Friday, January 23, 2015

Pengajaran dari Kisah Qu Puteh, Dr Vida

Assalamualaikum wbt..

Lately banyak sangat dengar cerita pasal Qu Puteh Dr Vida yang menaja Anugerah Juara Lagu baru-baru ni sampaikan orang yang tak tengok AJL pun sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tahu apa keheynyaaa dok qu puteh qu puteh ni haaa..



Nana pun tak terkecuali jugak sebenarnya.. Sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tengok kat mana yang orang dok mengata sangat tu.. And laki bini dok tergelak tak habis-habis sebab dok mengajuk iklan tu hahhaha..

Tapi personally bagi nana, sebenarnya banyak yang kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini especially kepada peniaga dan usahawan seperti nana dan anda semua.. Yes, banyak pengajaran yang kita boleh dapat sebenarnya :)

1) KATAK PEKAK

kemain kau. Jangan ingat orang kawen je pakai crown tahuuuu


Perasan tak betapa dia tak heran langsung orang dok mengata kat dia? even daripada dulu lagi nana perasan orang memang banyak kali kutuk penampilan beliau.. Sebab jenis pakai barang kemas merelit merelap.. Perasan? Tapi nana tak nampak pulak beliau ubah penampilan dek kerana kutukan orang.. Dia buat diri dia jadi trademark lagi ada.. Sampai ada yang cakap

"Kau ni pakai barang kemas liplap ni kalah DR VIDA"

hahahha

Benda ini lah sepatutnya ada dalam diri setiap usahawan.. Sila jadi KATAK PEKAK.. Dan tidak perlu down serta ubah diri dek kutukan.. Kadang tu ada sesetengah orang yang bila dikutuk sikit terus down.. Terus taknak buat bisnes Shaklee dah.. Rugi lah kalau kalah dengan kutukan orang yang nak lihat kita jatuh.. Kenapa biarkan mereka menang?

Walaubagaimanapun, kutukan berbeza dengan teguran.. Kena lihat siapa yang beri kutukan atau teguran itu.. Kalau teguran datang daripada orang yang nak lihat kita berjaya antaranya mentor kita, pasangan kita, wajar lah kita ambil perhatian..

Sebaliknya kalau kutukan datang daripada mereka yang tidak senang melihat kita berjaya, AHHHHH ABAIKAN AJERRR..

2) Tak MELENTING bila dikutuk

Nana ada terbaca kutukan Chef Wan kepada Dato Vida pasal kes ini di mana Chef Wan siap tutup tv sebab tak larat dah nak tengok iklan Qu Puteh ni lagi dah..

Tapi tengok balik jawapan Dr Vida.. Dia tak mengata pun Chef Wan balik kan? Rileks je jawapan beliau.. Beliau tidak menjawab sindiran Chef Wan dengan sindiran atau kutukan, sebaliknya positif je jawab apa yang beliau lakukan..
Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Selepas anugerah itu berlansung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutamanya di laman sosial termasuk Chef Wan menutup televisyen kerana iklan saya..
Apa yang disampaikan oleh dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya 15 minit saja.. Orang yang tidak berjaya, mereka bendi, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu

Sama juga seperti kita usahawan online ni.. Bidang online sangat membuka ruang dan peluang ke[ada kita untuk menghadap mereka yang negatif dan sebagainya.. Keyboard Warrior merata-rata.. So bila kita dikutuk, tak perlu lah membalas kutukan dengan kutukan.. Tak perlu sama tarafkan diri kita dengan mereka..

Senyumlah kerana di saat mereka membuang masa mengutip DOSA, kita pula sibuk memanfaatkan masa untuk mengumpul harta DUNIA dan AKHIRAT :)

3) Marketing berkesan!

Kalau diikutkan, memang lah kita meluat dengan iklan yang kejap-kejap muncul.. Kejap-kejap muncul.. Dengan tagline yang kekampungan, berbulu je bijik mata kan? Yes, kami pun rasa macam tu hahahha.. TAPI, sedarkah anda, bila semua meluat, semua kongsi di laman sosial, itulah MARKETING SEBENAR Qu Puteh..

Bila satu malaya memperkatakan pasal iklan Qu Puteh, orang daripada tak pernah dengar pun pasal Qu Puteh, mula google apa itu Qu Puteh.. Nahh, femes lah produk itu..  Makanya, marketing Dr Vida tu BERKESAN lah..

Ada Dr Vida kesah orang mengata dia? lagi dia suka ada lah sebab makin ramai akan kenal dia hahaha



Bad publicity is still publicity :)

Dalam bisnes, pesaing akan sentiasa cuba menjatuhkan kita.. Same goes dalam bisnes Shaklee.. Kadang-kadang tu ada sahaja isu merepek yang ditimbulkan..

Again, Bad Publicity is still publicity

Orang yang BIJAK akan ambil ini sebagai peluang, manakala orang yang tidak berapa bijak akan down dek kerana fitnah ini :)

4) Marketing tak guna Anzalna

Ini pun satu strategi yang nana perasan.. Dr Vida tidak menggunakan pelakon Anzalna untuk mempromosikan Qu Puteh pada AJL tempoh hari.. Atas sebab apa nana tak pasti tapi bagi sudut pandangan nana, itu strategi yang bijak..



Kebanyakkan usahawan-usahawan yang berjaya ni, mereka akan gunakan artis sebagai batu loncatan untuk orang kenal produk mereka.. Tapi selepas itu, mereka akan gunakan DIRI SENDIRI sebagai duta kepada produk which is nana rasa sangat berkesan untuk KUATKAN identiti satu produk itu sendiri..

Bayangkan Anzalna tu dah memang artis.. And orang dah memang kenal dia walaupun dia bukan duta Qu Puteh.. Dia pun belum tentu ambil Qu Puteh.. Tapi kalau Dato Vida yang gunakan diri sendiri, orang ingat Dato Vida orang tak ingat benda lain dah.. Orang ingat Dato Vida, orang mesti ingat Qu Puteh.. Betul tak? Sebab Dr Vida lah pengasas Qu Puteh.. Buat apa nak femeskan orang lain sedangkan kalau femeskan diri sendiri lagi orang kenal produk kita.. Brilliant :)

Lagipon, kalau guna Anzalna sure tak jadi kecoh macam ni sebab orang takkan meluat kat iklan tu.. Dah jadi biasa-biasa jela takdelah kontroversi nanti hehe

Sama juga dengan bisnes Shaklee.. Tahu kenapa Shaklee tak ambil sebarang duta untuk produk Shaklee? Ini kerana Shaklee mahu nama company kuat dengan adanya KITA.. Shaklee Independent Distributor.. Mereka yang sememangnya pengguna Shaklee.. Yang berkongsi khasiat produk Shaklee dengan ikhlas.. Dan orang akan kenal KITA sebagai duta Shaklee.. Identiti kita dengan Shaklee yang kuat yang menjadikan kita MAGNET dalam bisnes ni..

Tak perlu ambil duta.. KITA lah yang jadi duta kepada produk kita sendiri..

Sama macam orang ingat Qu Puteh ingat Dr Vida..

Orang ingat Shaklee surely akan ingat Nana Macarona.. Kan Kan? hehe

5) Kuat Semangat!

Sebenarnya melihat kepada keceriaan dan semangat Dr Vida ni, siapa sangka yang beliau pernah kehilangan dua orang putera beliau dalam satu kebakaran pada tahun 2013.. Nana tahu mengenai kisah ini dan sebenarnya hampir terlupa dek kerana tengok Dr Vida ni rileks je.. Tak patah semangat pun walau diuji sampai terduduk..



Nana kagum dengan semangat beliau yang bangkit dari kesedihan demi untuk kejayaan beliau dan keluarga.. Kalau beliau terus meratap kesedihan kerana kehilangan anak, sudah tentu beliau tidak berada di tahap sekarang..

Bayangkan kehilangan anak yang kita bela selama ini.. Bukan seorang tapi 2 orang..

Semangat dan kekuatan ini lah yang setiap usahawan perlukan.. Bila diuji, kita harus ingat bukan kita sahaja yang menghadapi ujian.. Lebih ramai lagi manusia yang diuji tapi mereka bangkit demi kejayaan diri dan keluarga..

Malu lah andai diuji sedikit kita terus jatuh.. Walhal ujian itu kalau dinilai dari sudut positif, peluang untuk Allah beri kita banyakkkk pahala.. Apabila kita jadikan ujian sebagai satu cara untuk kita kembali kepada Allah.. Kembali mendekati Allah.. Sebagai cara untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri..

6) Bijak Ambil Peluang

Dan akhir sekali, apa yang nana nampak pada diri Dr Vida ialah, beliau bijak ambil peluang.. Walaupun terpaksa invest RM3 Juta, beliau tetap ambil peluang itu untuk menaikkan produk beliau..

Invest RM3 Juta tu takdehal kalau dibandingkan dengan dapat pulangan Rm30 juta.. Btul tak?

And beliau bijak ambil peluang bila beliau menjadi PENAJA KESELURUHAN AJL.. Tak bagi chance orang lain overshadow beliau.. Biar semua perhatian tertumpu kepada produk beliau sahaja..

And sudah pasti, saat ditawar peluang itu oleh TV3, Dr Vida cepat-cepat grab sebelum peluang itu diberi kepada orang lain pula.. And bila dah labur RM3Juta, takkan nak duduk saja?

Of course lah dia akan menjadikan setiap pelaburan beliau berbaloi.. Bagaimana? Haa macam apa nana cakap di atas tadi lah.. Dah invest RM3 juta kata kooo.. Takkan lah nak duduk saja kottt :D

Again, Bad publicity is still publicity.. :)

Nana tak rasa Dato Vida TIDAK SENGAJA nak buat orang meluat dekat dia.. As a businesswoman beliau pasti dah jangka yang beliau akan menerima kritikan dan kutukan seperti ini.. But well, mungkin ini memang strategi beliau :)

Sama lah seperti kita, usahawan dan bakal jutawan.. Setiap peluang yang datang wajar dan wajib lah kita grabbbb sepenuhnya.. Contohnya dalam bisnes Shaklee sendiri, kita diberi peluang untuk mendapat pelbagai manfaat.. 10 jenis bonus.. dengan Car Bonus. dengan percutian percuma dan sebagainya.. RUGI lah andai peluang ini dibiarkan berlalu begitu sahaja..

Dan jangan lah kedekut untuk invest demi kejayaan.. Tak kisahlah investment dari segi masa, duit dan sebagainya..

Rebutlah peluang untuk anda tambah nilai diri sendiri supaya anda dapat pulangan lebihhh daripada yang anda laburkan..

Sebagai contohnya, anda invest masa 2 jam untuk kelas bersama mentor anda, dan anda dapat ilmu yang berharga yang andai kata anda apply, anda boleh dapat KEBEBASAN MASA bila mana selepas ini anda boleh bekerja dari rumah sambil menjada anak sendiri..

Dan contohnya anda invest beberapa ringgit untuk hadiri kelas, di mana ilmunya anda anda apply akan membantu anda mendapat pulangan 100x ganda lebih banyak dari modal yang anda invest, haaa untung ke tidok?

***

So sebenarnya banyak pengajaran positif yang kita boleh dapat daripada seorang wanita bernama Dato Dr Vida ni.. Bukan lah kata semuanya bagus.. Tak dinafikan mesti lah ada yang tak berapa sedap mata memandang.. Tapi harus diingat kita juga bukan lah sempurna mana :)

So ajar diri untuk sentiasa memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif.. Terlalu banyak pengajaran yang Allah hantar kepada kita tanpa kita sedari.. Setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita atau di persekitaran kita, pasti ada hikmahnya.. Cuma terpulang kepada kita untuk melihat daripada sudut yang positif lalu memanfaatkan setiap pengajaran dan pelajaran atau kita lebih selesa memandang dari sudut negatif, yang lansung tidak memberi manfaat sebaliknya hanya menambah dosa kita..

Nana tidak bertujuan untuk membela Dato Vida.. Cuma satu kita kena ingat, kita kutuk kritik hina beliau, beliau dah tentu-tentu JUTAWAN.. Sedangkan di mana kita? Sudahlah di dunia kita tidak kaya, kita tambah lagi dosa yang bakal menjadikan kita miskin akhirat..

Nauzubillahiminzalik..

Jom lah semua..Ubah diri.. Daripada kita kutuk orang yang berjaya, lebih baik kita pun jadi salah seorang orang yang BERJAYA..

Kita mampu mengubahnya.. InshaAllah :)

****

Pesanan penaja, siapa yang benar-benar nak supplement yang bantu anda benar-benar PUTEH, sila lah ambil Set Kecantikan shaklee :)

InshaAllah kalau ikut consultasi yang nana beri, pasti boleh dapat kulit yang anda idamkan..


Daku yang dahulunya ibarat bulan purnama, Alhamdulillah dah beransur jadi bulan mengambang :")



Ini antara supplement yang nana sendiri ambil untuk dapatkan kulit yang lebih CERAH berbanding sebelum ini.. 


Ini ialah skincare yang banyak bantu transformasi pada kulit nana untuk lebih cerah dan berseri berbanding sebelum ini Alhamdulillah..

Andai ada yang nak cuba, jangan segan silu hubungi nana yaaa 


Till then people

Ikhlas,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242

Tuesday, January 13, 2015

Vivix Untuk Kurus

Assalamualaikum wbt

Vivix untuk KURUS? Like seriously.. Boleh ke?

Ni soalan yang selaluuuu sangat nana dapast pasal Vivix hehe Ramai yang tak mempercayai kebolehan vivix untuk membantu anda kurussss..

Wahai kesayanganku, ini bukan cerita dongeng.. Ini kisah benar ye.. VIVIX TELAH MEMBANTU RAMAI DR TEAM SPECTACULAR UNTUK SEMAKIN KURUS.. Tak percaya? Meh nana buktikan dengan gambar.. Cakap banyak pon tak guna lah kalau takde bukti ye tak? hehee





Tengok lah di atas ni.. Ni kisah benar yang terjadi kepada nana sendiri okey.. Bayangkan sebulat bulat tomato mukaku, finally boleh jadi normal balik huhuhu :')

Actually lepas kawen haritu nana memang alami masalah naik berat badan yang melampau.. Tapi tak pulak nana rasa nak ambil supplement untuk kurus.. Sebabnya suka kot badan gemok.. Masa sekolah dulu sekeping macam papan.. So bila badan naik sikit rasa seronok lah..

Tapi rupanya nana syok sendiri Tsskk :'(

Ku sangkakan comel lah badan montel sebegitu.. Tapi rupanya susahhhh weihhhh..

Baju pakai semua ketat.. Dah macam hape je berdiri sebelah suami yang selim river seperti itu dengan badan montel macam ni..

Bila tangkap gambar then tengok balik baru sedar diri..

Sebab tu orang suru CERMIN DIRI selalu!! Supaya tak syok sendiri eheh

Then nak dijadikan cerita, waktu jumpa dengan kakak2 S2U Masters nana, ramai yang bagi tips ambil vivix untuk kesihatan.. Sebelum ni ambil jugak vivix tapi tak konsisten pun..
Nana lebih kepada supplement nak cantik je sebelum ni.. Macam Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen serta ESp.. Vivix vivix ni cheq tak layan.. haha

And suprisingly, after two weeks berturut-turut nana makan vivix secara konsisten, antara kesan yang nana dapat ialah

1) Berat badan turun 6kg! TEngok perbandingan dalam gambar di atas

2) Kulit semakin LICIN dan FLAWLESSS.. Ramai tegur kulit nana nampak makin glowing mowing especially bila jumpa dekat luar.. Sampai tak keruan jadinya tau.. *gediks tampo kang*

3) Kulit semakin CERAH SEKATA dan TEGANG.. Well you ollsss.. Vivix ni anti-aging TERBAIK satu dunia.. Memang TAK MUNGKIN lah kalau vivix tak dapat membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik ye..

4) Muka semakin RUNCING.. Yang ni memang ketara.. Ramai yang beritahu nana sebelum ni nana nampak kurus kat badan *ilusi optik..mereka tertipu* tapi muka je bulat tembam.. Haha! Actually nana suka je muka tembam macam ni.. Nampak comel sikit hahahktui Tapi kalau dah itu kesan yang ku terima selepas makan vivix, daku relakan sajooo.. So hampa yang muka TEMBAM and hampa tak suka tu, sila lah ambil vivix ye!





By the way, kesan vivix ke atas kekurusan badan ni bukan nana sorang je yang alami tau.. Tetapi kebanyakkan dari Team Spectacular turut terkena penangan KURUS DENGAN VIVIX

Tengok lah hot mummy kat atas ni.. Beliau merupakan cucu bisnes nana.. Leader dalam Spectacular.. And IBU ANAK DUA.. Yes ibu anak dua.. And can u imagine macam mana gambar tahun 2015 lebih kurus daripada tahun 2014.. Mesti ada sesuatu yang dia ambil kan?

And yes, tak syak lagi VIVIX lah puncanya! hewhew


Yang ini lagi sorang my leader.. Tengok lah transformation beliau.. Dari muka bulat ke muka runcing.. Kulit pun makin halus dan awet muda uolls :)

Dah nampak sendiri kan kesan pada diri kami?

So sebenarnya vivix ni apa dia??


Inilah dia vivix yang hebat itu.. Seksi kan? hehe


Hehe duk pung pang dari tadi lupa nak cerita vivix ni apa dia sebenarnya.. Okey, vivix ni ialah TONIK AJAIB bagi nana.. Minuman kesihatan yang TERBAIK antara semua supplement Shaklee.. Yang membantu ramai orang untuk lebih SIHAT, CANTIK dan berjaya bantu ramai orang untuk kekal sihat dan atasi pelbagai masalah..

Antara kandungan vivix yang menjadikannya terbaik ialah Resveratrol iaitu sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut kepada penyakit..

Resveratrol sangat terbaik untuk bertindak sebagai ANTI-AGING.. Ia melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan..

Ia juga sangat bagus untuk meningkatkan tahap 'kolestrol baik' dan melindungi dari kerosakan arteri sekaligus menjaga kesihatan jantung..

Dan Resveratrol terdapat paling tinggi di dalam ANGGUR MUSCADINE.. Anggur paling mahal dan special kerana saiznya yang lebih besar beserta khasiat di mana ia kaya dengan anthocyanins, antioksidan tinggi yang banyak menunjukkan kesan dalam anti-tumor.. So sangat bagus untuk menghalang tumor dari membesar..

anggur muscadine yang jauh lebih besar dari anggur biasa.. sebiji RM100 uolls!


And dalam kesan untuk KURUS, Resveratrol memberi kesan dalam pengurangan LEMAK dalam badan.. Resveratrol membantu dalam mengurang pengumpulan dan menjadi penghalang kepada sintesis lemak seterusnya meningkatkan pengoksidaan asid lemak kerana Resveratrol membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan.. Oleh itu, ianya membantu dalam pembakaran lemak..

Dan untuk pengetahuan anda, Resveratrol membantu memberi rasa KENYANG yang sekaligus dapat mengurangkan keghairahan anda untuk makan..

Ianya terbukti benar sebab nana sendiri dapat rasa selera makan kepada makanan bukan-bukan semakin turun sejak pengambilan Vivix secara konsisten.. Bukan hanya nana yang merasa perbezaannya.. Malahan orang lain turut mengakuinya..


So no wonder lah boleh kurus dengan VIVIX kan? Sebab kandungan utamanya yang hebat iaitu Resveratrol sangat membantu dalam aktiviti pembakaran lemak melalui peningkatan efficiency pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan :)

So kepada anda yang ada masalah KEGEMUKAN, sila lah berikhtiar dengan Vivix.. Kerana memang sangat terbukti berkesan! :)

Buat yang nak dapatkan vivix, boleh hubungi nana

FYI, bulan ni ada promo vivix

BELI 6 FREE 1

Dan kalau beli 1 pun masih dapat harga Special inshaAllah..

Tapi kena hubungi nana personally ya.. Kita discuss apa yang terbaik dan bagaimana nak bantu atasi masalah anda :)

Nana Macarona - 0133039242

Facebook - Nana Macarona

Till then. Jumpa lagiii..

Assalamualaikum!

Sunday, December 21, 2014

My Travel Diary : Percutian ke US Part 2

Assalamualaikum wbt pembaca blog ku sayang.. Rasa macam lama gilaaa dah tak menulis kat blog ni.. Sebab sekarang nana banyak berinstagram.. Teknologi makin canggih.. Dari zaman friendster ke myspace.. Facebook ke blog.. Dan latest instagram pulak.. Macam tak terkejau nak update semua hahah

Untuk anda yang belum follow instagram nana lagi, meh la follow sekarang hee

Instagram personal nana, @nanamacarona @nanamacarona @nanamacarona

Instagram bisnes pulak, @beauty_bynana @beauty_bynana @beauty_bynana

Apa pun, terima kasih pada semua yang sudi baca blog nana.. Bila bukak pageview je, tiap-tiap hari mesti ada jugak yang datang jenguk blog ni Alhamdulillah thankyouuuu semua :")

InshaAllah, update blog hari-hari ialah azam nana di tahun 2015 nanti.. Hmmm Hmmm.. we'll see ye.. Harap-harap tak hangat hangat tahik ayam sudah la hahah

BTW, harini rasa macam nak sambung je entry pasal percutian dekat US haritu.. Boleh tak? Tak tahu la entry basi tahap ape dah ni.. Kalau makanan mau dah berulat hahah Tapi sayang kalau tak share.. Mana tahu boleh bagi info pada korang yang suka bercuti kan? :)

InshaAllah lepas ni nak sambung entry pasal trip haritu sampai habis.. Harap-harap takdelah sampai tertukar tarikh and tragedinya.. Kalau ada yang silap tu mohon ampunkan lah ye.. Kesah 4 bulan yang lalu baru nak update sekarang, bertuah sangat kalau dapat ingat semua hee

Hari ketiga kitorang dekat LA, selepas berconference masa hari kedua yang nana cerita dekat last entry tu, Trip US Part 1 Shaklee dah aturkan untuk kami semua melawat DISNEYLAND yang terletak di LA..

Kalau nak tahu, nana sejak kecik lagi teringinnnnnnnnn sangat-sangat nak pergi disneyland.. Teringin yang sampai pernah termimpi.. Sebab nana memang peminat princess-princess Disney nih.. Dari kecik lagi hobi nana suka kumpul sticker snow white lah.. Cinderella lah.. And suka nauu tengok kartun princess2 nih.. Biase lah budak2 kan.. hehe

So bila dapat tahu je yang salah satu tempat bakal kami lawat di LA nanti ialah Disneyland, rasa nak menangis terharu wuwuwu.. Tak sangka Allah tunaikan hajat yang terpendam lama dari kecik ni.. Rasa macam mimpi sebab nana memang tak pernah sangka satu hari nanti akan ke Disneyland.. Boleh tengok bunga api.. Boleh bergambar dekat castle tu.. Syukur Ya Allah :")




Kak jan kesayangan ku.. Kembar master naik bulan yang sama hehe



Muka tak excited pon tauu.. Tahu lah dia pernah pergi kannn




Comel tak? hahaha sampai sekarang menyesal sebab tak beli pun cekak minnie nih T___T



Tengah berjalan berdua dengan suami, tiba-tiba terserempak dengan kumpulan Master Lyana Mansor & Master Beeha Yunos.. Apa lagi kami pun join la diorang.. Masuk tempat macam ni jalan berdua je mana best ye dok? hehe.. Ramai-ramai baru meriah :)



Gembiranya kami dapat jumpa Anna dan Elsa ngee





Anna yang friendly.. Sebijik macam watak dalam cerita tu..


Aku kelihatan lebih friendly daripada Anna :D


Elsa ni kojaq tau.. Sebenarnya dia yang mula-mula pose macam tu.. Bila aku angkat tangan sebab nak bagi sama pose dengan dia, dia pi jatuh pulak tangan.. Dah nampak macam aku yang syok sendiri hahahha



Ni rumah ape ntah.. Tak tengok katun ni hehe



Master Beeha dan suaminya yang fefeling pengantin baru bila datang berdua je trip kali ni hewhew


Lepas penat kami main macam-macam ride, tiba lah saat yang kami nanti nantikan.. Perarakan watak-watak katun disney 

Sila layan gambar-gambar watak katun kegemaran anda ye.. ^^














My fav! Disnes princesses 


Simba







Peter Pan




Ni katun apa taktau


Pinochio

Sebenarnya kan.. Ada kejadian sadis sikit sebelum perarakan nih.. Sobs.. Kejadian seorang gadis yang jelita terjatuh gara-gara excited berlari larian nak tengok perarakan nih.. (aku la tu) hahahah
Sakitnya Allah je yang tahu.. Tapi sakit-sakit lutut ku, malu sebab jatuh tu lagi banyak kot.. hahaha

And menjelang malam, lepas sudah solat maghrib, kami pon siap-siap cari tempat sebab nak tengok pertunjukan bunga api yang macam selalu dalam tv tu..

Ni lah sebenarnya yang palingggggg nana tunggu dari tadi.. Teringin sangat nak tengok bunga api ni.. Finally dapat juga Alhamdulillah :)









Alhamdulillah.. Sampai sekarang pun still tak sangka yang impian nana dari zaman kecik finally dah dimakbulkan Allah rupanya.. hehe.. Walaupun kedengaran sangat kebudak budakan, tapi kalau dilihat pengajarannya, ternyata tidak ada benda yang mustahil dalam dunia ni kan?

Andai kita NAKKAN sesuatu, kita YAKIN kita mampu capai dan kita PERCAYA kita mampu capai, InshaAllah segalanya tidak mustahil..

Jangan takut untuk bermimpi :)


Sekian dulu, bertemu lagi dalam next entry ya..

Till then, Assalamualaikum :)

Tuesday, November 4, 2014

Saya Sayang Mak Saya

Assalamualaikum..

Hari ni nana nak bercerita mengenai Mak nana.. Mak bernama Maznah Bt Arshad.. Berusia 56 tahun.. Mak bagi nana adalah seorang wanita dan ibu yang sangat kuat.. Mak lahirkan dan besarkan 7 orang anak dengan sangat sempurna..

Teringat masa zaman kecik-kecik waktu kami semua kecik-kecik.. Mak sanggup buat apa je untuk pastikan kami adik beradik cukup keperluan.. Abah pun sama.. Tapi untuk Abah tunggu entry lain ya :)

Bagi Nana, Mak sangat hebat.. Mak hebat uruskan urusan rumahtangga.. Mak sangat hebat sebagai seorang isteri dalam menjaga suaminya.. Sampai kadang kala nana rasa 'macam mana mak boleh buat semua ni?' Nana sendiri tak sure mampu atau tidak menjadi ibu dan isteri sebaik Mak..

Tapi semakin Mak berusia, Mak mula ada beberapa penyakit.. Bermula dengan Darah Tinggi.. Mak kerap pening kepala.. Mak kerap rasa nak pitam.. Kesian sangat dekat Mak.. Mak bergantung pada ubat hospital untuk elokkan tekanan darah tinggi yang Mak hadapi..

Sampai lah sewaktu nana berusia 18-19 tahun.. Ketika tu nana di Kolej Matrikulasi Perak.. Nana ingat lagi masa tu tengah tidur petang lepas balik kelas.. Memang fav tuh kalau dapat tido petang lepas balik kelas hehe.. Then tengah sedap nana tido, nana dapat call.. Tengok no di skrin, panggilan dari 'Kakni' iaitu kakak nana no 4..

'Na, Mak masuk hospital tau.. Mak kena tahan wad sebab doktor cakap Mak ada sakit jantung'

Allah.. Allah.. Allah

Nak gugur jantung nana ketika tu :( Rase nak terbang balik ke Taiping waktu tu jugak..

Waktu tu nana hampir nak dekat dengan exam pertengahan semester rasanya.. Nana pun dah tak ingat.. Tapi waktu tu memang dah dekat nak exam la.. Disebabkan waktu tu weekdays, so nana tak boleh balik sebarangan.. Nana perlu mintak kebenaran daripada Ketua Pengarah Kolej..

Nana pun bertemankan kawan, Ira, pergila ke bilik Ketua Pengarah nak mohon pelepasan cuti balik tengok mak.. Tapi sedihnya, pengarah tak bagi nana balik sebab exam nak dekat sangat.. Nana menangis-nangis depan beliau pun, beliau tetap dengan keputusannya "NO"

Masa tu rasa, Ya Allah kenapa kejam sangat pengarah ni.. Dia takde Mak ke, takkan tak boleh faham.. Macam mana nak jawab exam kalau hati tak tenang teringat Mak :(

Tiba-tiba telefon nana berbunyi, tengok kat skrin, "Abah".. Ya Allah nervousnya nak angkat..

"Na, Mak kena bawak pergi IJN tau malam ni"

Terus meraung nana kat situ jugak sambil cakap "Ya Allah puan, Mak saya dah nak kena bawak pergi IJN dah ni. Takkan puan nak tahan saya lagi? tolong la kesian kt saya puan, saya merayu"

Meraung-raung dah nana masa tu dalam bilik pengarah :'(

Finally, "Baiklah, saya benarkan.. Tapi 3 hari je tau.. Lepas tu kena balik kolej balik.. Exam nak dekat"

Maka petang tu jugak nana pun balik ke Taiping naik bas and terus pergi hospital tengok Mak..

Mujurlah keadaan Mak akhirnya semakin stabil.. Tak boleh ingat kenangan waktu tu.. Rasa takut yang teramat sangat.. Tak mampu nak bayangkan kalau ada perkara buruk terjadi pada Mak.. Buat nana rasa insaf dan taknak dah melawan cakap Mak..

Sehingga kini, Mak masih ambil ubat doktor untuk masalah Darah Tinggi and Jantung beliau.. Mak terpaksa berjaga-jaga bimbang serangan terjadi kembali..

Tapi kini, Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas nana beri mak makan Omega Guard + Vivix, Mak mengaku yang kesihatan Mak semakin baik..

1) Jantung Mak tidak lagi berdenyut dengan kuat sehingga Mak rasa sesak dada
2) Mak jarang pening kepada akibat Darah Tinggi
3) Mak semakin bertenaga dan tidak mudah penat walaupun Mak pernah ada Athma

Alhamdulillah.. Syukur yang teramat sangat :')

Semoga Mak kekal sihat dan bertenaga sampai bila-bila.. Moga Allah panjangkan umur Mak dan beri kesihatan yang baik dan berpanjangan InshaAllah..

Di bawah ini nana kongsikan video Mak yang comel! hehe.. Saje interview Mak apa perubahan ke atas diri beliau selepas ambil Omega Guard..

Jom layankan :)

Sesiapa yang mempunyai Ibu atau Ayah yang alami masalah sama macam Mak nana, jangan tunggu lagi.. Jom dapatkan supplement yang terbaik daripada Shaklee buat mereka..

Ingat, duit boleh dicari.. Tapi ibu dan ayah ada satu sahaja di dunia ini tiada ganti..

Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah InshaAllah :)

Facebook : Nana Macarona
Instagram : @nanamacarona
No Telefon : 013-3039242


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...