Tuesday, April 21, 2015

The Secret Life of Working at Home Wife

Assalamualaikum wbt..

Cewah tajuk, macam good-good je kan? hahaha

Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun 7 bulan nana bergelar seorang isteri, dan juga 2 tahun 7 bulan bergelar Work at Home Wife.. :) Something yang nana sendiri tak pernah jangkakan satu masa dahulu.. Sebab sejak dari kecik nana selalu berangan-angan nanti dah dewasa nak kerja ofis..

Pergi ofis pakai cantik-cantik.. Bawak briefcase.. Pakai kasut tumit tinggi.. And ada masa-masa pergi lawat site.. Pakai safety helmet sambil bukak pelan..

Kahkahkah..

Ternyata realiti tak seindah mimpi :D

Masuk je alam pekerjaan, segala impian masa kecil nana seakan musnah.. Nana tak pasti silapnya di mana, tetapi nana tidak enjoy kerja ofis.. Nana baru sedar bahawa nana mungkin salah seorang daripada ribuan manusia yang mengimpikan FREEDOM.. Nana tidak happy diarah itu dan ini, terutamanya yang bukan kerja nana.. Nana tak happy bila terpaksa pulang kerja lewat malam baru sampai rumah sedangkan keluar rumah sejak awal pagi..

Ibarat kata langsung tak jumpa matahari.. Keluar masa matahari tak muncul lagi, balik masa matahari dah tenggelam.. Bukan hendak komplen ataupun tidak bersyukur.. But yeah, semua orang ada perakara yang mereka suka dan tidak suka kan? :) Begitu juga nana.. Dan bila nana ada something yang nana tidak suka, which is KERJA OFIS aka KERJA MAKAN GAJI, nana perlu buat sesuatu untuk atasi perasaan ini..

Sangat lah tak best kalau kita buat apa yang kita tak suka.. Sangat tak enjoy kalau kita paksa diri untuk buat rutin yang sama setiap hari walaupun kita tak happy dengan rutin tersebut..

Dan Alhamdulillah, nana bersyukur dengan jalan hidup yang telah Allah tulis buat nana..

Bakat meniaga yang Allah beri disertai pengalaman hidup yang agak sukar di waktu belajar dahulu sangat beri nana pengalaman dan pengajaran untuk menjadi seorang ENTREPRENEUR :) Iaitu usahawan..

Bermula dengan sekadar berkongsi khasiat supplement Shaklee, nana mula berjaya mengembangkan empayar nana di dalam bisnes ini melalui perkongsian-perkongsian dari hati.. Dan ramai yang tertarik untuk menjadi anak didik nana kerana ingin belajar kualiti sebenar seorang USAHAWAN..

Berniaga semua orang boleh berniaga.. Tetapi usahawan is something different.. Dan Alhamdulillah atas kepercayaan anak-anak didik Spectacular nana, nana kongsikan segala ilmu, tips dan segala pengalaman nana sepanjang bergelar usahawan.. Lebih buat nana bertambah bersemangat ialah, kejayaan menyentuh kehidupan manusia :)

Eh, melalut pulak.. Kata nak cerita pasal work at home wife kan.. Termasuk pulak pasal bisnes shaklee heheh.. Apa nak buat, bisnes shaklee ni memang sebahagian daripada kehidupan nana pun :) Dan nana bekerja di rumah juga dengan menjalankan sepenuhnya perniagaan shaklee nana..

Yang lagi best ialah bila suami nana turut sama berbisnes dari rumah bersama-sama dengan nana Alhamdulillah..

Pernah ada yang mempersoalkan mengapa kami memilih untuk bekerja sendiri yang tinggi risikonya.. Tapi cuma satu je yang nana nak tanyakan, apakah kerja makan gaji itu langsung tiada risikonya? :)

Kerja makan gaji pun tetap ada risikonya, risiko dibuang kerja dan sebagainya..

Well, hidup ini memang penuh dengan risiko dan tanda tanya pun.. Yang mana selagi kita tak cuba kita tidak akan tahu..
Cuma bagi nana bila bekerja sendiri nana seakan mencabar keupayaan diri nana..

Semakin kita terasa terancam, semakin kita akan buat sungguh-sungguh dan terbaik di dalam hidup kita kerana kita sendiri yang memilih untuk keluar dari ZON SELESA :)

Cuma satu pesan nana, andai anda memilih untuk WORK AT HOME, pastikan DISIPLIN menjadi asas utama.. Sebab ramai di sekeliling nana yang nana lihat memilih untuk bekerja di rumah sambil menjaga keluarga dan anak-anak sendiri, end up tidak berjaya pun di dalam bisnes kerana TIDAK BERDISIPLIN dan terleka dengan kehidupan sebagai suri rumah tangga..

Satu yang perlu anda ingat ialah, walaupun anda bekerja sendiri di rumah, bukan bermaksud anda duduk rumah tak buat apa-apa untuk bisnes dan duit akan keep masuk tanpa perlu anda berbuat apa-apa.. Ini adalah SANGAT SALAH..

Walaupun bekerja sendiri, disiplin kerja harus sama seperti kerja ofis.. Perlu masuk ofis di awal pagi, perlu siapkan sendiri timetable anda dan wajib follow!

Dan sebenarnya bekerja sendiri di rumah adalah lebih besar cabarannya dan lebih busy kerana anda perlu melakukan 2 kerja dalam satu masa.. Tapi bagi nana, ianya tidak akan menjadi masalah seandainya anda buat JADUAL HARIAN dan stick to that dengan sangat DISIPLIN!

Harus pandai bahagikan masa..

Dan andai benar anda hendak bergelar SURI RUMAH DENGAN INCOME 5-6 ANGKA, please, jangan buang masa anda dengan perkara2 tidak berfaedah selain kerja/bisnes ataupun kerja rumah anda..

BIG NO to tengok tv!
BIG NO to gosip2!
BIG NO to tidur siang!

Ingat, anda bukan surirumah biasa.. Anda ialah WORK AT HOME WIFE / WORK AT HOME MOM..

Sebab ramai nana lihat tidak berjaya selepas decide untuk bekerja sendiri dari rumah bila tiada disiplin dan banyak membazirkan masa..

So di sini nana nak kongsikan sedikit jadual harian nana yang nana akui bukanlah perfect sebagai seorang surirumah, tetapi mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang berhajat ingin menjadi work at home mom/wife dengan income 5-6 angka seperti nana..

PAGI

-Setelkan kerja rumah sedikit dan terus masuk home office untuk buat kerja bisnes. Home office ni tak semestinya kena proper pun, asalkan ada meja dan kerusi yang selesa cukup lah. JANGAN buat kerja atas katil, karang ke lain jadinya..

TENGAH HARI

-Selalunya akan keluar bersama suami sama ada ke post office/shaklee.. Kalau suami sahaja yang keluar, nana akan duduk rumah siapkan kerja lain..

PETANG

-Selalunya waktu petang nana rehatkan diri sebentar dengan mengaji/baca buku motivasi.. Petang2 tak sesuai nak buat kerja bagi nana. So rest sekejap

LEWAT PETANG

-Masak untuk suami. Nana selalunya masak sehari sekali je, iaitu untuk dinner. Kadang-kadang ada jugak masa tengah hari especially waktu cuti.. Part ni terpulang lah nak ikot ke tak ye hehe.. Nana tahu ramai suka memasak, cuma kalau boleh siang tu masak simple2 jelah supaya tak habis banyak masa dekat situ.. Mujurlah ada suami yang tak cerewet Alhamdulillah

MALAM

-Masuk ofis balik untuk setelkan order customer/daftar ahli baru dan kalau ada kelas coaching dengan anak-anak didik

Dan ada satu lagi tips yang nana nak kongsi untuk mereka yang nak berjaya bekerja dari rumah.. TIDO AWAL melainkan ada kerja nak buat atau nak qiamulail atau tahajjud.. Bila tidur awal, kita mudah nak bangun tahajjud dan bangun awal..

Perkara ni pun nana masih sedang cuba nak disiplinkan diri sebab sebenarnya memang dah terbiasa tidur lewat setiap hari.. Hehe.. So jim kita sama-sama disiplinkan diri ya!

Tapi buat yang masih awal buat bisnes tu, normal sebenarnya kalau tak cukup tidur.. Nana dulu pun memang selalu tak cukup tidur.. Kalau terlebih tidur, ha itu bahaya!
Especially kepada yang ada anak kecik tu, mungkin malam lah masa yang anda kena ambil untuk uruskan bisnes kan?

So, jadikan push factor supaya cepat2 berjaya supaya cepat2 boleh dapat tidur yang berkualiti hehe

Sekian bebelan nana di pagi hari ni.. Sekadar berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan nana bergelar WORK AT HOME WIFE dan tak sabar nak merasa pengalaman bergelar WORK AT HOME MOM pula.. Aminnn :) Sudah pasti lebih besar cabarannya.. Tapi InshaAllah, nana nak cabar diri sebab nana percaya nana mampu buat!

Till then people!

Assalamualaikum wbt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...