Wednesday, January 28, 2015

Amalan Menjemput Rezeki yang Tidak Disangka

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semuaaa

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati nikmat kehidupan pagi ini.. Syukur Alhamdulillah kerana masih dipinjamkan nyawa oleh Allah swt.. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup agar dapat menyumbang lebih banyak lagi kepada masyarakat..

Masih ingat post di wall facebook nana tempoh hari berkenaan dengan amalan menjemput rezeki yang nana amalkan selama ini dan sangat berkesan ke atas diri nana sendiri?

Hari ini nana hendak menunaikan janji nana kepada anda semua :)

Bagi nana, lebih banyak kita berkongsi lebih banyak yang akan kita terima.. Kalau selama ini nana lebih banyak berkongsi dengan anak-anak didik Spectacular nana sahaja, kali ini nana nak berkongsi dengan semua orang..

Kerana kadang-kadang ada ramai SID yang mesej nana bertanyakan tips untuk berjaya dan sebagainya, tetapi nana tak sempat nak jawab.. Bukan kerana nana sombong atau sebagainya.. Tetapi kerana nana ingin FOKUS untuk membantu mereka yang sebenarnya menjadi tanggungjawab nana.. Maka ambil lah daripada apa yang nana kongsikan di wall facebook nana dan di blog nana ya.. InshaAllah nana halalkan segala ilmu yang nana kongsikan di wall facebook dan blog untuk semua :)

Sekadar berkongsi, Alhamdulillah untuk bulan ini sahaja, sales personal nana hampir mencecah RM25,000.. Dan syukur Alhamdulillah nana sendiri berjaya jual berbotol-botol vivix sehingga nana belum sempat nak kira berapa total sebenar hasil jualan nana..

Yang pasti nana percaya dan yakin, ianya ada kaitan dengan apa yang nana amalkan dengan istiqamah sejak kebelakangan ini.. :")

Nana juga percaya, rezeki itu bukan untuk kita cari, tetapi untuk kita jemput.. Rezeki Allah dah tetapkan untuk setiap orang.. Rezeki tidak pernah tersilap tuan.. Tapi kita boleh jemput rezeki itu dengan beberapa amalan.. Banyak sebenarnya amalan menjemput rezeki yang biasa kita amalkan.. Yang mana yang mentor selalu kongsikan.. Tapi yang nana nak kongsikan di sini ialah apa yang nana baru amalkan sejak kebelakangan ini dan Alhamdulillah nana dapat lihat perbezaannya pada diri nana..

1) Ayat Seribu Dinar

Sebenarnya nana baru-baru juga amalkan membaca ayat seribu dinar ni setiap kali selepas solat.. Selama ini nana tahu akan fadhilat doa ini, tapi entah kenapa liat sangat nak amalkan.. Walhal ayat dia tak panjang pun..

And nana start amalkan sejak bulan lepas.. And Wallahi nana sendiri terkejut melihat perkembangan sales sendiri :")

Kalau selama ini sales persendirian bulanan nana hanya mencecah RM10,000 sahaja.. Tapi semenjak dua bulan kebelakangan ini, sales persendirian nana mencecah RM30,000 setiap bulan.. Dan lebih buat nana rasa magik dan sangat bersyukur, organisasi Spectacular turut seperti mendapat tempias yang sama bila sales semua anak-ank didik nana meningkat dengan sangat cemerlang Alhamdulillah


Antara kelebihan mengamalkan Ayat Seribu Dinar ialah

  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka
  • Mendapat jalan keluar daripada segala masalah dan kesulitan
  • Mendapat perlindungan daripada segala musibah dan bencana
  • Jika berperang InshaAllah tidak akan cedera binasa kecuali sudah sampai ajal
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan

Dan apa yang nana sendiri amalkan ialah:

Nana amalkan membaca Ayat Seribu Dinar 10 kali setiap kali selepas solat dan 3 kali sebelum tidur

Anda boleh amalkan lebih lagi kalau mahu, tidak rugi apa-apa pun.. Dan ayat seribu dinar ni pun sebenarnya antara ayat di dalam Al Quran iaitu ayat 2&3 Surah At Talaq.. InshaAllah ada ganjaran dan hikmah menanti sekiranya kita amalkan ayat ini InshaAllah :)

2) Membaca Al Quran dengan Istiqamah

Nana akui, sebelum ini nana agak tidak berapa istiqamah dalam membaca Al Quran.. Kadang kala hanya baca sekiranya sempat sahaja.. Sedih dengan diri sendiri.. 

Tapi bermula dari bulan lepas, nana paksa diri untuk konsisten SETIAP HARI untuk mengaji jugak walau busy macam mana pun.. Nana cuba untuk membaca Al Quran setiap kali selepas solat tapi kalau agak sibuk, nana cuba sehabis mampu nana untuk at least sehari 2 kali.. Kalau tak dapat setiap waktu, at least waktu Zuhur dan Maghrib nana wajibkan diri untuk membaca Al Quran at least 2 mukasurat.. 

Dan apabila dah dijadikan amalan, ibarat dah sebati dalam diri.. Bila tak buat rasa tak selesa.. Macam ada yang belum selesai.. Hati rasa tak tenang..

Sekarang ni mudah je sebenarnya nak baca Al Quran.. Even kita boleh install apps dekat dalam telefon dan baca bila ada kelapangan.. Teknologi yang semakin canggih ni sebenarnya memudahkan lagi kita untuk kumpul pahala kalau kita gunakan dengan cara yang betul InshaAllah :)

__________

Sebenarnya amalan di atas ni mungkin dan jadi kebiasaan kepada semua orang.. Mungkin ada di antara anda yang memang sudah amalkan pun.. Tapi nana dapat rasa magik pada diri nana bila nana amalkan secara bersungguh-sungguh dan istiqamah..

Selama ini nana juga amalkan ayat seribu dinar.. Nana juga amalkan membaca Al Quran.. Tapi nana tidak letakkan DISIPLIN pada diri untuk nana amalkan secara istiqamah dan penuh penghayatan.. Nana buat sekadar cukup syarat.. Buat tanpa menghayati fadhilat di sebaliknya.. Buat tanpa perasaan yang penuh pengharapan daripada Allah untuk kita jadi insan kesayangan Allah..

Bila tak istiqamah, ianya susah nak tinggal kesan di hati.. 

Sebab itu bagi nana, dalam apa-apa juga tindakan kita, andai kita lakukan dengan penuh penghayatan.. Kita letak diri kita sebagai hamba.. Kita tahu apa yang kita lakukan dan mengapa kita lakukan.. Kita buat sepenuh hati dengan disiplin dan istiqamah, InshaAllah setiap amalan kita itu kita sendiri akan rasai magiknya.. Percayalah.. 

Walau hanya dengan Zikirullah.. Amalan paling mudah untuk kita dapat pahala yang besar.. Andai kita amalkan dengan disiplin, istiqamah, penuh penghayatan dan memahami maksud di sebalik amalan kita, InshaAllah kita akan dapat rasa magiknya pada diri, InshaAllah..

Berikut nana nak kongsikan beberapa amalan rohani yang memang nana amalkan secara istiqamah selama ini
  • Zikir
  • Dhuha
  • Tahajjud
  • Membaca surah yassin
  • Membaca surat al mulk
  • dan beberapa amalan lain

Tetapi, jangan pula kita lupa.. USAHA itu juga perlu :)

Usaha dan amalan rohani biarlah seiring.. Biar ia menjadi ASBAB untuk Allah beri rezeki kepada kita..

Kerana kita kena pegang, rezeki itu daripada Allah.. Tapi kita tetap perlu usaha kerana Allah suruh kita usaha.. Sebab Allah dah janji, siapa yang berusaha pasti akan mendapat hasilnya.. Dan janji Allah itu pasti :)

Sekian perkongsian daripada nana.. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat menjadi panduan dan pedoman serta sebagai salah satu cara untuk kita semakin mendekatkan diri dengan Allah.. Segala puji bagi Allah yang mendatangkan ilham dan menggerakkan hati untuk nana berkongsi dengan anda semua..

Semoga kita semua berada di dalam lindungan keberkatan serta rahmat Allah selalu InshaAllah dan mendapat ganjaran pahala dan dimasukkan ke dalam syurga Allah tanpa hisab :)

Tolong doakan segala hajat nana dimakbulkan oleh Allah dan nana doakan hajat-hajat anda juga dimakbulkan oleh Allah Aminn..

Have a nice day people! Assalamualaikum wbt..

Love,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
Building Success Together!

_______________

Pengumuman tambahan :

Promo VIVIX tinggal satu hari sahaja lagi :)

Vivix sesuai untuk anda
  • Yang inginkan KULIT CANTIK, CERAH dan GEBU
  • Berat badan yang IDEAL 
  • Yang ingin BERHENTI MEROKOK
  • Mempunyai ibu bapa yang bermasalah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung
  • Mempunyai kenalan atau ibu bapa yang terkena Stroke
  • etc etc
Dapatkan sementara PROMOSI masih berlansung ya sebab ada yang menarik menanti anda!






Nana Macarona
Facebook : Nana Macarona
Whatsapp: 013-3039242



Friday, January 23, 2015

Pengajaran dari Kisah Qu Puteh, Dr Vida

Assalamualaikum wbt..

Lately banyak sangat dengar cerita pasal Qu Puteh Dr Vida yang menaja Anugerah Juara Lagu baru-baru ni sampaikan orang yang tak tengok AJL pun sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tahu apa keheynyaaa dok qu puteh qu puteh ni haaa..



Nana pun tak terkecuali jugak sebenarnya.. Sanggup bukak tonton.com semata-mata nak tengok kat mana yang orang dok mengata sangat tu.. And laki bini dok tergelak tak habis-habis sebab dok mengajuk iklan tu hahhaha..

Tapi personally bagi nana, sebenarnya banyak yang kita boleh ambil pengajaran dari kisah ini especially kepada peniaga dan usahawan seperti nana dan anda semua.. Yes, banyak pengajaran yang kita boleh dapat sebenarnya :)

1) KATAK PEKAK

kemain kau. Jangan ingat orang kawen je pakai crown tahuuuu


Perasan tak betapa dia tak heran langsung orang dok mengata kat dia? even daripada dulu lagi nana perasan orang memang banyak kali kutuk penampilan beliau.. Sebab jenis pakai barang kemas merelit merelap.. Perasan? Tapi nana tak nampak pulak beliau ubah penampilan dek kerana kutukan orang.. Dia buat diri dia jadi trademark lagi ada.. Sampai ada yang cakap

"Kau ni pakai barang kemas liplap ni kalah DR VIDA"

hahahha

Benda ini lah sepatutnya ada dalam diri setiap usahawan.. Sila jadi KATAK PEKAK.. Dan tidak perlu down serta ubah diri dek kutukan.. Kadang tu ada sesetengah orang yang bila dikutuk sikit terus down.. Terus taknak buat bisnes Shaklee dah.. Rugi lah kalau kalah dengan kutukan orang yang nak lihat kita jatuh.. Kenapa biarkan mereka menang?

Walaubagaimanapun, kutukan berbeza dengan teguran.. Kena lihat siapa yang beri kutukan atau teguran itu.. Kalau teguran datang daripada orang yang nak lihat kita berjaya antaranya mentor kita, pasangan kita, wajar lah kita ambil perhatian..

Sebaliknya kalau kutukan datang daripada mereka yang tidak senang melihat kita berjaya, AHHHHH ABAIKAN AJERRR..

2) Tak MELENTING bila dikutuk

Nana ada terbaca kutukan Chef Wan kepada Dato Vida pasal kes ini di mana Chef Wan siap tutup tv sebab tak larat dah nak tengok iklan Qu Puteh ni lagi dah..

Tapi tengok balik jawapan Dr Vida.. Dia tak mengata pun Chef Wan balik kan? Rileks je jawapan beliau.. Beliau tidak menjawab sindiran Chef Wan dengan sindiran atau kutukan, sebaliknya positif je jawab apa yang beliau lakukan..
Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Selepas anugerah itu berlansung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutamanya di laman sosial termasuk Chef Wan menutup televisyen kerana iklan saya..
Apa yang disampaikan oleh dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya 15 minit saja.. Orang yang tidak berjaya, mereka bendi, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu

Sama juga seperti kita usahawan online ni.. Bidang online sangat membuka ruang dan peluang ke[ada kita untuk menghadap mereka yang negatif dan sebagainya.. Keyboard Warrior merata-rata.. So bila kita dikutuk, tak perlu lah membalas kutukan dengan kutukan.. Tak perlu sama tarafkan diri kita dengan mereka..

Senyumlah kerana di saat mereka membuang masa mengutip DOSA, kita pula sibuk memanfaatkan masa untuk mengumpul harta DUNIA dan AKHIRAT :)

3) Marketing berkesan!

Kalau diikutkan, memang lah kita meluat dengan iklan yang kejap-kejap muncul.. Kejap-kejap muncul.. Dengan tagline yang kekampungan, berbulu je bijik mata kan? Yes, kami pun rasa macam tu hahahha.. TAPI, sedarkah anda, bila semua meluat, semua kongsi di laman sosial, itulah MARKETING SEBENAR Qu Puteh..

Bila satu malaya memperkatakan pasal iklan Qu Puteh, orang daripada tak pernah dengar pun pasal Qu Puteh, mula google apa itu Qu Puteh.. Nahh, femes lah produk itu..  Makanya, marketing Dr Vida tu BERKESAN lah..

Ada Dr Vida kesah orang mengata dia? lagi dia suka ada lah sebab makin ramai akan kenal dia hahaha



Bad publicity is still publicity :)

Dalam bisnes, pesaing akan sentiasa cuba menjatuhkan kita.. Same goes dalam bisnes Shaklee.. Kadang-kadang tu ada sahaja isu merepek yang ditimbulkan..

Again, Bad Publicity is still publicity

Orang yang BIJAK akan ambil ini sebagai peluang, manakala orang yang tidak berapa bijak akan down dek kerana fitnah ini :)

4) Marketing tak guna Anzalna

Ini pun satu strategi yang nana perasan.. Dr Vida tidak menggunakan pelakon Anzalna untuk mempromosikan Qu Puteh pada AJL tempoh hari.. Atas sebab apa nana tak pasti tapi bagi sudut pandangan nana, itu strategi yang bijak..



Kebanyakkan usahawan-usahawan yang berjaya ni, mereka akan gunakan artis sebagai batu loncatan untuk orang kenal produk mereka.. Tapi selepas itu, mereka akan gunakan DIRI SENDIRI sebagai duta kepada produk which is nana rasa sangat berkesan untuk KUATKAN identiti satu produk itu sendiri..

Bayangkan Anzalna tu dah memang artis.. And orang dah memang kenal dia walaupun dia bukan duta Qu Puteh.. Dia pun belum tentu ambil Qu Puteh.. Tapi kalau Dato Vida yang gunakan diri sendiri, orang ingat Dato Vida orang tak ingat benda lain dah.. Orang ingat Dato Vida, orang mesti ingat Qu Puteh.. Betul tak? Sebab Dr Vida lah pengasas Qu Puteh.. Buat apa nak femeskan orang lain sedangkan kalau femeskan diri sendiri lagi orang kenal produk kita.. Brilliant :)

Lagipon, kalau guna Anzalna sure tak jadi kecoh macam ni sebab orang takkan meluat kat iklan tu.. Dah jadi biasa-biasa jela takdelah kontroversi nanti hehe

Sama juga dengan bisnes Shaklee.. Tahu kenapa Shaklee tak ambil sebarang duta untuk produk Shaklee? Ini kerana Shaklee mahu nama company kuat dengan adanya KITA.. Shaklee Independent Distributor.. Mereka yang sememangnya pengguna Shaklee.. Yang berkongsi khasiat produk Shaklee dengan ikhlas.. Dan orang akan kenal KITA sebagai duta Shaklee.. Identiti kita dengan Shaklee yang kuat yang menjadikan kita MAGNET dalam bisnes ni..

Tak perlu ambil duta.. KITA lah yang jadi duta kepada produk kita sendiri..

Sama macam orang ingat Qu Puteh ingat Dr Vida..

Orang ingat Shaklee surely akan ingat Nana Macarona.. Kan Kan? hehe

5) Kuat Semangat!

Sebenarnya melihat kepada keceriaan dan semangat Dr Vida ni, siapa sangka yang beliau pernah kehilangan dua orang putera beliau dalam satu kebakaran pada tahun 2013.. Nana tahu mengenai kisah ini dan sebenarnya hampir terlupa dek kerana tengok Dr Vida ni rileks je.. Tak patah semangat pun walau diuji sampai terduduk..



Nana kagum dengan semangat beliau yang bangkit dari kesedihan demi untuk kejayaan beliau dan keluarga.. Kalau beliau terus meratap kesedihan kerana kehilangan anak, sudah tentu beliau tidak berada di tahap sekarang..

Bayangkan kehilangan anak yang kita bela selama ini.. Bukan seorang tapi 2 orang..

Semangat dan kekuatan ini lah yang setiap usahawan perlukan.. Bila diuji, kita harus ingat bukan kita sahaja yang menghadapi ujian.. Lebih ramai lagi manusia yang diuji tapi mereka bangkit demi kejayaan diri dan keluarga..

Malu lah andai diuji sedikit kita terus jatuh.. Walhal ujian itu kalau dinilai dari sudut positif, peluang untuk Allah beri kita banyakkkk pahala.. Apabila kita jadikan ujian sebagai satu cara untuk kita kembali kepada Allah.. Kembali mendekati Allah.. Sebagai cara untuk kita muhasabah diri dan perbaiki diri sendiri..

6) Bijak Ambil Peluang

Dan akhir sekali, apa yang nana nampak pada diri Dr Vida ialah, beliau bijak ambil peluang.. Walaupun terpaksa invest RM3 Juta, beliau tetap ambil peluang itu untuk menaikkan produk beliau..

Invest RM3 Juta tu takdehal kalau dibandingkan dengan dapat pulangan Rm30 juta.. Btul tak?

And beliau bijak ambil peluang bila beliau menjadi PENAJA KESELURUHAN AJL.. Tak bagi chance orang lain overshadow beliau.. Biar semua perhatian tertumpu kepada produk beliau sahaja..

And sudah pasti, saat ditawar peluang itu oleh TV3, Dr Vida cepat-cepat grab sebelum peluang itu diberi kepada orang lain pula.. And bila dah labur RM3Juta, takkan nak duduk saja?

Of course lah dia akan menjadikan setiap pelaburan beliau berbaloi.. Bagaimana? Haa macam apa nana cakap di atas tadi lah.. Dah invest RM3 juta kata kooo.. Takkan lah nak duduk saja kottt :D

Again, Bad publicity is still publicity.. :)

Nana tak rasa Dato Vida TIDAK SENGAJA nak buat orang meluat dekat dia.. As a businesswoman beliau pasti dah jangka yang beliau akan menerima kritikan dan kutukan seperti ini.. But well, mungkin ini memang strategi beliau :)

Sama lah seperti kita, usahawan dan bakal jutawan.. Setiap peluang yang datang wajar dan wajib lah kita grabbbb sepenuhnya.. Contohnya dalam bisnes Shaklee sendiri, kita diberi peluang untuk mendapat pelbagai manfaat.. 10 jenis bonus.. dengan Car Bonus. dengan percutian percuma dan sebagainya.. RUGI lah andai peluang ini dibiarkan berlalu begitu sahaja..

Dan jangan lah kedekut untuk invest demi kejayaan.. Tak kisahlah investment dari segi masa, duit dan sebagainya..

Rebutlah peluang untuk anda tambah nilai diri sendiri supaya anda dapat pulangan lebihhh daripada yang anda laburkan..

Sebagai contohnya, anda invest masa 2 jam untuk kelas bersama mentor anda, dan anda dapat ilmu yang berharga yang andai kata anda apply, anda boleh dapat KEBEBASAN MASA bila mana selepas ini anda boleh bekerja dari rumah sambil menjada anak sendiri..

Dan contohnya anda invest beberapa ringgit untuk hadiri kelas, di mana ilmunya anda anda apply akan membantu anda mendapat pulangan 100x ganda lebih banyak dari modal yang anda invest, haaa untung ke tidok?

***

So sebenarnya banyak pengajaran positif yang kita boleh dapat daripada seorang wanita bernama Dato Dr Vida ni.. Bukan lah kata semuanya bagus.. Tak dinafikan mesti lah ada yang tak berapa sedap mata memandang.. Tapi harus diingat kita juga bukan lah sempurna mana :)

So ajar diri untuk sentiasa memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif.. Terlalu banyak pengajaran yang Allah hantar kepada kita tanpa kita sedari.. Setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita atau di persekitaran kita, pasti ada hikmahnya.. Cuma terpulang kepada kita untuk melihat daripada sudut yang positif lalu memanfaatkan setiap pengajaran dan pelajaran atau kita lebih selesa memandang dari sudut negatif, yang lansung tidak memberi manfaat sebaliknya hanya menambah dosa kita..

Nana tidak bertujuan untuk membela Dato Vida.. Cuma satu kita kena ingat, kita kutuk kritik hina beliau, beliau dah tentu-tentu JUTAWAN.. Sedangkan di mana kita? Sudahlah di dunia kita tidak kaya, kita tambah lagi dosa yang bakal menjadikan kita miskin akhirat..

Nauzubillahiminzalik..

Jom lah semua..Ubah diri.. Daripada kita kutuk orang yang berjaya, lebih baik kita pun jadi salah seorang orang yang BERJAYA..

Kita mampu mengubahnya.. InshaAllah :)

****

Pesanan penaja, siapa yang benar-benar nak supplement yang bantu anda benar-benar PUTEH, sila lah ambil Set Kecantikan shaklee :)

InshaAllah kalau ikut consultasi yang nana beri, pasti boleh dapat kulit yang anda idamkan..


Daku yang dahulunya ibarat bulan purnama, Alhamdulillah dah beransur jadi bulan mengambang :")



Ini antara supplement yang nana sendiri ambil untuk dapatkan kulit yang lebih CERAH berbanding sebelum ini.. 


Ini ialah skincare yang banyak bantu transformasi pada kulit nana untuk lebih cerah dan berseri berbanding sebelum ini Alhamdulillah..

Andai ada yang nak cuba, jangan segan silu hubungi nana yaaa 


Till then people

Ikhlas,
Master Nana Macarona
Founder of Spectacular Empire
013-3039242

Tuesday, January 13, 2015

Vivix Untuk Kurus

Assalamualaikum wbt

Vivix untuk KURUS? Like seriously.. Boleh ke?

Ni soalan yang selaluuuu sangat nana dapast pasal Vivix hehe Ramai yang tak mempercayai kebolehan vivix untuk membantu anda kurussss..

Wahai kesayanganku, ini bukan cerita dongeng.. Ini kisah benar ye.. VIVIX TELAH MEMBANTU RAMAI DR TEAM SPECTACULAR UNTUK SEMAKIN KURUS.. Tak percaya? Meh nana buktikan dengan gambar.. Cakap banyak pon tak guna lah kalau takde bukti ye tak? hehee





Tengok lah di atas ni.. Ni kisah benar yang terjadi kepada nana sendiri okey.. Bayangkan sebulat bulat tomato mukaku, finally boleh jadi normal balik huhuhu :')

Actually lepas kawen haritu nana memang alami masalah naik berat badan yang melampau.. Tapi tak pulak nana rasa nak ambil supplement untuk kurus.. Sebabnya suka kot badan gemok.. Masa sekolah dulu sekeping macam papan.. So bila badan naik sikit rasa seronok lah..

Tapi rupanya nana syok sendiri Tsskk :'(

Ku sangkakan comel lah badan montel sebegitu.. Tapi rupanya susahhhh weihhhh..

Baju pakai semua ketat.. Dah macam hape je berdiri sebelah suami yang selim river seperti itu dengan badan montel macam ni..

Bila tangkap gambar then tengok balik baru sedar diri..

Sebab tu orang suru CERMIN DIRI selalu!! Supaya tak syok sendiri eheh

Then nak dijadikan cerita, waktu jumpa dengan kakak2 S2U Masters nana, ramai yang bagi tips ambil vivix untuk kesihatan.. Sebelum ni ambil jugak vivix tapi tak konsisten pun..
Nana lebih kepada supplement nak cantik je sebelum ni.. Macam Vitamin C, Vitamin E dan Kolagen serta ESp.. Vivix vivix ni cheq tak layan.. haha

And suprisingly, after two weeks berturut-turut nana makan vivix secara konsisten, antara kesan yang nana dapat ialah

1) Berat badan turun 6kg! TEngok perbandingan dalam gambar di atas

2) Kulit semakin LICIN dan FLAWLESSS.. Ramai tegur kulit nana nampak makin glowing mowing especially bila jumpa dekat luar.. Sampai tak keruan jadinya tau.. *gediks tampo kang*

3) Kulit semakin CERAH SEKATA dan TEGANG.. Well you ollsss.. Vivix ni anti-aging TERBAIK satu dunia.. Memang TAK MUNGKIN lah kalau vivix tak dapat membantu anda untuk dapatkan kulit yang cantik ye..

4) Muka semakin RUNCING.. Yang ni memang ketara.. Ramai yang beritahu nana sebelum ni nana nampak kurus kat badan *ilusi optik..mereka tertipu* tapi muka je bulat tembam.. Haha! Actually nana suka je muka tembam macam ni.. Nampak comel sikit hahahktui Tapi kalau dah itu kesan yang ku terima selepas makan vivix, daku relakan sajooo.. So hampa yang muka TEMBAM and hampa tak suka tu, sila lah ambil vivix ye!





By the way, kesan vivix ke atas kekurusan badan ni bukan nana sorang je yang alami tau.. Tetapi kebanyakkan dari Team Spectacular turut terkena penangan KURUS DENGAN VIVIX

Tengok lah hot mummy kat atas ni.. Beliau merupakan cucu bisnes nana.. Leader dalam Spectacular.. And IBU ANAK DUA.. Yes ibu anak dua.. And can u imagine macam mana gambar tahun 2015 lebih kurus daripada tahun 2014.. Mesti ada sesuatu yang dia ambil kan?

And yes, tak syak lagi VIVIX lah puncanya! hewhew


Yang ini lagi sorang my leader.. Tengok lah transformation beliau.. Dari muka bulat ke muka runcing.. Kulit pun makin halus dan awet muda uolls :)

Dah nampak sendiri kan kesan pada diri kami?

So sebenarnya vivix ni apa dia??


Inilah dia vivix yang hebat itu.. Seksi kan? hehe


Hehe duk pung pang dari tadi lupa nak cerita vivix ni apa dia sebenarnya.. Okey, vivix ni ialah TONIK AJAIB bagi nana.. Minuman kesihatan yang TERBAIK antara semua supplement Shaklee.. Yang membantu ramai orang untuk lebih SIHAT, CANTIK dan berjaya bantu ramai orang untuk kekal sihat dan atasi pelbagai masalah..

Antara kandungan vivix yang menjadikannya terbaik ialah Resveratrol iaitu sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut kepada penyakit..

Resveratrol sangat terbaik untuk bertindak sebagai ANTI-AGING.. Ia melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan..

Ia juga sangat bagus untuk meningkatkan tahap 'kolestrol baik' dan melindungi dari kerosakan arteri sekaligus menjaga kesihatan jantung..

Dan Resveratrol terdapat paling tinggi di dalam ANGGUR MUSCADINE.. Anggur paling mahal dan special kerana saiznya yang lebih besar beserta khasiat di mana ia kaya dengan anthocyanins, antioksidan tinggi yang banyak menunjukkan kesan dalam anti-tumor.. So sangat bagus untuk menghalang tumor dari membesar..

anggur muscadine yang jauh lebih besar dari anggur biasa.. sebiji RM100 uolls!


And dalam kesan untuk KURUS, Resveratrol memberi kesan dalam pengurangan LEMAK dalam badan.. Resveratrol membantu dalam mengurang pengumpulan dan menjadi penghalang kepada sintesis lemak seterusnya meningkatkan pengoksidaan asid lemak kerana Resveratrol membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan.. Oleh itu, ianya membantu dalam pembakaran lemak..

Dan untuk pengetahuan anda, Resveratrol membantu memberi rasa KENYANG yang sekaligus dapat mengurangkan keghairahan anda untuk makan..

Ianya terbukti benar sebab nana sendiri dapat rasa selera makan kepada makanan bukan-bukan semakin turun sejak pengambilan Vivix secara konsisten.. Bukan hanya nana yang merasa perbezaannya.. Malahan orang lain turut mengakuinya..


So no wonder lah boleh kurus dengan VIVIX kan? Sebab kandungan utamanya yang hebat iaitu Resveratrol sangat membantu dalam aktiviti pembakaran lemak melalui peningkatan efficiency pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan :)

So kepada anda yang ada masalah KEGEMUKAN, sila lah berikhtiar dengan Vivix.. Kerana memang sangat terbukti berkesan! :)

Buat yang nak dapatkan vivix, boleh hubungi nana

FYI, bulan ni ada promo vivix

BELI 6 FREE 1

Dan kalau beli 1 pun masih dapat harga Special inshaAllah..

Tapi kena hubungi nana personally ya.. Kita discuss apa yang terbaik dan bagaimana nak bantu atasi masalah anda :)

Nana Macarona - 0133039242

Facebook - Nana Macarona

Till then. Jumpa lagiii..

Assalamualaikum!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...