Tuesday, November 22, 2016

Budget Percutian New Zealand

Assalamualaikum wbt

Sejujurnya, sejak balik daripada New Zealand tempoh hari, nana belum kira lagi total budget kami sepanjang dekat sana.. First sebab busy sangat, since balik daripada NZ haritu, selang 2 hari nana pergi pulak Holiday Trip Tajaan Shaklee dekat Langkawi.. Second, sebab takuittt.. Takut membayangkan berapa banyak ongkos yang dah habis sepanjang kat sana hahaha

But it's okey guys!

Pengalaman yang kita dapat masa travel tu sebenarnya lebih bermakna daripada wang ringgit yang keluar.. Takpe, nanti kita kerja lah keras cari duit balik yek heheh

Apapun, bercakap mengenai Budget nih, bagi nana benda ni subjektif.. Sebab perbelanjaan nana mungkin tak sama dengan u all.. Mungkin kalau u all pergi, u all boleh dapat perbelanjaan yang lagi murah daripada kitorang.. Sebab kitorang travel bawak baby kan.. So kalau boleh taknak lah nanti tak selesa ke apa..

Dan mungkin jugak korang punya perbelanjaan boleh lebih banyak daripada kitorang.. Tu kalau korang nak trip yang mewah lah hehe

Macam trip kami haritu nak kata mewah tu idok laaa.. Tapi selesa, I would say.. Alhamdulillah

Apapun, perkongsian nana ni hanya sekadar nak beri panduan pada korang jelah tau.. Hopefully jangan lah ada yang kata nana nak menunjuk ke apa.. Karang aku malas nak share lagi dah baru hampa tau! hahah

So jom start!

FLIGHT

 



Kami book flight daripada website SKYSCANNER.. Kalau korang nak tahu, masa awal bulan haritu nana survey tiket pergi New Zealand, seriously murah! But that time nana tak rasa nak pergi pun lagi.. Masa tu boleh dapat RM4000 macam tu untuk kami satu family.. Like murah gilaaaa..

Masa tu tak berapa yakin lagi nak travel NZ bertiga je dengan anak kecik lagi.. So kami pun tak beli..

Then masa around bulan Ogos haritu, kami memang nekad nak pergi NZ so survey dekat website Skyscanner then terus book..

Tapi nak dapat harga macam haritu memang tak dapek laaa..

So total flight ticket untuk kami 3 beranak ialah RM6600++ dengan transit ke dua tempat

KL > Singapore (Malaysia Airlines)
Singapore > Brisbane (Qantas Airlines)
Brisbane > Christchurch (Qantas Airlines)

RM6600 tu untuk Nana + Husband + Yaya (untuk yaya just 10% je harga daripada harga sebenar)

RM3142/pax (adult)

TOTAL = RM6600 untuk satu family

**Kalau nak tiket murah kena rajin-rajin survey dekat website ye

CAR RENTAL



Honda Odyssey untuk 10 hari including Car Seat & GPS > NZD460 = RM1400


Minyak kereta untuk 10 hari around NZD300 = RM900

TOTAL = RM2300

*Harga mungkin lagi murah untuk kereta yang lagi jimat minyak and depends kepada berapa hari korang travel


ACTIVITY

 



Skyline Gondola > NZD33/pax, baby free = RM100

TOTAL = RM200 untuk 2 orang

**kitorang tak banyak buat aktiviti sangat sebab bawak baby. Kalau korang jenis pergi beramai-ramai, ada orang jaga baby, or korang pergi tak bawak baby boleh lah buat banyak2 aktiviti ye. Boleh book online je lagi murah dari beli dekat kaunter

ACCOMODATION

Christchurch(1 night @ double bed room) > SUNRISE INN = RM283

Lake Tekapo (1 night @ standard room) > THE GODLEY HOTEL = RM415

Twizel (1 night @ one bedroom suite) > HIGH COUNTRY LODGE MOTELS = RM362

Wanaka (1 night @ double room w private bathroom) > BASE WANAKA = RM323

Queenstown ( 2 nights @ one bedroom suite) > SHERWOOD = RM1174

Te Anau (1 night @ double room with private bathroom) > Te Anau Lakefront Backpackers = RM303

Dunedin (1 night @ double room) > Law Courts Hotel = RM291

Christchurch (1 night @ one bedroom chalet) > John Motels & Holiday = RM301

TOTAL = RM3129

GRAND TOTAL

RM12,229 untuk satu keluarga, Nana + Husband + Yaya (10mo)

Ini tak termasuk makan tau, sebab untuk makan ni nana tak sempat kira..

Makan merangkumi beli barang-barang dapur, and sesekali makan dekat luar..

And nana bajet-bajet, sekali dengan makan semua mungkin around RM13,000 jugak kot..

P/S; Please take note yang kami bukan terus book segedebuk je semua ni.Nak keluar RM13,000 segedebuk macam tu untuk satu percutian je bukan lah semudah itu ye kawan-kawan hehe..Nana buat tabung khas untuk beli tiket flight ke NZ selama beberapa bulan.. Sebab nana hanya bayar tiket flight je, yang lain husband uruskan heheh And husband pun book sikit-sikit setiap bulan.. Takdelah book semua serentak..

So apa lagi guys, sila lah buat TABUNG NEW ZEALAND. Dan yang lebih penting lagi, sila lah kerja keras memenuhkan tabung-tabungmu itu!

Nak belajar meniaga meh cari nana, nana tunjuk ajar hehehhe Sempat iklan :D

So tu je lah yang mampu nana kongsi untuk BUDGET PERCUTIAN KE NEW ZEALAND nih..

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah komen/PM nana dekat facebook ya..

Till then, Assalamualaikum wbt :)






2 comments:

  1. Salam Master Nana :) best nya, insyaAllah nak jejak ke NZ jugak one day, Aamiin.. Sy share info nih kat FB sy ya :)

    ReplyDelete
  2. How to Deposit with Casino Debit Card - Dr.MD
    Depositing through your Casino 천안 출장안마 Debit Card using 순천 출장샵 a Credit 김포 출장샵 Card: 1-800-GAMBLER-CARD. You 안동 출장마사지 are responsible for ensuring that 광주광역 출장안마 you receive your Casino Debit Card balance within 24 hours

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...