Tuesday, August 16, 2011

Kecantikan Wanita Solehah


Wanita solehah itu,
Aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Keayuan wanita solehah itu,
Tidak terletak kepada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu,
Tidak terletak kepada kemanjaannye,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan kepada kemanisan bicaranya yang bisa menggoncang iman.
Dan bukan juga terletak kepada kebijaksanaanya bermain lidah dan memujuk rayu.
Kepetahan wanita solehah itu,
Bukan terletak kepada barang kemas dan perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan bahawa wanita yang cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyinari alam,
Akal mengatakan bahawa wanita cantik atas kebijaksanaan dan kemajuan dalam ilmu pengetahuan,
Hati mengatakan bahawa wanita itu cantik hanya pada akhlaknya.

Wahai wanita,
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jagalah dan pentingkanlah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,

Wahai wanita,
Jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada yang lebih berpengetahuan daripadamu,

Wahai wanita,
Jangan pula berdukacita di atas kekuranganmu,
Kerana ada insan yang jauh lebih malang dari dirimu,

Wahai wanita,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana sudah tertulis akan siapa muslimin yang memilihmu
Muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut kepada kecantikan luaran wanita semata

Wanita hiasan dunia,
Seindah hiasan adalah wanita solehah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...