Di saat kita sedang lena tidur, saudara kita di Gaza bertarung dengan nyawa di sana. Sedih sangat rasa bila melihat berapa ramai orang-orang awam yang meninggal dunia dengan keadaan yang sangat ngeri. Nauzubillah! Kadang-kadang saya tak sanggup nak bukak newsfeed kat facebook sebab tak nak tengok post2 gambar rakyat2 Gaza yang meninggal dunia. Hancur hati bila kenangkan betapa kita tak mampu berbuat apa-apa untuk melindungi mereka. Ralat sangat rasa. Hanya doa yang mampu saya kirim agar penderitaan mereka segera tamat. Amin
Subahanallah..walaupun meninggal dunia dalam keadaan ngeri, tapi korang perasan tak muka setiap mangsa jernih je. Alhamdulillah..syurga lah tempat kalian :')
Kita memang tak mampu nak pergi Gaza untuk berperang. Kita tak mampu nak halang si Durjana Zionis untuk hentikan serangan demi serangan. Tapi kita mampu membantu dari jauh. Kita mampu menitipkan doa buat mereka. Kita mampu menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.
Selain itu, nana nak seru jasa baik kalian, sahabat-sahabat nana untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada Palestin. Sebenarnya, kalau korang nak tahu, rakyat palestin ni semuanya kaya tau. Tapi diorang tak dapat guna pon kekayaan diorang tu. Sebab apa? sebab Zionis dah kawal semua urusan ekonomi negara Palestin. So tak ada apa pon yang diorang boleh buat dengan kekayaan tu. Macam mana diorang nak makan, minum dan menjalani kehidupan seharian?? Dengan hasil bantuan yang disalurkan satu dunia la..
Sememangnya diakui tidak semua bantuan tu akan sampai ke tangan mereka. Tapi apalah salahnya kiranya kita cuba sedaya upaya berusaha membantu. Manalah tahu di antara beribu-ribu bantuan yang disekat, bantuan dari kita yang berjaya sampai ke tangan mereka kan :')
Untuk sebarang sumbangan, sila salurkan kepada
Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
Ataupun
Dan juga,
Tabung Kecemasan Bantuan Perubatan Gaza (GEMA)
Account Name: Islamic Relief Malaysia
Bank Islam 12029010065643
Maybank 562142708704
CIMB 12590000804058
Target = USD1m (RM3.07j)
RM30 x 102,500 orang || RM50 x 61,400 orang || RM100 x 30,700 orang || RM200 x 15,350 orang
Account Name: Islamic Relief Malaysia
Bank Islam 12029010065643
Maybank 562142708704
CIMB 12590000804058
Target = USD1m (RM3.07j)
RM30 x 102,500 orang || RM50 x 61,400 orang || RM100 x 30,700 orang || RM200 x 15,350 orang
Ingat, pembebasan rakyat Palestin adalah tanggungjawab kita bersama. Demi agama islam yang tercinta. Bantulah saudara kita di sana! :')
Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment