Monday, August 29, 2011

Beauty tips~ untuk kelihatan cantik di pagi raya ^__^

Hello Assalamualaikum..

Dah lama blog ni sunyi sepi je tak berupdate kan? al maklum la..sepanjang ramadhan ni nana tak amek sebarang tempahan untuk make up sebab nak fokus beribadat (sejuk hati mak kalau terbaca) haha..joke!

Tapi sebenarnye blog ni bukan lah sekadar untuk update my make up jobs je.Tapi untuk berkongsi sebarang beauty tips dengan readers :)

Kena update cepat2 sebab kejap lagi nak start masak-masak dengan mak n kakni..tak leh mengelat la tahun ni, sebab tinggal nana dengan kakni je untuk tolong mak..sebab kakcik beraya rumah mertua..T__T

Psstt, entry ni untuk wanita sahaja. lelaki toksah sebok nak baca. Kang mula la rase menyampah apesal pompuan ni obses sangat nak cantek. like i care. :D

Okey, untuk kelihatan cantik menawan cun melecun malatoppp giteww di pagi raya, there are several tips for you guys ^___^

1. Facial wajah sekurang kurangnya 3 atau 4 hari sebelum raya

Sesetengah orang berpendapat bahawa facial wajah ni harus lah dilakukan di salunkecantikan atau pun spa. Eh tak semestinya la kawan-kawan..Sebenarnye anda masih boleh melakukan facial wajah even kat rumah pon. Memang la tak se'best kalau nak dibandingkan dengan facial kat salun. Tapi hasilnya still sama dan menjimatkan masa. =)

Alah..bukan susah sangat pon..Kat sini nana nak bagi tips facial yang simple untuk korang :)) 1st, cuci muka dengan pencuci muka pilihan hati mahupun wajah korang. Then scrub muka pakai mane2 scrub yang serasi dengan kulit wajah korang. Macam nana, nana selalunya akan guna sama ada St ives Apricot Scrub tak pon Terra Ayu Rice Scrub. Dua-dua ni memang best sangat2 sampai bila nak guna tu jenoh berperang dengan perasaan nak guna scrub yang mana satu :D


St Ives Apricot Scrub

Sesudah selesai aktiviti menyental wajah dengan scrub, korang boleh urut2 muka dengan any sensaoil mahuppun aromatherapy massage oil.. Tapi sebenarnye kalau korang rajin sesangat boleh la kan. Kalau malas macam nana boleh je skip step ni :D

Selepas itu, korang haruslah menggunakan mask. Kenapa perlu guna mask? Sebabnye, mase korang scrub muka korang sebentar tadi, korang sebenarnya dah bukak pores yang ada di wajah korang. So dengan menggunakan mask, korang kirenya nak kecilkan la semula pores yang terbuka sebentar tadi. Mane boleh biar, karang makin banyak kotoran terkumpul.

Fyi, facial masks come in various forms. So pilih yang sesuai dengan kulit korang lah ye? Macam nana, nana ade beberapa jenis facial masks, St Ives Clay mask, Terra Ayu Yogurt Mask. Tapi selalunya nana malasss sangat2 nak bancuh mask tu tak pon malas nak sapu dekat muka. So usually i will choose to use tissue mask atau pon facial sheets mask..ikot suka la u nak panggil ape pon. haha

senang, lepas pakai, tido kejap, bangun tanggalkan dan boleh sambung tido semula. haha

2. Segarkan wajah dan kurangkan berminyak

Selalunya malam sebelum raya, kita semua especially anak-anak dara yang rajin macam i ni, haruslah tido lambat sebab nak setelkan semua kerja sebelum pagi raya. So dah tentu tentunya tido tak cukup and akan bangun keesokkan harinya dengan mata yang sembap dan kulit yang kusam. 

Untuk mengatasi gejala-gejala yang tak best ini, pagi-pagi esoknya sesudah mandi, ambil kapas muka, basahkan dengan air mawar dan tekapkan di mata selama 10 minit. Wah , mana pulak nak cari air mawar ye? jangan kuatir, guna air sejuk pon boleh. hehe

Selain tu, untuk segarkan wajah sebelum make up, korang boleh try sapu wajah dengan seketul ais. Tak yah lama sangat pon takpe, kang beku lak muka. Ais ni bagus bukan saja untuk segarkan wajah, Tapi jugak untuk kurangkan minyak di wajah dan membuat make up tahan lebih lama :)

3. Make up yang simple but nice :)

Oleh kerana nana ni make up artist, orang selalu ingat nana ni suka sangat make up tebal-tebal. Eh tak betul tu. Nana suka make up yang simple and natural look je sebenarnye. Make up orang boleh la tebal-tebal because, for me, simple is beautiful, less is more..=)

Sebelum make up, eloknya sapu la wajah dengan pelembap/sunblock/any base yang menjadi pilihan hati korang ye.Sesudah itu, korang boleh la apply foundation secara rata ke seluruh wajah. Jangan sesekali ditinggalkan loose powder ye kawan-kawan..and lastly, jangan lupa untuk menggunakan compact powder as u know it will give a smooth look to ur face :)

Dah setel basic sume, korang boleh lah start melukis wajah korang secantik dan sesimplenya..jangan lupe eyeshadow, blusher and lipstik..kalau rajin boleh lah buat shading bagai.. Tapi kalau malas macam saye, make up simple2 je sudeh..hihi

Actually banyak jugak orang mintak nana buat tutorial make up di pagi raya. Tapi tu la..disebabkan beberapa kekangan yang terlampau, terpaksa la tangguhkan niat baik tersebut..(padahal malas) hehe

Alamak mak dah panggil.


Okey lah, di kesempatan ni jugak nana nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.. :) Andai ada salah dan silap, dengan penuh rasa rendah diri nana nak mintak maaf dari hujung rambut sampai la hujung kaki.

nak pegi masak, okbai!





















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...