Monday, August 10, 2015

First Baby Kicking

Assalamualaikum wbt!

Tiba-tiba rasa nak menulis harini hehe
Actually, sejak awal pregnancy nana plan nak tulis setiap perkembangan baby dalam kandungan ni.. Untuk kenangan and boleh refer nanti in the future kan..
Ye lah, nak harap memori sendiri yang tak berapa nak kuat ni memang harapan lah.. Kena telan Omega Guard banyak-banyak lagi nampak gayanya :D

Now nana dah almost memasuki 5 months of pregnancy actually.. And ada something yang buat hati sangat tersentuh lately..

Dah mula rasa baby kicking dengan sangat kuat Subhanallah :') That feeling.. Hanya Allah sahaja yang tahu..

Actually masa 3 months haritu dah start rasa baby movement inside my tummy.. Tapi masa tu maybe baby kecik lagi agaknya.. So kadang-kadang confuse, betul ke ni baby yang gerak atau angin? Hehe

Makin lama rasa macam movement and kicks makin kuat.. But still bila letak tangan dekat atas perot still belum dapat rasa lagi.. And bila husband letak tangan lagi lah, baby diam terus hahah

But semalam, Allah je tahu perasaan kami suami isteri.. First time nana letak tangan dekat perut, then rasa kick yang sangat kuat dari dalam.. Subhanallah.. :')

Lepas tu amek pulak tangan suami letak atas perut, and finally suami pun dapat rasa.. :')

Dua-dua rasa nak menangis tapi control macho beb! hahah

Sebelum ni jujurnya nana belum rasa excited sangat sebab sometimes macam lupa yang my baby is growing inside my womb.. Kadang-kadang busy dengan life etc, plus baby belum move dengan kuat, so belum betul-betul rasa 'dia' ada..

But now rasa some feeling yang tak boleh describe.. Sangat tersentuh.. Sangat bersyukur.. Rasa nak sentiasa letak tangan atas perut untuk rasa every movement.. Rasa dekat sangat di hati..

Macam tak percaya yang satu hari nanti nana juga akan diberi peluang merasa semua ni.. Rasa macam mimpi..

And now, sejak 'dia' mula memunculkan diri.. Bagi tanda yang dia ada dekat dalam tu, hanya ada satu je yang nana nak buat..

I really want to improve myself.. Sebab nana nak jadi Ibu yang terbaik untuk baby ni.. Taknak cakap bukan-bukan.. Nak jaga percakapan, perbuatan etc.. Banyakkan zikir dan mengaji.. Sebab nana tahu dia dah boleh dengar setiap apa nana cakap.. Taknak malas-malas.. Nak jadi kuat supaya baby nanti kuat macam mummy.. I just wanna be the best for u baby :') Eh sorry! ter over emotional pulak petang ni hehe

Doakan baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan sempurna ya semua! Menjadi anak yang baik.. Penyejuk mata dan hati papa dengan mummy.. Menjadi saham akhirat papa dengan mummy.. Dan doakan semoga kami mampu menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat zuriat kami..

I just can't wait to meet u sayang! Mummy and papa love u so much :')



2 comments:

  1. Tahniah Master Nana. best kan rasa baby tendang2 perut. semacam perasaan yg susah nk di ungkap. semoga Master dan baby terus sihat.. Aminnnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...