Tuesday, August 7, 2018

LIFE UPDATES - SEMINAR KRPR, BUKU KRPR DAN ISU LAZADA, SHOPEE

Hi Assalamualaikum wbt

Sekarang jam 3.36am, mata tak boleh nak lelap.. Pusing sana, pusing sini, tetap tak boleh nak lelap.. So jangan buang masa lah kan, tarik laptop bawah katil then moh la kita update blog hehehe

Anyway, azam baru nana sebenanya nak konsisten update blog.. Tapi MashaAllah busynya lately, (alasan, jangan ikut) Sampai lah semalam nana pesan dekat PA nana, Fatin, suruh remind nana untuk update blog everyday..

So kita mulakan daripada harini okey? Korang tolong doakan semoga nana diberi kelapangan masa untuk update kat blog kesayangan ni naaa..

Korang suka tak kalau lepas ni nana konsisten update life updates nana kat sini? Alaa more to santai-santai jee.. Blog ni actually more to my diary.. Even nana banyak jugak dapat customer Shaklee daripada blog ni, tapi sebenarnya gaya penulisan nana kat blog ni more to santai-santai je hehehe

Sepatutnya ada satu lagi blog yang khas untuk bisnes.. Takpe, lepas ni kita update dua2 balik!!

Kalau korang nak nana update konsisten balik lepas ni kat my diary ni, meh komen kat bawah ni.. Ewah buat gaya ala-ala facebook pulak 😂

So, nana nak update lah kat korang beberapa benda yang jadi dekat diri nana sepanjang tahun 2018 sampai ke bulan ogos ni.. Disebabkan sebelum ni tak berupdate, maka kita update secara pukal terus lah ye haha

So benda first yang nana nak cerita dekat korang ialah berkenaan dengan SEMINAR KRPR (KUNCI RAHSIA PENJEMPUT REZEKI) yang nana buat pada bulan lepas..

Actually, hajat asal nana adalah nak buat seminar ni untuk Spectacular sahaja.. But then, nana rasa terpanggil nak open kepada semua seminar ni.. Pada nana, ilmu yang nana ada especially berkaitan dengan Kuasa Minda ni sangat precious.. Tak ada sebab untuk nana taknak ajar pada orang lain sama sebab ilmu ni sebenarnya ilmu yang mengajar kita lebih mengenali diri kita sendiri dan semestinya membuktikan betapa hebatnya kuasa Allah, dan buktinya ada pada penciptaan kita sendiri :')

Jujurnya, nana sebenarnya tak pernah plan nak jadi trainer untuk ilmu Law of Attraction ataupun ilmu kuasa minda ni.. Tapi dari masa ke semasa, nana dapati nana sangat minat akan ilmu ini especially bila nana belajar satu-satu teknik tu, nana apply dan nana dapat hasilnya..

Ilmu kuasa minda ni sebenarnya bukan macam ilmu marketing.. Tapi sebenarnya, lebih penting daripada ilmu marketing semata-mata..

Dalam ilmu ni, kita belajar betapa Allah cipta tubuh badan manusia ni sangat hebat dan sempurna.. Allah cipta minda manusia ni sangat lah powerful sampai mampu menjadi magnet untuk apa sahaja yang kita masukkan dan kita activate..

Ilmu ni sebenarnya Nabi dah ajar kita dah..

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :" Sesungguhnya Allah berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku mengingatnya dalam kelompak yang lebih baik. Jika ia datang kepadaKu sejengkal, maka Aku datang kepadanya sehasta.Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku pergi kepadanya dengan berlari." (Hadis oleh Ibnu Majah)

Dekat sini, Allah dah beritahu kita melalui Nabi Muhammad saw bahawasanya ALLAH BERSAMA DENGAN SANGKAAN KITA..

Dan daripada sini lah mungkin saintis-saintis barat dan yahudi membuat kajian demi kajian sehingga menemukan beberapa keajaiban pada tubuh badan manusia sesuai dengan kepercayaan bahawa SANGKAAN @ MINDSET itu sangat lah powerful dan mampu menarik apa sahaja yang kita mahu utk datang kepada kita..

Orang barat percaya bahawa alam lah yang mengabulkan segala apa yang mereka masukkan ke dalam mindset mereka.. Mereka percaya dengan hukum tarikan "LAW OF ATTRACTION".. Mereka percaya, setiap apa yang kita fikir, lihat, dengar atau apa2 sahaja perbuatan kita, akan menarik apa yang kita buat itu dekat dengan kita..

Tetapi kita sebagai umat islam wajiblah percaya bahawa setiap apa yang kita fikir, lihat, dengar atau apa2 sahaja perbuatan kita, tak lain tidak bukan adalah DOA kita kepada Allah taala..

Dan satu benda yang perlu kita ambil berat dan ambil perhatian,

Allah Maha Baik dan Maha Memakbulkan.. Allah makbulkan setiap apa yang kita DOA sama ada yang baik mahupun yang buruk..

Ini lah dia erti sebenar Law of Attraction dari sudut islam yang kita kena belajar dan dalami sebaik baiknya..

Supaya kita dapat sentiasa SUBMIT doa yang baik-baik sahaja pada Allah, InshaAllah..

Sangat lah rugi andai kata kita sebagai umat islam tidak pelajari ilmu ini dengan sebaik baiknya, sebab cuba korang bayangkan.. Orang bukan islam yang apply teknik ni semua pun Allah sudi makbulkan, apatah lagi orang islam :')

Oleh kerana itu, nana rasa terpanggil nak ajarkan ilmu ni semua.. Sebab nana tahu ini bukan ilmu biasa-biasa.. Tetapi ilmu mengenal Allah.. Ilmu nak connect dengan Allah dengan cara terbaik..

Bagi nana ini adalah sedekah jariah nana pada semua, iaitu dalam bentuk ilmu.. Nana tak pernah kisah kalau ada yang belajar, satu masa nanti anda jadi lebih hebat daripada nana asbab ilmu-ilmu ini..

Nana lagi suka, malah bersyukur sebab at least nana contribute something dalam hidup orang lain..

Dan andai kata dengan ilmu yang anda belajar daripada nana, anda berjaya dan kaya.. Anda banyakkan sedekah, anda hantar mak ayah dan orang susah ke tanah suci, MashaAllah itu semua dah cukup buat nana..

Moga-moga ianya menjadi pemberat timbangan neraca nana nanti depan Allah.. Mudah mudahan..

Eh, entry ni dah jadi entry nak cerita pasal seminar KRPR pulak ek.. Hahaha.. Padahal tadi nak cerita life updates je 😆 Takpelah, tu bermakna kena ada banyak banyak entry lain lagi lah lepas ni kannnn... Hahah

Okey, kalau dah macam tu, alang2 nana cerita jelah semua sekali..

Korang please baca sampai habis okey 💕

Okey, back to Seminar KRPR tempoh hari.. Jujurnya nana tak expect seminar yang pertama kali nana buat secara fizikal ataupun online tu akan turn out so well MashaAllah..

Sepanjang hari perjalanan smooth sahaja.. Kecuali ada beberapa perkara yang nana tak puas hati mengenai tempat seminar haritu, but Alhamdulillah tak mengganggu pun perjalanan kelas..

Kelas berjalan lancar, nana dapat habiskan semua topik on time.. Tu yang paling nana bersyukur sangat2 sebab nana takut overrun.. Takut tak sempat habis ajar semua..

But Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar..

Paling bahagia, bila dapat feedback daripada peserta-peserta lepas kelas.. Allah, nak menitis air mata nana..

Ada yang selama ni tak pernah skor sales besar, tiba2 dapat sales vivix..
Ada yang bermasalah dengan suami isteri, lepas seminar tu suami jadi lebih romantik..
Ada yang ada anak lambat bercakap, balik dr seminar tu bila apply teknik yang belajar anak tiba2 mula lancar bercakap..
Ada yang sales berganda berbanding bulan2 sebelum ni..
Ada yang berjaya beli rumah idaman..

Allah, banyak lagi lah.. Tak tercerita nana..

Boleh kata everyday mesti dapat surat cinta daripada peserta-peserta seminar KRPR ni.. Kadang tu nana tak sempat nak reply, tapi nana tetap baca.. dalam diam bergenang jugak air mata :') Tak sangka ilmu yang nana kongsi, beri impak sebegitu besar dalam hidup mereka.. Allahuakbar!

Yang paling nana bahagia, sebenarnya bukan diorang je dapat kesan positif daripada seminar tempoh hari, tapi nana sendiri pun sama.. :')

Sales Spectacular bulan lepas berganda lebih daripada RM350,000 berbanding bulan sebelumnya..

Nana efektif Master Coordinator dengan sangat lancar dan mudah.. Tenang je closing tempoh hari..

Allah bagi idea dan bantuan melimpah ruah utk nana bantu dan kongsi dengan Spectacular.. Sampaikan memang ketara peningkatan sales pada setiap leaders..

Mungkin asbab diri sendiri yang apply segala teknik yang diajar.. Dan mungkin juga asbab keberkatan berkongsi ilmu..

Nana pegang satu ayat ni, "Takkan miskin orang yang memberi, takkan bodoh orang yang berkongsi ilmu dengan orang lain"

Alhamdulillah, so happy dapat kongsi ilmu dengan semua sampai rasa sebak dan terharu tengok feedback2 yang semua orang dapat!

Then lepas seminar tempoh hari, honestly almost setiap hari nana dapat mesej daripada those yang tak sempat nak attend haritu.. Ada yang bermasalah nak travel dari tempat masing2.. Ada yang last minute ada terjadi something yang tak dapat dielakkan..

Jujurnya, ikut hati memang nana ada rasa nak buat lagi..

But to be truth, nana sangat lah punya masa yang sangat limited 😢

Nana pegang tanggungjawab yang sangat besar untuk bantu Spectacular berjaya.. Nana komited dengan tugas nana sebagai mentor bisnes buat Spectacular..

Nana tak ada cuti.. Dari isnin sampai jumaat, boleh kata everyday ada kelas online.. Weekend pulak full dengan offline coaching..

Tak sempat lansung nak selit buat seminar offline.. Sebab kalau nak tahu, nak buat seminar offline is not easy guys..

Nana tempoh hari mujur lah dah ada PA.. Kalau tak ada si fatin tu, rasanya nana takkan buat seminar offline.. Sebab jujurnya tak mampu nak uruskan, tak sempat dan tak ada masa nak uruskan..

Bila buat seminar offline, part tak sempat nak urus satu hal, then kepenatan tu satu hal..

Satu benda yang korang kena tahu, mengajar dan belajar ilmu kuasa minda ni sangat LETIH..

Yang belajar pun letih, apatah lagi yang mengajar..

So nana memang pendek kata, tak mampu nak buat seminar offline lagi buat masa ni..

Dalam masa yang sama, nana dalam dilema jugak sebab nakkkk sangat berkongsi ilmu..

Even dengan Spectacular pun tak tahu nak selit masa bila nak betul2 fokus ajar ilmu-ilmu ni semua.. Jadinya, nana buat keputusan untuk buat seminar ONLINE sahaja untuk semua :)



Kali ni, nana akan kongsi segala ilmu yang nana ada dalam satu group FB khas.. Dan dalam tu, nana akan keep kongsi ilmu dan kongsi ilmu, not only hari seminar tu sahaja..

Nana memang sangat suka bila ada medium untuk betul2 kongsi dan fokus share ilmu berkenaan ini sahaja.. Sebab nana banyakkkkkk sangat ilmu yang nak dishare..

So, nana nak alu alukan korang untuk join lah seminar ONLINE KRPR ni ya..

Sebab kemungkinan, selepas ini nana tak open dah seminar baru ke apa dalam tahun ni, dan tak sure sampai bila..

Nana just nak kumpul semua yang serious nak belajar, dan nana akan ajar semuanya dalam group ini sahaja.. Tak kira lah siapa anda, Spectacular ataupun bukan Spectacular..

Untuk Spectacular pun nana pesan kat depa,

"Mami tak sempat nak ajar ilmu ni dalam kelas biasa, sebab ilmu ni sangat lah banyakkkkk dan panjang.. Maka join lah seminar kali ni supaya korang boleh jadi ALUMNI KRPR, dapat masuk group khas dan belajar sungguh2 semua kt situ"

Nana paling tak suka kalau kejap kena ajar dalam group ni, kejap dalam group tu.. Sebab nana sejenis benciii kalau ada tertinggal anything nak ajar orang..

Contohnya nana ajar A dan B secara berasingan.. Nana ajar A, lepas tu ajar B..Rupanya masa ajar B, nana teringat ilmu tambahan.. So jadinya B dapat ilmu lebih..

Ohhhh, nana memang paling stress benda2 tu.. Sebab nana tak suka kalau orang tak dapat yang terbaik dr nana..

Nana akan pergi kt A balik selalunya utk ajar balik. Tapi tu kalau ilmu pendek takpela.. Kalau ilmu yang panjanggggg macam ni cemano??

Jadinya nana buat keputusan untuk kumpulkan semua anak murid yang sungguh2 nak belajar ilmu2 ni dari nana, tak kira anda Spectacular atau bukan..

Dan nana hanya akan guna group ni sahaja utk ajarkan mengenai ilmu kuasa minda..

Nana mungkin takkan ajar lagi dah kt group lain, sebab tak koser jadi macam situasi A dengan B kat atas..

Makanya, nana seruuuu korang, sila lah join seminar Online KRPR 18hb august ni..

Siapa yang join, Fatin akan masukkan korang dalam satu group FB.. Nana akan LIVE pada 18hb dari jam 2.30pm sampai 5.30pm..

Dan lepas pada tu, group tu akan kekal sebab nana akan keep kongsi ilmu berkaitan kuasa minda kat dalam tu saja..

And pengambilan untuk anak murid KRPR ni mungkin sekali ini sahaja.. Tak akan bukak dah lepas pada ni..

Better korang grab this opportunity untuk join naaa..

Sebab apa nana paksaaaa sangat korang join.. Sebab nana taknak dengar dan dapat mesej dah lepas ni sesiapa tanya nana pasal ilmu2 ni atau bila nak buat seminar..

Stress tahu tak? Sebab nana jenis suka berkongsi ilmu.. Bila tak dapat share tu nana jadi gerammmmm!

Nana dah la ada masa yang limited sangat2.. Macam mana korang boleh expect nana ajar ilmu panjang berjela ni kat sejuta orang yang berlainan.. sobssssss sampai hati korang tau.. Kan lebih baik korang memudahkan kerja nana utk kongsi ilmu.. Duduk ramai2 dalam group tu so that semua dapat ilmu yang sama dalam masa yang sama..

So kalau korang tak join Seminar ONLINE KRPR ni, tak jadi ALUMNI KRPR, jangan berangan2 nak datang tanya nana dah pasal ilmu2 kuasa minda ni ek.. Sebab ku tak mampu nak ajar kt banyak2 tempat dah 😂 Hahaha tetibe emo.. Taklah bukan emo, just nak clarify sebab tak sanggup nak hadap dah request2 macam tu..

So berapa fees nak join seminar ONLINE ni?

RM50 sahaja. Keahlian untuk seumur hidup, Means sampai bila2 korang boleh duduk dalam group FB ALUMNI KRPR tu. Dan korang boleh tengok video ulang2 kali. Dan kalau lepas2 tu nana ada share ilmu lagi, or share video teknik2 tu semua korang boleh lah tengok dan tengok berulang kali sampai lah faham..

Di samping tu, nana akan revise ilmu2 dan teknik beberapa minggu sekali so korang tak lah terlupa nak apply.. Buat rugi je belajar tp tak apply tau..

Sebab tu kena ada dalam group tu sebab korang bukan je dapat ilmu sekali, tapi berkali-kali dari nana InshaAllah..

Seminar ni untuk siapa?

UNTUK SEMUA. Korang buat bisnes ke, makan gaji ke.. Surirumah ke, bekerja ke.. lelaki ke perempuan ke.. Nak kaya ke, nak bahagia ke.. Semua boleh join..

Ilmu ni bukan semata-mata untuk rezeki, tetapi mengajar kita bina connection dengan Allah dengan lebih baik, agar segala impian kita Allah sudi makbulkan..

But kelas ni bukan kelas agama tau.. Jangan salah faham.. Tak layak aih nak ajar pasal agama..

Nana cuma kongsi sedikit sebanyak ilmu yang nana tahu, dari sudut sains dan agama..

Yang penting, korang akan alami satu perjalanan dan perubahan dalam hidup korang lepas korang join seminar ni, sama macam kawan2 korang yang join Seminar KRPR tempoh hari rasa 💖

So ini adalah sedikit info pasal seminar ni :

Tempat : ONLINE SAHAJA. GROUP FB (LIVE) 
Tarikh : 18HB OGOS 2018 (SABTU)
Masa : 2.30PM - 5.30PM
Bayaran : RM50/pax

Hubungi PA nana, Fatin : 018-3572337
Atau klik link ni, www.wasap.my/60183572337

_________________________________

Okey setel update pertama mengenai benda penting yang jadi dalam hidup nana lately hahah

Yang kedua ialah, macam yang ramai tahu, nana sedang dalam usaha menyiapkan buku KRPR (KUNCI RAHSIA PENJEMPUT REZEKI) jugak..

Buku Kunci Rahsia Penjemput Rezeki


But again, nana tak mampu nak beritahu bila buku ni akan siap sebab nana hanya menulis waktu nana free sahaja.. Memang macam kura-kura lah jadinya..

Setiap kali free, nana akan make sure nana setelkan sebanyak mungkin yang nana mampu..Tulis sebanyak mungkin..

Tapi itu lah, nak dapat masa free tu mungkin 2 kali sebulan sahaja 😂 Jadinya, nana mintak sangat korang doakan semoga buku ini mampu nana siapkan secepat mungkin dengan sempurna isinya InshaAllah..

Nana taknak lah rushing kan, sebab nana nak kongsi ilmu yang penting.. Tak boleh cincai2.. Kena tulis yang terbaik.. Dengan bahasa yang paling berkesan dan mudah difaham..

Ingat senang ke nak tulis buku weh? susah kottt.. Tak sama dengan tulis blog atau status FB hahah

But nana take it as challenge.. Nana nak cabar diri nana untuk buat semua yang nana suka..

Cuma semestinya, nana pilih untuk fokus terlebih dahulu pada bisnes.. Then ada masa terluang sikit, nana akan menulis 😊

Kalau ikutkan, nana sebenarnya dah cukup sibuk dah.. Tapi dah kenapa lah nak susahkan diri menulis buku nana oiii??

First, sebab passion..

Passion nana dalam hidup ni ialah MENULIS DAN MENGAJAR/KONGSI ILMU..

Sama konsep macam buat seminar jugak.. Nana sukaaaa nak kongsi ilmu ni pada orang ramai sebab sebenarnya secara tidak lansung ini lah DAKWAH nana..

Second, sebab nana taknak bazirkan setiap saat dalam hidup nana..

Nana tak tahu bila masa ajal akan tiba.. Andai kata nana tak sempat kongsi semua ilmu ni, maka andai kata umur tak panjang ilmu2 ni bakal terkubur bersama dengan nana.. 
Dan nana tak jamin lepas2 ni nana still ada masa terluang lagi atau tidak.. Sekarang ni takdelah banyak sangat masa pun, tp at least masih ada masa..

Imagine kalau anak dah ramai, kot lah dah tak sempat nak menulis lagi sebab menulis ni sangat perlukan effort dan fokus..

Sekarang ni okey lagi lah sebab husband nana ada.. Plus yaya sekarang dah masuk fasa mudah dijaga.. Takde terjaga malam dah.. Tak menyusu dah..

Maka sekarang lah waktu terbaik untuk nana buat apa yang nana sukaaaa nak buat iaitu MENULIS BUKU.. Lepas2 ni tak jamin dah boleh ada banyak masa lg ke tak especially lepas bertambah anak nanti hehe

Nana pulak plan InshaAllah dalam tahun ni jugak pregnant, tahun depan bersalin.. Makanya mungkin time ni je yang betul2 boleh menulis, selain daripada kena tunggu anak kedua pulak membesar dan masuk fasa macam yaya sekarang..

Tu pun kalau muncul yang ketiga?

Hmmmm, bye bye jelah kot nak menulis ni.. Kena tunggu anak-anak semua dah besar pulak lah.. Tapi masa tu mungkin usia dah lanjut dan dah tak larat..

Maka sebab tu lah nana betul2 push diri nana untuk menulis sekarang ni..

Sometimes sengaja pergi staycation sebab nak ambil mood menulis sambil recharge energy untuk bisnes of course.. 

Ahhh panjangnya bebel. Dah lah.. Yang penting, tolongggggg doakan nana diberi kelapangan masa yang berkat untuk menulis naaaa 😂

_____________________

Okey life update yang ketiga ialah, 

Just nak inform korang yang bulan ni adalah bulan promosi produk yang palingggggg nana suka iaitu VIVIX dan jugak YOUTH SKINCARE! hahaha

Mintak maaf lah kena menyelit pasal Shaklee dekat sini.. Eh hello, ni bisnes nana kot, kena lah cerita pasal bisnes sama hehe

Okey, first sekali nak cerita pasal promosi Vivix..

promosi vivix


Kalau korang nak tahu, promosi vivix ni lah antara yang palingggg nana tunggu-tunggu sebab nana sendiri nak beli Vivix dengan harga murah hehe

If korang berasan kan, dah lama shaklee tak buat promo-promo buy 6 free 1 ni kan? Haah memang sebelum ni shaklee stop kejap daripada buat promo macam ni..

Sebabnya nak elakkan malaun-malaun yang jual murah bawah daripada harga ahli untuk jual dekat shopee dan lazada..

Ha meh nana nak bebel sikit pasal benda ni.. Maaf lah ye, nana memang menyampah sangat dengan makhluk perosak yang tak peduli halal haram ni.. Sanggup jual murah gila dekat lazada and shopee sebab nak UV punya pasal..

Korang ni sebenarnya tak takut dosa ke? Korang sedar tak bila korang buat macam tu korang dah aniaya berjuta SID dekat Malaysia ni?

Korang tak fikir ke yang dosa dengan Allah kita boleh mintak ampun pada Allah, dosa sesama manusia hanya terampun kalau manusia tu maafkan je.. Bayangkan macam mana korang nak mintak ampun kat berjuta SID satu malaysia ni?

Please lah korang, stop the nonsense.. Korang cari duit nak bagi makan keluarga, tapi kalau dapat dengan cara tak halal nak buat apa?

Fikir keberkatan sama.. Stop buat dosa pada orang lain yang korang sendiri tahu korang takkan mampu nak mintak ampun pun.. Stop ok semua?

Kalau pernah buat sebelum ni, dah jangan buat dah. Delete your lazada or shopee account.. Buat solat taubat..

Nana harap sangat dalam Spectacular tak ada malaun makhluk perosak macam ni.. Kalau ada, nana doa moga Allah jauhkan korang daripada nana.. Moga Allah tunjuk siapa yang buat, dan korang kena suspend ID.. Nana taknak support benda2 macam ni..

Tak mengaku downline kalau ada yang buat salah dan buat malu muka nana macam ni.. Aku tak ajar korang buat benda jahat macam ni ek 😡😡

Alamak, teraura negatif pulak dah hahaha

Okey-okey, DELETE!!

Now back to promo balik hahaha

So again, promo bulan ni memang special sangat sebab kalau korang beli 6 botol Vivix, korang bakal dapat FREE sebotol!!

Bukan setakat tu saja, korang juga bakal dapat FREE MEMBERSHIP, boleh join keahlian bawah Spectacular dengan percuma yay!

Korang dapat CASHBACK! eh hello, habaq mai kat mana korang kalau shopping dapat duit balik? Kat tempat lain takde tauuuu.. Kat shaklee je ada hahah

Kalau korang taknak beli 6 botol, nak beli 2 botol pun still dapat diskaun 5%!

Taknak 2, nak sebotol je?

Pun bolehhhhh lahhhhh! hahahah

Next, promosi yang kedua ialah promosi YOUTH SKINCARE..



Kalau korang nak tahu, promosi kali ni best gila sebab setiap belian fullset Youth Skincare korang bakal dapat device pink ni secara PERCUMA!

korang nak tahu tak berapa RM benda alah ni kalau beli kat Sephora? RM900 beb! 

Tapi kalau beli Youth Skincare bulan ni, dapat freeeee saja! Untung tak untung 😎

Haritu masa master forum, nana sendiri dah cuba device ni dan memang ternyata sangat lahhhh best dan membersihkan uollls..

So sila lah grab yerrrr!

And sebenarnya, bulan ni ada promosi yang ketiga.. Iaitu ALFALFA COMPLEX!

Korang jangan ingat Alfalfa Complex ni tak famous tau.. Ni pun antara hot selling produk jugak bagi nana..

Jangan tak tahu, gara-gara entry ni KISAH ULSER USUS NANA, boleh kata everyday nana dapat order Alfalfa Complex..

Sebab Alfalfa lah antara yang banyak membantu nana untuk atasi masalah ulser usus satu masa dahulu..

So kalau korang nak dapatkan VIVIX, YOUTH SKINCARE dan ALFALFA promo pada bulan ni, jangan segan silu contact nana ek..

Toksah risau takut nana busy ke apa.. Nana memang prepare diri untuk busy layan korang lah ni heheh.. Prioriti nana adalah customer dan downlines selain daripada family of course.. So nana memang bahagia kalau dapat membusykan diri dengan korang heheh

Boleh contact nana kat sini naa :

Nana Macarona
Whatsapp : 0133039242
Atau klik je link ni untuk direct ke whatsapp nana : http://nanamacarona.wasap.my/

___________________

Okey lah korang.. Sekarang dah 5.19am.. Subuh pun dah nak masuk kejap lagi..

Nana nak pergi solat sunat and mengaji sikit.. Then tunggu subuh lepas tu sleep!

Tak suka sebenarnya tidur lepas subuh.. Tapi apa boleh buat, malam ni tak leh tidur pulak mata.. Sesungguhnya nana bila tengah excited or semangat, memang payah nak tido malam.. Sabau jela hehe

Tolong doakan semoga Spectacular berjaya capai target sales ek bulan ni..

Thank you sangat siapa yang sudi baca sampai habis..

Siapa yang dah baca, meh la komen sekali.. Nana suka baca komen kt blog sebenarnya.. Rasa macam dapat surat cinta hahhaa.. Boleh nana follow korang pulak 😍

Okey lah korang.. Till then..

InshaAllah esok tak ada aral nana update blog lagi..

Korang nak request nana cerita pasal pape request kt ruangan komen ek.. Nak nana cerita pasal trip2 nana yang nana tak sempat update blog pn boleh hahaha.. Kot lah kalau ada orang request jadi rajin sikit ke hehe

Bye, Assalamualaikum wbt




2 comments:

  1. Hye Master Nana , sy Florence under Spectacular Master Nana hihii .. Master Nana crita la trip2 yg x sempat nak di share tu hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...