Saturday, April 15, 2023

BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA

 Bismillahirahmanirrahim..

Masuk tahun ni dah 11 tahun nana ada dalam bisnes Shaklee. Bermakna dah 11 tahun nana menghabiskan 1/3 daripada kehidupan nana dalam membangunkan bisnes Shaklee nana, khusunya Spectacular Empire.

Untuk yang belum tahu, nana adalah pengasas kepada empayar Spectacular, salah satu team yang paling aktif membangunkan bisnes di dalam Shaklee Malaysia.

Ramai yang tanya pada nana, “Apa yang buat nana bertahan selama ini dalam bisnes Shaklee?”

Yelah, 11 tahun kot kan. Kalau bela anak tu dah darjah 5 dah hehe

Of course lah nana tak setia mengkhinzir buta. Pasti ada sebab kenapa nana memilih untuk setia pada bisnes ini semata-mata. Dan hopefully sampai bila-bila.

But sebelum tu lah kan, nana nak throwback dulu semua pekerjaan yang nana pernah buat seumur hidup nana sebelum kenal Shaklee 😊

1) KEDAI KASUT

Pekerjaan pertama yang pernah nana buat seumur hidup nana ialah kerja kedai kasut lepas habis SPM..

Waktu ni first time cari duit sendiri.. Kerja 12 jam tak boleh duduk lansung.. Gaji RM15 sehari..


Masa dapat gaji pertama tu, result dah nak dekat keluar.. Dapat surat yang ada yuran belum setel bayar and kena bayar masa amek result SPM..

Dengan duit gaji kerja sebulan, 12 jam tak tidur, tak sempat merasa gaji pertama dah kena guna untuk bayar yuran yang tertunggak πŸ˜‚


Kenangan.. 


2) KILANG SARUNG TANGAN


Pekerjaan kedua nana ialah, kerja dekat kilang sarung tangan.. Waktu ni cuti semester dekat matriks.. 

Ikutkan balik cuti nak rehat kat rumah, tapi mak paksa pergi kerja cari duit.. So layann jela kan.. hehe


Masa ni kerja yang kena buat ialah susun sarung tangan dalam kotak.. Kena susun laju2 sampai rasa tangan macam ketam!

Balik rumah tangan bengkak, mak urut dengan minyak gamat lepas tu esoknya pergi lagi.. 


Setiap kali waktu rehat, orang lain pergi makan nana pergi lepak dekat surau tido hahah 

Gile weh, van kilang datang sebelum subuh depan rumah.. Mau tak mengantuk πŸ˜‚


Kerja masa ni gaji kalau tak silap dalam RM11-13 sehari.. 


3) KEDAI JERUK


Pekerjaan ketiga ialah jaga kedai jeruk dekat Tesco Taiping waktu cuti lepas habis matriks, sementara nak tunggu masuk Universiti..


Hat ni pun boleh tahan dasyat jugak kerja.. Kena berdiri sepanjang masa.. 

Bila orang datang nak beli jeruk. Kena cedukkan.. Bila waktu free, packing pulak jeruk masuk plastik kecik-kecik..


Gaji sepatutnya dapat RM600..

Tapi nasib malang, kena tipu dengan tauke.. 

Keje sebulan tak dapat gaji.. 

Menangis masa tu sebab kenangkan penatnya kerja tak dapat gaji πŸ˜’


4) PROMOTER WAREHOUSE SALE


Yang ni nana buat masa weekend takde kelas masa belajar kat UiTM Shah Alam.. 

Masa ni memang tengah zaman takde duit, and belum start buat mekap lagi..


So segala mak nenek kerja yang nana boleh buat hujung minggu tu nana buat (of course yang halal jela hehe) demi nak hidup pada minggu depannya pulak.. 

Waktu ni gaji sehari RM60.. Tapi penat gilaaa sebab memang tak leh duduk lansung sepanjang masa kerja..


5) SPA & SALUN



Pengalaman nana kerja dekat Spa & Salun jelah yang nana rasa nana tak stress or penat lansung..

Even kerja tak lah senang pun..


Setiap hari kena gunting rambut customer..

Rebonding..

Buat treatment..

Buat facial.. 

massage customer..


Tapi tak penat, sebab buat benda yang nana suka πŸ˜Š

Masa ni gaji sebulan nana dapat around rm500-600 jugak la..

Gaji based on komisen je, takde basic..

Tapi okey lah kan, buat tampung belanja masa belajar dekat UiTM..


Nana pernah kerja a few spa n salun jugak lah sepanjang nana belajar dekat Shah Alam..

Alhamdulillah banyak pengalaman nana kutip, pahit dan manis..


Pengalaman pahit bila pernah one time nak pergi kerja, tunggu bas dekat bus stop sorang-sorang..

Then ada satu kereta CRV merah berhenti depan nana.. Ingat lagi

Mamat tu duduk dalam kereta cakap telefon sambil pandang nana dari dalam kereta..


Nana dah rasa lain macam je nih..

Nana berdiri tengok die rupanya tengah buat benda tak senonoh πŸ˜­πŸ˜­

Berlari balik rumah masa tu.. 


Esoknya, ex boyfriend merangkap en suami belikan pepper spray kat nana untuk keselamatan..

Tapi sengalnya aku, masa nak test spray tu pegi spray kat dinding.. 

Tempias dia kena muka sendiri πŸ€£ Rasa nak pengsan sekejap 


6) HOME SPA


Lepas nana dapat banyak pengalaman kerja dekat Spa & Salun, nana mula konfiden nak buat biz sendiri..

Nana buat homespa..


Masa ni barang-barang semua beli sikit2.. Steamer mini beli dekat lot 10 tak silap.. 

Caj sorang rm15 je.. Murahnya weh πŸ˜‚


Alhamdulillah boleh la tampung2 kehidupan.. Customer pun boleh tahan ramai jugak tau

Yang paling selalu jadi customer, my classmate laa haha


7) MAKEUP ARTIST



Kalau nana cakap nana belajar mekap dekat Youtube je. Mesti korang rasa nana merepek..

Tapi itu lah dia..


Nana memang belajar mekap dekat Youtube je.. And korang imagine betapa nekadnya nana ni, berani-berani je terus amek job mekap pengantin padahal belajar mekap pun dekat Youtube je πŸ˜‚


Mungkin sebab memang berbakat semulajadi πŸ’πŸ»‍♀️, Alhamdulillah sentuhan mekap nana jadi fav ramai orang sebab nana punya style lebih kepada natural makeup look..

Waktu aktif buat mekap dulu, hasil mekap sebulan sahaja nana boleh cecah RM6-7k


Tapi finally nana pilih untuk say goodbye to makeup biz sebab nana pilih nak fokus dengan biz shaklee nana πŸ˜Š


8) NANA MACARONA COLLECTION (JUBAH. KAIN PASANG, SHAWL)



Nana pun pernah jugak bisnes pakaian..

Ada yang dapat daripada supplier dari arab.. Untuk shawl and kain pasang, nana pergi cari sendiri dekat jalan TAR πŸ˜‚


Tapi tak bertahan lama sebab ku tak kuasa nak jadi model untuk semua jenis jubah, tudung dan kain pasang.. πŸ™Š


9)MODEL TAK BERTAULIAH





Hat ni pekerjaan paling nana nak lupakan πŸ˜‚

Rasa cam maluuu je bila teringat dok photoshoot bagai dulu..


Tapi sebenarnya ada jugak income nana dapat daripada pekerjaan modelling gedik main-main ni haha

And asbab ni jugak lah dapat jumpa dengan suami ku encik photographer πŸ˜†


10)QUANTITY SURVEYOR 



Ini lah sebenarnya pekerjaan yang sepatutnya jadi pekerjaan nana sebab ini lah bidang yang nana amek masa degree dulu hehe

Nana pernah kerja setahun sebagai QS..


Kerja QS best, nana suka.. Tapi maybe surrounding tempat kerja masa tu yang buat nana rasa macam nak kerja dekat rumah lepas kawen πŸ˜‚

Ini lah juga pekerjaan pertama nana yang serious dan dalam bidang professional..


Ikutkan nana nak sambung kerja balik lepas kawen. Resign konon sebab nak uruskan wedding sendiri je.. Sekali lepas kawen dijodohkan pulak dengan biz Shaklee πŸ™†πŸ»‍♀️


11)PELAMIN & TEMPAHAN HANTARAN, SIRIH JUNJUNG






Kalau nak tahu, nana pun buat biz pasang pelamin and tempahan hantaran dan sirih junjung tau..

Bidang-bidang perkahwinan ni memang my forte lah orang kata..


Tapi tak lama sebab nana rasa letih sangat and leceh kena pasang pelamin..

Lepas beberapa job, nana let go semua barang pelamin hahah


12) HIJABINA





Selain daripada bisnes mekap, pelamin. Gubah hantaran dan sirih junjung, nana pun dulu aktif jahit tudung dan veil pengantin..


Banyak jugak lah veil and tudung nana dah siapkan..

Tapi akhirnya, once nana pilih nak fokus pada bisnes shaklee, semuanya nana tinggalkan :’)

______________

So bayangkan lah, nana dah tempuh 12 jenis bisnes dan juga pekerjaan sebelum akhirnya nana jumpa bisnes Shaklee dan setia selama 11 tahun lamanya :’) Mesti ada sebab kan?

Harini nana nak kongsi dengan semua kenapa nana memilih untuk setia buat bisnes Shaklee walaupun sebelum tu macam-macam jenis bisnes nana pernah buat, dan nana sendiri ada je degree in case nana nak bekerja semula

1️⃣ BISNES YANG DAH LAMA DALAM PASARAN 



Antara benda yang buat nana rasa yakin nak bernaung dan bertahan dalam Shaklee ialah sebab Shaklee adalah company yang stabil dan dah bertahan lebih daripada 100 tahun di dunia.

Cuba korang bayangkan, sebuah company yang boleh sustain dalam tempoh yang lama macam tu, beberapa kali bertukar owner pun Shaklee tetap utuh dalam pasaran, kita takkan risau nak pertaruhkan masa depan kita bersama dengan Shaklee. Sebab kita tahu, apa pun jadi kepada owner Shaklee, Shaklee tetap ada barisan Board of Director yang akan pastikan company tetap utuh dan berjalan.

Dan bayangkan Shaklee juga adalah company pertama yang menghasilkan MULTIVITAMIN di dunia. Nama “VITAMIN” sendiri datangnya daripada nama supplement pertama yang dihasilkan oleh Dr Forest C Shaklee iaitu VITAlized MINeral

2️⃣PRODUK YANG SELAMAT DAN BERKUALITI

Bila mana Shaklee mampu bertahan lebih daripada 100 tahun di dunia, sudah tentulah ia adalah hasil daripada keberkesanan produk yang Shaklee ada.

Di Shaklee, semua produk dihasilkan oleh para saintis setelah R&D selama bertahun-tahun sebelum dipasarkan ke pasaran

Kenangan nana dan suami bersama saintis Shaklee di dalam lawatan ke Pusat Inovasi Shaklee (makmal)

Shaklee scientist

Not only that, Shaklee juga memenangi award Trusted Brand selama 2 tahun berturut-turut di tahun 2021 dan 2022


3️⃣SHAKLEE OPPORTUNITY


  • Peluang untuk Career Development

Dulu waktu nana makan gaji, nana selalu mencari peluang untuk grow dalam kerjaya. Tapi selalunya amek masa yang lama baru boleh naik pangkat. Tapi bersama dengan Shaklee syukur Alhamdulillah nak naik pangkat setiap bulan pun boleh! πŸ₯°

Kat sini nana kongsikan perjalanan nana bermula dengan Shaklee sampai lah berjaya capai rank Master Coordinator



  • Peluang Untuk Peningkatan Dalam Income
Bila kita rank up dalam Shaklee of course income juga akan meningkat. Dan kita boleh decide berapa peningkatan income yang kita mahukan dalam bisnes ni. Kita yang decide sendiri

Nana kongsi di bawah kenaikan bonus Shaklee nana dalam tempoh satu tahun


  • Peluang Untuk Kejar Car Incentive
Salah satu daripada peluang yang ditawarkan dalam Shaklee ialah CAR INCENTIVE BONUS. And Alhamdulillah setakat 11 tahun bersama dengan Shaklee, nana dah berjaya beli 3 biji kereta dengan menggunakan payslip Shaklee dan dibayar setiap bulan dengan Car Bonus Shaklee

My first Shaklee Car, BMW X6

My latest baby, Minicooper

My Family Car yang dibeli khas dengan Bonus Kereta Shaklee, Toyota Alphard

  • Peluang Untuk Melancong Percuma Bersama Shaklee
Setakat 11 tahun buat bisnes Shaklee, jujurnya tak terkira dah berapa bilangan negara yang nana pernah melancong secara percuma Alhamdulillah




_________________

JOM JOIN BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA NI!

Kepada korang yang sedang mencari peluang BISNES ONLINE , nana nak jemput ramai-ramai untuk join my team - Spectacular Empire. InshaAllah mudah mudahan korang pulak yang bakal dapat apa yang nana dah nikmati melalui bisnes ni satu hari nanti InshaAllah

Ni antara apa yang bakal anda terima kalau anda mendaftar di bawah empayar Spectacular

Misi kami di Spectacular


Modul untuk beginner pun disediakan 


JOM JOIN TEAM SPECTACULAR BY MASTER NANA MACARONA SEKARANG!

Boleh whatsapp nana dekat SINI 

Till then, Assalamualaikumm wbt!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...