MENGIDAM SEJAK MENGANDUNG, ANAK NAK MASUK SETAHUN BARU DAPAT 😂
Serious, memang nana mengidam nak makan Shell Out ni sejak mengandung lagi.. Ingat lagi masa pregnantkan si yaya, punya lah tak lalu nak makan ayam n daging.. Tapi suka sangat makan seafood..
Walhal, sebelum sebelum tu nana memang tak berapa suka seafood.. Ketam ke udang ke memang nana kureng sikit..
Masa pregant dulu, boleh kata hari-hari nana bukak youtube tengok video orang makan seafood..
Tambah-tambah kalau dapat video orang korea, memang menitik air liur kak nana tap tap tappp tauu 😂 Depa kalau makan, bersungguh betoi.. Buat kita rasa macam la la tuuu jugak nak pi cari..
Tapi entah macam mana, tak pergi2 pon shell out dari dulu lagi..
Ajak adik ipar pon asyik tak jadi..
Ajak suami pun asyik tak jadi..
Sampai lah maghrib tadi.. Tiba2 teringin nak makan..
And masa tu rasa macam, ish tak boleh jadi ni.. Kena buat sampai JADI jugak..
Kalau setakat dok google sampai pukul 10 malam, memang alamat takkan jadi lah rancangan aku..
So nana pun terus lah call no yang ada kat internet tu.. Terus call for booking..
Pukul 8.45pm camtu, kami 3 beranak pun sampai lah ke Shell Out Kota Damansara.. Kemain jauh nak makan pun.. Demi melunaskan mengidam aku yang dah very the overdue ni ha.. Anak dah nak masuk setahun baru dapat oi 😝
Then masa nak pilih menu tu, serious macam blur.. Eh macam mana nak pilih ni?
Then baru perasan, rupanya ada combo..
So kami pun pilih combo A sebab nak makan ketam.. Sesuai untuk 2-3pax..
Then kami add on scallop 250gm..
Mintak sos yang paling pedas pedepowww punya..
Sampai-sampai, makan dia punya sweet potato fries dulu.. Oi sedapnya.. Rasa macam esok nak pi cari kat pasar tani je balik goreng sendiri 😂
Then mula lah aktiviti "bertukang" laki bini..
At first rasa macam banyaknyaaa.. Habis ke makan semua ni kang? 😱
Eceh. Tak payah nak bajet lah nana and daus oi.. Satu dunia tahu hampa laki bini kuat makan 😝
And yeah.. Setel semuanya tanpa tinggalkan sisa sedikit pun melainkan hanya kulit-kulit ketam, udang dan lala hahaha
Dasyat sungguh kami laki bini ni noh 😅
Sambil makan tu sambil dok suap la mek yaya ni makan sekali.. Tapi dia makan bekal dia la yang nana bawak dari rumah..
Bila dah nak balik tu, kami nak angkat lah yaya dari baby chair dia..
Sekaliiiii.. tudia aih.. Banjirrrr 😂😂
Patut lah dia dok senyappp ja tadi.. Heran mami awat anak mami behave sangat malam ni..
Rupanya dalam diam-diam dia buat "kerja" sendiri 😂
Kami pon bawak lah pergi tukar apa semua dekat toilet.. Mujur lah bawak pampers dia siap2 dalam beg..
Cuma baju and seluar memang tak de bawak spare..
So jadinya, cenggitu jela anak mami terkontang kanting dengan pampersnya aje sampai lah ke kereta.. 😆
Kat kereta mujur laaaa ada baju and seluar spare siap2 dalam tu.. Phewww. Kalau tak dah satu hal nak balik rumah pakai cenggitu je..
So Alhamdulillah, malam ni tercapai lah hajat mami setelah sekian lama..
Mengidam punya lama, sampai anak nak masuk setahun baru dapat 😂
Rate mami bagi untuk Shell Out?
3.5/5 bintang..
Mana pergi 1.5 bintang?
Mami tolak markah sebab HARGA dia 😡
Sebab rasanya boleh dapat yang lagi okey harga and lagi sedap kat tempat lain hihi
Tapi bab rasa dia, memang mami puas hati laa.. Sedappp 😘 Puas mengetuk ketam besar tu dengan tukul hahaha
Sekian sahaja review nana malam ni..
Hampa-hampa yang nak cuba silakan yaa.. 🤗z