Assalamualaikum wbt..
Bertemu lagi di entry yang seterusnya.. hee
Banyak sangat yang nak diupdate, so terpaksa lah nana buat part by part.. Harap tak ada yang jemu membaca ya :)
Pada entry yang lalu nana ada bercerita mengenai majlis Master Celebration kami kan..
Entry kali ni nana nak bercerita mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang Master Celebration kami..
Antaranya ialah ucapan daripada mentor kesayangan nana, Master Iffah Anuar.. Ikutkan Master Iffah ialah moyang nana dalam Shaklee.. Tapi pada hari tersebut memang sengaja nana request Master Iffah sebagai guest speaker..
Menurut Master Iffah, nana merupakan seorang yang FOKUS pada jalan nana sendiri.. Walau apa pun yang terjadi di sekeliling nana, nana tetap tak peduli.. Apa yang nana peduli hanyalah SPECTACULAR.. Apa yang Master Iffah cakap itu tersangat lah betul :') Sepanjang perjalanan nana menuju ke Master Coordinator, boleh dikatakan nana tak kenal orang sangat dan orang juga tak kenal nana.. Nana hanya fokus pada jalan nana untuk berjaya dan membantu anak-anak didik nana sampai berjaya.. Itu sahaja..
My beloved mentor :')
Tersenyum mendengar ucapan Master Iffah.. Padahal dalam hati rasa sebak tak terucap..
Dan seterusnya Master Iffah dan Master Dosh menyampaikan cendehati dan hadiah beliau buat kami.. Alhamdulillah.. trofi dan ipad mini ini amat bermakna buat kami.. TQ MIA & MD :")
Dan seterusnya tibalah giliran kami pula untuk memberikan ucapan.. Dimulakan dengan suami nana, Master Ahmad Firdaus..
Master Daus bercerita mengenai kisah cinta permulaan beliau dengan Shaklee.. Jangan tak tahu, beliau kenal Shaklee lebih awal dari nana kenal Shaklee dan lebih awal dari beliau kenal nana hehehe
Dalam hati, "cakap nak cut to short.. tapi kemain lama pulak husband aku ni berucap" hahahhaha
Dan finally, mic kembali diserahkan kepada nana hehehe :D
Nana mula bercerita mengenai bagaimana kisah cinta nana dan Shaklee bermula.. Sudah tentulah kerana produknya.. iaitu VITAMIN C :)
Dan apabila nana mula bercerita mengenai push factor nana dalam bisnes selama ini, dada mula terasa sebak..
Dan akhirnya, empangan pecah jua :") padahal dari awal lagi nana dah cakap pada diri yang nana tak nak menangis.. Takut rosak mekap :D
Seterusnya giliran kami pula untuk memberi sedikit cenderahati kepada mentor kami berdua ini sebagai tanda ingatan :)
Faheem buat apa tu? hehe
Semoga ukhuwah kekal sampai Jannah
Dan seterusnya tibalah giliran nana pula beri penghargaan kepada anak-anak didik yang berjaya dan mengharungi bisnes ini bersama-sama dengan nana selama ini..
Master to be Azhana Abdullah.. seorang yang sangat kuat dan hebat.. Bakal Master tak lama lagi InshaAllah
Master to be Nurul Aswana.. seorang insan hebat yang berjaya capai apa yang diingini beliau iaitu WAHM bila bersama shaklee.. sorry wana gambar dr belakang je ada haha
Yang seterusnya sahabat nana merangkap anak bisnes.. Kami kenal sejak sebelum dengan Shaklee lagi, dan shaklee mengeratkan lagi ukhuwah kami.. Master to be Lyana Hisham
Seorang yang lembut tapi cekal di dalamnya.. Master to Farhana Yahaya
Kakak kesayanganku yang nana tak sabar nak tunggu beliau genggam rank Master.. Chaiyok Master to be Wirda Rasid
Sahabat daripada zaman MRSMBP sampai lah sekarang jadi anak bisnes.. Master to be Hidayah Ramli
Waktu di Matriks dulu kami sahabat bergossip..haha Tetapi shaklee satukan kami semula dengan situasi yang sama tapi berbeza.. Love u naddy! Master to be Nurul Nadia Amzar
Master to be Fauziah Atan.. insan hebat yang cekal
Master to be Ainur Farahin.. Usia muda ternyata bukan penghalang untuk beliau gigih berusaha
Kakak kepada master2b azhana Abdullah, Master to be Laila Abdullah.. Adik beradik hebat
Master to be Idayu.. Bakal leader besar InshaAllah
Master to be Anis.. My cicit yang hebat.. Masih student tapi sangat hebat
My cucu Master to be Suehada Aqilah
Amboi feeling sangat sampai pejam mata.. hehe Master to be Amirah
Barisan Spectacular Great Leaders (SGL) sepatutnya ramai lagi.. Tapi ada yang tak dapat hadir
Dan akhir sekali, sampai giliran untuk potong kek.. Penutup acara pada hari tersebut :)
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat ilahi majlis yang kami rancang serta prepare berakhir dengan baik dan segalanya berjalan dengan lancar Alhamdulillah :)
Terima kasih Allah
Terima kasih Shaklee
Terima kasih family
Terima kasih family Shaklee
Terima kasih Spectacular babies
Feeling lepas setel Master Celebration? Legaaaaaaa gila macam baru lepas habis paper exam terakhir degree! hahahha
Till then people! Jumpa lagi di lain entry
Assalamualaikum! :)