Alkisahnya..kitorang suami isteri plan nak pergi bercuti-cuti malaysia sejak 2 minggu lepas lagi, tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. So, nak dijadikan cerita minggu lepas kitorang saje la survey-survey tempat bercuti yang tak jauh sangat dari KL..Malas nk travel jauh sangat sebab kesian husband penat nak kerja isnin nanti kan. Plannya nak bercuti sama ada Melaka takpon PD je..
Survey punya survey, last-last kami decide nak stay dekat PD je. Percutian dalam hotel je..hee. Asalnya nak check in hari Sabtu je, tapi bila husband nak buat booking rupanya untuk hari sabtu dah fully booked. So husband pon terpaksa amek cuti hari Jumaat, maka kitorang pon terpaksa rearrange balik plan. Jumaat dekat PD, Sabtu pergi Melaka. Yahoo!
Tempat yang dituju, Grand Lexis Port Dickson :)
Sampai-sampai je terus terkam pergi tengok pool dulu. Gelojoh!
Mini kitchen..
Keadaan bilik sebelum disepahkan hehe. 2 queen bed
Kalau tak silap, husband book bilik kecik je, deluxe pool villa. Sebab duduk dua orang je kan. Tapi masuk2 bilik rupanya booking kitorang dah diupgradekan kepada 'premium pool villa'..Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak :D
Private pool! Fyi, setiap bilik dekat hotel ni ada disediakan private pool. Sesuai untuk mereka yg dah berkeluarga and inginkan privacy :)
Side table. Husband berminat betol dengan meja ni..hehe
Lepas solat, berenang ala-ala ikan duyung dan rehat, dalam pukul 5 lebih camtu kitorang keluar jalan jalan cari makan pulak.
Hotel lobby :)
Tak ado kojo. Naik lif nak ke tempat parking
View hotel dari tempat parking
Yang sebelah kiri tu ialah Lexis. Adik beradik dengan Grand Lexis, bilik above the sea tapi tak ada private pool..
Malam tu kitorang dinner dekat Restoran Seri Mesra yang terletak di Teluk Kemang. Kitorang dapat Idea nak makan kat sini dapat lepas baca review dekat google..Alhamdulillah foods tak mengecewakan langsung. Sedappp..:)
Before and after haha.untuk 2 orang je tapi gaya macam 5 orang makan :D
Jalan jalan cari souvenir tapi last last satu pon tak beli hehe
Lepak tepi pantai di malam hari adalah cool tapi sedikit bahaya. Oleh itu mari segera pulang ke hotel!
Dua-dua pon gila kamera, nasib la :D
On the next day..
In front of our room, 2065 :)
Muka keliru tak tahu nak makan yg mana dulu..hehe
Makanan isteri vs makanan suami..So dah paham kn sekarang kenapa dia begitu dan saya begini??? HAHHA
Untuk hotel Grand Lexis ni, nana bagi 5 stars. Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan percutian dalam hotel yg super selesa especially sebab ade private pool kan :) Rate die bagi nana agak tinggi. Stay satu malam boleh la..kalau lebih dari tu baik pegi Sabah takpon Bandung je kan :D
Lepas check out, kitorang pon terus gerak ke Melaka..
Ermm..ermmm..ermmm...To be continued.......
:D
Till then, Assalamualaikum