Thursday, November 17, 2016

Tips Bercuti Ke New Zealand

Assalamualaikum wbt & haii

Since nana dekat New Zealand tempoh hari, banyak sangat PM masuk bertanyakan tips travel dekat New Zealand.. So nana nak kongsi lah sedikit antara tips-tips melancong dekat NZ especially secara road trip macam kami 🙂

So again nana nak bagitahu, New Zealand ialah sebuah negara yang SANGAT CANTIK! Make sure jadikan target untuk pergi k sini at least sekali seumur hidup tauuuu!

                



1. Kita start dengan dekat kastam and imegresen. Jangan sesekali bawak masuk makanan fresh especially macam buah-buahan macam tu, even buah tu kau bawak dari atas flight. Make sure habiskan atau buang siap-siap. Taknak buang pun takpe sebab nanti pegawai imegresen tu akan tolong buangkan hahah

2. Make sure setiap makanan yang korang bawak tu, WAJIB declare. Jangan sesekali tak declare. Sebab kalau lah terkantoi korang bawak makanan yang tak boleh dibawak, lepas tu tak declare pulak, korang akan kena denda NZD100. Banyak kot! RM300 tu macam-macam boleh buat

3.Kalau nak senang, makanan semua letak dalam satu beg je. Sebab nanti pegawai tu akan nak check satu persatu. Dah payah pulak kalau kau letak sekali dengan beg baju kan.Karang pegawai tu nak selongkar, dah terselongkar benda-benda yang tak sepatutnya karang. haha

4. New Zealand ialah negara yang sangat susah nak sesat. Asalkan korang tahu route, InshaAllah tak sesat. Kalau nak confirm tak sesat, pakailah GPS haha. Tapi seriously memang senang je travel NZ nih. 
 




5. Disebabkan senang je nak travel dekat NZ ni, maka cadangan nana tak perlulah korang pakai agent pun takpe. Sebab tempat-tempat yang best tu selalunya memang tepi-tepi jalan je. Plus kalau pun dekat satu kawasan macam Queenstown, tempat semua tak jauh pun. Alah, buat lah homework sikit. Study sikit tempat-tempat menarik dekat setiap kawasan, then InshaAllah setel.

6. Kalau bercuti dekat NZ especially dekat South Island, korang memang akan road trip. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat. So, jangan lah bercuti tu sekejap sangat. Karang memang tak cukup. At least 2 minggu baru cukup, tu pun tak sempat cover semua tempat pun.

7. Make sure daripada Christchurch ke Lake Tekapo korang pilih route yang melalui Rakaia Gorge. Sebab banyak baca blogger yang pergi akan ikut route Ashburton - Timaru dan seterusnya. Which kami lalu masa balik ke Christchurch. Seriously route yang lalu Rakaia Gorge cantikkk sangat especially sungai yang kaler turquiose tu. Sumpah cantik gila!

 


8. Kat NZ memang nak ke taknak wajib sewa kereta. Ramai yang sewa Caravan pun ada. Tapi based on kami borak-borak dengan pelancong yang sewa Caravan, kos untuk Caravan trip sebenarnya lagi mahal sebab masa nak check in site tu, kos diorang kira ikut kepala. Kalau kita travel naik kereta, just sewa hotel jelah. Tapi kalau dengan Caravan, kalau ramai orang dalam satu Caravan tu makanya mahal lah kena bayar.

9. Dekat NZ ngko suka masak ke tidak, wajib masak jugak kalau nak senang. Sebab agak leceh nak cari kedai makanan halal kat sana, especially untuk yang bawak anak kecik macam kami. So senang masak jela.

 



10. Nak senang memasak, bawak lah pak cik Brahim's hehe. Ada banyak, yang dah siap and yang paste je pon ada. Kat sana just beli ikan/ayam, then masak dengan paste Brahim's tu.Pon sedap je. 

11. Make sure masa booking bilik hotel, korang check siap-siap ada dapur atau tidak, hotel ada toilet dalam bilik atau kena kongsi. Sebab ada sesetengah bilik especially untuk backpacker toilet kena share. Kitchen share takpe lagi, toilet kena share tak best!

12. Kalau book hotel area tasik macam dekat Queenstown ke, Te anau ke, alah semua pun ada je tasik.. Kalau boleh book lah even sekali bilik mengadap tasik. Kami haritu kalau tak dah book satu bilik mengadap tasik, tapi ada kesilapan teknikal. Sedih sobs

 



13. Kalau nak jumpa Lupins, bunga yang cantik and banyak dekat area Lake Tekapo, make sure datang pada penghujung Spring memasuki musim panas sebab bunga Lupins ialah bunga musim panas.

 



 




14. Kalau teringin nak main salji, make sure panjat lah Remarkable Mt. Kalau korang bernasib baik, adalah salji kalau korang datang masa bukan musim salji. hehe

 



15. Skyline Gondola Queenstown wajib naik

 



16. Patuhi hadlaju jalan raya. Sebab polis ada je sepanjang jalan tu

17. Cuaca dekat sana walaupun sejuk, tapi matahari sangat terik. Maka prepare siap-siap lah dengan SUNBLOCK kalau tak muka akan burn gila gila macam kami haha

18. Souvenir MAHAL. Seketul fridge magnet pun dah dekat RM20 duit Malaysia. Yang lain apetah lagi

19. Dekat NZ ada ayam halal. Cari brand Brinks

20. Sepanjang perjalanan korang akan jumpa pemandangan cantik. So kalau nak plan itinerary dari satu tempat ke satu tempat, make sure allocate siap-siap masa yang lebih, sebab confirm akan banyak berhenti amek gambar haha

 



21. Kalau nak buat aktiviti dekat sana, better book online berbanding beli dekat kaunter sebab online lagi murah.

22. Kalau travel dekat musim sejuk, make sure bawak baju tebal yang kalis angin especially.

23. Make sure korang pergi hiking dekat Mount Cook! Dekat sana ada banyak route korang boleh lalu untuk hiking. Kalau plan nak lalu banyak route, make sure dah ada dekat sana awal pagi. Route ke Hooker Valley amek masa almost 2 jam pergi 2 jam balik. Kea point, almost 45 min pergi 45 min balik. Pemandangan SUPER AWESOME!

 



24. Sebelum plan hari apa nak ke Milford Sound, better tengok ramalan kaji cuaca dulu especially kalau bawak anak kecik. Masa kami haritu tak jadi pergi sebab hujan sobs! 

25. Make sure bawak SUPPLEMENT sebab dekat sana korang akan travel setiap hari dari satu tempat ke satu tempat. Memang sangat letih sebab selalunya bila sampai next destination dah nak dekat senja, esok pagi-pagi pukul 10 dah kena check out. Pilihan nana semestinya SHAKLEE ❤

 



Pendek kata, NZ adalah negara yang terlalu CANTIK untuk dilawati.. Please make sure korang masukkan dalam target untuk ke sini at least sekali seumur hidup okay! 🙂

2 comments:

  1. Assalamualaikum...saya nk tanya budget percutian berapa puan spend ye utk puan sekeluarga...terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...