Wednesday, April 26, 2023

INSENTIF KHAS SHAKLEE OFFER UNTUK SEMUA!

 Assalamualaikum wbt & Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

Rasanya belum terlambat lagi untuk nana ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua. Dan di kesempatan ini, nana nak hulurkan sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai pernah terkasar bahasa dan terlanjur bicara dengan sesiapa pun yang pernah mengenali diri nana..

Jadi para usahawan semua ada ke yang dah mula bukak kedai balik atau masih beraya? Hehe

Nana sendiri Alhamdulillah malam semalam selamat sampai ke rumah, hari ni dah start masuk ofis balik dan fokus closing. Setel closing nana akan balik ke kampung belah nana pulak untuk sambung beraya 😊

Untuk nana, apa-apa pun dalam hidup kita ni perlu bersederhana. Nana bersyukur bila buat bisnes Shaklee ni, nana tak perlu pun korbankan bisnes untuk beraya. Dan tak perlu korbankan raya untuk berniaga. Nana boleh je fokus bisnes sambil tetap beraya, tetap meraikan anak-anak dan keluarga Alhamdulillah.

Paling penting, nana ada satu misi dan tugas yang sangat penting pada bulan ni, iaitu misi nak bantu seramai mungkin anak didik Spectacular nana untuk grab Cash Insentif Shaklee khas yang Shaklee offer ni 😍



CASH REWARD RM600

Kalau lah diberi free-free RM600 extra daripada income bulanan kita, korang happy tak?

Kalau nana sure happyyyy sangat-sangat! 

Ini lah apa yang Shaklee tengah offer sekarang ni kepada semua Shaklee Independent Distributor iaitu cash insentif RM600 tidak termasuk dengan bonus bulanan kalau berjaya capai target yang company tetapkan iaitu move up rank and stay effective 😍

Nana teringat waktu nana rank up ke Supervisor pada November 2012 dulu, cash reward dari company waktu tu tak silap nana hanyalah RM200++ sahaja

Untungnya Shaklee Distributor sekarang ni. RM600 kot! Banyakkk sangat pada nana

Dengan cash RM600 tu macam-macam benda kita boleh buat kan?

Boleh simpan dalam tabung haji.. Boleh belanja family bercuti.. Boleh bawak anak-anak jalan-jalan 😊

PROJEK RM7K SPECTACULAR

Bertepatan dengan cash insentif yang Shaklee offer ni juga, nana dan Spectacular ada buat special projek yang kita namakan sebagai PROJEK RM7K!

Tengok lah topik-topik kelas semua best2! Yang penting kelas percuma satu sen pun tak payah bayar! Untung join Shaklee bersama Spectacular



Melalui projek RM7K ni, kita nak bantu semua ahli Spectacular untuk berjaya capai syarat untuk layak dapat cash insentif RM600 ni, yang mana andai mereka berjaya capai syarat untuk dapat cash RM600 ni, sekaligus total income mereka dalam tempoh 3 bulan bakal menjadi minima RM7000!

MashaAllah banyakkkk!

Siapa nak bagi kan total income RM7000 dalam tempoh 3 bulan sahaja? 😍

Harapan nana, InshaAllah mudah mudahan ramai lah warga Spectacular yang berjaya layakkan diri untuk skor cash reward Shaklee ni.

Untung sangat siapa join Shaklee sekarang ni, siap dapat support yang sangat jitu daripada company 🥹

Not only daripada company sahaja, kalau join Spectacular pun support berganda-ganda siap berpeluang hadir kelas-kelas yang eksklusif secara PERCUMA sahaja!

UNTUNGNYA BERNIAGA SHAKLEE

Kalau tak untung berniaga Shaklee, tidak lah nana setia selama 11 tahun ni betul tak?

Bersama dengan Shaklee, macam macam dah nikmat yang Allah izinkan untuk nana nikmati 🥲

CASH 

Sejak daripada bulan pertama nana mendaftar iaitu Ogos 2012, belum ada satu bulan pun yang nana tak dapat cash daripada Shaklee.

Cash bonus pertama nana dengan Shaklee ialah RM80 sahaja korang! Tapi berkat bersabar, amaun tu semakin meningkat dan meningkat sehinggalah nana berjaya mencapai income sebulan 6 angka bersama Shaklee bermula daripada tahun 2020 yang lalu 🥲

Dashat kan peluang income bersama Shaklee 🥲 Sebulan 6 angka Alhamdulillah!


CAR INSENTIF

Bersama Shaklee juga lah nana berjaya memiliki kereta idaman yang selesa untuk kegunaan keluarga.

Kereta pertama yang nana beli dengan guna payslip Shaklee ialah BMW X6, kemudian Toyota Alphard dan paling latest Minicooper

Semuanya nana beli dengan menggunakan payslip Shaklee dan setiap bulan dibayar dengan Car Bonus Shaklee

My first Shaklee Car

Alhamdulillah Allah izinkan beli kereta yang selesa utk keluarga

Kereta yang paling banyak digunakan hehe


TRAVEL 6 BINTANG BERSAMA SHAKLEE

Setiap tahun, at least 2 kali nana akan travel secara percuma bersama Shaklee ke seluruh dunia. Dan latest sekali ialah ke Switzerland bersama dengan Shaklee

Rombongan Spectacular to Switzerland 😍

Alhamdulillah bersama Shaklee merasalah naik business class 🥲

One of the best moment in my life!


LET’S START YOUR OWN SHAKLEE JOURNEY

Jom lah, bina kejayaan dan capai segala impian korang pula bersama Shaklee 🥰

Nana sanggup nak tunjuk ajar macam mana nak capai segala impian, nak skor semua insentif yang Shaklee offer, bermula dengan skor cash insentif RM600 ni!

Jom contact nana untuk jadi salah seorang daripada protege bisnes nana 😍

Klik WHATSAPP NANA untuk daftar!

Till then, Assalamualaikum wbt







Saturday, April 15, 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT

 Rata-rata kawan yang last jumpa nana sebelum PKP sure terkejut bila jumpa nana yang sekarang ni sebab memang boleh nampak beza yang teramat-amat hehe

Kalau nak tahu berat tertinggi yang nana pernah capai ialah waktu PKP haritu sampai 61kg! Ya Allah bayangkan lah betapa beratnya mata memandang, berat lagi nak bawak badan ni korang 😂



Dulu tengok gambar ni tak rasa apa-apa..

Sekarang bila tengok, rasa kesian betul. Kenapa i tergamak biarkan diri sendiri bam bam sampai macam ni dulu 😂Dulu kalau nak amek gambar je, angle sana tak kena, angle sini tak kena.. Semua angle rasa tak cantik.. Semu angle nampak gemok!!

Jenuh laaa dok suruh husband “make sure nampak kurus tau”Tetap tak nampak kurus walau macam mana pun 🥲

Alhamdulillah sekarang dah boleh bernafas lega sikit..Dah rasa ringan badan..Nak pakai baju apa pun selesa.. Nak amek gambar angle mana pun tetap nampak okay 🤗

MY WEIGHTLOSS TRANSFORMATION

Jom nana share perubahan before dan after nana




Beza sangat kan korang 🥲

So kat sini nana nak share 3 Tips Turun Berat Dengan Cepat Cara Nana 

1️⃣INTERMITTENT FASTING CARA NANA

Nak buat IF cara nana ni mudah je korang. Ni jadual makan nana

Kalau bukan bulan puasa, nana akan amek Shake ESP + Cinch Shake around jam 9am macam tu.

Lunch makan nasi macam biasa around jam 2pm

Dinner pulak last sebelum jam 7PM

Nana akan make sure malam tak boleh makan even lapar macam mana pun. Kalau lapar sangat pun nana akan amek ESP

2️⃣MINUM AIR SECUKUPNYA

Disebabkan nana buat IF memang kurang makan, jadi nana minum air extra untuk bantu flush out toksin dalam badan selain buat perut nana terasa penuh so tak adalah asyik lapar

3️⃣EAT CLEAN

Yang ni jujurnya sangat lah membantu untuk turunkan berat badan bila nana jaga pemakanan dan jaga portion nana. Selain tu, nana cut sugar jugak untuk bantu lagi cepat turun berat badan

4️⃣EXERCISE

Untuk diri nana, nana tak mampu nak exercise lebih2 sangat sebab nana jenis tak boleh terlalu penat. Jadi nana akan naik basikal keliling rumah setiap petang

5️⃣SHAKLEE SUPPLEMENTS

Yang ni nana tak cakap pun of course lah korang tahu kan. Antara supplements yang nana ambil dan membantu proses turun berat nana ialah

  • ESP - membantu beri rasa kenyang lebih lama
  • Cinch Shake - mengandungi Leucine yang bantu turun berat tanpa menggelebeh
  • Omega Guard - bantu bakar lemak dan singkir kolesterol jahat
  • Lecithin - bantu emulsi lemak dan mudahkan lemak terbakar
  • Herblax - bantu singkirkan toksin, sisa kotoran dalam usus, bantu atasi masalah perut buncit
  • Cinch Teamix - Membantu tingkatkan metabolisme badan



ADA YANG NAK NANA BANTU TURUN BERAT DENGAN CEPAT MACAM NANA JUGAK?

Meh klik sini yaaa


Baca sini jugak 👉🏻 Kurus dengan cepat

Till then, Assalamualaikum wbt



BISNES ONLINE TERBAIK MALAYSIA

 Bismillahirahmanirrahim..

Masuk tahun ni dah 11 tahun nana ada dalam bisnes Shaklee. Bermakna dah 11 tahun nana menghabiskan 1/3 daripada kehidupan nana dalam membangunkan bisnes Shaklee nana, khusunya Spectacular Empire.

Untuk yang belum tahu, nana adalah pengasas kepada empayar Spectacular, salah satu team yang paling aktif membangunkan bisnes di dalam Shaklee Malaysia.

Ramai yang tanya pada nana, “Apa yang buat nana bertahan selama ini dalam bisnes Shaklee?”

Yelah, 11 tahun kot kan. Kalau bela anak tu dah darjah 5 dah hehe

Of course lah nana tak setia mengkhinzir buta. Pasti ada sebab kenapa nana memilih untuk setia pada bisnes ini semata-mata. Dan hopefully sampai bila-bila.

But sebelum tu lah kan, nana nak throwback dulu semua pekerjaan yang nana pernah buat seumur hidup nana sebelum kenal Shaklee 😊

1) KEDAI KASUT

Pekerjaan pertama yang pernah nana buat seumur hidup nana ialah kerja kedai kasut lepas habis SPM..

Waktu ni first time cari duit sendiri.. Kerja 12 jam tak boleh duduk lansung.. Gaji RM15 sehari..


Masa dapat gaji pertama tu, result dah nak dekat keluar.. Dapat surat yang ada yuran belum setel bayar and kena bayar masa amek result SPM..

Dengan duit gaji kerja sebulan, 12 jam tak tidur, tak sempat merasa gaji pertama dah kena guna untuk bayar yuran yang tertunggak 😂


Kenangan.. 


2) KILANG SARUNG TANGAN


Pekerjaan kedua nana ialah, kerja dekat kilang sarung tangan.. Waktu ni cuti semester dekat matriks.. 

Ikutkan balik cuti nak rehat kat rumah, tapi mak paksa pergi kerja cari duit.. So layann jela kan.. hehe


Masa ni kerja yang kena buat ialah susun sarung tangan dalam kotak.. Kena susun laju2 sampai rasa tangan macam ketam!

Balik rumah tangan bengkak, mak urut dengan minyak gamat lepas tu esoknya pergi lagi.. 


Setiap kali waktu rehat, orang lain pergi makan nana pergi lepak dekat surau tido hahah 

Gile weh, van kilang datang sebelum subuh depan rumah.. Mau tak mengantuk 😂


Kerja masa ni gaji kalau tak silap dalam RM11-13 sehari.. 


3) KEDAI JERUK


Pekerjaan ketiga ialah jaga kedai jeruk dekat Tesco Taiping waktu cuti lepas habis matriks, sementara nak tunggu masuk Universiti..


Hat ni pun boleh tahan dasyat jugak kerja.. Kena berdiri sepanjang masa.. 

Bila orang datang nak beli jeruk. Kena cedukkan.. Bila waktu free, packing pulak jeruk masuk plastik kecik-kecik..


Gaji sepatutnya dapat RM600..

Tapi nasib malang, kena tipu dengan tauke.. 

Keje sebulan tak dapat gaji.. 

Menangis masa tu sebab kenangkan penatnya kerja tak dapat gaji 😢


4) PROMOTER WAREHOUSE SALE


Yang ni nana buat masa weekend takde kelas masa belajar kat UiTM Shah Alam.. 

Masa ni memang tengah zaman takde duit, and belum start buat mekap lagi..


So segala mak nenek kerja yang nana boleh buat hujung minggu tu nana buat (of course yang halal jela hehe) demi nak hidup pada minggu depannya pulak.. 

Waktu ni gaji sehari RM60.. Tapi penat gilaaa sebab memang tak leh duduk lansung sepanjang masa kerja..


5) SPA & SALUN



Pengalaman nana kerja dekat Spa & Salun jelah yang nana rasa nana tak stress or penat lansung..

Even kerja tak lah senang pun..


Setiap hari kena gunting rambut customer..

Rebonding..

Buat treatment..

Buat facial.. 

massage customer..


Tapi tak penat, sebab buat benda yang nana suka 😊

Masa ni gaji sebulan nana dapat around rm500-600 jugak la..

Gaji based on komisen je, takde basic..

Tapi okey lah kan, buat tampung belanja masa belajar dekat UiTM..


Nana pernah kerja a few spa n salun jugak lah sepanjang nana belajar dekat Shah Alam..

Alhamdulillah banyak pengalaman nana kutip, pahit dan manis..


Pengalaman pahit bila pernah one time nak pergi kerja, tunggu bas dekat bus stop sorang-sorang..

Then ada satu kereta CRV merah berhenti depan nana.. Ingat lagi

Mamat tu duduk dalam kereta cakap telefon sambil pandang nana dari dalam kereta..


Nana dah rasa lain macam je nih..

Nana berdiri tengok die rupanya tengah buat benda tak senonoh 😭😭

Berlari balik rumah masa tu.. 


Esoknya, ex boyfriend merangkap en suami belikan pepper spray kat nana untuk keselamatan..

Tapi sengalnya aku, masa nak test spray tu pegi spray kat dinding.. 

Tempias dia kena muka sendiri 🤣 Rasa nak pengsan sekejap 


6) HOME SPA


Lepas nana dapat banyak pengalaman kerja dekat Spa & Salun, nana mula konfiden nak buat biz sendiri..

Nana buat homespa..


Masa ni barang-barang semua beli sikit2.. Steamer mini beli dekat lot 10 tak silap.. 

Caj sorang rm15 je.. Murahnya weh 😂


Alhamdulillah boleh la tampung2 kehidupan.. Customer pun boleh tahan ramai jugak tau

Yang paling selalu jadi customer, my classmate laa haha


7) MAKEUP ARTIST



Kalau nana cakap nana belajar mekap dekat Youtube je. Mesti korang rasa nana merepek..

Tapi itu lah dia..


Nana memang belajar mekap dekat Youtube je.. And korang imagine betapa nekadnya nana ni, berani-berani je terus amek job mekap pengantin padahal belajar mekap pun dekat Youtube je 😂


Mungkin sebab memang berbakat semulajadi 💁🏻‍♀️, Alhamdulillah sentuhan mekap nana jadi fav ramai orang sebab nana punya style lebih kepada natural makeup look..

Waktu aktif buat mekap dulu, hasil mekap sebulan sahaja nana boleh cecah RM6-7k


Tapi finally nana pilih untuk say goodbye to makeup biz sebab nana pilih nak fokus dengan biz shaklee nana 😊


8) NANA MACARONA COLLECTION (JUBAH. KAIN PASANG, SHAWL)



Nana pun pernah jugak bisnes pakaian..

Ada yang dapat daripada supplier dari arab.. Untuk shawl and kain pasang, nana pergi cari sendiri dekat jalan TAR 😂


Tapi tak bertahan lama sebab ku tak kuasa nak jadi model untuk semua jenis jubah, tudung dan kain pasang.. 🙊


9)MODEL TAK BERTAULIAH





Hat ni pekerjaan paling nana nak lupakan 😂

Rasa cam maluuu je bila teringat dok photoshoot bagai dulu..


Tapi sebenarnya ada jugak income nana dapat daripada pekerjaan modelling gedik main-main ni haha

And asbab ni jugak lah dapat jumpa dengan suami ku encik photographer 😆


10)QUANTITY SURVEYOR 



Ini lah sebenarnya pekerjaan yang sepatutnya jadi pekerjaan nana sebab ini lah bidang yang nana amek masa degree dulu hehe

Nana pernah kerja setahun sebagai QS..


Kerja QS best, nana suka.. Tapi maybe surrounding tempat kerja masa tu yang buat nana rasa macam nak kerja dekat rumah lepas kawen 😂

Ini lah juga pekerjaan pertama nana yang serious dan dalam bidang professional..


Ikutkan nana nak sambung kerja balik lepas kawen. Resign konon sebab nak uruskan wedding sendiri je.. Sekali lepas kawen dijodohkan pulak dengan biz Shaklee 🙆🏻‍♀️


11)PELAMIN & TEMPAHAN HANTARAN, SIRIH JUNJUNG






Kalau nak tahu, nana pun buat biz pasang pelamin and tempahan hantaran dan sirih junjung tau..

Bidang-bidang perkahwinan ni memang my forte lah orang kata..


Tapi tak lama sebab nana rasa letih sangat and leceh kena pasang pelamin..

Lepas beberapa job, nana let go semua barang pelamin hahah


12) HIJABINA





Selain daripada bisnes mekap, pelamin. Gubah hantaran dan sirih junjung, nana pun dulu aktif jahit tudung dan veil pengantin..


Banyak jugak lah veil and tudung nana dah siapkan..

Tapi akhirnya, once nana pilih nak fokus pada bisnes shaklee, semuanya nana tinggalkan :’)

______________

So bayangkan lah, nana dah tempuh 12 jenis bisnes dan juga pekerjaan sebelum akhirnya nana jumpa bisnes Shaklee dan setia selama 11 tahun lamanya :’) Mesti ada sebab kan?

Harini nana nak kongsi dengan semua kenapa nana memilih untuk setia buat bisnes Shaklee walaupun sebelum tu macam-macam jenis bisnes nana pernah buat, dan nana sendiri ada je degree in case nana nak bekerja semula

1️⃣ BISNES YANG DAH LAMA DALAM PASARAN 



Antara benda yang buat nana rasa yakin nak bernaung dan bertahan dalam Shaklee ialah sebab Shaklee adalah company yang stabil dan dah bertahan lebih daripada 100 tahun di dunia.

Cuba korang bayangkan, sebuah company yang boleh sustain dalam tempoh yang lama macam tu, beberapa kali bertukar owner pun Shaklee tetap utuh dalam pasaran, kita takkan risau nak pertaruhkan masa depan kita bersama dengan Shaklee. Sebab kita tahu, apa pun jadi kepada owner Shaklee, Shaklee tetap ada barisan Board of Director yang akan pastikan company tetap utuh dan berjalan.

Dan bayangkan Shaklee juga adalah company pertama yang menghasilkan MULTIVITAMIN di dunia. Nama “VITAMIN” sendiri datangnya daripada nama supplement pertama yang dihasilkan oleh Dr Forest C Shaklee iaitu VITAlized MINeral

2️⃣PRODUK YANG SELAMAT DAN BERKUALITI

Bila mana Shaklee mampu bertahan lebih daripada 100 tahun di dunia, sudah tentulah ia adalah hasil daripada keberkesanan produk yang Shaklee ada.

Di Shaklee, semua produk dihasilkan oleh para saintis setelah R&D selama bertahun-tahun sebelum dipasarkan ke pasaran

Kenangan nana dan suami bersama saintis Shaklee di dalam lawatan ke Pusat Inovasi Shaklee (makmal)

Shaklee scientist

Not only that, Shaklee juga memenangi award Trusted Brand selama 2 tahun berturut-turut di tahun 2021 dan 2022


3️⃣SHAKLEE OPPORTUNITY


  • Peluang untuk Career Development

Dulu waktu nana makan gaji, nana selalu mencari peluang untuk grow dalam kerjaya. Tapi selalunya amek masa yang lama baru boleh naik pangkat. Tapi bersama dengan Shaklee syukur Alhamdulillah nak naik pangkat setiap bulan pun boleh! 🥰

Kat sini nana kongsikan perjalanan nana bermula dengan Shaklee sampai lah berjaya capai rank Master Coordinator



  • Peluang Untuk Peningkatan Dalam Income
Bila kita rank up dalam Shaklee of course income juga akan meningkat. Dan kita boleh decide berapa peningkatan income yang kita mahukan dalam bisnes ni. Kita yang decide sendiri

Nana kongsi di bawah kenaikan bonus Shaklee nana dalam tempoh satu tahun


  • Peluang Untuk Kejar Car Incentive
Salah satu daripada peluang yang ditawarkan dalam Shaklee ialah CAR INCENTIVE BONUS. And Alhamdulillah setakat 11 tahun bersama dengan Shaklee, nana dah berjaya beli 3 biji kereta dengan menggunakan payslip Shaklee dan dibayar setiap bulan dengan Car Bonus Shaklee

My first Shaklee Car, BMW X6

My latest baby, Minicooper

My Family Car yang dibeli khas dengan Bonus Kereta Shaklee, Toyota Alphard

  • Peluang Untuk Melancong Percuma Bersama Shaklee
Setakat 11 tahun buat bisnes Shaklee, jujurnya tak terkira dah berapa bilangan negara yang nana pernah melancong secara percuma Alhamdulillah




_________________

JOM JOIN BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA NI!

Kepada korang yang sedang mencari peluang BISNES ONLINE , nana nak jemput ramai-ramai untuk join my team - Spectacular Empire. InshaAllah mudah mudahan korang pulak yang bakal dapat apa yang nana dah nikmati melalui bisnes ni satu hari nanti InshaAllah

Ni antara apa yang bakal anda terima kalau anda mendaftar di bawah empayar Spectacular

Misi kami di Spectacular


Modul untuk beginner pun disediakan 


JOM JOIN TEAM SPECTACULAR BY MASTER NANA MACARONA SEKARANG!

Boleh whatsapp nana dekat SINI 

Till then, Assalamualaikumm wbt!



Saturday, April 8, 2023

VITAMIN KULIT CANTIK PALING BERKESAN

Masuk tahun ni dah 11 tahun dah nana menjadi pengguna tegar SET KULIT CANTIK Shaklee. Jom kita throwback sikit kenangan 11 tahun lalu macam mana nana boleh terjebak dengan supplements Shaklee especially Set Kulit Cantik Vitamin C dan ESP ni. Wajib baca sampai habis ya! 

OGOS 2012

Back in 2012, nana masih ingat lagi around bulan Ogos 2012. Waktu tu nana tengok dekat facebook ketika tu memang sangat famous dengan “Vitamin C Organik”. Sana sini orang bercerita mengenai kehebatan Vitamin C Organik ni untuk kulit sampai nana rasa teruja nak mencuba.

Kebetulan nana ada tempoh sebulan sahaja lagi untuk majlis perkahwinan nana. And nana pun memang sedang mencari supplements untuk kecantikan jugak waktu tu. Itu lah antara asbab nana direzekikan berjumpa dengan Vitamin C Shaklee.

Ini gambar waktu tahun 2010

Kulit kusam, gelap dan berparut 😅

Cuma tu nana belum tahu lagi rupanya Vitamin C tersebut adalah Vitamin C Shaklee. Sebab seller menggunakan nama “Vitamin C Organik”

Nana pun beli dan cuba. Tak sampai sebulan nana consume Vitamin C Organik tersebut, nana dapati kulit berubah dengan sangat mendadak! Pergi mana-mana semua orang pakat tegur,

“Pakai skincare apa, kulit nampak makin cantik”

“Ada tukar skincare ke? Nampak makin glowing”

“Ada ambil apa-apa supplements ke? Sebab nampak lain sangat banding dulu”

Ni gambar lepas nana start consume Vitamin C. Gambar beberapa hari before wedding

Waktu tu nana memang teruja sangat-sangat dan excited sungguh lah dengan effect Vitamin C ni sampai nana decided nak jual Vitamin C ni jugak. Dan waktu tu lah sebenarnya nana dapat tahu “Vitamin C Organik” yang digembar gemburkan ini rupanya adalah Vitamin C Shaklee 😊

TERJEBAK DENGAN ESP

Bermula daripada bulan September 2012 nana menjadi ahli, nana memang hanya menjual Vitamin C semata-mata. Memang tak ada jual produk yang lain. Dan nana hanya consume Vitamin C sahaja waktu tu.

Sampai lah dalam bulan November 2012 macam tu, ditakdirkan Allah Shaklee hentikan sekejap pengeluaran Vitamin C jadi nana memang hilang arah sangat-sangat risau nanti kulit dah tak cantik semula dah. Reason kenapa Shaklee stop pengeluaran Vitamin C waktu tu ialah sebab Shaklee nak improve lagi formula dan ingredients.

Waktu sedang tak ada pilihan lain itu, nana terbuka hati nak mencuba supplement lain dan nana pilih untuk cuba ESP.

Bila dah cuba ESP, at first nana tak perasan sangat perubahan pada diri nana. Sampai lah satu masa ni nana tengah cuci muka dekat toilet, nana pandang muka sendiri dekat cermin.

Baru nana notice waktu tu,

“Eh kulit aku macam makin cerah and gebu pulak. Sebab ESP ke ni?”

Kulit nana masa tu jadi macam ala-ala baldu gitu. Tak berminat tapi tak kering. Moist-moist je hehe

Then nana tanya lah kepada upline nana, mimi.

“Mie, consume ESP ni boleh buat kulit jadi cerah ke?”

Ni gambar lepas consume ESP dan Vitamin C awal tahun 2013. Boleh nampak kulit makin sihat dan cerah waktu ni 😍

And mimi jawab, “Eh memang lah naaa! Sebab ESP kan protein, ada kandungan Niacinamide pulak tu. Memang bagus sangat lah untuk kulit”

Ever since that, sampai lah ke hari ini, nana tak pernah tinggal amek ESP dah. Nana consume sampaiiii lah sekarang.

And tahun 2013 Vitamin C dah kembali available, nana consume sampai ke hari ini tak pernah miss walau sehari.

Alhamdulillah syukur sangat dijumpakan dengan Vitamin C dan ESP ni 😊

KELEBIHAN VITAMIN C UNTUK KULIT

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya kelebihan Vitamin C untuk kulit?

Alright meh nana cerita. But satu fakta yang semua orang kena tahu ialah, Vitamin C adalah satu nutrisi yang badan kita sangat perlukan tetapi ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Mahu atau tidak, kita memang kena amek supplement Vitamin C then only badan kita akan dapat cukupkan keperluan Vitamin C dalam badan kita.

Jadi macam mana Vitamin C membantu untuk kecantikan kulit ni?

1)BANTU PEMBENTUKAN KOLAGEN PADA KULIT

Kulit kita memerlukan kolagen untuk menjadikan kulit kita anjal, tegang, membantu cepat pudarkan parut dan melembapkan kulit. Dan Vitamin C lah sebenarnya adalah nutrisi yang diperlukan untuk membentuk kolagen pada kulit.

2)MENCERAHKAN KULIT

Vitamin C sangat tinggi dengan antioksidan yang membantu menghalang penghasilan melanin iaitu sejenis pigmen yang memberi warna pada kulit. Secara tak lansung, kulit akan semakin cerah bila kita consume Vitamin C

3)MELINDUNGI KULIT DARI SINAR MATAHARI YANG MERBAHAYA

Disebabkan tinggi dengan antioksidan, antara kelebihan Vitamin C juga ialah dapat menghalang radikal bebas yang terhasil daripada sinar UV yang boleh merosakkan kulit.

4)MENGURANGKAN KERADANGAN PADA KULIT

Ramai yang bertanya macam mana Vitamin C membantu atasi masalah JERAWAT? Jawapannya kerana vitamin c mengandungi sifat anti-radang sekaligus dapat mengurangkan keradangan pada kulit, alergik atau kegatalan kepada kulit termasuk lah jerawat.


KELEBIHAN ESP UNTUK KULIT

Kalau Vitamin C tadi orang dah biasa dengar untuk kulit, bagaimana pula dengan ESP?

Ha jom kita tengok bagaimana ESP membantu untuk kecantikan kulit 

1)MENGHASILKAN KOLAGEN

Kandungan utama ESP ialah PROTEIN yang mana protein lah yang membentuk kolagen pada kulit. No wonder gabungan ESP dan Vitamin C sangat terbaik untuk kulit kerana Vitamin C membantu pembentukan Kolagen, sementara Protein pula menghasilkan kolagen. Kesannya, kulit akan jadi tegang dan anjal.

2)MENCERAHKAN KULIT

Bila mana kulit kita cukup protein, kulit akan menjadi tegang dan anjal. Kebiasaannya efek daripada kulit yang semakin tegang dan anjal ialah, secara tidak lansung kulit akan menjadi semakin cerah juga

3)MENGANDUNGI NIACINAMIDE

Biasa kan dengar banyak skincare yang mengandungi NIACINAMIDE ni? Sebenarnya Niacinamide sangat lah bagus untuk kulit. Antara kelebihan Niacinamide pada kulit ialah

  • Membantu atasi keradangan pada kulit
  • Membantu atasi masalah jerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Mensekatakan warna kulit
  • Melembapkan kulit
  • Menghalang kulit dari terkena sinaran uv
No wonder lah ESP terbaik untuk kecantikan kulit kan?


VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

So itu lah kisah dan sejarah macam mana nana terjebak dengan Vitamin Kulit Cantik ESP dan Vitamin C. Masuk tahun ni dah 11 tahun nana jadi pengguna kepada dua supplements ni dan Alhamdulillah masih tetap teruja lagi nak konsisten consume sampai sekarang.

Now nana nak kongsi pulak satu berita baik dengan semua. Bulan ni Shaklee ada buat promosi special iaitu PROMO VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH!

Rahmah? Apa rahmah tu?

At first nana pun tak pernah dengar nama rahmah tu. Nana ingat nama orang. Al maklum lah orang tak rajin tengok TV kan hehe. Rupanya Rahmah tu maksudnya ialah “Harga Berpatutan dan Mesra Rakyat”

Senang cerita, harga MURAH lah maksudnya!

Bila tengok promosi yang Shaklee buat ni, memang sungguh-sungguh RAHMAH lah korang.Tak percaya korang boleh tengok dekat bawah ni

Bayangkan Vitamin C sebotol harga RM115
ESP setong normal harga RM173
Total = RM288

Tapi promosi bulan ni jadi RM99 sahaja untuk setong Vitamin C dan ESP!

Dan, kalau ambil SET B iaitu 2 ESP dan 2 Vitamin C, harga jadi laaaagi jimat iaitu RM188!

Untung sungguh lah siapa yang grab promo ni bulan ni.




Jom kita tengok pula antara testimoni dan feedback pengguna-pengguna SET CANTIK RAHMAH ni








Teruja kannn tengok semua feedback ni 😍

So apa lagi uolls, jangan lupa dapatkan Set Rahmah Promo ni yaaa

Boleh pilih nak SET RAHMAH A atau SET RAHMAH B

Untuk dapatkan promosi SET KULIT CANTIK ESP & VITAMIN C aka SET RAHMAH sila contact nana di sini ya

📲Whatsapp nana macarona

Korang boleh juga baca di sini ya mengenai SET KULIT CANTIK

Till then, Assalamualaikum wbt!❤






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...