Hari ni nana nak bercerita mengenai Mak nana.. Mak bernama Maznah Bt Arshad.. Berusia 56 tahun.. Mak bagi nana adalah seorang wanita dan ibu yang sangat kuat.. Mak lahirkan dan besarkan 7 orang anak dengan sangat sempurna..
Teringat masa zaman kecik-kecik waktu kami semua kecik-kecik.. Mak sanggup buat apa je untuk pastikan kami adik beradik cukup keperluan.. Abah pun sama.. Tapi untuk Abah tunggu entry lain ya :)
Bagi Nana, Mak sangat hebat.. Mak hebat uruskan urusan rumahtangga.. Mak sangat hebat sebagai seorang isteri dalam menjaga suaminya.. Sampai kadang kala nana rasa 'macam mana mak boleh buat semua ni?' Nana sendiri tak sure mampu atau tidak menjadi ibu dan isteri sebaik Mak..
Tapi semakin Mak berusia, Mak mula ada beberapa penyakit.. Bermula dengan Darah Tinggi.. Mak kerap pening kepala.. Mak kerap rasa nak pitam.. Kesian sangat dekat Mak.. Mak bergantung pada ubat hospital untuk elokkan tekanan darah tinggi yang Mak hadapi..
Sampai lah sewaktu nana berusia 18-19 tahun.. Ketika tu nana di Kolej Matrikulasi Perak.. Nana ingat lagi masa tu tengah tidur petang lepas balik kelas.. Memang fav tuh kalau dapat tido petang lepas balik kelas hehe.. Then tengah sedap nana tido, nana dapat call.. Tengok no di skrin, panggilan dari 'Kakni' iaitu kakak nana no 4..
'Na, Mak masuk hospital tau.. Mak kena tahan wad sebab doktor cakap Mak ada sakit jantung'
Allah.. Allah.. Allah
Nak gugur jantung nana ketika tu :( Rase nak terbang balik ke Taiping waktu tu jugak..
Waktu tu nana hampir nak dekat dengan exam pertengahan semester rasanya.. Nana pun dah tak ingat.. Tapi waktu tu memang dah dekat nak exam la.. Disebabkan waktu tu weekdays, so nana tak boleh balik sebarangan.. Nana perlu mintak kebenaran daripada Ketua Pengarah Kolej..
Nana pun bertemankan kawan, Ira, pergila ke bilik Ketua Pengarah nak mohon pelepasan cuti balik tengok mak.. Tapi sedihnya, pengarah tak bagi nana balik sebab exam nak dekat sangat.. Nana menangis-nangis depan beliau pun, beliau tetap dengan keputusannya "NO"
Masa tu rasa, Ya Allah kenapa kejam sangat pengarah ni.. Dia takde Mak ke, takkan tak boleh faham.. Macam mana nak jawab exam kalau hati tak tenang teringat Mak :(
Tiba-tiba telefon nana berbunyi, tengok kat skrin, "Abah".. Ya Allah nervousnya nak angkat..
"Na, Mak kena bawak pergi IJN tau malam ni"
Terus meraung nana kat situ jugak sambil cakap "Ya Allah puan, Mak saya dah nak kena bawak pergi IJN dah ni. Takkan puan nak tahan saya lagi? tolong la kesian kt saya puan, saya merayu"
Meraung-raung dah nana masa tu dalam bilik pengarah :'(
Finally, "Baiklah, saya benarkan.. Tapi 3 hari je tau.. Lepas tu kena balik kolej balik.. Exam nak dekat"
Maka petang tu jugak nana pun balik ke Taiping naik bas and terus pergi hospital tengok Mak..
Mujurlah keadaan Mak akhirnya semakin stabil.. Tak boleh ingat kenangan waktu tu.. Rasa takut yang teramat sangat.. Tak mampu nak bayangkan kalau ada perkara buruk terjadi pada Mak.. Buat nana rasa insaf dan taknak dah melawan cakap Mak..
Sehingga kini, Mak masih ambil ubat doktor untuk masalah Darah Tinggi and Jantung beliau.. Mak terpaksa berjaga-jaga bimbang serangan terjadi kembali..
Tapi kini, Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas nana beri mak makan Omega Guard + Vivix, Mak mengaku yang kesihatan Mak semakin baik..
1) Jantung Mak tidak lagi berdenyut dengan kuat sehingga Mak rasa sesak dada
2) Mak jarang pening kepada akibat Darah Tinggi
3) Mak semakin bertenaga dan tidak mudah penat walaupun Mak pernah ada Athma
Alhamdulillah.. Syukur yang teramat sangat :')
Semoga Mak kekal sihat dan bertenaga sampai bila-bila.. Moga Allah panjangkan umur Mak dan beri kesihatan yang baik dan berpanjangan InshaAllah..
Di bawah ini nana kongsikan video Mak yang comel! hehe.. Saje interview Mak apa perubahan ke atas diri beliau selepas ambil Omega Guard..
Sesiapa yang mempunyai Ibu atau Ayah yang alami masalah sama macam Mak nana, jangan tunggu lagi.. Jom dapatkan supplement yang terbaik daripada Shaklee buat mereka..
Ingat, duit boleh dicari.. Tapi ibu dan ayah ada satu sahaja di dunia ini tiada ganti..
Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah InshaAllah :)
Facebook : Nana Macarona
Instagram : @nanamacarona
No Telefon : 013-3039242