Sunday, December 16, 2012

Hati dan manusia

Assalamualaikum wbt

Hati ialah sejenis organ yang terdapat di dalam badan manusia. Hati ni berkait rapat dengan kehidupan dan tingkah laku kita. Baik hatinya, baiklah tingkah lakunya. Tapi tak semestinya jugak sebab ada jugak spesis manusia yang lain di hati, lain di lidah. Senang cerita, hipokrit.

Walau apa pun, hati yang dididik dengan mencintai Allah Insyallah akan melahirkan perbuatan yang dicintai manusia. Hubungan yang baik dengan Allah Insyallah akan menghasilkan hubungan yang baik sesama manusia.

Apabila hati sentiasa mengingati Allah, Insyallah akan terlahirlah perbuatan seperti mudah meminta maaf, mudah memberi maaf, mudah mengucapkan terima kasih dan sebagainya.

Lidah. Lidah selalunya organ yang paling mudah untuk menyuarakan hasrat hati. Selalunya apa yang kita cakap semuanya apa yang hati kita cakap. Jarang sekali kita bercakap dari apa yang minda kita cakap. Paham? In simple words, manusia seringkali berkata-kata melalui hati bukan melalui minda.

Disebabkan kata-kata yang selalunya mengikut hati, maka akan terhasilnya Kecil Hati kepada orang yang mendengarnya.

Orang yang meletakkan Allah sentiasa di dalam hati Insyallah akan sentiasa berfikir sebelum berkata-kata. Pokoknya, tanamkan sifat berhati-hati di dalam setiap percakapan dan perbuatan.

Andai kata kita sedar bahawa ada orang terkecil hati dengan percakapan dan perbuatan kita, sama ada dengan sengaja mahupun tidak, ringankan lah mulut untuk sentiasa meminta maaf. Memang susah nak minta maaf. Sebab apa? Sebab Ego.

Dosa kita dengan Allah kita boleh minta ampun dengan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Tapi dosa kita dengan manusia, kalau dia maafkan maka bersihlah kita. Tapi sekiranya tidak, maka masih berdosalah kita (bentulkan sekiranya saya silap).

Mungkin ada masa orang pula yang kecil hati pada kita. Entah apa silapnya tiba-tiba taknak bertegur, taknak menyapa. Tak mengapa, Biar kita jadi orang yang meminta maaf dan memberi maaf.

Tak rugi jadi orang yang sentiasa cuba memaafkan dan memberi maaf, jadi orang yang berhati-hati dengan tingkah laku sendiri dan kepada orang lain. Allah kan ada. Allah tahu niat kita, hati kita. Walaupun orang tak nampak, walaupun orang hina, kutuk kita. Yang penting kita buat apa yang perlu kita buat. Selebihnya kerja Allah. Biar Allah yang balas. Baik niat kita, baik lah balasan kita. Tapi kalau tak baik? Nauzubillah...

Kadang-kadang tu, kita selalu rasa kita ni selalu sangat baik dekat orang, tapi orang takde pon nak balas benda yang sama. Kita selalu tolong orang, tapi orang tu takde pon nampak macam terhutang budi, berlagak lagi ada. Sampaikan rasa macam "Menyesal aku tolong kau dulu. Jangan harap aku tolong kau pasni".

Kenapa kita nak samakan diri kita macam dia. Kat sini lah pentingnya KEIKHLASAN. Kalau kita ikhlas, biar lah apa dia nak balas pon janji kita buat kerana Allah. Tapi kalau tak ikhlas tu yang akan terjadinya perbuatan mengungkit. Penat dapat, pahala tak dapat. Sedih.

Biar lah manusia tak hargai kita, lupa pertolongan kita janji Allah tahu. Mungking diorang tak hargai, tapi Allah hargai. Percayalah. Mungkin Dia akan balas melalui orang lain yang buat baik pada kita.

Kita selalu lupa untuk berterima kasih. Dua perkataan je, tapi makna besar sangat tau. Tak percaya? cubalah. Contohnya, Ibu Bapa ni sara anak belajar tinggi-tinggi bukan nak mintak balasan. Bukan nak mintak kita ganti balik setiap duit yang diorang laburkan. Penat memang penat. Siapa cakap senang jaga anak? Tapi, cuba kalau si anak tu nanti dah berjaya, instead of selalu bagi duit belanja kat mak ayah, cuba sesekali cakap " Terima kasih mak, abah sebab pelihara saya, jaga saya, beri pendidikan kepada saya sampai berjaya tahap macam ni" Nescaya hilang terus semua penat lelah mak ayah ni tadi. Mak ayah bukan harap kita balas budi, tapi mengenang budi dan menghargai. Cukup.

Berterima kasih ni perkataan ajaib. Sebesar mana pun pertolongan kita. Penat toksah cakap. Susah kadang-kadang lebih dari untuk diri sendiri. Tapi sekali orang tu cakap Terima Kasih, hilang penat. Jangan lah kita selalu harap orang ikhlas tolong kita, so tak payah nak mengungkit, nak harapkan orang berterima kasih. Jangan macam tu. Ikhlas memang ikhlas, tapi kalau orang berterima kasih, lagi kuat rasa ikhlas tu. Rasa macam berbaloi.


Bila ditimpa musibah kita selalu salahkan takdir. Cakap kenapalah benda ni jadi kat aku. Salahkan Allah salahkan takdir. Tapi masa gembira apa kita buat? ada kita terus sujud syukur pada Allah? Mungkin ada tapi jarang. Kan. Ujian tu kadang-kadang Allah turunkan sebab nak kita ingat kat Dia. Sebabnya, manusia ni macam tu lah. Bila susah baru teringat tikar sembahyang, mengaji, solat sunat. Tak kata semua, tapi kebanyakan. Even saya pon sama.

Pupuk rasa berbaik sangka dengan Allah. Insyallah datanglah ujian sebesar mana pun, kita tetap akan anggap tu sebenarnya rahmat Allah

Kita rasa sedih sebab tak dapat apa yang orang lain dapat. Sebagai contohnya kita dah kahwin lama nak anak, tapi susah sangat nak dapat. Berdoalah. Allah kan Maha Mendengar? Mungkin lambat sikit, tapi Insyallah tetap akan ditunaikan. Jangan lah kita mencaci Allah kenapa dekat kita ja Allah tak nak bagi anak, orang lain kahwin baru sebulan senang je nak dapat anak. Ada tak kita zoom out, tengok nikmat lain selain anak yang Allah dah bagi? Rupanya, kita ada suami yang baik. Alhamdulillah.

Kadang-kadang bila kita mintak sesuatu pada Allah, tapi Allah tak tunaikan, pupuk lah hati untuk Redha. Insyallah ada yang lebih terbaik untuk kita. Siapa tahu? Kuncinya, jangan putus asa. Teruslah berdoa. Kita bertuah tau. Kerana apa? Kerana Allah ada. Alhamdulillah :)

p/s: Entry kali ni bukan untuk tunjuk alim, tunjuk baik. Tak tuju kepada sesiapa. Tapi diri sendiri. Sebab kita selalu lupa. Sayalah tu. Jom kita muhasabah diri. Baliklah ke jalannya :')


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...