Sunday, September 11, 2011

Make Up Bertandang Zura,Semenyih

Hello Assalamualaikum

Phewww..dah lame tak make up akhirnya kupegang jua berus2 ku itu. haha
Sepangjang bulan ramadhan lepas nana memang tak amek sebarang tempahan make up.
Mak penat puasa noks!
Naseb skill tak berapa nak hilang. Ceh! :D

Baiklah, customer kali ni ialah kak zura yang nak servis make up untuk majlis bertandang beliau.


before



after




macam tak lengkap lak entry kat blog ni kalau takde gambar ai skali kot kan :D




malu la nak pandang kamera.

ceh!

Okey la, sampai sini je untuk kali ni.
thank you so much kak zura and family! :))

Esok dah start semester baru untuk semua student IPTA seluruh malaysia.So, selamat kembali belajar ye kawan2.Neves lak rase dah masuk semester last. Lepas ni dah boleh keje. Harapnye habis on time lah ye. Doakan saye doakan saye! heheee

Azam semester baru:
1.study rajin2
2.full attendance :D
3.siapkan thesis dengan segera!! ni paling penting oiiiii
4. berjimat cermat! ni pon penting! no more on9 shopping :D
5. kurangkan stress sebab benda2 takde kaitan dengan pelajaran. So, awas kepada sesape yg nak cari pasal.akan ku nyahkan kau dari hidupku buat selamanya. cewah!


Besar harapan untuk lulus cemerlang degree ni. Doakan saye! amin :)

goodnight people, assalamualaikum :)



Monday, August 29, 2011

Beauty tips~ untuk kelihatan cantik di pagi raya ^__^

Hello Assalamualaikum..

Dah lama blog ni sunyi sepi je tak berupdate kan? al maklum la..sepanjang ramadhan ni nana tak amek sebarang tempahan untuk make up sebab nak fokus beribadat (sejuk hati mak kalau terbaca) haha..joke!

Tapi sebenarnye blog ni bukan lah sekadar untuk update my make up jobs je.Tapi untuk berkongsi sebarang beauty tips dengan readers :)

Kena update cepat2 sebab kejap lagi nak start masak-masak dengan mak n kakni..tak leh mengelat la tahun ni, sebab tinggal nana dengan kakni je untuk tolong mak..sebab kakcik beraya rumah mertua..T__T

Psstt, entry ni untuk wanita sahaja. lelaki toksah sebok nak baca. Kang mula la rase menyampah apesal pompuan ni obses sangat nak cantek. like i care. :D

Okey, untuk kelihatan cantik menawan cun melecun malatoppp giteww di pagi raya, there are several tips for you guys ^___^

1. Facial wajah sekurang kurangnya 3 atau 4 hari sebelum raya

Sesetengah orang berpendapat bahawa facial wajah ni harus lah dilakukan di salunkecantikan atau pun spa. Eh tak semestinya la kawan-kawan..Sebenarnye anda masih boleh melakukan facial wajah even kat rumah pon. Memang la tak se'best kalau nak dibandingkan dengan facial kat salun. Tapi hasilnya still sama dan menjimatkan masa. =)

Alah..bukan susah sangat pon..Kat sini nana nak bagi tips facial yang simple untuk korang :)) 1st, cuci muka dengan pencuci muka pilihan hati mahupun wajah korang. Then scrub muka pakai mane2 scrub yang serasi dengan kulit wajah korang. Macam nana, nana selalunya akan guna sama ada St ives Apricot Scrub tak pon Terra Ayu Rice Scrub. Dua-dua ni memang best sangat2 sampai bila nak guna tu jenoh berperang dengan perasaan nak guna scrub yang mana satu :D


St Ives Apricot Scrub

Sesudah selesai aktiviti menyental wajah dengan scrub, korang boleh urut2 muka dengan any sensaoil mahuppun aromatherapy massage oil.. Tapi sebenarnye kalau korang rajin sesangat boleh la kan. Kalau malas macam nana boleh je skip step ni :D

Selepas itu, korang haruslah menggunakan mask. Kenapa perlu guna mask? Sebabnye, mase korang scrub muka korang sebentar tadi, korang sebenarnya dah bukak pores yang ada di wajah korang. So dengan menggunakan mask, korang kirenya nak kecilkan la semula pores yang terbuka sebentar tadi. Mane boleh biar, karang makin banyak kotoran terkumpul.

Fyi, facial masks come in various forms. So pilih yang sesuai dengan kulit korang lah ye? Macam nana, nana ade beberapa jenis facial masks, St Ives Clay mask, Terra Ayu Yogurt Mask. Tapi selalunya nana malasss sangat2 nak bancuh mask tu tak pon malas nak sapu dekat muka. So usually i will choose to use tissue mask atau pon facial sheets mask..ikot suka la u nak panggil ape pon. haha

senang, lepas pakai, tido kejap, bangun tanggalkan dan boleh sambung tido semula. haha

2. Segarkan wajah dan kurangkan berminyak

Selalunya malam sebelum raya, kita semua especially anak-anak dara yang rajin macam i ni, haruslah tido lambat sebab nak setelkan semua kerja sebelum pagi raya. So dah tentu tentunya tido tak cukup and akan bangun keesokkan harinya dengan mata yang sembap dan kulit yang kusam. 

Untuk mengatasi gejala-gejala yang tak best ini, pagi-pagi esoknya sesudah mandi, ambil kapas muka, basahkan dengan air mawar dan tekapkan di mata selama 10 minit. Wah , mana pulak nak cari air mawar ye? jangan kuatir, guna air sejuk pon boleh. hehe

Selain tu, untuk segarkan wajah sebelum make up, korang boleh try sapu wajah dengan seketul ais. Tak yah lama sangat pon takpe, kang beku lak muka. Ais ni bagus bukan saja untuk segarkan wajah, Tapi jugak untuk kurangkan minyak di wajah dan membuat make up tahan lebih lama :)

3. Make up yang simple but nice :)

Oleh kerana nana ni make up artist, orang selalu ingat nana ni suka sangat make up tebal-tebal. Eh tak betul tu. Nana suka make up yang simple and natural look je sebenarnye. Make up orang boleh la tebal-tebal because, for me, simple is beautiful, less is more..=)

Sebelum make up, eloknya sapu la wajah dengan pelembap/sunblock/any base yang menjadi pilihan hati korang ye.Sesudah itu, korang boleh la apply foundation secara rata ke seluruh wajah. Jangan sesekali ditinggalkan loose powder ye kawan-kawan..and lastly, jangan lupa untuk menggunakan compact powder as u know it will give a smooth look to ur face :)

Dah setel basic sume, korang boleh lah start melukis wajah korang secantik dan sesimplenya..jangan lupe eyeshadow, blusher and lipstik..kalau rajin boleh lah buat shading bagai.. Tapi kalau malas macam saye, make up simple2 je sudeh..hihi

Actually banyak jugak orang mintak nana buat tutorial make up di pagi raya. Tapi tu la..disebabkan beberapa kekangan yang terlampau, terpaksa la tangguhkan niat baik tersebut..(padahal malas) hehe

Alamak mak dah panggil.


Okey lah, di kesempatan ni jugak nana nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.. :) Andai ada salah dan silap, dengan penuh rasa rendah diri nana nak mintak maaf dari hujung rambut sampai la hujung kaki.

nak pegi masak, okbai!





















Tuesday, August 16, 2011

Kecantikan Wanita Solehah


Wanita solehah itu,
Aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Keayuan wanita solehah itu,
Tidak terletak kepada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu,
Tidak terletak kepada kemanjaannye,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan kepada kemanisan bicaranya yang bisa menggoncang iman.
Dan bukan juga terletak kepada kebijaksanaanya bermain lidah dan memujuk rayu.
Kepetahan wanita solehah itu,
Bukan terletak kepada barang kemas dan perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan bahawa wanita yang cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyinari alam,
Akal mengatakan bahawa wanita cantik atas kebijaksanaan dan kemajuan dalam ilmu pengetahuan,
Hati mengatakan bahawa wanita itu cantik hanya pada akhlaknya.

Wahai wanita,
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jagalah dan pentingkanlah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,

Wahai wanita,
Jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada yang lebih berpengetahuan daripadamu,

Wahai wanita,
Jangan pula berdukacita di atas kekuranganmu,
Kerana ada insan yang jauh lebih malang dari dirimu,

Wahai wanita,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana sudah tertulis akan siapa muslimin yang memilihmu
Muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut kepada kecantikan luaran wanita semata

Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah...

Monday, July 11, 2011

Make up pertunangan wawa

Hye Assalamualaikum. Ahad lepas nana make up utk majlis pertunangan wawa dr rawang :) wawa ni nampak sgt awek muda n comel :)

sembang lebat tak mau, jom layan gamba







teringin lettew :D



mak oi..kau takleh pucat lagi ke nana?


okey la.sampai sini je..
thanks wawa for having my service :)
semoga berkekalan sehingga akhir hayat

^___^





Thursday, July 7, 2011

Make up dinner Kak Aliah

Ahadnye pulak make up kak aliah dekat PJ..kak aliah agak pemalu so xde gamba before make up.hee
Anak kak aliah sangat comel and talkative..selalu cakap kak nana pretty :D oh adik, kakak sangat sukakanmu.cepat la membesar ye.hahahha





lastly, thanks kak aliah sebab pilih nana,..terharu dengan layanan yg sgt baik macam kakak sendiri :)
sangat sukaaaa anak kak alia..hehe

ok la..cukup la tu kot..next time update lagi..hehe
nyte ppl ^^


make up dinner Kak Shuhada

Lepas je make up wanie dekat cheras, terus bergegas ke selayang pulak untuk make up kak ada..phewwww~
Kak Ada ni nana dah kenal lama jugak la..sebab penah make up kan sepupu2, sepupu ipar and adik kak ada..:)) big thanks to kak ada and famili sebab selalu percayakan nana..^^

before


sobss..pendek sgt sampai kak ada kena tundukkan badan T__T




when nana meets nana =)

comel sangat adik ni..and sangat suke bergambar mcm kak nana die jugak :D





thanks kak ada for believing in me :)

Make Up Tunang Wanie

Hello hye assalamualaikum w.b.t

kali ni make up pertunangan wanie dari cheras
wanie ni sangat comel even sebelum make up..suka sangat make up wanie sebab dah sedia cantik :)

before

after















cantek kan wanie ni :)

btw, thanks wanie 4 choosing me on ur big day :)
semoga berkekalan ye..:))



all photos taken by my friend, (ahmad firdaus).he is very good in photography! :) sesiapa mencari fotografer untuk sebarang majlis boleh contact beliau ye :)


mekap nikah shiela

Berkurun tunggu nak update blog ni..haihhh..busy bebenor semenjak kerja ni..(alasan :D)

Kali ni make up untuk pernikahan sis shiela..she is so nice and prettayyyyy <3

before

after



thanks sis for believing in me
semoga berkekalan sampai akhir hayat :)

Tuesday, June 14, 2011

Make Up bertandang Siti Aishah

Hye Assalamualaikum..lame gile rase tak update blog..gambar pon banyak yg pending..al maklum ler sejak berkerjaya ni kan :D

ok, kali ni make up untuk majlis bertandang Siti Aishah dekat klang..gambar tak cun ah sebab pakai camera hp je..sabo jela kan.





before 


aiseyman..ni kes lupa amek gambar before make up punye pasal la ni..sorry puan aishah yg jelita! :D

after




Lepas make up terus bergegas balik salun balik..setiap saat itu berharga so dont waste it!

ok la, lastly thanks to cik dee sekeluarga and aishah sebab percayakan nana :)
semoga kekal sampai akhir hayat
Insyallah:)




Make Tunang Along

Make up kakak kepada kak effa dekat segari
gamba ade satu je.sobs..still waiting more pics from photog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...