumah nana.. Dan diorang cakap amek je QS.. Sebab at least QS kos yang professional lah jugak sebab alang-alang nana dah belajar sampai matriks kan..

Waktu tu seriously, kalau bagi nana kos ape pun nana terima je sebenarnya.. Asalkan nana dapat sambung belajar.. Agaknya kalau diberi kos perhotelan pun nana terima je.. Walaupun lari jauh dari bidang nana..

Then finally, nana pilih kos QS.. Dan nana kena mendaftar pada minggu hadapannya terus..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Lailahaillalah.. Allahuakbar..

Magiknya kerana nana tak perlu pun menunggu beberapa tempoh sebelum diserap semula.. Walhal orang lain yang berada di tempat nana terpaksa tunggu setahun setengah untuk dapat belajar semula.. Kalau tak sanggup tunggu boleh terus kerja.. Tapi memang terpaksa guna sijil SPM jela..

Ataupun sambung belajar di kolej swasta..

Tapi nana, dapat sambung terus ke degree QS.. Subhanallah..

Dan kerana itulah nana tak dapat PTPTN waktu belajar dulu.. Bukan nana taknak.. Tapi sebab nana tukar kos kan.. So nana kena bayar dulu bagi habis yang nana pinjam masa sem pertama dulu, kemudian pinjam semula untuk kos baru ni..

Tapi waktu tu mana lah pulak nak cari duit nak membayarnya kann.. So sebab tu waktu kerja dulu nana terpaksa cari duit.. Bukan taknak amek PTPTN sebab dah banyak duit, tapi sebab memang tak boleh amek..

Nak taknak nana kena struggle bekerja masa belajar dulu untuk nana tampung perbelanjaan.. Selain kakak2 ada bantu sikit2 untuk bayar duit sewa rumah dan sebagainya..

Mak Ayah nana finally dapat tahu perkara sebenar.. Mereka memang sangat marah.. Hampir 6 bulan nana tak balik Taiping.. Mak abah langsung tak ambil tahu pasal nana walaupun nana dah dapat balik UiTM.. Nana faham mereka kecewa yang teramat sangat..
Dan nana faham kekecewaan yang mereka tanggung..
Tapi lepas tu semuanya back to normal Alhamdulillah..

Nana anggap semua ni pengajaran dalam hidup nana..
Nana tak pernah terfikir akan melalui satu tempoh masa macam ni.. Ibarat menunggu hukumah gantung dah rasanya..
Tak pernah terfikir di dalam usia yang cukup muda nana akan diduga macam tu..

Sepanjang 3 bulan tempoh nana menanggung derita tu, berat nana turun daripada 45kg ke 36kg.. Kurus tinggal tulang dah masa tu.. Mana taknya, asyik makan air mata je.. Hehe..

Tapi satu pengajran hebat dalam hidup nana waktu tu,

JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP..

MAGIC HAPPENS WHEN YOU BELIEVE..

USAHA SEHABIS DAYA KERANA KADANG-KADANG BENDA YANG KITA NAMPAK MACAM MUSTAHIL, TAPI KALAU ALLAH NAK BAGI ALLAH BAGI JUGAK..

Dan itulah apa yang terjadi pada hidup nana sendiri..

Kalau ikutkan memang tak logik langsung nana boleh dapat balik Uitm.. Tapi entah magik mana ntah, Dato' Naib Canselor boleh luluskan permohonan rayuan nana sorang je waktu tu..

Siapa yang gerakkan hati beliau? Ya, Allahu Ahad.. Allah Yang Satu :")

Dan nana akui waktu tu memang bibir langsung tak lekang dengan zikir.. Solat hajat dan sebagainya minta bantuan dari Allah.. Kerana nana tahu, waktu tu tiada apa pun yang boleh bantu nana kecuali Allah..

Dan walaupun harapan yang tinggal senipis kulit bawang, jauh di sudut hati nana sebenarnya masih percaya dan mengharapkan MAGIK terjadi..

Dan, benar.. MAGIC HAPPENS :")

Sebab tu, jangan pernah rasa putus asa dengan takdir.. Kita tak pernah tahu keajaiban yang menunggu kalau kita SABAR, TERUS BERUSAHA, BERDOA DAN YAKIN PADA ALLAH..

InshaAllah kalau kita apply dalam kehidupan kita, kita akan rasa keajaiban dalam hidup kita sendiri..

Kejayaan dalam bisnes
kejayaan dalam hidup berkeluarga..
Kejayaan di dunia
dan kejayaan di akhirat

Dan ternyata daripada kesilapan, dugaan dan ujian, kita belajar erti kekuatan..

Nana percaya, kalau tidak kerana nana pernah diuji seperti ini, nana mungkin tidak sekuat sekarang..
Tapi dek kerana pernah diuji dengan sangat dasyat, maka nana belajar untuk kuat.. Nana hadapi setiap apa yang datang dengan kekuatan kerana nana sendiri pernah diduga lebih dasyat daripada ini..

Kerana, kita tidak akan pernah sedar akan kekuatan kita sehinggalah menjadi KUAT itu lah pilihan terakhir yang kita ada..

Alhamdulillah, setelah diuji kanan dan kiri, akhirnya nana berjaya juga menggenggam segulung ijazah.. Hadiah buat mak abah nana.. ON TIME ye.. No repeat2 hehe Alhamdulillah :)





Nana pernah kecewakan parents nana dengan sangat dasyat.. Sebab itu sekarang nana berusaha sehabis baik untuk buat mereka bangga dengan nana.. Walaupun nana tidak bekerja dengan menggunakan Ijazah yang nana perolehi dengan susah payah, tapi nana percaya, pelajaran dalam hidup nana bukan semata-semata menggunakan Ijazah ini sahaja.. Tapi pelajaran TERBESAR dalam hidup nana ialah betapa struggle hidup nana dahulu semata-mata hendak mendapatkan segulung ijazah ini..

Dan Alhamdulillah, atas pengajaran inilah, membantuk siapa nana yang anda kenal sekarang..

Nana tidak hidup dalam fairytale.. Nana pernah diuji dengan sangat dasyat.. Tapi nana bangkit untuk melawan.. Dan akhirnya nana berjaya Alhamdulillah..

Kisah ini sebenarnya tak ramai yang tahu.. Hanya keluarga dan kawan yang benar-benar rapat sahaja tahu.. Nana memang tak sanggup nak cerita pada orang pun.. Memalukan diri nana sendiri je.. Tapi nana percaya, di sebalik kisah hitam hidup nana ini, ada pengajaran besar yang nana dapat.. Dan mungkin anda semua dapat..

Moga kisah ini bermanfaat untuk semua!

To all SID seluruh Malaysia, walau di mana anda berada sekarang, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah..
MAGIC HAPPENS WHEN YOUR BELIEVE!

All the best untuk semua!
Jom kejar kejayaan di dunia yang bakal jadi jambatan kita di akhirat nanti InshaAllah

And to all Spectacular, moga kisah ini menjadi tauladan kepada semua.. Jangan sesekali give up walaupun keadaan nampak mustahil..

Kerana TIADA YANG MUSTAHIL DI DUNIA INI..

Allah sebut KUN FAYAKUN, maka jadilah ia :)

Till then people!

Assalamualaikum wbt


Thursday, February 19, 2015

Marriage Life

Alhamdulillah.. Pejam celik rupanya sudah 2 tahun 5 bulan bergelar seorang isteri kepada seorang suami terbaik yang Allah pinjamkan kepada nana.. Bila ditanya apa perasaan being a wife? Jawapan nana hanya satu, its soooo wonderful Alhamdulillah :")

Tak terasa langsung rupanya dah kawen nak masuk 3 tahun dah.. Tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas.. Pernah nana dengar orang kata, kalau kita tak sedar masa yang berlalu dengan pantas itu, tandanya bahagia.. Alhamdulillah again! :")

Mengenali husband nana, kami bersifat sangat kontra kalau nak tahu.. Dia penyabar, nana tak! Dia pengemas, nana tak! Dia cermat, nana tak! Hahaha apesal ciri-ciri yang baik semua ada dekat dia, not me -____-

Kalau nak kata tak pernah gaduh tu memang tipu lah kan.. Gaduh tu adat lah rumah tangga.. Kalau gaduh kadang-kadang lagi dasyat dari perang dunia kedua.. Tapi selalunya tak pernah lama.. Sebab nana tak boleh gaduh lama-lama.. Rasa tak tenang.. Coz i am the manja one.. Kalau gaduh satg nak melepek dekat siapa pulak kan.. Hahha coz yeah, we both only have each other je.. Nak gaduh pun dengan dia.. Nak happy pun dengan dia..

Kehidupan kami sempurnan dalam ketidaksempurnaan.. Kami bahagia dengan apa adanya.. Walaupun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata, tapi kami jarang bersedih keterlaluan untuk itu.. Kami sangat positif menerima takdir Allah setakat ini Alhamdulillah.. Kami memandang dugaan yang Allah kirim ini pasti ada hikmahnya.. Mungkin Allah ingin kami memantapkan lagi kewangan keluarga.. Mungkin Allah ingin kami matang sebagai ibu bapa sebelum diberi kami amanah terbesar ini.. Who knows kan?

Yang pasti, InshaAllah kami tidak akan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Apa sahaja kurniaan Allah akan kami syukuri dengan sepenuh hati..

Untuk semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong, terima kasih yang tidak terhingga tulus dari hati nana..

Walaupun nana rasa nana tidak layak untuk memberikan apa-apa tips perkahwinan sebab nana sendiri masih belajar untuk menjadi isteri yang baik tapi rasa nak kongsi sikit lah tips kot-kot beri panduan dan manfaat pada korang kan :) Sedikit tips untuk anda yang masih belum berumahtangga, atau bakal berumahtangga dan bakal menjadi seorang isteri..

1) Once dah berkahwin, suami ialah yang no 1 perlu diutamakan. Sentiasa mengutamakan suami dalam apa jua situasi. InshaAllah redha Allah bersama dengan redha suami..

2) Sentiasa amalkan untuk meminta maaf setiap malam sebelum tidur. Kita tidak tahu adakah kita masih berpeluang bangun pada esok hari.. Syurga kita di bawah tapak kaki suami.. Mohon lah keampunan setiap malam sebelum tidur pada suami.. InshaAllah kita akan lebih menghargai each other dan bergaduh pun selalunya tak lama

3) Solat berjemaah. Alhamdulillah masih amalkan sejak awal kawen sehingga sekarang. Suami sentiasa nak solat berjemaah sebab nak keberkatan dalam rumahtangga kami.. Dan nana perasaan, bila amalkan solat berjemaah sentiasa, hubungan semakin erat dan jarang bergaduh lama-lama..

4) Jangan berpisah tempat tidur dengan sengaja. Jangan biarkan suami/isteri biasa tidur tanpa kita.. Bimbang kebiasaan itu menjadikan mereka tidak hairan lagi tanpa kita

Tu je kot tips! hahaha sebab nana sendiri perlu banyakkkk sangat belajar.. Banyak kesilapan yang perlu nana sendiri betulkan.. Nana nak jadi isteri solehah.. Nak jadi ketua bidadari di syurga nanti untuk suami..

Nana doakan semua pembaca blog nana, kita sama-sama jadi isteri solehah.. Yang menjadi penyejuk mata suami.. Penawar hati suami di saat beliau sedang kesedihan.. Dan pembantu kepada suami di saat beliau kesusahan..

Sesungguhnya ganjaran wanita solehah amat besar.. Andai seseorang wanita itu menjalankan perintah Allah, menjaga maruah diri dan suami, serta mentaati suami, maka masuklah wanita itu ke syurga melalui pintu mana yang beliau sukai..

:)



Dear husband, thank you for everything you have done to me and to our family. Mohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran diri ini. I am not perfect. But please, guide me to become a better muslim and a good wife.. Guide me to Jannah.. Placed me in your heart forever till Jannah.. 

Love,
Your Wife


PRODUCT REVIEW


Set Intim Suami Isteri (Bacaan yang SUDAH BERKAHWIN SAHAJA)

Well, tak dinafikan hubungan intim di antara suami isteri di antara asas kebahagiaan rumah tangga.. Sebagai seorang isteri, tidak dinafikan menjaga bahagian itu merupakan salah satu tanggungjawan kita kerana ianya salah satu sumber kebahagiaan suami..

So di sini nana nak cadangkan antara set yang sangat penting demi kebahagiaan rumahtangga iaitu SET INTIM SUAMI ISTERI..

Antara yang berada di dalam set ini ialah


Vitamin E




Untuk lelaki, Vitamin E sangat penting. Jom kita tengok kenapa Vitamin E penting buat lelaki

  • Membangkitkan perasaan cinta dan keinginan bersama
  • Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita yang mengambil sekurang-kurangnya selama 3 bulan akan membantu meningkatkan sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
  • Membantu dalam ereksi(untuk lelaki)
  • Membantu pengeluaran air mani (untuk lelaki)
  • Meningkatkan kesuburan
  • Memekatkan air mani


Alfalfa Complex




Antara kebaikan Alfalfa Complex dalam perhubungan suami isteri 
  • Menghilangkan kelesuan dan meningkatkan tenaga
  • Merawat masalah keputihan di kalangan wanita(untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara(untuk wanita)
  • Bertindak sebagai kacip patimah kepada wanita =)
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Meningkatkan stamina suami

So tadaaa.. 2 basic produk untuk menjamin keintiman suami isteri :) Actually ada banyak lagi produk dalam Set Intim ini, tapi nana kongsikan 2 produk yang utama ini terlebih dahulu.. InshaAllah akan menyusul lagi entry-entry mengenai set ini selepas ini..

Make sure anda follow blog ini ya untuk mendapat updates serta review produk yang hebat daripada nana :)

Untuk yang mempunyai masalah hubungan antara suami isteri dan mengalami masalah seperti

  • Miss V longgar
  • Keputihan
  • Kurang bernafsu
Jangan segan silu untuk hubungi nana ya.. Tapi untuk PEREMPUAN sahaja.. Jangan ada lelaki yang hubungi nana nak luahkan masalah ini, nana tak layan ya.. Silap-silap suami yang akan reply mesej awak nanti.. Lagi dasyat kalau no awak sampai kepada pihak berkuasa :) So, again, untuk PARA ISTERI sahaja yang mengalami masalah dalam hubungan intim, boleh hubungi nana.. 

Your Health & Beauty Consultant
Nana Macarona
013-3039242


A Dream Chaser!

Assalamualaikum wbt

Harini kalau diikutkan memang letih sungguh.. Dari pagi keluar sampai malam baru sampai rumah..
Pagi tadi ke kenduri kawen sepupu kepada suami.. Balik kenduri pulak lajak ke Pavilion mencari barang heheh..
Mujur lah yang dicari akhirnya jumpa.. :)



Trench Coat idaman hati.. Walaupun puff dekat bahu tak berapa berkenan, tapi sebab coat ni je yang suami paling berkenan antara semua, so amek yang ni :) Well, nak cantik-cantik pun untuk suami je kan.. Kalau beli yang suami tak suka apa lah gunanya.. Cewah hehe

Sebenarnya dari dulu nana teringin nak beli trench coat macam dalam gambar ni.. Atau ala-ala macam ni la.. Janji trench coat.. Sebab dari dulu suka berangan nak pergi oversea.. Nak pegi main salji.. Nak pegang salji.. Nak pergi tengok musim bunga dan musim luruh dekat tempat orang..

Tapi dulu, angan-angan hanya tinggal mimpi jelah.. Sebab bagi nana yang dahulu, nak capai semua tu memang mustahil sangat.. Nana hanya berani bermimpi je dulu.. Berangan jela mampu.. And then hujung angan-angan, cepat2 ingatkan diri.. "Dah2 jangan berangan.. Mana mungkin jadi kenyataan.. Kau bukan anak orang kaya.. Kau mana mampu pergi bercuti ke luar negara.."

TAPI, Alhamdulillah keadaan berubah selepas nana kenal Shaklee.. Nana mula nampak betapa kalau Allah nak beri, Allah tetap akan beri.. Nana mula sedar, semua orang perlu ada impian dan semua orang perlu PERCAYA yang anda mampu untuk capai impian anda..

Dan Alhamdulillah.. Tahun pertama nana bersama Shaklee iaitu tahun 2013, nana mula mampu untuk bercuti ke luar negara walaupun dekat-dekat je.. 

Tahun 2013 kami suami isteri bersama kawan baik kami, bercuti ke Bandung selama lebih daripada seminggu untuk meraikan anniversary kami yang pertama.. Dan sepanjang kami berada di Bandung, bisnes di Malaysia tetap berjalan seperti biasa kerana semuanya dijalankan secara online.. Segala kos perbelanjaan semasa bercuti sepenuhnya menggunakan bonus shaklee Alhamdulillah






Tahun 2014, tahun yang mencipta banyak kenangan buat kami.. Yang pertama sekali tentunya kerana buat pertama kalinya kami berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.. Bersama-sama dengan suami dan juga kedua ibu bapa nana.. Sebenarnya ini ialah hajat nana daripada awal buat Shaklee.. Hajat nana once dah berjaya, tempat pertama yang nana nak pergi ialah Mekah.. Dan once nana berjaya, nana janji pada diri sendiri nak bawak suami dan parents tunaikan Umrah.. Dan syukur Alhamdulillah Allah perkenankan hajat nana.. Segala kos ibadah umrah kami sepenuhnya menggunakan bonus Shaklee juga :")




Mekah dan Madinah. Indahnya Subhanallah


Moga kita akan terus berada bersama-sama di dalam syurga..



Mak dan Abah yang keletihan selepas selesai saie..


Dan pada tahun 2014 juga impian nana dimakbulkan bila berjaya melayakkan diri untuk mendapat 2 tiket ke US bersama trip 6 bintang yang sepenuhnya ditaja oleh Shaklee :") Syukur Alhamdulillah atas peluang ini.. Memang best sangat bila dapat ke tempat orang, melawat tempat orang.. Dan yang paling best sekali sudah tentu sebab dapat memenuhi impian masa kecil nana.. hehe.. Tak lain tak bukan-----> DISNEYLAND! Sukaaa sangatt bila dapat pergi Disneyland.. Sebab ni lah impian sejak kecik-kecik dulu tau huhuh :")

 Disneyland





Dari kecik dulu berangannnn nak tengok castle ni LIVEEEE tau.. Finally dapat Alhamdulillah


Universal Studio




Hollywood Walk of Fame




San Francisco









Tahun 2015, Alhamdulillah baru-baru ini ke Bali untuk bercuti.. Juga perbelanjaan sepenuhnya oleh bonus Shaklee.. :)

Dan akan datang, InshaAllah banyak lagi tempat yang kami nak pergi, dengan izin Allah..

Perancangan tahun 2015 InshaAllah

May---> Australia
November---> Italy
Disember/Januari---> Umrah

Moga apa yang kami rancangkan mendapat restu dan rahmat daripada Allah.. Dipermudahkan oleh Allah dan diberkati oleh Allah..

Nana berkongsi apa yang nana sudah dapat setakat ini bukan untuk anda semua mengagumi nana.. Nana hanya insan biasa yang dipinjamkan Allah dengan nikmat semua ini.. Selebihnya nana nak anda TAHU bahawa TIDAK SALAH UNTUK BERMIMPI..

Kalau dulu nana takut untuk menyimpan impian.. Kini tidak lagi :)

Nana berani bermimpi dan nana juga berani merealisasikan mimpi nana..

Coz, I AM A DREAM CHASER!

Jom semua, kita jadi JUTAWAN ISLAM.. JUTAWAN DUNIA.. JUTAWAN AKHIRAT..

Love,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire

Wednesday, January 28, 2015

Amalan Menjemput Rezeki yang Tidak Disangka

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semuaaa

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati nikmat kehidupan pagi ini.. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah swt.. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup agar dapat menyumbang lebih banyak lagi kepada masyarakat..

Masih ingat post di wall facebook nana tempoh hari berkenaan dengan amalan menjemput rezeki yang nana amalkan selama ini dan sangat berkesan ke atas diri nana sendiri?

Hari ini nana hendak menunaikan janji nana kepada anda semua :)

Bagi nana, lebih banyak kita berkongsi lebih banyak yang akan kita terima.. Kalau selama ini nana lebih banyak berkongsi dengan anak-anak didik Spectacular nana sahaja, kali ini nana nak berkongsi dengan semua orang..

Kerana kadang-kadang ada ramai SID yang mesej nana bertanyakan tips untuk berjaya dan sebagainya, tetapi nana tak sempat nak jawab.. Bukan kerana nana sombong atau sebagainya.. Tetapi kerana nana ingin FOKUS untuk membantu mereka yang sebenarnya menjadi tanggungjawab nana.. Maka ambil lah daripada apa yang nana kongsikan di wall facebook nana dan di blog nana ya.. InshaAllah nana halalkan segala ilmu yang nana kongsikan di wall facebook dan blog untuk semua :)

Sekadar berkongsi, Alhamdulillah untuk bulan ini sahaja, sales personal nana hampir mencecah RM25,000.. Dan syukur Alhamdulillah nana sendiri berjaya jual berbotol-botol vivix sehingga nana belum sempat nak kira berapa total sebenar hasil jualan nana..

Yang pasti nana percaya dan yakin, ianya ada kaitan dengan apa yang nana amalkan dengan istiqamah sejak kebelakangan ini.. :")

Nana juga percaya, rezeki itu bukan untuk kita cari, tetapi untuk kita jemput.. Rezeki Allah dah tetapkan untuk setiap orang.. Rezeki tidak pernah tersilap tuan.. Tapi kita boleh jemput rezeki itu dengan beberapa amalan.. Banyak sebenarnya amalan menjemput rezeki yang biasa kita amalkan.. Yang mana yang mentor selalu kongsikan.. Tapi yang nana nak kongsikan di sini ialah apa yang nana baru amalkan sejak kebelakangan ini dan Alhamdulillah nana dapat lihat perbezaannya pada diri nana..

1) Ayat Seribu Dinar

Sebenarnya nana baru-baru juga amalkan membaca ayat seribu dinar ni setiap kali selepas solat.. Selama ini nana tahu akan fadhilat doa ini, tapi entah kenapa liat sangat nak amalkan.. Walhal ayat dia tak panjang pun..

And nana start amalkan sejak bulan lepas.. And Wallahi nana sendiri terkejut melihat perkembangan sales sendiri :")

Kalau selama ini sales persendirian bulanan nana hanya mencecah RM10,000 sahaja.. Tapi semenjak dua bulan kebelakangan ini, sales persendirian nana mencecah RM30,000 setiap bulan.. Dan lebih buat nana rasa magik dan sangat bersyukur, organisasi Spectacular turut seperti mendapat tempias yang sama bila sales semua anak-ank didik nana meningkat dengan sangat cemerlang Alhamdulillah


Antara kelebihan mengamalkan Ayat Seribu Dinar ialah

  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Mendapat jalan keluar daripada segala masalah dan kesulitan
  • Mendapat perlindungan daripada segala musibah dan bencana
  • Jika berperang InshaAllah tidak akan cedera binasa kecuali sudah sampai ajal
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan

Dan apa yang nana sendiri amalkan ialah:

Nana amalkan membaca Ayat Seribu Dinar 10 kali setiap kali selepas solat dan 3 kali sebelum tidur

Anda boleh amalkan lebih lagi kalau mahu, tidak rugi apa-apa pun.. Dan ayat seribu dinar ni pun sebenarnya antara ayat di dalam Al Quran iaitu ayat 2&3 Surah At Talaq.. InshaAllah ada ganjaran dan hikmah menanti sekiranya kita amalkan ayat ini InshaAllah :)

2) Membaca Al Quran dengan Istiqamah

Nana akui, sebelum ini nana agak tidak berapa istiqamah dalam membaca Al Quran.. Kadang kala hanya baca sekiranya sempat sahaja.. Sedih dengan diri sendiri.. 

Tapi bermula dari bulan lepas, nana paksa diri untuk konsisten SETIAP HARI untuk mengaji jugak walau busy macam mana pun.. Nana cuba untuk membaca Al Quran setiap kali selepas solat tapi kalau agak sibuk, nana cuba sehabis mampu nana untuk at least sehari 2 kali.. Kalau tak dapat setiap waktu, at least waktu Zuhur dan Maghrib nana wajibkan diri untuk membaca Al Quran at least 2 mukasurat.. 

Dan apabila dah dijadikan amalan, ibarat dah sebati dalam diri.. Bila tak buat rasa tak selesa.. Macam ada yang belum selesai.. Hati rasa tak tenang..

Sekarang ni mudah je sebenarnya nak baca Al Quran.. Even kita boleh install apps dekat dalam telefon dan baca bila ada kelapangan.. Teknologi yang semakin canggih ni sebenarnya memudahkan lagi kita untuk kumpul pahala kalau kita gunakan dengan cara yang betul InshaAllah :)

__________

Sebenarnya amalan di atas ni mungkin dan jadi kebiasaan kepada semua orang.. Mungkin ada di antara anda yang memang sudah amalkan pun.. Tapi nana dapat rasa magik pada diri nana bila nana amalkan secara bersungguh-sungguh dan istiqamah..

Selama ini nana juga amalkan ayat seribu dinar.. Nana juga amalkan membaca Al Quran.. Tapi nana tidak letakkan DISIPLIN pada diri untuk nana amalkan secara istiqamah dan penuh penghayatan.. Nana buat sekadar cukup syarat.. Buat tanpa menghayati fadhilat di sebaliknya.. Buat tanpa perasaan yang penuh pengharapan daripada Allah untuk kita jadi insan kesayangan Allah..

Bila tak istiqamah, ianya susah nak tinggal kesan di hati.. 

Sebab itu bagi nana, dalam apa-apa juga tindakan kita, andai kita lakukan dengan penuh penghayatan.. Kita letak diri kita sebagai hamba.. Kita tahu apa yang kita lakukan dan mengapa kita lakukan.. Kita buat sepenuh hati dengan disiplin dan istiqamah, InshaAllah setiap amalan kita itu kita sendiri akan rasai magiknya.. Percayalah.. 

Walau hanya dengan Zikirullah.. Amalan paling mudah untuk kita dapat pahala yang besar.. Andai kita amalkan dengan disiplin, istiqamah, penuh penghayatan dan memahami maksud di sebalik amalan kita, InshaAllah kita akan dapat rasa magiknya pada diri, InshaAllah..

Berikut nana nak kongsikan beberapa amalan rohani yang memang nana amalkan secara istiqamah selama ini
  • Zikir
  • Dhuha
  • Tahajjud
  • Membaca surah yassin
  • Membaca surat al mulk
  • dan beberapa amalan lain

Tetapi, jangan pula kita lupa.. USAHA itu juga perlu :)

Usaha dan amalan rohani biarlah seiring.. Biar ia menjadi ASBAB untuk Allah beri rezeki kepada kita..

Kerana kita kena pegang, rezeki itu daripada Allah.. Tapi kita tetap perlu usaha kerana Allah suruh kita usaha.. Sebab Allah dah janji, siapa yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya.. Dan janji Allah itu pasti :)

Sekian perkongsian daripada nana.. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat menjadi panduan dan pedoman serta sebagai salah satu cara untuk kita semakin mendekatkan diri dengan Allah.. Segala puji bagi Allah yang mendatangkan ilham dan menggerakkan hati untuk nana berkongsi dengan anda semua..

Semoga kita semua berada di dalam lindungan keberkatan serta rahmat Allah selalu InshaAllah dan mendapat ganjaran pahala dan dimasukkan ke dalam syurga Allah tanpa hisab :)

Tolong doakan segala hajat nana dimakbulkan oleh Allah dan nana doakan hajat-hajat anda juga dimakbulkan oleh Allah Aminn..

Have a nice day people! Assalamualaikum wbt..

Love,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
Building Success Together!

_______________

Pengumuman tambahan :

Promo VIVIX tinggal satu hari sahaja lagi :)

Vivix sesuai untuk anda
  • Yang inginkan KULIT CANTIK, CERAH dan GEBU
  • Berat badan yang IDEAL 
  • Yang ingin BERHENTI MEROKOK
  • Mempunyai ibu bapa yang bermasalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung
  • Mempunyai kenalan atau ibu bapa yang terkena Stroke
  • etc etc
Dapatkan sementara PROMOSI masih berlansung ya sebab ada yang menarik menanti anda!






Nana Macarona
Facebook : Nana Macarona
Whatsapp: 013-3039242



Friday, January 23, 2015

Pengajaran dari Kisah Qu Puteh, Dr Vida

Assalamualaikum wbt..

Lately banyak sangat dengar cerita pasal Qu Puteh Dr Vida yang menaja Anugerah Juara Lagu baru-baru ni sampaikan orang yang tak tengok AJL pun sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tahu apa keheynyaaa dok qu puteh qu puteh ni haaa..



Nana pun tak terkecuali jugak sebenarnya.. Sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tengok kat mana yang orang dok mengata sangat tu.. And laki bini dok tergelak tak habis-habis sebab dok mengajuk iklan tu hahhaha..

Tapi personally bagi nana, sebenarnya banyak yang kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini especially kepada peniaga dan usahawan seperti nana dan anda semua.. Yes, banyak pengajaran yang kita boleh dapat sebenarnya :)

1) KATAK PEKAK

kemain kau. Jangan ingat orang kawen je pakai crown tahuuuu


Perasan tak betapa dia tak heran langsung orang dok mengata kat dia? even daripada dulu lagi nana perasan orang memang banyak kali kutuk penampilan beliau.. Sebab jenis pakai barang kemas merelit merelap.. Perasan? Tapi nana tak nampak pulak beliau ubah penampilan dek kerana kutukan orang.. Dia buat diri dia jadi trademark lagi ada.. Sampai ada yang cakap

"Kau ni pakai barang kemas liplap ni kalah DR VIDA"

hahahha

Benda ini lah sepatutnya ada dalam diri setiap usahawan.. Sila jadi KATAK PEKAK.. Dan tidak perlu down serta ubah diri dek kutukan.. Kadang tu ada sesetengah orang yang bila dikutuk sikit terus down.. Terus taknak buat bisnes Shaklee dah.. Rugi lah kalau kalah dengan kutukan orang yang nak lihat kita jatuh.. Kenapa biarkan mereka menang?

Walaubagaimanapun, kutukan berbeza dengan teguran.. Kena lihat siapa yang beri kutukan atau teguran itu.. Kalau teguran datang daripada orang yang nak lihat kita berjaya antaranya mentor kita, pasangan kita, wajar lah kita ambil perhatian..

Sebaliknya kalau kutukan datang daripada mereka yang tidak senang melihat kita berjaya, AHHHHH ABAIKAN AJERRR..

2) Tak MELENTING bila dikutuk

Nana ada terbaca kutukan Chef Wan kepada Dato Vida pasal kes ini di mana Chef Wan siap tutup tv sebab tak larat dah nak tengok iklan Qu Puteh ni lagi dah..

Tapi tengok balik jawapan Dr Vida.. Dia tak mengata pun Chef Wan balik kan? Rileks je jawapan beliau.. Beliau tidak menjawab sindiran Chef Wan dengan sindiran atau kutukan, sebaliknya positif je jawab apa yang beliau lakukan..
Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Selepas anugerah itu berlansung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutamanya di laman sosial termasuk Chef Wan menutup televisyen kerana iklan saya..
Apa yang disampaikan oleh dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya 15 minit saja.. Orang yang tidak berjaya, mereka bendi, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu

Sama juga seperti kita usahawan online ni.. Bidang online sangat membuka ruang dan peluang ke[ada kita untuk menghadap mereka yang negatif dan sebagainya.. Keyboard Warrior merata-rata.. So bila kita dikutuk, tak perlu lah membalas kutukan dengan kutukan.. Tak perlu sama tarafkan diri kita dengan mereka..

Senyumlah kerana di saat mereka membuang masa mengutip DOSA, kita pula sibuk memanfaatkan masa untuk mengumpul harta DUNIA dan AKHIRAT :)

3) Marketing berkesan!

Kalau diikutkan, memang lah kita meluat dengan iklan yang kejap-kejap muncul.. Kejap-kejap muncul.. Dengan tagline yang kekampungan, berbulu je bijik mata kan? Yes, kami pun rasa macam tu hahahha.. TAPI, sedarkah anda, bila semua meluat, semua kongsi di laman sosial, itulah MARKETING SEBENAR Qu Puteh..

Bila satu malaya memperkatakan pasal iklan Qu Puteh, orang daripada tak pernah dengar pun pasal Qu Puteh, mula google apa itu Qu Puteh.. Nahh, femes lah produk itu..  Makanya, marketing Dr Vida tu BERKESAN lah..

Ada Dr Vida kesah orang mengata dia? lagi dia suka ada lah sebab makin ramai akan kenal dia hahaha



Bad publicity is still publicity :)

Dalam bisnes, pesaing akan sentiasa cuba menjatuhkan kita.. Same goes dalam bisnes Shaklee.. Kadang-kadang tu ada sahaja isu merepek yang ditimbulkan..

Again, Bad Publicity is still publicity

Orang yang BIJAK akan ambil ini sebagai peluang, manakala orang yang tidak berapa bijak akan down dek kerana fitnah ini :)

4) Marketing tak guna Anzalna

Ini pun satu strategi yang nana perasan.. Dr Vida tidak menggunakan pelakon Anzalna untuk mempromosikan Qu Puteh pada AJL tempoh hari.. Atas sebab apa nana tak pasti tapi bagi sudut pandangan nana, itu strategi yang bijak..



Kebanyakkan usahawan-usahawan yang berjaya ni, mereka akan gunakan artis sebagai batu loncatan untuk orang kenal produk mereka.. Tapi selepas itu, mereka akan gunakan DIRI SENDIRI sebagai duta kepada produk which is nana rasa sangat berkesan untuk KUATKAN identiti satu produk itu sendiri..

Bayangkan Anzalna tu dah memang artis.. And orang dah memang kenal dia walaupun dia bukan duta Qu Puteh.. Dia pun belum tentu ambil Qu Puteh.. Tapi kalau Dato Vida yang gunakan diri sendiri, orang ingat Dato Vida orang tak ingat benda lain dah.. Orang ingat Dato Vida, orang mesti ingat Qu Puteh.. Betul tak? Sebab Dr Vida lah pengasas Qu Puteh.. Buat apa nak femeskan orang lain sedangkan kalau femeskan diri sendiri lagi orang kenal produk kita.. Brilliant :)

Lagipon, kalau guna Anzalna sure tak jadi kecoh macam ni sebab orang takkan meluat kat iklan tu.. Dah jadi biasa-biasa jela takdelah kontroversi nanti hehe

Sama juga dengan bisnes Shaklee.. Tahu kenapa Shaklee tak ambil sebarang duta untuk produk Shaklee? Ini kerana Shaklee mahu nama company kuat dengan adanya KITA.. Shaklee Independent Distributor.. Mereka yang sememangnya pengguna Shaklee.. Yang berkongsi khasiat produk Shaklee dengan ikhlas.. Dan orang akan kenal KITA sebagai duta Shaklee.. Identiti kita dengan Shaklee yang kuat yang menjadikan kita MAGNET dalam bisnes ni..

Tak perlu ambil duta.. KITA lah yang jadi duta kepada produk kita sendiri..

Sama macam orang ingat Qu Puteh ingat Dr Vida..

Orang ingat Shaklee surely akan ingat Nana Macarona.. Kan Kan? hehe

5) Kuat Semangat!

Sebenarnya melihat kepada keceriaan dan semangat Dr Vida ni, siapa sangka yang beliau pernah kehilangan dua orang putera beliau dalam satu kebakaran pada tahun 2013.. Nana tahu mengenai kisah ini dan sebenarnya hampir terlupa dek kerana tengok Dr Vida ni rileks je.. Tak patah semangat pun walau diuji sampai terduduk..



Nana kagum dengan semangat beliau yang bangkit dari kesedihan demi untuk kejayaan beliau dan keluarga.. Kalau beliau terus meratap kesedihan kerana kehilangan anak, sudah tentu beliau tidak berada di tahap sekarang..

Bayangkan kehilangan anak yang kita bela selama ini.. Bukan seorang tapi 2 orang..

Semangat dan kekuatan ini lah yang setiap usahawan perlukan.. Bila diuji, kita harus ingat bukan kita sahaja yang menghadapi ujian.. Lebih ramai lagi manusia yang diuji tapi mereka bangkit demi kejayaan diri dan keluarga..

Malu lah andai diuji sedikit kita terus jatuh.. Walhal ujian itu kalau dinilai dari sudut positif, peluang untuk Allah beri kita banyakkkk pahala.. Apabila kita jadikan ujian sebagai satu cara untuk kita kembali kepada Allah.. Kembali mendekati Allah.. Sebagai cara untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri..

6) Bijak Ambil Peluang

Dan akhir sekali, apa yang nana nampak pada diri Dr Vida ialah, beliau bijak ambil peluang.. Walaupun terpaksa invest RM3 Juta, beliau tetap ambil peluang itu untuk menaikkan produk beliau..

Invest RM3 Juta tu takdehal kalau dibandingkan dengan dapat pulangan Rm30 juta.. Btul tak?

And beliau bijak ambil peluang bila beliau menjadi PENAJA KESELURUHAN AJL.. Tak bagi chance orang lain overshadow beliau.. Biar semua perhatian tertumpu kepada produk beliau sahaja..

And sudah pasti, saat ditawar peluang itu oleh TV3, Dr Vida cepat-cepat grab sebelum peluang itu diberi kepada orang lain pula.. And bila dah labur RM3Juta, takkan nak duduk saja?

Of course lah dia akan menjadikan setiap pelaburan beliau berbaloi.. Bagaimana? Haa macam apa nana cakap di atas tadi lah.. Dah invest RM3 juta kata kooo.. Takkan lah nak duduk saja kottt :D

Again, Bad publicity is still publicity.. :)

Nana tak rasa Dato Vida TIDAK SENGAJA nak buat orang meluat dekat dia.. As a businesswoman beliau pasti dah jangka yang beliau akan menerima kritikan dan kutukan seperti ini.. But well, mungkin ini memang strategi beliau :)

Sama lah seperti kita, usahawan dan bakal jutawan.. Setiap peluang yang datang wajar dan wajib lah kita grabbbb sepenuhnya.. Contohnya dalam bisnes Shaklee sendiri, kita diberi peluang untuk mendapat pelbagai manfaat.. 10 jenis bonus.. dengan Car Bonus. dengan percutian percuma dan sebagainya.. RUGI lah andai peluang ini dibiarkan berlalu begitu sahaja..

Dan jangan lah kedekut untuk invest demi kejayaan.. Tak kisahlah investment dari segi masa, duit dan sebagainya..

Rebutlah peluang untuk anda tambah nilai diri sendiri supaya anda dapat pulangan lebihhh daripada yang anda laburkan..

Sebagai contohnya, anda invest masa 2 jam untuk kelas bersama mentor anda, dan anda dapat ilmu yang berharga yang andai kata anda apply, anda boleh dapat KEBEBASAN MASA bila mana selepas ini anda boleh bekerja dari rumah sambil menjada anak sendiri..

Dan contohnya anda invest beberapa ringgit untuk hadiri kelas, di mana ilmunya anda anda apply akan membantu anda mendapat pulangan 100x ganda lebih banyak dari modal yang anda invest, haaa untung ke tidok?

***

So sebenarnya banyak pengajaran positif yang kita boleh dapat daripada seorang wanita bernama Dato Dr Vida ni.. Bukan lah kata semuanya bagus.. Tak dinafikan mesti lah ada yang tak berapa sedap mata memandang.. Tapi harus diingat kita juga bukan lah sempurna mana :)

So ajar diri untuk sentiasa memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif.. Terlalu banyak pengajaran yang Allah hantar kepada kita tanpa kita sedari.. Setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita atau di persekitaran kita, pasti ada hikmahnya.. Cuma terpulang kepada kita untuk melihat daripada sudut yang positif lalu memanfaatkan setiap pengajaran dan pelajaran atau kita lebih selesa memandang dari sudut negatif, yang lansung tidak memberi manfaat sebaliknya hanya menambah dosa kita..

Nana tidak bertujuan untuk membela Dato Vida.. Cuma satu kita kena ingat, kita kutuk kritik hina beliau, beliau dah tentu-tentu JUTAWAN.. Sedangkan di mana kita? Sudahlah di dunia kita tidak kaya, kita tambah lagi dosa yang bakal menjadikan kita miskin akhirat..

Nauzubillahiminzalik..

Jom lah semua..Ubah diri.. Daripada kita kutuk orang yang berjaya, lebih baik kita pun jadi salah seorang orang yang BERJAYA..

Kita mampu mengubahnya.. InshaAllah :)

****

Pesanan penaja, siapa yang benar-benar nak supplement yang bantu anda benar-benar PUTEH, sila lah ambil Set Kecantikan shaklee :)

InshaAllah kalau ikut consultasi yang nana beri, pasti boleh dapat kulit yang anda idamkan..


Daku yang dahulunya ibarat bulan purnama, Alhamdulillah dah beransur jadi bulan mengambang :")



Ini antara supplement yang nana sendiri ambil untuk dapatkan kulit yang lebih CERAH berbanding sebelum ini.. 


Ini ialah skincare yang banyak bantu transformasi pada kulit nana untuk lebih cerah dan berseri berbanding sebelum ini Alhamdulillah..

Andai ada yang nak cuba, jangan segan silu hubungi nana yaaa 


Till then people

Ikhlas,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242

Tuesday, January 13, 2015

Vivix Untuk Kurus

Assalamualaikum wbt

Vivix untuk KURUS? Like seriously.. Boleh ke?

Ni soalan yang selaluuuu sangat nana dapast pasal Vivix hehe Ramai yang tak mempercayai kebolehan vivix untuk membantu anda kurussss..

Wahai kesayanganku, ini bukan cerita dongeng.. Ini kisah benar ye.. VIVIX TELAH MEMBANTU RAMAI DR TEAM SPECTACULAR UNTUK SEMAKIN KURUS.. Tak percaya? Meh nana buktikan dengan gambar.. Cakap banyak pon tak guna lah kalau takde bukti ye tak? hehee





Tengok lah di atas ni.. Ni kisah benar yang terjadi kepada nana sendiri okey.. Bayangkan sebulat bulat tomato mukaku, finally boleh jadi normal balik huhuhu :')

Actually lepas kawen haritu nana memang alami masalah naik berat badan yang melampau.. Tapi tak pulak nana rasa nak ambil supplement untuk kurus.. Sebabnya suka kot badan gemok.. Masa sekolah dulu sekeping macam papan.. So bila badan naik sikit rasa seronok lah..

Tapi rupanya nana syok sendiri Tsskk :'(

Ku sangkakan comel lah badan montel sebegitu.. Tapi rupanya susahhhh weihhhh..

Baju pakai semua ketat.. Dah macam hape je berdiri sebelah suami yang selim river seperti itu dengan badan montel macam ni..

Bila tangkap gambar then tengok balik baru sedar diri..

Sebab tu orang suru CERMIN DIRI selalu!! Supaya tak syok sendiri eheh

Then nak dijadikan cerita, waktu jumpa dengan kakak2 S2U Masters nana, ramai yang bagi tips ambil vivix untuk kesihatan.. Sebelum ni ambil jugak vivix tapi tak konsisten pun..
Nana lebih kepada supplement nak cantik je sebelum ni.. Macam Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen serta ESp.. Vivix vivix ni cheq tak layan.. haha

And suprisingly, after two weeks berturut-turut nana makan vivix secara konsisten, antara kesan yang nana dapat ialah

1) Berat badan turun 6kg! TEngok perbandingan dalam gambar di atas

2) Kulit semakin LICIN dan FLAWLESSS.. Ramai tegur kulit nana nampak makin glowing mowing especially bila jumpa dekat luar.. Sampai tak keruan jadinya tau.. *gediks tampo kang*

3) Kulit semakin CERAH SEKATA dan TEGANG.. Well you ollsss.. Vivix ni anti-aging TERBAIK satu dunia.. Memang TAK MUNGKIN lah kalau vivix tak dapat membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik ye..

4) Muka semakin RUNCING.. Yang ni memang ketara.. Ramai yang beritahu nana sebelum ni nana nampak kurus kat badan *ilusi optik..mereka tertipu* tapi muka je bulat tembam.. Haha! Actually nana suka je muka tembam macam ni.. Nampak comel sikit hahahktui Tapi kalau dah itu kesan yang ku terima selepas makan vivix, daku relakan sajooo.. So hampa yang muka TEMBAM and hampa tak suka tu, sila lah ambil vivix ye!





By the way, kesan vivix ke atas kekurusan badan ni bukan nana sorang je yang alami tau.. Tetapi kebanyakkan dari Team Spectacular turut terkena penangan KURUS DENGAN VIVIX

Tengok lah hot mummy kat atas ni.. Beliau merupakan cucu bisnes nana.. Leader dalam Spectacular.. And IBU ANAK DUA.. Yes ibu anak dua.. And can u imagine macam mana gambar tahun 2015 lebih kurus daripada tahun 2014.. Mesti ada sesuatu yang dia ambil kan?

And yes, tak syak lagi VIVIX lah puncanya! hewhew


Yang ini lagi sorang my leader.. Tengok lah transformation beliau.. Dari muka bulat ke muka runcing.. Kulit pun makin halus dan awet muda uolls :)

Dah nampak sendiri kan kesan pada diri kami?

So sebenarnya vivix ni apa dia??


Inilah dia vivix yang hebat itu.. Seksi kan? hehe


Hehe duk pung pang dari tadi lupa nak cerita vivix ni apa dia sebenarnya.. Okey, vivix ni ialah TONIK AJAIB bagi nana.. Minuman kesihatan yang TERBAIK antara semua supplement Shaklee.. Yang membantu ramai orang untuk lebih SIHAT, CANTIK dan berjaya bantu ramai orang untuk kekal sihat dan atasi pelbagai masalah..

Antara kandungan vivix yang menjadikannya terbaik ialah Resveratrol iaitu sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut kepada penyakit..

Resveratrol sangat terbaik untuk bertindak sebagai ANTI-AGING.. Ia melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan..

Ia juga sangat bagus untuk meningkatkan tahap 'kolestrol baik' dan melindungi dari kerosakan arteri sekaligus menjaga kesihatan jantung..

Dan Resveratrol terdapat paling tinggi di dalam ANGGUR MUSCADINE.. Anggur paling mahal dan special kerana saiznya yang lebih besar beserta khasiat di mana ia kaya dengan anthocyanins, antioksidan tinggi yang banyak menunjukkan kesan dalam anti-tumor.. So sangat bagus untuk menghalang tumor dari membesar..

anggur muscadine yang jauh lebih besar dari anggur biasa.. sebiji RM100 uolls!


And dalam kesan untuk KURUS, Resveratrol memberi kesan dalam pengurangan LEMAK dalam badan.. Resveratrol membantu dalam mengurang pengumpulan dan menjadi penghalang kepada sintesis lemak seterusnya meningkatkan pengoksidaan asid lemak kerana Resveratrol membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan.. Oleh itu, ianya membantu dalam pembakaran lemak..

Dan untuk pengetahuan anda, Resveratrol membantu memberi rasa KENYANG yang sekaligus dapat mengurangkan keghairahan anda untuk makan..

Ianya terbukti benar sebab nana sendiri dapat rasa selera makan kepada makanan bukan-bukan semakin turun sejak pengambilan Vivix secara konsisten.. Bukan hanya nana yang merasa perbezaannya.. Malahan orang lain turut mengakuinya..


So no wonder lah boleh kurus dengan VIVIX kan? Sebab kandungan utamanya yang hebat iaitu Resveratrol sangat membantu dalam aktiviti pembakaran lemak melalui peningkatan efficiency pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan :)

So kepada anda yang ada masalah KEGEMUKAN, sila lah berikhtiar dengan Vivix.. Kerana memang sangat terbukti berkesan! :)

Buat yang nak dapatkan vivix, boleh hubungi nana

FYI, bulan ni ada promo vivix

BELI 6 FREE 1

Dan kalau beli 1 pun masih dapat harga Special inshaAllah..

Tapi kena hubungi nana personally ya.. Kita discuss apa yang terbaik dan bagaimana nak bantu atasi masalah anda :)

Nana Macarona - 0133039242

Facebook - Nana Macarona

Till then. Jumpa lagiii..

Assalamualaikum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...