Harini kalau diikutkan memang letih sungguh.. Dari pagi keluar sampai malam baru sampai rumah..
Pagi tadi ke kenduri kawen sepupu kepada suami.. Balik kenduri pulak lajak ke Pavilion mencari barang heheh..
Mujur lah yang dicari akhirnya jumpa.. :)
Trench Coat idaman hati.. Walaupun puff dekat bahu tak berapa berkenan, tapi sebab coat ni je yang suami paling berkenan antara semua, so amek yang ni :) Well, nak cantik-cantik pun untuk suami je kan.. Kalau beli yang suami tak suka apa lah gunanya.. Cewah hehe
Sebenarnya dari dulu nana teringin nak beli trench coat macam dalam gambar ni.. Atau ala-ala macam ni la.. Janji trench coat.. Sebab dari dulu suka berangan nak pergi oversea.. Nak pegi main salji.. Nak pegang salji.. Nak pergi tengok musim bunga dan musim luruh dekat tempat orang..
Tapi dulu, angan-angan hanya tinggal mimpi jelah.. Sebab bagi nana yang dahulu, nak capai semua tu memang mustahil sangat.. Nana hanya berani bermimpi je dulu.. Berangan jela mampu.. And then hujung angan-angan, cepat2 ingatkan diri.. "Dah2 jangan berangan.. Mana mungkin jadi kenyataan.. Kau bukan anak orang kaya.. Kau mana mampu pergi bercuti ke luar negara.."
TAPI, Alhamdulillah keadaan berubah selepas nana kenal Shaklee.. Nana mula nampak betapa kalau Allah nak beri, Allah tetap akan beri.. Nana mula sedar, semua orang perlu ada impian dan semua orang perlu PERCAYA yang anda mampu untuk capai impian anda..
Dan Alhamdulillah.. Tahun pertama nana bersama Shaklee iaitu tahun 2013, nana mula mampu untuk bercuti ke luar negara walaupun dekat-dekat je..
Tahun 2013 kami suami isteri bersama kawan baik kami, bercuti ke Bandung selama lebih daripada seminggu untuk meraikan anniversary kami yang pertama.. Dan sepanjang kami berada di Bandung, bisnes di Malaysia tetap berjalan seperti biasa kerana semuanya dijalankan secara online.. Segala kos perbelanjaan semasa bercuti sepenuhnya menggunakan bonus shaklee Alhamdulillah
Tahun 2014, tahun yang mencipta banyak kenangan buat kami.. Yang pertama sekali tentunya kerana buat pertama kalinya kami berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.. Bersama-sama dengan suami dan juga kedua ibu bapa nana.. Sebenarnya ini ialah hajat nana daripada awal buat Shaklee.. Hajat nana once dah berjaya, tempat pertama yang nana nak pergi ialah Mekah.. Dan once nana berjaya, nana janji pada diri sendiri nak bawak suami dan parents tunaikan Umrah.. Dan syukur Alhamdulillah Allah perkenankan hajat nana.. Segala kos ibadah umrah kami sepenuhnya menggunakan bonus Shaklee juga :")
Mekah dan Madinah. Indahnya Subhanallah
Moga kita akan terus berada bersama-sama di dalam syurga..
Mak dan Abah yang keletihan selepas selesai saie..
Dan pada tahun 2014 juga impian nana dimakbulkan bila berjaya melayakkan diri untuk mendapat 2 tiket ke US bersama trip 6 bintang yang sepenuhnya ditaja oleh Shaklee :") Syukur Alhamdulillah atas peluang ini.. Memang best sangat bila dapat ke tempat orang, melawat tempat orang.. Dan yang paling best sekali sudah tentu sebab dapat memenuhi impian masa kecil nana.. hehe.. Tak lain tak bukan-----> DISNEYLAND! Sukaaa sangatt bila dapat pergi Disneyland.. Sebab ni lah impian sejak kecik-kecik dulu tau huhuh :")
Disneyland
Dari kecik dulu berangannnn nak tengok castle ni LIVEEEE tau.. Finally dapat Alhamdulillah
Universal Studio
Hollywood Walk of Fame
San Francisco
Tahun 2015, Alhamdulillah baru-baru ini ke Bali untuk bercuti.. Juga perbelanjaan sepenuhnya oleh bonus Shaklee.. :)
Dan akan datang, InshaAllah banyak lagi tempat yang kami nak pergi, dengan izin Allah..
Perancangan tahun 2015 InshaAllah
May---> Australia
November---> Italy
Disember/Januari---> Umrah
Moga apa yang kami rancangkan mendapat restu dan rahmat daripada Allah.. Dipermudahkan oleh Allah dan diberkati oleh Allah..
Nana berkongsi apa yang nana sudah dapat setakat ini bukan untuk anda semua mengagumi nana.. Nana hanya insan biasa yang dipinjamkan Allah dengan nikmat semua ini.. Selebihnya nana nak anda TAHU bahawa TIDAK SALAH UNTUK BERMIMPI..
Kalau dulu nana takut untuk menyimpan impian.. Kini tidak lagi :)
Nana berani bermimpi dan nana juga berani merealisasikan mimpi nana..
Coz, I AM A DREAM CHASER!
Jom semua, kita jadi JUTAWAN ISLAM.. JUTAWAN DUNIA.. JUTAWAN AKHIRAT..
Love,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
aminn.. bestnya.. inspired giler bc kisah kejayaan nana dgn shaklee. doakan ain jugak ye. baru nk serius buat shaklee. =)
ReplyDelete