Assalamualaikum wbt..
Wah, ada sambungan pulak ye.. Dah macam novel heheh..
Actually lepas je nana kongsikan kisah hidup nana pada
Kisah Hidup Nana Part 1, ramai sebenarnya yang cadangkan nana buat Novel.. Hehe Alahaiiii takde lah sampai boleh buat novel sebenarnyaa.. Tak lah menarik mana kisah hidup nana ni.. Nana cuma kongsikan sekadar untuk beri pengajaran kepada semua sahaja.. Dan sebagai ingatan buat diri nana sendiri untuk sentiasa yakin dan percaya dengan kehebatan kuasa Allah taala :)
Acewah cewah cewah hihi
Ingat lagi kisah penderitaan nana selepas kena dismiss haritu? Well, macam nana cerita haritu lah.. Kehidupan nana memang huru hara waktu tu..
Di awal semester nana join degree Qs pun sebenarnya kehidupan nana masih belum betul-betul back to normal.. Banyak cabaran nana waktu tu especially kewangan.. Dan semestinya pengalaman ngeri yang umpama mimpi buruk bagi nana tu masih menghantui hidup nana..
Walau apa pun, nana tetap jalani kehidupan seperti biasa.. Pergi kelas balik kelas.. Macam biasa.. Nana masih nana yang sama, cuma nana kini dah belajar dari kesilapan.. So dah masuk course baru ni takde dah la nak berjimba mana sangat.. Belajar pun lebih serious even though struggle jugak la sebab nana masuk pun lambat daripada orang lain kan..
Sampai lah tengah semester.. Nana diduga sekali lagi..
Ingat lagi, waktu tu kelas untuk hari tu sampai tengah hari je.. Sebelum balik rumah sewa macam biasa lah nana akan makan dekat kafe fakulti dulu.. Nak masak tak berapa rajin pulak hari tu.. So makan siap-siap jelah..Balik rumah kang boleh terus tido hahahha okey sifat yang ni still tak berubah :P
Nana ambil lauk keli goreng bercili waktu tu.. Masa makan tu sebenarnya takdelah rasa pedas mana pun lauk tu.. Nana pulak memang jenis makan pedas.. Tapi entah kenapa, rasa sakit perut sesangat lepas tu.. Dah 'buang' ape semua tapi tetap tak okey..
Then slow-slow jalan kaki balik rumah sewa.. Rumah sewa nana waktu tu betul-betul luar UiTM.. Dan kebetulan fakulti betul-betul dekat dengan pagar UiTM hehe so memang jalan kaki jela pergi balik kelas..
Sampai rumah, perut masih tak okey.. Bahkan makin sakit lagi..
Mujur lah masa tu hari Jumaat.. Boleh la jugak rest kat rumah kan..
And then menjelang petang sakit makin serious.. Memang rasa semacam waktu tu.. Dok ingat kena gastrik dah.. Siap pesan dekat housemate tolong belikan Gaviscon lagi tapi entah kenapa still tak okey2..
Dalam petang Sabtu macam tu, dah start tak boleh tahan dah.. Nana pun ajak housemate nana temankan pergi klinik yang dekat dengan rumah sewa nana masa tu.. And nana inform doktor yang nana sakit perut dah nak masuk 2 hari tak baik-baik.. Doktor pun kasi ubat gastrik and doktor ada buat satu surat untuk nana refer ke hospital..
Waktu tu macam pelik jugak, kenapa kena refer hospital pulak kan.. Tapi layan jelah.. Balik klinik tu nana makan ubat macam biasa.. Tapi ntahla, still tak elok and tak berkurang sedikit pun..
Seksanya rasa masa tu sebab makan pun rasa tak kena.. Nak tido pun rasa tak kena.. Pernah tak rasa Gastrik macam mana? Ini gastrik yang tahap paling teruk punya.. Tahap pedih perut gila-gila at the same time rasa macam perut penuh dengan angin..
Allah je tahu seksanya masa tu.. Kadang-kadang rasa macam terbakar je perot nih..
And satu yang nana perasan, nana tak boleh makan pedas langsung masa tu.. Asal termakan sikit je, memang siap lah muntah balik lepas tu..So sepanjang sakit tu nana memang makan nasik kosong dengan ikan goreng atau bubur nasi kosong dengan ikan goreng.. Tu je yang mampu masuk perot nana..
Sampai lah dalam malam Ahad ke malam Isnin ntah.. Nana dah tak boleh tahan dah.. Sakit perut dah terlalu kuat sampai tahap berguling pun boleh dah ni..
Memang terlalu sakit yang teramat sangat..
Last sekali housemate nana merangkap my bestfriend, Yana mintak tolong kawan dia bawakkan kitorang pergi Hospital malam tu jugak.. Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah dekat Klang..
Nana masuk pergi dekat emergency sebab masa tu memang dah terlampau sakit.. Doktor check sekejap then doktor mintak nana masuk ward..
That time, memang rasa macam nak mintak doktor pengsankan nana pun ada sebab sakit yang terlalu sangat dekat perut nana..
Kemudian selesai urusan semua, nana pun dimasukkan ke ward malam tu.. Mula-mula Yana yang temankan nana dekat ward.. Sampai lah kakak nana sampai malam tu then temankan nana dekat ward.. Malam tu satu malam nana tak boleh tidur sebab sakit sangat.. Even doktor dah cucuk masuk air and masuk ubat pun, tetap tak berkurang sakit tu..
And actually, nana dimasukkan ke ward untuk pesakit yang bakal jalani pembedahan tau.. So sekitar nana memang ramailah pesakit yang tengah tunggu turn nak dibedah.. Ohmyyy, takut gila lah masa tu..
Doktor suspek nana kena apendiks tapi bila dibuat ujian ke atas diri nana tak macam apendiks.. Keesokan harinya pun tetap sama.. Dah makan ubat dah masuk air pun sakit nana tetap tak surut-surut.. Even makin sakit lagi..
Waktu tu doktor dah cakap pada nana, diorang tak pasti nana sakit apa sebab simptom apendiks takde.. Apa yang diorang nak buat ialah, operate je nana.. Then baru tengok apa problem nana..
T_____________________T
Suka hati nyaaaa.. Main operate then baru nak tengok sakit apa..
Ketaq lutut dah masa tu sebab takut sangat.. Masa tu mak abah tengah on the way nak datang dekat nana sebenarnya.. And bila doktor beritahu nak operate je nana tu, nana call mak abah beritahu.. And of course abah tak benarkan senang-senang je nak operate nana macam tu je kan..
Elok je abah sampai dekat Hospital Klang, mak abah nana buat permohonan nak bawak nana balik Taiping sebab nak masukkan dekat Hospital Taiping je.. Dekat sikit mak abah nak pergi tengok nanti kan..
Then haritu jugak nana dibawa balik ke Taiping.. Ikutkan pihak hospital cadangkan bawak nana ke hospital Taiping pakai ambulans tapi abah taknak.. Kalau tak merasa lah balik Taiping laju daripada biasa sebab naik ambulans kan heheh Sempat lagi berangan bukan-bukan masa tu :D
Sampai dekat Hospital Taiping, Nana pergi emergency ward dekat sana.. Disebabkan dah memang ada surat refer daripada Klang, so nana just terus masuk ward jelah..
Few days dalam ward, nana mintak nak balik rumah.. Dah boring sangat-sangat duduk dekat ward..
Waktu tu sedih sebab kena ponteng kelas dalam seminggu jugak lah.. :(
Actually, that time doktor pun tak berapa sure sakit nana ni apa sebenarnya tau.. Sebab makan ubat gastrik semua tak berkesan pun.. Langsung tak kurang.. Even dah balik Shah Alam pun, sakit nana tetap tak berkurang.. Still sama.. Macam-macam telan dah selain dari ubat doktor, telan pati gamat lah.. Spirulina lah.. Tetap tak kurang pun sakit sampai dah buntu dah rasa masa tu..
Sepanjang semester tu memang boleh kata sebulan beberapa kali jugak nana masuk ward.. Sampaikan final exam nana pun nana ambil atas katil ward tau.. Kesian lecturer ku terpaksa datang bawak exam paper jauh-jauh ke Hospital Klang huhu..
Finally doktor arrange nana untuk minor operation.. Just nak 'teropong' apa sebenarnya jadi dekat perut nana ni hah..
And rupanya, lepas nana jalani minor operation tu, baru lah dapat tahu yang usus nana dah luka teruk sangat dah dekat dalam tu.. Ada ulser yang dah teruk.. And tak tahu lah doktor tu nak takutkan nana ke apa, dia cakap kalau teruk sangat nanti mungkin usus boleh bocor and nana terpaksa jalani operation untuk potong bahagian usus yang dah rosak tu T_______T
Menakutkan betul lah masa tu.. Waktu tu dah la memang sedia kurus dah (dulu memang kurus, jangan tengok sekarang haha) Kalau usus makin pendek tak ke makin kurus?
Then cuti semester tu nana balik ke Taiping.. Nak ikhtiar berubat dulu sebab kalau boleh taknak operate.. Doktor pun ada bekalkan ubat untuk nana tapi memang tak jalan.. Plus nana tak berapa berani makan banyak sangat ubat since usus pun dah teruk kan.. Sebab pernah teringat kisah seorang kawan nana yang Makcik beliau ni ada sakit jantung.. Disebabkan makan ubat terlalu banyak sampai usus jadi rosak and meninggal bukan sebab sakit jantung tapi sebab kanser usus.. So waktu tu memang nana dan family nak cuba berubat tradisional sama..
Merata jugak lah berubat masa tu tapi masih tak elok-elok jugak..
Sampailah mak nana satu hari ada bawak balik satu supplement ni.. Tak pasti jenama apa.. Tapi dia warna hijau.. Bancuh buat air.. And kandungan dia ada ALFALFA, nana ingat lagi :)
Bila minum supplement tu lah yang baru nana start rasa improvement.. Perot makin lama makin kurang sakit dah..
And guess what? Finally, setelah beberapa bulan nana menderita sakit perut yang tidak berkesudahan, finally sakit tu totally HILANG lepas seminggu lebih nana amalkan supplement tu.. Subhanallah! :'( Magiknya rasa sebab nana sakit dah berbulan-bulan tau.. Boleh imagine tak selama 3-4 bulan nana SENTIASA sakit perut.. Tak pernah sekali pun dalam tempoh tu nana tak rasa sakit perot.. Sama ada mild atau teruk je.. Bila mild tu boleh lah lagi pergi kelas ke ape kan.. Tapi bila dah terlalu teruk tu sampaikan nana dah tak tahan terus masuk ward..
Tapi Alhamdulillah, amek supplement terus hilang.. And bila nana pergi check dekat hospital, doktor pun cakap yang usus nana memang dah sembuh sepenuhnya Alhamdulillah :)
Phewww.. Tragis kan kisah nana ni? hahha.. Bertimpa-timpa dugaan yang datang.. Tapi syukur Alhamdulillah, nana berjaya lepasi semuanya dengan baik Alhamdulillah..
Waktu tu baru lah timbul penyesalan dalam diri sebab selama ni nana memang tak berapa jaga makan.. Makan pedas tu melampau-lampau.. Ingat lagi masa dekat Matriks, setiap kali beli makanan dekat kafe mesti mintak cili api potong.. Dapat pulak bestfriend yang sekepala sejiwa seselera hahaha Si yana tu lah.. Bestfriend dari matriks sampai lah ke UiTM masih bersama.. And fav kami berdua ialah MAKANAN PEDAS! Bila ada geng ni lagi lah, makan pedas tak henggat punya..
And mungkin jugak kesan daripada 3 bulan tempoh nana 'merana' haritu lepas kena dismiss tu.. Waktu tu makan pun tak menentu.. Kadang-kadang makan kadang-kadang tak makan.. Emosi tak stabil.. And siap pernah telan panadol lagi hah.. Astaghfirullahalazim.. Zaman tak berapa fikir panjang.. Zaman budak-budak lah katakan..
Mungkin efek daripada perkara-perkara tu lah kot sampai usus nana jadi teruk macam ni..
And tambah pulak, dari kecik lagi nana memang ada masalah dengan usus.. Waktu kecik sampai lah nana form 5, nana memang ada masalah sembelit yang teruk.. And nana even nak membuang pun kena amek ubat.. Haihh.. Kalau tak memang tak dapat buang even makan pisang setandan..
Mungkin lah, kesan-kesan daripada amek ubat tu lah kot yang buat usus nana jadi semakin teruk..
Lepas daripada tu, nana still ada jugak kena gastrik, cuma tak lah seteruk dulu.. Cumanya nana jenis tak boleh tak makan.. Lewat makan sikit je confirm sakit perut.. Masuk angin sikit je confirm nana kena gastrik..
And sekadar untuk berkongsi dengan anda semua, sejak nana konsisten ambil supplement Shaklee since bulan Ogos 2012, sampai sekarang nana BELUM PERNAH lagi kena gastrik even lambat makan sekalipun.. Memang miracle lah rasa sebab bayangkan lah nana dari kecik ada masalah sembelit yang serious sampai lah pernah kena buasir (yang ni nanti story dekat another entry ya).. Pernah ada ulser pada usus.. And lepas tu even ulser dah takde, tapi still jugak kena gastrik kadang-kadang..
Miraclenya lepas nana ambil Shaklee memang dah takde langsung dah masalah dengan usus dan perut.. Sembelit nana dah takde langsung.. Setiap hari wajib membuang.. Gastrik pun dah takde..
Alhamdulillah.. Rasa usus nana semakin sihat sekarang.. Syukur Alhamdulillah :')
Untuk awak semua yang tengah baca entry ni, tolong lah jaga usus sebaiknya ya?
Antara penjagaan usus yang baik untuk diamalkan ialah
- Make sure minum air masak dengan cukup untuk elakkan sembelit
- Amalkan makan sayur dan buah sebagai serat yang bagus untuk elak sembelit
- Jangan amalkan makan pedas atau makanan masam sangat
- Kalau boleh elakkan terlalu kerap ambil ubat seperti panadol
- Amalkan supplement yang baik untuk usus anda
Tolong lah jaga dan sayangi usus anda.. Sebab bila dah bermasalah, memang susah nak elok semula.. Kalau sekadar sembelit ,gastrik atau ulser takpe lagi masih boleh nak diubati lagi.. Tapi bila sampai dah jadi barah tu, nauzubillahiminzalik.. Mintak lah dijauhkan ye..
So, sekian dulu kisah nana dan usus..
Masih adakah Kisah Hidup Nana part 3? Jeng-jeng-jeng.. Nantikan yeeeee... hehehe
Thank you for reading!
Till then, Assalamualaikum wbt :)
PRODUCT REVIEW (SET KESIHATAN USUS)
Okey, dah baca kan kisah nana dan usus di atas? Boleh imagine tak macam mana seksa dan tak selesanya bila perut sakit dan tak selesa..
Pernah tak rasa macam mana seksanya tak dapat membuang (sembelit)
Pernah rasa tak macam mana pedihnya perut bila gastrik menyerang
Boleh imagine tak macam mana seksanya bila usus ada ulser?
Bayangkan bila ada ulser dekat lidah pun kita rasa pedih sesangat kan? Especially bila makan pedas.. Ini pulak dekat usus..
So kepada semua yang masih sihat dan bebas daripada masalah usus, sila lah jaga kesihatan usus anda sebaiknya..
Dan kepada yang sudah mengalami masalah usus, jangan risau, InshaAllah masih belum terlambat untuk ikhtiar..
So di sini nana nak cadangkan Set Kesihatan Usus yang nana sendiri ambil dan memang works wonder on me..
Bayangkan nana yang sejak dari kecil bermasalah dengan usus, dan kini Alhamdulillah bebas sepenuhnya..
1) ESP
ESP ni seperti semua tahu tinggi dengan kandungan PROTEIN.. Protein sangat penting untuk kesihatan usus sebab protein membantu pembentukan tisu anggota tubuh badan kita termasuk lah usus.. Protein juga bagus kerana membantu mengelakkan usus luka atau ulser sebab ianya mengandungi mekanisma untuk mempercepatkan penyembuhan luka..
Gastrik ni selalunya jadi bila kita lambat makan.. So sometimes usus boleh jadi pedih.. Dan bila keadaan berlarutan, lama-lama boleh jadi luka dan ulser.. So make sure kepada anda yang memang SUDAH mengalami gastrik, atau nak jaga kesihatan usus anda, ESP ni WAJIB ya!
P/s :Bulan ni kebetulan ada PROMOSI ESP.. Harga memang super terbaik InshaAllah khas untuk pembaca blog nana.. So kepada yang nak dapatkan ESP dengan HARGA TERBAIK, sila lah hubungi nana ya..
Antara khasiat lain ESP ialah
- Membantu menCERAHkan kulit
- Membantu mereka yang ingin SLIM
- Membantu mereka yang mempunyai masalah PARUT JERAWAT BERLUBANG
- Membantu mencantikkan kulit wajah
- Membantu meLICINKAN kulit dan mengGEBUkan kulit
- Bertindak sebagai MILKBOOSTER terbaik untuk membantu ibu-ibu menyusu
2) ALFALFA
Masih ingat tak nana kongsikan di atas tadi yang ulser nana semakin sembuh selepas mengambil air ALFALFA.. Sememangnya Alfalfa sangat bagus untuk usus kerana ia membantu mengelakkan sembelit..
Alfalfa mengandungi kandungan ALKALI yang tinggi.. So ianya sangat membantu untuk meneutralkan asid dalam perut kita.. Sebab tu lah pentingnya pengambilan Alfalfa untuk mereka yang kerap kena gastrik kerana bila gastrik, kandungan ASID dalam perut dan usus tinggi.. Sebab tu boleh jadi ulser atau luka..
Alfalfa juga bagus bertindak untuk DETOKS usus kita.. Usus merupakan tempat untuk penyerapan nutrisi.. Tapi kalau usus kita kotor dan berkerak, nutrisi pun tak dapat diserap dengan sempurna daripada makanan dan supplement..
Lalu benda-benda lain pulak yang terjadi misalnya darah kotor, jerawat dan masalah alergik yang berpunca daripada usus yang kotor..
Antara manfaat lain Alfalfa ialah sebagai
- Legakan sakit sendi
- membantu rawat KEPUTIHAN
- Bertindak sebagai kacip patimah kepada isteri
- memulihkan urat selepas bersalin
- milkbooster
- membantu penghadaman dan pencernaan
- menghilangkan kelesuan
- membantu membuang ANGIN dalam badan
- membantu membersihkan usus
- membantu atasi athma
- membantu atasi senggugut
- membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
3) HERBLAX
Herblax ni one of my fav supplement sebenarnya.. Especially kepada u all yang ada masalah sembelit sebab Herblax ni bertindak sebagai JULAP RINGAN.. Yup, memang terrrbaik lah dia punya kasi cuci tu.. Memang keluar habis segala kerak-keraj dekat usus tu :)
So manfaat utama Herblax ialah untuk membersihkan usus kita.. Ianya membantu melembutkan najis supaya kita mudah untuk membuang..
Contoh macam musim-musim kenduri atau raya, makan pun kemain banyak.. Macam-macam jenis pulak tu.. Bayangkan bila kita membuang, tak semua najis keluar.. Yang tinggal akan jadi kerak najis..
Haa. Itulah fungsi Herblax.. Untuk kasi cuci bersih licin berkilat itu usus..
Bila usus dah bersih dari kerak, perut pun boleh kempis tau..
Ini takdelah, perut nampak macam orang mengandung padahal tak mengandung pun hihihi nana pernah alami benda ni.. Sampai orang ingat kita pregnant sebab perut buncit hahah
So sampai sini dulu perkongsian nana mengenai SET KESIHATAN USUS.. Jom lah kita semua jaga kesihatan usus kita sebaiknya ya.. Jangan sampai dah kronik baru nak jaga..
Andai ada yang nak order especially PROMO PRODUK BULAN NI------> ESP
Sila hubungi :
nana macarona
013-3039242
Ig : @beauty_bynana
@nanamacarona
Till then people
Assalamualaikum wbt