Saturday, April 8, 2023

VITAMIN KULIT CANTIK PALING BERKESAN

Masuk tahun ni dah 11 tahun dah nana menjadi pengguna tegar SET KULIT CANTIK Shaklee. Jom kita throwback sikit kenangan 11 tahun lalu macam mana nana boleh terjebak dengan supplements Shaklee especially Set Kulit Cantik Vitamin C dan ESP ni. Wajib baca sampai habis ya! 

OGOS 2012

Back in 2012, nana masih ingat lagi around bulan Ogos 2012. Waktu tu nana tengok dekat facebook ketika tu memang sangat famous dengan “Vitamin C Organik”. Sana sini orang bercerita mengenai kehebatan Vitamin C Organik ni untuk kulit sampai nana rasa teruja nak mencuba.

Kebetulan nana ada tempoh sebulan sahaja lagi untuk majlis perkahwinan nana. And nana pun memang sedang mencari supplements untuk kecantikan jugak waktu tu. Itu lah antara asbab nana direzekikan berjumpa dengan Vitamin C Shaklee.

Ini gambar waktu tahun 2010

Kulit kusam, gelap dan berparut 😅

Cuma tu nana belum tahu lagi rupanya Vitamin C tersebut adalah Vitamin C Shaklee. Sebab seller menggunakan nama “Vitamin C Organik”

Nana pun beli dan cuba. Tak sampai sebulan nana consume Vitamin C Organik tersebut, nana dapati kulit berubah dengan sangat mendadak! Pergi mana-mana semua orang pakat tegur,

“Pakai skincare apa, kulit nampak makin cantik”

“Ada tukar skincare ke? Nampak makin glowing”

“Ada ambil apa-apa supplements ke? Sebab nampak lain sangat banding dulu”

Ni gambar lepas nana start consume Vitamin C. Gambar beberapa hari before wedding

Waktu tu nana memang teruja sangat-sangat dan excited sungguh lah dengan effect Vitamin C ni sampai nana decided nak jual Vitamin C ni jugak. Dan waktu tu lah sebenarnya nana dapat tahu “Vitamin C Organik” yang digembar gemburkan ini rupanya adalah Vitamin C Shaklee 😊

TERJEBAK DENGAN ESP

Bermula daripada bulan September 2012 nana menjadi ahli, nana memang hanya menjual Vitamin C semata-mata. Memang tak ada jual produk yang lain. Dan nana hanya consume Vitamin C sahaja waktu tu.

Sampai lah dalam bulan November 2012 macam tu, ditakdirkan Allah Shaklee hentikan sekejap pengeluaran Vitamin C jadi nana memang hilang arah sangat-sangat risau nanti kulit dah tak cantik semula dah. Reason kenapa Shaklee stop pengeluaran Vitamin C waktu tu ialah sebab Shaklee nak improve lagi formula dan ingredients.

Waktu sedang tak ada pilihan lain itu, nana terbuka hati nak mencuba supplement lain dan nana pilih untuk cuba ESP.

Bila dah cuba ESP, at first nana tak perasan sangat perubahan pada diri nana. Sampai lah satu masa ni nana tengah cuci muka dekat toilet, nana pandang muka sendiri dekat cermin.

Baru nana notice waktu tu,

“Eh kulit aku macam makin cerah and gebu pulak. Sebab ESP ke ni?”

Kulit nana masa tu jadi macam ala-ala baldu gitu. Tak berminat tapi tak kering. Moist-moist je hehe

Then nana tanya lah kepada upline nana, mimi.

“Mie, consume ESP ni boleh buat kulit jadi cerah ke?”

Ni gambar lepas consume ESP dan Vitamin C awal tahun 2013. Boleh nampak kulit makin sihat dan cerah waktu ni 😍

And mimi jawab, “Eh memang lah naaa! Sebab ESP kan protein, ada kandungan Niacinamide pulak tu. Memang bagus sangat lah untuk kulit”

Ever since that, sampai lah ke hari ini, nana tak pernah tinggal amek ESP dah. Nana consume sampaiiii lah sekarang.

And tahun 2013 Vitamin C dah kembali available, nana consume sampai ke hari ini tak pernah miss walau sehari.

Alhamdulillah syukur sangat dijumpakan dengan Vitamin C dan ESP ni 😊

KELEBIHAN VITAMIN C UNTUK KULIT

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya kelebihan Vitamin C untuk kulit?

Alright meh nana cerita. But satu fakta yang semua orang kena tahu ialah, Vitamin C adalah satu nutrisi yang badan kita sangat perlukan tetapi ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Mahu atau tidak, kita memang kena amek supplement Vitamin C then only badan kita akan dapat cukupkan keperluan Vitamin C dalam badan kita.

Jadi macam mana Vitamin C membantu untuk kecantikan kulit ni?

1)BANTU PEMBENTUKAN KOLAGEN PADA KULIT

Kulit kita memerlukan kolagen untuk menjadikan kulit kita anjal, tegang, membantu cepat pudarkan parut dan melembapkan kulit. Dan Vitamin C lah sebenarnya adalah nutrisi yang diperlukan untuk membentuk kolagen pada kulit.

2)MENCERAHKAN KULIT

Vitamin C sangat tinggi dengan antioksidan yang membantu menghalang penghasilan melanin iaitu sejenis pigmen yang memberi warna pada kulit. Secara tak lansung, kulit akan semakin cerah bila kita consume Vitamin C

3)MELINDUNGI KULIT DARI SINAR MATAHARI YANG MERBAHAYA

Disebabkan tinggi dengan antioksidan, antara kelebihan Vitamin C juga ialah dapat menghalang radikal bebas yang terhasil daripada sinar UV yang boleh merosakkan kulit.

4)MENGURANGKAN KERADANGAN PADA KULIT

Ramai yang bertanya macam mana Vitamin C membantu atasi masalah JERAWAT? Jawapannya kerana vitamin c mengandungi sifat anti-radang sekaligus dapat mengurangkan keradangan pada kulit, alergik atau kegatalan kepada kulit termasuk lah jerawat.


KELEBIHAN ESP UNTUK KULIT

Kalau Vitamin C tadi orang dah biasa dengar untuk kulit, bagaimana pula dengan ESP?

Ha jom kita tengok bagaimana ESP membantu untuk kecantikan kulit 

1)MENGHASILKAN KOLAGEN

Kandungan utama ESP ialah PROTEIN yang mana protein lah yang membentuk kolagen pada kulit. No wonder gabungan ESP dan Vitamin C sangat terbaik untuk kulit kerana Vitamin C membantu pembentukan Kolagen, sementara Protein pula menghasilkan kolagen. Kesannya, kulit akan jadi tegang dan anjal.

2)MENCERAHKAN KULIT

Bila mana kulit kita cukup protein, kulit akan menjadi tegang dan anjal. Kebiasaannya efek daripada kulit yang semakin tegang dan anjal ialah, secara tidak lansung kulit akan menjadi semakin cerah juga

3)MENGANDUNGI NIACINAMIDE

Biasa kan dengar banyak skincare yang mengandungi NIACINAMIDE ni? Sebenarnya Niacinamide sangat lah bagus untuk kulit. Antara kelebihan Niacinamide pada kulit ialah

  • Membantu atasi keradangan pada kulit
  • Membantu atasi masalah jerawat
  • Mencerahkan kulit
  • Mensekatakan warna kulit
  • Melembapkan kulit
  • Menghalang kulit dari terkena sinaran uv
No wonder lah ESP terbaik untuk kecantikan kulit kan?


VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

So itu lah kisah dan sejarah macam mana nana terjebak dengan Vitamin Kulit Cantik ESP dan Vitamin C. Masuk tahun ni dah 11 tahun nana jadi pengguna kepada dua supplements ni dan Alhamdulillah masih tetap teruja lagi nak konsisten consume sampai sekarang.

Now nana nak kongsi pulak satu berita baik dengan semua. Bulan ni Shaklee ada buat promosi special iaitu PROMO VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH!

Rahmah? Apa rahmah tu?

At first nana pun tak pernah dengar nama rahmah tu. Nana ingat nama orang. Al maklum lah orang tak rajin tengok TV kan hehe. Rupanya Rahmah tu maksudnya ialah “Harga Berpatutan dan Mesra Rakyat”

Senang cerita, harga MURAH lah maksudnya!

Bila tengok promosi yang Shaklee buat ni, memang sungguh-sungguh RAHMAH lah korang.Tak percaya korang boleh tengok dekat bawah ni

Bayangkan Vitamin C sebotol harga RM115
ESP setong normal harga RM173
Total = RM288

Tapi promosi bulan ni jadi RM99 sahaja untuk setong Vitamin C dan ESP!

Dan, kalau ambil SET B iaitu 2 ESP dan 2 Vitamin C, harga jadi laaaagi jimat iaitu RM188!

Untung sungguh lah siapa yang grab promo ni bulan ni.




Jom kita tengok pula antara testimoni dan feedback pengguna-pengguna SET CANTIK RAHMAH ni








Teruja kannn tengok semua feedback ni 😍

So apa lagi uolls, jangan lupa dapatkan Set Rahmah Promo ni yaaa

Boleh pilih nak SET RAHMAH A atau SET RAHMAH B

Untuk dapatkan promosi SET KULIT CANTIK ESP & VITAMIN C aka SET RAHMAH sila contact nana di sini ya

📲Whatsapp nana macarona

Korang boleh juga baca di sini ya mengenai SET KULIT CANTIK

Till then, Assalamualaikum wbt!❤






Tuesday, February 21, 2023

KISAH TTC ANAK KEDUA

 Hai Assalamualaikum wbt korangg

Kembali lagi ye di blog yang dah tak berapa bersawang dah ni hehehe.. Dulu boleh kata hari2 ada entry blog. Semenjak dah ada macam-macam media social ni, kesian blog ku semakin terabai hehe

But honestly, nana suka sangat menulis kat blog sebenarnya. Boleh tulis panjang-panjang tak kisah orang bosan baca ke apa.. Korang still suka tak baca blog? Hee

Alright this time nana nak share my TTC journey untuk anak kedua ni..

Kisah TTC journey anak pertama korang boleh baca dekat sini yaa.. Kisah TTC Anak Pertama

Ditakdirkan Allah, anak no 1 nana umur dah 3-4 tahun macam tu nana dah mula rasa nak bagi adik dekat yaya. Salah satunya sebab yaya pun memang sangat suka adik. Dia teringin nak adik. Kalau jumpa sesiapa pun, dia susah nak move on kalau kena berpisah agaknya sebab dia sunyi sorang-sorang kat rumah 😌

Mami rasa bersalah sangat dekat yaya sebab tak dapat bagi2 lagi adik dekat yaya..

Ikutkan nana dengan suami memang planning untuk jarakkan sekejap yaya dengan adik dia, at least 2 tahun. Sebab yaya kan fully breastfeed jadi nana memang nak tunggu yaya selesai wean off dulu baru la nak pregnantkan adik dia..

Tapi takdir Allah, sampai lah umur yaya 3-4 tahun pun masih tak dapat2 jugak adik even mami rasa mami dah ikhtiar dah macam-macam 🥺

Sampai lah early 2021, bulan Februari.. Masa tu ada promosi Resv+Vivix.. And nana and suami nekad amek resv dan vivix sejak awal bulan lagi kononnya nak prepare tubuh badan yg sihat lah sebab nak start TTC bulan MArch tu..

Sejak awal Februari tu nana dengan suami memang konsisten lah amek setiap hari ResV amek malam dan Vivix amek siang..

Honestly bulan tu nana tak sempat nak betul-betul all out pun berikhtiar.. Kalau korang still ingat nana pernah share ikhtiar nana masa nak TTC anak first dulu memang dashat sangat.. Di samping makan supplements, telan Vivix bagai, nana solat hajat setiap hari, baca yassin setiap hari..

Anddd, benda ni lah nak share tapi segan kahkahkah.. Effort tu sangat besar termasuk lah usaha berikhtiar dengan suami.. Korang faham2 jelah.. I dah tua2 ni segan la nak cakap pasal benda2 ni hahhaa

Time nak usaha dapatkan anak no 1 dulu boleh kata almost setiap hari kami berusaha tau 😂

Tapi, masa anak no 2 ni MashaAllah punya nak kata kami belum betul2 berusaha pun lagi, sempat sekali je. Ya Allah segannya nak share pasal ni!! Sorry kalau ada yang tak selesa tapi nana nak cerita punya besarnya kuasa Allah, yang sekali itu lah terus lekat Aaron Adrian 😭

Sebak pun ada sebab baiknya Allah pada kami waktu tu.. Dah la Allah bagi rezeki bisnes berganda melimpah ruah. Allah bagi lagi rezeki anak kedua kepada kami waktu tu.. Sungguh kerdil rasa

Tapi, nana sangat yakin dan percaya antara yang menjadi asbab jugak mungkin sebab gabungan RESV + VIVIX yang nana dan suami consume sejak awal bulan tu..

Sedangkan kalau nak tahu kami dah lah tak pernah pun planning sebelum tu. Dan sebelum2 tu biasa lah agak tak berapa konsisten lah consume tambah2 Vivix kan sebab kena g amek dalam peti ais. Padahal apa lah yg susah sangat pun. Sendiri yang salah sebab malas!!!! Tampar muka sendiri!!

Tapi sebelum2 tu ditakdirkan Allah kami tak pernah lekat anak no 2. Until bulan Februari yang bulan promo RESV + VIVIX tu, baru ditakdirkan Allah nana berjaya hamil even sempat “berikhtiar’ sekali je dengan suami bulan tu 

Then tadi nana ada tengok satu video tiktok pengalaman orang buat IVF 6 kali dan fail. Kesian sangat dengar 😓 IVF dah la mahal korang..

My advice kepada sahabat-sahabat yang sedang TTC, why not sebelum korang go for IUI atau IVF, give yourself a chance to consume VIVIX first.. Lagi bagus kalau VIVIX + RESV serentak..

Sebab apa pengambilan Vivix ni sangat membantu untuk renew dan repair sel tubuh badan kita dr peringkat DNA. Imagine bila sel badan kita sihat, of course lah organ kita sihat..

Termasuk lah sel ovum dan sel sperma, iaitu sel persenyawaan suami dan isteri..

So apa yang menjadikan Vivix ni sangat bagus untuk mereka yang sedang TTC, salah satunya ialah kerana ianya kaya dengan POLIFENOL dari salah satu ingredients dalam Vivix iaitu ANGGUR MUSCADINE..


Selain tu, dalam Vivix ada macam-macam ingredients yang powerful jugak contohnya;



See, semua ingredients yang sangat lahhhh powerful dan premium!!!



Dan ini antara manfaat-manfaat lain vivix..




So Alhamdulillah, dengan izin Allah Aaron Adrian pun dah setahun 4 bulan dah.. Dah besar, dah nak start bercakap dah pun Alhamdulillah 🥲

My Handsome Boy 🥰

Jadi kepada korang yang sedang TTC tu, nana highly reccomend untuk grab vivix promo bulan ni..

Not only yang sedang TTC, yang mana yang nak turunkan berat badan, nak tingkatkan kesihatan dan nak kulit yang cantik pun sangattttt reccomended untuk cuba Vivix ni..

Nana sendiri consume Vivix salah satunya nak maintain awet muda! Heheh



PROMOSI VIVIX BUY 6 + FREE 1

PROMOSI VIVIX BUY 2 @ 5% DISCOUNT




Nak grab mana-mana satu promosi, korang boleh whatsapp je nana yaaa..

Nana Macarona

📲0133039242

Atau klik je link whatsapp nana kat sini 👇🏻

📲Whatsapp Nana Macarona


Till then, Assalamualaikum wbt

Wednesday, February 8, 2023

My Kind Of Intermittent Fasting

 Bismillahirahmanirrahim..


Assalamualaikum wbt readers! MashAllah punya lah lama tak menulis kt blog ni. Tinggi betul habuk dan sawang ye 😂 Apapun jangan risau, InshaAllah lepas ni nana akan kembali aktif menulis semula lepas join Projek Blog Mega anjuran my dear upline Shaklee iaitu Master Norita 😊

Apapun, update pertama nana sempena nak merasmikan kembali my blog ni ialah, nana nak kongsi update terkini nana mengenai my loseweight journey yang for me boleh dikatakan agak mendadak selepas nana bersalin anak kedua..

Ha jangan terkejut ye, nana sekarang ni dah jadi mother of 2 dah pun Alhamdulillah..

Nana melahirkan anak kedua nana pada hujung tahun 2021 yang lalu. Anak no 2 nana seorang baby boy, yang sekarang ni dah pun berusia setahun 3 bulan. How time flies 🥲


Back to the topic, siapa follow nana di social media nana yang lain surely sedar my weightlose journey yang agak mendadak..

Berat nana sebelum mengandung anak kedua tempoh hari pernah lah mencecah sampai ke 62kg hampaaa. Dengan ketingian nana yang hanya 154cm sahaja ni, memang nampak “chomel” sangat ye!

MAKANAN BERPANTANG + SUPPLEMENTS = BERAT TURUN

Perjalanan turun berat nana sebenarnya bermula waktu dalam pantang hasil daripada nana eat clean dengan makanan pantang, bercampur dengan pengambilan supplements yang konsisten waktu tu..

Seminggu selepas bersalin, berat nana turun daripada last 62kg waktu pregnant, kepada 53kg. Turun almost 10kg jugak lah which is soooo amazing for me!


This was me seminggu lepas bersalin. Nurse sampai cakap, “Puan nampak macam belon kena cucuk jarum. Lepas bersalin terus mengecil” Hahaha

INTERMITTENT FASTING COMMUNITY

And then lepas pada tu, even dah habis berpantang pun nana tetap continue buat INTERMITTENT FASTING bersama-sama dengan team Shaklee nana, Spectacular yang mana kami create satu komuniti yang dipanggil IF COMMUNITY.

Dalam IF COMMUNITY ni kami ajar cara yang terbaik untuk buat INTERMITTENT FASTING CARA SHAKLEE. Bermaksud di sini, kami gabungkan Intermittent Fasting (cara diet), bersama dengan pengambilan supplements, dan cara hidup yang sihat iaitu exercise dan eat clean.

Hasilnya mashaAllah, ramai sangat team member IF COMMUNITY yang berjaya turunkan berat badan mereka dengan sihat!





Best kan korang efek dan perubahan semua peserta? Nana sendiri pun teruja dengan efek semua orang bila join IF community ni. So now tibalah masa nana pulak kongsi feedback nana sendiri. Jeng jeng jeng 

This is me BEFORE

This is me after buat INTERMITTENT FASTING CARA SHAKLEE

Syukur Alhamdulillah dah tak nampak “sado” bila bergambar 😂




APA ITU INTERMITTENT FASTING CARA SHAKLEE?

Basically IF ialah satu cara untuk turunkan berat badan melalui kawalan pola makan mengikut jadual tertentu.

Contoh macam nana, nana betul-betul ikut saranan Shaklee iaitu dengan pelan 12:12 yang mana 12 jam tempoh yang dibolehkan untuk makan dan 12 jam kena berpuasa daripada makan.

However, dalam tempoh berpuasa tu kita dibenarkan untuk minum air

So ni jadual IF nana sendiri

8am - Nana bukak “puasa IF dengan minum ESP + Mealshake”

2pm - Lunch suku suku separuh. Lepas lunch nana ambil supplements macam LECITHIN, OMEGA GUARD dan ALFALFA COMPLEC

7pm - Last nana akan makan. Waktu ni nana akan ambil dinner ringan sama ada bihun sup, atau bihun tomyam, atau kadang-kadang nana hanya ambil Cinch Shake sahaja

Seterusnya nana akan berpuasa makan sampai lah jam 8am esoknya.

Simple je kan?

Tak susah pun sebenarnya nak buat IF ni, cuma kena ada dalam komuniti yang betul dan sama matlamat baru lah kita pun semangat nak buat IF 😊

InshaAllah lepas ni nana akan share lagi my IF journey. Korang stay tuned okay!

Korang boleh baca artikel lain mengenai IF di sini juga ya Intermittent Fasting

Terima kasih korang sudi baca sampai habis. Till next entry, Assalamualaikum wbt 💕

#Blogmegashaklee
#Shakleethrive2023
#Shakleetriumph2023

Monday, October 14, 2019

PROMOSI OKTOBER - OSTEMATRIX, BUKAN SEKADAR KALSIUM!

Hai Assalamualaikum wbt semua

Bertemu lagi kita ye dalam blog kesayangan nana ni :)

Baiklah, harini nana nak kongsi pada semua mengenai produk PROMO bulan oktober 2019 ini iaitu :- OSTEMATRIX!

Kalau nak tahu, Ostematrix ni antara supplement shaklee yang nana paling tak boleh tinggal setiap hari, wajib consume jugak sebelum tidur especially bila mana hari nana sibuk dan tak cukup rest..

Antara kesan terbesar Ostematrix pada badan nana ialah,

SEMBELIT TIADA LAGI

Dahulu nana ada satu masalah yang agak teruk jugak lah, iaitu SEMBELIT! Sembelit nana bukan tahap biasa-biasa tau.. Sampaikan kalau nana tak pakai ubat atau makan ubat, nana memang tak boleh buang air besar.. kalau seminggu tak makan ubat, maka seminggu lah nana tak dapat nak buang air besar.. Seksa sangat masa tu..


Nana still ingat lagi masa zaman sekolah dulu, masa sekolah dekat MRSM BP.. Asal weekend je nana akan kirim dekat cikgu warden untuk belikan ubat sembelit untuk nana.. Paling senang nana pakai masa tu ialah ENEMA!


Ni lah ubat yang nana terpaksa guna setiap kali dah lama tak membuang huhuh! Pedihhhhh wehhh

Keadaan berlarutan sampai lah nana dah besar pun, memang nana sejenis tak dapat membuang dengan sendiri tak kira lah nana dah makan berapa biji limau ke pisang ke sekalipun..

Sampai lah nana join Shaklee, nana consume Ostematrix dan Alhamdulillah akhirnya berakhir sudah mimpi ngeri nana selama ni.. NO MORE SEMBELIT ALHAMDULILLAH :')

Kalau dulu nak pergi toilet pun rasa serammmm sangat, sebab tahu terpaksa menanggung seksa hanya untuk keluarkan najis.. Sekarang tak payah paksa-paksa, smooth je keluar sampai kempis perut heheh

Yang paling nana rasa lega ialah waktu BERPANTANG. Igauan ngeri bagi ibu berpantang ialah bila mana sembelitttt lah.. Imagine kita dah lah berjahit dekat bawah tu, kalau najis keras nak teran tu adoiiii seksaaaaanya Ya Allah..

Mujur sangat nana tak pernah sekali pun kena sembelit selama nana berpantang 44 hari, Alhamdulillah :)

SAKIT BADAN DAN SIMPUL BIAWAK WAKTU HAMIL LANSUNG TAK ADA

Nana banyak sangat dapat feedback daripada ramaiii customer dan kenalan yang pregnant kena SIMPUL BIAWAK.. Alhamdulillah waktu nana pregnant Adra Aurelia 4 tahun lepas, nana memang lansung tak pernah alami simpul biawak atau orang utara panggil TARIK MENGKARUNG 

Sakit-sakit pinggang pun memang Alhamdulillah lansung tak ada..

Siap tak sedar pun yang sebenarnya tengah pregnant kecuali perut yang makin membesar haha

Alhamdulillah sangat, nana dah lalui tempoh kehamilan yang lancar sangat dengan izin Allah 


APAKAH ITU OSTEMATRIX?

So, apa dia sebenarnya Ostematrix ni korang? 

Baiklah, ostematrix ni sebenarnya adalah supplement yang kaya dengan sumber mineral seperti KALSIUM, MAGNESIUM, ZINC, COPPER, MANGAN DAN BORON



APA MANFAAT OSTEMATRIX PADA TUBUH BADAN KITA?

Sebenarnya penting sangat-sangat Ostematrix ni untuk badan kita, sebab yang utama ialah Ostematrix membekalkan sumber kalsium yang mencukupi untuk keperluan badan.. Tambah-tambah untuk orang yang memang tak minum susu dan tak berapa makan kekacang macam nana..

Selain tu, yang paling penting sekali sebab, OSTEMATRIX NI BUKAN SEKADAR KALSIUM.. Banyak sangat minerals lain dalam Ostematrix yang sangat bagus untuk tubuh badan kita.. Contohnya Magnesium yang bukan hanya bagus untuk tulang, tapi membantu melembutkan najis dan meredakan otot badan manusia, thats why bila consume Ostematrix ni selalunya kita akan mudah dapat tidur yang lena di malam hari.


Antara manfaat Ostematrix ialah:

  • Sangat terbaik untuk bekalkan kalsium yang mencukupi kepada IBU HAMIL
  • Sangat membantu mengurangkan atau mengatasi masalah SEMBELIT
  • Membantu membekalkan kalsium yang mencukupi buat IBU MENYUSU. Bila menyusu, kalsium dari badan si ibu akan pergi ke anak melalui susu ibu, jadi ibu berisiko kekurangan kalsium dalam badan yang boleh mengakibatkan banyak lagi masalah lain
  • Meringankan gejala SENGGUGUT
  • Membantu menguatkan tulang dan mencegah masalah OSTEOPOROSIS
  • Membantu atasi masalah sukar tidur malam iaitu INSOMNIA


So, kepada anda yang berminat nak dapatkan ostematrix promosi, nana sangat mengalu-alukan anda untuk direct contact nana untuk dapatkan harga promosi yang MURAH GILAAA!!

Imagine, tak promo pun harga sebotol tu dah sangat murah dan berpatutan.. Apatah lagi bila promosi kan :)

Hubungi nana,

Whatsapp/sms : 0133039242

Atau anda boleh klik link di bawah,


Till then!!

Assalamualaikum wbt 





Monday, June 24, 2019

PART 1 - HAKIKAT REZEKI YANG SEBENAR - PENGEJAR KUPU KUPU VS PEMBINA TAMAN

Assalamualaikum wbt & hi semua! 

Post kat bawah ni sebenarnya post dari facebook nana, nana decided untuk repost dekat sini sebab nana plan nak tulis dekat blog je topik kuasa minda yang nana nak kongsikan..

Sebabnya, pada nana ilmu ni sangat panjang dan nana nak share sekali dengan gambar so korang akan lebih faham.. Jadinya nana kongsi dekat blog jela ye..

Mudah mudahan ilmu-ilmu yang nana bakal kongsi ni bermanfaat kepada semua.. InshaAllah aminnn :)

____________________


Ramai manusia zaman sekarang tak sedar bahawa mereka tidak ubah seperti PENGEJAR KUPU-KUPU..

Rezeki boleh diibaratkan seperti kupu-kupu.. 🦋Kupu-kupu itu pulak sifatnya adalah berterbangan dan nak tangkap kupu-kupu ni semestinya kena pakai jaring..

Dan setiap kali nak tangkap kupu-kupu, yang mampu kita tangkap hanyalah seekor sahaja pada satu masa kan? Dapat tangkap sekor, kita masuk dalam sangkar.. Tangkap sekor lagi kita masuk dalam sangkar..

Waktu nak bukak pintu sangkar nak masukkan kupu-kupu tu, adakalanya kupu-kupu yang lain pulak terlepas keluar..

Setiap malam, tak mampu nak tidur lena memikirkan kupu-kupu.. Bimbang kupu-kupu terbang lari.. Bimbang kupu-kupunya dicuri orang..

Hati tidak tenang.. Jiwa tidak tenteram.. Makin banyak kupu-kupu dalam sangkar, makin runsing kehidupan.. Makin banyak takut.. Makin banyak risau..

Sedangkan, ada cara yang lebih mudah sebenarnya untuk mengundang kupu-kupu datang hinggap tanpa perlu nak berpening kepala, takut dan risau, serta hati sentiasa tenang dan bahagia.. Tapi dalam masa yang sama, kupu-kupu datang sendiri.. Bukan sedikit, tapi datang berbondong-bondong 😍

Caranya?

BINALAH TAMAN! 😘

Binalah taman yang indah, yang banyak bunga-bungaan yang wangi.. Kerana hakikat kupu-kupu itu tertarik kepada haruman bunga yang harum 💕

Nak tanam pokok bunga yang cantik mekar setaman semestinya perlukan USAHA, perlukan MASA, perlukan kita BAJA setiap hari..

Tapi satu masa nanti, bila taman sudah subur mekar penuh dengan bunga bungaan, kupu-kupu nanti datang sendiri 🦋

Hati kita tenang, tidur malam mampu lena dengan nyaman.. Tak runsing memikirkan kupu-kupu hilang atau dicuri orang.. Manakan tidak, bilangan yang terbang girang di taman pun tak terkira banyaknya 🤗

Andai pun dicuri orang, ah tak kisah sebab nanti pasti banyak yang akan datang lagi..

Hidup bahagia tanpa runsing.. Tenang tak perlu serabut kepala..

Tapi kupu-kupu tetap datang.. Datang dan datang 😊

Indah bukan?

Andai mampu hidup seperti pemilik taman kupu-kupu 💕

Bahagia bukan?

Andai mampu hidup sebagai PENJEMPUT REZEKI ❤️

Yang tidak perlu gusar dan runsing memikirkan rezeki, kerana YAKINNYA mereka bahawa Yang Maha Memberi Rezeki sudah sediakan rezeki yang bukan hanya cukup malahan melimpah ruah buat mereka..

Mereka tak pernah gusar akan kecukupan rezeki, kerana mereka tahu ALLAH KAN MAHA MEMAKBULKAN.. Minta lah saja pada Allah 💕

Namun selain itu, mereka ada memegang TIGA RAHSIA MENJADI PENJEMPUT REZEKI..

Iaitu, sentiasa praktis tiga perkara..

1️⃣ POSITIVE THINKING 

Mereka tahu, sedar dan percaya bahawasanya setiap apa yang mereka fikir itu adalah DOA, imej yang ada dalam fikiran ibarat PROJECTOR yang mana imej yang terpancar pada layar putih itu lah takdir kehidupan mereka.. 

Jadinya mereka sentiasa berfikiran yang baik-baik kerana mereka sedar Allah bersama dengan setiap sangkaan mereka, dan Allah memakbulkan setiap yang ada di fikiran mereka..

2️⃣ POSITIVE FEELING

Di antara minda dan hati, sebenarnya getaran yang lebih kuat terhasil di hati.. Maka tak hairan lah orang yang baik, yang bersih jiwa, yang pemaaf, yang suka kedamaian tak suka permusuhan, yang selalu doakan yang baik2 untuk orang, yang sentiasa BERSYUKUR, kita lihat kehidupan mereka sentiasa tenang dan dipermudahkan.. 

Rezeki hadir berlimpahan.. 

Salah satu cara nak mendapatkan positive feeling ialah melalui AMAL IBADAH dan BERSYUKUR

3️⃣ POSITIVE MOTIVATION

Ramai manusia lemah semangat, lemah jiwa dan tak kuat menempuh kehidupan ini kerana motivasi diri yang lemah.. Punca motivasi diri yang lemah ialah, matlamat hidup tak jelas..

Hidup bukan hanya untuk mengejar duit semata-mata.. Pengejar duit akan lelah seperti mana penangkap rama-rama..

Tapi kejarkan lah hidup memberi manfaat kepada orang lain.. Niat ibarat ALAMAT.. Tersalah alamat maka surat tidak akan sampai..

Sentiasa betulkan niat, nak berjaya, mesti kuat semangat, kerana nak beri manfaat kepada lebih ramai orang di sekeliling kita, InshaAllah

————————

Nak membina taman tidak mudah, tetapi tidak mustahil melalui istiqamah..

Sentiasa amalkan 3 perkara untuk, untuk mengecap 3 rahsia membina taman rezeki seperti di atas..

BERSANGKA BAIK
BERSYUKUR
SENTIASA PERBETULKAN NIAT

InshaAllah semoga sama-sama kita menjadi penjemput rezeki yang berlimpahan, ibarat taman bunga yang mengundang kupu-kupu yang tak terkira banyaknya..

Amin ya rabbal alamin 💕

Dapat sesuatu? Feel free to SHARE this post tak perlu minta izin ❤️

Nana Macarona
Master Coordinator in Shaklee
Founder of Spectacular Empire
A Motivator 
Biz Coach
Health & Beauty Consultant
013-3039242


Monday, August 13, 2018

PROMOSI VIVIX SHAKLEE OGOS 2018


PROMO VIVIX, HARGA JIMAT GILA BULAN INI SAHAJA!


Assalamualaikum & Hi korang!


Rasanya bulan ni nana belum sempat lagi nak update promo untuk bulan ni kan? Padahal dah jual berbotol-botol dah bulan ni hehhe Alhamdulillah!


Promonya tak lain tak bukannnnn, VIVIX!! Yeayyy










Nana tahu, ramai sangat yang menanti-nanti ketibaan bulan promo Vivix, sebab masa ni lah korang dapat beli dengan harga yang jimat sikit.. Some people maybe rasa harga Vivix ni a little bit pricey.. Actually dulu pun nana pernah rasa macam tu..


Rasa macam apehal lah harga sebotol Vivix ni boleh sampai macam tu? (Actually tak lah mahal sangat pun, compare dengan produk lain ada je lagi mahal tapi kesan tak setanding dengan Vivix!) 


But then, bila dah consume baruuu nana faham kenapa harga dia macam tu.. Tak lain tak bukan kerana KUALITI VIVIX tu sendiri :) 


Imagine Vivix ni dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang sememangnya kaya dengan Resveratrol..Resveratrol ni pulak actually a polyphenol found in grapes. Grapes pun bukan grapes biasa-biasa tau, MUSCADINE GRAPES lagi which is sangat special berbanding anggur lain sebab dia ada extra kromosom.. Bermakna lagi power lah!


Selain daripada tu, kandungan lain Vivix ialah Polygonum Cuspidatum, Purple Carrot and elderberry.. Yang mana sangat kaya dengan kandungan antioksidan :)


Okey, back to PROMO VIVIX, bulan ni korang berpeluang untuk dapatkan VIVIX dengan harga yang SUPER JIMAT berbanding biasa! 


Contohnya, kalau beli 2 botol korang bakal dapat 5% discount which is banyak gilaaaa jimat!


Kalau beli 6 botol pulak, korang bakal dapat FREE sebotol Vivix! 😱


Selain daripada tu, manfaat lain yang korang bakal dapat ialah :


  • Free Membership, Means korang automatically menjadi sebahagiaan daripada Spectacular babies nana yeayy! Nak buat bisnes boleh, nak makan sendiri pun takde masalah
  • Korang dah siap-siap dapat CASHBACK dah tau. Untuk belian 2 botol vivix, korang dapaT CASHBACK around RM40.. Untuk belian buy 6 free 1 korang bakal dapat cashback around RM250!! MASHAALLAHHH..Korang boleh lah pakat2 share dengan adik beradik ke kawan2 ke, sekali dapat cashback RM250 pulak.. Untung gilaaa


Kalau nak beli sebotol je? Pun bolehhhh takde masalah 😊


So kepada yang tertanya-tanya apa sebenarnya manfaat Vivix ni, meh nana nak cerita sikit dekat korang.. 


Antara manfaat Vivix ialah;






🍇 AWET MUDA. Vivix kaya dengan Resveratrol dan Polifenol yang sangat bagus bertindak sebagai anti-aging.. So kalau amek Vivix dari muda ni, InshaAllah merasa lah nampak muda bila dh berusia nanti 😁


🍇 KAWALAN GULA. Resveratrol dalam Vivix membantu mengekalkan paras insulin dan bantu elak pembentukan AGE protein


🍇 TURUN BERAT BADAN. Vivix membantu untuk meningkatkan metabolisme badan sekaligus membantu turunkan berat badan dengan sihat


🍇 TINGKAT KESIHATAN SECARA MENYELURUH. Secara asasnya, Vivix bertindak memperbetulkan sel dalam badan dari peringkat DNA. Bila sel sihat, organ sihat, sekaligus seluruh badan akan sihat


🍇 UNTUK MEREKA YANG TTC. Vivix boleh dijadikn salah satu ikhtiar, atas sebab yang di atas di mana Vivix membantu menyihatkan dari peringkat SEL, maka seluruh organ akan jadi sihat termasuk organ peranakkan


🍇 CEPAT SEMBUHKAN LUKA. Untuk mereka yang luka czer ataupun jahitan, sangat disarankan untuk minum Vivix bg percepatkan penyembuhan luka


🍇 KURANGKAN SAKIT PINGGANG & BELAKANG. Rata-rata yang ambil Vivix selepas czer mengaku sakit pinggang dan belakang berkurang.


🍇ANTI KERADANGAN. Membantu untuk kurangkan keradangan contohnya jerawat di kulit, atau keradangan dalam organ dan sel badan


🍇 MEMBANTU SAKIT AKIBAT PENUAAN. Terbaik untuk mak ayah kita yang ada penyakit akibat penuaan. Vivix bukan ubat, sebaliknya bantu tingkatkan kesihatan tubuh badan secara optima bila sel badan sihat..


Bulan ni pulak tengah ada PROMO, memang sedang elok sangat lah buat korang yang nak cuba consume Vivix yang super awesome nih 💕


______________________


Antara kesan Vivix ke atas diri nana dan keluarga nana selama ini ialah,


💕First sekali, kesan terbesar dalam hidup nana ialah nana berjaya untuk HAMIL asbab berikhtiar dengan Vivix


Vivix bukan lah UBAT KESUBURAN. Tapi ianya melindungi dan memperbaiki sel badan kita, bila sel badan sihat InshaAllah seluruh sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik termasuklah organ persenyawaan :)


💕Kedua, kesan pada KULIT nana. Dulu kulit nana sangat kusam dan gelap sebenarnya. Once nana consume Vivix dengan konsisten, boleh nampak perubahan pada kulit. Kulit makin flawless dan berseri


💕Ketiga, bila nana consume vivix dengan konsisten sebagai ikhtiar hamil, tanpa sedar berat badan maintain pada berat ideal walaupun nana jenis kuat makan 😊


💕Badan sentiasa rasa bertenaga dan tidak lesu


💕Kesihatan mak abah semakin baik.

Nana memang beri mak dengan abah consume Vivix sebagai supplement tambahan untuk jaga kesihatan.


Mak nana ada masalah tekanan darah tinggi dan terpaksa ambil ubat. Nana pesan pada mak, ubat jangan tinggal. Dalam masa yang sama mak consume Vivix.


Baru-baru ni mak call beritahu doktor cakap tak perlu datang ambil darah selalu dah sebab tekanan darah mak dah stabil untuk beberapa bulan kebelakangan ini 😊


💕14 jahitan luka eksiden abah sembuh tak sampai 2 minggu asbab consume Vivix!


Abah nana penghidap KENCING MANIS. Masa dapat tahu abah eksiden dan kena 14 jahitan, kami sangat risau sebab selalunya luka abah lambat nak sembuh.


Sebelum ni bila terluka sikit saja, abah amek masa lamaa baru sembuh. Dan luka akan jadi bernanah dan sebagainya.


Nana beri abah consume Vivix, surprisingly tak sampai 2 minggu luka abah sembuh dan parut hampir tidak kelihatan!


_______________

Vivix ini bukanlah ubat. Ianya supplement kesihatan untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan kita melalui penambah baikan dan perlindungan kepada sel badan..


Nana sendiri dah grab beberapa botol untuk diri nana and family sempena promo ni, korang pun jangan lupa grab sama naaaa :)


Untuk korang yang nak dapatkan VIVIX PROMOSI, boleh lah contact nana


Whatsapp sini,

📲0133039242


Atau klik link ini,

http://nanamacarona.wasap.my/


___________________


Kat bawah ni antara feedback pengguna-pengguna Vivix! :)









*ikhtiar hamil nana dengan consume Vivix. Alhamdulillah berjaya hamil selepas 3 tahun menanti :')










Untuk korang yang nak dapatkan VIVIX PROMOSI, boleh lah contact nana


Whatsapp sini,

📲0133039242


Atau klik link ini,

http://nanamacarona.wasap.my/



Till then koranggg! Assalamualaikum wbt


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...