Friday, October 24, 2014

Mengapa Saya Benci Bisnes MLM?

Assalamualaikum wbt..

Sebentar tadi sempat nana berjalan-jalan dekat wall fb.. Terjumpa post daripada seorang sahabat yang berkongsi mengenai satu blog yang nak cerita pasal orang dok bertanya kepada beliau di mana nak dapatkan supplier untuk bisnes beliau.. Actually nana tak ambil tahu lah sangat isu-isu yang dibangkitkan serta dibincangkan sebab nana rasa mungkin beliau hanya hendak meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada mereka yang asyik harapkan jalan mudah untuk berniaga..

Cumanya, yang kurang sedap di penglihatan nana ialah ayat beliau yang berbunyi begini..

"Belajar pasal penat lelah usaha orang lain.. Kalau setakat bisnes barang MLM memang la ampa kena selalu sharing dengan orang pasal skim cepat kaya ampa tu.. Lulz"

"Kalau nak berniaga, tak ada benda senang.. xda benda datang bergolek kena kaki.. Semua kena usaha.. Lain la hg bisnes MLM, memang ada siap dah kepala atas untuk share cara nak cepat kaya"

Tersenyum nana baca statement demi statement beliau.. :)

Namun nana tak salahkan beliau 100% kerana sememangnya ramai orang yang mempunyai pandangan skeptikal mengenai MLM.. Ramai yang anggap MLM ni jenis hat kena cari orang je.. Yang wajib cari orang, kalau nak kaya.. Hidup memanjanggg cari orang..

Dan sebenarnya, nana dulu pun berfikir perkara yang sama.. Teringat nana sewaktu di matrikulasi, nana bersama roomate nana pernah ditahan oleh 3 orang kawan.. Hurmm.. Tak lah berapa kawan sangat actually.. Yang memaksa kami untuk join MLM beliau.. Bayaran untuk masuk adalah RM2k.. Nak terkeluar bijik mata kami.. Hoiiii.. Elaun matriks pun RM1K je satu sem, celah mana kami nak cari RM2k??

Kemudian diorang ajar pulak kami macam mana nak dapatkan RM2k.. Iaitu diorang suruh pinjam RM10 dari semua orang yang ada dalam phone book kami.. MashaAllah, kegilaan apakah ini??
Yang lagi buat kami stress, bila kami nak balik bilik pun diorang tak bagi.. And FYI, ketiga-tiga mereka ialah lelaki.. Kami 2 orang perempuan, berhadapan dengan 3 lelaki.. Of course lah takut kan.. Diorang mintak kami untuk buat keputusan masa tu jugak.. And akhirnya, kami berjaya juga lepaskan diri dari mereka..

Tapi memang sungguh nana cakap, memang rasa trauma sangat-sangat.. Kami 2 orang berlari balik bilik and masih menggigil..
Start daripada itu memang nana akui, NANA BENCIKAN MLM.. Nana sangat bencikan MLM.. Toksah la berani-berani ajak nana join mana-mana MLM memang ku pangkah siap2..
Bila masuk UiTM pun masih ada lagi benda-benda macam ni..And seboleh mungkin memang nana nak elak..

Begitulah pengalaman ngeri nana bersama dengan MLM.. Tu baru nana sorang, belum orang lain lagi.. Yang nana dengar dah beribu-ribu kerugian selepas join bisnes MLM..

Itu lah sebab MENGAPA SAYA BENCI MLM.. 

Tetapi, sekarang tidak lagi.. Kerana nana sendiri sudah tahu apakah makna MLM yang sebenar..  :)

Bisnes MLM ialah Multi-leven Marketing yang mana ianya konsep perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat..

Manakala SISTEM PIRAMID pula ialah berteraskan yuran peserta di atas peserta lain.. atau dengan konspe mudahnya, kita masuk bisnes dengan bayaran sekian-sekian.. Dan kemudian kita akan cari orang baru, bila orang tu bayar yuran baru kita dapat hasil..

Nampak tak perbezaan dia?

Bisnes MLM yang sebenar ialah bisnes jualan produk yang BERKUALITI serta PELAN PERNIAGAAN yang adil dan tidak menindas.. Manakala SISTEM PIRAMID orang paling atas itu untung sebab kerja sekali je.. Lepas tu kaki-kaki yang kena bekerja untuk cari orang..

Beza okeyy!

Dan itu lah yang terjadi di dalam bisnes Shaklee.. Kami sendiri tidak pernah diajar untuk asyik mencari orang.. Tetapi kami diajar untuk mempertingkatkan nilai diri.. Mempertingkatkan ilmu mengenai produk.. Ilmu mengenai pemasaran.. Dan atas nilai-nilai inilah kami kemudiannya akan membantu pula mereka yang ingin dibantu sehingga berjaya..

Inilah bisnes MLM yang sebenar.. Bukan bermaksud orang atas dapat untung orang bawah goyang kaki.. Buktinya, dalam bisnes ni siapa yang masuk kemudian pun boleh naik lagi cepat dari upline.. Kalau upline goyang kaki memang upline tu tak dapat apa pun.. Sangat adil bagi nana..

Bisnes MLM yang sebenar juga sama seperti bisnes lain.. Ibarat dalam satu company, ada CEO.. ada pekerja.. dan sebagainya.. Bezanya di dalam MLM, tiada istilah BOS, sebaliknya LEADER yang berperanan untuk memimpin ahli kumpulan untuk sama-sama berjaya seperti beliau..

Andai kata dalam company biasa, anda bekerja untuk bos anda, sebaliknya gaji anda tetap sama.. Di dalam bisnes MLM, anda bukan mengkayakan leader anda.. Sebaliknya anda mengkayakan diri anda.. Dan andai kata leader anda membantu anda sampai berjaya, COMPANY iaitu Shaklee Malaysia yang akan bayar kepada leader anda sebagai upah kerana membantu anda sampai berjaya.. Bonus anda sikit pun tidak terusik :)

So, nana tegaskan lagi sekali di sini, bukan semua MLM mengamalkan SISTEM PIRAMID.. Bisnes MLM serupa seperti bisnes biasa.. Menjual barang dan sebagainya.. Cuma bezanya ialah, sistem MLM itu yang menjadikan seseorang itu boleh KAYA dengan lebih mudah andai kata dilaksanakan dengan betul InshaAllah..

Dan mengulas pendapat saudari di atas, kalau benar kata beliau bisnes MLM ini CEPAT KAYA, rasanya semua SID kat malaysia ni dah jadi Master dan dah jadi kaya :)

Tiada yang mudah dalam hidup.. Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya.. Semuanya harus bermula dari bawah.. Dan ianya memerlukan USAHA, KOMITMEN, TANGGUNGJAWAB, PENGORBANAN, SEMANGAT dan DOA untuk berjaya sehingga mencapai tahap yang tertinggi di dalam bisnes..

Dan kalau anda tanya nana, sudah semestinya BISNES SHAKLEE lah yang terbaik InshaAllah :)

Buat anda yang inginkan bisnes yang membantu anda berjaya dan kaya, tetapi anda bukanlah jenis manusia yang ingin cepat kaya, atau tidak sanggup berusaha dan bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian, maka bisnes SHAKLEE lah yang terbaik untuk anda..

Mengapa nana kata yang terbaik?

1) Produk yang bagus.. Shaklee ada barisan saintis yang hebat untuk memastikan setiap produk yang keluar SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

2) Pelan perniagaan yang sangat menguntungkan para distributor.. Shaklee membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk para distributor yang berjaya.. Andai anda mencapai rank tertinggi dalam bisnes ni iaitu Master Coordinator, anda bakal mendapat income tahunan tidak kurang daripada RM600,000..

3) Apa yang anda boleh dapat dalam bisnes Shaklee amnya, dan empayar Spectacular khususnya, UKHUWAH yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. Saling menyokong dan menasihati.. Saling mengingatkan dan mendoakan.. InshaAllah ukhuwah sampai syurga :')

Apa yang lebih indah ialah, tiada istilah PAKSAAN dalam bisnes kami.. Tugas kami hanya berkongsi produk yang hebat serta peluang bisnes yang menguntungkan.. Khas buat mereka yang ingin ubah nasib diri dan keluarga.. Tiada istilah paksaan.. Tak perlu pun memaksa sebab bisnes shaklee dan produk-produk Shaklee memang terbukti BAGUS pun :)

Sekian dari nana.. Harapan nana, tiada lagi pandangan-pandangan skeptikal anda kepada MLM sama seperti nana yang sudah berubah pandangan terhadap MLM selepas menyertai Shaklee

Nana doakan kita semua berjaya dunia dan akhirat InshaAllah :)

Love,
Master Nana Macarona
Founder of SSpectacular Empire
Building Success Together
013-3039242

3 comments:

  1. Ramai rasanya yg mula2 rasa Shaklee ni sama je macam MLM lain.. tapi, bila sekali dah 'terkena' kehebatan produknya, lepas tu join jadi ahli & faham bisnes model Shaklee ni, terusss jatuh cinta.. hehe..

    ReplyDelete
  2. nice sharing master. saya rasa pun macam kenal orang yg ckp pasal mlm tu..ehehe..memang bila orang xtau, org akan samakan company MLM ni semuanya sama. tak semudah itu kan? apa pon semoga saya pon boleh ke tahap master mcm sis..doakan ya :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...