Monday, December 31, 2012

Homemade mask!

Assalamualaikum wbt..


Hye kakak kakak dan adik manis sekalian.
Menjadi cantik adalah idaman setiap wanita. Tetapi cantik tu sendiri adalah sesuatu yang subjektif. Ada yanga berpendapat kulit yang putih tu cantik. Ada pulak yang berpendapat kulit yang cantik adalah kulit yang licin tanpa cela. Pokoknya suka hati kau la. Janji tak buat perkara yang salah di sisi undang2 dan agama. Toksah la sebab nak cantik, gigih pergi cucuk botox la buat plastic surgery la. Haish
Nak cantik ni tak susah. Tak payah pergi spa ke salun, duduk rumah je pon boleh buat. Well, teknologi di hujung jari lah katakan. Meh nak ajar.

Nak dijadikan cerita, sabtu lepas nana tersangatlah letih. Pagi ada mekap n balik dari mekap tu, nana dan suami pergi bersosial berjimba2 di paradigm mall kat kelana jaya tu. Balik pulak rushing sbb suami ade shoot wedding pulak tu. Lepas je husband nana kuar rumah, nana pon terfikir la macam nak buat tutorial mekap. Eceh. Last2 tak jadi sebab muka rasa macam tak cantik je. Nampak letih n tak berseri. Sobs.

Lalu dengan pantasnya nana mula membancuh mask resepi ciptaan sendiri ni. Dah try banyak kali n sangat puas hati ♥

Bahan-bahannya adalah

1 sudu Shaklee ESP
2 Sudu yogurt( perisa apa? Suka hatiiii, tp better yg original)


Yg ni nana guna yogurt perisa berries. Rasa nak jilat muka sendiri.



cara-caranya mudah saja. Gaulkan kedua dua adunan tadi dengan sebati, kemudian sapu ke seluruh wajah dengan sekata. Tak payah tebal sangat pon takpe. Selesai sapu satu muka dengan mask tadi, sila tangkap gambar anda dan upload ke facebook mahupon instagram masing2 lol!



Ni bukan hantu ye kawan2. 

Kesan selepas pemakaian: kulit terasa sangat segar dan lembut. Tone macam sedikit cerah n muka rasa glowing ♥



Sekian sahaja perkongsian di petang nan indah ni. Diharap semoga segala persoalan korang dah terjawab. Since nana upload gamba haritu, berduyun2 org tanya resepi. Mana yang nana x sempat reply tu, ampun dan maaf dipinta ye. 

Bagi mereka yang tiada stok esp, boleh la beli dari nana. Selain boleh diminum, boleh jugak buat mask tau. Hasilnya memang bestttt sangat!


Berminat boleh pm or whatsapp 013-3039242 ye.  :)

Okey la, sampai sini dulu ye.

Till then, salam ♥

Sunday, December 30, 2012

Goodbye 2012, hello 2013! :)

Assalamualaikum wbt..

Harini last day kita dalam 2012, maka mulai esok bermulalah perjalanan baru di tahun baru.

2012 ialah tahun yg terlalu banyak benda jadi dalam hidup nana. yang suka yang duka.

Antaranya ialah, nana mula tamat belajar di uitm, dan memulakan kerjaya sebagai seorang Quantity Surveyor :) Even sekarang nana bukan lagi seorang QS, tapi nana still rindu suasana kerja dulu.Kehidupan masa belajar nana mungkin tak seindah orang lain, tapi nana still happy n gembira. Tak sangka akhirnya berjaya memegang segulung ijazah. On time ye kawan2, on time. Haha





Kecintaan sy dunia akhirat. Thank u mak abah for everything :')


fav people in my life ♥


Bachelor of Quantity Surveying (Hons) ♥


Dan bila April tiba..jeng jeng jeng..bermula lah episod cinta nana :) Pada bulan ini lah pertama kalinya nana mengenali keluarga mertua nana, bersua muka dan berkenalan. Keluarga suami nana datang merisik nana dekat rumah keluarga nana di Taiping. Besar dah anak manja mak n abah ni, dah ada orang masuk merisik siap..macam tak percaya..tapi tula jodoh..♥

Nana tidak mengalami proses pertunangan macam orang lain. Dirisik bulan 4 dan perkahwinan pulak bulan 9. Korang bayangkan la kalut tak kalut cik nana macarona ni ha..cik? Haha. Masa tu la :D Dalam tempoh masa 5 bulan je nana kena buat macam2. Wedding pulak banyak nak DIY bagai..memang la sempat Sangattt kan..

Disebabkan kekacauan dan kekalutan inilah, nana terpaksa berenti kerja sebagai QS demi nak focus on my wedding and ternyata pengorbanan ini berbaloi :)


Tanggal 29.9.2012, dengan sekali lafaz maka sahla sy siti farhana binti mohd pakeh bergelar seorang isteri kepada Ahmad Firdaus bin Muhammad Ngadi. The best moment ever in my life :')




Mati hidup semula pon saya tetap nak jadi isteri kepada lelaki ini :')




Subhanallah..indah sangat perjalanan hidup yang Allah dan tentukan untuk nana sepanjang tahun 2012 ni. Dikurniakan suami yang penyayang, perkahwinan yang bahagia, keluarga yang disayangi, keluarga mertua yang baik hati, perniagaan yang semakin maju..Alhamdulillah, Thank u Allah :')

Semoga dengan kedatangan tahun baru 2013 ini, akan membawa sinar yang lebih gemilang dalam hidup nana dan semua orang.

2012 bakal pergi dengan seribu satu kenangan, dan 2013 kita sambut dengan penuh kesyukuran. Insyallah :')








Saturday, December 22, 2012

Mekap Sanding Kak Intan

Assalamualaikum wbt

Mekap client kali ni memang nostalgia sikit. Tiba tiba terimbau kenangan 3 tahun lepas. Cewah. Zaman baru nak mengesot dalam bidang solekan ni. Time tu susahhh. Serba sederhana. Barang semua pakai barang murah je. Memang nana start from zero. Start from a very low level.

Bila ingat balik, rasa sebak. Betapa gigih nak belajar mekap dulu, sampai hari hari tengok youtube. Buat semua yang tak tau, nana memang belajar mekap sendiri. Dari buku and youtube. Then nana cuba sendiri. Naseb baik sangat masa tu orang di sekeliling nana sangat sangat menyokong. Housemates pon tabah je tadah muka hari-hari untuk dimekap nana. Yang paling menyokong, of course my beloved sister, Nor Haizawani. Kakak nana ni lah yang tolong promot, tolong rekemen adik die yang baru nak start mengesot ni kat kawan-kawan. Oh tacing sungguh rasanya. Thankyou kakni. I will never ever forget what u have done for me, everything. Thankyou so much :')

Kak intan ni jugak sebenarnya ialah client nana yang firstttt skali dalam hidup bergelar makeup artist ni. And she is also a friend of my sister :) Ingat lagi 3 tahun lepas nana mekapkan kak intan untuk dinner ofis kalau tak silap. ^__^

Nana terlalu bersyukur dengan kehidupan sekarang. Walaupun nana bukanlah dari kalangan makeup artist yang femes2, tapi alhamdulillah ramai yang menghargai bakat nana. Tak pernah nana rehat dari aktiviti mekap ni. Sentiasa ada yang sudi memilih nana untuk majlis istimewa mereka. Syukur :') Yang paling membahagiakan, nana ada a few of regular customer yang sentiasa nak amek servis nana. Thankyouu peeps!

Apesal tacing sangat di pagi ahad nan panas cuacanya ini? Mungkin sebab husband takde kuar pegi shoot. Sedih iolls asyik kena tinggal Sobs

Panjang betol mukadimah. Jom layan gambar plak :)


before


after. a very natural makeup as requested :)


me with muka tak berapa bersedia n ceria, with beautiful bride :)



Okey lah korang. Nak sambung buat kerja rumah n masak. Biasela housewife :D


Till then, Salam :)



Thursday, December 20, 2012

Bulan dan Madu (Last Entry beserta tips n bajet)

Assalamualaikum wbt..

Sorry sangat sebab lama baru update balik last entry pasal honeymood kat krabi haritu. Hampir terlupa actually.Ni pon teringat balik sebab ada a few kawan yang tanya info pasal Krabi. hehe


Day 4 & 5

Aktiviti hari keempat ni kami beli jugak dari Fatima yang baik hati itu. Aktiviti wajib untuk semua yang dapat ke Krabi mahupun Phuket, tak lain tak bukan, Phi-Phi Island Tour!

First destination ialah Maya Bay. Tempat diorang buat movie The Beach. Ala yang lakonan Leonardo Decaprio tu ha. Diorang buat kat sini la. Ecey, bajet pernah tengok :D


Pagi Jumaat Yang Indah

Assalamualaikum wbt.

Pagi jumaat, 21/12/2012. Syukur kerana kita masih diizinkan bernafas di bumi Allah. Sesiapa yang percaya bahawa Kiamat terjadi semalam maka silalah menyorok di bawah katil masing-masing ya. Tak baik memandai-mandai. Kiamat tu rahsia Allah. Ianya akan terjadi bila-bila sahaja Allah mengizinkan ia terjadi. Kita sebagai makhluk aka hamba yang kerdil ni toksah pandai2 sangat ye. Baik pergi siapkan diri cukup-cukup je =)

Semalam di saat semua orang sebok nak menghadapi kiamat (hihi), nana n my darling mira bersuka ria di salun. Mira dengan baik hatinya membelanja diriku di salun dengan kupon yang dibeli dari groupon kot. Entah tak ingat. Thankyouuu darling.

Jauh sungguh kami menapak ke Kota Damansara semata2 nak pergi cut, wash and blow heeee


kualiti gambar mengecewakan -__-


Anyway, semalam dapat khabar gembira dari my beloved sis, Amoi Heaxa. Congrats sis sebab bakal jadi mummy :) I'm so happy for u :') Seronok tengok orang bunting pelamin ni. Macam comel je. Me? So far belum ada rezeki.

Perasaan ingin menjadi ibu dah lama ada, sejak awal perkahwinan lagi. Cuma mungkin belum ada rezeki. Semua tu kerja Allah kan? He knows better. Tapi tak dinafikan sedih tu memang ada especially time redflag. sobs

But its okey. Yakin dengan ketentuan and kuasa Allah. When the time comes, MIRACLE HAPPENS! :')




..........................................................................................



sebak.


Okey lah korang!

Till then

Salam =)

Sunday, December 16, 2012

Hati dan manusia

Assalamualaikum wbt

Hati ialah sejenis organ yang terdapat di dalam badan manusia. Hati ni berkait rapat dengan kehidupan dan tingkah laku kita. Baik hatinya, baiklah tingkah lakunya. Tapi tak semestinya jugak sebab ada jugak spesis manusia yang lain di hati, lain di lidah. Senang cerita, hipokrit.

Walau apa pun, hati yang dididik dengan mencintai Allah Insyallah akan melahirkan perbuatan yang dicintai manusia. Hubungan yang baik dengan Allah Insyallah akan menghasilkan hubungan yang baik sesama manusia.

Apabila hati sentiasa mengingati Allah, Insyallah akan terlahirlah perbuatan seperti mudah meminta maaf, mudah memberi maaf, mudah mengucapkan terima kasih dan sebagainya.

Lidah. Lidah selalunya organ yang paling mudah untuk menyuarakan hasrat hati. Selalunya apa yang kita cakap semuanya apa yang hati kita cakap. Jarang sekali kita bercakap dari apa yang minda kita cakap. Paham? In simple words, manusia seringkali berkata-kata melalui hati bukan melalui minda.

Disebabkan kata-kata yang selalunya mengikut hati, maka akan terhasilnya Kecil Hati kepada orang yang mendengarnya.

Orang yang meletakkan Allah sentiasa di dalam hati Insyallah akan sentiasa berfikir sebelum berkata-kata. Pokoknya, tanamkan sifat berhati-hati di dalam setiap percakapan dan perbuatan.

Andai kata kita sedar bahawa ada orang terkecil hati dengan percakapan dan perbuatan kita, sama ada dengan sengaja mahupun tidak, ringankan lah mulut untuk sentiasa meminta maaf. Memang susah nak minta maaf. Sebab apa? Sebab Ego.

Dosa kita dengan Allah kita boleh minta ampun dengan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Tapi dosa kita dengan manusia, kalau dia maafkan maka bersihlah kita. Tapi sekiranya tidak, maka masih berdosalah kita (bentulkan sekiranya saya silap).

Mungkin ada masa orang pula yang kecil hati pada kita. Entah apa silapnya tiba-tiba taknak bertegur, taknak menyapa. Tak mengapa, Biar kita jadi orang yang meminta maaf dan memberi maaf.

Tak rugi jadi orang yang sentiasa cuba memaafkan dan memberi maaf, jadi orang yang berhati-hati dengan tingkah laku sendiri dan kepada orang lain. Allah kan ada. Allah tahu niat kita, hati kita. Walaupun orang tak nampak, walaupun orang hina, kutuk kita. Yang penting kita buat apa yang perlu kita buat. Selebihnya kerja Allah. Biar Allah yang balas. Baik niat kita, baik lah balasan kita. Tapi kalau tak baik? Nauzubillah...

Kadang-kadang tu, kita selalu rasa kita ni selalu sangat baik dekat orang, tapi orang takde pon nak balas benda yang sama. Kita selalu tolong orang, tapi orang tu takde pon nampak macam terhutang budi, berlagak lagi ada. Sampaikan rasa macam "Menyesal aku tolong kau dulu. Jangan harap aku tolong kau pasni".

Kenapa kita nak samakan diri kita macam dia. Kat sini lah pentingnya KEIKHLASAN. Kalau kita ikhlas, biar lah apa dia nak balas pon janji kita buat kerana Allah. Tapi kalau tak ikhlas tu yang akan terjadinya perbuatan mengungkit. Penat dapat, pahala tak dapat. Sedih.

Biar lah manusia tak hargai kita, lupa pertolongan kita janji Allah tahu. Mungking diorang tak hargai, tapi Allah hargai. Percayalah. Mungkin Dia akan balas melalui orang lain yang buat baik pada kita.

Kita selalu lupa untuk berterima kasih. Dua perkataan je, tapi makna besar sangat tau. Tak percaya? cubalah. Contohnya, Ibu Bapa ni sara anak belajar tinggi-tinggi bukan nak mintak balasan. Bukan nak mintak kita ganti balik setiap duit yang diorang laburkan. Penat memang penat. Siapa cakap senang jaga anak? Tapi, cuba kalau si anak tu nanti dah berjaya, instead of selalu bagi duit belanja kat mak ayah, cuba sesekali cakap " Terima kasih mak, abah sebab pelihara saya, jaga saya, beri pendidikan kepada saya sampai berjaya tahap macam ni" Nescaya hilang terus semua penat lelah mak ayah ni tadi. Mak ayah bukan harap kita balas budi, tapi mengenang budi dan menghargai. Cukup.

Berterima kasih ni perkataan ajaib. Sebesar mana pun pertolongan kita. Penat toksah cakap. Susah kadang-kadang lebih dari untuk diri sendiri. Tapi sekali orang tu cakap Terima Kasih, hilang penat. Jangan lah kita selalu harap orang ikhlas tolong kita, so tak payah nak mengungkit, nak harapkan orang berterima kasih. Jangan macam tu. Ikhlas memang ikhlas, tapi kalau orang berterima kasih, lagi kuat rasa ikhlas tu. Rasa macam berbaloi.


Bila ditimpa musibah kita selalu salahkan takdir. Cakap kenapalah benda ni jadi kat aku. Salahkan Allah salahkan takdir. Tapi masa gembira apa kita buat? ada kita terus sujud syukur pada Allah? Mungkin ada tapi jarang. Kan. Ujian tu kadang-kadang Allah turunkan sebab nak kita ingat kat Dia. Sebabnya, manusia ni macam tu lah. Bila susah baru teringat tikar sembahyang, mengaji, solat sunat. Tak kata semua, tapi kebanyakan. Even saya pon sama.

Pupuk rasa berbaik sangka dengan Allah. Insyallah datanglah ujian sebesar mana pun, kita tetap akan anggap tu sebenarnya rahmat Allah

Kita rasa sedih sebab tak dapat apa yang orang lain dapat. Sebagai contohnya kita dah kahwin lama nak anak, tapi susah sangat nak dapat. Berdoalah. Allah kan Maha Mendengar? Mungkin lambat sikit, tapi Insyallah tetap akan ditunaikan. Jangan lah kita mencaci Allah kenapa dekat kita ja Allah tak nak bagi anak, orang lain kahwin baru sebulan senang je nak dapat anak. Ada tak kita zoom out, tengok nikmat lain selain anak yang Allah dah bagi? Rupanya, kita ada suami yang baik. Alhamdulillah.

Kadang-kadang bila kita mintak sesuatu pada Allah, tapi Allah tak tunaikan, pupuk lah hati untuk Redha. Insyallah ada yang lebih terbaik untuk kita. Siapa tahu? Kuncinya, jangan putus asa. Teruslah berdoa. Kita bertuah tau. Kerana apa? Kerana Allah ada. Alhamdulillah :)

p/s: Entry kali ni bukan untuk tunjuk alim, tunjuk baik. Tak tuju kepada sesiapa. Tapi diri sendiri. Sebab kita selalu lupa. Sayalah tu. Jom kita muhasabah diri. Baliklah ke jalannya :')


Thursday, December 13, 2012

Big Bad Wolf 2012

Assalamualaikum wbt..

Selasa lepas ialah hari cuti bagi rakyat-rakyat selangor sebab birthday Sultan Selangor. Happy belated birthday tuanku! But for me, everyday is a holiday. HAHA

Day before tu, my sis in law text nana ajak pergi Big Bad Wolf dekat Mines. And i was like, amenda tu? Come on la nana, tu pesta buku okey pesta buku. Nampak sangat masa study dulu pon memang tak pernah pergi pameran buku. :D

So nana pon gigih la dengan penuh excited menemani adik ipar pergi ke Mines dengan harapan semoga terjumpa banyakkkk buku pasal beads, makeups, cooks, fashion and all the girly thingy. hihihi. Yang lagi super exciting was because my bestfriend, si Mira Ixora pon join sekali. Sejak kawen ni susah betol nak spend time sesama. I miss u girlfriend :(

Sampai je kat sana, memang gila la rambang mata tengok segala buku-buku yang ada. Rasa macam nak suruh diorang susun satu-satu buku depan mata so nana tak kan miss mana-mana buku yang best. Perasaan die macam bila Nana Macarona masuk Sephora LOL And tiba-tiba rasa menyesal plak malas pergi book-fair masa zaman study dulu sobs sobs .Yang paling best, all the books are basically around rm8-rm15 jer! Super-duper cheap! Haku pon ape lagi kannnnnnnnnnnn *keningkening


Mak dara, adik dara dan kakak dara. Kami ialah sebaya. We are young *tipu

*picture stolen from mira's instagram yaw*


My catch. Mestila semuanya pasal arts, beauty, makeup kansss. hehe. Adela terselit 2 buku romance, dah kawen pon kena la romantik2 jugak tau. Jangan la masa bercinta je pulun belajar pasal cintan cintun tapi lepas kawen ego dengan suami taknak romantik2 kan. Bercinta lepas kawen lagi indah tau :') Melalut plak tetibe.


Ehem. Macam tak sesuai untuk nana kan. Tapi sebok jugak nak beli. Siap paksa my sis in law dengan mira beli lagi. Biar semua jadi gatal macam aku. Hahahhaa. 


K la, thats all for now. Till then. Take care, salam :)





Wednesday, December 12, 2012

My Wedding Reception-Taiping

Assalamualaikum wbt..

Seronok je bila bukak facebook bila semakin ramai kawan-kawan yang update gambar kahwin. Congratulations all my dearies :) Weekend ni memang busy la we ols laki bini nak attend wedding invitation. Mak lagi suka noks, leh cuti dari memasak. Kahkah.

Btw, harini nak tunjuk kat korang sikit gambar wedding reception side nana dekat taiping. Gambar masa majlis takde sangat, gambar outdoor je banyak. Pon bolehh. Gambar2 ni disonglap dari page photog kitorang haritu iaitu MANGOTOUCH :)


My beloved mua: Kak Nurul :)




Thanks photog sebab memancungkan hidung sy yang tak berapa nak mancung ini :D






<3



Our wedding ring :) 




Sweet tak kami yang berdiri sama tinggi duduk pon sama tinggi ni. heheheh









Love the mood <3

Thank u photog! :)

Till then,

Have a nice day people!

Salam ^__^

12.12.12

Assalamualaikum wbt..

Tarikh harini adalah 12.12.12. What a beautiful date. And ramai yang ambil peluang sempena tarikh cantik ni untuk some event yang bermakna dalam hidup diorang. Baru tadi nana pergi majlis pernikahan my friend, mimi. Eventhough harini hari rabu, gagah sungguh beliau nak kawen harini jugak semata-mata nak dapat tarikh cantik ni. hehe. Sukahatikau la labuuu~

Pagi-pagi lagi nana siap kemas rumah ape semua cepat-cepat sebab nak tengok si mimi ni nikah. Last-last lambat jugak sebab singgah kat Shaklee sampai sejam lebih. Iolls ni kalau pergi shaklee sama macam perempuan-perempuan normal pergi shopping complex. Habistu aku ni tak normal kah? -__-


Shawl kite pakai tu dari HIJAABINA tauuu ^__^


Sampai-sampai je dah setel semua. Ape lagik, pegi makan terus la jawabnye hihi




What a beautiful bride :)


badang dan mimi. why badang? dont ask, see the body la haha


Cantik tak shawl yang mimi pakai tu? heee..btw shawl tu, i made specially for her. Its Shawl Ayla from HIJAABINA <3

shawl cantek orang cantek >.<

Last but not least, congratulation dearest mimi. Banyakkan bersabar dalam menjalani bahtera rumahtangga yang penoh pancaroba ini. Setiap ape yg datang tu, hadapi la bersama. Be a good wife. Be a good mummy. 

cewah. nasihat dari org yg dah berkahwin 3 bulan ghitewww >.<

Till then, salam :)

Thursday, December 6, 2012

Dia Terima Nikahnya :')

Assalamualaikum wbt..

Actually nana segan nak update pasal wedding haritu sebab dah lama sangat dah rasanya. Dah 2 bulan lebih kot. Orang still panggil pengantin baru lagi ke tak agaknya. hee Tapi disebabkan permintaan kawan-kawan n saudara mara yang nak tengok gambar majlis haritu maka nana share jugak wewitt

Pernikahan nana dan suami berlansung pada 28/9/2012 iaitu bersamaan dengan hari jumaat. Ikutkan nana harap dapat nikah dekat rumah je, sebab tu moment paling berharga dalam hidup, so kalau boleh nak la buat kat rumah kan, lagi bermakna. Tapi selepas ditimbang ditolak bahagi segala dgn pendapat semua pihak, maka pernikahan kami pon dibuat di masjid berhampiran dengan rumah nana. Tak kisah la janji selesai mana yang wajib.......Yahuuuuuuu..ops terlebih sudah!


mode:dub dab dub dab


Abah, angah, abg famy n adik. Apesal adik jeling angah macam tak puas hati?


bunga mas kawen yang digubah ibu mertuaku. p ramlee sangatt

bulatnya muka -___-


Nebessss kot


Nebes2 pon asal pandang kamera mesti nak senyum sampai photog i marah uollss sobs


Dia terima nikahnya :')


My famili <3


saat yang mensyahdukan :')


Love u mak..:')


hubby n father in law :)


mase ni dua-dua pon shy-shy cat..awwwwwwwwww


dah macam tengah mintak ampun sempena hari raya


hye abah :) 


Ibu mertua saya ^__^


<3


Keluarga besar baru nana :)


Keluarga kecik baru nana. pon bolehh hehe


Keluarga yg nana sayangggg sampai syurga :')


My bff n adiknya, Pn Mizah n aqilah. Tq for coming darlingss <3




Alhamdulillah majlis pernikahan nana berjalan dengan lancar..Cacat cela sikit sikit here and there normal la kan. hee

Actually seminggu dua before majlis nana selalu rasa sayu and nak menangis. Ye lah, bakal tamatkan zaman bujang iolls yang gilang gemilang nih. cewah. Risau je masa nikah nanti banjir satu taiping pulak. Overr

Tapi, rupanya setitik pon air mata nana tak keluar masa majlis ni. hehe. tabah tak tabah tak?

:D



Ha, btw, photografer kami untuk majlis nikah n sanding side nana ialah abe2 Mangotouch, TQ so much to Arjuna Angkasa and Ru Ibno yang sangat2 happening gila sampai we olls jadi pening. hahahha. Enjoy gila shoot dgn korang :))



Okey lah sampai sini dulu

Next time kalau rajin nana update pasal reception belah nana and husband ye :)

Tata, Salam :)


p/s: I Love U Hubby <3









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...