Ya Allah, lamanyaa rasa tak menulis dekat blog ni macam dulu-dulu..
Kalau dulu, boleh kata satu hari satu entry pun boleh dapat.. Sekarang ni, hahahharapannn sangat T___T
Kadang-kadang rasa rinduuu sangat nak menulis macam dulu balik.. Dulu boleh kata blog ni dah jadi ala-ala diari harian dah, semua benda rasa nak cerita..
Tapi sekarang ni macam-macam kekangan ada untuk menulis.. Sighh
Busy dengan bisnes..
Busy dengan mentoring Spectacular..
Busy dengan customer beauty bynana..
Busy dengan Adra Aurelia kesayangan hamba..
Busy dengan suami tercinta..
Macam-macam lagi lah..
But again, semua tu alasan semata-mata! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Huhhh (tiup rambut depan)
So dengan ini, nana ada satu azam baru iaitu nak rajinkan diri update blog EVERYDAY mulai sekarang!
Dan kandungan isi post-post nanti pun more kepada diari-diari gitu..
Nana tahu, korang semua ni suka dengar cerita kehidupan daku kannnn hahahha perasan sorry!
Bukan apa, nana memang suka berkongsi..
Nana suka share kehidupan nana.. Share apa yang jadi dalam hidup nana even daripada dulu lagi..
Nak bercerita panjang lebar sangat dekat fesbuk tu rasa macam orang malas je nak baca kan..
So cerita dekat blog jelah..
Nak cerita sepuluh juta mukasurat pun tak ada siapa marah kan kan kannnn hehehe
Panjangnya melalut!
Actually nana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua readers blog nana..
Walaupun blog ini hanyalah blog picisan, tapi nana still bangga tau bila ada yang mengaku suka baca and follow blog nana sejak zaman nana belajar hehehe Alhamdulillah, TQ korang! :)
Di kesempatan ini, nana nak mohon ampun dan maaf kalau pernah terkasar bahasa terlanjur kata sepanjang nana menulis di blog kesayangan nana ni..
So, how was your raya? :)
Nana raya ke 5 dah balik KL dah sebab nak fokus closing.. Raya pertama sampai ketiga nana beraya dengan keluarga mertua di KL-Sepang-Melaka.. Raya ketiga malam balik Taiping, sampai subuh raya keempat.. Then raya ke 5 dah balik KL :(
Jujur kata, memang lah belum puas beraya lagi.. Rasa macam sekejap sangat je spend time dengan family especially family nana lah..
But again, for me semua ni pengorbanan nana..
Nana tahu kalau nana dekat kampung ramai-ramai tu, nana akan payah sikit nak fokus.. Eventhough family nana memahami dan tak kisah nana duduk dalam bilik fokus closing, nana sendiri yang rasa tak sedap balik kampung tapi memerap dekat dalam bilik..
Then masa nak balik tu nana cakap baik-baik dekat mak abah..
Nana bagitahu yang nana kena balik KL sebab nak fokus closing.. Nana jenis yang kena fokus betul-betul sebab nana ada banyak urusan masa closing..
Mana dengan customer lagi.. Nak follow up downlines untuk bantu capai target lagi..
So nana mintak izin dan restu mak abah untuk balik KL..
Alhamdulillah sangat mak abah memahami..
Masa nak balik tu, sayu jugak lah rasa hati sebab boleh kata kejappp sangat-sangat nana dekat kampung..
But then nana pandang muka mak abah, pandang muka suami dan anak nana..
Nana cakap dalam hati,
"Hidup aku bukan untuk bergembira dan bersenang lenang.. Kalau aku tak kerja keras hari ini, macam mana aku nak senangkan keluarga aku? Macam mana aku nak tolong mak abah, nak bagi belanja banyak dekat mak abah so that diorang tak payah berniaga lagi.. Macam mana aku nak bahagiakan keluarga supaya dapat nikmati kesenangan di kemudian hari.. Aku tak boleh selfish"
Sometimes memang orang di sekeliling kita sendiri pun tak faham perjuangan kita..
Mereka nampak kita hidup senang dan nampak gembira.. Tanpa mereka tahu kerana pengorbanan kita yang macam-macam itulah baru kita dapat kesenangan hari ini..
Nana sendiri sedar, nana tidak lahir dengan luck.. Nana tidak bertuah macam orang lain yang boleh dapat apa yang mereka mahu senang lenang..
Nana ditakdirkan Allah perlu sentiasa work hard untuk dapatkan sesuatu and nana sendiri rela hati and happy untuk kerja keras sebab nana tahu Allah hitung setiap usaha dan kerja keras nana :)
Afterall, hidup bukan hanya untuk bergembira dan bersuka ria sahaja..
Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dalam hidup ni..
Alhamdulillah selesai sudah urusan closing nana dengan Spectacular untuk bulan JUN :)
Bersyukur sangat Allah masih kirimkan rezeki melimpah ruah buat kami di Spectacular..
Walaupun ramai yang sibuk beraya, tapi orders masih masuk menderuuuuu bukan je dekat nana tapi kat anak-anak buah Spectacular pun sama..
Honestly nana bangga sangat dengan semangat team nana..
Bangga sangat tengok perjuangan dan pengorbanan semua..
Nana selalu rasa bersyukur, bertuah dan bangga sebab Allah kurniakan nana teammate yang besar jiwa.. Yang selalu berjuang tanpa pernah mengalah..
Tahniah semua!
Mami bangga dengan semua :)
InshaAllah nana sangat yakin kita akan terus memecut dengan hebat dalam bulan JULAI dan seterusnya..
Kita sama-sama tingkatkan lagi prestasi dalam bisnes..
Teruskan kejar cita-cita dan impian..
Untuk anda yang nak bina kejayaan bersama dengan team kami, nana alu-alukan sangat penyertaan..
InshaAllah nana akan bantu dan guide sedaya upaya nana.. Untuk kita sama-sama berjaya dalam bisnes ini InshaAllah :)
Okey lah, sampai sini dulu..
Sebelum nana stop, nak share jugak lah dengan korang gambar-gambar raya kami tahun ni hehehe
Alhamdulillah raya tahun ni semakin meriah bila si kecik Adra Aurelia ni dah boleh berjalan hehhe
comelllll je dia berlari terkedek-kedek dengan baju peplum dia tu hahahha
Pagi raya di rumah mertua :)
Cukup korum, Alhamdulillah
Apapun, muka mami scary sangat tau.. Muka senyum, tangan pegang muka yaya suruh pandang kamera hahaha.. Tu pon mata tengok ke lain, sabor jela
Second raya di Melaka :)
I feel so glowinggg hehehe Penangan Shaklee Collagen Powder :-*
One happy family!
Third raya <3 p="">3>
Till then people!
Dah puas beraya, jangan lupa ganti puasa and puasa 6 yeee! hehe
Assalamualaikum wbt
______________________________
Untuk dapatkan sebarang rangkaian produk Shaklee sama ada supplement ataupun skincare Nutriwhite, boleh lah hubungi nana
Nana Macarona
013-3039242
No comments:
Post a Comment