Sorry lah amek masa panjannnnnnngggggg sangat nak update entry hari kedua di New Zealand tempoh hari.. Peristiwa ni pun dah nak dekat setahun berlalu, hopefully masih ingat lagi lah kejadian-kejadiannya..
Kalau ada unsur hentam sajalah dan tokok tambah tu harap diampun ye hihi
So lets continue hari kedua kami di NZ harituuuuu yuhuuu!
Second day tu, kami terlajak tidur sebenarnya.. Still belum boleh adapt lagi dengan perubahan masa 5 jam antara KL dengan NZ heheh.. Ikutkan plan asal, kami nak gerak pagi-pagi buta daripada homestay, nak pusing-pusing Christchurch dulu sebelum gerak ke Lake Tekappo..
Tapi apa nak buat, kita kan hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan :D
Plan nak check out pukul 9 pagi, dah jadi check out pukul 11 pagi.. Mujur lah owner homestay tu sempoi je.. Sebab ikutkan hotel/homestay dekat NZ ni kena check out pukul 10 pagi.. Bapak awal kan?
Belakang tuuu lah homestay kami masa dekat Christchurch, Sunrise Inn :)
Aminyominyooo manjanya anak mamiii ;)
Then lepas je check out apa semua daripada homestay kami dekat Sunrise Inn, Christchurch, kami pon gerak ke Christchurch Botanic Garden untuk brunch.. hihi Makanan bawak bekal yang masak semalam je sudahh..
Masa awal-awal tu rasa macam, eh kenapa biasa-biasa je Christchurch Botanoc Garden ni? Macam padang biasaaa je aku tengok.. Kat Malaysia pon ada laa weyyy! hahaha
Sekali rupanya ni bahagian lain.. Bukan bahagian cantik macam kami tengok kat google tu hihi Tapi sempat lah jugak kami makan-makan dekat bahagian taman ala-ala padang ni tu kann.. eh padang pon still cantik lah jugak actually :)
Yaya masa dekat NZ dah ala-ala anak jepun dah hihi
Lepas setel makan semua, kitorang actually plan nak gerak terus pergi Lake Tekappo.. Sebab this time kitorang belum tahu lagi CHC punya botanic garden yang sebenar..
Sekali husband pusing-pusing, jumpaaaa ponnnnn Christchurch Botanic Garden yang sebenarrr yang cantikkkkk sangat tuuuu :) So kitorang pun berhenti singgah sekejap nak bergambar sebelum terus mulakan perjalanan ke Lake Tekappo..
Nak tahu tak, air dekat sungai ni sumpah clear gilaaa.. Memang cantik sangat-sangat! Rasa nak naik je sampan tu pusing-pusing tapi takut tak sempat nak sampai awal kat Lake Tekappo.. So kitorang just jalan-jalan bergambar sekejap je dekat sini :)
Lepas dah puas bergambar, kitorang pun terus gerak ke Lake Tekappo sebab takut lambat sampai.. Sebab kat sana cantik kalau time matahari tengah terik..
So far sebenarnya kan, belum menggambarkan lagi keindahan sebenar New Zealand.. Masa sampai dekat Botanic Garden ni pun nana dah rasa macam lawaaaa gilaaaa dah! Rupanya, ini belum lagi menggambarkan keindahan NZ yang sebenar wehhhh!
Korang kena keep baca sampai habis, sampai ke habis episod entry NZ nana tau sebab sumpah nana cakap, pemandangan semua cantik-cantik tahap nak menitis air mata.. Rasa tak puas betul dapat singgah sekejap-sekejap je dekat every tempat :(
Keluar je bandar Christchurch menuju ke highway nak pergi Lake Tekappo, masa ni nana dah mula tak senang duduk dalam kereta hahah
Kejap-kejap menjerit.. "Ya Allah... SubhanAllah... Abanggg gunung saljii.. Yayaaa sheeeppppp!"
MashaAllah, masa tu dah mula rasa excitedddd sangat-sangat.. Ni belum sampai tempat yang dituju lagi nih.. Tepi jalan pon dah cantik masalahnyaaaaa :")
Masa ni kami turun kereta nak tangkap gambar kambing biri-biri ni.. Asalnya semua dok ada kat tepi pagar tu je.. elok je kami turun kereta, semua pakat melarikan diri hahahha sabau jela!
Masa ni kami berenti sekejap tepi jalan sebab terpana terpesona tengok pemandangan yang Sumpahhhh cantikkkkk gilaaaa!
Masa ni, boleh kata kejap-kejap kami berenti bergambar.. Kejap-kejap kami berenti bergambar.. Mana tak sampai lewat ke Lake Tekappo macam ni huwaaa..
Korang yang plan nak roadtrip dari Christchurch ke Lake Tekappo, sila make sure gerak awal pagi lepas subuh tauuuuu sebab sahih confirm masa perjalanan akan jadi lebih panjang dari sepatutnya sebab asyik berenti bergambauuuu ja! hahah
Lepas berhenti bergambar dekat tempat yang kitorang buat Live dekat FB tu, husband bagitahu yang kitorang dah nak dekat sampai Rakaia Gorge dah..
Actually nana jarang jumpa mana-mana blogger yang pergi NZ akan lalu dekat Rakaia Gorge ni.. Selalunya diorang akan lalu Fairlie Timaru Ashburton sana tu untuk ke Lake Tekappo.. Tapi husband iolls kan pakar merancang percutian hahahha.. Entah macam mana dia boleh jumpa route lalu kat sini..
Cuma satu je yang nana nak cakap, keputusan untuk lalu Rakaia Gorge sememangnya keputusan yang TEPATTTTT sebab sesungguhnya Rakaia Gorge ni sumpah lah weh cantik gilaaaaa! Dengan air dia yang kaler turquoise tu.. Dengan bunga-bunga kuning dekat tepi-tepi sungai.. Memang cantik sangat tak terkata-kata lagi dah kami ni ha..
Biru di mana-manaaa hahha
Punya lah aku kagum dengan kebiruan air sungai ni, sampai nana request kat husband boleh tak nak turun sungai tu gi cebok air dia.. Nak tengok tahap kebiruan dia hahaha Memang husband ku tak bagi la kann..
Tengok la nihhh.. Ya Allahhhh.. Sebab rasa nak menangis keluar air mata air hidung bila tengok pemandangan macam ni depan mata tau.. And trust me, in real jauh laaaagi cantik daripada dalam gambar :)
Bukti ni bukan gambar google hahhahah.. Blur dekat bahu tu sengaja diblurkan tau, bukan original ;)
Dua-dua cinta hati mami :)
Cet.. Spoil betul tiba-tiba ada jari dekat situ hahahhah
Lepas menjamu mata dengan pemandangan yang indah laksana syurga dunia, hehe, kami pon teruskan perjalanan ke Lake Tekappo..
Masa ni dalam hati dok excited tergedik-gedik dah.. Yelah, kalau rakaia gorge pon dah sebegini cantik, Lake Tekappo apetah lagi kannn.. Tempat famous tu!
Dalam hati berdebar sangat sebab daripada pembacaan nana selama nana study sebelum pergi NZ haritu, antara the main attraction of south island NZ ialah LAKE TEKAPO..
Tambah-tambah masa kitorang pergi tu pulak penghujung musim bunga nak masuk ke musim panas, so ada lah bunga lupin yang cantik ituuuu :)
Sempat bergambar dalam perjalanan.. Punnnn dah cantikkkkk T____T
Korang tengok lah pemandangan ni semua.. Ni baru dalam perjalanan korang tahu tak..
Belum sampai pun lagi dekat Lake Tekapo... Sebab tu nana cakap tadi kat atas, kalau boleh jangan rushing sangat sebab sepanjang perjalanan tu korang surely akan berhenti-berhenti nak bergambar..
Sebab kalau tak berhenti, korang akan rasa ralatttt sangat-sangat walaupun korang drive lagi 5 minit kat depan pun, ada lagi pemandangan lawa hahahha
Nak buat macam mana, semua tempat cantik-cantik sampai nak pejam mata pun rasa sayang :')
Anddddd... Finallyyyyyyy!!!
LAKE TEKAPO!!!
CANTIKNYAAAA HOIIIII...
Cuma masa kami sampai tu dah nak dekat senja, so air biru dia dah tak obvious sangat.. Sebab air turquiose dia tu akan obvious bila cahaya matahri terik..
Takpe, dont worry.. Stay tuned sampai entry hari ketiga ekkk.. hehehhe
Sementara tu layan dulu gambar-gambar kami masa baruuuuu je sampai Lake Tekapo ni ek :)
Mami, yayaand lupinnnnn :-*
anak mami pejam mata pasaipaaa
Pose wajib mami and yaya :') Nampak sikit-sikit air turquoise kat sini hehe
Mami dengan lupin, siapa lagi cantik? :-P
Alhamdulillah sangat rasa bila sampai ke Lake Tekapo tu..
Jujur nana kata, speechless sangat masa baru-baru sampai :')
Tak pernah sangka satu ketika dahulu yang Allah akan izinkan kami sampai ke sini.. Sebak sangat rasa masa tu T____T
Lepas dah puas bergambau dengan lupins, hari pun dah makin gelap so kami pun check in lah hotel :)
Apa nama hotel ek? Lupa dah hahahaha
Okey dah ingat, the GODLEY!
Ada 1 queen + 1 single bed
Bath tub pun ada
Hotel ni letaknya betul2 kat tepi Lake Tekapo, cuma sayangnya bilik kami tak mengadap tasik sobs! Tapi takpe, sebab bukan duduk bilik selalu pun hehe
So, berakhir lah sudah hari kedua di bumi New Zealand ni :')
Jujur kata, sampai sekarang pun nana still rinduuuuu sangat-sangat NZ.. Antara tempat yang paling nana tak boleh lupa dan looking forward untuk pergi lagi dan lagi InshaAllah :)
Nana sebenarnya bukannya orang yang suka sangat travel..
Tapi bila travel ke tempat-tempat nature macam ni memang kena sangat lah dengan jiwa nana..
Rasa bersyukur..
Kerdil.. Betapa hebatnya ciptaan Allah..
Syukur jugak lah, asbab berbisnes Shaklee Allah izinkan untuk mengembara ke sekeliling dunia melihat keindahan alam ciptaan tuhan :')
InshaAllah, nanti nana update pulak entry untuk hari ketiga ya..
Korang seriously kena baca dan kena follow sebab hari ketiga lah sebenarnya kami pergi semuaaaa tempat cantik-cantik-cantik gilaaaaaaa!
Seriouslyyyyy!
Stay tuned tauuuuuu!
Okey lah, nana pun nak tidur dah.. Jumpa lagi next time naa :)
__________________________________
Sejenis kegigihan photoshoot produk Shaklee kat NZ hehehe
Masa kat NZ pun, nana tak tinggal supplemen kesayangan hamba ni :')
Sangat lag bagus dan penting untuk KECANTIKAN, ELAK SUNBURN DAN CERAHKAN KULIT
Sedikit fungsi VITAMIN C
- Mencerahkan kulit
- Membantu pembinaan kolagen
- Meningkatkan imun badan
- Mengelakkan jerawat
Sedikit fungsi mengenai VITAMIN E
- Membantu atasi SUNBURN
- Membantu elak sunburn
- Melembakan kulit
- Menghilangkan parut
Untuk korang yang nak dapatkan sebarang supplement Shaklee ataupun skincare Nutriwhite, boleh lah hubungi nana yaaa..
Nana Macarona
013-3039242
No comments:
Post a Comment