Thursday, November 22, 2012

Bulan dan Madu

Assalamualaikum wbt...

Lagi 6 hari, genaplah 2 bulan nana menjadi isteri kepada suami tercinta, Ahmad Firdaus. Alhamdulillah kami selamat disatukan dalam ikatan yang halal :')

Actually, after setel wedding haritu, nana memang berniat nak buat review pasal wedding nana termasuklah baju, wedding decor, wedding planner, mua n photogs. Tapi disebabkan kebusyan yang melampau-lampau, maka agenda tu pon tergendala lahh..

Before nana buat wedding review, nana nak story sikit pasal our honeymoon harituh. Sorry terpaksa skip plot, tak mengikut kronologi *sastera* atas permintaan kawan baik nana yang bakal kahwin bulan depan yang jugak nak honeymoon kat krabi. Malas nak taip panjang2 kat whatsapp maka nahhhhh hambek kau mimi! haha. Disebabkan kejadian ni dah lama, plus ingatan nana yang tak berapa baik, banyak makan semut barangkali, so maybe ade beberapa fakta yang nana x berapa sure and nana main agak2 je. Hope membantu lah kepada korang2 yang berniat nak honeymoon kat sana nanti =)

*Amaran: Ini ialah sebuah entry bergambar yang panjanggggg..

Day 1

Alkisahnya, kami terbang ke Krabi dengan menaiki Air Asia beberapa hari selepas selesai wedding belah husband nana kat Melawati. Flight kitorang pukul 2 p.m (kalau x silap hehe)

Amboiii..mementang dah halal :D

Perjalanan flight ke Krabi mengambil masa lebih kurang dalam sejam lebih macam tu. Sesampai je kitorang kat Airport Krabi, dah siap ada driver dah tunggu nak bawak kitorang balik hotel. Masa on the way tu, kitorang cube lah sembang-sembang sikit dengan driver tu. Tapi susah sikit la sebab diorang ni tak fluent sangat la english. Nak borak sikit-sikit tanya nama boleh la. Driver ni baik and friendly sangat tau. Siap berenti kat tepi jalan lagik nak belikan kitorang goreng pisang yang sumpah sedap gileerrr. Perjalanan dari airport ke hotel amek masa lebih kurang dalam setengah jam-45 minit macam tu.

Sesampainya kitorang kat hotel, terus check in. Kitorang stay dekat Arawan Krabi Beach Resort. Setel je check-in angkut barang bagai, i was sooooo excited when i step into the room. Bilik besar and ade private pool. Terus rasa nak lompat masuk pool la la tu jugak. haha


pool tak besar sangat. Tapi cukup la nak berenang kuak lentang 3 pusingan. pui! 



depan hotel ade laut =)


Lepas rehat sekejap, mandi, kemas barang sikit-sikit and solat, kitorang bersiap-siap nak ke pantai Aonang. Actually resort yang kitorang duduk ni jauh sikit dari pekan Aonang. Dalam 15-20 minit perjalanan camtu. Tapi takpe sebab hotel ada sediakan transportation service ke Pantai Aonang 3 kali sehari. 


kitorang naik benda alah ni la



makan kat stall tepi jalan jek sebab ada tanda halal. kat restoran2 tak yakin sebab takde tanda halal 






Aktiviti kitorang kat Aonang just jenjalan, shopping dan makan. Kat tepi pantai Aonang ni ada banyak2 kedai yang jual souvenir, farmasi, restoran dan travel agent. Kalau korang nak buat aktiviti2 kat sini, kena tempah dulu dengan agent die tau. Kalau nak amek under hotel pon boleh tapi maybe harga mahal sikit kot and tak boleh nak bargain. Kitorang takde beli ape2 pon aktiviti untuk esok sebab follow je hotel kitorang punya pakej, 4 Island. And it was for FREE ^__^



Tepat pukul 9, driver hotel datang amek then balik hotel tidooooo....


Day 2

Hari kedua kitorang decide nak follow hotel punya aktiviti, 4 Island/ Island Hopping. Aktiviti ni kalau korang beli kat agent dalam 1800 baht (rm180) macam tu. Tapi disebabkan dah include dalam pakej hotel makanya kami takyah bayar pape. Yay!

After having some breakfast (also included in package), kitorang pon get ready kat tepi pantai tunggu bot sampai. Nana pakai baju mandi siap2 sebab tau dah akan banyak aktiviti air. Luckily mak mertua bagi pinjam baju renang die. Tq Mak! hewhew




Cafe besides the main swimming pool

before

after
kurang hasam candid gambar kite!

hambek balas balik! sorry hubby :D



tepi pantai sementara tunggu bot


dalam bot kecik menuju bot besar

Hotel yang kitorang stay ni ade sediakan bot sendiri. Nana prefer bot macam ni sebab lagi selesa. Bot besar and orang tak berapa ramai. Hanya pelanggan hotel je yang boleh join trip ni. Selain kitorang, ade satu lagi family from China yang join. Diorang sangat friendly and funny. hehe. Even takdela communicate sangat dengan diorang sebab ade sorang je yang boleh cakap english tu pon macam tak fluent sangat, tapi kitorang sangat mesra. Tetibe jadik bff gituu..Over!


hoiii..apesal nampak macam makcik?? sobs


our new friends from China! ^__^




Dalam trip ni, kami akan singgah di 4 buah pulau. Excited!

Pulau pertama yang kitorang jejaki ialah Tup Island!. Sampai2 je sumpah nak menangis rasa sebab takjub tengok keindahan alam ciptaan Allah swt. Rasa kerdil je diri. Subhanallah :')










depan tu chicken island :)



 Subhanallah..jernihnya air :')

Gambar kat atas Chicken Island. Kenapa nama die chicken island maybe sebab bentuk die kot? Tapi nana tengok x macam ayam pon. Macam kura-kura adelah. Patutnye diorang bagi nama Tortoise Island la kot. Skati je iollss!

Nak ke Chicken Island ni kita perlu seberang air laut kat tengah-tengah antara Tup Island and Chicken Island. Mula-mula tu nana cuak jugak, Buatnya dalam air kat tengah tu. Takpon tiba-tiba ade Ombak besar ke hape kan. Nauzubillah. Tapi bila tengok orang lain okey jek seberang. Selamber je sambil lari-lari pon ade.*okey ini tipu. 



air jernih sampai nampak ikan lalu lalang. hemo hemo ikan ni. tak respek langsong kat iollss tau


amboiiii......


husband yang comel! 




xnak bagi beg n towel kena air punye pasal. Hey suami, ingat i ni tiang penyangkut beg ke?




 -___-




siap goggle lagi uols. gaya perenang negara :D

Lepas berenang dengan riang dan gembira sampai muka jadik hitam legam, kitorang dipanggil balik ke bot semual sebab nak pegi pulau lain pulak.

Dalam perjalanan dengan bot tu, tiba-tiba bot tu stop dekat satu kawasan ni. Rupanya kitorang boleh snorkeling kat sini ^__^

This is my first time ever snorkeling. Sumpah ketaq wey. before masuk air tu dah terbayang cemana la kalau ade shark ke kat bawah tu. Pastu kot-kot la safety jacket tu tibe-tibe tak berfungsi lalu tenggelamlah daku. T___T. Tapi rupanya okey jek. ^__^






ewahhh..macam orang bulan la kite yang. hehhe

Sepanjang aktiviti ni, nana rasa macam so-so la..Sebab ikan tak berapa nak banyak. So agak boring. Plus tempat yang diorang bawak tu mcm dalam sangat la. Takde coral ape sangat pon. Plus nana penat berenang(pui). berenang sampai penat tapi tak bergerak ape pon. Boleh? haha. last2 husband yang berenang sambil tolak nana. Kesian suami saya.

Selesai je aktiviti ni, kami bergerak menuju ke pulau terakhir iaitu Poda Island.Eh tadi cakap 4 island, ni baru 3 je? Emangnya gue juga enggak tau sih. Mungkin sebab free so they all skip satu pulau. Keji -__-


disebabkan kelaparan yang amat, kami akhirnya beli pancake kat sini. Lupe nak bagitau, kt Krabi ni mana-mana pegi mesti jumpa pancake. Curlass. maybe sebab banyak tourist mat salleh agaknya










wewwwiiiiiittttttttttt

Personally, nana rasa antara ketiga-tiga island yang kitorang pegi ni, Poda Island lah yang paling cantik pantainya. Air Jernih gila! Warna biru siap. kat pantai pon banyak je ikan lawa-lawa. tak takut orang pon. bagus betol.

Naik je bot, kitorang pon gerak menuju ke hotel semula. Maka tamatlah aktiviti untuk hari ni. Sampai hotel, sambung berendam dalam pool depan bilik pulak. heaven heaven

Petang tu kitorang pegi jenjalan pulak kat pantai Aonang. Pantai Aonang ni bagi nana biasa-biasa je. Lebih kurang PD. Memang tak setanding la pantai kat Poda island and Tub Island. Sombongggg!

muka letih tapi bahagiaaaaaaaaaaaaaa ^___^


Lepas makan, shopping sikit, kitorang pon balik hotel dan tidorrrrrr

Tamatlah hari kedua di Krabi. Nana bagi 5 stars untuk aktiviti harini! <3 p="p">


Rasa macam letih pulak menaip. Sambung next time boleh? haha. Nana akan continue anktiviti hari ke 3,4 dan 5. Antara aktiviti2nya ialah Phi-Phi Island Tour, Elephant Trekking, Emerald Pool and Hot Spring. Stay tunedddd
 Sorry ye terpaksa stop sampai sini. Nak pegi pos barang customer pulak ^__^

Sesiapa yang nak order Shaklee product boleh lah berbuat demikian ye. Boleh lawati blogshop nana Nana BeautyMyth.
Sebarang order sepanjang weekend ni akan menerima harga diskaun dari nana ^__^
Kepada sesiapa yang nak tempah tudung pulak boleh la jenguk-jenguk page nana Hijaabina <3 p="p">

Untuk sebarang tempahan boleh whatsapp/sms 013-3039242. ataupun pm kt facebook/nana macarona.

Till then,
Salam

Wednesday, November 21, 2012

Doa Untuk Gaza

Assalamualaikum wbt..

Di saat kita sedang lena tidur, saudara kita di Gaza bertarung dengan nyawa di sana. Sedih sangat rasa bila melihat berapa ramai orang-orang awam yang meninggal dunia dengan keadaan yang sangat ngeri. Nauzubillah! Kadang-kadang saya tak sanggup nak bukak newsfeed kat facebook sebab tak nak tengok post2 gambar rakyat2 Gaza yang meninggal dunia. Hancur hati bila kenangkan betapa kita tak mampu berbuat apa-apa untuk melindungi mereka. Ralat sangat rasa. Hanya doa yang mampu saya kirim agar penderitaan mereka segera tamat. Amin


Subahanallah..walaupun meninggal dunia dalam keadaan ngeri, tapi korang perasan tak muka setiap mangsa jernih je. Alhamdulillah..syurga lah tempat kalian :')


Kita memang tak mampu nak pergi Gaza untuk berperang. Kita tak mampu nak halang si Durjana Zionis untuk hentikan serangan demi serangan. Tapi kita mampu membantu dari jauh. Kita mampu menitipkan doa buat mereka. Kita mampu menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.


Selain itu, nana nak seru jasa baik kalian, sahabat-sahabat nana untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada Palestin. Sebenarnya, kalau korang nak tahu, rakyat palestin ni semuanya kaya tau. Tapi diorang tak dapat guna pon kekayaan diorang tu. Sebab apa? sebab Zionis dah kawal semua urusan ekonomi negara Palestin. So tak ada apa pon yang diorang boleh buat dengan kekayaan tu. Macam mana diorang nak makan, minum dan menjalani kehidupan seharian?? Dengan hasil bantuan yang disalurkan satu dunia la..
Sememangnya diakui tidak semua bantuan tu akan sampai ke tangan mereka. Tapi apalah salahnya kiranya kita cuba sedaya upaya berusaha membantu. Manalah tahu di antara beribu-ribu bantuan yang disekat, bantuan dari kita yang berjaya sampai ke tangan mereka kan :')

Untuk sebarang sumbangan, sila salurkan kepada

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95



                                                       Ataupun



Dan juga,

Tabung Kecemasan Bantuan Perubatan Gaza (GEMA)

Account Name: Islamic Relief Malaysia
Bank Islam 12029010065643
Maybank 562142708704 
CIMB 12590000804058

Target = USD1m (RM3.07j)
RM30 x 102,500 orang || RM50 x 61,400 orang || RM100 x 30,700 orang || RM200 x 15,350 orang


Ingat, pembebasan rakyat Palestin adalah tanggungjawab kita bersama. Demi agama islam yang tercinta. Bantulah saudara kita di sana! :')

Allahu Akbar!

Tuesday, November 20, 2012

Nana BeautyMyth

Assalamualaikum wbt..

Mesti korang tertanya2 kan ape kebenda la tajuk entry kali ni? tak tertanya2 pon ke? ok finee
Bismillahirrahmanirrahim...Dengan ini, nana nak introduce my new blogshop which is Nana BeautyMyth. Syukur alhamdulillah akhirnya terhasil jugak blogshop nana ni. Niat nak buat blogshop ni dah lama actually. Ye lah, kalau boleh nana tak nak campur adukkan semua benda dalam satu blog. Karang bukan korang je pening, nana pon pening jugak. Dah macam rojak pon ada. Kat sini lah nak share lifestory, kat sini jugak lah nak share makeup portfolio, Shaklee product and tudung Hijaabina. Dah macam tak tetap pendirian pulak kan. Haha

So, disebabkan itulah maka terhasilnya blogspot ini :) Nana nak jemput semua menjenguk blog baru nana ,Nana BeautyMyth. Di sana nanti nana akan berkongsi beberapa produk yang terbaik dan terbagus untuk kecantikan dah jugak kesihatan especially produk2 SHAKLEE ^__^



Ape nak buat pulak dengan blog ini?

Haaaaa..errr...err..entah! tapi for sure akan jadi blog yang santai2 dan rilek2 jela..Insyallah nana akan share a few things about myself. Since ade ramai kawan2 yang tanya about my wedding haritu, Insyallah nana akan share jugak. Bila tu tak pasti hehe

Harapnya korang sudi2 kan lah melawat blog baru nana ye :)


Andddddddddd..lagi satu. Baru2 ni nana ade launch satu page baru iaitu Hijaabina. Dekat page ni pulak, nana menerima tempahan untuk custom made shawl khususnya untuk perkahwinan, pernikahan, pertunangan dan apa2 majlis. Sila lah like ye jangan malu2 ^__^


 Shawl Malaeka dari Hijaabina :)

Ehemm..korang perasan tak pape perubahan kat blog ni? Winkwink**A big thanks to my husband tolong design semua ni. Kalau harapkan haku si buta it ni alamatnye sampai beranak pinak la blog ni jadik blog tahapentah..hehehe

Ok lah..sampai sini dulu..nak pegi post office pos barang customer =)

Till then Assalamualaikum =)




Wednesday, October 31, 2012

Testimoni sendiri: Shaklee Alfalfa Complex

Assalamualaikum w.b.t..

Hye semua! Harini cuaca ala2 romantik je sepanjang hari. Mata ni dah kena tongkat dengan mancis dah gamaknye nih. Tapi demi nak share info n ilmu dengan uolls semua, nana tahankan jugak. Ayat tu memang x boleh blah sgt kan? hahaha

Kali ni nana nak share satu lagi testimoni produk Shaklee yang nana dah cube almost 2 months. ALFALFA COMPLEX!

Korang semua mesti ade yang tak tahu menatang hape lah si Alfalfa ni kan. Sudahlah nama pon pelik, nak sebut pon payah. Tapi kalau korang nak tau, Alfalfa tu ialah satu perkataan dari bahasa arab yang bermaksud "Raja Segala Tumbuhan".



Baca dah? okey bagus. Kalau malas sangat nak baca omputih kat atas nuh, meh la nana explain in BM. 

1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan haria
n
tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5. Memberi kelegaan semasa haid
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan
buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan



Ini testimoni nana sendiri:

Nana dah consume Alfalfa Complex ni selama 2 bulan lebih. Iaitu sebulan sebelum perkahwinan nana tempoh hari. Actually, dulu nana ada mengalami masalah keputihan yang agak teruk. Segan jugak nak share. Tapi kalau ni boleh membantu semua wanita di luar sana why not kan? Dulu susah sikit la kalau nak solat sebab solat kita tak sah if ade keputihan sebab keputihan tu adalah najis. Bila pakai pantyliner pulak, keputihan akan semakin teruk. Dengan tarikh perkahwinan yang semakin hampir. Tensen gile beb. Nana pon mengadu la kat kawan nana si Mimi tu haa..Die la yang suggestkan nana amek Alfalfa Complex ni. nana pon cubela dengan harapan akan elok keputihan nana tu. Sehari nana amek dalam 10 biji alfalfa. And then, tak sampai seminggu nana dah rasa masalah keputihan nana semakin berkurang and nana dapat rasa yang rahim nana terasa sihat. Ayat vavavomm kan? but seriously, rasa macam ringan and sihat je kat area bawah pusat nana. Tak reti la nak explain cane. Korang cuba jela imagine ek. :D 


So, Alfalfa sangat membantu dalam mengatasi masalah keputihan nana and menSAHkan solat nana. Why not kita cuba sedaya upaya menjaga kesempurnaan solat kita dengan baik. Betol tak?

Alfalfa ni didatangkan di dalam 2 saiz BOTOL iaitu Small and Large. Small ade 330 bijik manakala Large ade 700 biji..sehari pulak harus diambil sekurang-kurangnya 5 bijik. Sesiapa berminat boleh pm nana kt fb/whatsapp 013-3039242..



Sekian, sampai sini je perkongsian nana harini. 

Till then, Salam :)

Tuesday, October 23, 2012

Raya Korban Sale! ^___^

Hello y'all!

Sempena Raya Korban yang bakal menjelang tiba ni, nana nak buat a very Big Saleeee...yeayyyyyyy!!



Produk2 yang terlibat..cewah!

1) Sustained released Vita-C

Vitamin C ni as we all know, is a supplement u MUST take everyday. Ianya berfungsi untuk mencerahkan our skin tone, atasi kulit kering dan mengelupas dan juga atasi sinus and kuatkan imune system.sebotol mengandungi 180 biji

2) Vita-E Complex

Vitamin E berfungsi mengatasi kekeringan kulit 2 kali ganda lagi bagus, bebas radikal, membantu dalam perhubungan suami isteri, menghilangkan parut etc etc. banyak lagi khasiat die..boleh baca kt entry nana yang lama-lama..teheee sebotol ade 120 biji

3)Energizing Soy protein

Esp ni bagus untuk ibu2 yang tgh breast-feed. Dia akan membanyakkan lagi air susu.. Melimpah ruah uolls!
Lagi satu yang bagusnya, ESP ni jugak elok untuk menggebukan kulit, kulit akan semakin berseri serta anjal, kuatkan memori dan memberi tenaga segera. I tin tu boleh tahan lama tauuuuu

4) Herb-lax

Ini ialah salah satu produk fav nana! Ianya berfungsi sebagai detox. Makan seminggu sekali/2 kali je..sebotol pulak ada 120 biji..jimat tak??
cara pengambilannya, makan 4 biji malam esok nah kau! segala sampah sarap semua keluar. hehe.
bagus untuk jaga kesihatan usus..bila semua keluar, perot buncit pon tiadalah lagi..yeay yeayyyy

5)Lecithin

Ni pulak bestfriend kepada Herb-Lax. hehe Lepas kau dah buang segala mala yang tak diperlukan kat dalam perut nuh, sekarang kerja Lecithin pulak nak pecahkan semua lemak lemak degil tu. pastu kalau rajin buat sit-up sikit2..kalau rajin lah..thennn..tadaaaa..bye bye bunshit!

Okay..ringkas kan penerangan harini? hahaaa..itu tandanya suri rumah tangga ini busy membusykan dirinya dengan kerja kerjanya..hahaa

berminat boleh pm kt fb, whatsapp 013-3039242 :))

Friday, September 14, 2012

Perhatian Perhatiaaannnnnnnn!!

Assalamualaikum wbt

Hye korang! siapa belom tidur tak payah angkat tangan, tapi jom baca entry penting nana nih okey. hehe

Actually nana ade special announcement nak buat hari ini..Macam semua orang sedia maklum, nana ada menjual supplement untuk kulit dan kesihatan iaitu Vitamin C dan Vitamin E. Alhamdulillah dah masuk 2 bulan nana menjual supplement yang sangat bagus ni, dan syukur sangat-sangat feedback yang nana terima teramat lah memberansangkan..Most of my customer semuanya berpuas hati..And ramaiiiii yang repeat order dengan nana lepas rasa sendiri keberkesanan supplement jualan nana ini..Thank you sooo much! :')

Apa-apa pun, suka nana nak ingatkan bahawasanya jangan sampai taksub mengatakan bahawa supplement nana ni yang menyembuhkan masalah2 kulit anda semua. Sesungguhnya hanya dengan izin Allah SWT lah, maka berkesanlah supplement ini untuk korang semua :)

Tapi nana still masih belum berkongsi dengan umum BRAND supplement jualan nana ni kan? Actually kebanyakan customer yang bertanya kepada nana semua DIBERITAHU brand supplement jualan nana ni sebab nana tak kan pernah berselindung ape2..cuma nana tak nak orang lain salah faham cakap nana jual fake produk ke ape kan.

So...dengan lafaz Bismillah nana nak announce yang selama ini produk yang nana jual ialah brand shaklee
Nana tak pasti korang semua pernah dengar atau tak mengenai produk ini..Tapi nana yakin and percaya ramai yang memang yang familiar dengan jenama ni sebab jenama ni memang femes :)

Untuk pengetahuan semua, nana adalah pengedar sah Shaklee and ID nana ialah 893893 :)





Soooo..untuk semua yang rasa ragu2 dengan jenama supplement jualan nana, tak perlu rasa macam tu lagi okey sebab jenama ini memang sudah terbukti berkesan, halal dan selamat ke atas kebanyakan customer nana..:)

Untuk pengetahuan semua jugak, nana bukan sahaja menjual Vitamin C dan Vitamin E tetapi juga semua jenis supplement under shaklee..Semuanya akan nana kongsi dengan anda semua dari semasa ke semasa k..Semoga perkongsian nana ini akan membawa manfaat kepada kita semua. Amin :)

Untuk sesiapa yang berminat membeli supplement vitamin c, vitamin e atau lain2 ataupon sesiapa yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh la pm nana kat fb nana macarona ataupon sms/whatsapp/viber/line 013-3039242

Till then, Goodnight! <3 p="p">

Friday, September 7, 2012

Khasiat Vitamin E untuk kulit dan dalaman

Hye Assalamualaikum w.b.t

Wahhhh..kemain tajukk. Kelas kau nana. Before ni seperti semua sedia maklum, nana ade share satu supplement yang bukan main bagus lagi, tak lain tak bukan vitamin C.
Tapi kali ni nana nak share satu lagi jenis supplement yang tak kurang bagusnya jugak, iaitu VITAMIN E.
mari nana kongsikan sedikit info mengenai vitamin ni yang nana amek dari abang google.



Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Namun, yang menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Khasiat Vitamin E

  • -Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • -mencantikkan dan menampakkan wajah lebih muda dari usia. pengambilan yang berterusn akan mampu menghilangkan kedut, parut dan jeragat.
  • -Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  • -Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  • -Anti oksidan.
  • -Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  • -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • -Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • -Menyelesaikan masalah kelesuan.
  • -Mengurangkan risiko parut yang besar.
  • -Merendahkan kadar kolesterol.
  • -Membantu mencegah kanser.
  • -Merendahkan risiko katarak.
-Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.


Okey, tu dari apa yang nana google lah kan. Ni bukan nak gebang ye, ni kisah benar. Sejak nana mengambil supplemen vitamin c selama dekat lebih 2 bulan ni, memang banyak sangat kesan positif yang nana nampak tau. perubahan2 yang bukan nana seorang saja yang perasan, tapi jugak orang di sekeliling nana. berbunga lah kejap kan hati kalau encik bakal suami tu tegur n puji sikit. HAHA 

AKAN TETAPIIII.. semenjak nana mengambil vitamin c plus vitamin e ni, makin terasa perubahan die..yang paling ketara tu, bila bangun tidur, kulit rase fresh je tak macam dulu2..bangun tido kulit rase beminyak..lagi satu, kulit terasa makin lembut dan licin..kiranya lepas makan vitamin c dah okey, tapi after tambah dengan vitamin e ni boleh rasa die bertindak lagi cepat especially part parut2 degil tu. In simple words, nana boleh kata yang vitamin C ni membantu untuk memutihkan kulit, melembapkan kulit, menghilangkan parut, mengurangkan resdung dan sembelit. manakala perubahan yang nana dapat rasa selepas makan vitamin c dan vitamin e ialah kulit semakin lembap dan licin, parut semakin cepat hilang 2x ganda cepatnya, kulit rasa fresh.

Daripada pembacaan nana, vitamin e ni juga bagus untuk pasangan yang sudah berumah tangga. tapi yang tu tak boleh share testimoni lah lagi kan sbb belom kahwin. kui3

Lagi satu, pengambilan vitamin C dan vitamin E ni jugak boleh mengelakkan sunburn..tambah2 kita kat malaysia ni beriklim khatulistiwa kan..rase macam tak nak keluar2 rumah je rase sebab tak nak kena panas. huhu. tapi nak buat cane kan, nak xnak kena jugak. so pengambilan 2 jenis vitamin ni boleh bertindak sebagai pelindung kulit kita..

ini contoh vitamin e yang nana war-warkan sebentar tadi




cara pengambilan vitamin E ni ialah sehari sekali. so untuk sebulan 30 biji.

sesiapa yang berminat boleh lah  hubungi nana di 013-3039242
whatsapp, line, viber etc ye
msg tu kalau boleh xyah la..haha.. tapi kalau no choice boleh la
ataupun korang semua boleh pm nana kt fb nana

okey lah, sampai sini je okey
till then
salam





Wednesday, June 13, 2012

Makeup Tunang Syahda

Assalamualaikum w.b.t

Makeup untuk syahda si gadis comel ni dekat Bangi..
Tarikh dah tak ingat sebab dah lame hehe

Tak sempat nak bebel-bebel, jom layan gambar je

 before

after




Congrats syahda on your engagement..Thanks for hiring me! ^^

Till then, daa!

Sunday, June 10, 2012

Tips untuk B2B

Hello Assalamualaikum..

Sekarang ni, rata-rata orang di sekeliling nana ramai yang sudah melangkah ke gerbang perkahwinan..Kawan2 pon makin ramai yang dah tak single..Al-maklum lah semua dah habis belajar dah kerja..Pulak tu dah jumpa pilihan hati..Tunggu ape lagi ye tak?Alhamdulillah..Nana tumpang happy dan bersyukur :) Tahniah nana ucapkan kepada semua kawan2 yang sudah berkahwin :)

Pada kali ini nana nak cuba berkongsi pendapat peribadi nana untuk bakal2 pengantin atau lebih glemer lagi dipanggil B2B tentang YA dan TIDAK untuk majlis perkahwinan anda..


Antara YA untuk majlis anda :-


1. Warna-warna yang tengah IN untuk majlis perkahwinan pada musim ini ialah



pink fuschia


Gabungan pink turquoise


Tiffany Blue


purple 

And yang paling latest skali

Hijau Emerald

2. Anda sudah boleh melupakan trend kasut tiga segi yang ade jahit labuci2 kat depan tu.. Apa kata cuba 
    menggayakan kasut seperti INI




Katakan TIDAK kepada ini


Tapi ape2 pon gaya kasut macam ni stilll boleh diaplikasikan sekiranya pengantin mengenakan busana seperti songket n yang ala2 melayu klasik gituu

3. Terdapat segelintir pengantin yang suke untuk DIY majlis perkahwinan sendiri..Tak salah ye kawan2..Malah kita akan berasa sangat puas hati kalau dapat buat majlis sendiri dengan idea+kudrat+ape2 jela yang diusahakan sendiri..Sebagai contohnya, pengantin yang spesis2 kreatif yang suke sangat DIY sampaikan pelamin pon nak pasang sendiri, hantaran nak gubah sendiri, manik2 kat baju nikah pon nak jahit sendiri, cenderahati nak bagi kawan2 rapat pon nak buat sendiri..(ehemm I terasa Uollss.kecik hati dengan diri sendiri) Sesungguhnya benda macam ni bagussss sangat! 1st kepuasan yang di tahap maksima. 2nd, jimat pon jimat..Takyah nak upah org buat semua tu..

TAPI nana nak ingatkan kat sini, setiap manusia ada kudrat masing2..Tanya pada diri, mampu ke kite buat semua tu sendiri? Nak sangat DIY semua benda, last2 tido pukul 5 pagi padahal esok pagi dah nak nikah and sudah pasti kite perlukan rehat yang cukup untuk majlis pada hari berikutnya..huemm huemmmmm

Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk B2B yang lain. Kita sangat memerlukan tenaga yang secukupnya untuk sepanjang majlis nanti ya..So, please buat ape2 pon ikut kemampuan diri..Tak salah korbankan sikit duit asalkan nanti malam before nikah tak kelam kabut bagai..Tak pon, mintak tolong pada adik beradik atau sedara mara untuk gotong royong siapkan ape yang patut..B2B HARUS tido awal untuk mengelakkan mata panda pada keesokan harinya yang bakal memberi kesusahan kepada MUA macam saye untuk cantikkan awak2 semua..hehe

4. Spa dan B2B memang tak dapat dipisahkan. Setuju? Kebanyakan bakal2 pengantin especially wanita sanggup mengeluarkan sedikit belanja demi untuk kelihatan cantik dan berseri di hari istimewa nanti.. Namun begitu, suka nana nak ingatkan di sini bahawa, rawatan spa seperti facial atau yang melibatkan bahagian WAJAH haruslah dilakukan at least seminggu before majlis. Bukan apa, selalunya after facial, kulit muka kita tend to be very sensitive and akan jadi merah-merah sikit. Anddd selalunya after facial nanti mula la nak keluar jerawat batu la jerawat pasir la ntah hape lagi la. So, better kalau nak buat facial tu biarlah dalam seminggu before majlis. Tapi harus jugak nana nak ingatkan kat sini, seeloknya jugak, rawatan spa ni dilakukan dalam masa 3 bulan sebelum majlis. Kalau nak afdal 3 kali sebulan. Kalau bajet tak cukup sekali sebulan pon boleeyyyy

5. Nana nak ingatkan untuk semua B2B dan juga pada diri nana sendiri. Never compare our wedding to others. Jangan bila orang lain nak buat majlis grand kita pon nak majlis grand. Orang lain nak buat nak hire designer hebat2 kite pon nak. Konsep dia kat sini, ukurlah baju di badan sendiri.

Nana mengaku, kadang2 perasaan nak merealisasikan impian perkahwinan idaman memang meluap-luap. Kawen pulak sekali seumur hidup. Boleh menangis woo if tak dapat ape yang kita impikan T___T
Tapi sanggupkan kita menyusahkan bakal suami, diri sendiri dan keluarga dengan kehendak sendiri? Sanggupkan kita kalau benda ni bakal menjadi ungkitan di masa depan. Kalau sememangnya mampu, dipersilakan. Tapi sekiranya tak mampu, wajarlah kita membuat majlis seadanya sahaja :)

Actually, majlis yang grand tak semestinya memerlukan bajet yang besar. terpulang kepada kreativiti dan kebijaksanaan masing2..pilih vendor yang berpatutan dengan bajet anda. Tak pon hire wedding planner yang bijak supaya majlis impian anda dapat direalisasikan bersesuaian dengan bajet. Senang kira, korang amek je nana jadi Wedding Planner..habis cerita..sempat promot uollss haha


Okeylah, rasenye sampai sini dulu nana berceloteh berkongsi idea..Actually nana akan bercuti sepanjang bulan 6 ni dari kerjaya sebagai QS..bulan 7 im gonna start my work in a new place. Semangat! ^^

*counting days*
semoga Allah permudahkan segalanya..amin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...