Wednesday, June 13, 2012

Makeup Tunang Syahda

Assalamualaikum w.b.t

Makeup untuk syahda si gadis comel ni dekat Bangi..
Tarikh dah tak ingat sebab dah lame hehe

Tak sempat nak bebel-bebel, jom layan gambar je

 before

after




Congrats syahda on your engagement..Thanks for hiring me! ^^

Till then, daa!

Sunday, June 10, 2012

Tips untuk B2B

Hello Assalamualaikum..

Sekarang ni, rata-rata orang di sekeliling nana ramai yang sudah melangkah ke gerbang perkahwinan..Kawan2 pon makin ramai yang dah tak single..Al-maklum lah semua dah habis belajar dah kerja..Pulak tu dah jumpa pilihan hati..Tunggu ape lagi ye tak?Alhamdulillah..Nana tumpang happy dan bersyukur :) Tahniah nana ucapkan kepada semua kawan2 yang sudah berkahwin :)

Pada kali ini nana nak cuba berkongsi pendapat peribadi nana untuk bakal2 pengantin atau lebih glemer lagi dipanggil B2B tentang YA dan TIDAK untuk majlis perkahwinan anda..


Antara YA untuk majlis anda :-


1. Warna-warna yang tengah IN untuk majlis perkahwinan pada musim ini ialah



pink fuschia


Gabungan pink turquoise


Tiffany Blue


purple 

And yang paling latest skali

Hijau Emerald

2. Anda sudah boleh melupakan trend kasut tiga segi yang ade jahit labuci2 kat depan tu.. Apa kata cuba 
    menggayakan kasut seperti INI




Katakan TIDAK kepada ini


Tapi ape2 pon gaya kasut macam ni stilll boleh diaplikasikan sekiranya pengantin mengenakan busana seperti songket n yang ala2 melayu klasik gituu

3. Terdapat segelintir pengantin yang suke untuk DIY majlis perkahwinan sendiri..Tak salah ye kawan2..Malah kita akan berasa sangat puas hati kalau dapat buat majlis sendiri dengan idea+kudrat+ape2 jela yang diusahakan sendiri..Sebagai contohnya, pengantin yang spesis2 kreatif yang suke sangat DIY sampaikan pelamin pon nak pasang sendiri, hantaran nak gubah sendiri, manik2 kat baju nikah pon nak jahit sendiri, cenderahati nak bagi kawan2 rapat pon nak buat sendiri..(ehemm I terasa Uollss.kecik hati dengan diri sendiri) Sesungguhnya benda macam ni bagussss sangat! 1st kepuasan yang di tahap maksima. 2nd, jimat pon jimat..Takyah nak upah org buat semua tu..

TAPI nana nak ingatkan kat sini, setiap manusia ada kudrat masing2..Tanya pada diri, mampu ke kite buat semua tu sendiri? Nak sangat DIY semua benda, last2 tido pukul 5 pagi padahal esok pagi dah nak nikah and sudah pasti kite perlukan rehat yang cukup untuk majlis pada hari berikutnya..huemm huemmmmm

Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk B2B yang lain. Kita sangat memerlukan tenaga yang secukupnya untuk sepanjang majlis nanti ya..So, please buat ape2 pon ikut kemampuan diri..Tak salah korbankan sikit duit asalkan nanti malam before nikah tak kelam kabut bagai..Tak pon, mintak tolong pada adik beradik atau sedara mara untuk gotong royong siapkan ape yang patut..B2B HARUS tido awal untuk mengelakkan mata panda pada keesokan harinya yang bakal memberi kesusahan kepada MUA macam saye untuk cantikkan awak2 semua..hehe

4. Spa dan B2B memang tak dapat dipisahkan. Setuju? Kebanyakan bakal2 pengantin especially wanita sanggup mengeluarkan sedikit belanja demi untuk kelihatan cantik dan berseri di hari istimewa nanti.. Namun begitu, suka nana nak ingatkan di sini bahawa, rawatan spa seperti facial atau yang melibatkan bahagian WAJAH haruslah dilakukan at least seminggu before majlis. Bukan apa, selalunya after facial, kulit muka kita tend to be very sensitive and akan jadi merah-merah sikit. Anddd selalunya after facial nanti mula la nak keluar jerawat batu la jerawat pasir la ntah hape lagi la. So, better kalau nak buat facial tu biarlah dalam seminggu before majlis. Tapi harus jugak nana nak ingatkan kat sini, seeloknya jugak, rawatan spa ni dilakukan dalam masa 3 bulan sebelum majlis. Kalau nak afdal 3 kali sebulan. Kalau bajet tak cukup sekali sebulan pon boleeyyyy

5. Nana nak ingatkan untuk semua B2B dan juga pada diri nana sendiri. Never compare our wedding to others. Jangan bila orang lain nak buat majlis grand kita pon nak majlis grand. Orang lain nak buat nak hire designer hebat2 kite pon nak. Konsep dia kat sini, ukurlah baju di badan sendiri.

Nana mengaku, kadang2 perasaan nak merealisasikan impian perkahwinan idaman memang meluap-luap. Kawen pulak sekali seumur hidup. Boleh menangis woo if tak dapat ape yang kita impikan T___T
Tapi sanggupkan kita menyusahkan bakal suami, diri sendiri dan keluarga dengan kehendak sendiri? Sanggupkan kita kalau benda ni bakal menjadi ungkitan di masa depan. Kalau sememangnya mampu, dipersilakan. Tapi sekiranya tak mampu, wajarlah kita membuat majlis seadanya sahaja :)

Actually, majlis yang grand tak semestinya memerlukan bajet yang besar. terpulang kepada kreativiti dan kebijaksanaan masing2..pilih vendor yang berpatutan dengan bajet anda. Tak pon hire wedding planner yang bijak supaya majlis impian anda dapat direalisasikan bersesuaian dengan bajet. Senang kira, korang amek je nana jadi Wedding Planner..habis cerita..sempat promot uollss haha


Okeylah, rasenye sampai sini dulu nana berceloteh berkongsi idea..Actually nana akan bercuti sepanjang bulan 6 ni dari kerjaya sebagai QS..bulan 7 im gonna start my work in a new place. Semangat! ^^

*counting days*
semoga Allah permudahkan segalanya..amin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...