Sunday, July 9, 2017

RoadTrip to New Zealand Day 2 : Christchurch Botani Garden - Rakaia Gorge - Lake Tekappo

Assalamualaikum wbt & hi semua!

Sorry lah amek masa panjannnnnnngggggg sangat nak update entry hari kedua di New Zealand tempoh hari.. Peristiwa ni pun dah nak dekat setahun berlalu, hopefully masih ingat lagi lah kejadian-kejadiannya..

Kalau ada unsur hentam sajalah dan tokok tambah tu harap diampun ye hihi

So lets continue hari kedua kami di NZ harituuuuu yuhuuu!

Second day tu, kami terlajak tidur sebenarnya.. Still belum boleh adapt lagi dengan perubahan masa 5 jam antara KL dengan NZ heheh.. Ikutkan plan asal, kami nak gerak pagi-pagi buta daripada homestay, nak pusing-pusing Christchurch dulu sebelum gerak ke Lake Tekappo..

Tapi apa nak buat, kita kan hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan :D

Plan nak check out pukul 9 pagi, dah jadi check out pukul 11 pagi.. Mujur lah owner homestay tu sempoi je.. Sebab ikutkan hotel/homestay dekat NZ ni kena check out pukul 10 pagi.. Bapak awal kan?


Belakang tuuu lah homestay kami masa dekat Christchurch, Sunrise Inn :)



Aminyominyooo manjanya anak mamiii ;)


Then lepas je check out apa semua daripada homestay kami dekat Sunrise Inn, Christchurch, kami pon gerak ke Christchurch Botanic Garden untuk brunch.. hihi Makanan bawak bekal yang masak semalam je sudahh..

Masa awal-awal tu rasa macam, eh kenapa biasa-biasa je Christchurch Botanoc Garden ni? Macam padang biasaaa je aku tengok.. Kat Malaysia pon ada laa weyyy! hahaha

Sekali rupanya ni bahagian lain.. Bukan bahagian cantik macam kami tengok kat google tu hihi Tapi sempat lah jugak kami makan-makan dekat bahagian taman ala-ala padang ni tu kann.. eh padang pon still cantik lah jugak actually :)



Yaya masa dekat NZ dah ala-ala anak jepun dah hihi

Lepas setel makan semua, kitorang actually plan nak gerak terus pergi Lake Tekappo.. Sebab this time kitorang belum tahu lagi CHC punya botanic garden yang sebenar..

Sekali husband pusing-pusing, jumpaaaa ponnnnn Christchurch Botanic Garden yang sebenarrr yang cantikkkkk sangat tuuuu :) So kitorang pun berhenti singgah sekejap nak bergambar sebelum terus mulakan perjalanan ke Lake Tekappo..



Nak tahu tak, air dekat sungai ni sumpah clear gilaaa.. Memang cantik sangat-sangat! Rasa nak naik je sampan tu pusing-pusing tapi takut tak sempat nak sampai awal kat Lake Tekappo.. So kitorang just jalan-jalan bergambar sekejap je dekat sini :)



Lepas dah puas bergambar, kitorang pun terus gerak ke Lake Tekappo sebab takut lambat sampai.. Sebab kat sana cantik kalau time matahari tengah terik..

So far sebenarnya kan, belum menggambarkan lagi keindahan sebenar New Zealand.. Masa sampai dekat Botanic Garden ni pun nana dah rasa macam lawaaaa gilaaaa dah! Rupanya, ini belum lagi menggambarkan keindahan NZ yang sebenar wehhhh!

Korang kena keep baca sampai habis, sampai ke habis episod entry NZ nana tau sebab sumpah nana cakap, pemandangan semua cantik-cantik tahap nak menitis air mata.. Rasa tak puas betul dapat singgah sekejap-sekejap je dekat every tempat :(


Keluar je bandar Christchurch menuju ke highway nak pergi Lake Tekappo, masa ni nana dah mula tak senang duduk dalam kereta hahah

Kejap-kejap menjerit.. "Ya Allah... SubhanAllah... Abanggg gunung saljii.. Yayaaa sheeeppppp!"

MashaAllah, masa tu dah mula rasa excitedddd sangat-sangat.. Ni belum sampai tempat yang dituju lagi nih.. Tepi jalan pon dah cantik masalahnyaaaaa :")




Masa ni kami turun kereta nak tangkap gambar kambing biri-biri ni.. Asalnya semua dok ada kat tepi pagar tu je.. elok je kami turun kereta, semua pakat melarikan diri hahahha sabau jela!



Masa ni kami berenti sekejap tepi jalan sebab terpana terpesona tengok pemandangan yang Sumpahhhh cantikkkkk gilaaaa!






Masa ni, boleh kata kejap-kejap kami berenti bergambar.. Kejap-kejap kami berenti bergambar.. Mana tak sampai lewat ke Lake Tekappo macam ni huwaaa..

Korang yang plan nak roadtrip dari Christchurch ke Lake Tekappo, sila make sure gerak awal pagi lepas subuh tauuuuu sebab sahih confirm masa perjalanan akan jadi lebih panjang dari sepatutnya sebab asyik berenti bergambauuuu ja! hahah

Lepas berhenti bergambar dekat tempat yang kitorang buat Live dekat FB tu, husband bagitahu yang kitorang dah nak dekat sampai Rakaia Gorge dah..

Actually nana jarang jumpa mana-mana blogger yang pergi NZ akan lalu dekat Rakaia Gorge ni.. Selalunya diorang akan lalu Fairlie Timaru Ashburton sana tu untuk ke Lake Tekappo.. Tapi husband iolls kan pakar merancang percutian hahahha.. Entah macam mana dia boleh jumpa route lalu kat sini..

Cuma satu je yang nana nak cakap, keputusan untuk lalu Rakaia Gorge sememangnya keputusan yang TEPATTTTT sebab sesungguhnya Rakaia Gorge ni sumpah lah weh cantik gilaaaaa! Dengan air dia yang kaler turquoise tu.. Dengan bunga-bunga kuning dekat tepi-tepi sungai.. Memang cantik sangat tak terkata-kata lagi dah kami ni ha..




Biru di mana-manaaa hahha 




Punya lah aku kagum dengan kebiruan air sungai ni, sampai nana request kat husband boleh tak nak turun sungai tu gi cebok air dia.. Nak tengok tahap kebiruan dia hahaha Memang husband ku tak bagi la kann..


Tengok la nihhh.. Ya Allahhhh.. Sebab rasa nak menangis keluar air mata air hidung bila tengok pemandangan macam ni depan mata tau.. And trust me, in real jauh laaaagi cantik daripada dalam gambar :)




Bukti ni bukan gambar google hahhahah.. Blur dekat bahu tu sengaja diblurkan tau, bukan original ;)



Dua-dua cinta hati mami :)

Cet.. Spoil betul tiba-tiba ada jari dekat situ hahahhah

Lepas menjamu mata dengan pemandangan yang indah laksana syurga dunia, hehe, kami pon teruskan perjalanan ke Lake Tekappo..

Masa ni dalam hati dok excited tergedik-gedik dah.. Yelah, kalau rakaia gorge pon dah sebegini cantik, Lake Tekappo apetah lagi kannn.. Tempat famous tu! 

Dalam hati berdebar sangat sebab daripada pembacaan nana selama nana study sebelum pergi NZ haritu, antara the main attraction of south island NZ ialah LAKE TEKAPO..

Tambah-tambah masa kitorang pergi tu pulak penghujung musim bunga nak masuk ke musim panas, so ada lah bunga lupin yang cantik ituuuu :)



Sempat bergambar dalam perjalanan.. Punnnn dah cantikkkkk T____T


Korang tengok lah pemandangan ni semua.. Ni baru dalam perjalanan korang tahu tak..

Belum sampai pun lagi dekat Lake Tekapo... Sebab tu nana cakap tadi kat atas, kalau boleh jangan rushing sangat sebab sepanjang perjalanan tu korang surely akan berhenti-berhenti nak bergambar..

Sebab kalau tak berhenti, korang akan rasa ralatttt sangat-sangat walaupun korang drive lagi 5 minit kat depan pun, ada lagi pemandangan lawa hahahha

Nak buat macam mana, semua tempat cantik-cantik sampai nak pejam mata pun rasa sayang :')


Anddddd... Finallyyyyyyy!!!


LAKE TEKAPO!!!

CANTIKNYAAAA HOIIIII...

Cuma masa kami sampai tu dah nak dekat senja, so air biru dia dah tak obvious sangat.. Sebab air turquiose dia tu akan obvious bila cahaya matahri terik..

Takpe, dont worry.. Stay tuned sampai entry hari ketiga ekkk.. hehehhe

Sementara tu layan dulu gambar-gambar kami masa baruuuuu je sampai Lake Tekapo ni ek :)



Mami, yayaand lupinnnnn :-*


anak mami pejam mata pasaipaaa


Pose wajib mami and yaya :') Nampak sikit-sikit air turquoise kat sini hehe





Mami dengan lupin, siapa lagi cantik? :-P



Alhamdulillah sangat rasa bila sampai ke Lake Tekapo tu..

Jujur nana kata, speechless sangat masa baru-baru sampai :')

Tak pernah sangka satu ketika dahulu yang Allah akan izinkan kami sampai ke sini.. Sebak sangat rasa masa tu T____T

Lepas dah puas bergambau dengan lupins, hari pun dah makin gelap so kami pun check in lah hotel :)

Apa nama hotel ek? Lupa dah hahahaha

Okey dah ingat, the GODLEY!


Ada 1 queen + 1 single bed


Bath tub pun ada



Hotel ni letaknya betul2 kat tepi Lake Tekapo, cuma sayangnya bilik kami tak mengadap tasik sobs! Tapi takpe, sebab bukan duduk bilik selalu pun hehe

So, berakhir lah sudah hari kedua di bumi New Zealand ni :')

Jujur kata, sampai sekarang pun nana still rinduuuuu sangat-sangat NZ.. Antara tempat yang paling nana tak boleh lupa dan looking forward untuk pergi lagi dan lagi InshaAllah :)

Nana sebenarnya bukannya orang yang suka sangat travel..

Tapi bila travel ke tempat-tempat nature macam ni memang kena sangat lah dengan jiwa nana..

Rasa bersyukur..

Kerdil.. Betapa hebatnya ciptaan Allah..

Syukur jugak lah, asbab berbisnes Shaklee Allah izinkan untuk mengembara ke sekeliling dunia melihat keindahan alam ciptaan tuhan :')

InshaAllah, nanti nana update pulak entry untuk hari ketiga ya..

Korang seriously kena baca dan kena follow sebab hari ketiga lah sebenarnya kami pergi semuaaaa tempat cantik-cantik-cantik gilaaaaaaa!

Seriouslyyyyy!

Stay tuned tauuuuuu!

Okey lah, nana pun nak tidur dah.. Jumpa lagi next time naa :)
__________________________________

Sejenis kegigihan photoshoot produk Shaklee kat NZ hehehe


Masa kat NZ pun, nana tak tinggal supplemen kesayangan hamba ni :')

Sangat lag bagus dan penting untuk KECANTIKAN, ELAK SUNBURN DAN CERAHKAN KULIT



Sedikit fungsi VITAMIN C
  • Mencerahkan kulit
  • Membantu pembinaan kolagen
  • Meningkatkan imun badan
  • Mengelakkan jerawat
Sedikit fungsi mengenai VITAMIN E
  • Membantu atasi SUNBURN
  • Membantu elak sunburn
  • Melembakan kulit
  • Menghilangkan parut

Untuk korang yang nak dapatkan sebarang supplement Shaklee ataupun skincare Nutriwhite, boleh lah hubungi nana yaaa..

Nana Macarona
013-3039242



JANGAN PERNAH MENYERAH

Assalamualaikum wbt everyone!

Entah apa yang merasuk nana pagi-pagi buta ni sampai rasa macam gian pulak nak update blog secara pukal hehehe

Why not kan?

Kerajinan bukan datang selalu.. Maka, sekali ia datang kita manfaatkan lah sebaik-baiknya yaaa! hee

Actually, nana baru perasan yang nana tak pernah lagi share pasal Ebook sulung nana dekat blog ni..

By the way, untuk yang belum tahu, nana sudah pun berjaya hasilkan Ebook sulung nana yang bertajuk "JANGAN PERNAH MENYERAH"..


Cover photo pun so cool kan? hehe

Thank you to my handsome husband for this! xoxo

Ebook ni berkisarkan kehidupan nana..

Kisah hidup nana daripada kecik sampai lah ke besar..

Kehidupan yang penuh onak dan duri..

Dugaan yang tidak pernah sunyi daripada hidup kami..

Walau bukan semua kisah hidup nana ada di dalam ebook ini, tapi sebahagian event penting yang membentuk siapa diri nana pada hari ini, ada nana catitkan dalam ebook pertama ini..

And jujurnya, nana sendiri tak tahu ebook nana ni best ke tidak hahaha

Tapi daripada feedback-feedback yang nana terima, Alhamdulillah boleh kata semuanya kata sangat puas hati.. Sangat menyentuh hati.. Sangat termotivasi..

Bukan niat nana sebenarnya nak buat orang simpati pada nana atau apa, nana cuma kongsi the true story of my life.. Yang selama ni tak ramai tahu..

Lagipun, ramai yang selalu tanya nana..

"What makes you, YOU?"

Apa yang buat nana jadi sekuat dan sekental ini dalam bisnes..

Jawapannya, sebab nana pernah lalui kehidupan yang LEBIH SUSAH daripada sekarang :')

Ebook ini sesuai untuk anda yang pernah rasa putus asa dalam hidup..

Yang pernah alami kejatuhan dalam bisnes..

Yang berhajat nak kembangkan empayar bisnes..

Sebab konten nana bukan semata-mata berkisar mengenai kehidupan nana sahaja.. Tetapi juga terselit banyakkkk ilmu dan tips bukan hanya dalam bisnes tetapi juga kehidupan InshaAllah..

Yang penting, kesemua tips yang nana kongsi adalah antara yang nana amalkan dan itu lah juga rahsia Spectacular berjaya menjana sales sebanyak lebih daripada RM1 juta setiap bulan! Alhamdulillah :)

Kenapa nana panggil EBOOK SULUNG?

Jeng3..

Sebab lepas ni mungkin bakal muncul pulak ebook kedua, ketiga dan seterusnya..

Or mungkin buku fizikal pulak ke kan? Siapa tahu :)

Yang penting, sesiapa yang berminat nak dapatkan Ebook JANGAN PERNAH MENYERAH ni, boleh lah hubungi admin nana

ADMIN EBOOK JANGAN PERNAH MENYERAH
018-9611250

Sebelum tu nana nak buat Disclaimer #1

Jujur kata, tujuan utama nana tulis ebook ini adalah untuk BERKONGSI ILMU. Walaubagaimanapun, nana terpaksa letak sedikit harga untuk effort nana sepanjang nak siapkan senaskah ebook yang lebih daripada 100 pages ni :')

Harga ebook JPM ialah RM49 sahaja..

Tapi InshaAllah, dengan RM49 yang korang bayar, korang boleh dapat banyak ilmu dan pengajaran InshaAllah..

Disclaimer #2

Ebook ni adalah BUKU FIZIKAL ye kawan-kawan..

Bermaksud anda akan terima melalui email, dan korang boleh pilih sama ada nak baca melalui telefon ke laptop ke.. Atau nak print keluar pun boleh takde masalah :)

Disclaimer #3

Ebook ini DIHARAMKAN untuk forward, atau ulang cetak kepada mereka yang tidak dapatkan SAH direct daripada nana ye..

Tak mau lah forward-forward naa.. Dalam ni kan ilmu :') Dapatkan ilmu dengan cara betul, InshaAllah berkat tu ada bila kita amalkan setiap ilmu dalam ebook ni :)

Disclaimer #4

Lepas korang baca tu, sudi sudikan lah untuk send feedback to us tau!

Boleh whatsapp nana direct untuk share apa perasaan korang bila baca ebook ni ya :)

Ni no nana - 0133039242

So again,

Siapa-siapa nak dapatkan Ebook JANGAN PERNAH MENYERAH, boleh lah hubungi PA nana di no,

ADMIN EBOOK JANGAN PERNAH MENYERAH
018-9611250

Till then people! 

Assalalamualaikum wbt

______________________________


Untuk dapatkan sebarang rangkaian produk Shaklee sama ada supplement ataupun skincare Nutriwhite, boleh lah hubungi nana

Nana Macarona
013-3039242



Selamat Hari Raya Aidilfitri! | 2017

Assalamualaikum wbt & hi korang!

Ya Allah, lamanyaa rasa tak menulis dekat blog ni macam dulu-dulu..

Kalau dulu, boleh kata satu hari satu entry pun boleh dapat.. Sekarang ni, hahahharapannn sangat T___T

Kadang-kadang rasa rinduuu sangat nak menulis macam dulu balik.. Dulu boleh kata blog ni dah jadi ala-ala diari harian dah, semua benda rasa nak cerita..

Tapi sekarang ni macam-macam kekangan ada untuk menulis.. Sighh

Busy dengan bisnes..
Busy dengan mentoring Spectacular..
Busy dengan customer beauty bynana..
Busy dengan Adra Aurelia kesayangan hamba..
Busy dengan suami tercinta..

Macam-macam lagi lah..

But again, semua tu alasan semata-mata! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Huhhh (tiup rambut depan)

So dengan ini, nana ada satu azam baru iaitu nak rajinkan diri update blog EVERYDAY mulai sekarang!

Dan kandungan isi post-post nanti pun more kepada diari-diari gitu..

Nana tahu, korang semua ni suka dengar cerita kehidupan daku kannnn hahahha perasan sorry!

Bukan apa, nana memang suka berkongsi..

Nana suka share kehidupan nana.. Share apa yang jadi dalam hidup nana even daripada dulu lagi..

Nak bercerita panjang lebar sangat dekat fesbuk tu rasa macam orang malas je nak baca kan..

So cerita dekat blog jelah..

Nak cerita sepuluh juta mukasurat pun tak ada siapa marah kan kan kannnn hehehe

Panjangnya melalut!

Actually nana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua readers blog nana..

Walaupun blog ini hanyalah blog picisan, tapi nana still bangga tau bila ada yang mengaku suka baca and follow blog nana sejak zaman nana belajar hehehe Alhamdulillah, TQ korang! :)

Di kesempatan ini, nana nak mohon ampun dan maaf kalau pernah terkasar bahasa terlanjur kata sepanjang nana menulis di blog kesayangan nana ni..

So, how was your raya? :)

Nana raya ke 5 dah balik KL dah sebab nak fokus closing.. Raya pertama sampai ketiga nana beraya dengan keluarga mertua di KL-Sepang-Melaka.. Raya ketiga malam balik Taiping, sampai subuh raya keempat.. Then raya ke 5 dah balik KL :(

Jujur kata, memang lah belum puas beraya lagi.. Rasa macam sekejap sangat je spend time dengan family especially family nana lah..

But again, for me semua ni pengorbanan nana..

Nana tahu kalau nana dekat kampung ramai-ramai tu, nana akan payah sikit nak fokus.. Eventhough family nana memahami dan tak kisah nana duduk dalam bilik fokus closing, nana sendiri yang rasa tak sedap balik kampung tapi memerap dekat dalam bilik..

Then masa nak balik tu nana cakap baik-baik dekat mak abah..

Nana bagitahu yang nana kena balik KL sebab nak fokus closing.. Nana jenis yang kena fokus betul-betul sebab nana ada banyak urusan masa closing..

Mana dengan customer lagi.. Nak follow up downlines untuk bantu capai target lagi..

So nana mintak izin dan restu mak abah untuk balik KL..

Alhamdulillah sangat mak abah memahami..

Masa nak balik tu, sayu jugak lah rasa hati sebab boleh kata kejappp sangat-sangat nana dekat kampung..

But then nana pandang muka mak abah, pandang muka suami dan anak nana..

Nana cakap dalam hati,

"Hidup aku bukan untuk bergembira dan bersenang lenang.. Kalau aku tak kerja keras hari ini, macam mana aku nak senangkan keluarga aku? Macam mana aku nak tolong mak abah, nak bagi belanja banyak dekat mak abah so that diorang tak payah berniaga lagi.. Macam mana aku nak bahagiakan keluarga supaya dapat nikmati kesenangan di kemudian hari.. Aku tak boleh selfish"

Sometimes memang orang di sekeliling kita sendiri pun tak faham perjuangan kita..

Mereka nampak kita hidup senang dan nampak gembira.. Tanpa mereka tahu kerana pengorbanan kita yang macam-macam itulah baru kita dapat kesenangan hari ini..

Nana sendiri sedar, nana tidak lahir dengan luck.. Nana tidak bertuah macam orang lain yang boleh dapat apa yang mereka mahu senang lenang..

Nana ditakdirkan Allah perlu sentiasa work hard untuk dapatkan sesuatu and nana sendiri rela hati and happy untuk kerja keras sebab nana tahu Allah hitung setiap usaha dan kerja keras nana :)

Afterall, hidup bukan hanya untuk bergembira dan bersuka ria sahaja..

Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dalam hidup ni..

Alhamdulillah selesai sudah urusan closing nana dengan Spectacular untuk bulan JUN :)

Bersyukur sangat Allah masih kirimkan rezeki melimpah ruah buat kami di Spectacular..

Walaupun ramai yang sibuk beraya, tapi orders masih masuk menderuuuuu bukan je dekat nana tapi kat anak-anak buah Spectacular pun sama..

Honestly nana bangga sangat dengan semangat team nana..

Bangga sangat tengok perjuangan dan pengorbanan semua..

Nana selalu rasa bersyukur, bertuah dan bangga sebab Allah kurniakan nana teammate yang besar jiwa.. Yang selalu berjuang tanpa pernah mengalah..

Tahniah semua!

Mami bangga dengan semua :)

InshaAllah nana sangat yakin kita akan terus memecut dengan hebat dalam bulan JULAI dan seterusnya..

Kita sama-sama tingkatkan lagi prestasi dalam bisnes..

Teruskan kejar cita-cita dan impian..

Untuk anda yang nak bina kejayaan bersama dengan team kami, nana alu-alukan sangat penyertaan..

InshaAllah nana akan bantu dan guide sedaya upaya nana.. Untuk kita sama-sama berjaya dalam bisnes ini InshaAllah :)

Okey lah, sampai sini dulu..

Sebelum nana stop, nak share jugak lah dengan korang gambar-gambar raya kami tahun ni hehehe

Alhamdulillah raya tahun ni semakin meriah bila si kecik Adra Aurelia ni dah boleh berjalan hehhe

comelllll je dia berlari terkedek-kedek dengan baju peplum dia tu hahahha







Pagi raya di rumah mertua :)








Cukup korum, Alhamdulillah

Apapun, muka mami scary sangat tau.. Muka senyum, tangan pegang muka yaya suruh pandang kamera hahaha.. Tu pon mata tengok ke lain, sabor jela



Second raya di Melaka :)




I feel so glowinggg hehehe Penangan Shaklee Collagen Powder :-*


One happy family!


Third raya <3 p="">

Till then people!

Dah puas beraya, jangan lupa ganti puasa and puasa 6 yeee! hehe

Assalamualaikum wbt

______________________________





Untuk dapatkan sebarang rangkaian produk Shaklee sama ada supplement ataupun skincare Nutriwhite, boleh lah hubungi nana

Nana Macarona
013-3039242

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...