Pertama sekali, nana nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1436H.. Hari ini ialah 1 Muharram.. Tahun pertama dalam Islam.. Ramai yang selalu pandang enteng akan tarikh ini.. Walhal tarikh ini ialah titik permulaan era kemasyuran Islam.. Teringat nana masa tunaikan Umrah bulan Mei tempoh hari.. Perjalanan dari Kota Mekah ke Madinah subhanallah sangat lah jauh.. Bayangkan dengan bas pun ambil masa 5-6 jam.. Bayangkan Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad SAW dulu berhijrah daro Mekah ke Madinah dengan hanya berjalan kaki dan menaiki unta.. Timbul rasa insaf dalam hati nana.. Timbul rasa kasih dan sayang yang teramat sangat.. Terima kasih Ya Rasulullah.. Betapa tinggi pengorbanan nabi semata-mata untuk menegakkan syiar islam :')
Di kesempatan ini jugak nana nak minta ampun dan maaf kepada semua andai ada pernah nana mengguris hati anda melalui sikap, perbuatan atau kata-kata.. Sesungguhnya nana insan hina yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. Dan nana ikhlas hati memaafkan semua..
Actually, tujuan nana menulis harini adalah untuk bercerita.. Cerita yang nana sendiri tak pasti sama ada patut diceritakan ataupun tidak.. Yang mana nana sangat risau dan takut ianya bakal menimbulkan rasa riak dan ujub di dalam hati :( Moga Allah lindungi nana dan kita semua dari perasaan dan perbuatan riak dan ujub.. Anggap sahaja nana berkongsi untuk berkongsi semata-mata ya.. Agar mungkin, bisa menyentuh hati-hati mereka di luar sana.. Moga Allah redha..
Bismillahirahmanirrahim..
Mungkin ada yang sedar.. Ada yang tidak sedar.. Akan penghijrahan kecil nana.. Penghijrahan yang nana anggap sangat kecil kerana bagi nana masih terlalu banyak yang perlu nana ubah.. Sangat banyak.. Nana adalah pendosa.. Yang penuh dengan dosa silam.. Yang hina dan penuh noda.. Namun, nana juga tetap seorang yang mengharapkan menjadi insan kesayangan Allah.. Berharap untuk menjadi isteri yang solehah.. Berhajat untuk menjadi anak yang soleh.. Kawan yang baik.. Leader yang baik dan seterunya hamba Allah serta umat Rasulullah yang baik.. Dan yang utama, nana ingin nak masuk syurga Allah! :')
Nana hanya seorang insan biasa.. Bukan asal daripada sekolah agama.. Bukan daripada keluarga alim ulama.. Nana hanya seorang wanita biasa.. Menutup aurat bagi nana hanyalah menutup kepala.. Sehinggalah nana berkahwin..
Pernah banyak kali suami bagi hint untuk tutup aurat dengan lebih sempurna.. Tapi ketika tu tak ada apa-apa rasa dalam hati.. Nana masih teruskan kehidupan macam biasa.. Kehidupan dengan bisnes.. Kehidupan sebagai isteri.. Anak.. Nana tetap nana..
Sampai lah ada satu masa, nana terjumpa di internet mengenai satu artikel mengenai keindahan menutup aurat dengan sempurna.. Seperti ada satu perasaan kecil menyelinap dalam hati.. Nana lihat gambar seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna.. Yang kelihatan hanyalah wajah beliau.. Subhanallah indahnya.. Nana bandingkan dengan diri nana, sangat jauh berbeza. Nana bertudung, gadis itu juga bertudung.. Tapi tak sama.. Nana pandang beliau dengan pandangan mata yang sejukkk mata memandang... Manakala nana pandang diri sendiri, nana rasa macam tak ada apa-apa :(
Rasa rendah diri.. Insaf..
Nana baca dalam artikel itu, untuk berjaya dunia.. Untuk berjaya akhirat, haruslah menjadi insan kesayangan Allah terlebih dahulu.. Tapi macam mana nana nak jadi insan kesayangan Allah kalau suruhan Allah yang utama itu pun tak mampu nana penuhi..
Dan nana masih ingat tarikh itu.. 14 April 2013.. Pertama kalinya dalam hidup nana keluar dengan mengenakan jubah.. Nana nak pakai stokin dan stokin tangan tapi nana tak ada.. Baju labuh pun berapa helai je.. Nana menangis.. Terasa betapa jahilnya diri ini..
14 April 2013.. Detik permulaan
Pulang sahaja daripada Shaklee Wangsa Maju, nana ke Giant Permata.. Nana cari di kedai-kedai barang-barang persediaan haji dan umrah.. Nana beli beberapa helai stokin dan handsocks.. Nana beli tudung yang agak labuh.. Cepat-cepat nana pulang ke rumah sebab dah tak sabar nak cuba..
Sesampai ke rumah, nana pakai stokin.. Stokin tangan dan jubah serta pashmina labuh.. Nana menangis melihat diri di dalam cermin.. Aku kah itu? :') Nana bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat ini.. Nana bersyukur yang teramat sangat
Teringat satu ayat, "Hidayah itu ibarat cahaya.. Dan cahaya tidak akan masuk ke rumah yang tidak dibuka jendelanya"
Lalu nana nekad.. ketenangan yang nana dapat ketika itu sesungguhnya lebih bernilai daripada segala kecantikan yang ada di dunia.. Biarlah nana tidak cantik pada pandangan manusia, asalkan nana cantik di mata Yang Maha Mencipta..
Ketika tu nana langsung tak cakap apa-apa pada suami, tapi bila suami balik kerja dan malam tu kami keluar, nana sudah mula kenakan jubah, stokin dan handsock.. Reaksi suami biasa sahaja.. Tak tegur pun mengenai perubahan nana.. Tapi nana yakin, dalam hati suami pasti terselit rasa bahagia.. Kerana nana tahu, ini lah yang beliau harapkan daripada nana selama ini.. Walaupun nana lakukan bukanlah kerana suami semata-mata, tetapi nana juga percaya, semua ini berkat doa daripada suami dan keluarga nana juga..
Semenjak daripada itu, tiada lagi jeans.. Tiada lagi tshirt yang biasa nana pakai.. Dan alhamdulillah sehingga sekarang, nana masih cuba menjaga aurat nana sebaiknya.. Sehabis baik yang nana mampu..
Dan sebenarnya, tidak dinafikan.. Perkenalan nana dengan SHAKLEE turut menjadi salah satu titik punca penghijrahan ini.. Kehidupan nana setelah bersama Shaklee dengan sebelum bersama Shaklee sangat berbeza.. Kalau dahulu hanya amalan wajib yang nana buat.. Tapi bersama Shaklee khasnya berada di bawah JUTAWAN, nana diberikan tips demi tips.. Nana diajar untuk berjaya di dunia, akhirat terlebih dahulu harus dikejar..
Nana terlalu bersyukur kerana diberikan peluang untuk kenal Shaklee dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Jutawan.. Kehidupan nana berubah hampir 360 darjah dari segi kewangan, sikap, kekuatan dan sebagainya.. Terlalu besar perubahan dalam hidup nana selepas kenal dengan Shaklee terutamanya hubungan dengan Allah.. Sungguh, ni antara nikmat terbesar di dalam kehidupan nana.. Terima kasih Jutawan Families.. Terima kasih S2U Families.. Terima kasih Spectacular Families dan terutama sekali, terima kasih Allah :')
Tiada kata yang mampu nana ucapkan untuk menggambarkan perasaan selepas penghijrahan kecil nana.. Hati nana semakin tenang.. Nana rasa selamat dan terlindung.. Terasa semakin dipermudahkan jalan nana dalam hidup mahupun bisnes.. Terasa dekat dengan Sang Pencipta.. Dan yang paling utama, nana cuba sedaya upaya menjaga hak Allah dan hak suami nana.. Nana kesal kerana selama nana sebelum berkahwin Abah yang kena tanggung segala dosa nana akibat tidak menjaga aurat dengan sempurna.. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan lalu nana.. Moga Abah tak perlu tanggung segala dosa dan kesalahan nana :(
Apa pun, nana harap entry ini tidak disalah erti.. Sesungguhnya nana masih terlalu jauh dari kesempurnaan.. Nana masih mencuba untuk sentiasa memperbaiki diri.. Masih ada terlalu banyak yang perlu diubah.. Masih ada terlalu banyak yang perlu nana perbaiki.. Sama ada dari segi aurat, perasaan, sikap dan sebagainya..
Nana doakan kita semua, bukan hanya bersahabat di dunia, tetapi juga di akhirat kelak.. Sama-sama membina jambatan ke Syurga InshaAllah :')
Akhir sekali, selamat menyambut tahun baru dalam Islam. Selamat menyambut Maal Hijrah.. Semoga tahun baru dalam Islam ini membawa Kejayaan, 1001 kebaikan, perubahan dan mendekatkan kita lagi dengan yang Maha Kuasa InshaAllah..
Di sini nana kongsikan doa Akhir Tahun dan doa Awal Tahun untuk kita sama-sama baca..
Sesungguhnya, kejarlah AKHIRAT, nescaya DUNIA akan berlari mengejarmu..
Semoga entry ini bermanfaat kepada semua.. Semua cerita hanyalah berkenaan diri nana sahaja, tiada niat untuk menyinggung sesiapa.. Semoga Allah rahmati dan redha InshaAllah..
Till then, Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.....
ReplyDeleteSalam maal hijrah...
Alhamdulillah..mnitis air mata bace entry sis..insyaallah sy jgk ingin mnjdi sperti sis...
ReplyDelete