Wednesday, August 27, 2014

My Travel Diary : Percutian ke US Part 1

Assalamualaikum wbt

Di saat ni Jetlag masih bersisa.. Siang rasa mengantuk dan malam pula berjaga hehe.. InshaAllah tak lama lagi akan back to normal :)

Well, as semua orang tahu, nana baru jejakkan kaki semula ke Malaysia pada hari Sabtu tempoh hari setelah hampir 12 hari berada di luar negara untuk sertai trip percutian tajaan Shaklee.. Even baru 12 hari tapi rasa macam lamaaaaa sangat kami kat sana.. Seronok dan rasa bertuah sampai tak terkata Alhamdulillah :')

Kuala Lumpur-Singapore-Narita, Japan-LA.. After hampir 24jam dalam flight, finally kami sampai jugak ke International Airport Los Angeles! Excited dan tak sabar nak explore LA, California :)

Los Angeles International Airport

Ketika transit di Narita Airport, Japan

muka busuk satu hari suntuk dalam flight hehe

Sesampainya di hotel, lepas rehat sebenatar dan tukar baju, petang tu aktiviti kami ialah free and easy.. Sementara menanti lagi 2 kumpulan, iaitu China Airlines and Cathay Pasific Airlines untuk sampai.. Oh ya, lupa nak bagitahu, kami dari group Singapore Airlines :)


Paling sukaaaaa sangat gambar nih..


Infront of our hotel.. Hilton hotel Long Beach




Honeymoon katanya heeee



With Master Herny and Master Imah.. Kat Malaysia kami fokus kerja, kat sini baru berpeluang bersosial hehe


Master Daus and Master Hafis. Tulang belakang paling hensem buat isteri-isteri mereka wiwi



Sukaaaaa pelok anak Master Imah hehe.. Rindu!



Jalan punya jalan, lapar pulak rasa.. Husband nana pun cari mana-mana restoran halal area Long Beach and kitorang amek teksi ke sana.. So dinner kami malam tu ialah di KABOOB CURRY RESTAURANT.. Kat hotel dapat dah makan, tapi biasa lah perot melayu.. Mesti nak cari nasik jugak hehe



Muka gembira dapat nasik ka sebab dapat WIFI? :D


Kantoi makan banyak hahah! Dalam pinggan dah penuh nasik pun sempat lagi cedok pinggan orang :-P


Love this pic! TQ hubby! Tu untungnya ada suami photographer.. Gambar dijamin yang thorbaikkkkk


Pasangan pengantin baru hehehe :D

Lepas setel makan, kami berjalan kaki je balik hotel sebab nak nikmati pemandangan malam di Long Beach.. And cuaca malam tu dingin nyaman.. Bestttttt 

Sampai hotel, lepak dulu dekat lobby borak-borak gosip gosip sambil menunggu kawan-kawan kami daripada China Airlines and Cathay Pasific Airlines untuk sampai.. Sambil berborak rupanya ada paparazzi yang curi-curi ambil gambar.. Feeling artist okey haha





tadaaaaa.. Geng Cathay Pasific Airlines dah sampai! :) 




Dari kiri, Master Herny, Master Nana, Master Lyana Mansor, Master Imah, Master Ruziah dan Master Ani

Di Malaysia kami peneraju kepada empayar masing-masing.. Kami all out dan fokus demi memastikan kejayaan organisasi kami.. Tak sempat pun nak jumpa dan berkumpul macam ni.. Tapi kat sini kami REWARD DIRI kami dengan bercuti bersungguh-sungguh.. Kami ambil peluang ni untuk lebih mengenali.. Dan sesungguhnya 10 hari percutian di LA menjadikan ukhuwah antara kami bertambah erat Alhamdulillah :)



Keesokan harinya, kami dikehendaki untuk menghadiri Shaklee Global Conference yang dijalankan tidak jauh dari hotel tempat kami menginap.. Tapi still kena ambil bas untuk ke sana.. Terngiang-ngiang suara Tourist Guide kami, Darren memanggil kami untuk segera naik ke atas bas haha


Master Lydzar yang manis berseri :)


Aunty Nora! Selalu berkepit dengan aunty nora dekat sana.. Rasa macam mak sendiri :) Aunty Nora ni Ibu kepada Master Amir Marzuki.. Master Nad tak ikut, so Master Amir datang dengan Ibunya je.. 



Jejaka2 idaman malaya.. Yeke? :D



With Master Izati dan Ibu kepada Master Hafsah


Kami bangga mengibar jalur gemilang di arena antarabangsa!



geng-geng Shaklee2U under PM Iffah Anuar :)




3 orang nih dah macam kembar kat sana.. Berkepit memanjang.. Hat 2 lagi tu takpela isteri memasing jauh.. Hat sorang lagi tuu.. Amboiiiii.. Bajet single ka? Cubit baru tau! haha


Aunty Nora and Master amir


Jutawan-jutawan Muslimah.. Aminnn


My kakak
My Mentor
Tq PMIA for everything! Love u lillah


Master Cik Jan yang kusayang! sama-sama naik Master dengan nana pada bulan yang sama :)



Master Puteri.. Selalu impressed dengan english edukesyen beliau hehe


kejeloba kejelobu tuai padi tigo tangkai!

Jangan memainnnn.. Bendera NOGORI ke AMERIKA uolls!

Master Rabihah dan suami



Roger Barnett.. CEO Shaklee Corporation 
Yang kaya dan baik hati
Tapi ramai yang dengki serta iri hati
Islam tak ajar kita berburuk sangka tanpa bukti kan? :)



Bangga dan terharu melihat jutawan-jutawan daripada Malaysia mengibar bendera Malaysia di pentas dunia! Allahuakbar!

Hari pertama ni kami hadir sebagai penontot sahaja.. Tiada awards yang diterima pada hari ini.. Tapi semangat dan getaran di dada sudah cukup kuat serta penuh dengan rasa bangga.. Melihat bendera Malaysia dikibar di atas pentas Antarabangsa.. Dan sewaktu Roger Barnett menyebut tentang Malaysia, satu auditorium bangun menundukkan kepala serta tanda kagum dan hormat dengan pencapaian kita..

And suka nana nak berkongsi, Shaklee Malaysia adalah antara yang TERBAIK sekali berbanding dengan negara lain.. :)

InShaAllah nana akan sambung lagi di entry yang seterusnya apa soalan-soalan serta pengalaman nana bertemu dengan masyarakat tempatan di sana.. Serta reaksi mereka terhadap kejayaan kita sebagai negara ISLAM yang sebelum ini tidak dikenali, namun kini menjadi sebutan oleh masyarakat antarabangsa :)

Stay tuneedddddd!

have a good day!

Till then, Assalamualaikum wbt..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...