Monday, August 13, 2018

BIRTHDAY TRIP TO KRABI - DAY 1

Assalamualaikum wbt & hi everyone!


Sekarang jam 11.03 pm waktu Thailand, which kalau dekat Malaysia dah masuk pun my birthday iaitu 14 ogos hehe.. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk masih kekal hidup dan bernafas di atas muka bumi ini.. Dengan nikmat yang tak terungkap, Allah kerdilnya rasa :')


Alhamdulillah this year Allah izinkan untuk sambut birthday dekat luar negara lagi, (walaupun dekat secoet je dari Malaysia hahaha)








Last year sambut birthday dekat Swiss, tahun ni dekat Krabi.. Kira okey lah kan.. Nikmat jugak tu.. heheh


Bukan lah nana tak suka duduk kat Malaysia, tapi bila melawat tempat orang sesekali ni bagus jugak sebenarnya.. Especially bila bawak anak.. Boleh dedahkan anak dengan dunia luar seawal usia dia..


And one of the reason why nana suka spend my birthday dengan travel dengan family every year is, pada nana waktu ni je yang nana betul2 nak spend masa dengan orang-orang terdekat dan tersayang nana.. Ikutkan kali ni nak bawak mak abah sekali.. Tapi mak abah ada hal pulak, so tak dapat ikut sobss


Apapun, Alhamdulillah it feels good to be back in Krabi again, as this is my honeymoon place hehe tempat luar negara pertama yang nana pernah jejak kaki seumur hidup nana.. Ye, jangan tak tahu yang nana tak pernah pergi luar negara mana-mana pun before kawen.. Kite dulu masa student tak berapa berduit, dah kerja pulak busy yang hamat uollss.. Memang tak sempat la hehe


Happy sebab this time datang bawak anak pulak :)


So tanpa berlengah nak belanja sikit lah aktiviti Day 1 ni..


Harini takde buat apa sangat pun la.. Bertolak dari KL tadi flight pukul 1.30pm.. Sampai sini pulak 1.45pm waktu tempatan..


Jangan hairan pulak ye uolls, waktu tempatan kat Thailand ni memang lewat sejam dari Malaysia hehe


Then dah sampai, naik grab ke Aonang Orchid Resort..



Sorry lah gambar ni je ada, lupa nak snap gambar bilik tadi hahah.. *hint nak suruh korang beli Vivix Promo bulan ni :D*


Resort ni biasa2 je actually, bukan lah kategori luxury pun.. Just nana suka sebab bilik dia ada akses ke pool.. Satu perangai kami kalau tidur hotel, sometimes jadi malas nak turun mandi pool.. Kesian yaya haha.. So this time book bilik depan pool terus..


Yaya pulak masuk-masuk je bilik tadi, apa lagi excited gila la dia.. Tergedik-gedik nak masuk dalam pool hahaha


Lepas mami and papa setel solat apa semua, then kami 3 beranak pun berendam la dalam pool sepuasnyaaaa 


Pool dia serious best sebab luasss.. Cuma yang tak berapa best sebab dalam sangattt uolls! Nana memang paras dagu dah tadi.. Apa nak buat, nasib orang petite kan haha


Lepas puas berenang kuak lentang dan kupu-kupu, kami pun siap-siap nak ke pekan Aonang pulak..


Bestnya kali ni sebab pekan AoNang memang betul2 luar resort kami ni je haaa.. Kalau dulu masa first time datang Krabi, husband book hotel jauhhhhh.. Nak datang sini kena naik kenderaan.. Tapi this time best sebab dekat je.. Pantai pun dekat..


Mula-mula pergi jenjalan pantai.. Then memang takleh blah dah sebab lapar gila haha.. kami pun terus pergi cari kedai makan.. Order makanan macam biasa makan kat Malaysia then melahap lah kami laki bini dengan bahagianya..








Lagi bahagia sebab yaya pulak ngantuk and tertidur dah masa tu.. Yang lawak sambil tidur sambil mengunyah.. hahaha Kesian anak mami, tak dapat memilih antara lapar dan mengantuk last2 layan dua2 hahahha



*Nampak tak yaya tertidur sambil mulut penuh roti hahah*


Lepas aktiviti makan, kami teruskan dengan aktiviti shopping pulak!


Tadi masa dalam bilik, si mek yaya ni tak habis2 ajak "Jom shopping jom shopping!" Hahaha see, kecik2 dah pandai request shopping.. Ikut perangai sapa ntah!


Lepas shopping, lepak kat tepi jalan makan pancake + aiskrim kelapa.. Hancur diet aku hahah.. Takpeee, balik KL kita sambung eat clean balik :D








Tadi sempat gak kitorang book aktiviti untuk esok.. So esok kitorang bakal island hopping ke Hong Island.. Total tadi berapa entah, tak ingat sebab husband yg bayar hehe


Selain Hong Island, ada pilihan lain jugak iaitu 4 Island and Phi Phi Island.. Tapi both kami dah pernah pergi 6 tahun lepas.. So kita pilih yang kita tak pernah pergi lagi jela..


Lusa pulak InshaAllah aktiviti jungle trekking ke Emerald Pool + Elephant Trekking + Hot Spring.. Aktivti ni dah pernah buat dulu, tapi tetappp nak buat lagi sebab bestttt hehehe..


Untuk korang yang nak baca entry Honeymoon nana dulu, meh lah jemput baca sini.. Kalau penulisan agak tidak matang, ampunkan saya ye sebab masa tu pun memang kategori remaja lagi.. Sekarang je remaja purba hahaha


Entry Honeymoon Krabi pt 1 : 

https://nanafarhanapakeh.blogspot.com/2012/11/bulan-dan-madu_22.html

Entry Honeymoon Krabi pt 2 : 

Entry Honeymoon Krabi pt 3 :
https://nanafarhanapakeh.blogspot.com/2012/12/bulan-dan-madu-last-entry-beserta-tips.html


Okey, rasanya sampai sini cukup lah.. Nak kena tidur dah, esok kang nak kena bangun awal pulak..


Anyway, Happy Birthday to me! Heheh.. Yang ke berapa? Rahsia hehe.. Nana tak berapa suka orang tanya umur nana.. Nak wish bday wish je takyah tanya umur tau :D Bukan perasan muda and takleh terima hakikat dah tua, it just rasa tak selesa je orang tanya :) 


Yang pasti, semoga dengan bertambahnya usia ni, makin bertambah lah juga amal ibadah, bertambah kematangan, bertambah keimanan, bertambah kejayaan, bertambah kekayaan dunia akhirat aminnn


Thank you for reading everyone! Kalau rajin esok nana update lagi hehhe


Goodnight & Assalamualaikum!

2 comments:

  1. Happy birthday, Nana. Bila klik kt link honeymoon tu dia kata ‘not exist’��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...