Saturday, April 30, 2011

Make Up Tunang Kak Faizah

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni update blog hijau ni lagi
sebab ade mekap lagi
walaupon tengah final exam

make up kejap je
pasni janji study sampai pengsan
hehe

Kali ni make up kak faizah untuk majlis pertunangan beliau
kak faizah ni kakak kepada kawan kepada kawan saya
wah banyak berkait
tapi takpe
sebab kak faizah dan rakan-rakannya sangat peramah sehinggakan saya seperti tak mahu pulang
tapi mengenangkan banyak lagi tak study, maka terpaksa bergegas pulang.
sungguh skema

ok, jom layann

kak faizah before make up


after make up ^^


wah tersenyum girang kak faizah selepas di make up :)


yeahhhhh...nana macarona in action! :D


orang nak cucuk jarum peniti pon sebok nak amek gambar. artis sungguh!


with kak faizah ^^




with ummu. member mase kat mrsm. selepas berapa lama ntah tak jumpa.
same2 dok study kat uitm shah alam tapi habuk batang hidung pon tak nampak.

Tahniah kak faizah. semoga jodoh berkekalan sehingga akhir hayat :)
thanks sebab percaya kat nana nak make up akak 
hee


ok tu je
ni last make up sampai la habis final ni



serius tak tipu!

ok jom study!





p/s:ade sape2 tak nak belanja tutti frutti. tibe2 teringin :(

Make Up Dinner Jojo

Hye assalamualaikum!

agak lama jugak saya tak update pape kat blog hijau ni kan?
itu tandanya saya dah lama tak pegang berus
hidup jadi tak tentu arah
makan tak kenyang mandi tak basah
ok, over!

by the way, petang tadi sempat pulak saye mekap seorang customer ni ha.
name betol tak ingat sebab die suroh panggil jojo je
kak jojo mungkin ^^

make up kali ini untuk dinner company kak jojo
baju tema hitam tapi kakak ni nak mata menonjol so mintak mata dikalerkan dengan biru
macam biaselah, sebagai mak andam yang mementingkan kepuasan pelanggan (cewah) saya pon penohi la permintaan pelanggan yang tercinta ni ha

before

after



maaf, kualiti gambar tak memuaskan
blusher pon tak nampak sebab teghang mak ngah dondang sayang
saya tak de DSLR 
edit gamba pon tak reti
am i loser?
bajet sket.ingat sume orang reti ke?
hahaha
k dah jangan merapu

mari tengok movie dalam external hard disk

eh silap

mari study!

sebarang tempahan make up sila hubungi

013-3039242
nana macarona/facebook.com






p/s:kehadapan kakakku Nor Haizawani, jangan marah ye? adik janji adik study betol2 pasni. Make up sekejap je. sejam tak sampai. lagipon gap ade 3 hari. hehehe.esok mesti study!! yeah!! lebiu muah2.jangan marah i ye :D




Monday, April 25, 2011

Final Exam

Final exam kali ni aku rasa sangat berserabut
bukan berserabut sebab banyak sangat study
berserabut sebab aku MALAS sangat nak study

*nanges*

But then bila dah sampai hujung hujung study week ni barulah semangat study aku datang berkobar2
1st sebab aku nak naikkan pointer sem ni
(kecewa asal aku x pikir menda ni 2 weeks ago T__T)
2nd sebab ade orang janji kalau dapat gud result nak bagi hadiah besh2.yippie!
3rd sebab aku excited nak bela arnab.hihi
even arnab tu x amek lagi, ade kat kakcik, tapi aku dah excited siap plan belikan katil lagi untuk NUNU
NUNU tu nama bakal arnab aku ye.

Papepon banyak job yang terpaksa aku korbankan demi final exam kali ni
banyak job mekap terpaksa aku tolak
sesungguhnya aku tidak merelakannyaaaaa
sobs
tapi xpela sebab bagi aku study will always be my priority
aku nak jadi QS yang berjaya and Make Up artist yang tercomel tersohor.

*Tarik nafas sambil menghela dengan panjang*

Oleh itu, kepada sesiapa yang saye terpaksa tolak job make up tu, saya mintak maaf la banyak2
bukan sengaja
harap difahami ye
macehhh ^^

Ok la nak sambung study
*tak tahu la kenapa even time study pon otak ade je terfikir nak buat bisnes tu la bisnes ni la, saya memang gila duit bisnes!

Wish me luck in my final exam!

go macarona go!

daaaa


p/s:ape yang paling buat aku gembira dan bersuka ria is, berat badan dah turun sket.berkat diet-konon-padahal-malas-nak-keluar-rumah-beli-makanan.
yeay!
sekarang dah dapat bentuk badan ideal. cewahh~ 


Monday, April 18, 2011

Calon suami idaman setiap wanita


Mencari calon suami pada zaman sekarang ni sangat lah susah. Nak cari calon suami bukan macam nak cari ikan dekat pasar, or nak pilih baju dekat pasar raya. Sebab sekali kita tersilap pilih, seluruh hidup menjadi taruhannya.

Mungkin jugak sebab tu makin ramai kes 'Andartu' yang kita dengar. Sememangnya jodoh di tangan tuhan. Tapi sebagai manusia kita jugak harus berusaha. Tapi kalau setiap kali jumpa lelaki, mesti jumpa lelaki yang tak sesuai macam mane? tak kan nak perjudikan masa depan kita?

Nak mencari calon suami bukan main tangkap muat je tau. Asal dapat kawen jadi la. Cinta manusia tak setanding kasih ilahi. So sedikit nikmat cinta yang Allah kurniakan tu hendaklah kita beri kepada yang selayaknya untuk menjadi suami.

So kat sini ade la beberapa ciri-ciri suami yang sepatutnya menjadi idaman setiap wanita..

1. Pilih yang baik dan beragama

Lelaki yang sayangkan agamanya pasti akan sayang keluarganya. Agama ni penting dalam hidup kita sebab agama ni pegangan hidup. takde agama takde la pegangan hidup kan? Paling-paling pon lelaki tu biarlah yang menjaga solat tak kira la busy macam mane pon. So yang paling penting sekali, tengok agamanya. Boleh ke nak dijadikan pemimpin dalam keluarga. Boleh ke nak pimpin anak isteri ke syurga nanti?

2. Pilih yang sabar dan penyayang

Kriteria yang ni pon penting jugak bagi saya. Tapi kadang-kadang masa bercinta penyabar je. Dah kawen baru nampak panas barannya. Bukan la kata penyabar tu kalau pompuan buat salah pon terima dengan senyuman. Takkkk. penyabar boleh tapi biar bertempat dan jangan sampai kepala dipijak pompuan. Jangan la sebab salah sikit nak mengamuk. Lagi pulak yang sampai naik tangan kaki. Mintak simpang malaikat 44.

3. Menjaga perhubungan

Mase bercinta, memang la semua indah. Sayang tinggi melangit. Sampai sanggup serahkan segalanya. Kita manusia sentiasa melakukan kesilapan. Tapi sebenarnya, lelaki yang baik tak akan mengambil sesuatu yang belum menjadi hak mutlaknya.

4. Hormat orang tua

Yang ni pon penting jugak. Kita mesti nak lelaki yang bukan saja hormatkan orang tua dia tapi jugak orang tua kita. So time bawak datang rumah tu, tengok betol2 die hormat ke tak orang tua kite.

5. Yang memahami dan boleh menegur

Kita memang lah nak lelaki yang penyabar. Tapi jangan lah sampai kalau kita ade buat salah pon takut nak tegur kan. Tu yang jadi kes queen control tu. Seharusnya lelaki yang baik untuk dijadikan suami is lelaki yang boleh mendidik dan menegur. Tapi mestilah kena dengan caranya kan. 

6. Tak berkira dan tak suka mengungkit

Kalau dapat lah lelaki yang suka berkira dan mengungkit ni memang makan hati. Saya sendiri pernah ade pengalaman. Kalau dah belom kawen nampak perangai berkira dan suka mengungkit, dah kawen nanti macam mane? euwh, yg ni memang kena elak.

7. Ego tinggi melangit

Ego memang la penting bagi setiap lelaki. Tapi kalau boleh biarlah berpada-pada kan. Nak tinggi-tinggi sangat ego tu bawak ke mana? karang lepas kawen konfem makan hati.

8. Bertanggungjawab

Yang ni pon penting. Kita boleh tengok sejauh mana die bertanggungjawab kat famili and adik beradik dia. Kalau boleh carilah lelaki yang boleh menjaga keluarga dan bertanggungjawab kpd isteri and anak-anak nanti.

9. Matang

Matang ni merangkumi perbuatan dan pemikiran. Macam mana nak jadi suami yang baik kalau pemikiran pon kebudak budakan. macam mana nak bimbing isteri dan anak-anak kalau diri sendiri tak reti nak berperangai matang.

10. Kewangan yang kukuh

Duit tak mampu membeli kebahagiaan. yes, exactly. Tapi kehidupan memerlukan duit. Kalau lelaki tu betul2 sayangkan kita and serius nak jadikan kita sebahagian dari hidupnya, die kenalah sentiasa mengukuhkan kewangan demi kesenangan anak isteri nanti. Tak semestinya kena jadi kaya raya. cukup la sekadar mampu penuhkan keperluan keluarga.


See...susah kan nak cari lelaki macam ciri-ciri kat atas ni. Sebab tu jangan salahkan perempuan kalau ramai perempuan jadi andartu sekarang ni. Salah satu dia mungkin trauma bercinta dulu. siapa tahu kan?
Bukan la kata perempuan kena jadi terlalu memilih. takk..Tapi kalau boleh biarlah pilih yang betol-betol demi masa depan kita. Tapi kalau dah jumpa tu, toksah la tunggu lame2 pulak kan. Benda yang elok kena disegerakan. tapi tengok jugak la duit dah cukup ke belom. hehe. kalau lah dapat suami macam ciri-ciri kat atas ni, oh indahnya. hehe tapi jodoh di tangan tuhan..:)

ok lah..sampai sini je. nanti kite borak lagi..


p/s: nampak macam baik je tulis macam ni kan. hehe. tapi betol la. 
p/ss:errrr....entah bila lah nak start study..wawawa
p/sss:wish me luck in final exam!

daaa

assalamualaikum w.b.t


make up model fareeda (kak emma and kak hana)

maKali ni bangun pagi2 buta semata2 untuk make up kakak2 cantik, kak emma and kak hana :)

gambar before nanti ye sebab cable camera xde

tengok gambar after dulu




update laju2 sebab nak tengok maharaja lawak yana baru download.

cis..bukan update laju2 sebab nak study

hahahha


dadaaa




Wednesday, April 13, 2011

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P



Hari ni aku tibe2 rase macam nak buat entry pasal friendship atau dalam bahasa jawanya persahabatan. Bagi aku, a true friendship is a treasure.
Aku memang suka berkawan. Aku berkawan tak kire siapa janji ikhlas. Aku bukan berkawan dengan pompuan je. Dengan laki pon aku berkawan. Tapi betol2 kawan punye la. Mcm adik beradik la kirenye. Prinsip aku, kalau nak berkawan bia betol2 berkawan. Kalau nk scandal baik awal2 lagi ckp nak scandal kan. Sebab aku bila dah start berkawan aku akan betol2 kawan. And aku sangat sayangkan kawan2 aku macam saudara aku sendiri. Its me! see how lucky are my friends :D
 Meh nak introduce kawan2 yg aku sayang dlm idup aku.
Start dr sekolah menengah la ye.

Ni Nadia. Die ni bestfriend aku since form 2. Mase mula2 kenal ingat sombong. Skali da kawan best gile.
Tapi kitorang terpisah lepas aku pindah sekolah mase form 3,Sobss.Tapi still in touch until now. Love ya.muah2


Lepas habis form 2 aku teros pindah Taiping sampai la skunk. Mase mula2 pindah taiping hati aku memberontak gila. rindu sungai buloh tahap kronik. Iyela kan. Environment tak sama. Biase la remaja baru nak naik. mesti la nak dok bandar beb. Tapi actually best gile taiping kott.aman damai sentosa bahagia. Mase sekolah kat taiping tu pon aku ramaiiii kawan yang baik2 macam lyn, ecah, zati, lydia, jazza, liana etc etc. stakat ukur keluasan sekolah memang kerja kami. Rinduuu. balik taiping jumpa ok!



Mase form 4 pulak aku cerdik sikit dari skunk. So aku pon diterima la masuk MRSM Balik Pulau.Tempat ni sangat la best. Kat sini aku kenal macam2 orang. And kat sini jugak aku kenal what true friend is. Banyak sebenyanye kawan baik aku mase kat maktab ni. Macam rumates aku dulu, hawa, tijah, pa'a. Pastu has, anis, ummu, min, mizah, lilo.syreen..ramai lagi la..sory la kalau tak tersebut.sebab ramai sangat. papepon aku sayang hampa sangat! Tapi dalam ramai2 tu ade 2 orang yang paling aku rapat and close gile sampai skunk


Yang tudung biru tu Mizah. Yang tudung pink tu plak Lilo. 
I am so lucky to have them in my life. Sayang gile kat diorang macam adik beradik. Susah senang same2. Aku tak kan lupa! 

Lepas habis je sekolah aku masuk Matriks Perak. Dalam banyak2 tempat belajar, zaman matriks la paling best dan heaven bagi aku. Siyes. Tambah2 ade geng2 yang best gila macam tira, kim, yana, awin, nana tanjung, muni, dayane gn baya.
Rindu gile kenangan kat KMPK. macam2 keje gila buat dulu. Siap tubuhkan 7 adik manis perform mase dinner dinamika dulu. HAHA. Sweet gila sume kenangan tu. rinduuu :(

perform time dinner dinamika*7 adek manissss* haha 

tym aku bajet ala2 artis mase malam seni warisan.ramai siot PA :D

rindunyaaa rinduu KMPK!

Bila masuk U pulak. lagi ramai kawan kawan yang best aku jumpa. Contohnye


si kembar yang comel ni. dija and echa. ex housemate dulu. rinduuuuu baring golek2 nanges same2 dengan korang. even kite jauh (jauh la sgt) namun dekat di hatiii



Yang ni plak osmet2 kesayangan hamba. Sayang korang sesangat! yana, mira and kak fatin. Tapi kak fatin dah pindah. and lepas ni mira lak pindah. sedih. T__T lepas ni leh manje2 comolot segala dengan yana je. :( :(

Selain daripada sume kat atas, aku pon ade gak beberapa bestfriends lelaki yang memang aku anggap macam abang/adik sendri. no heart2 feeling punye la. hey, sape kate lelaki dan perempuan tak oleh jadi bestfriend??

ni la member QS paling rapat dengan aku. syami,rashid and rasid. kawan gn sume laki ni kadang2 buat aku rase macam aku pon laki same. usha awek cun pon sesame. ape cerr? hahhaha tapi diorang ni memang best. hope kawan sampai syurga ok?


psst.kepada fotografer2 yang ade bace entry ni, rashid ni berbakat jadi model lelaki tau.*promot2* wewittt


mamat ensem kat atas ni plak name die Adam. kenal mase kat matriks. adam ni betol2 macam abang aku yang sangat care pada adiknye. thanks adam sebab menjadi abang yg sangat baik!! psstt:adam ni single lagi.kalau nak isi borang meh jumpa nana macarona. hahaha

Selain adam, syami, rasid and rashid, aku rapat jugak dengan acu and izi. tapi gambar x sempat diculik dr fb dorang. haha


"True friendship is a plant of slow growth, and must undergo and withstand the shocks of adversity before it is entitled to the appellation."





i am so blessed for having good friends like u guys. 


heart you all till eternity..




















Wednesday, April 6, 2011

mana datang nama macarona?

Hye assalamualaikum!
hari ni nak releasekan tensen, nak regangkan segala urat saraf yang berselirat kat kepala
so mari kite borak2!
tak nak cakap pasal make up. tak nak cakap pasal kecantikan tips segala kejadah tu
hari ni kita akan borak pasal NANA MACARONA!

ceyh, bajet kau artis ke orang nak tau pasal kau?
der..ade aku kesah? ni blog haku. skati haku ler..
haha

Selalu dekat fb, orang akan tanya aku, 

"eh, name betol ape? macam mana boleh jadi macarona tu?"

and dah naik lenguh tangan aku menaip utk mengexplainkan perkara sebenar

So, meh aku cerita kat sini kenapa dekat fb aku, blog aku sume guna nama nana macarona. heheh



Alkisahnya bermula.....
Dulu hmmm tak dulu sangat lah. Sem lepas, aku suka sangat memasak. aku sangat rajin memasak compared to this sem. Sebabnye sem lepas aku tak busy macam sem ni. Lapang selapang lapangnye kalah lapangan terbang KLIA.

Aku ni pulak mempunyai satu tabiat yang sangat pelik. Aku jenis kalau suka masak satu menda tu, yang tu jela aku dok ulang masak sampai aku muak. And mangsa2 yang aku paksa makan masakan aku macam rasid, syami, rashid, megat, mira, kak fatin and yana haruslah berasa sangat muak makan makanan yang aku masak berulang2 kali tu.



Nak dijadikan cerita, masa jalan2 kat tesco arituh, aku ternampak la sebungkus macaroni ni. Aku cam teringin la pulak kan nak masak. Teringat mak aku slalu buat macaroni kari kat rumah. Yummyyyy
So dengan penoh tekad dan keazaman aku pon beli sume bahan2. Ni frst time aku nak masak macaroni tau.Aku suka bereksperimentasi :)

First time masak mase bfday rasid. Kitorang yang best friend foreva until syura ni pon pegi la sambut and aku masak macaroni. Mase tu masak sikit je. Bukan main sedap. Cewah masuk bakul angkat sendri. :D membe2 aku ni pon suke la n mintak aku masakkan lagi. Then lepas tu try masak lagi, x sama la pulak. So hari2 aku masak macaroni untuk dapat rasa yang sedap macam mak aku buat n macam yg mula2 aku buat.

Aku ni pulak mempunyai satu perangai yang terok-tapi-comel. Aku suka bagi name pelik2 kat orang. hmm takdela pelik sangat. just tambahan nak bagi sedap. Yang selalu kena housemate tercinta aku la. Macam kak fatin. aku pon xtau la kenapa aku suka sangat panggil die kak fatin fatona. mira lak aku panggil mira ixora(and name tu lekat sampai skunk). agaknye supaya sedap la sikit nak sebut kot. hehe
Lagi satu, aku suka singkat dan ganda duakan nama orang. Kak fatin jadi kak tin-tin, mira jadi mi-mi yana jadi ya-ya.
haha

Pastu mybe lantaran dendam kesumat, satu arini ni dak2 umah aku buat keputusan nak balas dendam kat aku dengan bagi satu nama kat aku. n sebab aku ske masak macaroni, so jadila macarona. aku gn mira lak wat betting nak guna nama ni kat fb seminggu. tapi lepas2 tu kitorang rase cm best pulak guna nama pelik2 ni so stay je guna sampai skunk :D

So, asal usul nama macarona ialah dari macaroni. bukan lagu macarena, macaroon mahupon buah nona.

Lepas ni agaknye kalau aku suka masak laksa nama aku pon tuka jadi


Nana Laksana




errr

tak sedap. haha

papepon aku bangga dengan nama yang parents aku bagi

Siti Farhana Binti Mohd Pakeh


sedap kan?

:D

ok la. nak ready2 japg ade presentation applied.

wish me luck guys

tata!

*hugs*





Monday, April 4, 2011

Make Up Dinner 6 dental UKM Student

Assalamualaikum w.b.t

Hai kawan2!

bertemu lagi di dalam segmen mari mewarna!
Kali ni nana make up untuk 6 orang student dental UKM untuk diorang punye anual dinner
siyes nak patah pinggang!
hahahhaa
Tapi papepon best la. sebab sume friendly sangat2. baik hati siap hidangkan air soya kegemaranku lagi.
thanks kakak2 yang cantek!
^__^

Sampai2 plaza RAH dalam pukul 3.45 petang macam tu
giler awal kan make up
bukan ape. takut datang lambat2 kang tak sempat pulak
dah la sorang2 make up untuk 6 orang. Plus nana memang tak suka make up rushing2 ni. Kang tak de soul nak berkarya. Cewah!

1st customer yang di make up is kak fatin
kak fatin sangat friendly. tak kekok rase even baru 1st time jumpa :)

before



Cantek kan :)

Next, kak syikin(kalau tak silap la)
kak shikin ni pon friendly sangat. siap jemput nana kat bawah lagi. hehe

before



tantekkk kan? huhu

lepas kak shikin, make up kak shakira pulak. kakak ni la yang mula2 contact nana. hehe
Thanks akak sebab caye kat nana :)

before





cantekk kan?? huhu

Lepas make up kak kira, make up pulak kak ima 
Kak ima ni comel sangat2. suka sangat make up kak ima. lepas make up rase macam tengok watie elite tau
siyes! x caye? tungguuu

before



gamba nak cover rambut. hihi

skunk caye??

next customer ni nana lupe sangat nk tanye name die :( sebab dah nak dekat pukul 7 lebih dah rasenye.so rushing2 sket takut x sempat. huuu

before

disebabkan lupe nk tanye nama, panggil kakak comel jela. hehe

gamba pon x banyak. sedih btol sebab x sempat :(

and the last customer is kak effa. kak effa ni sweet sgt. dah la tinggi macam model. baju haritu pon memang kena sangat dengan tema. terpegun tengok sume orang cantek2 ni :)

before

aiseymannnnn..rupanya lupa nak amek gamba before! cisss! sabor jela. ni gara2 cuak la ni. hahahha

papepon happy sangat dapat make up diorang sume ni. cun cun sumenye. happy! :)


and macam biasela kan. nak jugak menyelit di celah2 manusia cantek dengan harapan diri turut kelihatan cantik.
hahahahha

okey la sampai sini je.

sesiapa yang nak servis make up nana jangan lupa contact

013-3039242

till then

salam











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...