Tuesday, October 25, 2016

Pengalaman Pembedahan PRK bersama Datuk Dr Baljit Kaur di KPJ Ampang Puteri

Assalamualaikum wbt 


Alhamdulillah, harini dah hari ke 6 selepas pembedahan PRK yang nana jalani pada jumaat lepas.. So seperti yang nana dah janjikan, nana nak kongsi lah sedikit pengalaman menjalani pembedahan PRK bersama dengan Datuk Dr Baljit Kaur di KPJ Ampang Puteri baru2 ni 😊


Antara soalan fav yang kerap ditanya pada nana ialah, WHY PRK? WHY NOT LASIK? Okey, satg nana cerita naa.. Kita ikut kronologin cerita dulu hihi


So, kisah macam mana nana start terasa nak buat LASIK ni dah lama dah.. Nana memang dah lama dah rasa takmau dah pakai spek dan lens.. Tambah-tambah bila bulan depan InshaAllah kami sekeluarga akan travel ke luar negara.. 


First nana nak tengok keindahan alam semualajadi dengan mata nana sendiri dengan sejelasnya.. (sebab spek sekarang dah kurang power LOL)


Second sebab malas nak leceh2 dah.. Kang spek hilang lah lupa letak mana lah.. Nak pakai sunglass pun susah.. Nak pakai lens leceh.. 


So start dengan Jumaat 2 minggu lepas, nana pergi ke Advance Vision Care Damansara dengan niat untuk check mata, and terus book appoinment lah kiranya..


Kenapa nana pergi sini? Sebab kan dah banyak kecoh and viral dekat facebook yang buat LASIK dekat sini murah.. So ku pon nak berjimat cermat, buat dekat tempat biasa-biasa dah laa haha


Ikut hajat hati memang lah nak buat dekat prof Muhaya kannn.. Tapi bila dapat tahu kos around RM8000-12,000 so nana rasa macam takpelah.. Sama je kot buat kt mana-mana hihi pandai2 je


So nak dijadikan cerita, lepas dah buat check up power mata nana tinggi sangat.. So nana tak dapat buat yang murah tu.. Sebab kena buat tissue saving lah apa lah..


Untuk mata normal, kos untuk LASIK dua2 belah mata dekat sini ialah RM2888, tapi since nana special case, untuk mata nana kos buat LASIK ialah RM5888..


Tapi pasal kos nana okey lagi lah.. Sebab kira lagi murah dari buat dekat Prof Muhaya hahaha


Cuma appoinment sangat penuh dekat situ sampai lah bulan depan.. Nana pulak memang dah jenis manusia yang kalau nak tu nak buat time tu jugak kalau boleh.. Ku tak mampu nak tunggu lama2 hahah


Plus nana nak buat sebelum pergi bercuti bulan depan..


So pulanglah kami suami isteri dengan si yaya dengan frust jugak lah.. 


Dalam kereta, husband cadangkan.. 


"Cuba try tanya KPJ Ampang Puteri berapa? Buat kat situ jela, dekat sikit nak pergi"


Husband nana ni dia tak kisah benda lain, dia kisahkan tempat  parking je hahah sebab dia stress kat Damansara tadi tu payah nau nak parking.. Plus jauh sikit dari rumah nana..


So nana pun call KPJ direct ke klinik Datuk Dr Baljit.. Set appoinment untuk check up mata the next monday.. And bila nana tanya kos, total untuk dua2 mata hanya RM5000..


Wah lagi murahhh.. So dengan happynya nana pun setuju lah nak buat LASIK dekat KPJ ni je :)


The next monday tu, kami pun macam biasa lah dengan semangatnya pergi KPJ Ampang Puteri yang tak berapa jauh daripada rumah..


Sampai klinik Dr Baljit, nana buat segala mak nenek test mata.. And memang betul lah, tingginya power aku naik! No wonder lah mata memang tak nampak dah pakai spek nih tsk tsk


 


Dah setel semua, masa nak bincang dengan doktor, doktor cakap result ketebalan tissue nana agak border line.. Means agak bahaya untuk buat LASIK.. So doktor cadangkan, masa hari operation nanti kalau kata tak boleh buat LASIK, doktor akan buat PRK..


Masa tu tercengang lah nana., PRK WHAT?? Tak pernah dengar ponnn..


So balik tu nana pun dok google lah apa kebenda lah PRK nih.. 


So PRK stands for Photorefractive Keratectomy.. Beza antara PRK dengan LASIK ialah, masa buat pembedahan LASIK, doktor akan buat flap pada tissue kornea mata kita, laser ke arah kornea mata, then tutup balik flap tu.. 


PRK pulak, doktor tak buat flap, tapi remove terus tissue atas kornea mata, laser ke arah kornea mata, then tutup area yang terdedah tu dengan Bandage Contact Lens..


Kat sini lah hazab dia sebenarnya.. Sebab RECOVERY PERIOD untuk PRK adalah lagi lama berbanding dengan LASIK..


Selalu kalau LASIK, buat harini esok InshaAllah dah okey.. Tapi PRK, lepas buat pembedahan, kita kena pakai bandage lens tu untuk 3-4 hari sampai lah tissue kornea mata dah terbentuk semula..


So nana pun set lah appoinment dengan doktor untuk buat pembedahan hari Jumaat tu.. And nana dikehendaku pergi ke Bangi sebab klinik kat Bangi.. Tak buat dekat KPJ..


Masa tu memang dok berdoa sungguh2 dalam hati supaya dapat buat LASIK bukan PRK.. Sebab tahu memang akan sakit punya.. Nana dah la bisnes online.. Nak dekat closing pulak ni haa.. So memang doa sungguh lah supaya dapat buat LASIK..


Sampai lah hari Jumaat lepas, nana dan suami ditemani mak mertua dan yaya pun pergi lah ke Bangi.. Terpaksa mintak tolong mak mertua temankan untuk jaga yaya masa tengah buat operation.. Mujur lah si kecik ni okey je mood dia hehe


Then masa tengah nak menunggu turn tu, datang lah pembantu doktor dekat nana..


"Adik, doktor cakap u kena buat PRK lah both eyes"


Waktu tu memang tak tahu lah nak cakap ape kan.. Redha jelah.. Nak buat macam mana.. PRK pon PRK lah.. 


Masa tu debar die tak boleh cerita.. Memang debar sungguh2.. Yelah, nak kena operate hidup-hidup.. Kat mata pulak tuuu! 


Sambil menunggu turn tu, nana just banyakkan zikir dan doa je mintak pertolongan daripada Allah supaya permudahkan semuanya nanti..


 


Then, sampai lah giliran nana.. Jeng jengggg


First sekali kena masuk bilik lain untuk cuci mata dan dititikkan ubat bius kat mata nana.. Masa tu rasa mata macam kembang je hahah efek ubat bius kot..


Then nana dipanggil masuk dalam bilik operation, kena baring atas katil khas dia, dan perlahan2 bahagian kepala nana kena masuk ke satu tempat khas untuk laser tu kot..


Perasaan masa ni, berdebar debar tak hingattt.. Rasa nak lari balik je.. Haha buat tak mungkin lah kan.. 


Nana dok cakap pada diri sendiri, sekejap je semua ni.. Setelkan, then dah boleh tengok dengan jelas dah lepas nih!


So proses dia, first sekali doktor bukak mata nana dengan benda macam selotep.. Then letak besi untuk bukak mata nana tu.. Masa ni doktor dok merungut je yang mata nana ni kecik sangat.. Ish doktor nih, dah mata ku memang kecik nak buat cemana πŸ˜‚


Then doktor start titikkan bermacam ubat titis kat mata..


Masa tu rasa sejukkk je kat mata.. Tapi takde rasa sakit pape..


Then rasa macam ada tekanan sikit dekat mata.. Masa ni mungkin doktor tengah nak potong bahagian tissue kornea mata tu.. Then lepas tu memang nampak doktor tengah nak kikis keluarkan tissue tu..


Tapi wallahi memang TAK SAKIT LANSUNG!


Cuma rasa geli2 je then rasa kabur jela mata.. Macam buta sekejap pun ada jugak..


Then lepas tu, mata nana start kena LASER.. Masa laser tu pon tak sakit.. Cuma ada bau hangit daging terbakar πŸ˜‚


Then kat pandangan mata nana memang nampak merah je.. Terlintas jugak dalam kepala cerita final destination hahah.. 


Total masa untuk semua proses tu memang tak lama pun.. Sekejap je.. Dalam 10 minit kalau tak silap nana.. 


Lepas je setel kena laser, doktor akan cuci lagi sekali sebelum letakkan contact lens yang takde power dekat mata sebagai bandage je.. Untuk lindungi area kornea mata yang terbukak tu sampai tissue tu tumbuh balik..


So Alhamdulillah selesai lah sudah pembedahan PRK nana :)


 


Masa on the way balik tu, memang mata dah boleh nampak dah keliling, cuma belum betul2 clear dan tak sharp.. 


Memang akan ambil masa sedikit actually untuk kita dapat 100% clear vision lepas kita buat pembedahan sama ada LASIK ataupun PRK.. 


So, hazab operation dah lepas.. Second, hazab lain baru nak bermulaaa hahha


Lepas je operation tu mata memang rasa tak berapa selesa sebab ada lens tu.. Perasaan die ibarat kita pakai lens yang sangat kering dalam mata.. Macam berpasir gitu.. Macam ada habuk.. 


Tapi hari pertama okey lagi.. Belum sakit lagi.. Just rasa tak selesa..


Hari kedua, ketiga memang hazabbbb! 


Mata rasa sakit mencucuk dan berdenyut-denyut.. And mata jadi sangat sensitif dengan cahaya.. Kalau tengok fon ke laptop ke memang hazab betul lah.. Tapi dah kalau memang degil tu, ku online jugak sekali sekala even husband bising hehe 


Masa ni memang nana dok cakap kat husband, "Kalau tahu seksa macam ni ayang taknak buat PRK ni tau! Kenapa lah x dapat buat LASIK" sambil ku menangis-nangis sebab sakit hahaha


Then husband pujuk cakap sekejap je.. Nanti dah lepas bukak lens ni okey lah..


Tapi memang masa tu rasa stress betul lah.. Sebab sakit kan.. Plus tak boleh buat pape sangat.. Nana dah biasa bekerja, (of course dengan fon), tiba2 tak boleh buat pape memang mati kutu lah jadinya.. 


Nana just keep on titiskan ubat yang doktor bekalkan dengan konsisten, dengan harapan semoga cepat sembuh dan tak payah dah lah aku kena extend ke apa pakai contact lens ni lagi kan hahah


Agak-agak laaa.. Cer korang bayangkan korang pakai contact lens 4 hari tak bukak2, macam tu lah yang nana rasa tambah2 dengab sakit lagi haaa lepas operation hahah


Masuk hari isnin haritu, Alhamdulillah sakit dah berkurang.. Walaupun rasa tak selesa masih ada.. Tapi at least nana dah boleh la jugak nak buat kerja sikit-sikit.. Follow up downlines dan sebagainya..


Then semalam, selasa, sampai lah masa untuk bukak lens kat mata ni haaa.. Memang tak sabar sungguh laaa..


Doktor cakap, nana punya recovery ni very good! 


Takde kena jangkitan kuman,. tissue mata pun dah tumbuh 100% dah.. hehe


Alhamdulillah mungkin bantuan daripada pengambilan VIVIX + VITAMIN C + CARATOMAX sama dengan izin Allah :)


Then sampai lah masa untuk ku ucapkan goodbye kepada bandage lens yang sungguh2 menyeksakan hidup nana selama 4 hari nih bahaha


Tapi rupanya, lepas cabut lens tu pon mata still rasa tak selesa.. Rasa kering dan sebagainya..


And nana keep titikkan ubat yang doktor bagi jelah macam biasa,. Di samping terus amek supplement Shaklee untuk cepatkan proses penyembuhan..


Pagi ni?


Alhamdulillah, semua sakit dah hilang.. Semua rasa tak selesa dah berkurang sangat-sangat..


Mata nana dah boleh melihat dengan lebih terang berbanding semalam.. 


Pagi tadi, bukak tingkap tengok permandangan luar, rasa nak menitik air mata nana..


Betapa nana rabun sejak umur 12 tahun.. Nana tak pernah dapat melihat dengan jelas sejak umur 12 tahun..


Tapi pagi ini, Allah izinkan nana untuk melihat dengan jelas, tanpa bantuan contact lens dan jugak spek mata :')


Betul lah macam yang nana cakapkan haritu..


Masa tengah sakit haritu nana mungkin rasa seksanyaaa aku nak lalui tempoh ni..


Tapi bila dah dapat hasil macam ni, sungguh nana tak menyesal langsung! 


Sama lah dalam bisnes,, Masa kita tengah susah, kita akan mula rasa kenapa lahhhh aku diuji macam ni..


Tapi once kita dah berjaya, kita akan rasa sangat BERBALOI setiap penyeksaan yang kita rasa kalau ini lah hasilnya :')


Dan mungkin dah ditakdirkan buat diri nana, nana tidak akan dapat sesuatu itu dengan mudah dalam hidup hahah


Daripada bisnes sampai lah ke benda lain..


Orang lain boleh buat LASIK, aku kena buat PRK πŸ˜‚πŸ˜‚


Tapi tak kisah lah sedasyat mana pun perjalanan tu, yang penting HASIL DIA.. OUTCOME die,,


Untuk anda yang berhajat nak buat LASIK, teruskanlah..


Kalau in case kena buat PRK, teruskan jugakkk..


Sebab once dah dapat penglihatan yang jelas macam ni tanpa spek dan lens, InshaAllah korang akan rasa sangat BERBALOI dengan apa yang korang dah lalui :)


So, sekian lah perkongsian nana mengenai perjalanan PRK nana..


Nana memang rekemen sangat buat dekat Dr Baljit sebab beliau sangat professional, selain daripada pengalaman lebih 30 tahun sebagai pakar mata..


Plus kos pun still affordable :)


Untuk yang mata takde issue pape, kornea nipis ke ape, boleh je buat dekat Damansara Advance Vision Care tu,, Sebab memang superbly murah lah kan RM2888 untuk dua2 belah mata..


Kalau mata nana takde problem, memang nana nak buat je kat situ heheh 


So sampai sini dulu perkongsian nana.. Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, boleh lah SHARE ke facebook memasing untuk rujukan masa akan datang 😊





Tuesday, August 23, 2016

Lisa Surihani Turun Berat 11KG

 

Multivitamin & B Complex Bantu Lisa Surihani Kurus?

Kecoh dekat laman muka buku bila Lisa Surihani kongsikan tips kurus beliau, dan salah satunya ialah dengan pengambilan Multivitamin dan juga B Complex.. (Ntah2 amek Shaklee punya hehe)

Ramai yang tertanya-tanya since selama ini semua orang percaya bahawa Multivitamin dan juga B Complex adalah penyebab selera makan bertambah dan mudah gemuk..

Even dalam Shaklee pun, Multivitamin (Vitalea iron) dan B Complex ada dalam Set Naikkan Berat Badan..

So, macam mana pulak sekarang ni?

Rileks brader, kak nana come to the rescue! πŸš‘πŸš‘

Baiklah, first sekali u all mesti tahu yang apabila badan kita bertindak di luar normal, contohnya makan terlalu banyak, ataupun berat badan tak naik, itu bermaksud badan kita KEKURANGAN NUTRISI.. Bermakna sistem badan kita tidak berfungsi dengan betul..

Untuk Set Naik Berat Badan ➡️ Kita akan cadangkan pengambilan Multivitamin (Vitalea Iron) dan juga B Complex untuk memenuhi keperluan nutrisi badan kita yang lompong, yang mana bila ada yang lompong bermaksud kita ni tak cukup nutrisi. Sebab tu lah berat badan kita tak naik..

Fungsa kekurangan nutrisi ni ada banyak. Ada yang berpunca dari badan yang terlalu banyak toksin dan radikal bebas. So even kita makan banyak pun, nutrisi yang kita makan tu dah musnah, atau tak dapat diserap dengan sempurna oleh badan. So badan akan kekurangan nutrisi.

So, keperluan Multivitamin dan B Complex ialah untuk ✅ Topup nutrisi dan vitamins dalam badan yang tak cukup.

Manakala untuk Set Turunkan Berat Badan pulak ➡️ salah satu tanda kekurangan nutrisi juga ialah bila kita makan terlalu banyak. Bila badan kurang nutrisi, badan akan beri signal kepada otak bahawa kita perlu makan dengan banyak untuk topup balik nutrisi badan yang tak cukup.

Sebab tu kita akan jadi selalu lapar. Sebab otak dah bagi arahan untuk kita makan dengan banyak bagi topup balik nutrisi yang tak cukup tu.

Tapi malangnya, kita selalu tafsir arahan dari otak tu dengan makan makanan yang tak sihat yang mana akan buatkan kita semakin gemuk!

Craving kepada benda2 yang manis juga adalah salah satu tanda badan kita kekurangan nutrisi.

Dan apabila kita ambil Multivitamin dan B Complex yang cukup, badan kita akan cukup nutrisi. Sekaligus akan mengurangkan craving kepada makanan2 manis, dan kurangkan selera makan yang melampau.

Seterusnya, apabila badan cukup nutrisi, disertai dengan pengambilan makanan yang berkhasiat mengikut portion yang berkadaran. Disertai dengan senaman, maka tak hairanlah Lisa Surihani boleh kurus semulaa 😘

So, faham kan sekarang ni kenapa pentingggg sangat pengambilan SUPPLEMENT ni?

Orang yang cakap supplement tu tak perlu mungkin dia tu dari kalangan mereka yang;

😏Tak pernah makan fastfood
😏Sentiasa bersenam dengan konsisten
😏Makan sayur yang ditanam sendiri tanpa ada langsung racun serangga
😏Duduk dalam hutan yang tak ada langsung asap asap pencemaran
Etc etc

Adakah anda tergolong dalam golongan di atas?

Kalau tidak, haaa maknanya anda tidak terkecuali daripada mereka yang memerlukan supplement tambahan untuk badan ya 😊

Boleh hubungi nana untuk konsultasi produk dan juga tempahan.

Nana Macarona,
Your Trusted Health & Beauty Consultant,

Thursday, July 28, 2016

Cara Menggunakan Nutriwhite Makeup Remover



Ramai yang selaluuu tanya nana, boleh ke guna NW Makeup Remover ni untuk kulit yang TAK MEKAP?

Dan jawapannya semestinyalah BOLEH! 😊

Sebab fungsi NW makeup remover ni bukan hanya untuk tanggalkan mekap, tetapi juga untuk tanggalkan DAKI, sisa kotoran, sel kulit mati, blackheads n whiteheads pada wajah..

So wajah jadi BERSIH dan bila daki serta sel kulit mati dah tanggal, kulit akan jadi CERAH BERSERI 😘

So kat sini nana nak kongsikan cara-cara nak apply NW MAKEUP REMOVER buat yang belum tahu ya..

Langkah-langkah untuk guna NW MAKEUP REMOVER;

1) pastikan muka dalam keadaan kering (sebelum bersihkan muka)

2) picit ke tapak tangan sedikit Makeup Remover

3) sapu ke seluruh bahagian muka termasuk kelopak mata utk bersihkan sisa mekap mata

4) bahgian mata kemudian boleh sapu dengan kapas utk tanggalkn lebihan mekap

5) di bahagian muka, teruskan urut dan gosok.. Jangan sapu dengan kapas.. Gosok dengan lembut sehingga keluar DAKI

6) lepas make sure semua daki dan kotoran tertanggal, kemudian cuci muka dengan NW CLEANSER..





Tadaaa.. Kulit akan rasa sangat BERSIH, FRESH dan SEGAR.. Serta kelihatan SEMAKIN CERAH 😊

Sesiapa yang berminat boleh lah hubungi nana untuk tempahan yaa..

Your Beauty Guru,
Nana Macarona

---------------

Pesanan penaja: Feel free to SHARE, dilarang COPY PASTE. Sila hormati harta intelek ya 😊

Bebelan Pagi Jumaat

Assalamualaikum wbt & good morninggg :)

Alhamdulillah, masih diizinkan lagi untuk bernafas pada hari ini.. Harini nana bangun dengan bersemangat dan bertenaga sangat! Ni semua gara-gara buat kelas malam tadi la nih! Hehe sebab setiap kali lepas buat kelas sure nana rasa bertenaga dan bersemangat sangat sangat :)

Sedar tak sedar, rupanya perjalanan nana dalam Shaklee dah nak genap 4 tahun dah pun rupanya.. Kadang-kadang macam tak sedar langsung masa berlalu tau.. Seriously!

Tak sedar masa berjalan.. Sebab setiap hari nana busy dengan kehidupan nana, busy dengan bisnes nana..

Apa yang boleh nana katakan, sepanjang 4 tahun nana bersama dengan Shaklee, nana sangat gembira dan bahagia..

Bisnes mungkin ada turun naiknya.. Itu perkara biasa..

Kita tak boleh jamin pun kalau kita keluar daripada bisnes ni, masuk bisnes lain, bisnes tu confirm berjaya.. Kita tak boleh jamin pun ada mana-mana bisnes dalam Malaysia ni yang boleh terlepas daripada tempias ekonomi..

Hakikatnya, turun naik dalam bisnes itu perkara biasa.. Dan yang menjadikan kita BERJAYA ialah, sejauh mana kita mampu bertahan :)

Bagi nana, 4 tahun ni ternyata satu tempoh yang sangat singkat sebenarnya.. Banyak lagi yang nana belum capai dalam bisnes ni.. Banyak lagi yang nana belum explore dalam bisnes ni..

Nana tak pernah tak excited kalau pasal Shaklee tauuu! Heheh setiap hari ada benda baru nak explore dalam bisnes ni.. Setiap hari ada cabaran baru.. 

Seronok! 
Mencabar!
Best sangat Alhamdulillah! 

Dan macam nana cakap awal tadi, turun naik dalam bisnes ni perkara biasa je.. Kalau nak cakap pasal DOWN, nana sendiri pun pernah je rasa down.. Even selalu kot! Hahah

Tapi jenis nana, nana memang tak layan down tu lama-lama..

Malas lah nak buang masa nana sendiri.. Buat rugi je.. 

So nana akan cari jalan atasi rasa down tu.. Dan antara yang nana buat ialah, perbanyakkan zikir.. Banyakkan doa mintak kekuatan hati daripada Allah.. Mintak dijauhkan daripada rasa malas dan putus asa.. Dan Alhamdulillah lepas tu nana akan okey balik, bersemangat macam biasa :)

By the way, Selasa depan sepatutnya nana akan bersama sama dengan suami dan 3 orang downlines Spectacular nana berlepas ke US untuk join trip yang Shaklee taja..

Ingat tak nana join trip US masa tahun 2014? Haaa sepatutnya tahun ni join lagi cuma kali ni ke Orlando pulak :)

Tapi tulah.. Kita merancang Allah yang menentukan.. 

Di saat-saat akhir, nana baru dapat tahu yang nana sebenarnya dah ditukar ke Trip Umrah lepas nana buat rayuan tempoh hari..

Kisah pasal rayuan tu sebenarnya masa tu tengah ada masalah sikit yang melibatkan Yaya.. Masa tu memang rasa macam tak dapat pergi US.. Sebab ada macam macam benda jadi yang buat nana tak boleh tinggal Yaya buat masa ni..

But then bila nana email Shaklee, no respon.. So nana ingatkan rayuan nana tak dapat lah.. Nana pun dah arrange semula semua benda.. And semua pun dah okey.. Dah ready pun nak pergi US..

Nak dijadikan cerita, hari taklimat pergi US tu baruuu nana dapat tahu :')

Terkejut sungguh masa tu.. Downline nana si Aida pun terkejut sampai tak boleh fokus taklimat huhuh

Sedih jugak lah sebab tak dapat pergi sama-sama dengan downlines tahun ni.. Tapi nana percaya, ada hikmah besar menanti nana..

Allah jemput nana sebagai tetamu Dia tu lah rahmat yang terbesar sekali dalam hidup nana :')

Alhamdulillah jugak nana tak perlu tinggalkan Yaya, yay! Hehe
Mungkin ni doa Yaya kot.. Mungkin dia yang doa mintak mintak mami tak jadi tinggal dia heheh

Takpelah, bermakna tahun ni Spectacular hantar wakil ke semua trip Shaklee laaa yay!

Trip bangkok ada..
Trip US ada..
Trip Umrah ada..

Alhamdulillah :)

Untuk anda yang sedang membaca.. Kalau anda seorang SID, nana sangat sangat galakkan untuk buat yang terbaik ya dalam bisnes ni.. Pleaseee.. Bukan sebab apa tau, sebab peluang dalam Shaklee ni best sangat!

Best sangat untuk anda lepaskan dan biarkan peluang peluang tu berlalu pergi..

So takmau naaa.. Mesti buat yang terbaik okey?

 
Ni gambar masa dekat Disneyland masa trip US tahun 2014 :')

 
Elsaaaa and Annaaa.. Alaaan rindunya nak main kat Disneyland dengan kak beeha and kak yana huhu

 
Dengan downlines nana dekat Colosseum.. Tahun ni tak dalat join diorang dah sobs

Kota Rom tidak dibina dalam sehari tau.. Psst tapi ni bukan Rom, ni Florence heheh

Walaupun tak dapat join trip US tahun ni, tapi InshaAllah nana yakin sangat tahun depan akan lebih ramaiii lagi anak anak didik Spectacular akan join trip JEPUN yeah!

Jom semua, kita fight untuk trip JEPUN pulak okey! Make sure angkut seramai mungkin downlines untuk join trip Jepun!

Tahun depan kita petik anggur and bunga sakura sama sama naaaa heheh

Okey lah, sekian bebelan di pagi Jumaat..

Jangan lupa amalan amalan sunat hari jumaat tauuuu!

Jangan lupa sedekah ya.. Boleh kirim dekat suami nak pergi masjid kejap lagi :) 

InshaAllah lepas ni nana akan lebih kerap lagi update blog.. Mana yang belum follow nana kat blog sila silakan lah follow ye untuk tak terlepas cerita cerita menarik dari nana heheh

Till then, Assalamualaikum wbt
 
 

Wednesday, March 23, 2016

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Adra Aurelia

Assalamualaikum wbt

First of all, kasi amaran siap-siap yang entry ni penuhhhhh dengan gambar tau! haha

Actually sejak dari dalam pantang lagi nana memang dah plan nak buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran atas kelahiran zuriat yang kami nanti nantikan selama ini ni.. Tapi kalau boleh taknak lah buat masa dalam pantang.. Sebab takut tak cukup sihat lagi masa tu.. Nanti tak larat pulak nak layan tetamu :)

So setelah banyak kali dipinda pinda tarikhnya, finally ahad lepas berlansung lah Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Adra Aurelia binti Ahmad Firdaus :) Kami buat dekat kediaman kami di Bukit Antarabangsa je.. Untuk menyenangkan jemputan datang..

Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat oleh jemaah Masjid Bukit Antarabangsa.. Majlis kami ni takde marhaban macam selalu majlis berendoi.. Nama je ada buaian berendoi kat situ.. Tapi takde marhaban hehe.. Sebabnya? Takde sebab.. entah kenapa kami tak cari marhaban =") Pelamin berendoi tu memang modal bergambar semata mata hihi



Papa Adra :) Mami Adra dan Adra mana? Tengah kalut bersiap kat atas hahahha

And then lepas bacaan doa selamat dan yassin, kitorang buat pulak sedikit acara Tahnik oleh atuk, papa, atuk sedara dan imam masjid



Psstt, rumah Master shaklee kalau tak display produk Shaklee memang tak sah la kan ^__^



Adra ditahnikkan oleh Atuk Sedara beliau, abang kepada ayah papa Adra merangkap jiran sebelah rumah kami.. Haa berbelit tak hahha.. 


Budak kecik ni memang tau, pantang orang tala kamera fon ke kamera DSLR ke, memang dia akan pandang je kamera.. Ni ikot perangai siapa suka bergambor ni tak tauuuuuu :D







Tengok tuuu.. Tengah tahnik pon mata sempat pandang kamera.. Anakku oh anakku =")









Adra with Atuk Shuib, papa and Atuk Adra belah mami ^___^


Adra ditahnikkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa..


Turn Atuk belah papa pulak tahnikkan Adra ^__^


Lepas Acara Tahnik, tetamu semua pun dijemput menikmati hidangan.. And mami, papa and Adra sambung bergambar hihi


Adra Adra.. Awak ni memang sebijik lah menurun mami tauuuu.. Pantang nampak kamera! hahahhaha







Apa-apa jadi, mata Adra tetap setia menatap kamera Uncle Shag hahaha





Masa ni Adra dah start tak selesa agaknya, ataupun dia dah start nak menyusu.. Tapi sekejap je, lepas tu mood dia baik balik..

Actually nana memang risau lah jugak majlis ni nanti Adra akan meragam ke kan.. Sebab ramai orang.. Dia belum biasa lagi since ni first majlis yang melibatkan dia..
Awal pagi lepas subuh masa susukan Adra tu nana bisik dekat telinga dia.. "Anak mami harini behave ye.. Takmau nangis-nangis ye.. Sekejap je.. Esok kita rehat ye.. Anak mami good girl.. Adra anak yang baik.. blablabla" 

Dan pesan siap-siap dekat dia heheh.. And Alhamdulillah sepanjang hari ni dia tak meragam sangat pun.. Ada lah few times nampak dia macam tak selesa.. Maybe dia nak susu or letih sikit kot.. But the rest of time memang okey je mood dia.. Nak tidur pun senang.. Selalu nak tidur kena nenen dulu, tapi hari tu dia macam faham mak dia busy, senang je dia tidur sendiri.. Alhamdulillah :)





Penat mami senyum manisss, awat Adra buat muka cenggituuuu huhu


Mata sempat menjeling kamera!








Family potrait :)


Smile please Adra!


Acewahhh.. Kasi can la mami and papa sweet2 jugak hihi


Us with atuk and nenek belah mami :) TQ Atuk and Nenek sudi datang jauh jauh dari Taiping!



Ini pulak suasana dekat luar rumah.. Alhamdulillah ramai puji makanan and kambing sedap :) Untuk katering ni nana ambil Fieby'z Catering.. Jumpa dekat internet jugak actually.. Alhamdulillah puas hati sebab memang sedappp!

Lauk tempoh hari antaranya ialah Ayam goreng berempah, Masak lemak nenas dengan ikan masin, sayur campur, buah buahan, ulam ulaman, sambal belacan dengan kordial dan teh tarik..

Kambing pula dari Joe Kitchen.. Yang ni pun ramaiii sangat puji sedap! Tapi mami tak sempat rasa sobsss.. Sebab sibuk melayan tetamu.. Biasa lah jadi tuan rumah ni memang tak terasa lapar pun hihi


Spotted there, Master Ummu Durrah.. TQ kakakku Kak Ana sebab sudi hadir majlis kami jauh jauh dari Port Dickson :)



Kambing pujaan ramai ni heheh.. 2 ekor tempah demi kepuasan tetamu :)



Mak penganten pon sibukkkk sepanjang hari sampai takdan makan kambing huhu


Adik beradik perempuan nana.. Kakak sulung yang tudung merah, kakak kedua yang tudung kelabu, kakak ketiga yang pegang baby.. Mommy Adra pulak adik bongsu perempuan hihi








Antara juadah untuk tetamu tempoh hari ialah Dim Sum yang ditaja oleh bonda and mommy angkat Adra nih hehe

Ramaiii yang puji memang sedap sangat!

So sesiapa yang ada di area PUTRAJAYA boleh lah hubungi Pija 016-7260429
Untuk yang area PUCHONG pulak boleh hubungi Awin 019-2771759

Both bestfriend nana geng QS UiTM :)






Princess pun dah tidur dah masa ni.. Alhamdulillah senang tidur Adra hari tu.. Ikut cakap mami ye :)




Us with family my bestfriend, mizah.. Tq babe sudi datang jauh jauh dari SP ^__^


Adra with mami and mama miza dia.. :)







With Mira, my bestfriend masa zaman UiTM dulu.. Ex housemate :)




Adra senyum dekat aunty mira dia ^__^


My bestfriend sejak dari Matriks Perak merangkap my anak bisnes, Naddy :)


With geng-geng Qs dari UiTM, Alwi and Erni dengan anak diorang yang super cute Nooh Danish.. Sehari before tu kitorang attend Majlis Aqiqah anak diorang.. Kesian Danish tak sihat.. Aunty Nana doakan Danish cepat sembuh yaaa


Kakak kakakku yang gojes Master Zura Betty dan Master Farina.. TQ sudi datang!


Kakakku yang vouge, Master Puteri.. TQ sudi datang kak put! :)



Adra with Atuk Roslan :) Tq tuan haji sudi hadir.. Tuan Haji Roslan ni super upline nana dalam Shaklee.. Berpengalaman berpuluh tahun dalam Shaklee.. Alhamdulillah dah bergelar Jutawan dah pun ^__^


TQ Emy sudi datang bawak hadiah besarrrr untuk Adra :) Emy ni geng2 makeup artist nana dulu.. 


TQ Amar & Nida sudi datang bawak Naurah yang cuteee.. Amar ni kawan baik nana dari MRSM Balik Pulau :) Hat kanan sekali tu MakLang Adra menyelit hehe


Gambar ni di upload sebab nak tunjuk gaun kembang mami Adra dari Adam Muzaini Scheineider hehe..


Tq Ummi Faezah sudi datang :) 


Tengah coaching ke tuu? hehe





Master Aishah Amin.. Tq datang kak! :)


Tq my cucu bisnes, Ainur dan pasangannya yang sudi datang dari Muar :)


Sorang lagi cucu bisnes yang comel nih.. Tq Athia sudi datang :)


With Master Lydzar Rusman.. Tq kak sudi datang :)


Tq kakakku Master Suzie sudi datang :)


kakak-kakak gojes 



Us with Pretty Sisters, besties dari geng QS UiTM :)


Bonda Pija yang bakal naik pelamin bulan depan ^^



Us with kembar 3 hihih



Adra with her Makcik, Maksu and Mommy


Adra with Acik :) Adik kepada papa Adra


TQ for coming my bestie dari zaman Matriks Perak, Yana!


And now, sila lah layan sampai muntah gambar gambar Adra, Mami and Papa heheh


Princess mommy dah tidur laaa :)


















Cantik kan semua gambar? :) This time pun macam biasa kami hire photographer yang sama ambil gambar kawen dan master celebration kami tempoh hari, Shagrashiid..
So far memang sangat puas hati dengan servise beliau.. Sangat serasi dan selesa.. 
Shag ni tak banyak cakap, tapi sangat creative dalam ajarkan pose.. Also gambar semua pun sangat cantik..

Uolls yang nak kawen ke nak adakan majlis pape boleh la contact beliau ye.. Bagitahu dapat contact dari blog nana, kot lah dapat diskaun kannn.. Pandai-pandai je aku hahha Boleh lah view FB dan Instagram beliau ye untuk tengok hasil-hasil gambar yang cantik ^__^

Shagrashiid 014-6212666

Baju kami pulak semestinya dari Adam Muzaini Scheineider.. Designer OKU pertama di Malaysia :) Harga for me sangat berpatutan dan nana dah banyak kali tempah baju dekat beliau since kawen, national conference and macam-macam lagi :)




Alhamdulillah, syukur sangat sebab finally tercapai jugak hasrat kami untuk adakan majlis buat puteri kesayangan kami.. Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang sama-sama menjayakan majlis ni.. Terima kasih buat family dan kawan-kawan yang banyak membantu.. Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang sudi hadir.. Mohon ampn dan maaf kalau ada sebarang kekurangan.. Jemputan pun tak berapa ramai sebab buat majlis kecil kecilan je.. Maaf kalau ada yang terlepas pandang ye..

Doakan semoga puteri kami, Adra Aurelia binti Ahmad Firdaus membesar menjadi anak yang solehah, hamba Allah yang beriman, bijak, sihat, cerdik dan cantik rupa parasnya aminnnn ^___^

Tq for reading!

Till then, Assalamualaikum wbt







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...