Thursday, July 9, 2015

My Pregnancy Journey - Second Trimester

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sedar tak sedar sekarang ni kandungan sudah pun mencecah 15 weeks.. :) Seriously memang tak sedar pun.. Agaknya sebab busy dengan kehidupan.. Apa pun, syukur Alhamdulillah for everything..

Memasuki second trimester ni nana rasa okey lah.. Part morning sickness tu rasa macam sama je dengan first trimester dulu.. Tak teruk sangat Alhamdulillah.. Or sebenarnya kategori teruk tapi diri sendiri yang rasa tak teruk, tak tahu lah kan hehe

Sebabnya dalam family nana, adik beradik memang jenis takde morning sickness.. Nana sendiri pun tak sure morning sickness tu macam mana sebenarnya.. Yang nana tahu, kadang-kadang lepas subuh nana akan muntah sebab rasa nak muntah.. Then kadang-kadang muntah malam sebelum tidur.. Kadang-kadang muntah masa lewat petang.. Tapi so far sepanjang hari rasa sihat je.. Tak lembik.. Tak sakit kepala dan tak lemau Alhamdulillah..

Dan nana tanya pendapat ramai orang, ramai yang cakap mungkin nana memang ada morning sickness jugak, cumanya pengambilan supplement yang buat badan rasa kuat dan tak terasa pun morning sickness tu melainkan muntah.. hehe

Ontahhh.. Layan jelah kan.. Sebab first time, so memang blur lah sikit..

Apa pun, syukur lah nana masih mampu buat kerja harian seperti biasa.. Masih mampu layan customer.. Masih mampu coaching anak-anak didik Spectacular.. Dan masih mampu memasak untuk suami kadang-kadang kalau mood rajin datang :D

Part pregnancy yang pelikpelik tu nana rasa takde sangat.. Kan ada orang cerita, ada orang yang jenis bila pregnant tak suka pakai sabun masa mandi, tak suka bau suami, tak suka itu ini..

Nana so far Alhamdulillah tak pernah lagi tak suka bau suami.. Makin menempel ada lah hahha.. Bermanja before baby keluar katanya :D

Cuma yang pelik sikit hanyalah, nana sekarang kurang selera makan.. Sampai orang tegur nampak kurus betul sekarang :( Mujur lah ada supplement Shaklee so i know that my baby dapat nutrition cukup InshaAllah.. Nana memang tak berapa gemar daging-daging sekarang ni..Ayam paling takleh masuk tekak.. Daging pun sama.. Ikan certain2 je yang boleh lepas tekak..

Andddd ha! Ada satu perangai pelik sepanjang pregnant ni.. TAK SUKA PASANG LAMPU.. hahah seriously tak suka duduk dalam tempat terang-terang.. Tak kisah la lampu ke cahaya matahari ke.. Rasa macam rimassss dan panassss sangat..

Kalau boleh nak duduk dalam gelap sentiasa.. hehe

Waktu bulan puasa ni pulak, memang rasa badan macam tak cukup makan sebab dah lah puasa, then selera pulak tak berapa ada kan.. Tapi Alhamdulillah, nana dapat rasa badan sangat sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan waktu berpuasa ni.. Syukur Alhamdulillah :)

Antara supplement yang nana amek sepanjang pregnancy ni ialah Set Lengkap Kehamilan


Alhamdulillah memang badan rasa kuat dan segar even kalau ikutkan nana kurang makan sekarang ni.. Antara yang ada dalam set ni ialah

ESP
Membantu membekalkan protein untuk pembinaan tisu bayi. Selain daripada menguatkan rahim untuk menampung bayi yang semakin membesar. ESP juga membantu membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari..

Memang rasa kenyang dan bertenaga je if amek ESP ni tau.. Especially sekarang ni bulan puasa kan.. Tahan puasa sampai petang..

Vitalea
Membantu membekalkan Iron dan multivitamin yang lengkap untuk kesihatan badan dan bayi.
Iron penting untuk membantu mengelakkan gejala HB LOW dan PITAM.. Vitalea juga membantu memberi tenaga tambahan pada nana untuk bantu nana sihat dan bertenaga sepanjang hari..

B-Complex
B Complex mmebantu bekalkan Vitamin B yg lengkap kepada bayi termasuklah Asid Folik. Honestly sepanjang mengandung nana tak amek asid folik yang hospital bagi.. Nana betul2 amek B Complex Shaklee sahaja sebab nana lebih yakin amek supplement Shaklee yg nana yakin sangat natural dan selamat..

Vitamin C
Vitamin C sgt membantu tingkatkan imun system. sebab bila hamil, imun system akan automatically jadi rendah, mudah kena demam dan penyakit.. Alhamdulillah nana belum pernah kena demam sepanjang hamil :)

Ostematrix
Fav product nana ever! Bekalkan kalsium secukupnya untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran baby.. Alhamdulillah jugak, bila amalkan amek ostematrix sepanjang hamil, nana belum pernah lagi terjaga malam dek kerana 'simpul biawak' dan sakit2 badan pun kurang Alhamdulillah.. Pembuangan pun lancar setiap pagi.. Ni yg paling syok! hehe

Omega Guard
Sangat penting untuk perkembangan otak bayi sebab mengandungi DHA & EPA.. Tapi nana baru2 je start makan sejak enter 2nd trimester ni.. Sebb 1st trimester tak digalakkan amek Omega Guard tau.. And lagi satu, sejak amek Omega Guard ni, batuk nana dah mula kurang sesangat.. Sebab nana alami batuk agak lama sebenarnya sepanjang pregnant ni.. Bukan sebab sakit tekak ke apa.. Tapi kata doktor sebab gas yg meruap dari ulu hati.. Sindrom normal para ibu mengandung sebenarnya.. And amek Omega Guard ni memang kurang sesangat dah batuk Alhamdulillah

Selain daripada supplement basic dekat atas ni, nana pun ada amek beberapa supplement lain macam Performance Drink + Garlic Complex + Peppermint Ginger jugak..


Performance Drink
Apa nana suka pasal minuman ni ialah, sangat lah membantu nana untuk tidak dehydrated sepanjang puasa ni.. ALhamdulillah rasa bertenaga dan segar je puasa bila sahur dan berbuka dengan PD ni.. And actually sejak mengandung, memang minuman ni jadi pengganti air masak dah bagi nana.. Sepanjang masa minum PD.. Memang bestttttttt sangat! Sedap dan segar. Dahaga pun kurang.. Dan nana perasan, kalau minum PD sebelum tidur, malam nana akan kurang bangun untuk buang air.. Kalau minum air masak biasa, kejap2 selang 5 minit bangun buang air.. Sabo jela hehe


Peppermint Ginger
Ni kalau amek masa perut tengah berangin memang sedap. Angin keluar pun berpusu2 je hehe.. Nana selalu amek bila nana rasa badan banyak angin. And memang sangat membantu lah. Ringan je badan bila angin-angin tak diperlukan tu keluar hehe


Garlic Complex
Punnn fav nana sepamjang hamil ni even tak pernah tinggal sekali pun.. Best jugak untuk keluarkan angin.. Plus sangat bagus if ada problem jerawat ke ape dekat muka.. Part jerawat ni nanti nana cerita dekat entry lain yee 

****

So ini lah cerita pregnancy nana.. Nana tak cakap takde cabaran langsung, tapi nana percaya ini lah yang perlu nana hadapi dan wanita-wanita lain hadapi jugak :)
Nak jadi ibu bukan mudah.. Allah nak ajar kita jadi Ibu yang hebat melalui dugaan-dugaan semasa hamil InshaAllah..

Buat yang alami morning sickness, nana cadangkan amek lah set kehamilan Shaklee ni.. InshaAllah membantu sangat :)

So sampai sini dulu nana membebel harini.. Tak lama lagi nak raya dah.. Nanti lah tunggu nak dekat2 raya baru kita buat entry mintak maap ye heheh

Till then, Assalamualaikum wbt





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...