Sunday, August 30, 2015

WAHM ~ Masa Berharga Bersama Keluarga

Assalamualaikum wbt readers :)

Lately saya banyak mendengar cerita dari kawan-kawan dan juga downline bisnes saya betapa mereka terlalu ingin bekerja sendiri di rumah sambil menjaga keluarga.. Sesungguhnya saya sangat memahami perasaan itu kerana walaupun belum ada anak lagi sekarang, maksud saya anak belum keluar lagi, tapi perasaan keibuan saya sangat kuat untuk saya rasa ingin dekat selalu dengan anak saya..

Tak sanggup rasanya nak tinggalkan anak dari pagi sampai ke petang, tambah-tambah lagi dengan orang lain..

Pertama, saya tak tahu sama ada orang lain bakal jaga zuriat yang saya kandung selama 9 bulan ini sebaik saya atau tidak..

Kedua, saya tak sanggup orang lain tahu dahulu perkembangan anak-anak terlebih dahulu dari saya.. Saya tak sanggup orang lain yang update kepada saya mengenai perkembangan anak saya.. Saya ingin melihat dan menyaksikan sendiri setiap perkembangan anak saya.. Saya nak jadi tangan yang mengajar anak saya membaca, mengaji dan bermain.. I just wanna be everything to them..

Ketiga, saya tak sanggup balik ke rumah setiap hari dengan perasaan bersalah kerana membuat anak-anak berasa jauh dari saya.. Bayangkan kalau saya masih bekerja dengan kerjaya lama.. Pergi kerja pagi jam 7.. Balik malam jam 7.. Anak-anak mungkin jam 10 dah tidur.. Saya hanya ada masa selama 3 jam sahaja bersama anak-anak dan suami.. Allahuakbar, saya tak sanggup :(

Disebabkan itu, walaupun saya sendiri bukan lah terus dikurniakan anak selepas berkahwin, saya tetap tak sanggup bekerja makan gaji sebab saya taknak berjauhan dengan suami..

Waktu itu suami masih lagi bekerja makan gaji.. Pada saya,biarlah suami sahaja yang bekerja.. At least suami balik ke rumah saya dah sedia ada di rumah.. Sedia masakkan makanan untuk suami.. Saya yang menunggu suami pulang ke rumah, bukan suami yang menunggu saya..

Pada awal dahulu, pilihan saya untuk bekerja di rumah dapat banyak sangat tentangan dari pelbagai pihak terutama keluarga.. Tapi Alhamdulillah, Allah kurniakan suami yang memahami.. Yang sangat faham betapa saya tak suka bekerja dengan orang.. Betapa saya suka kerja di rumah.. TQ husband!

Dan saya sangat-sangat bersyukur, keputusan untuk berhenti makan gaji telah saya buat 3 tahun yang lalu.. Sebelum zuriat saya lahir ke dunia.. Bermakna once anak dalam kandungan ini lahir, saya sememangnya sudah tersedia bergelar WORK AT HOME MOM.. Bukannya waktu itu baru saya hendak buat keputusan untuk tinggalkan kerjaya saya..

Saya sangat-sangat bersyukur dengan keputusan saya satu masa dahulu.. Dan perkara yang sama saya seringkali pesan kepada anak-anak didik saya yang masih belum berumahtangga dan belum punya zuriat..

Pesan saya, manfaatkan masa single dan masa sebelum ada anak ini untuk struggle sungguh-sungguh buat bisnes.. Supaya nanti masa dah ada anak, bisnes dah stabil.. Masa tu bila2 masa boleh tinggalkan kerjaya makan gaji tanpa perasaan bersalah atau risaukan ekonomi keluarga selepas kita berhenti kerja nanti..

Kena sentiasa pandang ke hadapan.. Sekarang mungkin rasa selesa sebab tiada komitmen dan tanggungjawab pada anak.. Jangan tunggu nanti dah ada anak, waktu tu baru nak struggle dan buat keputusan..

Manakala buat anak-anak didik yang punya anak, tetapi berhasrat untuk WORK AT HOME, sesungguhnya ini perjuangan saya untuk membantu mereka.. Betapa saya ingin setiap daripada mereka menikmati kehidupan sebagai seorang ibu yang mampu menjaga sendiri zuriat mereka dengan tangan mereka sendiri.. Namun, harus lah buat bisnes sungguh2 kalau nak capai impian tersebut..

Kalau tidak, sampai bila impian hanya tinggal impian..

Manakan tidak, nak berhenti kerja di saat pendapatan dalam bisnes tidak seberapa adalah satu keputusan yang besar.. Maka nasihat saya, struggle lah untuk segerakan stabil dalam bisnes.. Supaya lebih cepat anda stabil dan berjaya dalam bisnes, semakin cepat anda boleh capai impian untuk bergelar WORK AT HOME MOM..

Saya doakan semua ibu-ibu serta bakal ibu di luar sana diberikan peluang oleh Allah untuk bergelar WORK AT HOME MOM satu hari nanti..

Sayang macam mana pun anda dengan kerjaya, percayalah keluarga itu lebih utama.. Jangan sampai hilang momen-momen penting bersama keluarga dek kerana kita terlalu pentingkan kerjaya..

Tapi jangan risau, dengan bisnes Shaklee, yang mana merupakan THE BEST HOME BASED BUSINESS, InshaAllah anda masih mampu mencapai impian anda dalam kerjaya, mampu medapat pendapatan lumayan, mampu membantu menjana ekonomi keluarga, tanpa anda perlu mengabaikan keluarga :)

I love my family and I love my career too! And I am so glad that I can have both in my life.. Alhamdulillah :)

Untuk anda yang berhajat bergelar Work At Home Mom bersama bisnes Shaklee, saya sangat mengalu alukan penyertaan anda ke dalam Organisasi kami iaitu Spectacular Empire. InshaAllah anda akan di guide sehingga segala impian anda tercapai. Tapi satu anda harus ingat, andai anak-anak anda jadikan sebagai SEBAB kenapa anda kena berjaya dan bergelar WAHM, jangan pula nanti anak-anak juga yang dijadikan alasan untuk tidak mencapainya..

Mesti kuatkan azam dan semangat untuk cepat-cepat berjaya serta bergelar WAHM!

Hubungi saya, mentor bisnes anda

Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242

Till then, Assalamualaikum wbt.

Tuesday, August 25, 2015

Atasi Kulit Bermasalah Semasa Hamil dengan ESP

Assalamualaikum wbt

Hai readers! Apa khabar semua? :) Lately semangat rasa nak menulis selalu dekat blog ni sebab ada banyakkkk yang nana nak kongsikan dengan semua.. Hopefully jangan jemu membaca ya! hehe

Harini nana nak kongsikan antara dilema ibu-ibu hamil di luar sana (termasuk diri nana sendiri).. Ramai yang mengadu alami beberapa masalah kulit semasa hamil.. Nana sendiri tak terkecuali.. even agak terkejut jugak actually masa awal-awal tu.. Sebab kulit nana jenis yang memang tak bermasalah dan susah naik jerawat..

Kulit nana mula bermasalah sebenarnya sejak sebelum nana dapat tahu nana pregnant lagi.. And sebenarnya, nana mula perasan kulit nana area dagu macam ditumbuhi ruam-ruam kecik start bulan March.. Bulan nana conceived..

Mulanya ingat sebab salah pakai foundation ke bedak ke.. Then nana stop semua produk yang nana guna di muka.. But then, kulit still tak okey.. Tapi masa tu tak berapa teruk sangat..

Once dapat tahu yang nana pregnant 4 weeks, masa tu kulit pun masih di tahap okey.. Ruam di sekitar dagu sahaja.. Masa tu dah tahu lah kenapa kulit jadi macam tu kannn.. Of course sebab hormon :")

Tapi, start je 7-8 minggu ke atas, MashaAllah, kulit nana jadi makin dashattt.. Jerawat mula tumbuh tanpa henti di area pipi, dahi, hidung.. Pendek kata memang nana masa tu tak sanggup nak tengok cermin T___T

Apa pun, nana redha masa tu sebab nana tahu ianya normal.. Hormon mengandung kan.. Biasa lah :) Janji baby sihat pun dah syukur Alhamdulillah..

Nak dijadikan cerita, dalam tempoh itu jugak nana ada alami morning sickness yang tahap sederhana.. Ada masa muntah memang muntah.. Ada masa okey.. And nana dapat rasakan sebenarnya tahap morning sickness nana agak teruk jugak masa tu.. Tapi sememangnya SET KEHAMILAN SHAKLEE sangatttttt lah banyak membantu..

Kerana walaupun alami muntah teruk, tapi nana masih rasa badan masih kuat.. Dan Alhamdulillah dari awal kehamilan sampai la sekarang, nana belum pernah demam lagi.. TQ to Set Kehamilan Shaklee <3 p="">
Berbalik kepada masalah jerawat ni tadi, sepanjang tempoh nana morning sickness beserta dilanda masalah jerawat, nana hanya ambil Set Kehamilan yang basic sahaja seperti Vitamin C + Vitalea + B Complex + Ostematrix.. ESP memang nana tak mampu nak telan masa tu sebab setiap kali telan je mesti keluar balik :')

Bermula dari lepas raya tempoh hari, Alhamdulillah morning sickness totally hilang.. Mabuk muntah semua langsung dah takde yay! And nana mula start amek ESP semula.. Everyday tanpa gagal..

Asalnya nana ambil kerana ianya memang sangat bagus untuk perkembangan baby dalam kandungan, kerana ianya kaya dengan protein yang membantu pembinaal sel baby..

Tapi apa yang nana alami ialah, kulit semakin okay!

Jerawat yang dulu tumbuh melata silih berganti, now dah takde yang tumbuh lagi dah..

Parut-parut jerawat lama pun dah makin pudar..

Alhamdulillahhh! I am sooo happy! :)

My Very own testimonial. Gambar before dengan jerawat dan parut merata-rata T___T Gambar after pula jerawat dah takde, parut semakin pudar. Yay!


Semestinya ESP memang sangat bagus untuk kulit wajah kerana protein itu ibarat binaan bata.. Kulit wajah ibarat rumah.. Bila rumah dibina dengan bata yang bagus dan cukup, semestinya rumah akan jadi kukuh dan cantik kan? :)

Now Alhamdulillah, nana mampu tersenyum depan cermin hihi

Kalau before ni nana rasa stress takmau tengok cermin, sekarang Alhamdulillah, hati berbunga-bunga je rasa..

ESP pujaan hatiku


Even kulit belum 100% okey sama macam dulu, tapi nana tetap sangat bersyukur sebab sekarang kulit dah makin improve sangat-sangat! Tq ESP <3 p="">
So buat anda di luar sana yang alami apa yang nana alami iaitu KULIT BERMASALAH SEMASA HAMIL, nana sangat2 cadangan pengambilan ESP secara konsisten dengan sukatan yang betul.. InshaAllah kulit akan semakin sihat, berseri dan cantik..

Bila kulit cantik, hati pun gembira kan :) Ditambah dengan gembira bakal jadi Ibu, wah berganda-ganda lah kegembiraan ituuu..

Untuk anda yang nak dapatkan ESP atau mana-mana produk Shaklee sama ada untuk KECANTIKAN dan juga KESIHATAN, boleh hubungi nana

***********************************
Your Certified Health & Beauty Consultant,
Nana Macarona
FB : Nana Macarona
Whatsapp/sms : 013-3039242
***********************************

Monday, August 24, 2015

Italy, Kami Datang!

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, semalam nana dapat SMS daripada Shaklee untuk inform bahawa kami bakal menaiki pesawat Emirate Airline pada bulan November nanti untuk ke Italy.. Selama ni dok berangan je boleh naik Emirates huhu Tapi Alhamdulillah finally Allah kabulkan :')

Walaupun ada banyak lagi pesawat murah lain, tapi macam biasa Shaklee akan selalu beri yang terbaik sebagai ganjaran buat kami, SID yang sudah bertungkus lumus untuk buat yang terbaik dalam bisnes.. TQ Shaklee!


Untuk trip kali ni jugak, nana bakal bawa bersama kedua ibu bapa mertua sekali nanti InshaAllah.. :)

Actually waktu trip tu nanti, nana bakal berada dalam 34 weeks of pregnancy.. Tapi nana sangat yakin InshaAllah, Allah pasti akan permudahkan segalanya untuk nana dan baby.. Selalu doa pada Allah semoga diberi kesempatan untuk join trip ke Italy tu nanti dengan sihat dan sempurna.. Baby sihat mommy pun sihat..

And selalu cakap dengan baby, sila beri kerjasama dekat mommy yaa.. Mommy nak bawak baby tangkap gambar depan Colosseum dengan Pisa Tower ni walaupun baby dalam perot je lagi masa tu hihi

Apa pun, hanya pada Allah tempat nana panjatkan kesyukuran ini.. Satu ketika dahulu, tak pernah terlintas di fikiran nana untuk mampu pergi melancong ke luar negara setahun sekali macam ni.. Tanpa perlu keluarkan duit sendiri.. Hotel ditanggung.. Penerbangan ditanggung.. Nak masuk tempat2 best macam Disneyland semua tu pon Shaklee bayarkan..

Kita tinggal bawak diri, baju dan duit shopping je.. Siap duit poket pun Shaklee bagi tahuuu..

Ingat lagi masa trip US tahun lepas.. Masing-masing dapat duit poket sebanyak RM1200 setiap sorang.. Lepas tu, masa di sana pernah sekali kami terlepas waktu makan sebab flight delay daripada LA ke San Francisco.. Tapi dalam bas still kami dapat je makanan.. Dan kami still makan Ketam besar kat tempat kawan-kawan lain makan.. Cuma terskip waktu makan dengan orang lain je..

Guess what? Sampai je Malaysia, Shaklee ganti RM300 pada kami sebab kami skip lunch masa di San Francisco haritu.. Terharu sangat rasa :')


Kenangan makan ketam besar di San Francisco. Makan kaki die je dah kenyang wehhh :")


Betapa Shaklee nak beri yang terbaik sebagai penghargaan kepada kami, para distributor company..

Nana rasa, kalau lah masih bekerja makan gaji, mungkin company lama tidak akan beri layanan terbaik macam ni sekali dekat kami..

Beza dengan buat bisnes Shaklee.. Sudahlah dikira bisnes sendiri sebab income semuanya dapat pada kami.. Kami tentukan sendiri income kami.. Dan income yang boleh diperolehi di dalam bisnes ini ialah INFINITY.. Kemudian company beri pula penghargaan seperti ini kepada kami..

Allahu.. Nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan :')

Dan tahun hadapan pula, InshaAllah kami bakal ke Orlando, US.. Yang paling tak sabar sebab kat sana ada Disneyworld terbesar di dunia yeayyyy!!

Haritu masa dekat LA, pergi Disneyland die pun dah rasa syok gilaaa.. Ini pulak Disneyworld.. Memang my childhood dreams cometrue tauuuu :")

Sekarang masa untuk bekerja keras untuk tahun hadapan pulak!

Kalau tahun ni dah bawa mak abah mertua.. InshaAllah tahun depan nak bawa mak abah nana pulak ke US InshaAllah..  So far sekarang 2 tiket ke US dah confirm lepas.. tiket ke 3 dah separuh jalan.. Tinggal lagi 2 tiket je nak skor.. Sebab nana target at least 5 tiket ke International Trip tahun depan :)

Semoga dipermudahkan jalan kami..
Semoga dipermudahkan jalan anak-anak didik kami..
Smeoga dikurniakan rezeki melimpah ruah dan tubuh badan yang sihat..

Actually seronok sangat sebab tahun ni bukan kami je wakil dari Spectacular yg bakal ke Italy.. Anak-anak didik pun join sama Alhamdulillah..

Ini lah yang paling buat kami rasa bersyukur.. Sebab kami nak anak-anak didik kami rasa apa yang kami dah rasa selama ini :)

Moga tahun depan lebih ramaiiiii lagi warga Spectacular akan join trip ke US InshaAllah!

Doakan kami yaaaa <3 p="">

Till then and Assalamualaikum wbt



Monday, August 10, 2015

First Baby Kicking

Assalamualaikum wbt!

Tiba-tiba rasa nak menulis harini hehe
Actually, sejak awal pregnancy nana plan nak tulis setiap perkembangan baby dalam kandungan ni.. Untuk kenangan and boleh refer nanti in the future kan..
Ye lah, nak harap memori sendiri yang tak berapa nak kuat ni memang harapan lah.. Kena telan Omega Guard banyak-banyak lagi nampak gayanya :D

Now nana dah almost memasuki 5 months of pregnancy actually.. And ada something yang buat hati sangat tersentuh lately..

Dah mula rasa baby kicking dengan sangat kuat Subhanallah :') That feeling.. Hanya Allah sahaja yang tahu..

Actually masa 3 months haritu dah start rasa baby movement inside my tummy.. Tapi masa tu maybe baby kecik lagi agaknya.. So kadang-kadang confuse, betul ke ni baby yang gerak atau angin? Hehe

Makin lama rasa macam movement and kicks makin kuat.. But still bila letak tangan dekat atas perot still belum dapat rasa lagi.. And bila husband letak tangan lagi lah, baby diam terus hahah

But semalam, Allah je tahu perasaan kami suami isteri.. First time nana letak tangan dekat perut, then rasa kick yang sangat kuat dari dalam.. Subhanallah.. :')

Lepas tu amek pulak tangan suami letak atas perut, and finally suami pun dapat rasa.. :')

Dua-dua rasa nak menangis tapi control macho beb! hahah

Sebelum ni jujurnya nana belum rasa excited sangat sebab sometimes macam lupa yang my baby is growing inside my womb.. Kadang-kadang busy dengan life etc, plus baby belum move dengan kuat, so belum betul-betul rasa 'dia' ada..

But now rasa some feeling yang tak boleh describe.. Sangat tersentuh.. Sangat bersyukur.. Rasa nak sentiasa letak tangan atas perut untuk rasa every movement.. Rasa dekat sangat di hati..

Macam tak percaya yang satu hari nanti nana juga akan diberi peluang merasa semua ni.. Rasa macam mimpi..

And now, sejak 'dia' mula memunculkan diri.. Bagi tanda yang dia ada dekat dalam tu, hanya ada satu je yang nana nak buat..

I really want to improve myself.. Sebab nana nak jadi Ibu yang terbaik untuk baby ni.. Taknak cakap bukan-bukan.. Nak jaga percakapan, perbuatan etc.. Banyakkan zikir dan mengaji.. Sebab nana tahu dia dah boleh dengar setiap apa nana cakap.. Taknak malas-malas.. Nak jadi kuat supaya baby nanti kuat macam mummy.. I just wanna be the best for u baby :') Eh sorry! ter over emotional pulak petang ni hehe

Doakan baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan sempurna ya semua! Menjadi anak yang baik.. Penyejuk mata dan hati papa dengan mummy.. Menjadi saham akhirat papa dengan mummy.. Dan doakan semoga kami mampu menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat zuriat kami..

I just can't wait to meet u sayang! Mummy and papa love u so much :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...