Wednesday, January 28, 2015

Amalan Menjemput Rezeki yang Tidak Disangka

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semuaaa

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati nikmat kehidupan pagi ini.. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah swt.. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup agar dapat menyumbang lebih banyak lagi kepada masyarakat..

Masih ingat post di wall facebook nana tempoh hari berkenaan dengan amalan menjemput rezeki yang nana amalkan selama ini dan sangat berkesan ke atas diri nana sendiri?

Hari ini nana hendak menunaikan janji nana kepada anda semua :)

Bagi nana, lebih banyak kita berkongsi lebih banyak yang akan kita terima.. Kalau selama ini nana lebih banyak berkongsi dengan anak-anak didik Spectacular nana sahaja, kali ini nana nak berkongsi dengan semua orang..

Kerana kadang-kadang ada ramai SID yang mesej nana bertanyakan tips untuk berjaya dan sebagainya, tetapi nana tak sempat nak jawab.. Bukan kerana nana sombong atau sebagainya.. Tetapi kerana nana ingin FOKUS untuk membantu mereka yang sebenarnya menjadi tanggungjawab nana.. Maka ambil lah daripada apa yang nana kongsikan di wall facebook nana dan di blog nana ya.. InshaAllah nana halalkan segala ilmu yang nana kongsikan di wall facebook dan blog untuk semua :)

Sekadar berkongsi, Alhamdulillah untuk bulan ini sahaja, sales personal nana hampir mencecah RM25,000.. Dan syukur Alhamdulillah nana sendiri berjaya jual berbotol-botol vivix sehingga nana belum sempat nak kira berapa total sebenar hasil jualan nana..

Yang pasti nana percaya dan yakin, ianya ada kaitan dengan apa yang nana amalkan dengan istiqamah sejak kebelakangan ini.. :")

Nana juga percaya, rezeki itu bukan untuk kita cari, tetapi untuk kita jemput.. Rezeki Allah dah tetapkan untuk setiap orang.. Rezeki tidak pernah tersilap tuan.. Tapi kita boleh jemput rezeki itu dengan beberapa amalan.. Banyak sebenarnya amalan menjemput rezeki yang biasa kita amalkan.. Yang mana yang mentor selalu kongsikan.. Tapi yang nana nak kongsikan di sini ialah apa yang nana baru amalkan sejak kebelakangan ini dan Alhamdulillah nana dapat lihat perbezaannya pada diri nana..

1) Ayat Seribu Dinar

Sebenarnya nana baru-baru juga amalkan membaca ayat seribu dinar ni setiap kali selepas solat.. Selama ini nana tahu akan fadhilat doa ini, tapi entah kenapa liat sangat nak amalkan.. Walhal ayat dia tak panjang pun..

And nana start amalkan sejak bulan lepas.. And Wallahi nana sendiri terkejut melihat perkembangan sales sendiri :")

Kalau selama ini sales persendirian bulanan nana hanya mencecah RM10,000 sahaja.. Tapi semenjak dua bulan kebelakangan ini, sales persendirian nana mencecah RM30,000 setiap bulan.. Dan lebih buat nana rasa magik dan sangat bersyukur, organisasi Spectacular turut seperti mendapat tempias yang sama bila sales semua anak-ank didik nana meningkat dengan sangat cemerlang Alhamdulillah


Antara kelebihan mengamalkan Ayat Seribu Dinar ialah

  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Mendapat jalan keluar daripada segala masalah dan kesulitan
  • Mendapat perlindungan daripada segala musibah dan bencana
  • Jika berperang InshaAllah tidak akan cedera binasa kecuali sudah sampai ajal
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan

Dan apa yang nana sendiri amalkan ialah:

Nana amalkan membaca Ayat Seribu Dinar 10 kali setiap kali selepas solat dan 3 kali sebelum tidur

Anda boleh amalkan lebih lagi kalau mahu, tidak rugi apa-apa pun.. Dan ayat seribu dinar ni pun sebenarnya antara ayat di dalam Al Quran iaitu ayat 2&3 Surah At Talaq.. InshaAllah ada ganjaran dan hikmah menanti sekiranya kita amalkan ayat ini InshaAllah :)

2) Membaca Al Quran dengan Istiqamah

Nana akui, sebelum ini nana agak tidak berapa istiqamah dalam membaca Al Quran.. Kadang kala hanya baca sekiranya sempat sahaja.. Sedih dengan diri sendiri.. 

Tapi bermula dari bulan lepas, nana paksa diri untuk konsisten SETIAP HARI untuk mengaji jugak walau busy macam mana pun.. Nana cuba untuk membaca Al Quran setiap kali selepas solat tapi kalau agak sibuk, nana cuba sehabis mampu nana untuk at least sehari 2 kali.. Kalau tak dapat setiap waktu, at least waktu Zuhur dan Maghrib nana wajibkan diri untuk membaca Al Quran at least 2 mukasurat.. 

Dan apabila dah dijadikan amalan, ibarat dah sebati dalam diri.. Bila tak buat rasa tak selesa.. Macam ada yang belum selesai.. Hati rasa tak tenang..

Sekarang ni mudah je sebenarnya nak baca Al Quran.. Even kita boleh install apps dekat dalam telefon dan baca bila ada kelapangan.. Teknologi yang semakin canggih ni sebenarnya memudahkan lagi kita untuk kumpul pahala kalau kita gunakan dengan cara yang betul InshaAllah :)

__________

Sebenarnya amalan di atas ni mungkin dan jadi kebiasaan kepada semua orang.. Mungkin ada di antara anda yang memang sudah amalkan pun.. Tapi nana dapat rasa magik pada diri nana bila nana amalkan secara bersungguh-sungguh dan istiqamah..

Selama ini nana juga amalkan ayat seribu dinar.. Nana juga amalkan membaca Al Quran.. Tapi nana tidak letakkan DISIPLIN pada diri untuk nana amalkan secara istiqamah dan penuh penghayatan.. Nana buat sekadar cukup syarat.. Buat tanpa menghayati fadhilat di sebaliknya.. Buat tanpa perasaan yang penuh pengharapan daripada Allah untuk kita jadi insan kesayangan Allah..

Bila tak istiqamah, ianya susah nak tinggal kesan di hati.. 

Sebab itu bagi nana, dalam apa-apa juga tindakan kita, andai kita lakukan dengan penuh penghayatan.. Kita letak diri kita sebagai hamba.. Kita tahu apa yang kita lakukan dan mengapa kita lakukan.. Kita buat sepenuh hati dengan disiplin dan istiqamah, InshaAllah setiap amalan kita itu kita sendiri akan rasai magiknya.. Percayalah.. 

Walau hanya dengan Zikirullah.. Amalan paling mudah untuk kita dapat pahala yang besar.. Andai kita amalkan dengan disiplin, istiqamah, penuh penghayatan dan memahami maksud di sebalik amalan kita, InshaAllah kita akan dapat rasa magiknya pada diri, InshaAllah..

Berikut nana nak kongsikan beberapa amalan rohani yang memang nana amalkan secara istiqamah selama ini
  • Zikir
  • Dhuha
  • Tahajjud
  • Membaca surah yassin
  • Membaca surat al mulk
  • dan beberapa amalan lain

Tetapi, jangan pula kita lupa.. USAHA itu juga perlu :)

Usaha dan amalan rohani biarlah seiring.. Biar ia menjadi ASBAB untuk Allah beri rezeki kepada kita..

Kerana kita kena pegang, rezeki itu daripada Allah.. Tapi kita tetap perlu usaha kerana Allah suruh kita usaha.. Sebab Allah dah janji, siapa yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya.. Dan janji Allah itu pasti :)

Sekian perkongsian daripada nana.. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat menjadi panduan dan pedoman serta sebagai salah satu cara untuk kita semakin mendekatkan diri dengan Allah.. Segala puji bagi Allah yang mendatangkan ilham dan menggerakkan hati untuk nana berkongsi dengan anda semua..

Semoga kita semua berada di dalam lindungan keberkatan serta rahmat Allah selalu InshaAllah dan mendapat ganjaran pahala dan dimasukkan ke dalam syurga Allah tanpa hisab :)

Tolong doakan segala hajat nana dimakbulkan oleh Allah dan nana doakan hajat-hajat anda juga dimakbulkan oleh Allah Aminn..

Have a nice day people! Assalamualaikum wbt..

Love,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
Building Success Together!

_______________

Pengumuman tambahan :

Promo VIVIX tinggal satu hari sahaja lagi :)

Vivix sesuai untuk anda
  • Yang inginkan KULIT CANTIK, CERAH dan GEBU
  • Berat badan yang IDEAL 
  • Yang ingin BERHENTI MEROKOK
  • Mempunyai ibu bapa yang bermasalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung
  • Mempunyai kenalan atau ibu bapa yang terkena Stroke
  • etc etc
Dapatkan sementara PROMOSI masih berlansung ya sebab ada yang menarik menanti anda!






Nana Macarona
Facebook : Nana Macarona
Whatsapp: 013-3039242



8 comments:

  1. thanks master nana utk perkongsian ini.

    doakan hani berjaya seperti master nana, aminn

    ReplyDelete
  2. tq nana for this great sharing... in shaa Allah murah rezeki nana..

    ReplyDelete
  3. Inshaa Allah, semoga semua impian kita tercapai...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang telah diberikan doakan kami yang baru ini seperti saya berjaya seperti master shaklee sekarang. Dan juga diberi kejayaan di akhirat jua kelak. Amin....

    ReplyDelete
  5. tq nana. btl. byk kelebihan ayat 1000 dinar ni. y pntg yakin dgn kuasa Allah.
    pls follow me jgk :)
    http://www.strawberrykebun.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Tq nana for sharing. Doakan agar nana sentiasa sihat sentiasa.amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...